Jumaat, 19 Julai 2013

Hidup di-Pukul Ombak

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Terumbang Ambing.. Hmm
Kini umurku telah masuk 25 tahun & semakin tua,
Justeru.. Aku semakin terbeban dengan "fokus hidup",
Banyak perkara & rancanganku saling bertentangan.. pada analisisku,
Kesemuanya mengujakan & hanya ALlah yang mampu menolongku...



Hidup ini
Biasanya sukar untuk jatuhkan keputusan awal,
Selalunya.. Keputusan akan dijatuh ketika kejadian benar2 hampir,
Kerana suasana ketika itu lebih kita fahami,
Cuma.. Sekarang kita hanya boleh mencari2 maklumat tentangnya,

.
Dunia Al-Quran & Dunia Feqah
Aku amat2 mencintai & seronok dengan Dunia Feqh,
Namun.. Aku juga sangat sayang pada Dunia Hafazan Al-Quran,


Dunia Shoubro
Aku perlu menghafaz Al-Quran.. Sebelum tasmi' dengan Syeikh Nabi,
Aku perlu dobit Khilaf2 bagi Imam2.. Sebelum baca dengan Syeikh Toha,
Aku perlukan masa dari lepas Kulliah--Pukul 3ptg.. Untuk habiskan dengan 3 Syeikh,

Aku perlukan masa tambahan untuk persediaan itu semua,
Aku juga perlukan masa untuk mengulang.. Agar aku tidak lupa,

Kulliahku bermula pukul 8pg-pukul 11pg,
Kemudian.. Aku perlu ke Masjid Khazandarah.. Untuk Kelas2 diatas,


Dunia Abbas Aqqad
Setiap Isnin, Rabu & Khamis.. Kelas Feqah seperti biasa,
Kelas bermula pukul 4ptg lebih kurang.. Berakhir dalam pukul 10mlm,
Setiap kupasan Habib Ahmad.. Aku perlu perhati sungguh2,
Jadi.. Aku perlu Tahdir (baca awal) & Muraja'ah dengan sangat2 teliti...

Disamping.. Habib juga meminta kami untuk hafaz Matan Zubad,


Jadi permasalahannya
Isnin, Rabu & Khamis.. Aku perlu berada di Abbas Aqad,
Selasa, Jumaat, Sabtu & Ahad... Aku boleh ke Shoubro,
Jika begitu.. Aku hanya mampu bertemu Syeikh Nabi pada Ahad & Khamis,

Kerana Khamis..
Kelas Feqah Kami bermula lewat
& Syeikh Nabi tiada pada hari Selasa, Jumaat & Sabtu,

Ahad & Khamis sahaja?.. Aku rasa Syeikh Nabi payah untuk terima,
Apatah lagi.. bersama Syeikh.. Aku tasmi' AlQuran.. Sesuatu yang "Wajib" hari2,


Solusi yang Secara Serbu
Aku perlu buat semua di Shoubro & berkejar pula keAbbas Aqqad,
Namun aku jangka.. Dengan 1001 persediaan yang mesti aku buat,
Baik Tahdir, Murajaah, Menghafaz Al-Quran, Mataz Zubad, Mengulang, Dhobit,,
Dikira2.. Mungkin aku boleh pengsan gamaknya,


Jadinya.. Aku Perlu berkorban
Aku rasa.. Ada perkara yang perlu aku  korbankan,
Aku perlu tetapkan... Al-Quran di Shoubro..
& untuk mendalami Feqah.. Aku perlu ke Yaman... Tapi Habib Ahmad?
ALLAH.... Payahnya nak buat keputusan.......


Lagi satu masalah
Sekarang nampaknya seolah2 nak timbul lagi satu masalah,
Sebolehnya Aku nak bujang lagi.. Aku nak fokus pada Al-Quran & Feqah,
Tapi.. Signal dari keluarga aku dah lain macam.. Mudah2an lambat lagi,
Aku memang malas nak kerja2 ni... Apa seronoknya kerja? huh2...

Untuk duit? Untuk mewah? untuk jadi manusia sejati?
Atau ingin letakkan diri sebagai Hamba? Payahnya....


