Selasa, 30 Disember 2014

Pelihara Solat Fardhu ketika Banjir

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Pelihara Solat ketika banjir;

1. Pengalaman sewaktu di penempatan banjir tahun 2013 yang lepas. Jumlah yang ditempatkan di SMK Paya Besar ketika itu adalah antara teramai iaitu sekitar 5k-6k.

2. Namun sayang. Jumlah mangsa yang turun solat lima waktu di surau bawah tersangatlah sedikit nak dibanding jumlah mangsa di penempatan.

3. Bolehlah diterima jika alasan solat ditempat tidur atau uzur bagi wanita dan warga emas. Namun bimbang dan gementar kita jika ada yang masih sanggup tinggalkan Solat Fardhu.

4. Bila ditimpa ujian. Itu tanda yang nyata Allah masih ingat kepada kita. Allah nak kita ingat pada-Nya. Allah nak kita bertambah rapat dengan-Nya. Allah nak kita bertambah sayang pada-Nya.

5. Cukuplah dengan keterlanjuran kita dahulu. Mari hidupkan pusat penempatan dengan solat berjemaah, ibadah sunat dan aktiviti khidmat kebajikan.


‪#‎KembaliPadaAllah‬
‪#‎Pray4MangsaBanjir‬
‪#‎Pray4QZ8501‬

Adakah Banjir ini suatu amaran?

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Allahumma Solli ala Muhammad..
Adakah kerana Orang 'Alim dan Soleh?

1. Kalam daripada Habib Ali Aljufri sentiasa menyedarkan jiwa. Adakah musibah yang melanda kita bertubi-tubi kali ini membawa amaran? Betapa kita sudah terlalu kerap menyakiti hidup manusia-manusia yang 'Alim lagi Soleh? Lalu Allah berikan amaran buat kita..

2. Masihkah kita ingat rasa sedih dan pedih, bila betapa banyak kata-kata berupa cacian dan hinaan telah dilemparkan kepada orang-orang 'alim dan soleh sejak akhir-akhir ini. Mereka dilondehkan aib begitu teruk sekali. Wajah mereka dimalukan dan boleh ditonton satu dunia. Apatah lagi dengan Dunia Langit Terbuka dan Alam Maya terbentang luas kini. Walaupun isunya tidak lebih hanyalah kerana berbeza pendapat.

3. Wallahu a'lam. Namun terfikir juga, berapa banyak bencana yang turun kepada ummat sebelum ini adalah hasil dari maksiat tangan sendiri. Bertuah kerana menjadi ummat Nabi Muhammad.saw yang ditangguhkan balasan-balasan bersifat segera.

4. Namun amaran Allah masih lagi banyak untuk kita renung. Seperti di akhir kalam Habib Ali Aljufri ini.

3. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala kesilapan yang telah kita terlanjur buat;

https://www.facebook.com/video.php?v=997749220240367

Islam is not a religion of Nihilism



 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Ini antara yang saya maksudkan sebelum ini,

1. Perhatikan pada seluruh ulama' muktabar dan kumpulan ulama' pada masa ini. Sekadar saya sebutkan yang terkenal, AlHabib Omar di Yaman, Assyahid Syeikh Said Ramadhan Albuti di Syria, Syeikh Ali Jum'ah di Mesir, Nahdatul Ulama di Indonesia, Baba-baba di Patani, Darul Ulum di Asia Selatan. Insha Allah kita akan dapati cara fikir mereka terhadap isu semasa amat mirip sekali. Walaupun mungkin berbeza metodologi pendidikan.

2. Kerana itu. Disebabkan kekurangan yang ada pada diri kita, maka langkah selamat adalah dengan mengambil kira ijtihad ulama' terhadap isu semasa,

3. Teringat pesan Habib Ahmad Almaqdi (lebih kurang);
"Kamu sekadar melihat suatu perkara dari tingkat dua (banggunan). Tapi Ulama melihatnya dari tingkat empat. Manakan sama pandangan kamu dan ulama.." (Sudut pandang lebih luas dan pemahaman agama mereka lebih mendalam)

4. Bila berdepan dengan dunia yang tidak beradab dengan ulama', berlepas dirilah dari situ. Bimbang Ilmu dan Aqal kita belum cukup matang untuk menanganinya.

5. Jika budak kecil berumur enam tahun ditegah dari memandu dijalan raya yang sibuk. Kita juga faham kenapa. Bukan menidakkan keupayaannya berfikir. Tapi bukan masanya lagi.

'This call to warmongering is an invitation to the annihilation of humanity. Islam is not a religion of Nihilism'.
'I want to see our young people thriving and on a path that is flourishing instead of destruction and despair'
'Today those that say we need to use war to establish justice, my argument is that this is not the way we are going to establish justice, we need to establish foundations of peace before the path towards justice, and we need new approaches that differ from our past approaches'
'I am not denying that injustice occurs, and we should work to remove them, what I am saying is that in our approach to addressing injustices we should not create more injustices henceforth we need to develop mechanisms to mitigate injustice'.
'If you want to practice Jihad, you should practice the jihad of being good to your parents and being a good citizen by serving your country'.
'Learn you religions and understand it and it needs rightly guided education, and if you don't learn it you will think you are learning it in a good way when in fact you could be causing harm'
'We need a jurisprudence that addresses our time due to our circumstances'
'Scholars understand the mechanisms to offer solutions for our time especially when concerning religious matters'
'After our forum, some of the youth responded by saying, 'so we don't fight against our oppressor?' What I'm asking is in your response don't kill yourself , you have to look at the cost benefit and the commonweal'
'We are not in solidarity with oppressors, we are in solidarity with the victims'
'We are living in a different abode, hence we need to look at new categories and rulings'
'Individualism has overridden the importance of social
'Concept of citizenship is now different, including the impact of technology'
'The plethora of fatwas that we see today, is creating much confusion amongst Muslims, and in our Sunni tradition we have to ask what is our reference point, as addressing this, will help to remove confusion'
'The problem is not with fatwa, it is the level of education of those issuing fatwa, so we need to take our youth and train them appropriately to address the issues we face today'
H.E Shaykh Abdallah Bin Bayyah at the RIS Convention, December 2014.
Fouzan Khan Feraidoon Mojadedi
Cheikhna Bin Bayyah Mohamad Bin Bayyah Hamza Yusuf Cheine Mohamed Aftab Malik Asad Tarsin

Simpati terhadap Mangsa Banjir



 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Allah.. Kesiannya mereka,

1. Sedih bila menonton video di TV1 semalam yang merakamkan detik mereka yang kembali ke rumah. Namun sebaik sahaja sampai, didapati ada rumah yang sudah hancur dibaham arus, kereta yang remuk, peti sejuk rosak dan serba-serbi musnah. Hanya kalimah Astaghfirullah... Astaghfirullah.. Yang mampu terpacul dimulut,

2. Pengalaman yang lalu. Walaupun sekadar beras, milo, biskut mayat, maggi, bubur hot cup, roti, gula dan makanan segera. Namun itu sudah amat-amat berharga bagi mangsa-mangsa banjir. Percayalah.. Makanan inilah yang akan dimakan oleh satu keluarga buat menggalas perut yang kelaparan. Sekurang-kurangnya untuk 2-3 hari terawal ketika pulang ke rumah. 

