Sabtu, 22 Jun 2013

Susuk tubuhnya Aku kenali

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Melihat Wajah tersebut
Fikiran ku menerjah kepada maahad,
Ya.. Aku pernah bertemunya suatu ketika dahulu,
Bukan sahaja bertemu.. Malah kami pernah berkomunikasi,
Namun bezanya.. Sekarang baru ku tahu... Ia adalah "Sosok Permata",


Pertama kali mendengar
Jika tidak silap.. Aku mula mendengar Namanya ketika di Al-Ihsan,
Ketika itu.. Salah seorang temanku pernah sangat rapat dengannya,
Ku dengar.. Akrabnya hubungan mereka..
Sehingga Temanku itu dihadiahkan cincin olehnya.. Sangat mengagumkan,


Semasa di Maahad
Kami mendengar Dia akan datang,
Lantas kami dikumpulkan di dalam dewan,
Ya.. Ketika itu ia menceritakan Satu Kisah.. Heronya sama "Nama" denganku,
Belum selesai mendengar Dia bercerita.. Kami dipanggil untuk berlakon,


Sesi Penggambaran
Aku memakai baju rasmi kelas... Baju Raihan,
Kami bersap sedia di kerusi.. melakonkan sesi Pengajian,
Ustaz Zul menulis di papan putih satu kalimah.. SOLAT... Dengan tulisan Arab,
Kemudian dia masuk.. Pengikut2nya hanya memerhati dari luar...


Di Dalam Kelas
Selepas memerhati papan putih..
Dia lantas berpaling ke arah kami & memandangku...
Tidak semena2.. Dia minta aku berikan takrif SOLAT (Bahasa Arab),
Aku pernah hafaz.. Tapi mungkin sebab terkejut.. Aku teragak2...

Lantas mulut Dia terus menyambung;

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير ومختتمة بالتسليم

Semua yang hadir gelak..
Aku tersengih.... Dia terenyum,

Bila aku amati.. 
Bekas Guru2ku di Kulliah Padang Polo turut hadir..
Ustaz Mat Zin.. Ustaz Syed Badrillah, Ya.. Guru2 yang sangat aku hormati.,
Selepas Dia selesai makan di Kantin.. Kawanku berkejar meminum bekas gelasnya,
Aku hanya memerhati.. Kerana itu jarang di "Duniaku",


Bila Dunia kami bertemu 
Ketika itu aku masih baru di Mesir,
Aku diminta berkhidmat sebagai Setiusaha.. Untuk Majlis Dia,
Kini baru aku faham.. Betapa berharganya Dia kepada Dunia Ilmu & Tarbiyah,
Jelas pada kehadiran Pelajar yang "Sangat Ramai" & sambutan yang "Menggerunkan",


Untuk melihat Dia berpentas
Beribu2 pounds Mesir Guru2 kami habiskan,
Pelbagai gerak kerja rumit kami laksanakan..
Malu & Letih kami sudah tak peduli.. Yang penting Majlis Berjaya,
Alhamdulillah Majlis akhirnya berjaya.. Namun Aku pula tertidur letih..... Alahai


Dia muncul lagi
Baru2 ini Dia muncul lagi,
Habib Ahmad ada tanya.. Nak jemput Dia lagi?
Kami minta tidak.. Kerana kami belum bersedia.. Apatah lagi tengah exam,
Cukuplah dapat perhatikan Dia dari jauh.. Aksinya berpentas di "Anjung Al-Azhar",


Kadangakala
Kita sangat Menghargai, Sayang & Hormat padanya,
Namun kita hanya mampu menatapnya dari jauh... Sambil mengukir Senyuman gembira,
Bukan kerana kita tidak mahu Ber-Adab..
Cuma hanya ini sahaja yang aku Mampu....





Pakwan:
Dia adalah Seorang Murabbi, Alim Rabbani, Keturunannya sangat mulia, Anak muridnya adalah guruku... Dialah Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

Isnin, 17 Jun 2013

Di Mana Allah tempatkan Kamu?


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

"Awak.. Awak patut berterima kasih pada Akak,
Sebab akak tersilap letak nama awaklah.. Baru awak dapat masuk sini,
Awak tak kredit Bahasa Arab kan?"

Aku terpinga2 dengan kedatangan Akak tersebut,
Namun.. Kata2 Akak Pejabat itu ada benarnya,
Jika dikira syarat.. Awal2 Saya dah sangkut..


