Isnin, 22 Oktober 2012

Pimpin Negara dari Cahaya Ibadah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Mendidik Anak Buah
Pernah saya berbual2 & bertanya pada seorang guru,
Bagaimanakah cara nak pulihkan semula Akhlak Adik2 yang semakin membarah..
Dia berikan saya kata2 ringkas..& Sampai sekarang Saya kenang;

Jaga Solat mereka.. I'Allah yang lain akan selesai


Jalan2 Cuti Malaysia
Baru2 ini saya ke Rompin,
Takdir Allah.. Hasrat kami untuk berkhemah sampai ke pagi terbantut dek hujan,
Jadi kami tidur di Masjid.. Bila Azan Subuh berkumandang.. Kami ke Masjid lain untuk solat,
Sebab ada teman yang agak segan dengan Jemaah yang ia kenal...


Jumlah Solat Berjemaah
Mungkin juga kerana hujan.. Mungkin juga sebab sedikit penduduk,
Jumlah kehadiran Jemaah sangat2 menyedihkan.. (Maaf berterus terang),
Jauh berbeza dengan Masjid2 di Kuantan.. Walaupun mungkinlah Kuantan Ramai penduduk,
Ada Surau pedalaman yang kami pergi.. Antara Maghrib & Isyaknya langsung tiada Jemaah !

Maka Terjawablah
Ada seorang kenalan yang berasa pelik.. Kanapa Parti Islam tidak menang di Rompin,
Kenapa kemenangan seolah2 tertangguh.. Walhal Parti Islam kuat di sana,
Memang yang bagusnya begitu.. Panji Islam tidak patut diberi sesuka hati,
Jika Badan berat untuk Berjemaah Solat.. Bagaimana pula ia mampu memikul Amanah lebih berat?



Ingatan Dr.Yusuf Al Qaradhawi:
أقيموا دولة في قلوبكم ستكن في أرضكم

"Dirikanlah Daulah pada hati kamu.. Maka ia akan terbina di negara kamu"


Mendidik Kanak2 & Masyarakat
Saya suka ambil contoh Masjid Bukit Rangin,
Yang bagi saya berjaya mendidik Anak2 Qaryah rajin ke Masjid..
Jumlah kanak2nya sahaja sudah hampir satu saff.. & 99% Solat (adalah 1-2 yang berlari2),

Pendekatan Orang Masjid sangat penting.. Pakcik2 perlu "Mesra Budak, Remaja & Belia"
Bila yang muda telah terbiasa ke Masjid.. Lama2 Hati pasti akan bertaut & akhirnya lahirlah Jemaah yang Istiqamah... I'Allah


Kegemilangan Islam
Ahli Parlimen Kuantan namanya Fauziah Saleh..Bekas Pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM),
Kedah & Kelantan adalah Bumi Ilmu Akhirat.. Pondok melata2 & Program2 agama hidup,
KL & Selangor adalah Bumi Tumpuan Ilmuan2 lepasan Yaman & Mesir.. Kelas Pengajian & Dakwah bagai cendawan Tumbuh,
Begitulah caranya..  Teringat kata2 Seorang Teman (Lebih kurang)yang memetik kata2 temannya juga (Seorang Tabligh);

"Min.. Aku rasa hatiku sangat tak tenang apa sebabnya ek,"
"Zul.. Bila kita sering lakukan dosa.. hati akan jadi gelap, itulah sebabnya hati kita tidak tenang,"

"Jadi bagaimana aku nak buang gelap tu?"
"Tidak perlu.. Bahkan kita takkan mampu untuk buang,
Analognya begini.. Bila kita berada di dalam sebuah bilik yang Sangat2 Gelap.. Adakah mampu kita buang Gelap itu?"

Tidak bukan?.. Caranya kita nyalakan sebatang lilin.. Ia akan menerangi satu bahagian..
Kemudian nyalakan lagi.. Dan lagi, Akhir2nya nanti I'Allah... Seluruh bilek pasti akan terang, tanpa perlu kita 'buang' pun gelap itu.."

