Ahad, 30 Ogos 2015

Semangat Patriotisma

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Tahun ini semakin ketara. Roh semangat patriotik semakin menipis. Tiada lagi kibaran semangat Jalur Gemilang di kenderaan dan rumah-rumah.

Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika aku kecil. Bukan setakat memasang bendera di rumah. Malah di motor juga kami lekatkan bendera. Perasaan cintakan negara membuak-buak.

Aku mula perasan beberapa minggu sebelum ini. Suasana patriotik khususnya di Televisyen seoalah-olah sepi. Hanya RTM yang letakkan widget bendera Malaysia. Disamping lagu patriotik yang kurang zupnya. Stesen Televisyen lain, seperti TV Alhijrah memang sunyi terus ketika itu. Belum cerita di luar lagi.

Namun  Alhamdulillah. Dalam mingu ini, seolah-olah satu gerakan menyemarakkan Hari Kebangsaan kembali aktif. Di Televisyen dan di bandar-bandar. Tokoh-tokoh yang 'ahli' seperti Tan Sri Rais Yatim juga dipanggil ke sesi bual bicara. Lagu yang bersemangat juga telah wujud, Sehati Sejiwa nyanyian Alif Satar (Muziknya seolah-olah sama dengan sebuah lagu nasyid awal tahun 2000 dahulu, wallahua'lam).

Semangat patriotik ini sebenarnya hanya kecil. Ia melambangkan banyak perkara;

1. Seorang yang tidak bersemangat menerapkan patriotisme, sepatutnya tidak layak diberikan undi untuk menjadi pemimpin di Malaysia.
2. Memberikan kita gambaran. Samaada rakyat Malaysia kini lebih banyak 'nak beri' atau 'nak minta' dengan negara.
3. Adakah cengkaman Umat Islam terhadap Tanah Melayu ini masih kuat atau semakin longgar. Kalah dengan pemikiran liberalisme. Yang menyamaratakan semua agama. (Tak nampak kaitannya bukan? Cuba fikir dalam sedalam dalamnya. Insha Allah anda akan faham kaitannya).
4. Sikap Rakyat Malaysia kini. Adakah cenderung kepada memperbaiki (lalu terkorban diri) atau meruntuhkan (namun merisikokan negara).
5. Adakah wujud sikap cintakan negara dan sanggup bermandi darah untuknya. Atau sekadar inginkan kuasa. Patriotisme tak penting pun. Jika peperangan berlaku, boleh lari ke Tembok Besar Cina. Adakah begitu DAP?
6. Betapa di saat ini. Semangat patriotisme sangat membantu mengukuhkan cengkaman Islam di Malaysia.
7. Semangat Patriotisme sebenarnya ubat kuat. Buat rakyat negara ini berani menongkah arus, untuk berjaya dan mengharumkan nama negara. Kita rindukan semangat 'MALAYSIA BOLEH !!!'.

Malaysia adalah Tanah Melayu. Melayu kukuh kerana Islam-nya.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kenapa Pelajar Universiti lemah dari Pelajar Pondok?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Persepsi.

Dari apa yang aku nampak sekarang. Persepsi orang awam terhadap pondok amat berbeza dengan Universiti. Orang awam lebih memandang tinggi graduan Universiti berbanding pondok. walhal dalam kalangan cerdik pandai agama, rata-rata memandang pondok lebih tinggi.

Maksud pondok yang saya maksudkan, semua sistem pendidikan yang berteraskan beberapa elemen. Kriterianya sama:

1. Belajar kitab dari kulit ke kulit.
2. Peringkat pengajian diukur dari sudut khatam kitab. Bukan mengikut semester atau tahun.
3. Punyai sanad. Belajar mesti melalui guru.
4. Kitab pengajian mestilah Kitab Muktabar. Kitab rujukan juga sama.
5. Jika dirujuk pada hari ini. Pastinya, silibus mereka ini hampir sama. Baik di Hadramaut Yaman, Ruwaq Alazhar di Mesir, Pattani dan Pondok di Malaysia. Jika ditelusuri silsilah ilmu mereka ke atas. Nescaya, kita pasti jumpa titik pertemuan Insha Allah. ( Tok guru kepada tok guru kepada tok guru mereka adalah orang yang sama ). Inilah pentingnya sanad.

Aku pernah berada di alam universiti. Aku pernah mengikuti aliran pondok di Kelantan, pernah berguru dengan Habaib Yaman dan masyaikh Alazhar. Jadi aku tulis ini berdasarkan pemerhatian aku.

Kenapa Ilmu siswa universiti lemah?

Aku tak nafikan. Pelajar yang dapat masuk universiti adalah pelajar pintar. Namun silapnya, expectation kita terhadap mereka terlalu tinggi. Kita anggap mereka sudah di level tinggi. Lalu, kita sumbatkan mereka dengan ilmu yang 'tak jejak bumi'. Walhal mereka belum layak untuk itu. Menyebabkan hari demi hari, kelopongan ilmu mereka semakin parah.


