Jumaat, 19 November 2010

Kisah Abang Lebai


  بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Terperanjat Pakwan
Masakan tidak.. pada Isnin malam,
Panggilan dari Sahabat baik Pakwan Amir.. berbeza nadanya,
Kebiasaannya berbaur semangat.. tidak Semangat Bisnes.. Mungkin semangat Dakwah,
Tapi kali ini alunannya berbeza, Ya.. Alunan kecewa yang mencemaskan,
Alunan yang tidak mungkin diluahkan oleh Kaum Adam.. Kecuali tika hatinya benar-benar tercabar.

“Pakwan, Aisyah keluar dengan Seorang lelaki..
mereka berdua-duaan dalam kereta.. Ana kenal sangat Mamat tu,
Diorang dah lama kenal.. ana dengar Aisyah kerap adu masalah pada Mamat ni,

Diorang memang teman rapat,
Aisyah pernah jatuh hati pada Mamat ni..
tapi Mamat itu tolak sebab sudah berpunya.”
Luah Amir penuh kekecewaan.

Telinga Pakwan setia mendengar..
Sesekali mulut cuba tenteramkan jiwanya.. isyarat faham akan derita..

“Ya Allah.. Pakwan, Ana memang rasa...... Argh !!!, ” Luahan Amir terhenti..
Pakwan faham.. hatinya tengah remuk.... Jiwa egoisnya sedang tercalar,
tersenyum Pakwan disebalik corong telefon,

“Ya Allah.. disaat ini engkau sedang menguji sahabat baikku ini... Mudah-mudahan Engkau juga akan membimbingnya keluar dari masalah ini.”

“Sabar Amir.. Allah sedang menguji enta tu.. Ingat Allah banyak-banyak, Insha Allah... Allah takkan berikan sebarang ujian kecuali Allah tahu kita mampu mendepaninya (mafhum Surah Albaqarah 2:286). Ceritalah.. Insha Allah ana akan cuba tolong.”


Sambil mendengar.. 
Akal Pakwan ligat memikir jalan keluar terbaik..
Daripada cerita tersebut.. Pakwan rasa Pakwan faham akarnya,

Pakwan cuba selami diri Amir..
Iyelah Orang berkasih, segala tingkah laku pasangan diperhatikan.. Semuanya dibaca dan dikaji,
Diri kekasih seolah-olah miliknya.. pergerakan, pergaulan danperbuatannya.. mesti mengikut kemahuan kita. Pantang menyimpang sedikit... pasti ada hati yang terluka.. Cemburu apatah lagi..
Pendek kata... diri kekasih seolah-olah sebahagian daripada dirinya...

Namun.. Aisyah juga perlukan keadilan..
Yupp.. sesuai dengan Ilmunya, Pemikirannya dan Suasana sekelilingnya,
Tambahan. Aisyah juga salah seorang Ahli Usrah di kampus..
Kebiasaannya Wanita Tarbiah ini bukan calang-calang peribadinya..
Kenapa sampai boleh berdua-duaan.. Istilah agamanya ‘berkhalwat’
Mungkinkah Aisyah tidak tahu ataupun tidak perasan... Mungkin juga tidak rasa itu tindakan salah..
Ataupun.. Aisyah terdesak untuk mencari teman untuk luahkan masalah?
Semua kemungkinan ini Pakwan tidak boleh abaikan.


Pakwan faham..
Si lelaki itu bukan orang lain.. sahabat baik Aisyah sendiri,
Sudah lama kenal.. ditambah dengan sifat memahami yang ada..
Jadi mungkin Aisyah lebih selesa mengadu dan luahkan masalah pada Si dia.
Namun.. betulkah dengan berdua-diaan begitu cara terbaik?

Pakwan minta maaf..
Pakwan rasa Tidak.. Tidak sama sekali,
Justeru.. Aisyah masih punyai Teman-teman  wanita bukan?
Kakak-kakak usrah untuk diadu masalah.. teman-teman wanita untuk diajak berbincang..
Ibu bapa.. Adik beradik.. itukan lebih baik,

Jika tidakpun.. Aisyah mesti membawa mahram bersama..
ditempat awam.. jauh dari finah manusia.. terhindar dari tusukan Syaitan,
Itukan lebih manis..

Jauh di dalam Sanubari Amir
Kalaulah Aisyah dapat selami perasaan Amir... Hanya Allah yang tahu....
Betapa Amir cukup-cukup sayang dan ambil berat akan Aisyah,


Aisyah..
Pernah Amir ajak Aisyah keluar? Ajak-ajak pergi dating kat Sharefarm? Tidak bukan...?
Usahkan untuk manja-manja.. mesej pun Amir tapis-tapis sebab takut Mr.S cucuk jarum..
Semuanya lantaran nak jaga Aisyah.. Nak batasi hubungan kalian..
Takut andai datangkan murka Allah.. Takut Allah tidak redho,

Hakikatnya.. hatinya cukup-cukup sayang akan Aisyah,
Alahai.. Sayangnya andai tidak hargai manusia sebaik itu.


Pakwan tersenyum..
Teringat masa mula-mula Aisyah minta Amir bimbingkan supaya menjadi Muslimah Solehah..
Tidak keruan Amir dibuatnya..

Boleh katakan tiap-tiap malam Amir ni call Pakwan.. minta pendekatan terbaik,
Kalau tolak nanti rugi.. Sebab dia kata Aisyah ni pretty,
(isyi.. gatal gak si Amir ni ek)..... (hah.. bangga la tu)
ditambah Aisyah memilih berdasarkan akhlak dia..
dan paling penting Aisyah juga Ahli Usrah (Ahli Tarbiah).

