Ahad, 29 Januari 2012

Lagendaris Politik: Antara BERSIH.... & BIJAK


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Kepalaku berdenyut

Teringat saya kata2 ibu;

Darah manusia ini beracun.. Kita tak boleh "umpat" mereka,
Kalau Mie ada je "usik" orang... Mulalah mata Mie rasa nak pusing..


Kiasan Mie biasanya memang sesuai menggambarkan "Ubat" terbaik..
Kata2 ini jugalah yang saya jadikan sebagai bekalan.. Walau kadang2 terlupa,
Mudah2an Allah ampunkan kita & manusia yang kita umpatkan....ameen







Kecenderungan berfikir

2-3 hari ini penyakit lama saya muncul lagi, Ia...penyakit Analisis POLITIK,
Bermula dengan pos di FB teman maya saya yang berbangsa cina... xxxx,
Usahanya utk menjatuhkan Ustaz Azizan tidak boleh dibiarkan.. Lantas saya komen,
Syukur komen tersebut mendapat sambutan.. khususnya oleh Pejuang2 Islam..
Lantas dia pun menyerah kalah... Mudah2an dia tidak lagi mengulang kembali,






Politik adalah SENI
Bagi saya politik ini suatu seni.. Seni menarik sokongan,
Adakala seseorang itu ilmunya biasa2 sahaja..Ilmu Pimpinnya juga tidak seberapa,
Namun mendapat sokongan padu... Lantaran Penyokong terlalu yakin padanya,
Itulah yang terjadi di Thailand, Filipina & Indonesia sebelum ini....






Baik sahaja tidak cukup
Baik sahaja tidak cukup... Apatah lagi ber-JURUS,
Kerana yang diperlukan dalam POlitik adalah SOKONGAN..
& Sokongan akan terbit dengan YAKIN... Yakin pula perlukan PSIKO & JIWA,
Maka disinilah penentunya.. Siapa yang pegang AKAL & JIWA pengundi.. dialah pemenang,
Siapa yang tidak pandai bermain.. Dia akan rebah.........Dengan Izin Allah jua,






Adakah Politik itu kotor.??
Politik itu tidak kotor... Namun ia sangat mudah untuk kotor,
Kerana AKAL & JIWA Pengundi Biasa mudah ditipu.. bukankah Menipu itu kotor?

Letakkan sebiji rumah, berikan ia sebiji kereta, berikan ia RM 30k... Ia akan kata kamu Org Kaya,
Walhal kamu sendiri pinjam duit itu dengan Lebai Mamat... Hakikatnya kamu sangat miskin & Lebai Mamat sangatlah kaya, Namun semua orang rasa Lebai Mamat MISKIN & kamu pula yang KAYA... Ditambah dengan pekaian kamu yang mahal2 & Lebai Mamat yang hanya berkain pelekat & berbaju melayu... Kerana apa?
Tidak lain... Semuanya kerana PUBLISITI..






PUBLISITI
Saya masih tidak boleh lupakan tahun 2007.. Detik Bersejarah tersebut;

Walaupun kami telah bekerja bermati2an..
Walaupun telah pelbagai program kami atur & laksanakan.. Kebajikan ahli kami jaga sebaik mungkin. Namun "ORGANISASI" kami dibubarkan.. lantaran dikata tidak "berjalan" & "lembap".. Walhal daripada bangun tidur, Ibadah, Belajar, Aktiviti luar, kelab2 & Kebajikan. Sampaikan bermula sahaja majlis tersebut hinggalah kepada penutupnya.. Semua diurus sendiri oleh Organisasi kami secara TOTAL, kerana apa? Ia.. kerana "PUBLISITI",
Silap kami adalah tidak menghebahkan apa yang kami buat & Ahli tidak tahu bahawa rupa2nya selama ini mereka sedang merasai nikmat di atas penat lelah kami... Kerana apa? "PUBLISTI"........ Simple reason,