3. Namun, kali ini nampaknya seolah-olah lebih hebat. Tidak cukup dengan perkakas yang musnah. Malah rumah juga juga turut runtuh dibadai arus. Sementelah di kelantan itu banyaknya rumah kayu.

4. Bayangkan bagi rumah yang musnah. Berapa kos bagi membinanya semula? keperluan asasi dapur? kelengkapan rumah? pakaian sekolah anak-anak? kereta yang hancur? Berdasar pada gambar dan video yang sempat dirakam media, kelihatan rata-rata bukanlah orang senang dan berada.

5. Mudah-mudahan kali ini penduduk Malaysia benar-benar bersatu hati meringankan beban saudara mara kita yang menjadi mangsa banjir. Mungkin asbab dari inilah rasa sayang atau mahabbah dan bertolong bantu diantara sesama muslim di Malaysia kembali erat.

6. Semoga Allah merahmati Bumi Malaysia tercinta... Allahumma Ameen,
Sollu 'ala Rasulillah

Ahad, 28 Disember 2014

Bila Ilmuan diangkat



 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Allahu Rabbi...

1. Teringat kalam Ustaz2 lama... Jika nak turunkan maksiat dari satu tempat.. Perbanyakkan Majlis Ilmu di situ...

2. Teringat akan ramainya Ilmuan2 Hebat Malaysia yang di-offer mencurahkan Ilmu di Brunei..Antaranya Ustaz Baha'( Mudir Maahad Tahfiz Simpang 4Pekan). Untuk itu mereka tawarkan gaji yang sangat2 tinggi kepada Ilmuan2 ini... Mencecah RM18,000 sebulan... Belum tambah pelbagai insentif yang lain lagi...
Teringat satu peristiwa di Eropah (lebih kurang)...

3. Seorang penulis pernah berjalan di sekitar sebuah masjid... di salah sebuah negara di eropah...
bersamanya adalah Dr.Aziz Hanafi (Pensyarah Insaniah... bekas PhD Al-Azhar & Orang Melayu kita)....
Tiba2 bila ramai yang tersedar... Dr.Aziz Hanafi mula dikerumun... Namun semuanya Orang Brunei, Sebaliknya Orang Malaysia yang melihat kejadian itu hanya pandang kehairanan... Entah kenal/ tidak dengan Dr.Aziz.. Bila ditanya kepada Dr. Aziz... Rupanya sebelum di Kedah.. Ia pernah mengajar lama di Brunei...

4. Tapi sayang... lulusan PhD dari Universiti Al-Azhar (terkenal & antara paling payah lulus di dunia)... Tidak dikenali di negara sendiri...

5. Tidak hairan pemerintah di sana mudah terima dakwah... Sebab rakyat & yang di bawah sudah Cinta akan Ilmu Islam...

Sabtu, 27 Disember 2014

Pandangan Jemaah terhadap Penceramah di Masjid



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hati-hati... Yang mendengar itu mungkin seorang Profesional yang tinggi kebolehan analisisnya...
Juga mungkin seorang yang sedang penat & senang dengan gaya ceramah yang santai...
Ataupun mungkin seorang yang tengah kusut fikirannya... Sangat2 dahagakan kata2 hikmah buat pedoman...
Belajarlah sebelum Mengajar(^^,)...


"Tadi,pegi semayang kt satu masjid ni.Lepas tu ada tazkirah lepas solat maghrib.
Ustaz tu start dengan pendahuluan yang okay la mula-mula.

Tapi lama-lama tazkirah dia, bagi aku dah jadi serabut.Dia asyik ulang point yang sama(setakat aku kat situ).Dan masjid tu dah diimarahkan dengan suara ustaz tu yang sgt kuat tengah buat cerita yang bagi aku entah apa-apa.Bagi contoh-contoh yang x ilmiah.Banyak merapu.Jemaah makin ramai dok gelak.
Selama hampir 20 minit aku duduk dalam tu,aku cuma dapat dalam 2-3 ilmu saja.Yang lain cuma lawak-lawak merapu,contoh-contoh pelik.

Sekarang ni aku tengok banyak sangat pendakwah-pendakwah yang seolah-olah macam syok sendiri.Tak salah kalau nak bergurau atau melawak sikit-sikit sekadar untuk nak menceriakan suasana.Tapi,melawak tu bukan sampai tahap majlis ilmu bertukar jadi maharaja lawak mega.

Kat Mesir,kelas tafaqquh dgn ustaz-ustaz okay ja.Melawak ada jugak,tapi isi dan ilmu tetap mantap.Sebab keutamaan adalah untuk menyampaikan ilmu,bukannya untuk membuat lawak yang akhirnya ilmu tu hilang macam tu saja.

Mungkin ini bukan bidang aku untuk bercakap.Tapi,ini adalah pandangan manusia biasa yang rasa rimas dengan situasi begini.Pandangan manusia biasa yang ingin sangat melihat institusi masjid diimarahkan dengan majlis ilmu yang betul-betul mantap yang dapat menambah melahirkan rasa cinta terhadap Allah dan RasulNya.Sebab,manusia macam aku ni perlu dididik dari bawah.Dididik untuk mengenali Islam secara sempurna.

Mohon maaf kepada para asatizah.Bukan niat untuk menjatuhkan atau bersangka buruk,tapi supaya sama-sama kita perbaiki ummah dengan ilmu yang kita ada.
Terima kasih atas ilmu-ilmu yang disampaikan tak kira lah di masjid atau tv atau di mana-mana saja.
Shukran jazilan! "
Credit dari Facebook: Nurul Widad Shukri

Seni Menegur Masyaikh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Baru selesai berbual2 dengan Ustaz Abrar & Ustaz Ikhram;

1. 'Perihal seni teguran Habib Ahmad Al-Maqdi & Syeikh Nuruddin yang sangat membekas... Khususnya perihal adab'

2. Mesir ini seolah2 Bumi Ajaib.. Setiap umpatan & kritikan yang kita lempar ke arah insan lain.. Pasti kembali semula kepada kita i'Allah.. seolah2 seperti 'boomerang',

3. Jadikan Masyaikh & Habaib sebagai qudwah dalam menegur & kritik.. Yang ditegurnya Sikap & Perbuatan.. Bukan tubuh badan,

4. I'Allah ia tidakkan jadi seperti melempar 'boomerang '... bahkan seperti melempar buah...
Disambut dengan terbuka, Wibawa pemberi semakin bertambah & ukhwah kedua2nya bertambah erat i'Allah...

Selamat datang Pelajar Jordan bertalaqqi di Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Semenjak dua ini... Sudah menjadi semacam 'trend' bagi siswa2 Jordan.. khususnya yang tahun akhir & bakal 'grade'..

2. Mereka akan usahakan untuk mengambil Sanad Al-Quran dari Mesir...
Untuk menyenangkan kerja, juga memastikan kepuasan mereka.. Mereka selalunya kita cadangkan bertalaqqi di Masjid Khazandaroh Shoubro...

3. Di samping ketelitian Syeikh2 di sana menyemak bacaan mereka... Perkara2 yang jarang dengar seperti khilaf bacaan dalam riwayat Hafs 'an Asim juga akan diajar syeikh...

4. Tambahan hubungan Syeikh2 yang sangat2 rapat dengan Pelajar Malaysia...

5. Nak Syeikh yang suka jerkah boleh... Yang suka cium ubun pun boleh & yang tegur biasa pun boleh... Jika tersalah baca... 'kama turiiid'..

