Khamis, 29 Ogos 2013

Berani dengan Majikan Zalim

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sebelum ini,

Adik pernah minta kerja dengan Sebuah Syarikat. Si Penemuduga beritahu:.. 
"Syarikat ini tidak sediakan tempat Sembahyang.." 


Adik jawab.. "Tidak mengapa...", 
Sebab dia boleh Sembahyang di tempat lain,


Penemuduga tambah lagi:.. " Waktu nak Sembahyang Jumaat pun tak boleh keluar...
Sebab waktu itu stok banyak sampai.. Manager syarikat ni Cina Taiwan"

Adik terus tawar hati,



Alhamdulillah...
 
Allah itu Maha Memelihara Hamba2-Nya kan..

Kini Adik bekerja ditempat yang sangat2 mesra Muslim.. 
Kerja pun tak stress & sangat2 happy. Syarikat dari Jepun & lokasinya di Pelabuhan.

Lebih sejuk telinga mendengar:
"Bila masuk sahaja waktu Sembahyang.. Aku balik sembahyang kat rumah pekerja,  Tapi.. Pekerja2 yang bawak tren2 tu.. Diorang solat je tepi kren..." Adik bercerita.

(he2... Adik kini dikelilingi oleh Pekerja2 yang jaga Solat)

Kini.. Adik siap rasa gembira lagi nak buat OTi 
& Rasa seronok nak datang kerja Sabtu & Ahad... 
Gaji pertama.... semua diserahkan pada Ibu & Bapaya...

Gaji Adik pun... bagi saya sangat2 berbaloi....
Kadang2 rasa macam berlebih pula dari kerja-nya..he2

Baru2 ni.. Dengar2 Adik nak dinaikkan lagi pangkat.. 
Alhamdulillah... Rezeki dari Allah kan....


{:: Ada dua ayat yang sangat2 best untuk dipegang ::}

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً{2} وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ)

سورة الطلاق)

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (Takut & berharap pada Allah),
Maka Allah akan berikan padanya "Jalan Keluar" (dari kesulitan)...

Dan Allah akan memberikan padanya Rezeki dari mana2 (arah) yang dia sendiri tidak sangka2...


 

:: Ayat ini makruf dengan panggilan Ayat Seribu Dinar..::


Rabu, 28 Ogos 2013

Membentuk biah ilmu di Pahang

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

[ NYUMBANG buat ANAK2 PAHANG ]
I'Allah.. Tidak lama lagi Teman2 baru kita akan tiba,
Ada lulusan Pondok, STAM, SPM & Diploma..
Dari sekian ramai Rakyat Pahang..
Mereka terpilih untuk mendalami Ilmu Agama Islam di Mesir,

Memetik kata2 Tim.Mufti Pahang baru2 ini;..(lebih kurang)

"......Kita ada buka kelas Feqah berbentuk halaqah,
Kita nak kenalkan semula pada masyarakat..
Tentang Kitab2 asas mazhab kita,

Namun sayang...
Kita di Pahang tiada yang mampu untuk mengajar,

Terpaksa kita panggil guru2 dari Kelantan.. Untuk buka "Kitab Umm",....."

Adakah Anak2 Pahang begitu Lemah?
Tidak... Cuma kita belum ketemu "punca/cara"

Menjadikan Seorang Alim perlukan 4 perkara;
1. Syeikh pembuka (bimbing),
2. Akal yang jelas (terpelihara),
3. Kitab yang sahih (kena),
4. Berterusan

Menuntut Ilmu perlukan Manhaj yang "tepat",
Agar hasil kita dapat dimaksimum sebaik mungkin,
Untuk itu.... kita perlu "merangka" & Pembimbing yang Pakar,
Gerak kerja perlu bermula... & Kita Sendiri yang perlu mulakan,

Nasihat Habib Ahmad Al-Maqdi;
"Belajar dengan Masyaikh ini seperti menaiki bas,
Jika nampak sahaja bas lain.. Terus turun & naik bas lain,
tinggalkan bas yang kita sedang naiki...
Kemudian bila jumpa lagi bas lain... tukar lagi,

Kita tidak akan sampai kepada destinasi.... Berguru juga begitu,
Kita perlu mulazamah dengan seorang guru sampai habis...."