Nah itulah caranya.. Hampirkanlah diri kepada Allah (beribadah) biarpun sedikit.. Kemudian tambah lagi... Dan lagi,
I'Allah lama2 ia akan menutup seluruh kegelapan itu.. Akhirnya menyinarkan KETENANGAN buat Hati kita"





Pakwan:
Sayang pada Orang Masjid.. Kasihi yang nak berjinak2 dengan Masjid.. Doa dengan yang "bakal" ke masjid,

Rabu, 17 Oktober 2012

Gerakan Islam perlu Waspada

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Kalamnya sangat seronok diperhati


Prof Muhaya
Sambil tangan menaip.. Telinga menangkap kata2 Dr.Muhaya,
Pernah ada seorang junior beritahu.. Dr.Muhaya adalah mentornya,
Sabtu baru2 ni detiknya saya mendengar ceramah Dr.. Secara penuh di IKIM,
Dari satu sudut khusus.. Saya anggap kata2nya umpama "Mata Orang Tua2",


Mata Orang Tua
Mata Orang tua2 berbeza dengan mata kita.. Pada memandang,
Mata kita mungkin lebih kepada Pengurusan & Hujjah..
Namun Mata Orang Tua lebih kepada Hikmah, Sopan & Baik,
Bagi kita "hiasan amal" mungkin "Apalah sangat".. Tapi "Besar" pada Mata Orang Tua,


Aktivis Mahasiswa
Saya juga tidak pasti bagaimana.. Saya boleh ter-"kawan" dengannya,
Sangkaan saya bila anti UMNO & Pro-Perubahan.. Ia boleh jadi sahaja PAS @Pengagum Ds.Anwar,
Namun sangkaan saya semacam meleset.. Abang A bukan Mahasiswa Pro-Partisan,
Beliau adalah Aktivis Mahasiswa yang ingin BEBAS !! ... Ada juga Golongan begini ek,


SUARAM & LGBT
Rancangan "Isu Akidah" di TV tadi menarik perhatian,
Segera saya menekan keyboard.. Mencari topik "Seksualiti Merdeka",
Nah.. amik nak, Betapa ramainya NGO berpengaruh yang terlibat.. Sokong LGBT,
lesbian, gay, bisexual, and transgender.. Satu Kebangkitan tersusun yang "Diam-Diam UBI Berisi",


Antivirus-kan Harakah
Kini zaman Gerakan Islam bangkit.. Kita Redho & Gembira dengan Senario ini,
Namun  hati2 Sahabat.. Perhatikan juga rakan2 yang "bersama" kita,
Mungkin sebenarnya ia Virus.. Malah lebih hebat dari Lawan & Lebih parah..
Hanya tunggu masa nak Lepaskan Jarum & Tikam Islam dari belakang... Asbab kita yang Naikkan,


Perkemaskan Kabinet Bayangan
Banyak perniagaan yang Mantap.. Asalnya Perniagaan keluarga,
Sebab kebarangkalian Curang hampir tiada.. Selain mudah menyusun gerak,
Hati Budi, Kelebihan, Kecekapan sudah dikenal pasti.. Jadi prestasi dapat dimaksimumkan,
Bila bisnes makin maju & besar.. Hanya tinggal nak atur strategi & touching mana yang patut..


Ds Najib, Ds Hisyamuddin & Ds Mukhriz
Kesemua pimpinan diatas adalah anak kepada PM Malaysia..
I'Allah.. itu antara faktor cara mereka "Naik tangga" & "Urus Isu2" agak cantik & tersusun,
Bila Pengalaman Ayah dah difahami anak.. Cara urus dah jadi mudah..,
Bila Watak & Peranan diletak pada tempatnya.. I'Allah Hasil akan jadi sangat luar biasa,



Adakala menolong bukan sebab nak Busy Body,
Tapi hanya disebabkan satu bisikan:.. "Adakah Mereka Perasan?"