Siswa Mesir? Min babil Awla(^^,)...

الفقيه الحبيب أحمد بن عبد الرحمن المقدي



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Cuba2 edit..

Betul ke susunan gelaran tu? Pakai letak je... betulkan kalau salah ya... Syukran

Networking Azhariyun

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Networking Azhariyun™;

1. Alhamdulillah semalam ada berbual2 dengan Ustaz Hasbullah perihal Graduan Alazhar...
Ramai dikalangan Azhariyun yang terbuka luas rezekinya oleh Allah setelah pulang... Antara asbabnya kerana punyai 'networking' yang baik & juga luas...

2. Teringat kisah dari Ustaz Syed Abdul Qadir Aljoofri.ha bagaimana dengan mudahnya berdakwah di IKIM.Fm... Juga bagaimana Syeikh Nuruddin.ha boleh dikenali satu Nusantara..

3. Dengan izin Allah.swt juga.. Tuan2 Guru kita ini & juga tokoh2 yang lain juga.. Mereka punyai satu kelebihan yang sama... 'networking' yang sangat2 baik... Baik Musabbab-nya anak2 murid, teman2 seperguruan, teman2 seperjuangan & boleh jadi pihak ketiga yang tertarik mendengar kisah mereka...
Point penting untuk di Highlight-kan disini... Silaturrahim...

4. Walau letih berkhidmat, penat bertalaqqi, susahnya di Kulliah, berbeza cara fikir, tidak serasi bergaul, Ana Ustaz Muda, Enta Ustaz Tua... Silaturrahim tetap perlu kita jaga..


5. Paling kurangpun.. Sunnah Senyuman & Salam perlu sentiasa terbudaya ketika berselisih... Ianya Akhlak yang sangat2 indah & Semua manusia suka lihat Akhlak yang Indah...

6. Mudah2an Ukhwah Anak2 Pahang membawa ke Syurga Firdausi....(^^,)™..

Ulama dahulu beramal dengan Hadith Doif



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Kelebihan Tuan2 Guru kita dahulu;

1. Tok2 Guru kita dahulu kala mengaji, bersungguh2 sampai bagi 'alim. Ada di Mekah, Fatoni dan Sekitar Nusantara. Kerana itu tidak hairan jika mereka mengaji 10-20 tahun. Malah ada yang terus tak balik2 dan tekad bermastautin kerana terlalu cinta dengan suasana ilmu,

2. Kelebihan Tok2 Guru kita dahulu, Mereka bukan sahaja 'alim Ilmu Agama. Bahkan mereka juga sangat2 mahir ilmu dakwah, faham psikologi dan amat 'arif akan waqi' (keadaan) kehidupan masyarakat Tanah Melayu ketika itu,

3. Kerana itu jika diamati, Banyak amalan2 istiqamah orang2 tua kita dahulu yang dilihat seolah2 ritual agama lagi tak berasas sebenarnya hasil cantuman beberapa Hadith Rasulullah.saw,

4. Orang2 tua kita dahulu dibentuk hidup mereka oleh Tok2 Guru,

5. Perhatikan sahaja pada bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat. Kenapa Surah Yaasin? Pulak tu ngam2 antara Maghrib ke isya'? Kenapa Malam Jumaat? Kenapa tiga kali Surah Al-Ikhlas? Kenapa Alfalaq dan Annas hanya sekali? Kenapa zikirnya tahlil? Kenapa itu... kenapa ini...

6. Perhatikan juga alunan2 zikir setelah solat, ungkapan imam setelah solat jenazah, bersalaman setelah solat berjamaah, Zikir2 harian yang orang2 dahulu amalkan, perhatikan Al-Ma'thurat yang disusun As-Shaheed Hassan Albanna,

7. Melalui penjelasan dari Ulama'2 dan malah boleh dibelek sendiri didalam Kitab2 Hadith.. Maka barulah kita jumpai nasnya,

8. Baik secara sedebuk terkandung dalam sebuah hadith.  Atau yang buatkan kita kagum, rupa2nya ada antara amalan itu yang terhasil dari gabungan beberapa hadith mahupun atsar sahabat. Sambil hiasan seni dakwah yang menarik dari Tok2 Guru dulu2 berjaya meleburkan sedikit demi sedikit amalan kepercayaan animisme dan Hindu yang pernah menyaluti masyarakat Tanah Melayu kita sebelum itu,

9. Barulah kita perasan dan menghargai.. Betapa hebat dan berseninya Tok2 Guru kita terdahulu. 'Alim Syariat, Mahir Psikologi, Memandang jauh ke depan dan Hikmah berdakwah. Maka tidak hairanlah Islam begitu berjaya disebar, digenggam kemas dan disayang sungguh2 oleh Penduduk Tanah Melayu dan Nusantara dulu2,


Pendekatan Dakwah,

10. Dalam memahami seni dakwah Tok2 Guru kita dulu2, mengajak masyarakat kepada agama. Dua Kepilan yang diletak Al-Allamah Syeikh Abdullah Sirajuddin ketika mensyarahkan Manzumah Baiquniyyah (Ilmu Mustalah Hadith) dibawah ini wajar kita jadikan bekalan ketika melihat amalan orang dulu2,

وقال الإمام النووي في (الأذكار): قال العلماء من المحدثين والفقهاء : يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا ، وأما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح أو الحسن ، إلا أن يكون في احتياط في شيء من ذلك ، كما إذا ورد حديث ضعيف بكراهة بعض البيوع أو الانكحة فإن المستحب أن يتنزه عنه ولكن لا يجب

وروى البيهقي في(المدخل) عن ابن مهدي أنه قال: إذا روينا عن النبي صلى الله عليه وسلم في الحلال والحرام والأحكام شددنا في الأسانيد وانتقدنا الرجال ، وإذا روينا في الفضائل والثواب والعقاب سهلنا في الأسانيد وتسامحنا في الرجال

Telah berkata Imam Nawawi di dalam Al-Azkar:

Telah berkata Ulama dari kalangan Pakar2 Hadith dan Pakar2 Fiqh:
"Dibolehkan malah beroleh pahala beramal dengan Hadith Fadoil dan Hadith Galakan beramal yang Dhoif selagi belum dikira Hadith Maudu'. Adapun yang berkait soal hukum seperti Halal, Haram , Jual beli, Nikah, Talaq dan selainnya, maka kita tidak menghukumkannya kecuali dengan Hadith Shahih atau Hasan. Kecuali ketika berwaspada dalam perkara tersebut. Seperti jika ada Hadith Dhoif yang melarang sebahagian hukum jual beli dan hukum nikah. Maka sunat mengelak darinya namun tidaklah wajib."

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Al-Madkhal;
Dari Ibn Mahdi sesungguhnya ia telah berkata:
"Jika kami meriwayatkan dari Nabi.saw perihal Hadith Halal, Hadith Haram dan Hadith hukum-hakam. Maka kami akan periksa sungguh2 sanad dan kritikal terhadap perawi. Dan apabila kami meriwayatkan perihal Hadith Fadoil, Hadith Ganjaran dan Hadith Seksaan, kami akan mudahkan pada meneliti sanad dan mengambil ringan akan perawi."