Berdoa pada Allah 
& Hayati Tempoh Bertenang
Mudah2an.. Kepulanganku pada 23 Julai nanti membawa Sinar,
Mudah2an Laut yang permai & Pepasir menenangkan daku,
Nak layan Cuti2 Malaysia.. Sambil lawat Guru2 & Teman2ku,
Mudah2an Jiwa kami sentiasa Bahagia & Gembira.. Di bawah bimbingan Allah





Pakwan: Salam Keceriaan..(^^,)

Khamis, 18 Julai 2013

Menjadi Pengurus Mastermind


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
ه


Menjadi Seorang Mastermind
Saya tidak mahu memberi anda tunjuk ajar,
Saya sendiri maklum.. Anda tidak perlukan itu,
Apatah lagi menggunakan medium blog yang terbatas ini,
Bagi saya... Anda hanya perlukan "Teras",


Ada beberapa Prinsip mengurus yang akan saya beri,
Berdasarkan pengalaman saya selama ini,
Saya pernah Rasa Puas.. Gembira & Banyak kali Gagal,
Bagi saya ianya antara "Ilmu" yang Sangat2 Berharga.. Dari Allah buat saya,

Alhamdulillah... Yang penting kita SURVIVAL !!


Perlu jelas Target Akhir
Sebarang pengurusan yang anda kendalikan,
Anda perlu nampak "Target Akhir" yang anda mahu,
Walaupun jalan mengurus masih samar2.. 
Kerana.. "Target Akhir" yang akan pandu segala tindak tanduk anda,

Cukup dengan Target Akhir yang mudah2.. Tidak perlu kompleks,
Cuma.. Anda perlu bayangkan "suasana" yang bakal berlaku,

Contoh Target Akhir: 
Semua Pelajar/Pekerja berhimpun.. 
& Masing2 menghayati kata2 YB/CEO..


Bayangan Perjalanan
Sebaik anda nampak Target Akhir anda,
Sekarang.. "bayangkan" perjalanan & lakarkan di kertas/whiteboard,
Teknik ini selalu dipanggil "Mastermind"... Apa2lah.. Janji Kerja kita selesai,
Bayangkan "check point" utama & Teruskan membayang lebih dalam..


Check Point Utama;
1. Pelajar menunggu YB di Lobi,
2. YB sampai di Lobi Pejabat,
3. Lobi masuk ke Dewan Besar,
4. Ucapan2 dari Tuan Rumah,
5. Ucapan YB,
6. Majlis Perasmian,
7. Penyampaian Hadiah,
8. Jamuan Makan,
9. YB melangkah pulang.


Berdasar Aturcara diatas
Anda telah mendapat suastu gambaran kasar,
Kemudian Perhalusi.. Kepada gerak kerja setiap "Check Point",
Apakah persediaan awal, semasa & selepas "Check Point",
Di setiap "Check Point".. Kenalpasti AJK/ Petugas yang terlibat disitu,



Beritahu Apa yang patut
Bukan semua perkara perlu dihebah kepada semua orang,
Apatah lagi.. Jika ianya akan mengganggu.. Istilah  biasa: "Banyak Kepala",
Namun.. AJK/Petugas perlu juga tahu jalan cerita & Tugas mereka,
Agar mereka dapat fokus pada tugas & bukan anda seorang all-out (buat semua),


Tepati Masa
Bagi seorang pengurus.. Masa anda amat2 berharga,
Dahulukan perkara2 yang perlu dilakuakan awal & "kena" pada masa,
Di sinilah.. Pengorbanan anda untuk "Keberjayaan Program" benar2 teruji,
Sekali anda berlengah & bertangguh.. Anda akan rugi & menyesal kemudian,

Semasa melakar di Whiteboard/Kertas tadi..
Pastikan Jangka waktu laksanakan kerja.. turut dilakar,
Ianya aka memandu anda bekerja.. Agar "Kena" dengan  keperluan,


Hargai Potensi
Setiap AJK/Petugas.. VIP... Staf.. & Sesiapa sahaja disekeliling anda.
Mereka punyai kelebihan & kekurangan berbeza2,
Kenalpasti & letakkan mereka pada posisi yang tepat,
Hargai bakat mereka & pandu mereka kearah apa yang anda mahu,

Faktor Umur.. Jantina.. Perhubungan.. Kebiasaan mereka,
Juga Cara Muamalah & Titik Persamaan antara anda & dia..
Semuanya amat2 penting.. Khusus untuk memaksimumkan Potensi Peranan Mereka,
Mereka adalah aset terpenting untuk program.. Hargai Mereka !!