Sebab itu. Tidak menghairankan;

1. Jika graduan Master atau PhD menjadikan buku penulis biasa-biasa sebagai bahan rujukan mereka. Hanya kerana buku itu menyediakan 'bahan' baginya.
2. Jika graduan Master dan PhD tidak mampu membaca kitab arab. Kerana penguasaan Ilmu Alat khususnya Nahu Saraf yang sangat lemah.
3. Hidup seperti lalang. Mudah terpengaruh dengan hujjah orang. Kerana agen menilai mereka bukanlah Ilmu tetapi semata-mata akal.

Minta maaf kalau ayat aku seperti terlalu menghina. Namun pandanganku, kita perlu perbaiki situasi ini. Jadi kita perlu berterus terang.

Namun. Perkara ini seperti tidak berlaku kepada pelajar perubatan dan cabang ilmu yang lain. Mungkin kerana dunia dapat menjiwai dan nampak betapa 'pentingnya' ilmu-ilmu ini dalam hidup. Kalau tak dipelihara, bermasalah kita. Jadi, mereka memeliharanya dengan bersungguh-sungguh. Namun Ilmu Agama kadangkala, bukan semua orang hargai. Kerana ruang lingkup lebih bersifat ghaib dan tersembunyi. Kewujudan Allah, Syurga, Neraka, pahala, dosa dan lain-lain.

Daripada mungkin ratusan pelajar Master dan PhD. Berapa ramai yang setaraf seperti Ustaz Azhar Idrus dari sudut penguasaannya dalam ilmu Fiqh? Kenapa tidak ada?

Jawapannya satu. Kerana pelajar Universiti dilambakkan dengan 'Ilmu tak jejak bumi', namun Ilmu 'hidup' tidak dimantapkan.

Bayangkan,

1. Mereka diajar cara istinbat hukum dari Alquran dan Hadith. Sedangkan Kitab Fiqh yang disusun oleh ulama Mujtahid pun mereka tak habis belajar.
2. Walaupun tidak semua hadith mereka tahu. Namun mereka diajar untuk mengkritik pandangan ulama.

Bagiku. Ini satu musibah yang sangat besar kepada Negara Malaysia kita. Kita rasa, kita sedang membentuk ilmuan masa hadapan. Walhal sebenarnya, kita sedang mengumpul semua anak-anak kita yang cerdik pandai di universiti, dan kita musnahkan mereka. Itulah yang kita buat sekarang.

Untuk membaikinya. Aku rasa, cara yang digunakan Syeikh Ali Jum'ah dan ulama Alazhar amat praktikal.

1. Wujud dan semarakkan Kelas Talaqqi di Universiti !
2. Rangka mustawa yang tersusun bagi setiap student. Pastikan kitab-kitab mubtadien mesti diajar sampai habis terlebih dahulu sebelum boleh melangkah ke mustawa mutawassitin dan muntahin.
3. Belajar dari manhaj dan silibus pondok.

Alazhar sendiri. Walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi lubuk segala macam ilmu, tempat ulama-ulama besar dunia berkumpul dan sarat dengan makhtutat (manuskrip) yang hebat-hebat. Juga tidak dapat lari dari masalah kesuraman suasana ilmu ini.

Teringat satu petikan kata-kata Habib Ali Aljufri yang pernah diviralkan (lebih kurang) (ditukar uslub kepada cerita).

" Sebelum ini Habib Ali Aljufri pernah mengadu kepada seorang Syeikh. Tentang Alazhar yang tiada suasana ilmu (Sistem Universiti semata-mata) (Walahal dahulu, Alazhar adalah lubuk ilmu). Tak silapnya, Syeikh itu minta tunggu dahulu. Akhirnya bebrapa lama kemudian, bila kembali semula ke Alazhar. Habib Ali Aljufri mula dapati, majlis ilmu di Alazhar sangat meriah. Dan insan yang mempelopori usaha ini adalah Syeikh Ali Jumah.."

Belajar. Bagaimana Syeikh Ali Jum'ah dan Ulama'm Alazhar meminta ulama-ulama hebat dari Hadramaut, Tunisia, Mali untuk mengajar di Kelas Talaqqi di Alazhar.

Sejak dari kewafatan Rasulullah.saw. Pelbagai revolusi ilmu agama telah berlaku silih berganti. Kita baru tak sampai 100 tahun merdeka. Jadi munasabahlah jika kita nak gerakkan lagi revolusi. Kerana yang lebih penting, budaya ilmu di Tanah Melayu khususnya di Universiti-universiti terjaga.

Khamis, 27 Ogos 2015

Tok Guru.. Ambil PhD juga Strategi Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Aku tak boleh betul tengok rancangan agama di TV. Rasa takut-takut je. Bila terbuka je rancangan agama. Kalau depan keluarga, aku cuba alih chanel lain. Tapi kalau sorang-sorang, aku ikuti dulu sedikit. Kalau rasa payah nak terima, terus ubah chanel.

Banyak sungguh yang aku tak setuju. Method penyampaian ilmu asatizah juga banyak yang lain dari aku belajar. Padahal masa di Mesir, lepastu Pondok. Aku rasa dah ikut banyak method ulama dari pelbagai latar belakang. Aliran Alazhar, Hadramaut Yaman, Syria, Indonesia, Patani dan Pondok.

