Rabu, 24 Januari 2018

Takut orang tak sanggup

Tadi sebelum tidur. Aku sempat bersihkan Abi. Abi memang kini acap menangis. Namun biasanya sewaktu ada orang datang melawatnya atau ketika ada yang membantu. Tapi tadi (malam tadi) dia lontarkan satu tutur kata yang buatkan aku tersentap ;

( Lebih kurang dialog kami ;)


"Ujian ni biasa kan Ngah? "

"Biasa. Semua orang soleh Allah uji. Lagi kuat iman lagi kuat ujian. Sebab itu ada rasul ulul azmi."

"Takut tak sanggup terima ujian "

--Belum sempat aku nak membalas. Abi cakap satu ayat, yang buatkan aku termenung sampai sekarang,

" Takut orang tak sanggup tanggung. Menyusahkan orang. Berak sokmo. Adik Ngah "

--Allah. Rupanya Abi tengah cakap pasal diriku, diri kami adik beradik. Takut tak sanggup nak menguruskan Abi.

" Eh takpe. Ngah dah biasa dah. Kat Mekah macammacam orang Ngah urus. Ada tak boleh jalan, naik Wheelchair "

--Dan Abi menangis.



Dalam fatrah yang sama. Iklan guru interim baru keluar. Aku dah siap daftar hampir 50 peratus. Just tunggu nak submit dokumen.

Dengan tak tahu mana-mana tempat depa akan post aku. Tempoh untuk aku berada di Kuantan makin berkurangan. belum campur syarat yang mewajibkan guru interim ikut diploma perguruan musim cuti, lagilah jarang balik Kuantan. Kebaikan yang aku nampak satu sahaja. Disebabkan adik aku mungkin pindah Kuantan dan tinggal sekali dengan kami. Maka ikhtilat boleh berlaku, sebab adik aku dah berkahwin. Jadi bila aku keluar, selamatlah aku.

Tapi, ayat Abi tadi membuatkan aku keembali termenung. Risau juga aku, andai adik aku tak larat, letih, ayah aku macam mana? Keputusan awalku........... Wallahua'lam, aku masih sedang menimbang semasak-masaknya.

Rabu, 27 Disember 2017

Rahmat Allah mengatasi

Sehingga saat aku menulis ini. Aku masih lagi diselubungi rasa bahagia. Rasa syahdu dan terharu dengan kebaikan Allah. Sampaikan rasa bahagia ini menenggelamkan terus rasa diuji. Diujikah ini? Kenapa yang rasa ialah bahagia yang teramat sangat.
.
Beberapa minggu lepas. Sewaktu buat keputusan ingin ke Kelantan. Agak cuak juga aku sebenarnya, sebab belanja hampir 100% terpikul atas bahuku. Bukan niat nak lari dari tugasan. Cuma nak kena imbang sungguhlah budget. Belanja ke Kelantan bukan murah, kemudian bila balik nanti, nak guna lagi duit untuk belanja rumah harian. Tapi Maha Hebat, tiba-tiba dalam RM1k lebih kurang di bank-in ke dalam akaun CIMB Abi oleh FELCRA. Alhamdulillah, dapat tampung belanja ke Kelantan, siap taja ongkos duit minyak adik lagi dari Mentakab ke Kuantan.
.
Sebelum itu lagi. Takdir Allah, 1 Disember dari pinggang ke kaki Abi tidak boleh bergerak. Allah Maha Bijaksana, bulan ini jugalah kelas-kelas mengajar aku beransur kurang. Kelas Maahad dan Masjid Negeri juga beransur tiada memasuki tengah bulan. Kelas belajar malamku pula juga tiada, hanya bermula 1 Januari nanti lantaran Tok Ayah Wan ke Mekah.
.
Tambah rasa terharunya aku pada Allah. Bulan ini banyak rezeki tak disangka-sangka berlumba-lumba masuk. Dari claim maahadku RM1.4k lebih kurang dan elaun yang lain. Jadi walaupun zohirnya kami diuji, namun ajaibnya rezeki pula bertambah. Tanda hebatnya Allah maha kuasa.
.
Terdekatnya hari ini. Pertama, sebaik diberitahu Abi dimasukkan ke wad. Terdahulunya aku sempat berpesan pada Mi agar berjimat, sebab duit kami semakin kering. Namun sesuatu yang ajaib berlaku. Sebaik aku online akaun bank ayahku, terdapat Rm700 lebih kurang. Dari puluh-puluh ringgit sahaja ada sebelum ini. Allah-lah Maha Pemberi Rezeki.
.
Keduanya. Sebaik khabar Abi perlu bermalam di wad. Aku mesej Tuan Imam 1, untuk mohon bercuti sehari esok. Namun sebaliknya berlaku, aku diberitahu cuti tahun 2017 aku ada lagi tujuh hari. Terus aku mohon cuti empat hari, sehingga Ahad menghabiskan terus tahun 2017.
.
Aku amat yakin dan percaya insha Allah.  Allah tidakkan mengabaikan kami. Bahkan terus melimpahkan kami dengan rezeki dan rahmat yang tidak tersangka-sangka. Sesungguhnya, takdir atau ketentuan Allah itulah yang terbaik. Wassalam.
.
.
.
.
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Khamis 01:16 minit pagi.