11. Ada yang kata Tok2 Guru kita dahulu jumud?

Sebenarnya tak... Cuma fikiran dan strategi mereka terlalu jauh ke depan. Sampai kita yang lemah ini tak mampu nak jangkau. Lalu kita kata.... Mereka dah ketinggalan zaman,
Sengaja coret panjang pagi, kerana sedih,

12. Ada tempat yang Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu penuh aktivitinya dengan tazkirah dan majlis ilmu namun tiba2 Hari Khamis malam Jumaatnya menjadi borak2 kosong sesama jemaah antara Maghrib ke Isya'. Wallahua'lam kerana apa... Namun sehari sebelum itu ada terdengar seruan di masjid lain yang mengkritik amalan mengkhususkan bacaan Yaasin dan tahlil malam Jumaat,

13. Baiklah... Bolehlah.. Husnu Dzon...

Tahniah kerana berjaya membuang persepsi masyarakat akan 'kewajipan' membaca Yaasin malam Jumaat. Namun sediakanlah alternatifnya... Sayang jika saat Maghrib-Isya inipun disia2kan sedangkan waktu2 yang lain sudah sibuk bekerja dan menghadap dunia.

14. Jika nak Su'uz Dzon memang banyak...
Tapi takpelah... Nak tiru lebah... Tak nak tiru lalat..

Teringat pesan Sidi Dr.Lokman Alazhari.ha (lebih kurang);
"Zikir itu ada pelbagai dan setiap darinya punyai cahaya tersendiri (saling berbeza manfaat).."

Prinsip mudah Mie




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 

Kita yang buat dia;

1. Tiba-tiba pagi ini teringat kata-kata yang Mie selalu ulang (gelaran untuk ibu saya). Bila saat mengemas sudut yang sukar di dalam rumah,

"Kita yang buat dia ",

2. Bila Mie berkeras ingin letakkan televisyen yang agak berat di atas meja yang lembut. Logiknya insya Allah memang tak tahan. Tapi Mie cakap.. "Kita yang buat dia ". Mie ambil kain dah tak diguna lalu disusun dan dimampatkan dibawah meja bagi meneguh. Maka dapatlah televisyen itu diletak di atas meja.

3. Juga pernah Mie berkeras juga ingin letakkan sebuah perkakas dapur di tempat yang sedia sempit. Rasional kita, lebih baik letak sahaja di tempat lain. Mie cakap.. "Kita yang buat dia ". Kemudian Mie susun semula rak tersebut sehingga terbentuk ruang kosong muat-muat untuk perkakas baru itu masuk. Maka dimasukkanlah perkakas baru itu di situ.

4. Begitulah kebiasaan Mie. Jika Mie inginkan sesuatu maka Mie akan berkeras sehingga benda itu menjadi. Biar apapun orang nak komen.

5. Walaupun begitu, cara Mie bukanlah membuta tuli. Ada cara untuk setiap jalan yang kita pilih. Halangan boleh dielak dan dibuang. Ia bukanlah suatu alasan untuk kita berputus asa. Jika inginkan sesuatu maka kita perlu kreatif memastikan ia berjaya.

6. Cerita ini sekadar kisah biasa. Malahan jika ditanya kepada orang diluar sana mungkin lebih banyak idea kreatif dilontarkan bagi selesaikan problem di atas ini. Namun ada satu perkara yang kita boleh sama-sama ambil pelajaran... mindset.

7. Orang dulu-dulu punya peribahasa memang sedap;

"Buatlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak berselerak.."

8. Tapi saya tetap suka kata-kata azimat Mie... "Kita yang buat dia ". Atau kata-kata zaman sekolah dahulu.. "Benda boleh adjust".

Mengingati Almarhum Dato' Fuad Hassan




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Mengingati satu nama Dato Fuad Hassan;

1. Sebetulnya saya hanya kenali sosok ini melalui televisyen,

2. Mula-mula tertarik dengan nama ini bila buat pertama kali tertonton Allahyarham berhujah dalam suatu program bual bicara di TV1. Jika tidak silap saya dalam 1-2 tahun lepas dan audiennya ketika itu adalah remaja. Jarang boleh ketemu figura dari Parti Pemerintah yang pandai berhujah, bernas isinya, mudah difahami, berkarekter tenang, berkelebihan mastermind dan punyai karisma seorang ahli politik,

2. Oleh itu saya cuba mencungkil identiti figura ini dan Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Allahyarham rupanya adalah anak kepada Tan Sri Hassan Azahari yang juga merupakan Hakim tilawah dan tokoh Ilmu Alquran yang sangat terkenal di Malaysia,

3. Jiwa saya semakin seronok mencungkil sebaik mendapat tahu adik-beradiknya yang lain juga berjaya menempa kejayaan tersendiri dan juga sangat familiar di peringkat kebangsaan. Tan Sri Musa Hassan adalah salah seorang bekas Ketua Polis Negara. Malah abang Allahyarham ini ketika menjadi KPN juga punyai karekter yang sangat baik dan tersendiri. Rasanya pasti ramai yang masih ingat bagaimana mantan Tan Sri KPN kita ini dahulu yang sering muncul di kaca televisyen dengan nada yang sentiasa tegas namun berperwatakan sangat 'bersahaja'. Terserlah melalui cara pemakaiannya,

4. Selain itu, Dato Jalaluddin Hassan yang tidak perlu rasanya saya perkenalkan lagi, antara pelakon veteren terkenal juga merupakan adik beradik Allahyarham Dato Fuad Hassan. Selain itu ada juga dengar masih ada lagi adik beradiknya yang aktif mengikut jejak ayahanda mereka menjadi guru agama. Namun Wallahua'lam kesahihannya kerana tidak sempat mengkaji yang ini,

5. Bila dibaca kisah cara didikan ayahanda Allahyarham terhadap mereka adik-beradik. Maka tidak terlalu menghairankan, boleh difahami bagaimana 'training' itu sangat-sangat berjaya memberi kesan buat mereka adik-beradik,

6. Sempat juga saya selidik sikit apa 'hasil tangan' Allahyarham kepada masyarakat khususnya semasa aktif di dalam ngo, politik dan akhirnya Pengarah JASA. Dari tract yang dilalui Dato Fuad, saya rasa pasti ramai yang boleh faham bagaimana pengalaman-pengalaman itu telah berjaya melatih dan membentuk karekteristik beliau sebagai seorang pemimpin,

7. Sekali lagi saya berpeluang mendengar beliau berhujah di TV Alhijrah ketika mengulas pembentangan bajet oleh Ds.PM baru-baru ini. Hasilnya tetap tidak mengecewakan. Gandingan Dato Fuad dan Dato Shahlan memang menjadi. Orang sekarang panggil: "Cara Orang Lama". Cara orang lama ini kita selalu dapat lihat ketika orang-orang lama mengulas isu. Faktanya disulami kiasan, lelucu sedikit, flashback sejarah, hikmah menusuk, perli beralas dan paling seronok ianya mudah dicerna. Kita mungkin akan jumpa sebahagian ciri-ciri ini di dalam blog Tun Mahathir iaitu Che Det.com dan blog Pak Habib (Ayah Uncle Seekers),

8. Dan untuk kali terakhirnya saya menonton hujjah Dato Fuad adalah ketika program Bicara bersama Syed Munawar dan Suhaimi di TV1,