Acap kalilah Si Amir lakukan Solat Istikharah sama ada mahu terima atau tidak..
Macam-macam tips dia minta daripada Pakwan.. dari Dr.HM Tuah,Dr.Fadzilah sampailah Dr.Robiah. Daripada nak tahu kriteria wanita Solehah.. sampailah nak lihat keserasian..

Sudahlah begitu.. tiba-tiba, dalam masa yang sama..
sampai 8 orang wanita sudah jatuhkan hati mereka pada Si Amir..
kalau jenis wanita liar tidak mengapa, ini.. semuanya jenis 'Orang Masjid'..,

Ya Allah.. Aisyah, Beratnya seksaan yang terpaksa Amir tanggung..
Untuk menolak hasrat hati Wanita-wanita solehah tersebut.. Sekaligus melukai hati wanita-wanita baik. Boleh saja kalau Amir mainkan hati Aisyah serta wanita-wanita tersebut. Ibarat seorang Playboy. Inikan impian ramai lelaki.

Sebaliknya dia tetap memilih Aisyah.. Serta menolak wanita-wanita itu secara baik..

Alhamdulillah.. Wajah Aisyah sering bermain di mimpi Amir,
Lebih Pakwan bersetuju.. bila Amir sudah dahuluinya dengan Solat Istikharah..
Mudah-mudahan Allah telah mengatur jalan terbaik buat kalian berdua,

Tip-Top..
Suatu malam (7 March 2010).. Amir telefon Pakwan,
Ya Allah.. Perkara yang tidak disangka-sangka berlaku sudah berlaku,
Betulkah Aisyah keluar dengan Seorang Lelaki? 
(Cuba Aisyah fahami fikiran Amir.. bila dapati insan yang ia suka. Aisyah berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam kereta. Dengarnya saling meluah emosi. Ada yang mengadu dan seorang lagi pujuk.. Kecewanya hati Amir tatkala itu),

Lebih menyedihkan Si Amir.. rupa-rupanya ini bukan kali pertama,
Betulkah Aisyah pernah membonceng motosikal lelaki tersebut suatu ketika dahulu..
Sebab katanya sudah lewat malam dan tiada bas..


Pakwan terdiam,
Fikiran Pakwan mula berperang diantara Logik dan kasihan.
Pakwan tidak sangka ianya akan terjadi..


Betulkah sampai tiada Sahabat Muslimah yang boleh diajak berbincang.. untuk luahkan masalah peribadi. Kalau kata tiada kenderaan untuk pulang ke kampus..
Bukannya tiada akak-akak senior yang boleh tolong ambilkan..

Tambahan bukankah ramai siswi yang ada kenderaan..
Sahabat Usrah Muslimah pun boleh tolong ambilkan..
Kenapa sampai minta bantuan daripada Seorang Lelaki yang bukan muhrim untuk datang ambil?..
........dengan Motor?

Sangat tidak manis kelakuan ini.

Aisyah.. Maafkan Pakwan,
Pakwan pernah terfikir untuk putuskan sahaja ikatan itu, Ya.. putuskan hubungan kalian,
Tapi bila difikir-fikir kembali, Kami tersedar.. Amir tidak boleh putuskan begitu sahaja,

Kerana dahulu Aisyah 'datang' kerana agama..
Inginkan bimbingan.. kenapa tidak akhirkan juga dengan bimbingan.. mudah-mudahan Aisyah tersedar,

Jika tidakpun..
Sekurang-kurangnya Amir sudah menjalankan amanah Allah untuk menegur kesilapan ini..
Walaupun bukan sebagai Seorang yang Istimewa..
tapi mungkin sebagai seorang yang sayangkan saudaranya sendiri.


Sesi Teguran diatur
Akhirnya.. Si Amir pun buat-buatlahlah tersalah hantar SMS kepada Aisyah
(kononnya nak tanya pendapat Pakwan berkenaan perihal salah laku Aisyah
dan baguskah andai dia berikan kata dua kepada Aisyah.. sama ada nak pilih kehidupan sekarang atau nak berubah), 
Hahaha.. ingat lagi.?


Alhamdulillah..
hasilnya bagi Pakwan cukup-cukup berbaloi,
Dengar-dengarnya setelah berbincang dari hati ke hati.. ada yang mengaku kesilapan
dan bersedia untuk berubah,

Sampai Pakwan dengar Aisyah nekad nak jadikan Si Amir ni suami yang sah lagi,

eh.. iye ke macam tu(^^,)..

Fulamak.. mengalahkan Romeo dan Juliet deme berdua ni ek(^^,),
malu la tu.. rahsia terdedah..hahaha, xpe.. Sidang Pembaca tidak tahu siapa kalian(^^,)

(Malam tu Pakwan tertidur sambil tersenyum.. sampai telinga pula tu.. sebab gembira sangat-sangat(^^,)..hahaha)






W A R G H H H H H H H H.............      M E N G A N T U K N Y A ! ! ! ! ! ! !
Oklah, Restoran depan rumah Pakwan pun sudah nak tutup. Pakwan kira cukuplah sekadar itu dulu (^^,)Y...... Kita sambung lain kali la pula ya, Insya Allah.. WSLM

Payah bertunang lama-lama ni. Kan senang kawin je terus. hish korang ni....


Sumber: Sahabat
Salinan: Facebook Pakwan
Penambah: Pakwan






Pakwan: Alhamdulillah.. Tersenyum lagi(^^,)..






1 Jan 2013: Rasa nak tergelak baca rakaman dulu-dulu...hehehe,
Janganlah dipadam... biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah...hehehe,
Adalah 2-3 perkara yang kome tak berapa setuju dengan pendapat kome yang lampau..
Namun biarlah ek.. Mudah-mudahan Allah memberi taufiq buat kita semua.....waslm

Sabtu, 13 November 2010

Kisah Anak Soleh


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Assalamualaikum,
Suatu kisah yang bagi Pakwan cukup2 menarik..
Pakwan terbacanya lebih kurang 2 tahun leps
masa nak cari bahan untuk Risalah Minda Huffaz (Tahfiz_Pahang)..
Mula2 baca memang tersentuh habis perasaan Pakwan ..
Jadi.. rugi rasanya andai kita tak kongsikan bersama..