Selasa, 26 Disember 2017

Disebalik ujian terselit keindahan

Sewaktu kecil, keluarga kami tidur bersama. Abi, Mie, Aku dan Adik. Sehinggalah entah bila, kami tinggal berasingan bilik.
.
Kini, disebabkan Abi sakit. Aku istiqamah tidur di ruang tamu, menemani Abi.
.
Sebelum ini biasanya semua benda Abi buat. Dari basuh baju, jemur baju, iron baju, basuh pinggan, beli lauk, bayar bil, vacuum rumah, cuci kereta motor sampailah mengurus kewangan keluarga Abi buat. Kini semua kerja-kerja itu diagih. Mie bertugad basuh, jemur dan angkat baju. Aku pula bahagian membeli barang keperluan harian, sediakan ubat abi, kawal kewangan keluarga, uruskan bil. Adakala bila balik Kuantan, Adik akan membantu.
.
Letih? Usah ceritalah. Jika dahulu aku hanya bekerja untuk diriku. Kini aku seolah-olah ada dua tubuh. Disebabkan pinggang membawa ke kaki Abi tidak boleh bergerak. Jadi aku perlu bantu, dari mandi, izalatun najasah, basuh kaki ketika wuduk, sehinggalah sekecil-kecil perkara yang tidak mungkin dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu menggerakkan dari pinggang ke kaki seperti mencapai remote kipas.
.
Tapi semua itu bukanlah bebanan yang berat sangat. Motivasi dari ilmu-ilmu yang pernah guru-guru tumpahkan amat membantuku cergas dan bersemangat berkhidmat buat keluargaku.
.
Cuma satu yang buatkan aku kurang senang. Aku kurang memanfaatkan masa kosong dan mencari ruang dicelah-celah tugasan ini, untuk perkemaskan ilmu dan ibadah. Yang ini jelas kurang. Harap dengan bermulanya aku menyalin semula dhobit Matan Ajurumiah ini, menjadi sepak mula untuk aku lebih menghargai masa.
.
Erm. Entah kenapa, tiba-tiba keinginan aku untuk kahwin muncul pula. Tapi melihatkan kepada situasi aku sekarang, lebih baik aku fokus sahaja berkhidmat buat keluarga. Tak lama dah, lagi 30-40 tahun lagi jika aku meninggal (jika tidak awal/lewat lagi) insha Allah, ketika itupun boleh kahwin dengan bidadari syurga insha Allah. Tapi, kalau boleh naklah kahwin dengan bidadari (isteri) dunia dulu...hehe. Baru sama-sama masuk syurga insha Allah.
.
Namun apapun. Aku berserah sahaja pada Allah. Hanya berusaha sahaja meniti di atas landasan takdir yang telah  Allah tetap. Apapun takdirnya, Aku redha dengan Allah. Moga Allah redha denganku dan selamatkan aku dunia akhirat.
.
Wassalam.

Selasa, 5 Disember 2017

Abi hero dan idolaku

1. Hari ini hari ke-5 Abi tidak boleh jalan. Waktu nak beli tandas flexible semalam, aku termenung. Kalaulah Abi berada di tempat aku semalam. Pasti Abi akan belikan tandas paling mahal buatku, insha Allah. Abi selalu begitu. Kalau nak beli sesuatu untuk-ku. Dia akan request yang paling mahal dan latest. Contohnya sewaktu membeli laptop ketika aku diploma di UiTM dahulu.

2. Waktu aku kecil dahulu. Ketika tinggal di rumah banjir. Pernah terjadi ketika. Bila ditanya mahu makan atau tidak, aku jawab taknak. Tiba-tiba malam itu aku nak nasi. Teringat aku bertungkus lumus Abi sediakan nasi buatku. Tidak ingat lauk apa, yang aku ingat ada kicap. Sebenarnya aku bukan lapar sangat malam itu, cuma lebih kepada feel budak. Nak juga ! Walaupun ada juga sekelumit rasa kesian dan bersalah terhadap Abi dihatiku.