Dengar Pandangan 
& Periksa kelopongan
Sebelum & semasa berlangsung program,
Pastikan anda mendengar setiap pandangan & kritikan,
Walaupun anda sudah ada cara tersendiri untuk menanganinya,
Semua itu penting untuk dua perkara.. 


1. Jaga hati dia & 
2. Takut anda terlepas pandang



Abaikan Perasaan
Diwaktu ini.. Abaikan segala perasaan yang timbul,
Mungkin anda terguris hati.. Marah.. Tak dapat terima.. Sedih,
Kesemuanya letak di tepi.. Kerana yang paling penting sekarang;
...............Kerja Aku Beres !!


Sentiasa Dalam Kawalan
Setiap orang punyai cara tersendiri menghadapi "tekanan",
Elakkan dari membuat keputusan yang dipengaruhi tekanan,
Sebaiknya.. Beredar dahulu dari tempat kejadian & bertenang,
Cara saya: Niat untuk selesaikan masalah & Minta pada Allah... & TIDUR !!

I'Allah.. Sebaik bangun tidur.. Jalan penyelesaian akan muncul,
Mungkin.. Semasa kita tidur.. Otak pula mencari jalan terbaik...


Diri Mesti Fleksible
Jika anda hadapi kebuntuan dengan Plan A,
Beralih kepada Plan B, C, D, E & Seterusnya..
Luaskan skop pandangan anda & Teruskan trial & error...
Walaupun berbelit/ nampak remeh.. Jangan abaikan sebarang idea,



Salutan Paling Penting
Untuk Mulut & Hati... Sentiasa minta; "Allah tolong setel-kan",
Perancangan & Ilmu Allah itu Maha Luas.. Allah-lah Penolong terbaik,
Banyak benda kita terlepas pandang.. Kadangkala ter-over,
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Kita.....


Cukuplah Sekadar itu
Saya doakan anda berjaya menjadi Pengurus yang berjaya,
Setiap orang punyai kelebihan masing2, Jika anda hebat di sini...
Pastikan potensi ini sentiasa digilap & Pelbagaikan Pengurusan anda,
Setiap Pengalaman adalah butir2 Permata Berharga.. Baik Berjaya & Gagal..




Pakwan:
Ada satu unsur yang saya mula perasan kini.. 
Saya baru perasan ketika di Mesir.,.   Unsur BERKAT, 

Bila diperhati kepada program2..
Khususnya yang melibatkan Habaib & Masyaikh.. & Untuk Bantu Orang,
Semuanya dirasa Mudah & Seolah2 ada tangan "ghaib" membantu,

Gunakan Kelebihan untuk Bantu Agama Allah...

Sabtu, 13 Julai 2013

Ulama' Al-Azhar di Medan Jihad


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ HEBAT GURU2 & MASYAIKH KITA ]

Petang tadi bertemu dengan Dr.Third (Taufiq),

Saya          : Owk tak balik Malaysia ke tahun ni?
Dr.Taufiq  : Tak tahu lagi, cadangnya begitulah,
                   : Sepatutnya kome periksa tak lama lagi.. tapi tak tahulah,
                   : Sebab setakat ni sudah 3 pensyarah kome meninggal,
                   : Seorang kena tembak dengan tentera

Saya          : Pensyarah yang ngajar owk?
Dr.Taufiq  : A'ah... Yang mengajar di Kulliah,

Saya         : Hah.. itulah, koi pun patutnya begitu juga,
                  : Tapi Syeikh koi pula tengah jadi Imam di Masjid Rab'ah,

 
(Merujuk Syeikh Isa Ma'sorowi--Muqri' Mesir--Ketua Pentashih Al-Quran Mesir,  yang kini menjadi Imam Solat Tarawikh....... bagi Penyokong2 Dr.Mursi di dataran MAsjid Rab'ah)..

