Ahad, 25 September 2011

Alang2 Menyeluk Pekasam.. Jangan Menyerah

 
 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Alang2 dah masuk askar... Alang2 dah sukarr camni..
Nak payah... biar payah betul2, Alang2 panjat.. biar 'Panjat' tahap paling tinggi..
Alang2 menyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan,


Masih saya ingat kata2 ini,
Ya... kata2 inilah yang menjadi takal bekalan buat sepupu saya: Kapten Wan**, semasa register untuk Ujian tahap tertinggi bagi seorang tentera iaitu elit KOMANDO. Walaupun dengan ujian yang cukup2 hebat, salah seorang rakannya ada yang meninggal dunia semasa ujian payung terjun tahap tertinggi (Penerjun perlu terjun TEPAT ke sasaran pada WAKTU MALAM & di dalam HUTAN... payung rakannya tidak sempat di buka), ada juga yang gila, belum lagi diambil kira dengan 1001 bebanan SEKSAAN yang perlu & wajib ia harung, namun semua itu tidak ia pedulikan, Jiwanya telah nekad:.. -- Alang2 Menyeluk Pekasam biar Sampai Ke Pangkal Lengan.!! --



Gagah melangkah,
Puji2an buat Allah, Kini Kapten Wan boleh berbangga dengan pencapaian ia miliki, Kapten Wan telah berjaya mengharungi kesemua seksaan2 tersebut (daripada beratus2 yang memohon... tidak sampai 60askar yang berjaya), walaupun dalam usia yang masih muda (belum sampai 30an).. ia sudah dipanggil TUAN oleh anak2 buahnya yang beratus2, mengetuai salah satu devisyen semasa operasi di Lubnan baru2 ini. Secara peribadi saya suka lihat gerak-gerinya sekarang, matanya sentiasa kelihatan berwaspada & tutur katanya penuh hati2. Seorang yang cukup2 nekad dengan keputusannya & paling penting... Jaga Solat.