Pegang "asas" bukan "lakon layar" ,
Warna-warni politik Malaysia sentiasa berubah2..
Kadangkala Jemaah itu dilihat mantap.. Nampak bijak, namun ada juga dilihat lemah & mudah diperkuda,
Semuanya kerana "Lakon layar" yang dipertonton.. baik oleh jemaah @lawan,
Pokoknya... Pegang kepada ASAS, "Apa yang Jemaah ingin bawa"... masalah selesai,






Soal lemah @tidak itu... kita tolak ke tepi,
Sebelum ini.. Siapa sangka Jemaah boleh punyai pemimpin sehebat Nizar Jamaluddin?
Jika kerana "Lakon Layarlah".. Maka Islam bukanlah pilihan terbaik sewaktu di Makkah & Madinah,
Namun dek kerana Sahabat2 memegang "ASAS"... tiada apa perlu dikhuatirkan lagi,

Kerana ASAS yang paling ASAS; "Islam akan kuasai dunia suatu hari nanti",
& ASAS kepada ASAS yang paling ASAS; "Hanya bersama Allah & Rasul akan selamat Dunia Akhirat",






Atur Strategi
Bila ASAS telah sama pegang.. Barulah Strategi perlu disusul,
Namun kena "Jelas".. Strategi tidak boleh sembrono.. Takut tertipu dengan nafsu,
Matlamat tidak menghalalkan cara... Kerana itu Jemaah perlukan "Mursyid" (Pembimbing),
"Ulama"lah Mursyid terbaik.. Lantaran Ulama'lah yang paling memahami ASAS.. Sebab tu namanya Ulama',
Gelaran Ulama' itu bukan diberi atas gelaran anugerah.. namun atas penguasaan ilmunya,

Akhir sekali barulah MAJLIS SYURA.. Semua Ulama' duduk berbincang,
Segala Isi Al-Quran & As-Sunnah mereka pakat keluarkan.. Demi melihat Islam dijulang, Namun jangan ingat pandai berkata2 @menulis @berhujjah dah boleh bentuk Majlis Syura Jemaah..
Tapi mengaji pun merangkak.. Bahasa Arab pun tak faham, Apatah lagi nak kenal Feel Amr & Madhi pun berkerut kening... Belum ditanya asbab Nuzul, Hadith Shahih-Maudu'..... Kalau Solat pun lintang pukang, balik awal lah gini..
Pendapat Orang biasa seperti kita ini boleh diperdengar... Boleh bersuara, Namun kita tetap berhajatkan Ulama' & Ahli yang Pakar khususnya dalam selok belok Islam..... Sebab diorang berhujah berdasarkan Fakta & Dalil, Kita pula berdasarkan logik sahaja.........Puas hati..?




Politik yang bersih
Politik Islam perlu bersih.. Walau berlawan dengan musuh yang kotor,
"Matlamat tidak menghalalkan cara".. Percayalah dengan kemenangan Islam,
Namun ia tidak pula menidakkan kita untuk BIJAK... BIJAK & LICIK,
Kerana Peperangan itu gabungan antara TAKTIK & KEKUATAN..

Gabungan antara BIJAK & BERSIH itulah nanti yang menyebabkan Menang Dunia & Selamat di sisi Allah..
Seterusnya akan disebut2 sepanjang zaman sebagai LAGENDARIS POLITIKUS,






Pakwan: Tertarik dengan AK Party di Turki..

Khamis, 26 Januari 2012

I HAVE A DREAM


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Angan2 PAKWAN,

Daripada kecil lagi Pakwan dah pasang angan2 & cita2 ni..
Sejak berpisah dengan sahabat2 di SMA AlAttas, SMA Alihsan, Kulliah, DPiM, UiTM Jengka & sehinggalah tamat MTNP.. Pakwan tetap konsisten dengan harapan ni,
Setiap kali berborak tentang 'topik ni' & setiap kali nak berpisah..
I"Allah Pakwan tak pernah lupa untuk luahkan perasaan ni pada sahabat2..
Yang Pakwan rasakan berpotensi & Pakwan rasa selesa untuk luahkannya:

"Aku nak sangat tengok suatu hari nanti:
Semua daripada kita jadi orang yang memegang kuasa Insya Allah..
Baik dari segi Kekayaan, Pengaruh mahupun Pangkat.
Andaikata.. Pada masa tu kita terdengar ada 'Member2' kita yang memerlukan sangat2 pertolongan(untuk berdakwah/berjuang/buat usaha agama).
& Kita pun berkemampuan, I'Allah.. masa tu kita akan sama2 datang bantu."
"Walaupun berlainan Fikrah, Ideologi Politik, Pendekatan Dakwah, Strategi Tarbiah & Perbezaan2 yang lain. Namun.. kita tetap akan tolong,
Selagimana pada zahirnya.. terserlah niat untuk membantu Agama Allah.
Ya..kita akan sama2 bantu habis2an Insya Allah."

"Insya Allah, Pada masa yang sama.. Aku yakin akan ada satu kelompok yang akan berjuang secara terang2an
& satu kelompok lagi 'di sebalik tabir'.

"Walaupun tidak secara terang2an..
aku harap sangat kelompok yang ke-2 ni akan jadi 'backup' besar untuk yang pertama,"
Gunakan sepenuhnya kekuasaan yang kita ada untuk membantu Team-A ini..
kita kena pastikan segala keperluan diorang tak terjejas, segala rintangan diorang kita akan cantas 'habis'an."

"Walaupun kita tak berjuang dengan Senapang @ Kereta Kebal..
Tetapi.. kita yang akan bekalkan Senapang @ Kereta Kebal itu..
Kita yang akan membayar Peguam Kelas-A untuk pertahankan mereka di mahkamah..
kita yang akan 'Backup' diorang didepan penguasa2 dunia..
Kita yang akan menyebarkan propaganda2 media..
kita yang akan menaungi perang2 saraf..
Kita yang akan mencantas karenah2 birokrasi terhadap perjuangan mereka..
Kita yang akan membiayai persekolahan anak2 & bini2 mereka..
Kita yang akan membekalkan mereka perbelanjaan & keperluan hidup,
Pendek kata.. segala kelopongan & kekurangan mereka.... kita akan sama2 tampong."

"Ya Allah.. Tunjukkanlah daku jalan terbaik-Mu
& pimpinilah daku melaluinya.. Ameen"


Harapan di atas selalu Pakwan utarakan pada sahabat2 'sekepala' dengan Pakwan,
Pada adik2 di SMAA, SMAI & MTNP pun Pakwan ingat pernah bagitau I'Allah..
Wallahua'lam diorang ingat lagi @ x(^^,).


Kata2 itu,
Insya Allah, seperti yang diwar2kan oleh Syeikh Mohd Abduh..
"Abad Ke21 adalah abad kebangkitan umat Islam,
Telah tiba masanya dunia tahu betapa Orang Beriman itu Cukup2 Kuat Pengaruhnya &Cukup2 Erat Ikatannya.........,



Janji Allah pasti berlaku..

Percayalah dengan janji Allah:
"Allah akan menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya"
Percayalah dengan janji Rasulullah:
"3 Gologan yang Allah akan permurahkan rezeki padanya: iaitu Mujahid di jalan Allah, Seseorang yang ingin bernikah lantaran ingin memagari dirinya daripada maksiat & Seseorang yang menghubungkan tali silaturrahim"



Dah Akhir..
Kesalahan Mat Jenin bukanlah pada angan2nya... kerana2 angan2 itu suatu "target", Semua ORANG HEBAT pasti pernah punyai angan2 seperti MAT JENIN i'Allah..., Namun kesilapan sebenar Mat Jenin adalah pada perlaksanaannya yang MAIN2 i'Allah....................................Wassalam







Pakwan: Dengan Izin Allah

Selasa, 24 Januari 2012

Macam2 Cara Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




25 Januari 2012

Masih terbayang2 dimata.. bagaimana detik 25 Januari 2011,

Hari &bulan masih sama.. Namun tahunnya sudah berubah,

Nikmat Indah semalam tidak mahu ku undur.. Biarlah ianya tercoret Indah disana,

Namun untuk hari ini.. Coretlah lagi.. Agar ia bermanafaat pula untuk esok hari I'Allah,



Bidang Penulisan

"Kamu tidak boleh lagi menulis untuk sekadar Hobi..."