Pakwan: Mudah2an guru2 kita dipimpin oleh Allah... & Dikurniakan pahala sebagai Syuhada' Dunia & Akhirat....

Jumaat, 12 Julai 2013

Mengimbas titik Kesilapan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

.. Mengira Detik berlalu
Antara perkara paling melemahkan dalam hidupku,
Membuatkan Teman2 terluka hati & bersedih denganku,
Namun.. Itulah yang banyak terjadi kepada Teman2ku,
Bagiku.. Kesemuanya punyai titik alasan.. -Aku tak suka "berkepit"-,


Teringat pada seorang Temanku Sham
Sham begitu baik padaku.. Sentiasa menungguku.. Kemana sahaja aku pergi,
Bila aku turun sahaja dari Surau & Dewan Makan.. Pasti Sham ada,
Walaupun saat itu.. Sham sudah menunggu di luar Surau amat lama,
Untuk menjauhkan Sham.. Sengaja aku sakitkan hatinya.. Tapi Sham masih setia,


Aku juga punyai teman bernama Fakhrul
Beliau sentiasa ingin bersamaku,
Setiap ketika.. Beliau pasti duduk di sebelahku,
Ketika aku masih studi di bilik prep.. Dia akan setia menungguku,
Untuk memutuskan "Persahabatan" itu.. Aku lemparkan kata2 "pedih" padanya,


Seorang lagi temanku Yahya
Juga seorang yang sangat baik denganku,
Sentiasa mengajakku studi.. Sentiasa meluahkan masalah padaku,
Lama2.. Aku menjadi agak rimas,
Satu hari Yahya lakukan satu kesilapan.. Mungkin dia terdesak,

Aku sentiasa marahkan kesilapan dia itu..
Aku jadikan seolah2 masalah dia "sangat2" besar,
Aku terus ungkitkan.... Sampailah Yahya berpindah dari sekolah kami, 
(Sebab ayahnya dipindahkan..)... Aku tak pernah minta maaf dengannya,

Ketika aku menjadi Junior
Ada seorang Abang yang agak rapat denganku.. Sentiasa berbual denganku,
Suatu hari... Seorang teman mendekatiku..
Katanya Abang itu nak jadikan aku adik angkat..
Beberapa hari kemudian.. Saat kami tiba2 berjumpa.. Dia nyatakan hasrat,

Aku alihkan topik,
Aku tak suka suasana begini... Amat2 merimaskan

Ketika aku menjadi Senior
Aku kerap didatangi Adik2,
Mungkin watak aku yang suka budak2.. Aku mudah rapat dengan mereka,
Ada antara Sahabat2 ku yang bermain Abang & Adik angkat..
Tapi aku tak berminat... Rimas tu,


Ada juga Adik2 yang menghampiriku
Menyatakan hasrat ingin menjadi adikku,
Tapi aku hanya tersenyum.. Sambil alih topik lain & kekal mesra,


Adikku Sayang...
"...Abang sudah lama anggap kamu semua macam adik2 Abang..

Abang pertahankan kamu..
Abang sorok kesalahan kamu,
Abang tak laporkan kesalahan kamu pada Cikgu Midi...

Cukup hanya dengan "setel" ditangan abang..
Semuanya kerana Abang Sangat2 Sayangkan kamu semua....

Abang nyaris dibuang asrama disebabkan aduan yang kamu buat..

Namun...
Itu semua tidak patahkan semangat Abang untuk menjaga kamu..
Semuanya kerana Abang sangat2 sayangkan kamu...


Bagiku.. Kita hidup di Dunia Kasih Sayang
Aku Sayang Insan2 yang lebih tua dariku,
Jika lebih 20 keatas.... Saya anggap Pakcik2 seperti Ayah saya sendiri,
Jika lebih 1-20 tahun... Saya anggap Abang2 macam Abang saya sendiri,

Bagi adik2 ku... Junior2ku di Seri Makmur, Al-Attas, Al-Ihsan & Maahad,
Juga adik2ku di MRSM Kuantan... & di Program2,
Abang anggap.. Kamu2 semua macam adik abang,


Tapi tolonglah teman.. Hanya satu pintaku
Berkawanlah kita sekadarnya,
Bukan setiap waktu kita perlu bersama.. gelak bersama,
Jarang jadualku punyai waktu yang sama.. Hari2 berubah2,
Namun.. Aku amat2 "malas" nak lukakan hati kamu,

Bergaullah kita.... Bila punyai titik persamaan..
Saling memahamilah kita... Bila punyai titik perbezaan..