9. Saya bercerita di wall pada malam ini bukan kerana saya peminat fanatik Allahyarham Dato Fuad. Tapi mungkin kebetulan ketika hati saya baru tertarik mencungkil siapakah figura ini, dan takdir Allah Allahyarham meninggal dunia,

10. Disekeliling kita ramai insan hebat yang Allah ciptakan. Hampir semua dari mereka melalui 'training tersendiri' yang tidak dilalui insan lain. Ustaz Azhar Idrus, Dr.Zulkifli Albakri, Maulana Johari, Ebit Lew, Tg Nik Aziz, Tg Haron Din, Tg Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tok Pa, Ismail Sabri, KJ, Adnan Yaakob, Tun Razak, Tun Mahathir, Rais Yatim, Hassan Merican, Syed Zainal Abidin, Lim Goh Tong, Tony Fernandez, Sani, Rosyam Nor, Chef Wan, Sazali Samad, Adik beradik KRU, Anak-anak Sidek...... Dan ramai lagi. Dan sudah pastinya Saidina Rasulullah.saw dan salafunas soleh terlebih awla diutamakan,

11. Mudah-mudahan Allah merahmati, mengampuni dan menempatkan Allahyarham Dato Fuad Hassan disamping hamba-hambaNya yang soleh,

Rahmat Di Sebalik Musibah



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 

Rahmat disebalik Musibah;

1. Bagi yang sempat. Insya Allah pasti ramai yang masih terkenang konflik di Acheh suatu ketika dahulu. Konflik yang ditayangkan media massa saban hari itu benar-benar meresahkan Umat Islam di Negara kita. Nama Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sudah tidak kedengaran asing di telinga kita.

2. Namun tiba-tiba suatu hari kita dikejutkan dengan berita Tsunami Besar yang amat menggerunkan melanda Acheh. Peti Televisyen ghairah memaparkan betapa dahsyatnya peristiwa air laut yang naik ke darat lalu menyapu apa sahaja yang menghalangnya. Rumah musnah, kereta hanyut, kapal yang besar di laut boleh terdorong sampai ke tengah daratan, mayat bergelimpangan dibawa arus deras. Yang terselamat hanya mampu menguis mana yang termampu, manusia yang hanyut seolah-olah seperti buih kerana tersangat ramainya. 

3. Satu dunia tersentap dengan ujian baru ini. Pelbagai lapisan baik NGO mahupun negara, tanpa mengira agama mahupun bangsa menghulurkan bantuan. Lenyaplah sudah berita peperangan di Acheh dari perbualan massa.

4. Sebaik keadaan mulai reda. Maka takdir Allah semuanya menjadi mudah. Mungkin tidak mahu lagi membebankan perasaan penduduk di situ. Maka tuntutan yang sebelum ini nampak mustahil, namun dengan mudahnya diluluskan oleh pemerintah Indonesia. Acheh diluluskan sebagai wilayah autonomi. Punyai undang-undang tersendiri.

5. Begitulah Rahmat yang terselit disebalik musibah yang melanda.

6. Kini saban tahun juga Malaysia dilanda musibah. Banjir sudah seperti kewajipan insya Allah. Tanah runtuh di tanah tinggi Cameron, gempa bumi dan puting beliung di Kedah pula semakin kerap kedengaran.

7. Yang menariknya. Masa inilah nak lihat satu negara berdamai dan bertolak ansur. Boys Of Street dan Elephant Army, UMNO dan PAS, BN dan PR, ABIM dan ISMA, Wahhabi dan Sufi, Bulan Sabit Merah dan Pengakap, Melayu, Cina dan India. Semua turun padang membantu.

8. Begitulah resam musibah. Di sebalik musibah itu pasti terselit bersamanya Rahmat Allah. Dengan izin Allah jua.

Waspada ketika Situasi Samar-samar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Antara Berita Sohih, Berita Palsu atau Sikap Waspada di Musim Banjir;

1. Bila terbaca banyak mesej yang dihantar bagi diwar-warkan oleh page-page yang terkenal. Mesej menggambarkan suasana ditempat mereka yang 'terdesak' namun bantuan masih belum tiba. Saya memilih untuk 'menerima' berbanding 'memastikan sohih atau palsu' terlebih dahulu.

2. Ya, memang tugas pasukan penyelamat untuk pastikan. Namun dengan 'like' yang kita beri. Mudah-mudahan ianya terserlah di laman Facebook. Seterusnya menarik minat pihak penyelamat mahupun pihak berkaitan. 

3. Teringat semasa banjir tahun 2013 lepas. Kami ditempatkan di Penempatan Banjir SMK Paya Besar. Dengan lokasi yang hampir dengan tempat selamat banjir, jalan utama dan bantuan yang mudah disalurkan. Maka kami tidak terlalu merasai keperitan banjir.

4. Namun berbeza dengan cerita sahabat baik saya yang tinggal di Penempatan Banjir SK Cenderawasih.

5. Dengan kawasan yang agak jauh dari jalan utama. Jalan ke situ pula terputus. Tidak cukup dengan itu, mangsa yang datang ke pusat (yang rumah mereka dua tingkat) diarah pula balik ke rumah kerana pusat pemindahan terlalu padat dan keutamaan hanya untuk mereka yang rumahnya setingkat. Dalam masa yang sama air banjir agak deras dan tinggi, waktu malamnya api pula terpadam. Mujurlah ada sebuah rumah di dalam lorong tersebut yang sudi menjadi markaz memasak. Setelah disumbang beras dan bahan masakan sedikit seorang maka dimasaklah sebelum diedar kepada rumah-rumah yang sama lorong.

6. Disebabkan laluan keluar masuk tidak dapat dilalui, maka helikopter terpaksa menggugurkan bahan makanan ke padang sekolah.

7. Nah, itu baru satu cerita yang dialami sendiri sahabat baik saya. Bayangkan bila kita terbaca kisah mangsa-mangsa yang terpaksa melarikan diri dari banjir dengan mendaki bukit, memanjat atap atau berpindah dari tingkat tiga ke tingkap empat di Sekolah Manek Urai. Dan cerita itu adalah benar.

8. Dalam keadaan begini. Segala kebarangkalian dan khabar angin tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja. Termasuk maklumat berhubung air pasang tinggi dan gelombang kedua dan ketiga.

9. Ada masa-masa tertentu, berita yang datang perlu disaring sama ada Sohih atau sekadar khabar angin. Namun ketika berhadapan dengan keadaan yang memerlukan kita survival contohnya seperti Ujian Banjir ini. Sikap berwaspada, cakna perkembangan dan sentiasa bersedia amatlah ditagih.

Malaysia Maju dan Berminda Kelas Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Deria Suka Membantu;

1. Deria ini wajar kita rangsang dan kembangkan khususnya terhadap masyarakat kita. Di manapun Malaysian berada. Kisah-kisah mereka yang proaktif menjadi sukarelawan dan kesan positif dari sumbangan itu perlu kita viralkan.

2. Menyorot suasana banjir 2013 yang lepas. Saya masih simpan rasa kagum saya terhadap manusia-manusia yang berjiwa besar dan hebat ini.

3. Di SMK Paya Besar. Sewaktu bantuan tiba dengan lori. Kami dapati yang mengangkut barang dari lori ke stor adalah adik-adik kita dari ahli Pengakap dan PBSM. Mereka sangat rajin dan bersemangat. Walaupun bermandi hujan.