Pernah terjadi di suatu ketika,
Seorang wanita telah meninggal dunia..
tanpa disedari oleh jiran2nya.

Menurut kebiasaannya sebelum meninggal..
wanita tersebut sering kelihatan bersembang dengan jiran-jiran,
tetapi tidak kali ini..
kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak.. tidak pula.

Setelah merasakan agak lama wanita itu menghilang,
Jiran2 mula mengesyaki sesuatu telah berlaku,
Mereka kemudian melawat ke rumah wanita tersebut..
Sambil memberi salam.. mereka menjenguk ke dalam rumah..
Tetapi tiada jawapan.

Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk,

Ya Allah..
Alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati..
wanita tersebut telahpun meninggal dunia !
Berdasarkan keadaannya ..
wanita itu dipercayai meninggal ketika masih Solat.
Lantas.. Mereka terus menghubungi anak2 Allahyarhamah.

Menurut kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian & hatta di mana2 tempat sekalipun,
jenazah selalunya akan diserah untuk diurus oleh orang2 kampung / jemaah2 masjid,
Jenazah lelaki oleh jemaah lelaki / Jenazah wanita oleh jemaah wanita.
Tetapi berlainan pula dengan jenazah wanita ini..

Ya..
Kerja2 mengurus jenazah dilaksanakan sendiri oleh ketiga2 anaknya,
bermula daripada mandi, kafan, serta solat jenazah untuk Ibu mereka.
Dengan Belaian Kasih Sayang dan Rasa Hormat..
Kesemuanya dilaksanakan sendiri oleh Si Anak2 ini.
Solat Jenazah tersebut juga di-Imamkan oleh salah seorang anak wanita bertuah ini.

Walaupun telah diminta oleh Orang2 Kampung untuk membantu..
Mereka adik-beradik dengan penuh sopan mengatakan:



"bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa..
melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka..
sehingga menjadi anak-anak yang berguna,
Oleh itu, sebagai Penghormatan yang terakhir
dan tanda kasih sayang mereka terhadap ibu,
biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu."


Mendengarkannya..
membuatkan ada Orang Kampung yang menitiskan airmata,

Ya Allah..
mengenangkan Kebaikan dan Ke-Solehan anak2 wanita ini..


Bertuahnya..
hasil didikan tangan Si Ibu,
berjaya sudah membentuk anak2 yang diterangi Cahaya Iman.






Sehinggalah ke saat Pengkebumian Jenazah,
Urusan ini disempurnakan sendiri oleh mereka adik beradik.



Ya Allah.. betapa bertuahnya Si Ibu ini kerana mempunyai anak2..
yang boleh mengkafan, memandi serta menyembahyangkannya tatkala dia telah meninggal dunia,

Ya Allah.. betapa bertuahnya Si Anak ini kerana mempunyai ibu..
& diberi kesempatan & kemampuan oleh Allah untuk berbakti buat kali terakhir padanya,
Kisah ini bukanlah Kisah rekaan semata2..

Sebaliknya ia benar2 terjadi, Ketiga2 Anak Mithali tersebut adalah:
Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din Alhafiz (Pemimpin Agama), Alfadhil Dato Abu Hassan Din Alhafiz (Mantan Pegawai Istana Negara & Alfadhil Ustaz Ishak Din (Pendakwah bebas),



Pakwan:
"...Ya Allah jgnlah diKau m'mbenarkan sebarang Azab menyentuh kedua Ibu bapaku.. hatta sekecil2 hingga sebesar2 Azab, masukkanlah mereka berdua ke dalam Syurga Firdaus-Mu Allah, Cintailah mereka & kurniakanlah ke dalam hati mereka Rasa Cinta yg sangat mendalam terhadap-Mu...Ameen..."
.

Selasa, 21 September 2010

Dakwah Usahawan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Cyber Cafe yang memukau,
Semasa ke Cyber Cafe di Terminal Makmur.. untuk beberapa urusan,
Mula2 masuk ke CC tersebut, Saya lihat banyak kata2 hikmat tergantung di dinding..
Petikan hadis, Kata2 ulama', tazkirah2 ringkas & Ayat2 falsafah.. gaya 'kata2' tersebut disusun memang santai & menarik minat orang awam untuk baca.
"Erm.. Jarang ada CC camni, menarik," Fikir Saya sendirian.



Tiba2.. Tokey CC tersebut (Malayu) menyapa,
Tokey tersebut menyoal saya perihal ulama'2 yang ada sekitar Kuantan ni..
Dia nyatakan.. sekarang dia sedang nak create sebuah buku 'Sanad' (Salasilah ilmu yang sampai kepada Rasulullah) & Dia anjurkan pada saya.. untuk ambil sanad yang rajih (Diyakini) jikalau ke Timur Tengah nanti.



"Apahal lak ni? layan je la.."
Mula2 saya ingatkan dia ni juz Orang biasa2 jek.. mungkin jenis seorang yang semangat agama,
Namun.. tanggapan saya tadi meleset sama sekali,
Wah.. Orang hebat rupanya, Padan pun guna istilah tinggi2.. ayat2 ilmiah,
Rupa2nya.. Berkelulusan Universiti Madinah (Tempat yang cukup2 sukar untuk apply & masuk, tambahan semua perbelanjaan ditanggung Kerajaan Arab Saudi),



Fuhhh,
Disebalik tu, terbit rasa kagum dalam hati saya,
Iyelah.. Bukan sahaja mahir dalam bidang agama..
Malahan juga mahir dalam Teknologi Bisnes, Mahir dalam ilmu kehidupan,
Natijahnya.. Semua pelanggan yang terbaca kata2 tersebut dapat 'ditarbiah' secara halus..
Dakwah pun dapat bertebaran di situ.. Coz 'Kepala' yang berkuasa sudah Islami..