Jika aku mampu
Jika aku berkemampuan... Dengan Izin Allah,
Seluruh teman2, abang2 & adik2ku.. Maafkan kesalahan aku,
Banyak dosa sudah aku lakukan pada kalian..
Aku benar2 minta Ampun & Maaf... Ampunkanlah kesalahan aku,


Hanya pada Allah
Hanya pada Allah... Aku bermohon,
Ampunilah segala dosa & kesalahanku...
Juga dosa Abang2.. Teman2.. & Adik2ku,

Aku menjadi saksi Wahai Allah... Mereka2 adalah insan2 Soleh & Baik2,
Sayangilah kami semua.. Lapangkanlah dada kami,
Masukkanlah kami ke Syurga Firdausmu... Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih,




Pakwan:
Salam Ramdhan.. teringat Ramadhan di SMA AL-Attas, Ketapang... 1
0-13 tahun yang lalu...

Sabtu, 6 Julai 2013

Semalam Aku Bermimpi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Semalam aku bermimpi, 
Sekumpulan tentera Penggempur bertembung dengan Pasukan Pengawal (baik)..
Jumlah mereka semua dalam 10-11 orang..


Mereka sedang mengepung Pejabat Pentadbiran,
Aku lihat Syeikh Abdun Nabi sedang duduk di kerusi & sedang bersiap menyamar...
Syeikh memakai misai & Janggut palsu.. Untuk keluar dari kepungan tersebut,


Aku kemudian ke luar.. 
Di luar keadaan sudah huru hara.. Disamping terbeban di jiwaku;
Seolah2 Aku telah lakukan satu dosa & kesalahan besar..
Namun aku tidak tahu apa..


Dalam keadaan yang genting begitu.. 
Aku berkali2 berkata pada diriku;
"..Jika sudah lakukan dosa sekalipun..
Sekurang2nya aku perlu juga menyumbang kepada Islam..
Sekurang2nya.. ada hujjah buat diriku disisi Allah nanti.."


Menasihati Musuh
Aku mula menyedarkan musuh2 dengan kalam2ku..
Aku sampaikan dengan penuh perasaan.... Jiwaku juga sebak..
Akhirnya mereka sedar & menyokong Islam...
Mereka terus maju ke medan pertempuran.. Mewakili Pasukan Islam,


Aku kemudian ke hujung banggunan..
Aku masuk ke Surau & disana aku lihat ramai orang mengaji...
Rupa2nya telah tiba hari kiamat...
Sebatang menara tumbang di depanku & menyala2 terbakar,
Aku lantas mengumpulkan semua yang di dalam Surau tersebut..


Kami lantas membuat satu bulatan..
Aku mengajak mereka berzikir dengan kalimah "La Ilaha Illa Allah.."
Tiba2 Nikmat bersuara kepadaku..
Adakah ini yang patut kita lakukan?
(Adakah ini sesuai dengan Ilmu yang telah kita pelajari dari guru2 kita)?

Aku terkedu & terdiam.. & Baru aku perasan..
"..Bab Hari kiamat & pesediaannya belum aku pelajari lagi dari guru2 ku.."



Kemudian aku terjaga dari tidur... Allah.... Mimpi rupa2nya..
Di hujung katil tempat tidur.. Ikhram sedang bermain laptopku...






Pakwan:
Banyak peristiwa yang berlaku.. Seolah2 ingatan dari Allah buat diri kita yang selalu lupa..

Khamis, 4 Julai 2013

Mr.President: Antara Baik dan Kuat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Memilih Pemimpin
"..Bila bertembung antara "Kuat & Amin (Baik/dipercayai)"..
Maka dahulukan yang "Kuat",.."