Penuh semangat Cikgu Abu Hassan Murad melontarkan kata2 kepada kami,

Hari ini hampir 1/2 hari seminar bersama Galeri Ilmu sdn bhd.. Seronok,

Selain faham "platform memasar karya".. Cara Dakwah Cikgu @Galeri Ilmu turut aku kagumi,




Galeri Ilmu sdn bhd

Aku pernah bermonolog... Bidang perfileman perlukan Orang Agama,

Syukur pada Allah.. dimulai penerbitan Drama TV.. Galeri Ilmu telah bergerak ke arah itu,

Cikgu menjangka akan merekrut sebuah team untuk produksi filem.. tahun ini juga I'Allah,

Galeri Ilmu pernah mengupah Pelakon & Team Produksi untuk Drama Islamik..., Namun..

Masalah Ikhtilat, Abai Solat & Maksiat di lokasi pengambaran pula menghantui....




Dakwah yang berbeza

Semakin jauh aku melangkah.. Semakin ku selami banyak Rahsia,

Rahsia teman2 yang baik... Namun pendekatan didiknya berbeza,



SMAA & SMAI: ......Dakwah kawan2ku bersifat "Buat dulu baru faham",

STASAB:..............Dakwah sahabat2ku bersifat "BERANI & HUJJAH "

UiTM: .................Dakwah teman2ku bersifat "UNDERSTANDING & MENGAJAK",

MTNP: ................Dakwah sahabat2ku bersifat "Didik melalui Undang2",

KIBA:..................Dakwah teman2ku bersifat "Akhlak baik & Hikmah tindakan",

Al-Azhar:.............Dakwah sahabat2ku bersifat "CONTOH IKUTAN",




Berdakwah perlukan Ilmu

Kalam petikan Tuan Guru Zainol Asri (Mudir Darul Hadith) petang tadi (lebih kurang),

"Tanamkan Anak Benih itu di dasar bawah bumi.. Baru nanti ia akan tumbuh Sempurna & Subur, Kerana.... Benih yang hanya diletak di muka bumi & berusaha untuk tumbuh manakan mungkin untuk jadi Sempurna...,

.....Kamu juga begitu... Biarlah tidak berfatwa, tidak menonjol dahulu... Kamu perlu disemai sebaik mungkin.. perlu dibajai & disibukkan dengan Ilmu.. agar nanti kamu dapat tumbuh subur & tidak goyah lantaran akar kamu sudah kuat..."



Criter Ustaz AZHAR Idrus (lebih kurang)

Kite dulu sekolah Inggeris je... bukan sekolah agama, Kite ada kawan lagi dua orang.. dua2 g Pattani.. belajar Kitab Hebat2 nun, Kite kate kat ustaz taknok belajar jauh2... Nak belajar sekitar Kuala Terengganu jek...., Kite tanye macam mana cara nak belajar agama sampai boleh jadi tok guru orang, Ustaz tu pun katelah... mu kena belajar Ilmu badi', Ilmu Maani, ilmu bayan, ilmu Nahu, Saraf, Tashbih, Kinayah, Qawaid Fiqhiyyah,.... Kite pun tulis la apa ia kate, hah... dah banyak dah ni, tak pelah janji bersungguh...., 15 tahun kite belajar agama.. berenti kerja, Belajar Agama ni bukan payah pung... kiter criter ni sebab nak bagi semangat kat orang muda2 supaya belajor agama........ Belajor Agama ni bukan payoh pung... mudah jek,, Cuma nak kena bersungguh, mase kiter criter ni... Nanti bile dia nak... dia carilah sendiri tok2 guru untuk ngajar...




