Jumaat, 28 September 2012

Membentuk Persekitaran

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله






Sudut Pandangan
Pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi Cara Tindak & respon kita,
Kerana itu saya cuba mengelak dari menaip.. Ketika di Mesir,
Dengan Tujuan... Tiada Guru2 yang akan berkecil hati dengan tulisan saya,
Justeru Sebelum pulang.. Izinkan saya mengarang sekehendak saya.. mesyi !!


Peribadi Melayu dibentuk
Orang kita suka bermain Congkak..
Untuk bolehkan kita menang.. Guli kawan perlu kita dapatkan !!,
Begitu juga bermain Guli.. Keluarkan mereka dari bulatan..
Lagi meriah bila dapat pecahkan Guli mereka dengan bereng (Bijih besi bulat)

Dulu2 orang kita suka main Wau..
Secara senyap kaca disalut pada benang.. Biar Oang lain Putus !!

I'Allah.. Sebab itu sikap kita menjadi terbiasa;
....Untuk berkuasa & Senang.. Ada Orang yang perlu kita Korbankan,
....Untuk Kaya & Berjaya.. Para Pesaing perlu kita jampikan,


Cuba lihat Cina bermain MAHJONG
Sedikit demi sedikit ia kumpul buah yang sepadan..
Kemudian berebut lagi buah di tengah..  agar rumahnya terbina,
Paling penting..Yang kaya semakin kaya,
Biasanya akan ada komplot.. Jika bepersatuan.. Kejayaan akan lebih besar,

I'Allah... kerana itu Cina suka berebut peluang;
...Segenap peluang ia duduki.. Tidak kira siapa lawan,
...Yang penting adalah "Duit".. Semua tempat ia masuk & redah,


Mat Saleh bermain Jutaria
Mat Saleh pantang nampak ruang.. Sedapatnya ia akan Beli & Ambil,
Bila hartanah telah banyak.. Baru kita perasan.. Mereka sedang melabur,
Nah.. dari Tanah ke Rumah.. Kemudian Banggunan & Aset,
Akhir sekali... Dia hanya pantau.. Duit masuk setiap pusingan.. Cerdik Bukan?(^^,)


Orang Jepun kuat Imaginasi
Mereka jarang menjadi Pengasas @ Pencipta..
Hampir semua idea Orang Lain,

....Mereka hanya ubahsuai,
Beli Motor dari Eropah.. Lerai & Pasang semula,
Kini Yamaha & Honda antara kuasa Permotoran Dunia,

....Hanrey Ford pencipta kepada kereta..
Tapi Toyota & Mitsubishi lebih menonjol keretanya,

....Komputer, Video Games, Kerusi Urut, Gadget & bermacam2 lagi..
Hampir semuanya bermula dari orang lain..
Namun di-inovasikan oleh Imaginasi Orang2 Jepun.. 



Orang Yahudi Lagi licik
Ada orang berkata:

"Jika berlaku Perang antara Jepun & Korea..
Yang untungnya adalah Amerika,

Kerana kedua2nya membeli senjata dari Amerika..
Hakikatnya pun bukan begitu,

Sebenarnya yang paling untung..
Adalah Pelabur Yahudi dalam bidang senjata....

begitu yang kemasnya"



Mahasiswa Universiti Yahudi
Anak2 mereka di Universiti diajar..
Untuk mencipta sesuatu yang baru,

Jeans Levi's antara contohnya..
Apabila idea mereka dilihat berpotensi.. Mereka akan ditaja,
Pinjaman sesama mereka tanpa Riba'... Mereka diajar saling lengkap-melengkapi;

Seorang kuasai Presiden Amerika..
Seorang Jajah Palestin,

Bila seorang rampas Tanah Palestin..
Seorang tarik baju Presiden AS supaya jangan tolong Palestin,

Networking yang baik bukan?


Kisah Seorang Teman
Saya punyai seorang teman baik.. Sama2 DPIM,
Ketika mula mengenalinya di UiTM Jengka dahulu.. Dia hanyalah pelajar biasa,
Pointer-nya ketika itu adalah -+2.0...