Kisah di Bilik Tasmi'
"Bang.. kenapa saya payah nak hafaz Al-Quran?" "Semua orang dah tinggi2 (m/s), saya paling bawah... rakan2 saya yang sama lemah pun makin jauh tinggalkan saya, kenapa saya payah hafaz bang?..."
aduan yang tadinya hanya rayuan.. mula disertai tangisan, tersentuh juga hati melihatnya.
Sambil memegang bahunya: "Ha2.. Fauzan dulu UPSR dapat berapa ek?""5A.." jawabnya acuh tak acuh,"Woit... hebat tu, dalam satu sekolah berapa orang jep 5A?""Dalam 15 orang jep, tapi bang... saya selalu dapat no satu dalam exam2 lain tau, semua oarng sukakan saya masa tu" riaknya nampak ceria,
"Tapi sekarang.. semua orang macam tak suka saya, ustaz selalu marah2 saya" nadanya berubah sedih semula, air matanya mula tumpah ke baju saya & sebahagiaannya sempat ia kesat.
"Ha2... awat cakap camtu. Setiap orang kelebihannya tak sama.. walaupun minat boleh jadi sama, Abang lihat Fauzan hebat dalam bab2 pengurusan, walaupun masih muda... tapi cara Fauzan mengurus tampak matang, jauh atasi rakan2 Fauzan yang lain, ermm... mari Abang tunjukkan sesuatu kat Fauzan.." Saya mengajaknya & 2-3 lagi rakan ke Papan Kenyataan (Tempat keputusan terkini ujian DIPLOMA diletakkan, gambar pelajar yang Gagal akan ditampal di situ) .
"Nah... cuba lihat nama Abang2 & Kakak2 Diploma, semua dah tinggi2 kan? malahan ada yang dah habis muqarrar pun. Mereka semua hebat2, Erm... sekarang cuba Fauzan cari nama Abg pula.."
"Abang2.... ni2, tapi kenapa nama abang jep yang warna merah? Abang2 lain semua hitam.." Jerit Munif yang cepat menangkap.
"Ha2.... merah tandanya tidak habis muqarrar lagi la.." Jawab saya sambil tersenyum (sambil fikir rangkap seterusnya)
"Owh... tapi kenapa Abang tak habis?.." Munif pura2 bertanya (gamaknya la I'Allah)
"Ha2... Abang tak sehebat macam Abg Tengku, Abg Ikram, Abg Amir.. tak macam kakak2 yang lain, Abang jenis yang lemah dalam bab hafaz menghafaz ni, Abang jenis yang suka wujudkan sesuatu & Abg tak suka kalau follow jep apa yang telah ada.. Sebab tu Abang lemah nak 'terima' hafazan " Jawabku agak berbunga..
"Tapi Abang lain..." Celah Fauzan
"Ha2.. Jom kita balik" Saya mengajak mereka pulang
"Abang dah banyak kali gagal dalam hidup.. Abang tidak boleh lupakan sampai sekarang mimik muka mak Abang masa hanya dapat 2A masa UPSR dulu, Abang masih ingat masa SMA dulu... --Abg seorang yang sangat malas menghafaz, sampaikan bila natijah trial SMA keluar.. Abg gagal. Ustazah telah kumpulkan kami form4 ramai2 di tengah dataran perhimpunan, di kanan lelaki & kiri perempuan... manakala di tengah2 adalah pelajar2 yang gagal dalam trial, semua kawan2 Abang terkejut bila nama Abang tiba2 disebut dalam kategori 20org itu, semua pelajar berjumlah lebih 100org. Ada yang hanya mampu menepuk & tidak kurang yang memberikan kata2 semangat. Manakan tidak.. pelajar daripada kelas aliran Sains boleh gagal? Fauzan rasa apa sebabnya?" Saya bertanya
"Ntah..."
"Semuanya kerana malas menghafaz..
--Abang cuma tinggal dalam 2minggu sebelum real exam, Abg terpaksa hadam dalam 12 subjek (kalau tak silap) untuk pastikan Abang lulus ataupun abg terpaksa repeat SMA, Kami ditempatkan di kelas khas dengan rehat & makan di dalam kelas yang sama, motivasi diberikan tiap2 masa. Alhamdulillah bila keluar natijah Abg lulus & mendapat Pangkat 1 Agregat 11, walaupun tidaklah terlalu tinggi... namun berjaya juga Abg pintas 1-2 sahabat Abg yang sama kelas Sains dahulu. Fauzan rasa sebab apa? "
"Sebab apa..?"
"Ha2... sebab abang nekad untuk berjaya lulus & tak dapat tidak abg perlu menghafaz, walaupun... tidaklah terlalu tinggi natijahnya, namun Abang rasa puas... sebab Abg dah USAHA sungguh2, Lagi satu... jangan disebabkan hanya sehelai result kita jadi tertekan, otak kita jadi celaru..."
"Habis tu..?"
"Ha2.. jangan fikirkan sangat push2 ustaz, yang penting kita ceria & happy. Anggaplah semua itu juz mainan hidup.. Otak kita pun jadi ringan, sambil tu kita boleh hafaz dengan lebih tekun & bersungguh. Abg tahu fauzan jenis yang macam tu kan?"
Fauzan diam..
"Ha2.. pasal rakan2 yang lebih tinggi tu.. jangan difikir sangat, Kalau abg lah...bang tak minat letakkan diri abg dalam perlumbaan tu, diorang nak laju terpulang.. lagipun memangpun kelebihan diorang kat situ... kat tempat lain diorang pula kurang. Yang penting kita buat yang terbaik untuk apa yang kita nak, kalau berlari tu.... kita kena lari sampai garis akhir walaupun kita letih sangat2,
--Fauzan.. Abang ada satu kepercayaan yang abang sentiasa pegang; ..setiap orang pasti ada kelebihan & ianya pasti unik & pasti tiada pada rakan2 dia yang lain, Mudah bukan? & kepala kita pun akan jadi lebih tenang.... ha2, macam Fauzan lah kan? pasti kelebihan pada Fauzan tiada sapa pun yang dapat challenge....ha2"
"Apa dia?"
"...Carilah sendiri, aaa'ah.. takkan tu pun nak org bagitahu" saja nak ending bualan
"Cepatlah bagitahu.. ala abg ni... cepatlah" Fauzan mengejar & terhenti bila terserempak dengan rakan2 Diploma,Terputuslah perbualan kami...




Pakwan:
Lain nak tulis.. lain pula yang keluar(^^,)..ha2,
hope sahabat2 yang telah @ bakal keluar natijah dalam sebulan ini lebih tabah & kuat dalam menghadapinya, Insya Allah semua najah..ameen, kalau tidak... Allah pasti telah takdirkan sesuatu yang lebih indah buat kita I'Allah..ameen.