4. Di sebalik keselesaan orang ramai menggunakan tandas di surau sekolah. Ada asbab disebalik tandas yang kelihatan bersih dan terjaga itu. Sebenarnya ada seorang makcik yang kerjanya sentiasa mencuci tandas tersebut. Walaupun beliau sendiri ditimpa ujian. Namun Deria Khidmatnya amat-amat mengagumkan.

5. Begitu juga dengan seorang abang ini. Walaupun abang ini juga salah seorang mangsa. Namun kami rasakan seolah-olah beliau pula petugas di situ. Setiap kali bantuan berupa roti, air kotak dan makanan tambahan datang, beliaulah yang akan mengagihkan kepada penghuni, khususnya warga emas. Cara dan gaya beliau bermuamalah memang terbaik. Ditambah dengan sikapnya yang ramah. Tak sangka rupanya masih ada lagi warga Malaysia yang budiman.

6. Semasa air banjir tengah mengganas di Cenderawasih. Ada satu laluan ke penempatan yang direntangi arus deras. Sekumpulan belia membuat inisiatif mereka sendiri. Mereka jadikan badan mereka sebagai penahan kepada arus deras itu. Maka mudahlah warga emas dan uzur hendak melalui kawasan berarus deras tersebut. Lebih mengagumkan, mereka pakat tarik pula anak-anak muda yang main air untuk turut sama-sama bantu.

7. Di Masjid Hidayah Permatang Badak pula. Tandas sudah sangat kotor. Membantutkan niat siapa sahaja yang berhajat. Sehinggakan membuang air di dalam banjir jauh lebih selesa jika nak dibanding. Namun hasil tindakan seorang adik ini. Beliau mencuci tandas tersebut sehingga bersih. Dicuci segala najis yang tersisa. Maka tandas itu bertukar sangat bersih. Maka berpusu-pusulah jemaah dan orang ramai menggunakannya.

8. Kisah di atas sekadar sekelumit kisah yang berjaya ditangkap oleh lensa mata saya dan juga hasil cerita dari kawan baik. Kisah 'Deria Membantu' yang sangat menginspirasikan kita.

9. Terfikir juga. Bila penonton bola sepak Jepun mampu mengutip sampah di stadium sebaik selesai perlawanan bola. Maka fahamlah kita. Semakin maju sesebuah negara maka mentaliti dan kelas minda juga akan semakin meningkat.

Rabu, 24 September 2014

Budak tiga tahun khatam alquran

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Didikan Jemaah Tabligh;
Mungkin kerana inilah Habib Ahmad Almaqdi pernah beritahu...
Yang Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz amat2 sayang pada Jemaah Tabligh,

Jika berkelapangan masa...
Habib Omar selalu menziarahi mereka,
Sebuah gerakan jemaah terhasil dari ijtihad ulama' yang 'alim
lagi mahir dalam teknik selok belok dakwah,

Mudah2an Allah merahmati seluruh Umat Islam,

Sollu 'ala Rasulillah
 
Dari Facebook Ebit Lew:
 
Seronok dan terharu melihat anak ini yang bernama Naeilah 3 tahun setengah sudah khatam Al-Quran. Boleh membaca al-quran dengan baik dan tulisan jawi. Banyak surah-surah dia hafal. 
Sambil bermain dia membaca hafalannya.

Kini anak ni diterima masuk Madrasah hafizah Al-Quran di sri petaling kerana lepas interview.
Berbual dengan ayahnya ustaz syukry (ustaz suk sakratulmaut)kini sambung belajar bersama isterinya di Madrasah Ulum Sri Petaling.

Di rumahnya hidup amalan Ta'lim dengan istiqamah.
Selepas setiap solat fardhu mereka hidupkan rumah mereka dengan muzakarah iman, majlis ilmu dan amal. Isterinya sambil bermain bersama anak-anak rajin membaca Al-Quran. Isterinya hafizah Al-Quran.

Jom mesyuarat bersama keluarga masing-masing dan beri masa mengaji Al-Quran bersama anak-anak dan hidupkan rumah dengan amalan ta'lim yakni bacaan Hadis Nabi saw-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September UPM/ Profesional Sunnah 6 September USIM
 

Selamat Datang ke Bumi Alazhar Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ahlan Wasahlan..
Ahlan Wasahlan..;

Susah Payah... Jerit Perih berkorban untuk ke Bumi Anbiya' & Ulama' di Mesir,
Jangan biarkan semangat ini ikut membeku diulit saratoga di musim dingin atau dicair semangatnya ketika musim panas. Apatah lagi ikut berlalu dibawa arus Syalalat Fayum atau pukulan ombak Bahrul 'Ajibah,

Mesir adalah Syurga,
Syurga Yang Sarat Khazanah,
Syurga Majlis Ilmu,

Syurga ini menagih keringat, pengorbanan dan Semangat Yang Kuat... Tiada Jalan mudah,
Sambil lewa, bersenang-lenang dan santai dengan Angan2 bukanlah Jalan Terbaik
untuk berjuang di Ardul Kinanah ini...

Tempat yang mendidik kita menuntut ilmu bukanlah kerana Imtihan..
Mengajar kita cara berfikir yang baru,
Selamat Datang ke Bumi Seribu Menara...
Tempat Memahami Kalam Tuhan,

Paling tidak hadir di awal dan akhir Dars



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Majlis Khatam Kitab Tuhfah Saniah;

Teringat pesanan Ustaz dulu2.
Jika tidak dapat hadir keseluruhan sebuah Dars (uzur)...
Hadirlah di awal dan akhirnya.
I'Allah disitu kita akan dapati manfaatnya yang sangat banyak,

Jika masih belum berpeluang talaqqi A-Z Kitab Tuhfah ini,
yang juga merupakan antara Kitab Permulaan 'Wajib' bagi mempelajari Ilmu Nahu...
Sama2 kita mula berazam,

I'Allah doa itu akan dimustajabkan oleh Allah,
dan begitulah yang dialami Ustaz2 kita terdahulu...
Ketenangan hadir dibawah rendang Pohon Ulama',

Cara Mudah Khusyu' di dalam Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ditanya kepada sebahagian Masyaikh;

"Bagaimanakah cara mudah untuk khusyu' di dalam Solat.?"

"Perbanyakkan ingat kepada Allah di luar Solat...
 Nescaya engkau akan banyak mengingati Allah di dalamnya"


-Lebih kurang petikan dari Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,

Menyuburkan Hati


بسم الله الرحمن الرحيم
 
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

"Hati ibarat sepohon pokok dan yang menyuburkannya adalah Zikrullah..."

"Berhati2 dengan nikmat yang diperolehi...
Kerana kadangkala Nikmat itu membuatkan kita leka
dan terlupa akan Si Pemberi Nikmat ( Allah)..."


-Kurang lebih petikan dari Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,

Berjuang Perangi Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Berjuang perangi Nafsu; 

"Apabila berjuang menentang musuh. Bila sahaja kita menang atau tewas dan mati syahid maka peperangan turut selesai... 

Namun bila ianya Nafsu, 
Peperangannya tiada penghujung, 

Bila sudah menang, maka kita perlu menang dan menang lagi sehinggalah nyawa diambil Allah. Kerana jika Mengaku kalah... Maka  binasalah kita di Padang Makhsyar nanti... "

Diedit dari petikan Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,
 
 
Berjuang perangi Nafsu;
"Apabila berjuang menentang musuh. 
Bila sahaja kita menang atau tewas dan mati syahid 
maka peperangan turut selesai...

