Isnin, 14 Februari 2011

Mulianya Syeikh Ali Jum'ah... Justeru digelar jahat?





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mufti Mesir: Syeikh Ali Jum'ah




Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi tadi(saat nurkilan ini mula ditulis) saya berkesempatan mengerjakan Solat Subuh di salah sebuah Masjid di Perkampungan Sungai Isap Kuantan. Dengan jarak lebih kurang 3 minit perjalanan menaiki motor ex5, ianya sedikit sebanyak mengubat rindu yang lama terpendam untuk merasai suasana Subuh di Tanah Air.. setelah hampir enam bulan berkelana di Bumi Mesir.



Diringkas cerita..
Sebaik sahaja selesai Solat Subuh, Jamaah Masjid mula membuat Halaqah(bulatan) untuk sama2 mendengar Kulliah Subuh yang akan disampaikan oleh seorang Penceramah Undangan. Gaya penyampaian Ustaz agak menarik membuatkan hampir tiada jamaah yang tertidur, Sambil turut diselangi dengan kritikan sinis dalam isu politik & Akhlak.



Adakah silap telinga menangkap?..
Ketika mengulas isu Politik di Mesir [Kejatuhan Regim Husni Mubarak], tiba-tiba terpacul daripada mulut Ustaz ini..."Mufti Mesir Jahat" (lebih kurang bunyinya), Namun saya tepis bisikan itu... mungkin saya tersilap dengar.

Tidak semena2 1-2minit kemudian.. Kalimah itu terpacul lagi dari mulut Ustaz tersebut. Semuanya lantaran fatwa Syeikh Ali Jum'ah yang mengatakan bahawa: "elok jika Demonstrasi Pro-Demokrasi yang sedang memuncak itu dihentikan & diganti dengn dialog" (lebih kurang bunyinya). Mufti Mesir menyarankan sebegitu setelah melihatkan hampir 100 orang awam terkorban(angka itu semakin bertambah). Tidak cukup dengan melabel Syeikh Ali Jum'ah sebagai Mufti Jahat, 'Tok Guru' ini turut membanding2 pendapat itu dengan Fatwa Dr.Yusuf Qardhawi yang lebih memihak kepada Para Penunjuk Perasaan.



Kemudian..
Ustaz ini turut membidas Masyarakat Mesir lantaran hanya berani menumbangkan Presiden Hosni Mubarak setelah melihat Revolusi Tunisia berjaya, sedangkan bilangan Ulama'2 di Mesir berlambak2. Tambah 'Tok Guru' ini lagi, Ramai dikalangan Ustaz2 kita yang belajar tinggi2 tetapi pada akhirnya lentok bilamana Habuan Dunia terhidang di depan mata. Amar Makruf Nahi Munkar ditolak ke tepi lantaran nak jaga periuk nasi(lebih kurang bunyinya).



Apapun, Terima Kasihlah untuk Majlis ini,
Walaupun setia mengikuti Kulliah ini hingga ke penghujung, tetapi tidak bermakna saya setuju 100% degan buah fikiran itu, Apatah lagi dalam bab menggelarkan Syeikh Ali Jum'ah sebagai 'Mufti Jahat'. Tambahan ianya disampaikan kepada Orang2 kampung yang mungkin tidak belajar Agama secara mendalam apatah lagi mengaji 'Fiqh Ikhtilaf (Fiqh Muqarran)'. Saya risau jika kata2 Ustaz itu akan menjadi 'bawak mulut' orang kampung, Silap2 hari bulan Orang Kampung akan menganggap Mufti Mesir ini memang Ulama' Jahat & fatwanya selepas ini langsung tidak boleh diguna pakai.