Sokongan kita
Sebab tu kita sangat menyokong mereka2 yang ada semangat agama ni berkuasa,
Punyai kuasa untuk mengarah & punyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain,

Tidak semestinya Bisnesman yang punyai pengaruh kekayaan berbilion2 ..
@ Pengarah2 syarikat yang punyai kuasa veto terhadap anak2 buah..
Bukankah semua orang punyai 'Kelebihan' tersendiri?
Justeru.. gunakanlah untuk Islam..

Penangan Figur2 cintakan Islam
Saya yakin sudah sampai masanya..
Yupp.. masa untuk Figur2 Muslim menguasai dunia,
Kerahkan tenaga & jiwa untuk pastikan Panji Islam di puncak,
Kalaupun belum menguasai.. mungkin sudah bergerak kearahnya,
Mustahil & Tidak yakin?.... Terpulang... Tapi I'Allah itulah hakikat yang sedang berlaku sekarang,
Figur2 & Tokoh2 Muslim kini semakin gemerlap..
Sana-sini Syariat Islam berjaya mereka pasakkan di Tempat mereka berada...



Kata2 CEO Air Asia (Dato' Seri Tony Fernandes)..
(lebih kurang bunyinya):



"Ramai orang memandang sinis ketika saya ingin menceburkan diri dalam industri Penerbangan Tambang Murah, mereka katakan itu suatu idea yang gila. ha2.. saya terima semua itu dengan telinga kiri & saya keluarkannya melalui telinga kanan, untuk idea gila itu saya sanggup berhenti sebagai Eksekutif di Warner Music & cagarkan rumah saya, lagipun saya memang selalu buat perkara yang gila..."






Belajar dari ISRAEL
Bukan sahaja memiliki perasaan yakin diri yang tinggi,
malahan.. mereka juga punyai satu jaringan yang cukup2 mantap..
setiap lapangan strategik mereka kuasai..
bermula dari Produk makanan, Ekonomi, Bidang2 Profesional, Pemimpin2 politik, Ketenteraan,
Pelobi2, Media2, NGO2 sosial & bermacam2 lagi lapangan strategik.







Impak yang terhasil..
Satu dunia dapat mereka kuasai.. Jumlah mereka tidaklah banyak,
Namun... Seluruh dunia terpaksa mengikut telunjuk diorang,
sebab apa?? sebab mereka jadi BOSS & kita  KULI !!
sebab apa?? sebab seluruh Keperluan Hidup kita dari sekecil2 hingga sebesar2 datang dari Yahudi,
sebab apa?? sebab seluruh Syarikat2 besar diorang yang kuasai,
sebab apa?? sebab mereka dah ditanamkan sejak dari kecil & sentiasa berpegang dengan fahaman bahawa mereka adalah bangsa termulia & bangsa memerintah..
sebab apa?? SEBAB KITA BOLEH TERIMA-NYA...



Nah sahabat,
Sebab tu kita kena bangkit & bangkitkan sekali member2 kita,
Figur2 Islam perlu kuasai dunia ini, Yupp.. kuasai seluruh dunia..


Buat Mahasiswa & Organisasi
Jadilah 'Orang Kuat'.. Coz tanpa 'Org Kuat' sesuatu kerja payah nak jalan,
Nah sahabat.. masa tu r 'Org Kuat' nak cucuk jarum Dakwah Islamiah..!!














Kata Akhir,
Insya Allah, seperti yang diwar2kan oleh Syeikh Mohd Abduh..
"Abad Ke21 adalah abad kebangkitan umat Islam,
Telah tiba masanya dunia tahu betapa Orang Beriman itu Cukup2 Kuat Pengaruhnya &Cukup2 Erat Ikatannya.........,



Nak Akhir dah..
Percayalah dengan janji Allah:
"Allah akan menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya"
Percayalah dengan janji Rasulullah:
"3 Gologan yang Allah akan permurahkan rezeki padanya: iaitu Mujahid di jalan Allah, Seseorang yang ingin bernikah lantaran ingin memagari dirinya daripada maksiat & Seseorang yang menghubungkan tali silaturrahim"  (Sumber nas asal masih belum saya temui)



Dah Akhir..
....................................Wassalam




Pakwan: Taati Allah & Yakinlah pada diri sendiri(^^,)..

Selasa, 22 Jun 2010

Saat Khatam Tasmi'



Alhamdulillah, Setelah hampir tiga tahun melakukan perkara yg 'Terpayah' dalam kehidupan.. ianya berakhir juga.
Tapi.. betulkah ianya sudah berakhir?
ataupun baru sahaja bermula?

erm.. Terpulanglah pada pendapat masing2 ek..
Yang penting hormati pandngan insan lain,
Bukankah setiap insan itu berhak untuk berfikir & bersuara,
Teringat tuturan kata2 drpd Saidina Umar Alkhattab:
"..Jangan lihat siapakah yg berkata,tetapi lihatlah apa yg dikata.."


Lawatan ke Insaniah


KENANGAN BERSAMA

Cukuplah sekadar ini dulu 'Perkembangan' terkini dari Pakwan, Ntah kapan bila lagi Pakwan bleh mengarang..bayak pengalaman/kejadian yg berlaku.. Tapi masa yg ada cukup2 terbatas, Apapun.. hope dpt berjumpa lagi di kesempatan yang lain Insya Allah. Buat sahabat2 seperjuangan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.. Syukran Jaziilan diatas kenangan2 bersama. Buat Ustaz Zulkifli Embong & Ustaz Ahmad Redzuan.. Syukran Jaziilan diatas kesabaran kalian selama ini(^^,).. wassalam

Isnin, 21 Jun 2010

Tesis: Hukum Dakwah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




PENGENALAN KEPADA DAKWAH




Definisi Dakwah


Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah dalam Bahasa Arab yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersbut atau yang asalnya Dakwah Islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.