Cadangan Program yang boleh dipertimbang Anak2 Pahang;
(Guru2 & Teman2 juga boleh menambah/memperbetul)

[ Sept-okt: MENANAM SEMANGAT & CERITA MANHAJ ILMU ]
1. Menjemput Ustaz2 Melayu berpengalaman,
Cth: Ustaz Nazrul/ Ustaz Hairul Nizam/ etc..
2. Menjemput Masyaikh2/Habaib yang berpengalaman,
Cth: Habib Ahmad Al Maqdi/etc..

[ Bulan2 seterusnya: MELENGKAPKAN ILMU2 ASAS & TAMBAHAN]
1. Ilmu Nahu, Saraf & Balaghah
2. Ilmu Fiqh, Tauhid, Tajwid
3. Al-Quran, Hadith & etc...

Melihat pada diri kita,
tergamakkah pulang ke Pahang..
dengan diri kita sebegini?...

....Jangan biarkan adik2 kita turut merasainya...

Bila mengumpul Ijazah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ RAMADHAN YANG INDAH ]

Hari ini... Khamis 11 Julai 2013,
Terima Kasih & Tahniah buat BKMIP,

Seketika habis Kelas "Munyatul Musolli" tadi..
Ramai yang tersandar di kerusi2 maktabah.. Terseyum,
Wajah Puas & Gembira tergambar di muka hadirin..

Buat pertama kalinya,
(Buat sebahagian dari kita),

[Belajar melalui "Toriq" Pondok]
Setiap patah perkataan "Melayu"... punyai makna,
Setiap patah perkataan Arab.. Diterang berdasar 3-4 jalur ilmu,
Nahu.. Saraf.. Mantiq.. Tauhid..

Kadangkala.. Ramai yang berkongsi rasa,
Apa yang kita sudah belajar di Bumi Anbiya' ini?
Terlalu2 & tersangat2 Kerdil..
Dibanding dengan mereka2 yang memondok,

Mujahadah mereka untuk ilmu,
Hidup susah di Pondok.. dianggap pelajar kelas ke-2/3,
Sijil mereka tidak di-iktiraf MQA @ Dulunya LAN,
Namun mereka tetap lebih pada kita.. Pada ILMU & BERKAT,

[ Mungin ramai yang bersetuju..I'Allah]
Selama ini kita terlalu mengejar sijil..
.......Jadi ber-kepul2lah sijil kita,
Namun jauh di dasar sanubari.. Kita sendiri merasa..
.......Kita langsung tiada apa2,

Terima Kasih BKMIP..
& Juga yang terlibat secara Langsung @ Tidak..
Dalam menjayakan Majlis Ilmu pagi ini.. Sebelum2 & Selepas2 ini,
Mudah2an Allah sentiasa Sayang & Memberkati kalian...


Teringat kata2 yang selalu diulang zaman berzaman..
Oleh Ustaz2 Lama Pahang;

"Rumah Pahang ni memang tidak pernah sunyi dari Habaib..
Entah apa magik-nya... Habaib sangat2 suka ke rumah Pahang,
Sejak dari dahulu lagi... Mungkin berkat doa Orang dulu2 kot"..

PAHANG BUMI KESAYANGAN ALLAH...

Sabtu, 24 Ogos 2013

Bila kita Kurang Adab


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


{::  Kita ABAIKAN ADAB dengan AL-QURAN ::}

#Berkata Syeikh Nuruddin.ha; (lebih kurang)
"Imam Malik nyatakan 7/10 Ilmu itu datangnya dari Adab"


#Pernah terjadi di kalangan Ustaz2 Pahang kita..
Ada yang sampai mengigau pun masih mengulang Al-Quran,
Sesuailah dengan Mujahadah & Adabnya dengan Al-Quran...


#Setiap dari kita sedia maklum..
(Banyak terdapat perbahasannya di dalam Kitab Qiraat, Tajwid & Fiqh)

"Setiap kali ingin "memulakan" bacan Al-Quran,
Kita mesti mulakan dengan Istia'zah..
Berdalilkan satu Firman Allah yang masyhur,

Begitu juga jika kita berhenti membaca
& melakukan aktiviti "luar" lain,
Jika ingin membaca kembali..
..maka mestilah dimulai kembali dengan Isti'azah tersebut.."