Ustaz Penceramah..
Saya teringat kata2 Dr.Uthman ElMuhammady (Felo kehormat ISTAC UIA): Bukan semua orang layak dipanggil Ulama'. Seperti juga istilah Tok Guru, gelaran ini hanya diberikan oleh orang2 yang memang arif tentang ilmu agama kepada orang2 yang terpilih(lebih kurang bunyinya). Justeru, bukankah Syeikh Ali Jum'ah ini diakui sebagai seorang Ulama' oleh kebanyakan Tokoh2 Agama & Ulama'2 Dunia. Soal berbeza pendapat itu hal lain, yang penting Syeikh diakui sebagai seorang Ulama'. Sehinggakan kalau Ustaz melintasi Masjid Al-Azhar diwaktu ini, Ustaz akan dapati berpuluh2 bakal2 Ustaz & Ustazah yang sedang Bertalaqqi Kitab disana bersama Syeikh Ahmad & Syeikh Syaltut. Tahukah Ustaz bahawa 2 orang Syeikh ini juga adalah ANAK MURID kepada SYEIKH ALI JUM'AH?



Maaf Ustaz..
Saya rasa Ustaz pun faham, setiap orang yang berilmu akan sentiasa berhati2 dalam berkata2, apatah lagi seorang ulama'. Tujuannya tidak lain kerana memikirkan kesan yang akan terhasil daripada kata2nya itu nanti. Justeru setiap katanya2 itu pasti akan dikawal oleh ILMU-nya, serta ILMU itu mestilah diikat dengan AL-Quran & Al-Hadith, kerana itulah kita yakin & memegang kata2 Ulama'.



Namun Ustaz kita kena juga fahami,
Ulama' juga mempunyai 'target' & matlamat mereka tersendiri bilamana mengeluarkan sesuatu pendapat, kerana itu kita dapati terkadang fatwa yang Ulama'2 keluarkan berbeza mengikut suasana, individu & tempat. Sebagai contoh Fatwa Dr.Yusuf Al-Qardawi tentang mendengar 'alunan muzik'. Namun semuanya tidakkan lari daripada Al-Quran & Al-Hadith serta di dasarkan dengan ILMU mereka.



Adakah Ustaz perasan?
Ketika isu kebenaran menggunakan nama 'Allah', bagi merujuk Tuhan Kristian oleh penganutnya baik di dalam Bible ataupun majalah Kristian edisi Melayu (Malaysia). Pendapat daripada Tuan Guru Haron Din adalah Negatif sedangkan Tok Guru Nik Aziz adalah Positif. Bagaimana isu ini boleh berlaku? Bukankah kedua2nya Ulama? Pimpinan Gerakan Islam yang sama? Kenapa?............. Tidak lain kerana Matlamat@target yang berbeza. Tuan Guru Harun Din mungkin memikirkan akan Bahayanya kepada Orang Islam jika ianya dimanipulasi oleh P'dakyah Kristian. sedangkan Tok Guru Nik Aziz mungkin memandangnya dari sudut dakwah kepada Orang Kristian akan menjadi lebih mudah.... Nah bukan kah mudah jika berfikiran begini? Asalkan kedua2nya berpaksikan kepada Ilmu. Maka tidak ada apa yang perlu kita risaukan.







Bagi Saya Ustaz..
Saya lebih suka melihat Imam As-Syafie, Tatkala Imam Syafie datang ke Baghdad & tiba di sebuah masjid. Ketika itu makmum sedang bersiap2 untuk Solat Subuh, melihatkan kehadiran Seorang Ulama hebat, Jemaah meminta Imam Syafie untuk menjadi imam. Sebaik sahaja selesai Solat Subuh, Jemaah bertanya kepada Imam Syafie kenapa tidak dibaca Doa Qunut ketika Solat tadi. Lantas Imam Syafie menyatakan: " Aku menghormati Mazhab yang kamu anuti" (lebih kurang bunyinya). Nah Ustaz.. Itu Imam Syafie (pencetus kepada Mazhab Syafie yang majoriti daripada masyarakat kita anuti serta ada sebahagiannya cuba pelajari di Madrasah2 & Kulliah2 baik di Malaysia mahupun luar negara). Apatah lagi kita yang kerdil ini, sudah tentulah kena lebih2 lagi dalam 'menghomati pendapat' dan 'Bersangka baik' kepada Ulama'.

Wallahua'lam,
Sekian sahaja, Mudah2an Allah sentiasa memimpin kita ke Jalan Taqwa.. ameen





Pakwan:
Cakap Siang Pandang2... Cakap Malam Dengar2,
Cakap Bohong Berdosa.. Tak Cakap pula Bisu.