Muhammad Al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah;

Sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.



Dr. Yusuf al-Qaradawi pula memberi definisi dakwah sebagai;

Usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.


Adam Abdullah al-Aluri pula menjelaskan bahawa;

Dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamankan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus kedalamnya.


Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa;

Yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.


Kesimpulan
Daripada pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa orang tokoh di atas, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredaan Allah.

Dalam Alquran terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang dimaksudkan itu. Antara ayat-ayat tersebut adalah sebagaimana berikut:

1.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين َ



Mafhumnya:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.




2.
لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلاَ يُنَازِعُنَّكَ فِي الأَمْرِ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيم
ٍ

Mafhumnya:
Bagi tiap-tiap umat telah kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus.


3.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين
َ

Mafhumnya:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.


4.
وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمْ الْكِتَابَ يَفْرَحُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمِنْ الأَحْزَابِ مَنْ يُنكِرُ بَعْضَهُ قُلْ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ وَلاَ أُشْرِكَ بِهِ إِلَيْهِ أَدْعُو وَإِلَيْهِ مَآب


Mafhumnya:
Orang-orang yang telah kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku menyeru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali.


Kesimpulan
Keempat-empat ayat tersebut memberi pengertian yang sama tentang dakwah, iaitu usaha membawa manusia kepada agama Allah.

Daripada pengenalan tentang dakwah ini dapat difahami bahawa dakwah itu bukan semata-mata laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan satu seruan yang terancang. Dakwah bukanlah semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan melalui wahyu atau selalu disebutkan ilmu agama, tetapi juga mengandungi ilmu-ilmu yang boleh memberi faedah kehidupan manusia di dunia ini.

Dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah, tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu. Dakwah bukanlah bererti agama itu sendiri, tetapi usaha untuk membawa manusia kepada agama itu. Tegasnya, dakwah itu ialah usaha-usaha yang dirancang dengan baik bertujuan untuk membawa manusia supaya mengetahui tujuan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



Hukum Berdakwah

Setiap kali persoalan hukum melaksanakan dakwah dimainkan, maka akan kelihatanlah ramai diantara umat Islam serta golongan huffaz khususnya yang masih tidak mengetahui secara pasti, apakah ianya Sunat ataupun fardu, baik fardu ain mahupun fardu kifayah.

Dikalangan ulama-ulama yang muktabar juga berlaku perbezaan pendapat berkenaan hal ini. Pebezaan ini timbul lantaran tiada ketetapan yang jelas baik daripada Alquran mahupun hadis bagi memperincikan akan hukum ini. Dengan sebab itu, wujudlah satu golongan yang menyatakan hukum berdakwah itu fardu ain dan golongan kedua pula menyatakan ianya fardu kifayah. Walau bagaimanapun, kedua-dua golongan ini mempunyai hujah tersendiri bagi menyokong pendapat masing-masing.



Golongan pertama:


Antara hujah golongan ini ialah berdasarkan firman Allah sebagaimana berikut:

Firman Allah s.w.t :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ




Mafhumnya:
Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Menurut golongan ini, kalimah di antara kamu (مِنْكُمْ) dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa perintah ayat tersebut ditujukan kepada sebahagian daripada orang Islam sahaja.



Al-Qurtubi menyatakan;
Menyuruh dan mencegah mungkar itu fardu kifayah. Al-Shawkani pula menjelaskan; perintah tersebut khusus kepada ahli ilmu yang mengetahui tentang apa yang ditegah dan apa yang disuruh.


Firman Allah s.w.t:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
.


Mafhumnya:
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajarkan kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga”.

Sewaktu mentafsirkan ayat tersebut, Al-Qurtubi menjelaskan bahawa;
Jihad itu fardu kifayah bukan fardu ain, kerana ada orang yang dimestikan keluar berjihad dan ada orang yang dimestikan belajar mendalami ilmu.


Firman Allah s.w.t.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُون َ



Mafhumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri tidak mendapat hidayah petunjuk. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) bagi apa yang kamu telah lakukan.

Ayat di atas menyeru orang Islam supaya menjaga diri dari melakukan maksiat. Ayat ini juga menerangkan bahawa orang-orang yang sesat itu tidak boleh berbuat apa-apa terhadap orang yang telah diberikan hidayah.


Berdasarkan dalil daripada ayat-ayat al-Quran di atas, golongan ini membuat kesimpulan bahawa dakwah tidak diwajibkan kepada semua orang, dengan itu ia fardu kifayah sahaja.





Golongan kedua:

Sementara golongan kedua pula berpendapat dakwah itu fardu ain. Bagi mereka, pendapat tersebut adalah berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan qias.

Antara hujah golongan ini ialah berdasarkan dalil-dalil yang dipetik daripada al-Quran serta hadis sebagaimana berikut:
1.
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنْ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ
لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


Mafhumnya:
Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka (bermakna) tidaklah engkau menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kajahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum kafir.


Menghuraikan ayat ini al-Sayyid Nawfal menjelaskan;
Oleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. ditaklifkan dengan tugas menyampaikan agama Allah, maka umatnya juga ditaklifkan dengan tugas itu. Nabi s.a.w. adalah contoh yang mesti diikuti oleh umatnya.


2.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين
َ


Mafhumnya:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.


3.
وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِين
َ

Mafhumnya:
Dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu; dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik.