Sesi Temuduga
Aku ditemuduga oleh Seorang Ustaz,
Disuruh aku membaca Al-Quran.. Kemudiannya diminta aku menghafaz,
Alhamdulliah.. Aku diberi ayat yang aku sudah hafaz,
Muka surat kedua juz 3.. Ayat yang biasa aku ulang di dalam Mathurat,


Sesi Saringan
Kami berada seminggu di Maahad.. Dengan pelbagai tugasan,
Walaupun dari sudut hafazan mungkin aku kurang,
Namun "mungkin" kerana "pendekatan" terbaru maahad,
Aku berajaya di dalam saringan tersebut,

Pendekatan Karekteristik
Khusus ketika berdepan Adik2 di Al-Ihsan,
Juga paksaan berceramah oleh Senior2 semasa di Al-Attas...
Banyak kali berdebat ketika Program2 diluar.. & Eksco di Al-Ihsan,
Jadi bila nak ajak berdiskusi lagi.. Rasanya bukan masalah bagiku I'Allah,


Jadi bila nak berdebat
Soal "Contohi ***** pelajar Cemerlang ****"..
yang kemudian.. Tajuknya itu disambut sepi oleh Pelajar2 STASAB..
Bila Penumudunga ini membawa tajuk ini ke STASAB..
Penumuduga itu rasa tidak puas hati,

Kemudian.. Aku pun:... Pot pet2... Menyokong pelajar STASAB
(Macam tengah berhujah dengan adik2 kat Ihsan pula)


Ketika itu aku 50-50,
Dengan Nikmat yang aku kecapi di UITM Jengka,
Kawan2 yang sangat2 sporting...
Suasana yang sangat2 membantu Aku "meneroka" Dunia,
Aku hanya mampu memohon pada Allah diberikan pilihan terbaik..


Dalam masa yang sama.. Badanku cederung di UITM,
Hatiku pula terpanggil2 Menghafaz Al-Quran.. Allah.. Payahnya,


Titik noktahnya.. Pada Penerimaan Maahad,
Jika aku gagal.. Aku akan kekal di UiTM,
Jika aku lulus.. Akan aku mulakan hidup baru di Maahad,
Takdir Allah.. Aku lulus, Bermulalah perpindahan aku ke Kuantan...


Begitulah..
Teringat ketika Muhadarah Ammah..
Di dataran Hayyu Asyir, Kaherah Mesir,
bersama dengan Syeikh Dr.Yusri... Perihal diri Syeikh..

Yang mulanya berada di Dunia perubatan..
Kemudian meminati Dunia Ilmu Islam,
Bermula dengan Menghafaz Al-Quran..
kemudian Fiqh.. Tasawwuf.. Hadith..

Tidak hanya mahir dalam Ilmu Islam...
Syeikh juga mahir dalam bidang Perubatannya.. Sehingga menjadi Seorang Pakar,
Teringat pesanan penting Syeikh;.. (lebih kurang)

"Tetaplah di mana Allah tetapkan kamu untuk berada,
& Pastikan kamu Mutqin (Pakar) dengan dunia kamu.."





Pakwan: Mudah2an Allah sentiasa membimbing kita....ameen









Khamis, 13 Jun 2013

Berguru Al-Quran di Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Kelebihan Mesir
Kelebihan Mesir sebagai Lubuk Ilmu Al-Quran diakui Dunia,
Berbekalkan Manhaj Pengajaran/Pembelajaran..
Mesir telah lahirkan ramai Muqri'2 hebat dunia, 


Kerana itu jika dibelek2 Mushaf yang lama keluaran Kerajaan Saudi..
Maka kita akan dapati ianya tertulis..
"Telah disemak oleh Muqri' Mesir (Pakar Rujuk Al-Quran)",

Saya hanya sebutkan Arab Saudi..
Kerana Al-Quran disana untuk diedar ke seluruh dunia,
Tidak cukup nama "Mesir" disebut beberapa kali di dalam Al-Quran..
Peranan "Warga" Mesir "menjaga" Al-Quran juga di iktiraf Ulama'2 Dunia..



Talaqqi AQuran
Talaqqi ataupun lebih mudah dipanggil "bacaan" secara berdepan,
Guru2 yang menyemak juga dipilih dari guru2 yang pakar & terkenal..
Kebiasaannya bermula dari Seawal Surah AlFatihah.. Hingga 30juzuk Al-Quran,
Namun.. Ada juga yang hanya mengambil Juz Amma (Juz 30) sahaja..


Bertanyalah dahulu dengan Ustaz2 yang Ahli.. Sebelum memilih guru,
Ia penting.. Untuk maksimakan Ilmu & Latihan yang akan kita terima


Syarat Bacaan
Walaupun tidak ditetapkan secara spesifik,
Namun Pelajar perlulah sudah ditahap mahir membaca Al-Quran,

Kerana pada tahap ini..
Kita diajar untuk menyebut makhraj & tajwid dengan betul,
Jika mengikut kiraan di bawah.. Kita disini sedang dilatih pada tahap ke-3,,