Sebab tu aku rasa. Cara dan method ilmu Asatizah Selebriti di TV, majoritinya bukanlah datang dari aliran di atas. Aku rasalah Insha Allah (rasa semata-mata, bukan base kepada kaji selidik);

1. Ilmu mereka banyak datang dari buku. Buku berbahasa melayu di kedai yang topiknya sesuai dengan apa yang mereka nak ceramahkan.
2. Terjumpa video di Youtube. Tambahan hujjah pula bernas.
3. Hasil analogi akal sendiri.

Sebab tu aku setuju dengan kata guru. Mereka ini setepatnya tak sesuai dipanggil Wahhabi. Sebab mereka bukan leader-nya. Mereka sekadar pengikut kepada hujjah yang bernas. Lebih sesuai digelar aliran modenis. Mudah ditemui dalam kalangan siswazah dan graduan universiti.

Justeru. Penting bagi Ulama untuk perhatikan aliran modenis ini. Ancaman mereka, walaupun tidaklah sekuat Wahhabi. Namun, kumpulan mereka ramai. Kalau semuanya di akseskan dengan sumber Wahhabi dan terpengaruh. Teruk juga nak memulihkan itu. Paling bahaya, jika mereka pula menjadi tentera yang menyebarkan fahaman Wahhabi.

Bagi aku. Ulama dan Tuan-tuan guru sekarang. Cantik kalau terjun ke medan universiti. Ambillah Master PhD. Kuasai IPT-IPT. Mungkin ramai yang kurang memandang laman Universiti di Malaysia, kerana faktor kualiti ilmunya. Namun, aku lebih memandang dari sudut dakwah dan bimbingan.

Bak kata guru. Nak ubah masyarakat di Malaysia. Tempat terbaik nak mula adalah di universiti. Sebab nanti, golongan yang akan terjun dan membimboing masyarakat dan institusi pendidikan Malaysia datangnya dari kumpulan ini.

Dengan corak pemikiran orang awam Malaysia sekarang. Yang lebih menghormati dan menurut kata seorang Dr.PhD. Berbanding seorang Tok Guru yang punyai rantaian sanad yang tinggi lagi banyak, malah mutqin dalam semua bidang agama. Maka bagiku, mengambil Master dan PhD juga suatu strategi dakwah yang sangat berkesan.

Aku tahu. isu ini amat sensitif khususnya bagi warga pondok. Anggaplah, ianya sekadar pandanganku hasil dari pemerhatian aku yang lemah. Yang banyak lagi perlu belajar.

Mudah-mudahan Allah.swt sayang dan memelihara Malaysia..

Ahad, 23 Ogos 2015

Terima Kasih Tok Fakir Pondok

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Alhamdulillah.. Aku fikir hal aku di Pondok Pasir Tumboh dah setel.

Budak-budak ni kata nak tolong post-kan beg dan kitab-kitab aku yang baru jumpa tu. Isu tong gas pun dah setel, bila Epah kata, mereka dah niat wakaf. Kiranya, tak perlulah aku ke sana untuk bayar gas, yang aku dah guna hampir tiap-tiap hari selama lebih kurang enam bulan.

Rasa terharu pula... Cheewah,

Rasa bersyukur pada Allah.swt, sebab kurniakan kawan-kawan yang sangat baik kepadaku. Huzaifah, Din, Nik, Azim dan kawan-kawan yang lain. Dalam kepalaku, yang best pasal Pondok Pasir Tumboh pastinya pengajian-pengajian di sana. Namun, wajah-wajah korang menyebabkan ada jugalah terselit rasa gembira, ketika bergaul dengan Tok Fakir Pondok (Gelaran budak pondok di Pattani).

Mereka adalah kawan-kawan rapatku di Pondok. Walaupun aku ni jenis suka Lone Ranger (hidup sendiri). Tapi adakalanya, selalu juga kami duduk bersembang.

Mereka datang dari pelbagai dunia. Din sebelum ini kerja pasaraya, kedai makan. Azim sebelum ini belajar di Kolej Shahputra. Huzaifah malas nak sambung belajar di Sekolah Menengah, jadi bapa saudaranya terus hantar pondok. Nik sebelum ini belajar di Kolej Masakan.

Semuanya, aku pernah borak. Memang best bila dapat mengetahui sejarah hidup seseorang.

Mungkin rezeki aku tidak lama di sana.

Aku berdoa pada Allah.swt. Semoga Allah.swt mengurniakan aku semakin banyak Ilmu Agama. Masyi dalam Alquran, Fiqh, Tajwid, Qiraat, Nahu dan Ilmu-ilmu Agama dan dunia yang lain.

Insha Allah kalau masuk Syurga. Aku cadang nak buat majlis ta'lim dalam Syurga. Minta Allah berikanku tenaga pengajar yang 'alim dan hebat. Lalu kami dapat berguru dengan best-nya.

Seronoknya Majlis Ilmu...

Aku rindu sangat suasana Majlis Ilmu baik di Mesir mahupun Pondok Pasir Tumboh. Allah.swt Maha Pemberi Nikmat.....