Berdasarkan dua ayat di atas, golongan kedua ini memberi hujah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan secara khusus supaya berdakwah. Maka orang Islam juga diperintahkan supaya melaksanakan tanggungjawab tersebut, kerana ia tidak termasuk ke dalam perkara yang khusus bagi Nabi s.a.w. sahaja.


4.
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ
َ


Mafhumnya:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah…

Ayat ini menjelaskan dua perkara; pertama, tentang umat Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan sebaik-baik umat dan kedua, tentang tugas umat ini, iaitu menyuruh makruf dan menegah mungkar. Dakwah adalah perkara yang mula-mula sekali termasuk ke dalam tugas tersebut.

5.
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ. كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
.


Maksudnya:
Orang-orang kafir Yahudi dan Bani Israel telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

Ayat tersebut, antara lain menjelaskan bahawa di antara sebab Bani Israel dilaknat dahulu ialah kerana mereka tidak bersikap menegah kemungkaran dan kedosaan yang berlaku di hadapan mereka.


Berdasarkan ayat-ayat yang telah disebutkan, golongan ini mengambil kesimpulan bahawa dakwah adalah satu tuntutan besar yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam , kerana ayat-ayat tersebut menyeru setiap orang Islam berbuat demikian.
Dalil-dalil hadis adalah seperti berikut:


1.
Mafhumnya: “Sesungguhnya orang yang hadir itu hendaklah menyampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir. Boleh jadi, orang yang hadir itu menyampaikan perkhabaran dari Nabi s.a.w. kepada orang yang lebih sedar daripadanya sendiri”.


Hadis di atas dengan jelas memerintahkan sesiapa sahaja yang mengetahui tentang agama ini supaya memberitahu kepada orang lain. Bagaimanapun, “tidak mengetahui” tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berdakwah, kerana Islam mewajibkan setiap orang Islam belajar.

2.
Mafhumnya: “Sampaikanlah dari aku kepada sesiapa, walaupun satu ayat (sedikit), dan beritahulah sesiapa mengenai keburukan Bani Israel tanpa rasa berat. Barangsiapa membohongi ke atas aku dengan sengaja, maka bersedialah untuk masuk neraka.”


Hadis tersebut dengan jelas menerangkan bahawa walau bagaimana sedikit pun pengetahuan agama yang dipelajari oleh seseorang itu, ia perlu disampaikan pula kepada orang lain.

3.
Mafhumnya: “Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah (menghapuskan) dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (mulutnya). Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu merupakan selemah-lemah iman”.


Dalam mentafsirkan hadis tersebut, al- Qurtubi menjelaskan bahawa;
menyuruh makruf dengan menggunakan tangan (kekuasaan) mesti dilakukan oleh pemerintah, dengan lidah oleh ulama, sedangkan dengan hati sahaja oleh orang awam yang bersikap lemah.

Tafsiran tersebut menunjukkan bahawa menegah kemungkaran itu mesti dilakukan oleh setiap orang, mengikut kemampuan masing-masing, walaupun dengan hatinya sahaja. Ia juga menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak berbuat demikian, akan terlepas dari ikatan iman.


4.
Maksudnya: “Berjuanglah menentang orang-orang musyrik dengan harta benda kamu, tangan kamu dan lidah kamu (mulut kamu).”


Hadis tersebut menunjukkan bahawa setiap orang Islam mesti berjihad melawan orang-orang musyrik dengan harta benda, kekuasaan dam mulut.

Daripada hadis-hadis yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa perintah yang tersebut dalam hadis-hadis itu terkena ke atas semua orang Islam, tanpa kecuali. Dengan itu, setiap orang mesti melaksanakan tanggungjawab tersebut mengikut kemampuan masing-masing.

Dalil lain, iaitu qiyas berdasarkan satu kaedah yang maksudnya:

Jika sesuatu perkara yang wajib itu tidak dapat dilakukan kerana ia bergantung kepada benda lain, maka benda lain itu juga menjadi wajib disempurnakan, jika benda itu di dalam lingkungan kekuasaan tabiat manusia.


Kaedah tersebut dipadankan dengan dakwah, iaitu segala dasar, peraturan dan kewajipan yang terdapat di dalam Islam wajib dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh setiap orang Islam. Namun, untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut mestilah didahulukan dengan dakwah. Dengan yang demikian, menjadi kewajipan kepada setap orang melakukan dakwah.



Penilaian Hujah

Daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua golongan bagi menentukan hukum berdakwah, didapati bahawa hujah-hujah daripada golongan pertama masih banyak boleh diperbincangkan. Ayat-ayat Alquran yang dikemukakan oleh golongan ini untuk dijadikan hujah pendapat mereka adalah tidak tepat.

Hujah pertama,
iaitu Surah Ali Imran ayat 104 yang dibawa untuk menjadi dalil bahawa dakwah itu tertentu kepada sesetengah golongan sahaja, tidak membawa maksud yang muktamad ke arah itu. Terjemahan pada satu perkataan yang terdapat di dalam ayat tersebut, iaitu (مِنْكُمْ) dengan maksud daripada kamu adalah tidak tepat. Memang tidak dinafikan bahawa ulama tafsir yang menterjemahkan demikian. Contohnya, al-Shawkani yang menyebut bahawa tugas dakwah adalah tertentu kepada ahli-ahli ilmu sahaja. Tetapi ada sesetengah ulama yang tidak berpendapat demikian.
Mengikut Muhammad ‘Abduh (1849-1905);

Perkataan (مِنْكُمْ) bukan bererti daripada kamu. Bahkan ianya sebagai satu tambahan bagi menjelaskan perintah selepasnya. Dengan yang demikian, perintah dalam ayat tersebut, iaitu tanggungjawab dakwah adalah atas semua orang. Ia tidak terkhusus kepada sesuatu golongan sahaja. Bandingannya sebagaimana penjelasan Allah dalam Surah al-‘Asr dan Surah al-Maidah (ayat 78-79), yang maksudnya ditujukan kepada umum.