Namun diakhir Pengajian..
Dia menerima anugerah Dekan(>3.5),


Kerana apa?
i'Allah... saya yakin kerana dia sudah mula "FOKUS"...
Kunci Utama" bagi kebanyakan Pelajar2 Pointer tinggi (lebih mudah.. Bijak),

Bagaimana?....
Kesan dari Sukan Memanah yang baru ia ceburi.. Mengajar ia Fokus,
& Pencapaian memanahnya sudah ke Sukan SEA,


Permainan Game
Perhatikan Pelajar2 Pointer tinggi.. & Mudah faham ajaran Cikgu/Pensyarah..
Bukankah hampir semua suka bermain GAME ?..

Ketika bermain.. FOKUS yang tinggi amat2 ditagih...
Cuba bayangkan jika FOKUS itu "dieksport" kepada Studi?
Bayangkanlah betapa besar kesan yang terhasil.. Bukan begitu?...(^^,)

Kerana itu kita lihat.. Buah Fikiran mereka ini biasa2 sahaja,
Idea & Cara mereka biasa2... Tapi pada yang melibatkan FOKUS.. itu kita solute,


Kelebihan berbeza
Sudah hampir dua bulan saya merayap2 dengan seorang rakan,
Seorang yang sangat berminat dengan Bisnes & Kini mengusahakan Pertanian...
Petang tadi ditanya oleh seorang Pegawai pertanian.. Kenapa tidak bekerja dengan FELCRA?
..Gaji pun ok,

Dia hampir tergelak...
Saya terfikir: "Mahu ke dia kerja bawah orang?"
Result semasanya hanya cukup2 makan.. Ayat: "Aku nak studi" hanya dengar diwaktu exam,
"Itupun setelah pekena Roti Canai & Teh Tarik di Uptown Shah Alam"..
Tapi bagiku kelebihannya dibidang Survival  lebih hebat..
Tidak mencerminkan dirinya ketika di Kulliah,


Saya sering bergurau kepadanya;
-"Mat (bukan nama sebenar)... Nanti aku taknak tengok ko pakai BMW,
Aku cuma nak tengok pekerja2 ko je yang pakai kereta tu..."
-"hah tulah... AKu ingat nak pakai kereta buruk2 je nanti,"



Akhir kata
Manusia mudah terpengaruh dengan persekitaran,
70% hidup kita adalah hasil peniruan Suasana sekeliling..
Jika persekitaran kita tidak "membina"... Pindahlah ke persekitaran yang lain,
Mudah2an Allah pertemukan persekitaran yang  bagus  buat kita...ameen,





Pakwan: Seronok berbilang Kawan, kena tambah lagi tu...(^^,)

Ku Simpan Album Kenangan




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
Tok Chu bersama anak2nya



Sunyi Malam
Bagiku.. Hari ini berlalu dengan sangat perlahan,
Seolah2 turut merasai kehilangan Tok Chu petang Khamis yang lalu,
Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang terpaksa dilalui dalam satu waktu...
Pengurusan jenazah.. Kenduri Haji oleh Ayah Di & Ayah Sek..& Seterusnya kenduri Arwah keesokannya,
Maka rasa "kehilangan" itu lambat sekali muncul.... sehinggalah hari ini (setepatnya malam semalam)


Bacaan Tahlil bersama2
Takala diminta untuk memimpin tahlil semalam.. Aku lakukan seperti biasa,
Namun tanpa di duga.. Hatiku menjadi sebak bila tiba detik nak bertahlil.. kemudian semakin berlanjutan diketika membaca doa,
Ku gagahkan juga diri.. "Mudah2an Allah ampunkan Tok Chu.. Mudah2an doa kami maqbul di sisi-Nya"..
Baru kusedari.. suasana itu turut dirasai oleh Jemaah yang hadir.. Suasana menjadi sunyi,