Syarah Ustaz Nazrul (lebih kurang)

Ramai orang mensyarahkan Hadith berdakwah melalui tangan bagi yang kuat,

kemudian mulut... & hati bagi yang selemah2 Iman, Namun Ulama'2 kita ada syarahnya berbeza,

Tangan: Bagi yang punyai kuasa seperti Pemmpin,

Mulut: Bagi Ulama, kerana jika orang biasa yang menegur... mana dia tahu sangkaan maksiatnya itu salah? mungkin kedapatan khilaf di situ?

Hati: Bagi orang biasa, lantaran tiada kuasa & tidak arif tentang hukum......Allah Maha Mengetahui

Kisah ini membekas di hati saya... betapa luasnya Ilmu itu & berapa keping sahaja yang sampai kepada kita....Allah




Menulis kemudian Membaca

Telatah saya yang tergelak seorang membuatkan teman kurang senang...


ei.. ada ke baca tulisan sendiri..




GALERI PAKWAN

Tiada jawapan spontan tepat yang dapat aku beri...

Aku menulis bukan kerana aku inginkan orang baca (juz 1-2 jep begitu I'Allah)..

Aku menulis kerana aku NAK.. & Aku suka enjoy dengan apa yang aku NAK,

Aku suka membaca kembali... Coz aku suka tonton fikiranku ketika dulu... Ok Jawapan ni?




WANK947 @YAHOO .Com

Sejak dari Tingkatan Satu aku sudah mula mencoret di sebuah buku 555,

Kemudian di penghujung tingkatan 2- MTNP.. aku menulis di sebuah Buku Nota Kulit Tebal..

Kemudian aku beralih pula ke TAGGED, FB & Akhirnya BLOG.. Dulu aku cenderung menulis idea,

Namun sejak duduk di Maahad... Idea2 aku sudah boleh dipraktikkan, aku beralih kepada Travelog..

Setakat ni... Inilah sahaja Minat aku yang berjaya diistiqamah... dengan izin Allah, I think so...erm

Allah Maha Mengetahui.......... Cukuplah bebel, esok cuti peristiwa I'Allah....... Good Nite & Wassalam







Pakwan:

Lebih ramai seronok menjadi PENGIKUT berbanding BEBAS....Mungkin kerana SELAMAT.?? erm... Allah Maha Mengetahui.

Selasa, 17 Januari 2012

Kunjungan ke Ijtima' Tabligh Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Indahnya Jemaah Tabligh

Jam menghampiri pukul 12 tgh malam.. Akhirnya kami tiba di Masjid,

Suasana harmoni menyambut kami... Ijtima' Muballigh Sedunia di Sepang,

Suasana disini sungguh tenang.. Berbilang bangsa bagaikan bukan masalah,

Murtabak sekeping dikongsi tujuh.. Air secawan dihirup beramai,



Melabuh tirai di Masjid

Saat aku ingin melabuhkan badan.. Tempat sudah penuh,

Terpaksa ku baringkan separuh badanku di koridor .. Kemudian kaki di tangga masjid,

Agak kurang selesa.. Namun cukuplah untuk melepaskan lelah,

Kerja nekad memandu motor dari Pahang-Selangor.. Hampir 6jam dengan ex5 (dicampur sesat),

Namun Syukur pada Allah.. Teman2ku Firdaus & Fared sudah lali kerja2 sebegini..



Mata tersedar Hati bergetar

Sedang enak menikmati tidur.. Tiba2 aku dikejutkan dengan laungan2 nyaring:

"Bangun Syeikh... Dunia hanya sementara, Bangun Syeikh.. Dunia hanya sementara",

Perlahan2 aku bergerak ke tempat wudu'.. Beratur panjang untuk menghadap satu paip,

Walaupun ramai & ada yang agak berusia.. Namun tiada seorangpun yang melintas,

Dalam kuantiti >20-30 orang satu barisan.. Masing2 membawa kayu siwak mengikut sunnah,

(sedangkan aku hanya memerhati, terasa kerdil dicelah2 Jemaah yang cintakan Allah & Rasul)



Ikut bersolat Sunat

Sebaik kaki melangkah masuk.. Tempat sudah hampir penuh,

Tidak sangka masjid yang berkeluasan Masjid Negeri Ahmad Shah Kuantan boleh penuh,

Lantas aku mengambil satu tempat & Solat dua rakaat sebelum Subuh,



Solat Qabliah Subuh

erm.. Hampir semua jemaah sedang solat, termasuk di kawasan Mihrab Imam..