Tahap pengajian Al-Quran;
1. Mengenal Huruf (Muqaddam & Iqra')
2. Boleh membaca Al-Quran dengan baik,
3. Mahir dengan hukum hakam, wakaf ibtida' & hukum2 lain,
4. Sudah boleh menghafaz Al-Quran,
5. Kenali Qiraat yang mutawatir,
6. Kenali Qiraat Ahad & Syaz,


Peringkat Umur yang sesuai
Bagi saya.. Semua golongan sesuai,
Asalkan ia telah lepas tahap ke-2.. Maka ia boleh Talaqqi dengan Syeikh Mesir,
Pakcik2 & Makcik2 umur 50/60.. Adik2 umur 10/11 tahun,
Apatah lagi bagi Guru2 Al-Quran & Bakal2 ulama'.. (Min babil awla),


Bukan hendak letakkan Syarat berlebihan,
Namun pemerhatian saya pada bentuk
& teknik pengajaran Syeikh2 di Mesir..

Bagi saya..
Ia kurang sesuai untuk mereka yang di tahap pertama..


Bentuk2 Talaqqi (Bacaan)
Bentuk untuk kita Talaqqi ada beberapa jenis..
Sebaiknya kita ambil semua.. Namun bergantung pada upaya kita juga,

1. Bacaan biasa (Riwayat Hafs),
2. Hafazan biasa (Riwayat Hafs),
3. Bacaan Qiraat satu2.. Pilih dari 10 Imam,
4. Bacaan Qiraat Jama'.. Sepuluh Imam dibaca sekaligus,
(Trend sekarang;
Pelajar lebih cenderung gabungkan Cara bacaan Jama' Syria & Mesir)


Jangkamasa Talaqqi
Kebiasaanya Syeikh2 akan guna sistem Maqra' (2-3 muka),
Ada 1-2 Maqra'.. Ada juga 4 & ada sejuzuk.. bergantung pada Syeikh2,
Ada juga yang guna sistem masa.. 30 minit setiap seorang pelajar,
Jika yang mahu habis cepat & Syeikh setuju.. Mungkin boleh 1-5 juzuk sehari,


Tempat Talaqqi
Kebiasaannya di Masjid,
Namun ada juga di Rumah2 Syeikh & Pelajar..
Ada juga Syeikh yang dijemput khusus ke Asrama Pelajar Malaysia,

Bagi yang berduit (khusus Pelancong Malaysia)..
Syeikh dijemput terus ke Rumah Penginapan,


Waktu2 Talaqqi
Waktu di Mesir ini berbeza2.. Mengikut Syeikh,
Ada selepas Subuh.. Pukul 10 pagi-Asar..
Ada juga yang Syeikh sudah tetapkan jadualnya buat kita..
Jika yang ingin habis segera (Khusus Pelancong Malaysia).. Waktunya lebih padat,


Suasana ketika Talaqqi
Mula2 sampai.. Salam & Cium tangan Syeikh,
Siapa sampai dahulu.. Maka ia akan baca dahulu,
Sambil itu.. Yang sampai kemudian akan tunggu giliran,
Lepas baca.. Salam & Cium tangan Syeikh
(Adab adalah pra-syarat Penuntut Ilmu),


Pendekatan Talaqqi
Kita akan membaca satu demi satu ayat.. Syeikh (Guru) akan menyemak,
Kemudian.. Setiap kesalahan kita akan diperbetulkan,
Untuk berkesan.. gunakan Al-Quran sendiri & Catat/tanda kesalahan dengan pen,
Sebagai persediaan.. Baca dahulu sebelum Talaqqi & perhatikan tajwidnya..


Yuran Talaqqi
Kebiasaannya yuran Le1200.00 (RM600.00) setiap kali khatam,
Kadangkala Syeikh tak minta.. Namun kita perlu faham2 sendiri,
Dengan kos sara hidup & keperluan semasa..
Maka kita lebih2 lagi perlu "jaga" Syeikh,


Di akhir Majlis khatam..
Syeikh biasa berikan kita Syahadah Sanad.. Silsilah bacaan yang kita ambil,
Bermula dari Nama kita.. Syeikh kita.. Guru2 mereka & Para Sahabat.ra..
& terus bersambung sehinggalah kepada Rasulullah.saw..


Akhir kalam
Al-Quran itu adalah Kalam Allah..
Ianya Kitab yang Paling Mulia di atas muka bumi ini..
Justeru itu.. Kita perlukan Kegigihan & Usaha Keras untuknya..

Berbekalkan Adab & Doa..
Mudah2an Allah berikan Nikmat Al-Quran buat kita..





Pakwan:
Kagum dengan Imam Suyuti;
Paginya ketika mendengar Syeikh Yusri.ha menerangkan Kitab Hadith Sunan Nasaie..
Kita gunakan Kitab yang di-tahqiq oleh Imam Suyuti.ra,

Kemudian ke Shoubro,
& belajar Ulum Al-Quran dengan Syeikh Toha.ha..
Kita gunakan Kitab Al-Itqan fi Ulum Al-Quran karangan Imam Suyuti.ra..