Namun bila ianya Nafsu,
Peperangannya tiada penghujung,

Bila sudah menang, maka kita perlu menang dan menang lagi
sehinggalah nyawa diambil Allah.
Kerana jika Mengaku kalah...
Maka binasalah kita di Padang Makhsyar nanti... "


Diedit dari petikan Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,

Sabtu, 30 Ogos 2014

Sajak Malaysia Ku Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 ،

Malaysia yang ku cinta,
Engkaulah antara nikmat terindah,
Pemberian Tuhan Maha Kuasa,
Bahagianya aku saat bermadah,
Mengenang bertuahnya Malaysia tercinta,  

Malaysia yang ku cinta,
Cantiknya bumimu  memukau jiwa,
Kehijauan hutanmu menyejukkan mata,
Deru Air terjunmu sangatlah merdu,
Berbaring di pangking merenung Yang Satu,

Malaysia yang ku cinta,
Rakyatmu kini semakin berdikari,
Dari Merangka Jam di Tanah Suci,
Membina airport di Luar Negeri,
Hingga ke Afrika Petroleum deterokai,  

Malaysia Yang Ku Cinta,
Bertuah rakyat sukakan kemajuan,
Akhlak lembut mengikut Yaman,
Amalan bekerja mencontohi Jepun,
Dasar pendidikan meniru Jerman, 

Malaysia Yang Ku Cinta,
Disebalik lembutmu ada ketegasan,
Ke Ghazzah engkau sebagai sukarelawan,
Ke Lubnan engkau sebagai Pengaman,
Ke Acheh engkau hulurkan bantuan,

Malaysia Yang ku Cinta
Tempat menghargai Ulama pilihan,
Selamat datang AlHabib Omar,
Ahlan Wasahlan Syeikh Ali Assobuni,
Welcome here Syeikh Hamza Yousuf,
Syukran Jazilan Dr.Usamah Alazhari,
Ilal liqo' Dr.Yusuf Alqardawi,
Malaysia yang ku cinta,

Walau Rakyatmu berbilang kaum,
Biar ideologinya berbilang arah,
Alhamdulillah masih kembali bercantum,
Mungkin faham batas ammarah,

Oh Tuhan Maha Penyayang,
Lindungi Malaysia setiap masa,
Berkati Malaysia disetiap ketika,
Rahmati Malaysia seluruh Rakyatnya,
Peliharakan Malaysia Negara ku Cinta,

Uwies Abdul Rahman,
31 Ogos 2014,
Kaherah -Mesir,

Selasa, 19 Ogos 2014

Hari Ini dan Semalam Mimpi Indah

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ،

19 Ogos 2014

Semalam aku menaiki sebuah bas, kerusinya berwarna biru. Aku duduk dalam baris ke empat begitu dan berkedudukan di sebelah kiri bas.
Aku duduk dikerusi kanan dan kerusi kiriku kosong,

Tiba-tiba aku terlihat seorang gadis berdiri seolah-olah sedang beratur menunggu giliran untuk turun dari bas. Gadis itu memakai baju kurung berwarna merah dan wajahnya hampir pasti seolah-olah wajah yang amat-amat aku kenali i'Allah,

Aku tidak memanggilnya, aku hanya memandang kembali ke sebelah kiriku. Namun hatiku ketika itu sungguh gembira dan bibirku tersenyum. Adakah aku sedang dilamun cinta?

20 Ogos 2014

Pagi tadi aku bangun dengan rasa yang sangat-sangat bahagia. Terima Kasih Allah kerana memberikanku hadiah mimpi tadi,

Ketika itu waktunya pagi. Aku dan isteriku sedang menyiapkan anakku yang bakal masuk ke sekolah rendah. Suasana sangat berkehendakkan kami cepat dan mengejar masa. Walaupun begitu, aku sangat terhibur dengan suasana itu, disamping telatah anak kami yang ke sana ke mari itu. Perasaanku ketika itu sangat bahagia, ku usap-usap dan ku peluk anak kami itu dengan rasa sayang yang amat. Perasaan seorang ayah yang sangat menebal, 

Yang peliknya, walaupun aku sedang membentuk tali leher (tie)  buat anakku. Namun isteriku juga sama, dia juga sedang membentuk tali leher untuk anakku, biasalah mimpi kan?...hehe,  Memang selalu ada perkara-perkara gharib (pelik),

Kemudian aku pergi ke ruang tamu kami (yang boleh tahan besarnya). Seorang sahabatku sedang duduk di sofa dan menonton movie menarik di  televisyen, tidak silapku ianya dilakonkan oleh The Rock. Aku duduk di sebelahnya,

Tapi sayang wajahnya kelihatan seperti tidak selesa dengan cara layananku yang sangat lembut terhadap anakku. Beliau bercerita akan orang-orang di luar yang lebih suka menengking dan pukul  anak mereka jika buat salah (banyak kerenah).

Aku memberitahunya, aku lebih suka cara lembut dan tidak memukulnya. Aku berharap dia juga tidak menengking anakku. Aku takut anakku akan mencontohi sikap suka menengking itu nanti,

Kemudian anakku ke ruang tamu. Anakku memberikanku biskut. Aku mematahkan sikit dan makan. Wajah temanku berubah lain, mungkin tidak senang dengan suara anakku yang mengganggu suara televisyen. Aku lantas mendukung anakku dan beredar ke belakang,

Kemudian aku pun terjaga dari tidur dan sudah masuk Subuh. Oleh kerana rasa bahagia yang teramat sangat, selepas solat tadi aku terus mencoretnya di sini sehinggalah sampai waktu ini. 

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kurangkan bercakap di depan Ulama



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
 
Asyik tangguh2 nak post pasal Adab & Akhlak Penuntut Ilmu... Khususnya bagi Anak2 Pahang di Mesir,
Alhamdulillah... Hari ni jumpa poster langsung,

Keterujaan & Kesungguhan kita terhadap Ilmu kadang2 membuatkan kita 'sambil lewa' & kurang beradab terhadap guru & Alim Ulama....

Walhal Adablah jambatan Ilmu.

Trend Membuka Maahad Tahfiz Persendirian




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Selesa bercerita bila menjadi watak luar,

Alhamdulillah... kini sudah menjadi semacam suatu trend masyarakat membuka Maahad2 Tahfiz & Pusat2 Pendidikan Agama swasta,

Juga saban waktu kedengaran guru2 diperlukan bagi mengisi kekosongan Maahad2 yang baru ini...
Namun disebalik perkembangan positif ini... Terselit rasa sedih bila memikir nasib Para Asatizah & Guru2 kita... Yang sumber pendapatan gaji mereka acapkali tertunggak... Jauh sekali jika nak dibanding amaunnya dengan guru2 kementerian... Jauh panggang dari api..

Sumber gaji mereka diharapkan datang dari yuran bulanan pelajar... Namun purata yang membayar tidak sampai pun 50% (menurut seorang Pengerusi Maahad swasta)... Sekadar cukup membayar bil api & air Maahad...

Dengan kos biaya hidup yang tinggi... Tanggungan ibu bapa, anak bini, ansuran kereta, petrol, rumah, bil api, bil air, barang dapur & 1001 keperluan wajib lain...