Berdasarkan pendapat seperti di atas, al-Sayyid Nawfal menjelaskan , ayat tersebut bererti:

“Dan hendaklah kamu semua, wahai orang-orang Islam! Menjadi satu golongan yang menyeru kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah..”


Hujah kedua, iaitu Surah al-Taubah (ayat 122), yang dibawa sebagai dalil bahawa dakwah itu tertentu kepada golongan ahli ilmu atau orang-orang yang belajar tentang Islam sahaja tidaklah dapat diterima.

Kalau dilihat dengan teliti, ayat tersebut tidaklah menunjukkan bahawa dakwah itu ditentukan kepada golongan ahli ilmu sahaja. Ini kerana berjihad itu merupakan sebahagian daripada kerja-kerja Islam atau laluan dakwah, atau lebih tepat dikatakan kemuncak dakwah. Dengan yang demikian, jihad merupakan salah satu daripada cara berdakwah, khususnya pada masa Nabi s.a.w. kerana Perang Badar (2H), Perang Uhud (3H), Perang ahzab (5H), pembukaan Mekah (8H) dan lain-lain merupakan perang yang mempunyaI motif dakwah.

Dr. Muhyuddin Abdul Halim menjelaskan;
Sesiapa sahaja yang sedar tidak boleh mengingkari peranan yang jelas yang dimainkan oleh jihad di dalam dakwah. Peperangan-peperangan yang berlaku pada masa Nabi s.a.w. merupakan sebesar-besar unsur kepada perkembangan Islam. Perang dalam pembukaan kawasan yang berdasarkan Islam merupakan laluan kepada dakwah Islamiah.

Oleh itu, ayat tersebut menuntut sebahagian umat Islam supaya keluar berperang manakala sebahagian yang lain pula mendalami ilmu supaya dapat diajar kepada orang yang terpaksa keluar berperang. Dari sini dapat dilihat bahawa semua orang mesti bekerja untuk kepentingan Islam.

Cukup jelas bahawa ayat tersebut tidak melepaskan tuntutan dakwah terhadap sesetengah golongan sahaja. Malahan, ia juga menunjukkan bahawa telah wujud kepelbagaian kerja di dalam dakwah mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Hujah ketiga, iaitu Surah al-Maidah, ayat 105 yang dibawa untuk menjadi dalil bahawa usaha dakwah tidak diperlukan bagi membawa orang yang lain kepada hidayah Allah, setelah dia diberikan hidayah itu; hujah ini diertikan bahawa taklif dakwah tidak ada bagi seseorang yang telah diberikan hidayah.

Ibn Majah (207H.-273H) telah menyebut bahawa;
Abu Bakar al-Siddiq sendiri menolak kefahaman seperti itu dari ayat tersebut.

Dari huraian-huraian yang dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa percanggahan pentafsiran di kalangan ulama wujud dengan ketaranya pada dalil-dalil yang dibawa oleh golongan pertama untuk menentukn hukum dakwah. Dengan yang demikian, pendapat golongan pertama yang didasarkan di atas hujah-hujah tersebut adalah tidak kukuh. Bagi golongan kedua pula, selain daripada kepelbagaian sumber hukum yang dibawa adalah jelas dan tepat. Maka, pendapat yang mengatakan dakwah itu fardu ain mengikut kemampuan masing-masing adalah lebih tepat.




Fardu Kifayah dan Fardu Ain

Setelah diteliti segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang terlalu besar. Ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan matlamat diciptakan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau perhambaan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan inilah dakwah Islamiah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam. Dengan itu, hukum dakwah bukan setakat fardu ain atau fardu kifayah, malah lebih daripada itu.



Al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa;
Baginya tidak ada halangan unuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu kedua-duanya sekali, iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Dakwah itu fardu ain, kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelas serta mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas di dalam Islam yang menjadi fardu ain kepada setiap orang, kerana orang yang jahil tentangnya terdapat dimana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardu kifayah , kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.


Muhammad Abu Zahrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan bahawa;
Apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan oleh para sahabat dan tabi’in yang masing-masing mengambil bahagian dengan sepenuhnya terhadap usaha dakwah, maka dapatlah difahami bahawa dakwah itu hukumnya fardu ain. Di samping itu, ianya menjadi fardu kifayah bagi mewujudkan Jamaah Islamiah yang istiqamah berdakwah. Dengan itu, hukum dakwah bagi setiap insan ialah kedua-duanya sekali.


Muhammad ‘Abduh membahagikan dakwah kepada dua bahagian;
Iaitu dakwah kepada seluruh manusia dan dakwah kepada orang Islam. Dakwah bahagian kedua ini terbahagi pula kepada bentuk umum dan bentuk khusus. Dakwah bentuk khusus ialah dengan cara nasihat-menasihati antar satu sama lain, sama-sama menolong untuk kebaikan dan sama-sama menegah kemungkaran. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama, tanpa mengira si alim atau si jahil.


Manakala ‘Abd al-Karim zaydan pula menjelaskan bahawa kewajipan dakwah ke atas seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam, berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjamaah, berdasarkan dia itu menjadi anggota kepada jamaah dakwah.


Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dijelaskan, dapatlah disimpulkan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ianya bukan sekadar FARDHU AIN bahkan juga FARDHU KIFAYAH buat seluruh umat Islam untuk membentuk suatu kumpulan yang benar-komited menjalankannya secara tersusun dan istiqamah, bergantung terhadap kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan rasul-Nya.