Mungkin mereka belum Solat Subuh lagi ni, Rehat dulu lah... Sebab dengar2 Orang Tabligh ni memang jenis Solat Subuh agak lewat...


Letih Menunggu

Setelah dirasakan agak lama menunggu.. Aku lantas melihat jam,

"Ya Allah... baru pukul 430pg (lebih kurang).. Aku ingatkan sudah Subuh, Rupa2nya yang aku sangkakan Solat Qabliah Subuh tadi rupa2nya mereka sedang Qiamullail... Rupa2nya yang mereka kejut "Bangun Syeikh... Dunia hanya sementara" tadi untuk kejut Jemaah bertahajjud.. Mereka beratur sepanjang2nya.. melawan rasa sejuk embun luar masjid.. Semuanya kerana Qiamullail.?? "


Hati mula tersentuh..

Jiwa mula bergoncang.. Badan dirasakan sangat lemah,

Betapa kerdil & Lemahnya kami berbanding Hamba2-Mu yang Soleh ini.. Mereka bersusah payah hanya kerana ingin bertahajjud.. Hanya kerana amalan Sunat, Amalan yang menyebabkan mereka hampir & Sangat dekat dengan-Mu Allah.. Sedangkan kami hanya bersedia untuk Amalan wajib,

Walhal telah banyak nikmat yang telah engkau berikan pada kami... Ampunkan kami Allah, Pagi yang hening itu... Tanpa perlu di bayan panjang.. Perilaku Jemaah2 Tabligh yang Soleh ini berjaya mengetuk nurani kami,



Jalan2 Sekitar Khemah2

Tidak pasti jumlahnya seramai mana.. Namun di luar masjid jumlah Jemaah lebih ramai,

Rupa2nya Masjid itu hanyalah pusat.. Sedangkan diluarnya lebih lagi, Jika dibanding..

Jumlah Jemaah yang seluas Masjid Negeri Pahang itu hanyalah 5% dari keseluruhan Jemaah (@kurang lagi),



Suasana yang mengagumkan

Diluarnya Aktiviti Jemaah lebih rancak dengan bayan Subuh di setiap khemah...

Tidak hanya berbahasa Malaysia.. Malahan ada yang menggunakan Urdu, English, Arab & lain2,

Hampir 20-30 khemah didirikan.. Siap dengan khemah tandas & khemah masakan,

Semuanya diurus & dibiayai sendiri oleh Ahli2 Jemaah Tabligh... Termasuk urusan trafik & gerai,

Kereta2 Mewah & Canggih milik Ahli2 Tabligh dilihat tersusun kemas di sekitar kawasn Ijtima',



Disayangi semua Golongan

Dikhabarkan hari ini Dato' Seri Abdullah Badawi akan datang melawat.. Tok Guru Nik Aziz juga hadir,

Semalamnya dikatakan Solat Jumaat teramai di Malaysia berjaya dicatat... hampir 100,000 Jemaah..

Turut hadir semalam ialah YAM Tuan Besar Negeri Sembilan & ramai lagi kenamaan..

Begitulah penangan Jemaah Tabligh..

Kesederhanaan & keikhlasan mereka berdakwah di hargai semua pihak,



Pengorbanan berbaloi

Bersyukur pada Allah.... kami rasakan perjalanan kami ini benar2 berbaloi,

Walaupun ada yang kemalangan...hu2, Namun ianya terasa kecil dek pengalaman ini..



Apabila diri telah rasa kuat @ malas beribadah...