Untuk lebih mengenali elit KOMANDO: boleh layari -- http://armyboy-komandomalaysia.blogspot.com/

Titik Perbezaan Khalaf -Salaf... "lahirkan" Manhaj Wahhabi??

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Kesederhanaan Alazhar
Salah satu rantaian kalimah yang paling kerap saya dengar sejak tiba di Mesir ini, baik daripada dada Akhbar Suara Azhar (soutul azhar), Seminar di Alazhar Conferrance Centre (ACC), Majalah Alazhar mahupun daripada Masyaikh Alazhar khususnya Syeikhul Azhar sendiri Syeikh Ahmad Toyyib adalah Wasotiah Alazhar (Kesederhanaan manhaj Alazhar). Maka tidak hairanlah Fiqh Muqorron (fiqh perbandingan) menjadi salah satu silibus wajib bagi Mahasiswa Alazhar khususnya Jurusan Syariah.


Sirah perbezaan pendapat
Pada zaman Rasulullah telah wujud perbezaan pendapat dan ianya tercatat di dalam Riwayat Imam Bukhari:
“Jangan salah seorang dari kamu pun menunaikan solat asar melainkan di Bani Quraizah.”
Namun, sebahagian dari sahabat mendapati asar telah masuk ketika mereka masih dalam perjalanan, lalu berkatalah sebahagian mereka, “Kami tidak akan mengerjakan solat asar sehingga kami sampai di kampung bani quraizah.”
Tetapi sebahagian yang lain pula berkata, “Bahkan kami akan mengerjakan solat asar dan tidak apa-apa salahnya.”
(dapat difahami: Sahabat menganggap arahan Rasulullah tadi bertujuan suatu gesaan untuk mempercepatkan perjalanan.. Tidak bermaksud supaya meninggalkan Solat Asar dalam waktunya)


Hal ini telah sampai ke pengetahuan Nabi S.A.W tetapi baginda tidak mencela sesiapa pun di antara mereka. Justeru Taqrir Rasulullah dengan berdiam diri di sini menunjukkan kebenaran oleh Rasulullah untuk berijtihad bila dirasakan suatu perkara itu samar-samar serta tiada ketetapan yang jelas dari sudut nas ataupun dalil.



Salaf dan Khalaf dari sudut zaman?
Jika kita merujuk kepada kitab-kitab Akidah (di Malaysia juga banyak),
maka istilah Salaf akan merujuk kepada tiga zaman selepas Nabi iaitu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' tabieen.

Manakala Khalaf pula adalah generasi ke-4...


Salaf dan Khalaf dari sudut Manhaj? (pendekatan)
Analognya mudah..
Ayat: "..Tangan Allah diatas tangan mereka" _Surah Alfath ayat 10
Titik perbezaan(khilaf) berlaku pada tahap ke-4:
TAHAP-1:
Ulama' Salaf & Khalaf yakin ini adalah ayat Alquran dan kalamullah.
TAHAP-2:
Apa yang dapat Ulama' Salaf dan Khalaf sepakat faham, mustahil Allah beranggota (berjisim) seperti manusia biasa atau seolah2 seperti berhala (ada tangan).
TAHAP-3
Ulama' Salaf dan Kholaf yakin Tangan disini bukan bermakna tangan macam kita, tetapi ada makna lain.
TAHAP-4
Ulama' Salaf: "Hanya Allah yang tahu 'makna' tersembunyi itu, dikhuatiri salah jika kita berbincang..." (Langkah selamat)
Ulama' Khalaf: "Kita ijtihad berdasarkan Ilmu untuk fahami maksud kalam Allah ini, adakah keputusan nanti benar-benar tepat? Wallahua'lam... kami hanya ijtihad." (Langkah Ilmiah)

Konklusi: Ulama' Salaf cenderung kepada aslam(selamat) dan Ulama' Khalaf cenderung kepada ahkam(Ilmiah)
Justeru: Kedua-duanya betul kerana muliakan Allah cuma caranya berbeza.


Muncul Ulama' Khalaf
Sewaktu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' Tabieen ianya tidak popular lantaran majoriti Bangsa Arab sahaja yang menganut Agama Islam serta mendalami Alquran dan Hadith, namun masalah timbul bila Bangsa Asing mula menganut Islam, kadangkala mereka faham Alquran dan  Hadith berdasarkan fahaman agama mereka yang terdahulu, contohnya -Allah ada anggota (macam berhala)?- Disebabkan ini fahaman yang berbahaya, maka ulama' mula mencari dan mengkaji, itulah asalnya Ulama' khalaf.