[Sumber Tesis akhir Pakwan: Bertajuk 'Dakwah dalam kalangan Huffaz']








Pakwan: Noktah kaki tidak saya sertakan sekali.., Anda perlu "teliti" sebaik mungkin jika mahu copy & paste... khusus pada baris Ayat Al-Quran, Artikel ini juga sudah tidak berapa sesuai untuk dibuat tesis lantaran telah di edit, Untuk dapatkan soft copy.. Boleh email kepada saya wank947@yahoo.com / Facebook.....wassalam

Ahad, 23 Mei 2010

Muslim perlu jadi BOSS


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Jadilah Tuan @Boss,
Pakwan lebih suka melihat Sahabat2 Pakwan berdikari.. kerja sendiri, jadi Tuan, jadi Manager..
lebih mengagumkan andai dapat tahu ada antara sahabat2 Pakwan yang punyai title Al-Hafiz, Alim dalam Fiqh, Muhaddith & Mufassir tetapi juga menjadi Tuan2 Orang (pinjam ayat nenek Pakwan),
Biarpun bisnes kecil.. tapi KITA YANG PUNYA !! baru r seronok,




Bukan pe..
(jgn marah ek.. nanti kena jual(^^,)):


~Yupp...
Kadangkala kita berbangga dengan tahap pencapaian kita..
Iyelah.. Siswazah bidang 'Kejuruteraan' la katakan,
Nak belajar dah la susah.. Pelbagai teori nak kena hadam,
Bahagian enjin pulak tu.. bukan calang2 orang bleh hadam,
Last2 boleh dapat 4.0, fulamak.. mana tak bangga..
Siap dapat anugerah Naib Canselor dari pihak 'U' lagi,
menandakan kita pelajar terbaik di 'U' tersebut..
malahan mungkin antara terbijak di Kampung & Daerah kita.



Belum tamat lagi semester akhir,
Pelbagai Syarikat dah offer kerja..
Last2 pilih 'Honda' sebagai majikan.. coz katanya Syarikat Gergasi,
Berdasarkan kelulusan kita.. dibaginya kita starting RM2000 sebulan..
Bekerjalah kita pagi petang siang malam..
Dengan matlamat: Untuk memastikan jenama Honda kekal tebaik di Malaysia,
Selang 5-6 tahun bekerja.. blehla dapat RM6,000 sebulan, setelah di tambah ovr time,



Satu hari kita balik ke kampung,
Haji Bahrin (Pemilik: Restoran Ana Ikan Bakar Kuantan) datang menyapa,


[Lama xjumpa.. mana sekarang?]
--PPinang.. Kerja dengan Syarikat Honda,

[Owh.. Bukanke Syarikat Boon Siew yang jadi satu2nya pengedar HONDA kat Malaysia?]
--Yup


[La.. tu kawan Pakcik yang jadi Pemiliknya.. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew,
dulu membaca pun xpandai]
--Ha?

[Berapa gaji diorang bagi kamu.? Atas lulusan kamu.. apa namanya ek, injer.. injer.?]
--Engineering la Pakcik, Gaji bleh tahan jugalah Pakcik.. RM6,000 kalau campur ovr time.


[Owh.. Lebih kurang income harian Pakcik gak la, Pakcik pun lebih kuang tu juga sehari, tapi kalau hari Ahad Pakcik dapat lebih lagi]
--Ha?? Bukanke Pakcik dulu SPM jek? Berapa Restoran ni bleh dapat kalau hujung minggu tu?

[A'ah.. Ada la lebih kurang RM10,000 semalaman, Restoran Zaman dekat Batu 10 pun macam Pakcik gak.. biasa la nak.. 9/10 daripada rezeki kan datang dari perniagaan, Anak xnak kerja ngan Pakcik? Pakcik bleh bagi RM7000 sebulan]
--................????













Pakwan: Kerja sendirilah member.... Cukup2lah makan gaji tu, Ilmu agama yang ada itu berikan secara percuma kepada Masyarakat... Makan minum Kita & Keluarga biarlah dari bisnes...., Siap boleh upah orang lagi... Macam Ulama' kita dulu2....(^^,)

Selasa, 9 Mac 2010

Gerbang Galeri Pakwan

 
 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Alhamdulillah..
Buat-Mu Tuhan Rabbul Izzati,
Diatas segenap nikmat yang telah Kau beri,
Walaupun pelbagai mehnah datang dan pergi,
Namun dengan izin-Mu.. ku masih mampu untuk berdiri..

Setelah dikerling kanan & kiri,
Setelah difikirkan onak & duri,
Akhirnya kubulatkan jua azam kutekadkan jua diri,
Peluang ini ku patut rebuti,
Peluang ini tak mungkin berulang lagi,

Ada mengatakan ini adalah mainan Yahudi,
Ada mengatakan ini Perangkap Nasrani,
Namun bagiku 'It's depend' kpd Strategi,
Untuk menterbalikkan natijah yang diimpi,

Mungkin betul ianya senjata Yahudi,
Mungkin betul ianya muslihat Nasrani,
Namun bagiku ada perkara yang perlu difahami.
Berapa orangkah yang benar2 memahami??
Berapa orangkah yang benar2 mengerti??
Selebihnya.. nak kita biarkan berlalu pergi??

Nah sekalian saudara & saudari,
Gunakan akal fikirkan strategi,
Bukankah Senjata Maya telahpun diberi??
Ambil saja & hapuskan si Pemberi !!
ALLAHUAKBAR !!

Pasakkan Iman teguhkan Strategi,
Ayuhh.. kita lancarkan Perang Fizikal & juga Psikologi,
Setiap arah kita serang Setiap sudut kita takluki,
Biarpun Kita derita memegang Panji,
Namun.. untuk menyerah TIDAK SESEKALI !!!

Salam kuhulur Ukhwah kututur,
Mengharap Redo dari Ilahi,
Pena kuhulur Hujjah kuhambur,
Mudah2an bahagia Ukhrawi.

11;34 PM
09/03/2010