Rabu, 19 Ogos 2015

Hari Campur Aduk

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Badan rasa letih. Tapi dah pukul 4:17am. Perlu tunggu Subuh dahulu, sebelum boleh tidur nyenyak. Pantang jika berbual dan minum-minum lewat malam dengan kawan, biasanya Anep. Maka hari esoknya pasti payah nak tidur. Terpaksa tunggu berapa hari kemudian, sebelum boleh kembali tidur awal.

Hari ini perasaanku bercampur aduk. Antara serius dan gembira.

Malam ini Mi sempat masakkan aku bubur. Lalu ketika Mi masuk tidur. Aku terus potong bawang dan buat kuah. Cuba-cuba tiru macam kuah nasi air. Bila aku naik atas sahaja, mengadap laptop. Aku dengar bunyi pinggan kat bawah. Mi tengah cuba resepi aku. Katanya sedap. hehe..

Tadi Huzaifah Pondok Pasir Tumboh call aku. Katanya dah jumpa beg hijau aku yang hilang dahulu. Di tingkat atas masjid. Alhamdulillah. Mengingatkan punyalah banyak dhobit yang aku tanda di kitab-kitab. Terutamanya Kitab Matla'ul Badrain dan Nota Matan Ajurumiah, aku sangat bersyukur. Aku adan bagitahu Abi tadi, aku nak ke Kelantan untuk ambil kitab tu. Kitab-kitab itu amat bermakna dan penting buat diriku. Mungkin ini ganjaran Allah buatku, kerana turut kehendak Mi. Namun aku juga berharap, Allah masih memberikan aku rezeki yang melimpah ruah dalam menuntut Ilmu.

Boleh juga aku selesaikan bayaran tong gas kepada Mat dan Aiman di Pasir Tumboh. Dah lama aku nak setelkan. Aku guna tong gas mereka hampir setengah tahun.

Cuma aku dah lupa. Seingat aku, hari itu aku ada nak buat nazar, kalau jumpa beg dan kitab-kitab itu. Aku berhajat nak nazar. Adakah aku dah lafaz nazar itu atau belum. Kalau dah, Apa dia? Alamak..

Banyak juga nak pakai duit. Tambang, tong gas, minyak kereta ke pondok, nbelanja nak kerja pekan lagi, baju, seluar.... Allahu Rabbi. Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Selasa, 18 Ogos 2015

Perang Ideologi



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bila berlaku peperangan ideologi yang Sangat Dahsyat. Yang kuat, ahlan silakan.

Namun, jika ternyata kita tidak mampu menahannya. Di atas kertas kita sudah goyah bertempur. Bagiku, jalan terbaik bukanlah tetap juga sembrono menerjah dan Kamikaze.

Tetapi kembali kepada titik prinsip. Yang akan memasak diri terus ke dasar bumi. Dunia pemikiran adakala lebih dahsyat dari dunia realiti. Kerana ia bermain dengan otak,Yang juga Nukleus bagi sebatang tubuh.

Nilai-nilai murni dalam Masyarakat;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Seronok menonton rancangan masak-masak.

Khususnya yang di-hos oleh Materchef Sabri. Mulutnya rajin menggalakkan penonton berzikir dan menjaga kebersihan. Begitu juga Chef Amar. Dan seingat saya, dulu juga ada satu chef yang bagus meng-hoskan Rancangan Menu Alam, setiap apa yang ingin dibuat, dia akan baca 'basmalah',

Kita orang Malaysia tidak ramai yang 'pakar' dalam Ilmu Agama. Cukup dari Patani dan Indonesia sahaja, kita sudah jauh ketinggalan.

Namun kita bertuah, kerana punyai Nenek Moyang yang pandai mendidik. Mereka bijak menyemai nilai murni.

Melalui nasihat, simpulan bahasa, pantun, syair, sajak, gurindam, seloka dan hikayat penglipurlara.
Walaupun tidak ramai yang alim. Namun mereka berjaya membentuk suatu Budaya Bangsa yang berbudi bahasa serta bersopan santun.

Bukankah Rasulullah.saw juga diutus bagi menyempurnakan Akhlak Mulia manusia?

Budaya belajar kerana sijil;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Budaya belajar kerana sijil;

Teringat kisah Habib Ahmad Almaqdi selalu cerita (lebih kurang);

"Satu orang berdiri di depan pintu gerbang jamiah (U). Dia rasa dirinya jahil dan memang padanya sekarang tiada apa-apa. Kemudian, selepas beberapa tahun, dia berjaya tamat dan beroleh sijil. Dia berdiri lagi sekali di depan pintu gerbang. Dia katakan;

"Sekarang aku masih rasakan diriku jahil. Namun, padaku ada segenggam sijil.""

Adakala dunia patut belajar dari budaya pengajian talaqqi. Baik dimana sahaja di seluruh dunia. Sistem ini sangat masyhur. Dari Mauritania ke Mesir, Syria, Yaman, Patani, Indonesia dan Malaysia. Belajar kerana ilmu bukan kerana sijil.

Menuntut ilmu suatu ibadah.Menghilangkan kejahilan suatu tuntutan.