Betapa berharapnya kami kepada Allah
Sebaik selesai membacakan doa.. Yong (Bapa Saudaraku) pantas menyusun kalimah,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Imam (Surau) kerana sudi hadir.. Suaranya agak perlahan,
Air mula bergenang di kelopak matanya... Menceritakan detik2 pengebumian & Syukur pada Allah,
Kami hanya mampu senyum menyokong.. Sambil anggukkan kepala sebagai tanda kami "bersama2"


Senyum penutup sayu
Saat itu saya hanya merasa biasa sahaja.. Sehinggalah Abg De datang kepadaku;
"Sedih juga tadi, iyelah.. Mungkin sebab ini malam terakhir bertahlil, memang kita boleh berdoa lepas ni kan..
Tapi mengenangkan banyak kenangan dengan dia (Tok Chu), Mungkin boleh buat hari ke tujuh nanti..
Tapi belum tentu kita dapat berhimpun macam gini lagi"....... Luahan hati Abg De


Suasana Meriah
Teringat aku saat2 indah dahulu.. Tok Chu adalah sebahagian dari Memori itu,
Tok Chu sentiasa mengadu yang umurnya semakin tua.. sudah 90thun, Tapi kami nafikan..
"'ah.. tua apanya tuk, masih muda lagi tu.. baru 19 tahun".. Tok Chu marah.. kami ketawa, he2..


Kata ibuku
Tok Chu dulu masa muda pendiam..
Tapi bila semakin berumur, dia dah jadi banyak celoteh,
"Okey.. kita boleh tutup radio semua ek"
Usik Abg Yi ketika di dalam kereta bila Tok Chu ada sekali...
Semua faham... Kalau pasang radio pun.. Ia tetap akan tenggelam dek Celoteh Tok Chu..he2


Tok nak kemana tu
-"Assalam Tok.. Tok nak kemana bawa beg besar2 tu?" Tanya seorang jiran,
-"Tok nak ke rumah Zauyah (anak dia)" Jawab Tok Chu,
-"la.. inilah rumah Zauyah" Jawab Jiran yang mengenali Bonda Yah,
-"Oh.. Ye ke?"


Tok kenal saya?
-"Assalam Tok.. Tok kenal ke saya ni?" Soal kami,
-"Kenal" Jawab Tok Chu,
-"Kalau kenal sape?" Uji kami
-"Saje malas bagi tahu" Kilas Tok Chu pantas..
He2.. kami tahu Tok Chu dah terlupa I'Allah,
Penyakitnya itu semakin menjadi2 sejak 4-5 tahun lepas..
Namun.. itulah yang membuatkan kami anak beranak Gembira & Ceria dengan telatah Tok Chu..


Ada2 jer Tok Chu ni
Makin diusik.. Ada2 jer telatah lucu dari Tok Chu,
Kadangkala Tok Chu mengulang2 Pantun yang dia pelajari dengan Ustaz Latif ;
Hari ini Hari Jumaat.. esok hari Hari Sabtu,
Malam ini turun Rahmat.. Untuk berjumpa Tuhan Yang Satu (lebih kurang)


Kini ianya sudah Tersimpan
Kini Kenangan2 itu telah meninggalkan sebuah Album yang indah buat kami,
Kebiasaannya pada waktu2 begini.. Mie, Bonda Yah & Yong akan gilir2 jaga Tok Chu,
Kadangkala mereka akan berkumpul & masak.. Kemudian makan sama2 di Rumah Bonda Yah,
Namun hari ini tidak lagi berlaku.. Yang ada Hanya kedengaran sayup2 suara Mie Membaca Al-Quran di biliknya..