Lihatlah pada Jemaah Tabligh & Insan2 Soleh yang lain..

Nescaya "zup" ia akan menyedarkan kita...


Betapa ramai Manusia yang Sayang & Cinta Allah..

Lantas mereka bersungguh2 menghampiri Allah,

Ilmu sebahagian mereka tidaklah terlampau tinggi....

Namun tetap gigih beramal & menggantung tinggi harapan untuk menjadi Kekasih Allah,

Mudah2an Allah menyedarkan kita & meletakkan kita bersama Hamba2-Nya yang Soleh...ameen







Pakwan:

Banyak perkara yang berlaku di sebalik Perjalanan ini, biarlah ia tersimpan kemas lantaran masa & ruang membatasinya... Wassalam

Ahad, 15 Januari 2012

Seni Bergaul yang Perit

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mengendali Jiran
Dalam mengendalikan sebuah "Persahabatan" @ "Pergaulan",
Keikhlasan & Cara yang tepat amat2 ditagih.. Agar nanti tiada yang derita,
effect-nya bukan kepada Terseksa.. Sebaliknya "Si Penyeksa" yang akan di-PULAUie...
Kerana? Bergaul & Berkawan dengannya dirasakan TIDAk BEST... Simple Jawapan,


Bijak Bergaul
Secara peribadi.. Saya suka melihat Insan2 yang pandai bergaul,
Pendekatan mereka penuh dengan Seni.. & Kena pada masa,
Mereka tahu "REAKSI" terbaik untuk keadaan sekeliling...
Hasilnya bukan sahaja disenangi jiran.. Bahkan Kelibatnya sentiasa dinanti2..
Ketika ia ada.. hati jiran2 jadi bahagia, Namun bila ia pergi... Terasa dunia ini kosong,


Payah betul lah..
Sebaliknya.. Saya sangat2 kasihan melihat Insan2 yang berlawan arus,
Cara Insan2 ini bergaul sangat2lah Perit... kadang2 buatkan jiran rasa menyampah,
Sudahlah merosakkan mood +ve... Bahkan dianggap Penambah Beban ketika mood -ve..
Layanan terhadapnya sekadar menjaga hati... Walaupun hati jiran sendiri boleh terseksa,
Kehadirannya dibenci.. Kata2nya meyakitkan hati, dengan ia tiada... Dunia terasa Aman & Lapang,


If You give.. You will get it back,
Percayalah teman.. dunia ini bukan untuk diri kita sahaja,
Ia benar... Kita boleh membahagiakan diri dengan menyakiti Insan lain,
Kita boleh menghina & memperlekeh & menikam belakang Insan2 lain... Hati mereka mungkin Sakit & Hancur,
Namun sebenarnya.. Itulah yang akan berlaku kembali pada kita I'Allah,
Lihatlah kepada kita2 yang tersisih & dibenci... Tidakkah "Cara Pergaulannya" sama dengan kita?


Asalkan mereka tersenyum
Bandingkan dengan Watak2 Penghibur, Understanding, Penolong & Simpati..
Walaupun mereka sendiri bersedih.. Mereka mampu buat teman2 tersenyum,
Walaupun mereka sendiri sulit.. Mereka bermati2an menyelamatkan teman2,
Ketika mereka bergembira.. Mereka akan pastikan teman2nya juga begitu,
Ketika mereka bergurau... Mereka akan pastikan teman2nya tidakkan terasa,,

Walaupun kelibat mereka2 ini nampak kecil,
Namun sebenarnya Semua Teman2 sangat Sayangkan ia..
Di setiap ketika.. Raut wajah & Namanya pasti bermain di hati,
Mereka bukanlan Teman "SKEMA".. Sebetulnya ialah Teman "MULIA"..