Jika di sebahagian tempat.
Hatta hari cuti umum seperti Hari Asyura juga, akan ada pengajian seperti periwayatan Hadith Musalsal. Dan setengah tempat yang lain, sebaik cuti pengajian, pelajar akan berebut pula untuk menghadiri dawroh (Semacam kursus. Mengaji kitab secara berkala dan biasanya sekejap) di madrasah yang lain. Bagi yang bekerja, seperti di Yaman, malam dijadikan waktu menuntut ilmu.

Berbeza bukan dengan budaya kita sekarang?

Semakin menghampiri cuti semester. Kita semakin gembira. Bermula sahaja cuti, kepala rasa ringan, diri rasa bebas. Buku-buku kita kotakkan. Tiada lagi hubungan diri dengan ilmu.

Lihatlah Salafuna Soleh, juga ulama-ulama kita. Mereka belajar dan berkhidmat untuk ilmu sehingga dicabut nyawa, Malu sangatlah kita... Nak letak muka kat mana.. Jika belajar setakat untuk dapatkan sijil.

Orang..... Bila dah minat,



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Orang..... Bila dah minat,

1. Sanggup terbang ke China, duduk tiga bulan, semata-mata nak explore produk bisnes.
2. Tidak tidur dua hari. Hidup bertemankan Air Redbull, kerana nak pastikan event berjaya.
3. Terpaksa pembantu 'gerakkan', bila masuk Waktu Zohor. Kerana asyik membaca kitab, sejak seawal Subuh.
4. Sanggup melompat 1000 kali sehari. Berlatih menanduk bola.
5. Meninggalkan makanan di depan mata. Walaupun tengah lapar, dan sudah lama tidak makan. Kerana nak hadir kelas agama.
6. Sanggup bangun pukul 3pg tiap-tiap hari. Sebab nak ambil mood tulis novel.
7. Tak pening. Main game dari pagi sampai malam. Bila waktu cuti.
8. Cerita Korea? hmm....
Teringat satu kata-kata:

"Manusia takkan pernah bosan... Bila lakukan apa yang ia minat"

‪#‎KisahDariHasilRisikanMIA‬(Malaysian Investigation Agency)

Melihat budak-budak datang beraya,



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


18 Julai 2015;

Melihat budak-budak datang beraya,
Teringat zaman sekolah rendah dulu;

Masa itu nasi lemak sepinggan 20¢, keropok 10¢, secawan air berperisa 10¢.

Biasa kalau tanya kawan-kawan, majoriti bawa 20¢ ke sekolah. Adalah, dua tiga anak orang senang sikit, bawa 50¢ dan ada $1. Ada juga sahabat baik yang tak bawa duit. Hanya bawa bekal dari rumah.
Tapi kumpulan yang last itulah jadi perhatian. Ramai nak me-ngecek sikit (pow cara sopan).

Waktu petang.
Waktu kelas agama petang, ramai teman-teman yang bawa kuih muih lebih dari rumah. Ada bawa kuih kacang, serbuk sagu, cek mek molek. Mereka cari tiang-tiang kaki lima kelas dan duduk untuk berniaga.

Biasalah kan suasana raya akhir tahun 90an,
Rumah-rumah banyak beri 20¢. Tapi ada juga yang beri $1. Maka sudah semestinya, rumah $1 tersebut sangat terkenal dalam kalangan budak-budak. Namapun budak-budak kan..,

Dalam setahun, paling kurang ada satu musim. Musim itu dipanggil musim kereta.
Audi, Tamiya, 496, Dashankuro... Nama ini sangat familiar ketika itu. Longkang panjang belakang kelas, menjadi tempat pelajar beradu kelajuan kereta. Bestnya longkang, kereta boleh melintas dengan mudah dan cantik berbanding di litar mini,

Lumrah raya kan. Cepat je flash-back kenangan lalu.

Lupa nak tanya adik-adik tadi. Zaman sekarang, apa je boleh dibeli dengan $1?...... hmm

Kebetulan terbuka TV9. Ketupat Rendang Kopi-O;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


19 Julai 2015:

Rindu cara santai Abang Aziz Desa dan kata-kata spontan Mek Sayyidah mengacara rancangan,
Cara mereka memang lagend. Ada skill tersendiri. Buatkan kita rasa 'ralik' (terpesona) dengan seni bertutur dan tingkah spontan mereka,

Kesian tengok Abang Aziz Desa berkerusi roda coz buah pinggang. Alhamdulillah semua berhijrah kepada lebih baik. Tapi betullah, kalau dan dapat pegang microfon, macam tak sakit je Abang Aziz.... hehe,

Air dicincang takkan putus;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Berbeza dengan orang-orang lama, nenek moyang kita dahulu. Walaupun berselang dua atau tiga pupu, namun mereka masih sangat mengenali dan rapat.

Jauh berbeza dengan zaman kita. Berlanggar bahu di Mydin pun, mungkin masih tak tahu dianya keluarga kita.

Peluang bertemu ketika kenduri dan berbual dengan orang-orang lama, adalah masa terbaik mengorek cerita silsilah keturunan.

Jika tidak biasa berbual dengan orang tua, memang kekok mulanya. Tapi jika selalu berlatih, oklah Insha Allah. Belajar dari cara orang lain.