#Namun sedarkah kita..
Ber-sms & bercakap dengan kawan2..
..juga termasuk dalam aktiviti "luar"?
..Kita berhentikan bacaan kerana nak berborak/berbalas sms?
..Kemudian kita menyambung kembali bacaan/mengulang..
Tanpa menjaga Adab isti'azah?


#Mungkin inilah penyebabnya I'Allah..
Kenapa baru membaca 5 minit..
Sudah berasa jemu & lama..
Walhal berapa minit sahaja untuk Al-Quran
...& selebihnya ber-sms, melayar internet (smartphone) & berbual2,

Berbanding Ustaz2 kita dahulu..
Dari lepas Subuh ke Zohor,
3-4 jam mengulang Al-Quran,
Istiqamah mengulang 1-2 juzu' setiap lepas Solat,

Ujar Ustaz Hakim (Senior di Mesir);
"Manusia hari ini semakin melupakan Nilai Berkat.."


:: Orang Pahang kita mudah terima..
Tapi perlu dilapik Sopan(^^,).. I'Allah khair ::

Terima kasih Ustaz Don Daniyal.. kerana ingatkan..

Bunohan di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


{:: Tembak menembak di Malaysia ::}

" Tugas Ulama' ini..
Hanya jelaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran,
Walaupun kadangkala dia tidak berikan logiknya,

Bila Allah beritahu di dalam Al-Quran Riba' itu haram..
Maka Ulama' kata haramlah...
Tapi logiknya mungkin ulama' tidak dapat beri..

Bila berlaku Krisis Sub-Prima (pinjaman) di Amerika..
Barulah Orang buka mata.. Kenapa Riba' itu diharamkan.."

#Tazkirah oleh;
SS. Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman Otman
(3-4 tahun lepas di Masjid Negeri)

 
{:: Kini Hari2 di Malaysia udah macam Caunter Strike ::}

#Satu kes tembak itu biasa.. Kalau tiada langsung.. itu baru luar biasa,
Pernah sehari sampai 4 kes senjata Api di Malaysa (melihat sendiri di Akhbar),

Tahun lepas lebih 14,000 kes melibatkan senjata Api..
Tahun ini.. Hanya 6bulan pertama sahaja.. Sudah lebih 15k,

Dari Riba'.. Bawa ke Bunuh..
Semuanya Ulama' dah keluarkan hukum dari Al-Qur'an & Sunnah,
Apa solusi yang Allah tetapkan.. Cara nak depani bagaimana..

Kita ini kalau Marah.. Terlalu beremosi,
Kalau Penyabar.. Terlalu bermudah...
Kan senang ikut Allah.... [Bab Jinayat pula kena buka..(^^,)]

Mendepani Persoalan Feqah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

{:: Soalan Orang2 Kampung ::}

"Apa hukum pakai handyplast masa solat?.."

Bila Orang kampung menyoal Feqah..
Lebih mudah menjawab berdasar Thoriq Mubtadi' (Baru belajar)..
Berbanding Toriq Mutawassit & Muntahi..

Soalan dapat dijawab terus..
& Kita-Mereka juga tidak pening kepala..
& Kita-Mereka pun lebih Suka & Cinta pada Ilmu Feqah,

 
(Betulkan saya jika tersilap)

#Berbanding berhujah dengan Dalil..
Yang kita & mereka pun bukan Pakar mengenal pasti dalil,
Di tambah dengan Asas2 yang tak kemas.. Cerita akan jadi panjang,
Itu Kisah bagi Thoroq Muntahi..

Bagi Thoriq Mutawwasitin pula..
Bila banyak sangat cerita pasal masail..
Walhal kita bukan ahlinya.. Maka dua2 jadi pening,
Satu tak setel.. Ditambah masalah lain pula timbul,

 
{:: Cantiknya Manhaj Habaib kita ::}

#Bila ingin belajar Ilmu Fiqh & juga Ilmu2 lain,
Kita diajar daki satu2 anak tangga.. Baik Cara Belajar & Kitabnya,
Jangan terus langkah atas... Nanti mudah jatuh,
Bila langkah satu2.. Baru dakian Ilmu tidak lopong,

Ulama sudah sekian lama ajar peringkat2 Mengaji,
Dari yang mula nak belajar.. Hinggalah Mujtahid,
Begitu jugalah nak sampaikan pada Rodong2 Sekampung..
Bukan semua orang ngaji Sekolah Arab (Agama)..