Kemudian ke Darrosah,
Untuk belajar Qawaid Fiqhiyyah dengan Mufti Mesir Syeikh Ali-Jum'ah.ha..
Kita gunakan Kitab Al-Ashbah Wan-Nazoir.... juga karangan Imam Suyuti.ra..

Sabtu, 8 Jun 2013

Bila Seorang Teman Menangis


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bila Seorang Teman Menangis

Jauh di sana.. Ia berjalan keseorangan,
Sambil menyambut layanan Alam.. Hembusan angin dan daunan,
Matanya meleret ke sekeliling.. Mata bergerak tapi hatinya kosong,

Hatinya sedang lari dari melayan kesedihan..
Air mata itu tidak bisa jatuh,
Hidup ini untuk di hadapi.. Bukan ditangisi,


Dari jauh
Dua orang teman memerhatikannya,


- Solehin Solehin.. Apa nak jadi dengan dia ni..

- Buat apa-apa tak rancang dengan teliti..

- Itulah aku dah cakap.. Jangan buat.. tapi dia buat juga,
- Degil tu lah.. Tengok apa dah jadi sekarang?

- Ko pun beringat sikit Mat..Jangan jadi macam tu..



Dari Atas Sutuh (Bumbung Flat)
Tiga orang teman sedang "menganalisis"..

- Apa yang Solehin buat ya? Sampai jadi macam tu?..
- Dia tak sepatutnya buat begitu.. Ia sebabkan Orang lain jadi payah,
- Sepatutnya dia buat begini.. Baru Orang dapat terima,



Tiba2 kelibat Seorang Teman menujah Solehin

- Ko ni memang sengal la !!
- Tak sepatutnya ko buat kawan2 ko macam ni.. Dah pandai makan.. Pandailah simpan,
- Ko tengok macam aku.. Aku ada juga masalah.. Tapi aku selesaikan dengan bijak,
- Baru orang suka.. Tak nyusahkan orang.. Aku tak suka Orang jenis tak pandai nak handle ni..

Terpinga-pinga dengan apa yang berlaku,

- Aku.. Aku..,
(Belum sempat Solehin nak jawab.. Teman tu dah pergi)


Remuknya hati kawan tersebut
Sudahlah hatinya masih sebak..
Masalah pula.. dirasa makin membeban..
Kini.. "..Kawan-kawan semua nak bermusuh dengan Aku.."
Sambil tersandar di Pokok Rendang... Hatinya menahan sebak di dada..


Duduk melepaskan lelah

"Tang.. Surprise !!" he.. he..

Satu tangan menghulurkan ia Aiskrim corong (bentuk kon)..

- Ambillah aiskrim ni.. Seronok cuaca petang ni kan? he..he..
- Aku cadang nak jalan-jalan City Star (Mall).. Nak ikut? Takpe.. Aku bawa motor,

Sambil tersenyum..
(Solehin hanya menganggukkan kepala)



Semasa Window Shopping
- Jom teman aku tengok beg balik kampung nak..  Beg aku dah nak koyak lah..
- Jap jap.. Fuhh.. mantap giler Jursey tu,
- Kalau bagi adik aku ni.. Mau dia belanja aku KFC tiga hari tiga malam...hehe
Sambil merangkul bahu Solehin...
Kadangkala memicit2 lengannya..
Kadangkala "pukul2" member... Sambil gelak & berjenaka,

- Letih giler badan.. Jom makan kat Food Court..(^^,),
- Koi lama dah geram kat Baskin Robbin tu... YummYummYumm

(Solehin hanya senyum.. Namun Mulutnya masih terkatup)



Hehe.. Macam-macam hal dia ni
Solehin hanya mengikut.. Sambil tersenyum,
Tangan masuk poket dan rambut sikat tepi..
(Macam korea lah pulak...he..he),



Setelah Shopping sakan
Sebelum berpisah.. Teman itu sempat menepuk dan memicit lengan Solehin..
Sambil tersenyum ceria...

"Terima kasih Solehin.. Sebab teman aku...he..he"

Sambil melihat Temannya itu kembali ke Rumah..
" Senyuman & Manik2 berkaca mula terbentuk di bebola matanya.."


"........... Terima Kasih Teman.."





Pakwan:
Tidak perlu ajarkan cara untuk "handle" masalah kepada lelaki..
Kerana mereka sudah "ada" dan akan "jumpa" akhirnya Insha Allah.. Itulah "Kepakaran" mereka..
Jika perlu.. Ia akan datang kepada kita untuk bertanya..

Namun.. Apa yang lebih penting..

Hatinya perlu rasa bahagia dan dia boleh rasa..
"....Teman-teman sentiasa bersama-samanya.."