Mentol di bilik Mie menyala walau telah masuk awal pagi..
mungkin menanda Mie masih terkesan lagi dengan peristiwa itu I'Allah.. Mudah2an semuanya kembali baik,


Mudah2an Allah menjaga Tok Chu di sana
"Ya Allah.. Segala puji bagi-Mu, Selawat & Salam buat Rasulullah.saw kekasih-Mu yang dicinta & dirindui,
:: Ya Allah.. Ampunilah Segala dosa kami, kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat2 kami, Ulama'2 kami, Guru2 kami & Seluruh Muslimeen Muslimat keseluruhannya....
:: Ya Allah.. Ampunilah seluruh dosa Tok Chu & Redoilah akan seluruh kehidupannya ketika di dunia dahulu, Selamatkanlah ia dari segala ujian Barzakh& Akhirat nanti, begitu juga kami memohon buat diri kami...Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Detik2 sebelum berpisah
Ketika itu yang ada di sisi Tok Chu hanyalah tiga orang iaitu Mie, Abg De &..(terlupa siapa),
Saat itu Mie sempat mengajar Tok Chu mengucap "Allah".. Lantas dapat diikut oleh Tok Chu,
Sesuatu yang ajaib.. Sebab Tok Chu sudah hampir 3bulan terlantar.. tidak boleh berjalan @ bercakap,
Ketika saat hampir berpisah total antara Roh & Jasad.. Tok Chu sempat meleret matanya ke kanan,

Mie berkata.. itu antara tanda yang baik, lantaran Allah telah menampakkan Syurga buat Tok Chu dari sebelah kanan,
Wallahua'lam sumbernya dari mana.. Tapi saya juga pernah terdengar akan hal itu (nak kena cari semula..),
mudah2an itu benar tanda yang baik.. & dapat memberi pengajran yang baik buat kami & kita semua..ameen






Pakwan: Antara amalan yang sangat2 disukai oleh Tok Chu hatta ketika terlantar sekalipun adalah Solat.. Tok Chu adalah seorang yang sentiasa menunggu2 waktu Solat, Yang keduanya... Tok Chu sangat suka  Membaca @ Mendengar Anak2 & Cucunya membaca Surah Yasin di telinganya, Yang terakhir... Tok Chu sangat2 menghormati & mengingat2 akan Guru & Ustaz2nya... Walaupun telah hampir 10 tahun meninggal dunia.. Bibir Tok Chu masih sentiasa menyebut2 nama & Ilmu2 yang dia belajar dari Ustaz Latif & guru2nya yang lain....Mudah2an Allah meredoi & mengampunkan mereka semua & kita juga... Ameen

Rabu, 12 September 2012

Profesional dan Negara Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Unggas2 Malam
Kebiasaannya pabila mata tidak mahu tidur.. Aku akan ke balkoni,
Kebetulan Bakoni itu betul2 menghadap jalan raya.. memerhati Nyalakkan anjing,
Namun itu di Kaherah... Kota yang penuh rencam & bermacam ragam manusia,
Ujian & Tekanan itu biasa.. Sabarlah senjatanya, Kota 1000 Ujian & Pengalaman..

Namun biarlah Kota Sejuta Memori itu...
Yang penting peluang & tempat yg kita hadapi sekarang..
Mungkin inilah yang pertama & terakhir untuknya,
Kata guru(Org Arab) kepada Sahabatku:
"Orang2 Mesir ini suka mencipta Sejarah,
Setiap hari pasti ada satu sejarah baru yang akan mereka cipta...


Jenayah meruncing
Semalam Tabung di Masjid Sungai Isap Damai dikerat mangganya..
Motor ex5 ku juga telah dicuri di Kompleks Teruntum... Moto Lagenda pula dicuri di halaman rumah,
Ibu Saudaraku sekeluarga telah diikat oleh Perompak di rumahnya.. Walhal suaminya Seorang Polis bersara,
Paling Sadis.. Seliparku turut dirembat selepas Solat Jumaat, alahai... itupun masuk.... MESTI !!(^^,)


Andaikata Islam Menang
Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Kulliahnya(lebih kurang):
"Pada hari ini hukanlah menjadi persoalan sama ada kita menang @kalah di dalam pilihan raya. Kerana Kemenangan Islam itu adalah pasti. Namun persoalan yang lebih besar adalah: "Apakah yang akan kita lakukan terhadap Pusat perjudian Genting Highland yang merupakan antara Penyumbang terbesar ekonomi di Negeri Pahang jika kita menang nanti ??"" Termenung bukan?