Watak Insan Hebat
Secara logiknya.. Insan yang Tinggi Ilmu, berwatak Pejuang Islam,
Juga Insan2 yang Hebat, Baik & Beriman pasti punyai Akhlak Menawan..
Kerana itulah terjemahan apa yang ia bawa... Apa yang ia usung,
Justeru amat pelik... Jika ISI "baik" tapi BAU "Busuk".. Pasti ada sesuatu yang tak kena di situ I'Allah,


Sayangilah Makhluk yang Allah ciptakan

Kita sentiasa ungkapkan Sayang & Cinta Allah,
Sehingga ada yang sudah membuat Filem, Novel, Cerpen & Syair,


Justeru.. patutlah juga kita menyayangi Makhluk2-Nya..
Makhluk yang Allah Cipta dengan sebaik2 kejadian & Sayangi...
Mudah2an Allah BAHAGIA-kan diri kita
WALAU kita tak pernah mengasihi Makhluk-NYA.......ameen








Pakwan: Akhlak ibarat Bunga.............. Fitrah manusia tertarik padanya,

Jumaat, 13 Januari 2012

Sepak Mula DS3

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Perlawanan bersambung
Sepak mula dilakukan oleh Ikam & Eibi.. Ditolak bola itu kepada Amir,
Tengku & Mat Top yang beraksi di sayap kanan & kiri mula bergerak maju..
Hantaran lambung tinggi dibuat oleh Amir.. Jauh menuju penjuru kiri padang..
Mat Top berjaya menangkap kemas,

2-3 pemain lawan berjaya ia lepasi.. Teknik geleceknya makin mantap,
Bola berjaya ia kawal dengan kemas..



Solah Si Jurulatih
Sir Solah Furgeson sudah berpaling tadah..
Disebabkan umpan yang lumayan dibuat oleh BANAT FC.. Solah tinggalkan Kem DS3 FC,
Dengan hanya melatih Pasukan BANAT FC... Solah sudah boleh memandu LOTUS ELISE,
Apatah lagi... Kini pengurusan BANAT FC dibiayai sepenuhnya oleh Seorang Hartawan terkenal yang bernama Dato' Seri Org Bahagia Farid,



Gol cantik dari Udang
Gawang gol yang dikawal Sapik The Legend mula resah... Mat Top sudah semakin dekat,
Dengan penuh bertenaga, Mat Top menghayun kakinya... Sapik terus menerkam ke kanan gawang,
Disangkanya bola lerek.... Namun sangkaannya silap, Bola tersebut meluru laju ke tengah petak penalti,Mat Top rupanya bermain umpan....,
Di situ Udang sudah menunggu & lantas melibas ke hujung kiri gawanggg... Dan2....
GoLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!! (Jerit Pengulas sukan Zulkifli Ahmad )



Jurulatih kecewa
Jurulatih DS3 FC Alex Megat dilihat amat2 kecewa...
Ianya tergambar melalui bungkusan2 Chicken & Lamb Chop yg berterabur ditendang, Walaupun gol akhir dibuat oleh udang... Namun ianya tetap tidak mengubah keputusan perlawanan, DS3 FC (1) -THE LAGENDS FC (5)


Aku dah cakap...
Main betul2, Kalau macam ni lah...
Usahkan HUFFAZ FC.. BANAT FC pun belum tentu korang boleh menang tau?? Aku malas la dengan korang ni, Korang ni ada berapa orang?
1..2...3..9..10..11, Hah 11org !!!
Cuba tengok geng diorang berapa? Sapik, Mirul & Azim.... 3org? 3org pun korang takleh menang? Memang lambat la korang ni... Aah tension aku, Aku nak rajuk sekarang.... Jangan ada sesapa pujuk aku,
DS3 dah BERKUBUR !! Aku ulang.. DAH BERKUBURR!!! korang tahu tak ??






Pakwan:
Nantikan Perlawanan hebat diantara DS3 FC menentang BANAT FC pada minggu seterusnya, Adakah Alex Megat akan terus merajuk? Adakah Sir Solah Furgeson sudah hanyut dibuai dunianya? Apakah DS3 FC akan berkubur seperti diungkap Alex Megat? Semuanya akan kita ketahui di minggu hadapan, salam hormat dari saya Roslan..