Rabu, 8 Julai 2015

Kualiti bacaan imam perlu diperbaiki

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Macam mana ya..... hmm,

Kualiti bacaan imam perlu diperbaiki.

Perkara ini tidak berlaku di masjid daerah dan negeri. Mungkin faktor saringan ketat terhadap Imam. Namun jika di masjid kampung atau taman, juga di surau-surau memang perlukan perhatian,

Menokok tambah huruf, sebutan tidak berbutir (seolah hentam kromo pula), belum cerita bab tajwid lagi,
Bukan niat mencari salah sesiapa. Apatah lagi diri sendiri pun serba kekurangan.

Namun..... Idea Penambahbaikan,

1. Disebabkan hampir semua kampung punyai guru KAFA. Maka cantik jika ustaz-ustaz ini diserap menjadi Imam Masjid Desa. Berikan latihan dan elaun imam kepada mereka. Rasanya mereka kurang terbeban dengan lambakan tugas, kerana mereka hanya perlu menjadi imam lima waktu sahaja sehari semalam, juga bergilir-gilir.

2. Tugas Imam Desa perlu diprofesional-kan. Ia juga perlu disaring seperti Imam daerah. Kita boleh punyai Pegawai Kesihatan Desa, juga Pegawai Polis Desa. Kenapa tidak Imam Desa juga di-profesionalkan,

3. Latihan kepada Imam sedia ada. Yang ini saya letakkan paling akhir sebab tahu-tahulah, berapa banyak rintangan untuk ini. Tapi bukan juga satu yang mustahil.

-- Unit Pemantau Umat Nabi Muhammad.saw --

Cara mendirikan Solat Sunat Tasbih

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Cara mendirikan Solat Sunat Tasbih;

1. Imam Alghazali memilih untuk lakukan 4 rakaat dengan satu salam jika didirikan di siang hari. Dan 4 rakaat dengan dua salam jika didirikan di malam hari.

2. Sunat mendirikan Solat Sunat Tasbih setiap hari. Jika tidak mampu maka sekali seminggu. Jika tidak maka sekali sebulan. Jika tidak maka sekali setahun.

3. Solat Sunat Tasbih adalah dari jenis Solat yang tidak disunatkan berjemaah. (Namun bukanlah menjadi suatu halangan jika dilakukan juga secara berjemaah. Tidaklah makruh apatah lagi haram).

4. Jika tertinggal atau terkurang tasbih. Tambahlah ketika rukun yang panjang seperti ruku' atau sujud. Jangan ditambah di dalam rukun yang pendek seperti I'tidal dan duduk antara dua sujud.

Lafaz Tasbih:

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر .

WAKTU TASBIH DIBACA;

CARA PERTAMA
1. Sebelum baca Alfatihah - 15
2. Selepas baca Surah - 10
3. Selepas zikir ruku' - 10
4. Selepas zikir i'tidal - 10
5. Selepas zikir sujud pertama - 10
6. Selepas zikir duduk antara
dua sujud - 10
7. Selepas zikir sujud kedua - 10

Jumlah = 75 (75 × 4 rakaat = 300)

CARA KEDUA

1. Selepas baca Surah - 15
2. Selepas zikir ruku' - 10
3. Selepas zikir i'tidal - 10
4. Selepas zikir sujud pertama - 10
5. Selepas zikir duduk antara
dua sujud - 10
6. Selepas zikir sujud kedua - 10
7. Ketika duduk istirohah atau sebelum membaca tahiyyat awal atau tahiyyat akhir - 10

Jumlah = 75 (75 × 4 rakaat = 300)

* Bagi cara kedua. Boleh takbir intiqolat bermula bangkit dari sujud dan berakhir ketika duduk istirohah. Semasa bangkit dari duduk istirohah untuk berdiri sudah tidak perlu bertakbir.

* Cara pertama dipilih oleh Ibn Almubarak. Juga sesuai bagi yang ingin mengerjakan secara berjemaah.

* - Jika seorang meninggalkan 'sebahagian' tasbih, tanpa dapat menggantikannya. Maka masih dikira Solat Sunat Tasbih.

- Namun jika dia langsung tidak bertasbih. Maka solatnya hanya dikira sebagai Solat Sunat biasa (mutlaq), bukan Solat Sunat Tasbih.

Wallahu A'lam bissowab

Rujukan:

حاشيةإعانة الطالبين

Cerita Pasal Ekonomi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Bila ramai duk kecoh bab ekonomi;

Kita pun jadi Pana (fana').

Takleh nak kata YES pada mereka yang pandai berhujjah. Takleh nak kata NO pada yang hujjahnya tak logik.