3. Sewaktu aku sekolah rendah. Suatu ketika Bank Pertanian berikan tabung rupa kelapa. Aku tak dapat, aku nak juga. Entah macam-mana, petangnya sewaktu balik sekolah. Aku dapati tabung itu ada atas meja rumah. Aku rasa, mestia Abi pergi Maran beli insha Allah. Aku jadi gembira + terharu + rasa bersalah.

4. Dulu pada aku. Waktu sekolah rendah Kelab PBSM bukan suatu kelab yang gah padaku. Aku lebih nampak Kelab Pengakap yang best. Tapi nasib, aku dimasukkan ke kelab PBSM. Aku tak mau. Entag macam mana Abi berbincang dengan cikgu. Aku akhirnya masuk Kelab Pengakap.

5. Waktu diploma. Waktu itu pagi, aku nak ikuti satu rombongan. Abi nak berikan aku jam tangan. Jadi Abi tanya aku dimana. Aku kata nak berhenti makan pagi di Restoran Zaman. Abi minta jumpa dia di situ. Rupanya Abi dah follow aku. Sampai sahaja, aku terus ke kereta mengambil jam. Kagum dengan cara gerak kerja Abi waktu itu.

6. Banyak lagi aku nak kongsi. Kisah kegigihan, pengorbanan, keazaman dan betapa sayangnya Abi terhadap anak-anaknya. Wassalam.

Ahad, 3 Disember 2017

Detik mencabar

1. Kini aku berdepan antara detik-detik paling mencabar dalam hidupku. Mungkinlah sebelum ini ada yang lebih mencabar adrenalin aku. Tapi kali ini berlainan sedikit. Aku juga tidak pasti, sama ada ini baru permulaan atau telah di puncak.

2. Bermula dari selepas mengikuti terapi Ceragem, Abi mengadu sakit belakang. Lokasi sakit berubah-ubah. Dari belakang kanan ke kiri dan seterusnya di bawah. Kerana tidak tahan sakit, Selasa baru ini Abi ke Klinik Ummu Roihan. Suntikan dan bekalan ubat untuk tahan sakit diberi. Esoknya Rabu, kerana tidak tahan lagi sakit. Abi sekali lagi ke klinik dan cucukan diberi. Dari penerangan doktor, mungkin masalah muscle. Cuma jika berlanjutan lagi 3-4 hari. Better pergi ke hospital untuk xray tulang.

3. Kelmarin, Hari Jumaat. Abi mengadu sudah lama tidak buang air kecil. Jadi nak rujuk hospital. Kami ikut laluan icu. Setelah di-check petugas. Abi dibawa ke satu bilik dan dimasukkan tiub kencing, Alhamdulillah.. Kencing keluar agak banyak juga. Kemudian setelah menunggu hampir 3 jam. Kami dipanggil berjumpa doktor.

4. Setelah diambil keterangan, kemudian ke bilik xray. Tulang Abi tiada apa-apa, sama seperti orang normal. Cuma Abi ada masalah prostat (Abi dah lama maklum penyakitnya ini). Abi juga didapati ada batu karang cuma ianya tidak mengganggu. Kemudian tiub kencing dicabut.

5. Semalam, Sabtu. Abi mengadu sekali lagi yang dia belum kencing walau dah pukul 9 Pagi. Last kencing masa buka tiub dalam jam 7 malam Hari Sabtu. Biasanya Abi seorang yang kerap kencing. Sekali lagi kami ke hospital besar, mengikut laluan icu. Sebelum itu, kami ke Klinik Kesihatan Kurnia (kerajaan). Tapi MO beritau dia juz boleh pasang tiub waktu itu kemudian terus cabut. Yang boleh decide untuk pakai tiub sampai bawa ke rumah hanya Doktor. Di situation tiada doktor.

6. Kami ke klinik Ummu Roihan dan Alamin. Juga sama, ada yang beritau tiada kelengkapan. Jadi kami je HTAA lagi sekali.

7. Tiub dipasang kali kedua. Cuma kali ini untuk 2 minggu. Kemudian cuba kencing sendiri. Jika mampu, boleh cabut tiub. Jika tidak, boleh pakai semula 2 minggu lagi. Sehingga temujanji dengan Pakar Uriologi.

8. Pulaktu. Dari pinggang ke kaki Abi dah tak boleh jalan. Dapat lagi rasa, cuma tiada kekutan nak berpijak. Jadi inipun nak dibincang dengan doktor nanti.