Bila dan kena titik persamaan, memang dia akan bercerita tak ingat dunia. Kita hanya perlu soal dan mencelah sekali sekala. Mudah bukan?

Mudah-mudahan. Insha Allah jika panjang umur nanti. Kita mampu ungkapkan kata-kata di bawah ini, buat cucu cicit kita pula nanti:

"Ini bukan orang lain. Anak Pak Tam, Saudara awak juga"
"Awak dengan dia tu, dua pupu"
"Tok awak dengan Tok dia tu, adik beradik"

Prinsip asas Ketua Borak;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Kan biasa berlaku, 4-5 orang duduk berbual. Sahabat lama tak jumpa, rodong masa kecik, Teman masa sekolah, kawan sekerja.

Namun sayang.
Orang lepas berborak, makin erat, makin kacip, makin seronok, makin bermotivasi. Kumpulan kita pula sebaliknya.

Akhirnya, bagi ahli berborak:
'Lebih baik tak berborak. Berborakpun menyakitkan hati.... Eeww Cakiiiittt '.

Sebab itu, sebagai 'Ketua Berborak'. Kena bijak main peranan. Kena pastikan atmosfera terkawal dan selesa.

Kena tau 'batas' bergurau setiap ahli. Hargai luahan hati ahli. Hormat pandangan ahli. Buatkan setiap orang dapat rasa dirinya wujud, berfungsi dan dihargai.

Cara-cara ini mungkin adakala tak sesuai.

Tapi, jika sesi berborakpun tidak dapat ditangani. Nak harap punyai jaringan Networking yang baik? Macam Mission Impossible..... Insha Allah,

Bertuah teman-teman di Mesir;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Seronok rasa, bila mendapat khabar, lagi satu Pusat Talaqqi Ilmu Agama Islam telah dibuka di Mesir iaitu Pusat Pengajian Ruwaq Jawi di Hayyu Sabie'.

Sebelum ini, pelajar Malaysia di Mesir khususnya, telah punyai beberapa tempat tumpuan untuk Talaqqi Ilmu Agama Islam. Antaranya Madrasah Dar Hasani, Mudoyyafah Syeikh Ismail Sodiq, Mudoyyafah Syeikh Ali Jum'ah, Zawiyah Syeikh Mahmud, Madrasah MALTAF (Kalau masih wujud) dan Masjid Khazandarah. Selain Ruwaq-ruwaq di Masjid Alazhar dan di rumah-rumah anak negeri.

Hargai Taman Syurga ini selagi masih ada,

Terkenang detik keemasan.
Saat Syria dan Hadhramaut Yaman menjadi puncak kegilaan penuntut Ilmu.
Insha Allah hampir setiap pelajar, pasti punyai hasrat untuk menuntut ilmu atau sekurang-kurangnya merasai 'zuk' menuntut Ilmu di kedua-dua negara ini. Namun sayang, sekarang ianya hanya tinggal kenangan. Disebalik peperangan yang membadai negara.

Sekarang, hanya tinggal berapa tempat lagi di dunia. Menjadi pusat tumpuan Ilmu Agama Islam secara Talaqqi, daqiq dan bersanad.

Banyak ilmu yang semakin pupus.

Habaib, Tuan-tuan guru, Masyaikh, Baba-baba juga semakin ramai yang telah diambil nyawa oleh Allah.swt. Pondok-pondok juga, satu demi satu runtuh dek kerana tiada penyambung legasi. Mana nak cari kepakaran seperti tuan-tuan guru ini. Tambahan dizaman ini, belajar tidaklah lebih hanya kerana kerja dan sijil.

Mudah-mudahan suatu hari nanti.

Semangat yang ditunjukkan oleh teman-teman di Mesir, dalam menggerakkan Majlis Ilmu seperti di Dar Hasani, MALTAF, Pengajian Ruwaq Jawi akan berpindah pula ke Malaysia. Seterusnya membasahi Malaysia dengan limpahan Majlis Talaqqi Ilmu.

Bantuan daripada Kerajaan, NGO dan masyarakat mungkin suatu bonus. Namun yang lebih penting adalah aktivis. Bila aktivis mula bergerak, Insha Allah yang lain akan mengikut. Mengambil pengajaran dari pengalaman tok-tok guru menggerakkan pondok-pondok mereka.

Meja Meeting;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Antara kesilapan ketara yang selalu dilakukan ketika mesyuarat,

Adalah Mendiamkan dan merahsiakan suatu perkara yang dirasakan 'tak kena'. Atas sebab nak jaga hati dan tak mahu 'panjang cerita',

Akhirnya, bila tiba 'hari kejadian'. Perkara 'tak kena' tersebut betul-betul hadir serta sudah sukar dibendung. Lalu meletup.

Terpaksa cari alternatif Pelan A, B atau C. Yang pasti memakan kos, masa dan tenaga.