Doa Rasulullah saw
Rasululah pernah berdoa buat Saidina Abdullah b. Abbas ra:
--Allahumma faqqihhu fiddin wa allimhu ta'wil--
(Ya Allah... fahamkanlah ia akan agama dan alimkan ia dengan takwil)
Secara tidak langsung menunjukkan Rasulullah saw merestui Saidina Abdullah b. Abbas ra untuk ber-ijtihad dan menafsir nas.



Pandangan Azhariy tentang Wahhabiy atau Salafiy
Baru-baru ini semasa Majlis Tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin di rumah Kedah Keherah, kebetulan ketika itu kelas terpaksa berhenti sebentar lantaran black-out. Saya sempat bertanya kepada Syeikh:
Assalamualikum Syeikh..
Bolehkah Syeikh jelaskan apakah itu Wahhabi dan adakah ia suatu fahaman yang membahayakan?
Syeikh: Sebenarnya fahaman Wahhabi atau Salafiy tiada masalahnya, Tambahan kita dapati banyak persamaan pada perkara furu' antara Salafiy dan Ulama'-ulama' kita (Ulama dari Mazhab Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi), sebagai contoh pada Doa Qunut ketika Solat Subuh. Cumanya pada perkara Akidah dan ajakan yang extreem itu kita berbeza. Asalnya dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab.rh pada tahun 1129 hanya sekadar bermain di mulut, namun pada tahun 1149 ianya bertukar menjadi keras dengan merosakkan sebuah kampung dan meruntuhkan kubur-kubur para wali dan orang soleh..


Syeikh Yusri.ha adalah antara Ulama' Alazhar yang lantang mengkritik pendekatan Wahhabiy
Antara kata-katanya yang selalu beliau ulang dan tersemat di kepala saya ialah:
Disebabkan cara faham yang berbezalah menyebabkan wujudnya empat mazhab.
Mazhab Syafie-Hambali-Maliki dan Hanafi. Walaupun berbeza namun mereka saling hormat menghormati.. tidak seperti Wahhabiy yang sentiasa menyatakan pendapat Imam-imam lain salah dan ia betul, menolak mazhab-mazhab lain dan menyuruh semua muslim mengikut mazhabnya sahaja.


Rumusan
Istilah Wahhabiy/Salafiy itu sendiri sebenarnya subjektif. Dari sudut Akidah:
Jika benar ia mengikut manhaj untuk tidak mentakwil 'nas' secara Tafsili(Ilmiah), maka ia termasuk dalam kategori Salaf dan ianya tiada masalah.
Namun jika Wahhabiy/Salafiy ini cuba untuk mentakwil nas lebih daripada tahap Ijmali/umum/ aslam (selamat) sehingga naik ke tahap Tafsili(Ilmiah).. maka ia sama dengan Ulama' khalaf maka ia juga tiada masalah.

Syeikh Ali Jum'ah.ha (Mufti Mesir) sendiri pernah berkata:
Wahhabiy Mesir ini sebenarnya Asyairah (serupa pegangannya) walaupun mereka sendiri tidak mengakuinya.

Dari sudut Fiqh:
Wahabbiy tiada masalah pada Ijtihad lantaran banyak ijtihadnya yang sama dengan Ulama'-ulama ahlus sunnah, namun masalah timbul pada sikap-sikap mereka yang tidak meraikan khilafiah (perbezaan fahaman/pendapat) dan Juga cara mereka yang agak terlampau dalam memaksa Orang ramai mengikut mereka.

Pesanan Ulama terhadap kita;
"Datanglah kepada Syariat melalui Ulama'... bukan melalui bacaan semata-mata....." --Pesanan Syeikh Yusri Hafizahullah dan Habib Ahmad AlMaqdi Hafizahullah  (Kedua2nya adalah tenaga Pengajar di Masjid Al-Azhar as-Syarif )



Sumber: Alquranul kareem, Kulliah Syeikh Yusri, Dauroh Tafaqquh Fiddin -Syeikh Nuruddin, Kursus selami manhaj Salafi -Ustaz Hairol Nizam, Akhbar Soutu Alazhar, Majalah Alazhar.







Pakwan:
Ingatan dari Habib Ahmad Al-Maqdi: 
Mereka (Wahhabi) Kuat bukan kerana Kekuatan mereka.. 
Tapi kerana Kelemahan kita (Malas belajar)..

Baca Juga: Kenapa Mazhab Syafie banyak pendapat