Rabu, 8 Januari 2014

Fenomena "mana dalil?"

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Fenomena "mana dalil?"

Semenjak negara kita dilanda gelombang wahabisme yg mana beberapa orang daripada golongan ini mula menjadi tokoh-tokoh di mata masyarakat, wujudlah fenomena "mana dalil?"

Untuk memahami cara berdalilnya para imam mujtahid, bukan semudah kita sangka seperti 2x5= 10 dan 5x2=10. Jika dibentangkan semua hukum mengikut dalil, habislah ummat Islam sbb tiada masa untuk beramal kerana disibukkan oleh cara memahami berdalil ini. Sebab itulah dibahagikan pengajian usul dengan pengajian fiqh.

Kitab fiqh yg dikarang oleh para ulama cukup mudah, hanya diterangkan syarat-syarat, rukun-rukun dan cara beramal. Ibarat seorang yg bergelar profesor, menulis buku untuk budak tadika. Dan bayangkan, ada seorang dua budak tadika mengatakan bahawa buku yg dikarang oleh profesor tadi salah kerana abangnya yg baru lepas habis UPSR dan dapat keputusan 5A menyatakan buku tersebut salah kerana tiada penjelasan di dalam buku latihan tadika tersebut.

Hukum syariat berdiri atas 4 sumber yakni al Quran, hadith, qias dan ijma ulama. Untuk menjadi seorang mufassirin (ahli tafsir quran) sahaja pun sudah berhajat kpd 15 disiplin ilmu. Hadith pula ada ilmu riwayah dan dirayah yg di dalamnya ada puluhan cabang ilmu untuk dihadam seperti taawil musykil al hadis, makrifah as sahabah, tabaqah at tabien, nasikh wa mansukh, asbab wurud hadith, al mutasyabih dan banyak lagi.

Dan jika dalil khusus, pasti ada dalil umum berdasarkan qias. Contohnya niat solat, tiada hadith menyatakan Rasulullah itu berniat solat. Tapi ada hadith menyatakan Rasulullah berniat ketika ihram dan ada hadith umum berkenaan dgnnya iaitu innamal a'malu binniat (sesungguhnya perbuatan perbuatan itu hanya dikira dgn sebab niat). Lalu semua perkara ibadat diqiaskan dgn hadith-hadith ini. Dan ijma ulama pula, sepakatnya para ulama dalam menerima ia sebagai hukum.

Tidak hairanlah Imam Syafie pernah berkata yg maksudnya lebih kurang"Aku mampu mengalahkan 10 orang lawanku dengan hujahku tetapi tidak mampu berdebat dengan seorang jahil yg tidak memahami disiplin ilmu".. kita kini berada pada zaman fitnah yg mana kini masyarakat mengangkat tokoh yg bukan ahlinya dalam bidang agama dan menjadikan mereka pula sebagai rujukan.

-Ustaz Uthman Daud (UUD)-





Pakwan: 
Puas saya mencari "nas asal" di FB Ustaz Uthman Daud.. Tapi tidak jumpa, 
Saya hanya dapat yang telah di-copy oleh guru saya.. 

Namun hujjah di atas ini sangat bermanafaat... 
Inilah juga gambaran senada yang diberi oleh Masyaikh2 di Al-Azhar mahupun Habaib2 dari Yaman...  

Walaupun kini dilihat agak kendur IÁllah..
Berkat kawalan dari Tuan2 Guru & Ulama'2 kita di Malaysia..
Namun fenomena suka berhukum "tanpa pekej ilmu" pernah melanda Malaysia,
Sangat2 berbahaya.....