Contohi Khalifah
Terpesona mendengar Mutiara Kalam yg dilontar oleh Ustz Nasharuddin Tantawi..
Dihadapan lebih kurang 444 Profesional Muda..(lebih kurang),:
"Kami DPPM sentiasa berlapang dengan sebarang Kritikan yang membina.. dengan hati yang gembira"
"Kami akan beramal dengan apa yang pernah diungkap oleh Saidina Umar.ra:
--"Aku telah dilantik menjadi pemimpin kepada kamu semua.. Sedangkan aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu, Jika sekiranya kamu lihat aku betul.. maka bantulah aku, Jika sekiranya kamu lihat aku menyeleweng & salah maka perbetulkanlah aku"
--"Kemudian seorang Sahabat.ra bangun & berkata: Wahai Umar.. Jika kami dapati berlaku sungguh penyelewengan sewaktu kamu memimpin.. Nescaya kami akan betulkan dengan mata pedang kami,"
--"Kata Umar.ra: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan ada di kalangan Umat Muhammad.saw ini orang yang sanggup menegur aku dengan mata pedang...."


Bijak Merangka
"Jadi saya harap... saya khasnya & rakan2 pimpinan beramal dengan etika ini sebagai pemimpin,
kalaupun ditegur, diberi cadangan, dikritik oleh semua pihak... Kita ambil kaedah berlapang dada,
kita dengar dulu perkataan mereka."

"Kita dengar apa orang nak kata & kita akan ambil..
& Kita akan bicang apa yang terbaik daripada segala yang telah diucapkan kepada kita"


Akal & Anggota
"Hari ini bila kita bersama dengan Profesional, orang timbulkan mana Rafizi di dalam pemuda?"
"Golongan Artis juga selalu bertanya kepada kita, di dalam pemuda.. di manakah M.Nasir?"
"Golongan Mat Motor tanya.. dimanakah Pelumba di dalam Pemuda?"
Saya kata, Kita Sebagai Pemuda PAS tak mampu untuk menjadi orang lain, Kita jadilah diri kita sendiri..
Kita ambil iktibar & kelebihan2 yang ada pada orang lain untuk meningkatkan diri sendiri,


Strategi Mengisi Kemenangan
Tadi ada wartawan tanya:
"Apakah keyakinan saudara tentang sokongan profesional muda kepada PAS & Apakah PAS yakin boleh mengambil alih kerajaan selepas ini dalam pilihan raya umum akan datang? untuk mengisi kemenangan.."

Saya hanya cakap ringkas:
"Saudara saksikanlah himpunan kita pada hari ini.. dengan hadirnya golongan profesional ini, merekalah yang akan mengisi kemenangan.. bukan  bermakna kami yang berada diatas ini, mungkin yang berada di bawah ini jauh lebih berkelayakan & jauh lebih berkualiti daripada apa yang ada di atas, sementara yang berada di atas hanya memegang suatu amanah(untuk memimpin PAS)


Akhirnya
Kalam2 yang saya lakar di atas bukan menunjukkan sokongan saya terhadap PAS,
Ianya tidak lebih dari Keterujaan saya melihat "kehebatan" Islam & Ummat2nya..
Saya faham ada sahabat2 yg tidak minat berpolitik & benci gaduh-bergaduh sesama kita,
Namun.. Tidak salah jika kita gembira dgn Kebangkitan Nilai Islam di sekeliling kita(^^,)..