Apakah maknanya ini?
Ketika mula2 mendengar kalam ini..
Apatah lagi.. ianya dari mulut Habib Ahmad sendiri,
Aku jadi termenung..
Ianya benar2 bercanggah dengan "Kebiasaan"..


Mencari jawapan
Aku mula mencorak fikiran...
Aku tahu.. Kalam Habib itu benar I'Allah,
Namun apa illahnya (alasannya)?.. Aku mula meneka2,
Aku rasa.. Aku nampak jawapannya.. Tapi masih samar2,


Melihat pada Pengalaman
Berbanding teori.. Aku lebih suka Pengalaman,
Kerana Teori itu.. "terbina" dari Pengalaman..
Dari Pengalaman.. Kita akan nampak "Perjalanan",
Dari Pengalaman.. Kita menambah baik "Perancangan",


Bagaimana mahu Memimpin?
Bagaimana kita mahu Naik?.. Akar2nya perlu kukuh,
Bagaimana mahu Pengaruh?.. Keyakinan orang mesti diperoleh,
Bagaimana mahu Stabil?.. Hati orang mesti diraih,
Bagaimana mahu kekal Kuat?.. Segenap aspek perlu dalam kawalan,


Kenapa Kuat.. 
Bukan Amanah?
Kata Habib Ahmad;
Bila yang Amanah memerintah.. Kuat akan memberontak,
Hasilnya.. Amanah akan Jatuh,

Namun jika Kuat yang memerintah.. Keadaan akan terkawal,
Kerana bukan tabiat Amanah.. Untuk berbuat Rosak !!
Tugas Amanah.. 
Memastikan semua yang di bawah untuk Amanah,
Bila yang di bawah semua Amanah..
Maka Automatik.. Amanah juga yang akan diangkat naik,


Nampak mudah bukan?
Walaupun ianya mirip dengan teori lama aku,
Yang kemudian aku sangkal dengan teori baru,
Yang ini pula mirip dengan teori Harakah Islamiah:..

"..Amanah perlu menjadi Pemerintah,
Dalam masa yang sama.. Amanah perlu membentuk akar,
Agar tampuk pemerintahan... Lebih segera dicapai.."

Baru aku faham
Baru2 ini aku melawat Habib Ahmad,
Terpacullah kalam ini.. Dan aku mula mengerti;

Di Negara kamu.. 
Sebaiknya pembangkang menjadi pembangkang yang baik,
Kerana  "manfaatnya" lebih besar buat rakyat,
bukan tidak boleh menjadi Pemerintah..
Tapi Pembangkang perlu dahulu Kuat & Mampu..


Belajar dari Kuasa Dunia
Semasa menaikkan Seorang Presiden,
Kamu perlu pastikan Kekuatan Tentera bersama Mr.Presiden,
Kamu perlu pastikan Kuasa Ekonomi ditangan Mr.Presiden,
Kamu perlu pastikan Jaringan Media menyokong Mr.Presiden,

Jika tidak.. Mr.Presiden kamu..
Akan dibantai beramai2 semasa dipuncak,
Walaupun rakyat menyokongnya.... Kamu perlu Kuat !!


Bijak & Jihad
Di zaman ini.. Kemenangan berpihak kepada "Akal",
Tanpa perlu ke tengah2 musuh.. Tekan "button" & bom meletup di sana,
Tanpa perlu berlelah gusti.. Tekan "Keyboard" & Tersingkap segala Rahsia Musuh,
Tidak perlu keluar rumah.. Hanya "login" facebook & Sejuta berhimpun di Medan Tahrir..


Qada' & Qadar Allah
Di sebalik segala yang berlaku..
Ketentuan Allah itu lebih terbaik..
Kadangkala kita sangka.. Kita terbaik mengangkat Islam,
Walhal.. Propaganda negatif musuhlah... Penyebab utama Islam terjulang...





Pakwan:
Teringat kalam Habib Ahmad Al-Maqdi (lebih kurang);
Ketika melihat Sesuatu yang berlaku..
Kamu seolah2 berada di tingkat 3 Rumah Flat..
Manakala Ulama pula di tingkat 5 Rumah Flat...
Banyak perkara yang lebih jauh.. Ulama telah nampak