Teringat masa suasana kecoh berebut beli Dinar Emas dulu. Yang penjual petah berhujjah, yang nak beli menggeletar teruja,

Alangkah mudahnya kalau ada ILMU. Tak perlu orang berbeta lebih, insha Allah cukup sekali pandang,

"Sekilas Ikan di Air. Sudah ku tahu Jantankah atau betina.."

Perkemas balik ilmu Solat Berjemaah Makmum

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sebelum ni, mungkin tidak perasan;

Tapi sebaik masuk Ramadhan, masjid dan surau penuh. Menyebabkan sebahagian makmum termelimpah ke luar,

Ditambah pula dengan hampir 90% surau dan masjid kini berpenghawa dingin, maka kebiasaannya pintu akan ditutup...... binggo !

Kat sinilah bermula timbul banyak Puzzle.

Khususnya surau.

Lebih haru. Kerana melibatkan sah batal solat, luput fadhilat berjemaah atau putus saf.
Ustaz-ustaz dan AJK Surau Masjid kena perkemas balik Ilmu Fardhu Ain jemaah deh.
Khususnya bab tatacara qudwah atau solat berjemaah mengikut Mazhab Imamina AsSyafie.

-Unit Drive Thru Mukim Penyor

Ambang Kepupusan Ilmu Alquran

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Awas ! Tulisan panjang berjela ]

Teringat kisah yang diceritakan TG Ridoudin, mudir Pondok Ihya' Ulumiddin, Mengkuang Titi, Pulau Pinang dalam sebulan lepas.

"Ketika ditanya oleh gurunya di Syria, akan dimana beliau pelajari ilmu-ilmu seperti Wadh'i, isytiqaq, albahsi walmunazoroh, maqulat al-asyaarah... Ilmu-ilmu ini sudah hampir tiada di negara arab,

Maka TG Ridoudin pun balas. Bagitahu beliau belajar di Siam (Thailand),

Maka jawab gurunya. Ilmu ini telah berpindah ke negeri kamu..

TG Ridoudin tambah. Bahkan. Sebenarnya Ilmu itu telah berpindah ke negara orang Kafir (pemerintahnya).."

[ TG Ridoudin adalah Anak kepada TG Abd Wahab dan cucu kepada Syeikh Othman Jalaluddin, pengasas Pondok Penanti, Pulau Pinang. ]

Sebenarnya,

Perkara yang sama juga yang berlaku kepada Ilmu Alquran. Baik Qiraat, Fawasil, Rasm, Dobt dan lain-lain lagi.

Sudah kurang yang mahir. Jumlah yang belajarnya juga semakin mengecil dan terus mengecil, saban tahun.
Matan Syatibi dan Durrah yang membentuk Asyarah Sughra, Matan Toyyibah yang digelar Asyarah Kubra,
Khilaf antara Abu Dawud dan Abu Amru Addani di dalam Ilmu Rasm.

Oh Nooo.... Apa solusinya?

1. Buka seluas-luasnya cabang pengambilan untuk ke Maahad Qiraat Shoubro. Sehingga, usahakan semua yang berjaya khatam Alquran di maahad tahfiz masing-masing boleh terus ke sana. Tanpa melalui JAKIM atau Pulai Condong Kelantan. Sistem peperiksaan seperti STAM juga cantik dipraktik.

2. Pendedahan tentang 'wujudnya' Ilmu Qiraat ini dibuat dari awal. Untuk secara tafsili mungkin sukar. Namun sekurang-kurang, gambaran umum telah diselit di dalam Subjek SPM, STAM dan IPT. Cerita Alquran diturun dalam tujuh huruf juga cukup. Tanpa perbahasan detail.

3. Penerbitan Rancangan TV dan Radio yang mengetengahkan Ilmu Qiraat, Fawasil, Rasm dan Ilmu Alquran yang lain perlu dirancakkan. Program AQ (Akademi Alquran di Astro) sebelum ini contohnya, berjaya membuka minda masyarakat tentang Ilmu Tarannum dan Qiraat.

4. Hidupkan kelas Talaqqi Qiraat seperti di Masjid Khazandarah, Shoubro, Mesir. Dan sudah pasti, usaha dan kempen perlu diperancak. Untuk menarik masyarakat kepada belajar.

5. Para Imam menjadikan bacaan Qiraat sebagai 'mainan mulut' dalam solat. Satu hari ada tiga solat jahar (dibaca kuat), sudah boleh tiga rawi. Sebelum solat, diterang dahulu bezanya dengan qiraat Hafs 'an 'asim. Cara ini sangat bagus untuk buat makmum terbiasa dan tertarik.

Begitulah...

Saya tak rasa idea-idea ini bernas, juga mudah dan sesuai dilaksana.
Namun, sekurang-kurangnya, kita perlu memelihara Ilmu Alquran agar tidak pupus.

-Jabatan Pencadangan Negeri Pahang.