Pakwan:
1: Baru faham kenapa ada Guru2 yang beredar bila time tazkirah... Insya Allah,
2: Walaupun dari sudut buah fikiran Pakwan banyak sependapat dengan Kawan2 pompuan yang "Cerdik".. Tapi dari sudut interaksi memang "Sangat2" berlaga angin, ...Jeng terus

Rabu, 3 Oktober 2012

Cuba Promosikan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Sembang Rakyat
Hampir tiga jam berborak dengan Seorang teman.. kini sudah jam 3pg,
Berkisar topik Seni Pergaulan & Teknik "marketting" produk..
Gerai berhadapan Terminal Makmur menjadi lokasi kami.. Sebelum beralih ke depan rumahku,
Saya seronok begini.. Pelbagai kawan dengan kepelbagaian minat yang berbeza,


Pasar Tani Hari Ahad
Ahad yang lepas kami sama2 membuka sebuah gerai di Pasar Tani Stadium..
(maaf..sebetulnya saya hanya menolong),
Perbualan kami tadi mula2nya juga menjurus ke arah itu.. Mengkaji kaedah terbaik,
Cara kami pasarkan.. Cara menarik pelanggan & strategi yang patut kami tambah,
Setelah jauh menjelajah.. Kami beralih pula kepada topik "Seni Pergaulan" @(muamalah),


Marketting
Salah satu elemen utama keuntungan.. Pastinya marketting i'Allah,
Kerana marketting.. Suatu produk itu akan diingati & menjadi kepala kepada produk2 yg lain,
Sebagai Contoh.. Bila mengingat akan ubat gigi.. Pastinya Colgate yg akan disebut bukan?
Berniaga secara biasa mngkin mendatangkan hasil biasa2... Namun dengan marketting;

Seorang Pakcik didatangi oleh peniaga.. Dipujuk untuk membelinya & jika berjaya.. ia telah untung RM2,
Namun berbeza dengan Seorang Peniaga yang telah mengiklankan produknya di depan 1000 manusia, produknya mungkin telah memenuhi kehendak pelanggan yang memang benar2 berhajat padanya dalam 5org.. Ditambah yang mula tertarik dengannya disebabkan iklan tersebut berjumlah 10org.. kini dia sudah untung 15org pembeli dengan jumlah untung RM30.. Bagaimana kalau lebih dari itu? Marketting yang berkesan sangat2 memberi nilai tambah buat Sesuatu Bisnes @ Produk yang besar2.. begitulah cara kita mula mengenali susuk tubuh Sunsilk, Colgate, Duth lady & Cadburry... berkesan bukan..

Soichiro Honda
Soichiro Honda adalah pengasas kepada Syarikat Honda yang ada sekarang,
Selepas membuat terlampau banyak Motosikal.. tiba2 Soichiro dapati hasil jualan mereka tidak memberangsangkan..
disebabkan ramai pembeli tidak menjelaskan hutang, Soichiro perlu lakukan sesuatu !!

"Susah juga untuk menjual ya? Boleh bangkrap dibuatnya..
Saya harus mencari orang yang pandai berniaga,"


Berjumpa Takeo Fujisawa
Takeo Fujisawa adalah bekas Peniaga Pakaian,
Beliau adalah seorang Pemikir & Pakar Pemasaran,
Apabila Syarikat HONDA berpindah ke Tokyo pada tahun 1950..
Takeo Fujisawa dilantik sebagai Pengarah Kewangannya,

"Syarikat yang dikelolakan oleh seseorang yang tidak berilmu, tidak akan tumbuh!
Insan berbakat harus dicari walaupun jauh & tinggi biayanya !!"


Marketting Politik
Sebagaimana Dunia Perniagaan.. Dunia politik juga sangat memerlukan Marketting,
Tanpanya.. Sesuatu parti itu akan kelihatan kurang menarik & kurang yang berminat.. Walaupun isinya cantik,
Kerana itu selain daripada Ketua.. Aktivis2 yang berbakat juga perlu dicari & diperhati,
Kerana dengannya I'Allah.. Imej, Populariti & keyakinan Orang akan berganda2 datang kepada parti,


Akhirnya
Setiap manusia punyai minat & kecenderungan yang berbeza2..
Namun dengan bertemu di titik persamaan.. Kita akan saling harga menghargai,





Pakwan: Setiap perkara punyai Ilmunya, Mudah2an Allah menunjukkan yang terbaik buat kita semua....ameen