Seterusnya menikmati Pakej Hidup yang dipandu arah oleh Syariat Allah..
Tuhan yang kita Sayang bukan(^^,)

p/s: Kena kukuhkan binaan jaringan antara  ULAMA--PROFESIONAL--AKTIVIS





Pakwan: الحمدلله  Akhirnya setel jg pasal tajuk PROFESIONAL,
I'Allah esok bakal ke Rumah Mat Top & bermalam disana, Lusa ke kenduri Amir (Selamat Pengantin baru Amir & Munirah(^^,)).. & I'Allah akan terus ke Kuala Lumpur untuk ke Ekspo keusahawanan. Hari Ahad akan teman seorang kawan berbincang tentang Projek Gulanya dengan Seorang Pensyarah UiTM & kemudiannya naik Cameroon Highland sebelum balik Kuantan I'Allah... Dalam proses nak menulis pasal Usahawan lak, Untuk BKMiP... Cukuplah dengan review tahun lepas punya dulu ek..(^^,) wslm

Sabtu, 1 September 2012

TARBIAH KOMANDO Malaysia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Paukan Tentera sedang berlatih "Tarian Harimau" sempena Hari Kemerdekaan



Borak2 Komando
"Sekarang ni Askar kita dah tak macam dulu, dulu kalau waktu sembahyang pakai balun jep,
Tapi ketua2 sekarang dah faham.. Tu pentingnya ustaz2 (KAGAT) ni dalam tentera, boleh jadi "penunjuk" arah." Cerita Kapten Zie kepada Saya & Abi,

"Owh masa training tentera.. diorang kena ikut skali lah ek?" Soal saya penuh minat,

"A'ah.. ada sekali lah, berlari 14-15km.. Bila time sembahyang kita berhenti tepi & solat, Ustaz2 ni jadi Imam.. Kita buatlah solat mcm tengah perang (Tak mandi/brkain pelekat).. Tapi ada juga Abg Tan (gelaran ayah saya) diorang datang jumpa.. kata:

"Tuan saya tak larat nak lari jauh2 ni", Kita pun faham Abg Tan.. ni bukan bidang diorang..
"Takpe... Ustaz boleh ikut ambulan"... Kita bagi diorang ikut ambulan(tak penat berlari),
Tapi kalau bab2 nak pertahankan diri... macam berlari/ berkawad pagi2 & menembak.. diorang kena juga sertai,

"Bukan apa ustaz... Untuk kebaikan ustaz juga.. Sekurang2 boleh pertahankan diri sendiri bila time perang nanti,"

Iya Abg Tan..
Kalau dan jumpa musuh nanti... bukannya diorang nak tanya2.. "Kamu ustaz/tak.. Kalau ustaz takpe"
dan kalau musuh tembak... habis semua dia tembak..

"Bawah Along ni ada berapa orang ek?" Aku menyoal lagi
"Along pegang satu kompeni.. Ada 150 orang anggota" Jawab Along


Training baca Al-Quran
"Macam Ramadhan baru2 ni.. Kita minta Ustaz2 ni check bacaan diorang ngaji.. Yang tak kenal huruf pun ada, Along ni kira oklah lagi... boleh juga kenal huruf2"
"Apalagi.. kita train dari awal, ustaz2 ni la yang mengajarnya,"
"Kita takleh nak biar jep Abg Tan.. Ni tanggungjawab kita sebagai ketua,"

Kapten ** atau lebih mesra kami panggilnya dengan Along menceritakan tarbiah2 yang sedang dibentuknya di kem, Walaupun kelakuannya kini nampak lebih ke'askaran'.. Mata sentiasa meliar bila berbual2 & nampak lebih nekad & berani,
Namun yang membuatkan saya bertambah kagum dengan Along adalah peribadinya yang menjaga Solat & Sangat menitik beratkan soal Ibadah... Kata2nya sekarang lebih sarat dengan dakwah namun 'versi' ketenteraan... he2 --- ada jugak ek?.....





Pakwan: Berumur awal 30'an... Kapten **  adalah salah seorang Tentera yang berjaya memasuki Pasukan Komando(hanya beberapa kerat yang berjaya.. Selain ada yang terbunuh ketika sesi pemilihan & menarik diri lantaran tidak larat), Pernah bertugas di bawah payung PBB sebagai Pasukan Keamanan.. Atau lebih terkenal sebagai MALBAT di Lubnan, Mudah2an Allah memberikan Taufiq & Keredhaan buat Perwira2 Tanah Air ini & kita juga...ameen, Salam Kemerdekaan..