9. Ok dah nak bertugas imam. Wassalam.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Asal Usul Keluarga Wan di Tembeling



" Keluarga Wan Tembeling bersusurgalur dari Pemerintah Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga. Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Kedudukan hierarki Pemerintah: Sultan di Riau, Bendahara di Pahang dan Temenggong di Johor. Bila Sultan Mahmud Shah mangkat dijulang pada 1699, tiada waris maka berakhirlah pemerintahan kesultanan Melaka. Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana mengambilalih tampok pemerintahan dengan melantik anaknya Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara Johor dan seterusnya menjadi Sultan Johor dengan sokongan pembesar dan rakyat memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV(1699-1718).

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak yang mengaku sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada 1717, Raja Kechil telah menyerang Johor dengan angkatan perang Minangkabau. Kalahlah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu membawa diri ke Kuala Pahang tetapi akhirnya dibunuh oleh pembunuh upahan orang suruhan Raja Kechil pada 1720 dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang. Namun Raja Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah menuntut bela dengan membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani,Daeng Menambun, Daeng Marewah,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengusir Raja Kecil bagi mendapatkan semula kuasa. Pada 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru.

Seorang anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang) iaitu Tun Abbas iaitu abang tua kepada Raja Sulaiman dilantik menjadi Bendahara Pahang(1722-1735) kemudian melahirkan Bendahara Tun Abdul Majid(1770-1802) yang pada era ini Sultan Johor telah menganugerahkan Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid. Bendahara Tun Abdul Majid mempunyai empat orang putera iaitu Tun Abdul Mutalib, Tun Muhammad (Marhum mangkat di laut), Tun Koris (jalur kesultanan Pahang sekarang) dan Tun Da(Tun Yusuf Pedah).

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Koris(1803-1806) sepatutnya yang mengantikannya ialah Tun Da mengikut sistem pewarisan Bendahara pada masa itu tetapi apa yang berlaku semasa pemilihan Bendahara Pahang yang dibuat di Riau, Tun Ali iaitu putera Bendahara Tun Koris telah dipilih maka Tun Da membawa diri ke Tembeling setelah anak saudaranya dipilih. Dari jalur Tun Da inilah melahirkan keluarga Wan Tembeling. Tun Da(Tun Yusuf) berbondakan Y.M. Tun Inah ,Encik Puan Bendahara puteri Y.M. Tun Husain ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang), Dato' Bendahara Paduka Raja, Terengganu. Tun Koris berbondakan Y.M. Tun Engku Besar, puteri Bugis dari Endau. Tun Da melahirkan secara ringkasnya Tun Abdullah(Marhum Ketapi) melahirkan Engku Khatib( Wan Endut) melahirkan Wan Husain (Marhum Kampung Labu) melahirkan Wan Mahmud dan beranak pinaklah anak cucunya di Tembeling.

Seperti dijelaskan oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The Bendaharas naturally did not encourage territorial ambitions amongst their relatives, do not giving lands to potential rivals. There was however one part of Pahang where men of the Bendahara's stock held sway. The valley of the Tembeling was controlled by the Wans descendents of Bendahara Tun Abdul Majid whose son Tun Da migrated to that valley. To keep watch on their doings the Bendahara stationed in the Tembeling a Penghulu Raja who was under the direct orders of his master. The water shed of the Tembeling has been held at least from the beginning of the 17th century by the relatives of the rulers".
Seterusnya W. Linehan memperinci lagi,"The third meeting of the State Council was held on 11th December 1890 when Hugh Clifford was acting as Resident. The Resident raised the question of an allowance to Wan Husain of the Tembeling, and explained that in Tembeling were two chiefs, the Penghulu Raja and Wan Husain, the former being the head man of the district, and the later holding an authority from the Sultan to rule over the Wan class and any others who might care to follow. The Penghulu Raja had an annual grant of $20. It was decided to give Wan Husain a similar amount".

Kemudian ada satu lagi puak keluarga Wan yang berasal dari Terengganu dari keturunan Sultan Zainal Abidin 1 yang merupakan anak bongsu Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor datang dari Kampung Janing dan akhirnya menetap di Kampung Pulau Besar Ulu Tembeling di ketuai oleh Wan Ismail bin Wan Saleh bin Tun Khamis bin Tun Muhammad ibni Sultan Zainal Abidin 1. Oleh kerana dari jalur Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor maka puak Wan Pulau Besar ini bersaudara dengan Wan Tembeling. Wan Ismail ialah tokoh yang membawa pulang Wan Ahmad ( Sultan Ahmad pertama) bersama dengan tujuh pendekar Janing dari Kampung Pasir Raja Terengganu ke Tembeling semasa kempen perang saudara Pahang. Secara ringkasnya Wan Ismail melahirkan Wan Abdullah melahirkan Tok Muda Wan Mustapha melahirkan Wan Hashim dan beranak pinaklah cucu cicitnya.