Ada sebahagiannya terpaksa berniaga di luar waktu pembelajaran bagi menampung biaya kehidupan..
Mereka guru2 selalu dititipkan dengan nasihat Sabar & Ikhlas... Namun masyarakat juga patut mengukuhkan Kesabaran & Keikhlasan guru2 itu...

Biarlah terdapat 1 Maahad di suatu tempat dengan dibiayai 10 usahawan & yang pasti ianya lebih terurus... Berbanding 10 Maahad dengan seorang usahawan yang tidak tertanggung seorang diri,

Bukan melarang dibuka Maahad2 Tahfiz... Namun biarlah dalam keadaan mampu 'dikawal' & kebajikan guru2 & pelajar2 sentiasa kita jaga...

Pelajar baru dilarang mengambil terus hukum dari Al-Quran dan Hadith

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 

Skop Perbincangan;

Ini antara adab asas yang diberitahu kepada Penuntut2 Ilmu khususnya di Mesir oleh Para Habaib & Masyaikh kita...

Kerana itu pernah Seorang Syeikh menegur pelajarnya kerana bertanya perihal Dalil di dalam Majlis Fiqh untuk Mubtadieen...

Di dalam satu pengajian yang lain pula... Seorang pelajar ditegur Oleh Habib kerana bertanyakan satu mas'alah Fiqh (perbahasan) yang diambil di dalam Kitab Muntahin sedangkan pelajar itu baru di tahap Mubtadieen...

Teguran Habaib & Masyaikh adalah teguran sayang...

Masyaikh selalu mengingatkan kita agar tidak melompat tangga terus ke atas... Sebaliknya cara yang betul adalah mendaki satu persatu anak tangga...

Setiap anak tangga itu ada silibus yang perlu kita hadam & kuasai... Sebelum boleh meneruskan dakian yang seterusnya...

Manhaj Alazhar adalah manhaj yang tersusun.. Bukan yang boleh dicedok2 sesuka hati... Kemudian lemas ditengah2 Tsunami Ketidak fahaman...

Yakini & teruslah setia bersama Manhaj Alazhar... I'Allah bersamanya akan ada Keberkatan...

Politik: Suatu Ijtihad yang Sukar

 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
 
Walaupun sejuta orang membenci al-Allamah Nuruddin Ali Jum'ah dan Al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Ahmad Tayyib hafizahumullah.. Saya akan tetap mencintai mereka sampai bila2..
Kalau mencintai ulama al-Azhar akan digelar taksub, maka saya sanggup digelar pentaksub..
Kalau pengajian ilmu dan talaqqi dianggap candu, maka saya akan mencandu talaqqi sampai mati.."

Status Ustaz Nazrul.ha di FB ini mengingatkan kita kalam Dr.Zulkifli Mohd Albakri.ha... "Ijtihad Politik adalah antara Ijtihad yang paling sukar ",

Sejarah pernah terlakar bagaimana rapatnya Imam Malik.ra dengan pemerintah.. Juga Ijtihad Assyahid Syeikh Said Ramadhan Albuti ketika di awal Arab Spring...

Bagaimana sayangnya kita terhadap Pimpinan Harakah Islamiah & menghormati Ijtihad mereka...
Begitu jugalah Sayang & hormat kita terhadap Ijtihad Habaib & Masyaikh2 kita...

Bak kata Abang Seman;
"Dua ekor Gajah Faqih bergaduh... Pelanduk Jahil mati di tengah "
Mudah2an Allah memberkati seluruh Ummat Nabi Muhammad.saw,

Pelajar Malaysia membentuk Sikap Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله












Tahniah Sahabat2 kita di Iskandariah... Barulah rasa seronok camni,
Seronok baca komen2 arab kat FB tu... Cuba tekan link di bawah... he3

https://www.facebook.com/Mohazzaboon/photos/a.733911939980323.1073741876.320824331289088/736040473100803/?type=1&theater

Perginya Abang yang dihormati

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 


Takziah Keluarga Ustaz Fahmi;

Antara tetamu yang hadir di rumah Allahyarham Ustaz Fahmi, Teringat baru beberapa tahun lepas menghadiri Walimah Ustaz Fahmi di Temerloh,

Ramai Insan2 Soleh datang berziarah, kerana Ustaz Fahmi juga seorang yang Sangat baik semasa hayatnya...

Mudah2an Allah meredoi dan merahmati Ustaz Fahmi..

Renungan ketika Fitnah melanda Syeikh Ali Jum'ah dan Habib Ali Al-Jufri kini

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Dahulu, ada kelompok-kelompok yang menyerang kepribadian Syekh Sya'rawi dengan memutarbalikkan fakta terhadap apa yang beliau sampaikan. Pada saat itu, media-media yang ada di Mesir bahkan di seluruh negara Arab, dipenuhi dengan isu negatif sampai-sampai orang yang mencintai beliau, berbalik membenci beliau karena mendengar isu miring tersebut. 

Pada saat itu, karakter beliau dibunuh dan nama balik beliau dirusak oleh kelompok-kelompok yang tidak bertanggung jawab ini.

Beberapa lama kemudian, saya datang ke Mesir untuk berkunjung ke kediaman beliau di daerah Husein. Lalu saya bertanya pada beliau,

"Ya Sayyidi, tatkala perkataan Anda diputarbalikkan dan kepribadian Anda dicoreng di depan khalayak ramai, kenapa Anda tidak mengklarifikasi dan menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya?"
Lalu beliau terdiam dan mulai berkata,

"Akan saya jelaskan mengapa (saya tidak mengklarifikasinya). Jadikanlah apa yang saya sampaikan ini sebagai manhaj (metode) dalam hidupmu."

Beliau melanjutkan,
"Jika ada orang-orang yang menyerang kepribadianmu, maka jangan dihiraukan. Diam saja dan jadikan dirimu seolah-olah tidak mendengarnya sama sekali."

Padahal, kalau waktu itu beliau muncul di televisi dan menjelaskan permasalahan tersebut, pastinya semua akan beres. Tapi pada saat itu, beliau melakukan hal yang berbeda. Beliau menyandarkan hatinya kepada Allah sepenuhnya.

Beliau selanjutnya berkata,
"Anakku, sesungguhnya Allah yang akan membela orang-orang yang beriman."
Lalu saya berkata kepada beliau,

"Kalau Anda tidak menjelaskan hal yang sebenarnya terjadi, segala kebaikan yang telah Anda sampaikan tidak dianggap berguna oleh masyarakat."

"Tidak, Anakku. Allah lebih besar dari semua masalah ini. Mereka tidak tahu siapa Allah. Tatkala Allah melihat kebenaran di pihak seorang penuntut ilmu sementara dia tidak melakukan pembelaan terhadap dirinya, maka Allah sendiri yang akan membelanya," jawab beliau.

Maka benar saja, tidak begitu lama setelah isu itu diangkat, semua orang yang menjelek-jelekkan beliau lenyap begitu saja. Tidak ada lagi isu-isu negatif tentang beliau. Hingga saat ini, jika disebut nama Syekh Sya'rawi maka hati kita akan bergetar dan dipenuhi oleh cahaya ilahi.


-Habib Ali Al-Jufri

Copy Paste dari Facebook: Suara Al-Azhar