 
{:: Cuma minggu ini agak Sedih ::}

#Terdengar satu-satu komen negatif pasal Asatizah..
Mungkin ini satu signal dari Allah.. Agar kita lebih bersedia,
Title "Ustaz/Ustazah" bukan tanda kita Berilmu..
Seharusnya kita sangat2 malu dengannya... Sebab dalam diri "nothing",

Usuluddin, Syariah, Lughah, Qiraat, Ulum, Medic & Dentist,
Udahlah bidang sendiri tidak kita kuasai..
Ilmu Fardhu Ain apatah lagi nak menjenguk,

Jadilah kita;
"Kucing mati kelaparan di tengah2 Kilang Friskies..."

#Lebih merbahaya.. Bila kita memandai2 berfatwa,
Penyebab.. tercetusnya 1001 hukum di dalam masyarakat..

Pesanan Habib Ahmad Al-Maqdi;
"..Belajarlah untuk berkata SAYA TIDAK TAHU..
Sebagaimana kamu belajar berkata SAYA TAHU"

 
Buat diri ini terutamanya...
~Salam Eidil Fitri~

Jumaat, 23 Ogos 2013

Esok 24 Ogos 2013... Diari Hari ini

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

{:: Maka bermulalah Sebuah Perkampungan ::}

Malam ini..
Ada teman2 yang sudah check-in di hotel2 sekitar Kuantan,
Ada juga yang mengira2 waktu.. Bilalah "Kereta" nak keluar dari bengkel,
Yang datang dari jauh.. tengah tercari2 link..

"Sapa gamaknya nak tunjukkan aku jalan ni..."

Tidak kurang yang meraba2 poket...
"Alamak.. Duit dah tinggal 1-2 kupang..(^^,) "

{:: Esok hari besar.. (Sebetulnya bermula hari ini) ::}

Ramai Rodong2 Anak Pahang Mesir nak kawen..
Setakat yang maklum.. Dalam 4-5 pasangan juga esok sahaja,
Dulu Orang Pahang payah nak kawen awal..
Tapi sekarang dah berubah.. Orang Pahang dah Maju..he2

Tahniah !!

{:: Ambil peluang me-ngeteh ::}

Bila pulang.. Inilah masa nak jumpa rodong2 lama,
Bila dah jumpa.. banyaklah topik nak diboraknya..
Memang seronok.. Masing2 dah berlainan bidang,
Namun bila mula bersembang.. Udah rasa baru semalam berpisahnya,

Bila bercakap soal "Ukhwah".. Soal "Rodong2",
Susah macam mana pun "Member".. Kita kena tolong,
Jangan Hidup pentingkan diri... Jangan "Tikam" Rodong sendiri,
Kelak bila bertemu muka berseri.. Bila belakang semua Benci..

{:: Koi ada bercadang..::}

Tahun depan kita buka Hadonah..
Tempat Asuhan Kanak2, I'Allah untung besar...(^^,),

Acah jek...he2

Lama tak mencoret di Wall Anak2 Pahang Mesir ni..

{:: Selamat Penganti Baru ::}

Selamat Pengantin Baru... Teman2 Yang Bakal Bersanding..
Ku doakan kalian Bahagia hingga ke Syurga..
Mudah2an dapat anak banyak2 & Soleh Solehah...
...& Senang doakan kita nanti..(^^,)

Pantun Tiang Seri;

..Pucuk Pauh delima Batu,
..Buat hantaran di hari Keceriaan,
..Dari jauh terasa Rindu,
..Nak jumpa Kawan2 di hari Persandingan...he2

Mudah2an sempat nak all-out..
...Mujur kawen ni dua kali Majlis.. Mudah sikit nak planning..herm

(^^,)

Esok 24 Ogos 2013...