Pada mulanya berlaku perkahwinan campur antara puak Wan Pulau Besar Ulu Tembeling dengan puak Wan Tembeling dan hidup berbaik-baik tetapi entah bagaimana berlaku konflik dan seterusnya peperangan antara dua puak merebut kawasan pegangan. Ada dua versi cerita bagaimana peperangan dua puak ini berlaku. WZWH tidak mahu memenangkan mana-mana puak kerana mempunyai darah campur dari kedua-dua puak kecuali Dato' Wan Amizan kerana dia dari jalur Wan Tembeling 100%. Konflik berjaya diselesaikan oleh Sultan Ahmad pertama Pahang seperti ditulis oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The fifth meeting of Council held on 8th October 1891, the boundaries of the pegangan (or districts) of the chiefs were fixed as follows...extracted...Maharaja Perba of Jelai: from Tanjong Lindong along the Sungai Jelai to Perak and Kelantan (excepting Sungai Lipis) and from Kuala Tembeling to Pasir Durian; The Penghulu Raja of Tembeling from Pasir Durian to the source of the Tembeling, excluding the Districts of Wan Husain and Wan Ismail Pulau Besar.

Dari cerita orang tua-tua, agak berat juga Sultan Ahmad mengenakan hukuman denda yang dikenakan kepada kedua-dua moyang WZWH iaitu Wan Husain dan Wan Ismail.........."

Ahad, 1 Oktober 2017

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 3


Perjalanan kami ke Mekah mengambil masa kira-kira 6-7 jam. Kami berkumpul di dalam bas, siap berpakaian ihram. Kami juga dibekal makanan ringan, buat bekalan perjalanan. Kemudian taklimat diberi oleh petugas. Perjalanan kami ke Mekah tiada pengiring (Mutowwif). Cuma di check point-check point nanti, petugas Tabung Haji ada mengunggu di sana. Cuma, ada jemaah yang diminta ambil no-fon petugas TH lebuh raya, kerana jika berlaku apa-apa nanti seperti kerosakan bas. Kami boleh maklum terus ke pihak TH.

Bas bertolak ke Check point pertama iaitu Masjid Bir Ali atau Zulhulaifah, untuk solat sunat dan berniat ihram. Tempat parking bas agak lenggang, mungkin kerana masih lagi di awal musim haji. Petugas TH agak ramai, berpakaian kuning. Tugas mereka memastikan bas sampai dan 'marking' kawasan. Jadi senang, bas boleh berkumpul di satu kawasan.

Selesai solat. Kami bertolak ke Mekah. Jemaah mula bertalbiah. Kemudian tidur...hehehe

Di pertengahan jalan. Dalam 3 jam dari Madinah. Kami berhenti di sebuah RnR. Untuk solat, makan dan ke tandas. Petugas TH ada menanti dan 'marking' kawasan kami.

Kami ke restoran nasi arab untuk makan. Rasanya jika ada SR50 dalam tangan, sudah cukup untuk makan. Itupun berlebih banyak. Kecualilah jika anda jenis kuat berbelanja. Sebab di situ ada jual madu Yaman, kacang-kacang, buah-buahan, burger-burger dan kedai runcit.

Seterusnya kami bertolak ke Mekah. Perjalanan ke Mekah hanya tinggal dalam dua jam lebih kurang.

Sebelum tiba di Mekah. Bas kami berhenti di Jumum. Untuk pemeriksaan. Kami diberi air zamzam 250ml (lebih kurang) oleh pihak Arab Saudi. Petugas TH yang menjaga check point naik ke bas dan memberikan taklimat. Kami diberitahu. Dalam 15 minit lagi kami akn bertemu Masjid Saidah Aishah di sebelah kiri. Menandakan had sempadan bagi Tanah Haram Mekah. Iaitu Tanaim.

Sebaik bas bergerak. Mata kami melilau mencari Masjid Saidah Aisyah. Sebaik terpandang sign-board Permulaan Tanah Haram. Kami lantas membaca doa masuk tanah haram. Berguna juga buku doa itu sentiasa berada di samping kami.

Sebaik tiba di tempat tujuan. Bas berlabuh di Hotel Wafideen. Sekitar 1000meter dari kaabah. Hotel kami bersebelahan jambatan. Nama tempat kami Misfalah. Maktab kami 82.

Untu kativiti seterusnya. Kita bersambung lagi ya...