Selasa, 27 Mei 2014

Selepas Imtihan i'Allah

بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله.

Countdown menghampiri
I'Allah lagi lima hari lagi bakal bermula imtihan akhir bagi Syahadah Takhassus Alquran & Qiraat dari Maahad Al-Azhar. Perasaan pun sudah menjadi agak tawar sejak akhir2 ini. Namun Alhamdulillah..  sehari dua ini semangat kembali datang..  Mudah2an berkekalan hendaknya.. Ameen,

Merancang Aktiviti
Ada dua perancangan utamaku untuk waktu2 selepas imtihan i'Allah... Adapun perancangan2 lain masih perlu dinilai justeru malas terbeban dengan banyak perkara;

Perancangan utama;
1- Khatamkan tasmi' Alquran,
2- Refresh Ilmu Qiraat di kelas tahun satu bermula dalam september ini.... i'Allah,
3- Talaqqi 10 Imam Qiraat 30juz..

Perancangan lanjutan;
1- Daftar markaz nil untuk muhadasah,
2- Menadah kitab Nahu Saraf Balaghah dengan Tok Guru Pondok,
3- Mula menterjemah kitab2 ringkas bagi Qiraat & Tajwid,
4- Merangka jalan cerita & menulis novel,
5- Gerakkan Kelas Alquran buat Anak2 Pahang di Mesir,
6- Jual Aiskrim melayu,

Mengintai peluang
Alhamdulillah rangka perancangan2 diatas ada sedikit sebanyak terlakar di minda ini...  Cuma perlu cari timing yang sesuai untuk bergerak.

Arah seterusnya
Insya Allah jika berjaya selesaikan perancangan utama di atas pada separuh awal tahun hadapan 2015... i'Allah seterusnya mudah2an bolehlah bergerak ke Hadramaut Yaman pula.

Dunia harapan
Ada dua hajat paling utama aku sangat2 berharap dan berdoa dapat ke Yaman;

1- Mendalami Ilmu Fiqh & segala disiplin2nya, Juga Ilmu2 yang lain sehingga mahir,
2- Mencari Murabbi & Biah yang boleh memdidik Jasad, Akhlak & Rohaniku,

Kenapa Yaman?
Justeru pengalamanku berkelana & berdamping dengan Dunia Ilmu selama kurang lebih 4 tahun ini, bagiku  Hadramaut-Tarim-Yaman antara tempat yang  terbaik bagi mentarbiah diri & mencari Murabbi2 yang Alim lagi Soleh i'Allah. Selain sistem Ilmunya yang sistematik.

Seterusnya
Kemudian aku akan cuba terus lagi membaca peredaran sekeliling sama ada baik bagiku untuk terus menyambung Master ataupun mendalami cabang Ilmu Turath yang lain...  Mudah2an Allah memberikan kita kefahaman akan Agama Islam.


Pakwan:
Kerja, Berkeluarga, Kumpul aset?
.....Wallahua'lam

Ahad, 11 Mei 2014

Tersenyum ke Potret

بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله،

3 Jun 2014
Tarikh itu nanti i'Allah aku akan bertemu  imtihan akhir untuk Ijazah Takhassus Qiraat-ku. Nervous memang la nervous sebab terbayang 1001 perkara yang perlu di hafaz, tambahan hafalan bukanlah 'kelebihan'-ku. Tapi I'Allah...  Allah pasti bersama-ku...  Fighting..!!!  Ops....  he3

Aku letih la...  a'ah letih gilerr,

Kini aku perlu habiskan masa bergaul dengan teman2 yang lebih muda dariku, cara pergaulan juga berbeza dengan teman2ku sebelum ni. Kini aku seolah2 perlu tukar lagi seni pergaulanku, ya...  cara mereka tak ubah macam caraku ketika di Maahad... 4-5 tahun lepas... Nak buat macam mana...  aduhaiiii malassssnye.....

Termenung dulu2 punya kisah

Aku suka bernasyid, pentomen & ber-coral speaking..  ia buatkan jiwaku puas kerana aku boleh lepaskan jiwa seni dan  idea-ku. Rindulah dengan zaman Alattas... dulu2 masa berjaga malam dan berhempas pulas melakar pentomen... Juga perasaan ketika berpentomen di atas pentas... dengan gaya & tutur yang spontan.. memang seronok...  Rindunya zaman tu...

Aku juga rindu dengan saat ketika merangka program2 untuk Surau Ihsan, macam2 benda aku seronok rancang dan aku gerakkan. Kepuasan hadir bila tengok program2 tu berjalan..

Aku juga rindu dengan Junior2ku yang dulu. Baik di Ihsan, Maahad mahupun isma. Keriangan mereka membuatkan aku rasa sangat2 seronok.  Ya Allah...  betapa rindunya aku pada suasana ketika itu...

Aku juga rindu pada suasana 'bermesyuarat' semasa di maahad dulu... Seronok bila dapat berpentas dengan 'mic' dalam program2. Sangat2 seronok bila jadi moderator forum.... Allah3 perasaan masa tu. Satu lagi saat yang best bila pembentangan..  seronoknya berjenaka dengan audiens... 

Juga yang sangat2 best ketika di maahad..  ketika jalan2 naik motor. Ke Genting, AirTerjun Panching, Berkelah, Ijtima' Tabligh di Sepang, ... rodong sekepala masa tu MatTop & Red...  ha3, macam2 peristiwa dengan diorang ni. Dari bergaduh, nak selesai masalah rumit2, dunia bercinta, mpp, sampailah kaki jalan...  he3, seronok memikirnya....

Itulah...  Alhamdulillah hidup ni penuh dengan kenangan indah. Kena bergerak lagilah...  untuk bina kehidupan yang lebih ceria i'Allah...  mudah2an nanti juga seronok untuk di -flash back...  Allahumma Ameen,

Cukuplah sekadar ini coretan melalui android...  Salam Keceriaan dari Uwies.......(^^,)

Pakwan: Teringin nak baca buku The Doctor karya Tun Mahathir...

Selasa, 6 Mei 2014

Cara bila Simcard tidak boleh download Aplikasi Android

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Kisahnya bermula apabila
Pak Seman baru-baru ini membeli handset tajaan Rebat BR1M. Dengan menambah sekitar RM150.00 maka Pak Seman sudah boleh mendapatkan sebuah smartphone berjenama Lenovo A390, bolehlah untuk berinternet, ber-FB, ber-Whatsapp, kamera sikit-sikit & dengar mp3.

Pada mulanya smartphone begitu mengujakan beliau, habis semua benda mahu di-'downloadnya'. Baik dari Android market sehinggalah ke video-video di Youtube.

Tambahan faktor di rumah yang menggunakan Wifi streamix, lagi sakan Pak Seman melayan smartphone barunya itu.

Masalah Bermula
Apabila kembali menyambung pengajiannya di luar negara. Abg Seman hanya mengambil simcard dari modem internetnya untuk di pasangkan di Smartphone, untuk jimat katanya.

Untuk ber-FB, WeChat, Whatsapp, blog & melayari internet tiada masalah. Namun jika untuk download Youtube & Aplikasi Android memang problem.

Jadi penyelesaiannya? Mudah..

Tukarkan dari simcard modem... kepada Simcard yang punyai dua fungsi iaitu call & internet...

Mungkin ada cara lain lagi..  tapi ini yang Pak Seman temui..



Pakwan:
Pak Seman memang begitu...  Kuat minum yogurt...