Pelan memang boleh di-ejas insha Allah. Namun...
Kan mudah kalau kita jujur dan berterus terang dari awal,

Bagus Juga Timbul Isu Yaqozoh

Alhamdulillah... adakala bagus juga di-upkan isu Yaqozoh ni. Banyak info dari ilmuan hebat dapat kita maklum. Link di bawah diambil dari FB Syeikh Ghonim, Ahli Fatwa Alazhar AsSyarif,
Semua pun boleh faham.. Situasi ini,

Biasalah, jika rasa semangat belajar agama, nak dalami, dapat tahu mana betul mana salah dan share apa yang kita tahu. Normal-lah kan.... Dan biasa pada awalnya, kita pasti akan follow Aliran Wahhabi.

Tapi logiklah...
Sebab Aliran Wahabi ni mudah nak faham. Logiknya kena dengan cara fikir kita. Dan tak perlu kita belajar secara mendalam pun, dah boleh faham dan tuntas.

Tapi bila makin belajar. Nampak ilmu alat sikit, faham selok belok Mazhab, tekuni cara mazhab putuskan satu-satu ijtihad sikit.

Insha Allah, masa itu kita akan mula faham. Kenapa ada beberapa Ilmuan yang dulunya fanatik Aliran Wahhabi, telah berhijrah ke Aliran Mazhab yang muktabar,

Ulama hebat takpelah. Tapi kita, Payah nak berhujah dengan dalil dan logik akal.
Coz kalau ikut mazhab. Kebolehan berhujjah dengan nas Alquran dan Hadith ini untuk cendekiawan level tinggi. Perlu mahir banyak disiplin ilmu, baru pandai,

Kita... Peringkat mubtadi (Pra) pun tekih (loghat pahang: sukar) nak khatam,

Cadangan. Ini Serius... Cara paling mudah. Kalau nak dapat gambaran, betapa tersusunnya Mazhab Syafie. Cuba baca perbezaan mubtadi, mutawassitin, muntahi dan mujtahid. Dalam hirarki cendekiawan Mazhab Syafie,

Orait... cukuplah kut coretan 'insomnia jadian'.. Sesuai bagi set ngarut-ngarut macam kita,


>

Keyakinan Diri Tinggi;

Rasa estim (yakin) pada diri yang tinggi memang penting, buat untuk survival. Apatah lagi, jika berada ditengah-tengah budaya sekeliling yang sentiasa 'mencari' salah dan kelemahan. Juga saat menuntut banyak usaha 'try n error',

Namun jika terlalu over,
Ianya akan bentuk diri kita, suka perlekehkan orang, tak kuat ikatan dengan Allah dan ego tak bertempat,

Kalau kita renung dan perhati.
Sebenarnya, kita dikelilingi insan-insan yang sangat hebat. Kelebihan mereka mungkin saling berbeza. Namun, mereka sangat 'mahir' dibidang mereka.

Sayang... Jika ego kita ini, menyebabkan kita tak dapat ambil apa-apa faedah dan belajar dari 'kemahiran' mereka.


Satel Cara Orang Kampung;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Kalau berdepan orang cemas. Elak beri ceramah sentap, tak pasal-pasal nanti hang kena sepak. Hang pun jet dia balik, dia panggil geng, terus pogo hang.

Masalah tak selesai, rumah tunggang langgang.

Hang perlu cari timing sesuai, untuk dekati dia.
Adakala jurus kilat tanpa bayang sesuai. Adakala kena slow talk. Adakala bawak mai orang yang dia senang. Adakala kena buka aircond takat 16°c. Belanja duit minyak pun ok,

Boleh juga bawak mai orang kampung datang serang. Tapi cara ni payah nak berjaya, sebab dia pun ada geng sendiri. Kitorang pun tak tau, antara korang berdua, mana lagi kuat.

Dan sudah pasti. Hang kena pandai main tarik-lepas tali. Kena turunkan ego. Itupun, kalau hang memang niat nak selamatkan keadaan.

Adakala benda tak leh satel, bukan sebab payah nak handle. Tapi sebab dah libatkan emosi, kait pula duka silam, yang ammarah kawan pun masuk sekali, ditambah dengan batu api kat tepi...... Padan jadi Padang Pasir Dua Butir je lah sampai ke sudah.

Cerita sikit Pasal Ilmu;


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ilmu yang belajar, gunanya untuk amal. Sebab itu kalau kena caranya. Tiada sijil pun seronok belajar. Manfaatnya tetap dapat kita rasa.

Ilmu Agama. Ianya ilmu yang hidup. Setiap hari malahan saat, kita pasti gunakannya Insha Allah,
Teringat cerita Ustaz Hazri Pondok Pasir Tumboh;

'Tok Ayah Sin (TG Hj Hashim) dulu, antara orang yang sangat istiqamah...'

Banyak amalan yang dah jadi wirid harian dan mingguan di pondok-pondok. Semua bersumber sebenarnya. Ambilan dari kitab muktabar. Hasil galian dari Alquran, Hadith dan Atsar Sahabat.ra.

Kerana itu, antara adab kita terhadap Tok-tok guru dan 'alim ulama. Jangan 'gopoh dan cepat' pertikai amalan mereka. Khususnya jika mereka lakukan sesuatu, tindakan refleks mereka, keputusan dan pertimbangan mereka.

Kerana mungkin setelah kita bertanya dan tahu nanti. Kita akan tersenyum sorang;
"Banyak lagi rupanya yang aku kena belajar... "

Kata Sohib Matan Zubad;
وكل من بغير علم يعمل
أعماله مردودة لا تقبل،
فعالم بعلمه لم يعملن
معذب من قبل عباد الوثن،

Jadual Pengajian Pondok Sri Damai (Madrasah Darus Salam)


Lokasi                            :    Kampung Sri Damai, Kuantan, 
                                           Pahang. 
Lokasi Google Maps      :     3°44'53.8"N 103°13'50.9"E
Nama Lain                      :    Pondok Tok Ayah Wan 
                                           (Pondok Sri Damai).


Silibus Pengajian     ;     Kitab Kuning Jawi (Turath);

Waktu Kelas Umum ;     Bermula selepas Maghrib 
                                     hingga jam 9pm ke 9.30pm,




Rabu      : ( حكم جاوي ) -Akhlak/Tasawwuf




Khamis   : ( Bacaan Yaasin )


Jumaat   :  ( بغية الطلاب )  -Fiqh



Sabtu     : ( سير السالكين ) -Fiqh



Ahad      : ( سير السالكين ) -Fiqh



Isnin       : ( عقيدة الناجين ) -Akidah


Selasa    : ( سبيل المهتدين ) -Fiqh

Bagi yang bersemangat untuk membantu. Bolehlah menyalurkan sumbangan anda melalui:


Bank Simpanan Nasional.   
No Akaun:    06112-29-84491087-1   
Atas nama:   Wan Mohd. Zukir Bin Wan Ismail.   
No. K/P    :   620804-11-5055 
No. Telefon:  011-32944567 



Tujuan:
Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membina beberapa banggunan wakaf dan kegunaan kebajikan madrasah.






Tok Guru Haji Wan Zukir (Tok Ayah Wan)


Suasana Pondok Seri Damai (Madrasah Darus Salam)




P/s: Saya bukannya anak murid yang rapat dengan Tok Ayah Wan. Cumanya selalu ikuti kelas Tok Ayah di Pondok. Ini sekadar maklumat yang saya cari dan tanya dari murid-murid yang rapat dengan Tok Ayah. Nak tahu lebih lanjut. Boleh jumpa Tok Guru Haji Wan Zukir di Pondok Seri Damai, Jaya Gading Kuantan.

Blog Pondok Sri Damai: http://pondoksridamai.blogspot.my/

Jadilah Duta Yang Baik !




Bila bersandar pada 'Islam';

Baik berserban-kopiah, berniqab, bertudung labuh, guru agama, belajar agama hatta Penganut Agama Islam.

Maka apa-apa kesilapan yang dibuat. Pasti Agama Islam akan terpalit. Tak pasal-pasal Agama Islam pula yang dihina,

"Itulah perangai orang Islam..."

Janganlah disebabkan kita. Agama, organisasi, institusi dan umat Islam dikeji hina,

Jadilah duta yang baik !

Penangan Surat Khabar;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Saya tak tahu orang lain.

Tapi cuba juga tanya kenalan yang pernah masuk surat khabar. Duk hitung-hitung, hampir semua kata pasti ada 'kesilapan', walau sedikit.

Paling kurang, tersilap tulis nama orang lain. Belum cerita spin, maklumat lain, kronologi kejadian ke laut.

Lepas tu. Dengan mudahnya, kita pula pi rujuk. Ingatkan murung sebab apa. Rupanya baru lepas baca Surat Khabar.

Mudahnya....
Teringat suasana di Ardul Kinanah. Kalau cerita bab Kitab. Memang rancak.

Sehingga mengetahui maklumat tentang kitab juga, dianggap pakar. Kerana 'kompleks' dan perlunya penelitian yang mendalam,

Mana penerbit yang cetakan mereka terjaga, mana yang selalu jatuh. Siapa pentahkiqnya. Mana penerbit punyai penyemak yang pakar. Mana yang penyalinnya diragui.

Kenapa memilih Cetakan Halabi, Dar Minhaj, Dar Basyair, Dar Basoir dan beberapa lagi. Kenapa perlu dielak membeli cetakan dari penerbit yang lain,

Kan teliti tu...

Nampak sangat tak berharga;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bila mudah amat ungkap "Putus Sahabat". Nampak sangat 'murahnya' nilai persahabatan kita. Lebih best guna istilah rodong, member, geng, kacip. Sebab kebiasaan, ianya lebih kukuh dan bertahan lama.

Setiap kawan ada 'wilayah kekuasaan' tersendiri,

Bukan semua benda kawan mampu tolong. Hatta jika di dalam bidangnya sekalipun;
" Mana mungkin seorang guru tasmi' boleh membiarkan muridnya tidak menghafaz, hanya semata-mata murid itu anak member kacipnya...."

Cubalah rasional,

Dalam bersahabat. Mesti banyak memberi dan berkorban, bukan menerima. Itupun jika inginkan 'ikatan' kekal lama.

Jangan terlalu banyak berfikir; "Dia pun tak pernah..., bila susah cari aku..., Asyik aku je beri...,
Namun, bila ianya di dalam 'wilayah kekuasaan' kita. Maka tanggungjawab kitalah untuk membantu. Hatta jika kawan kita itu tidak memintanya pun.

"Aku baik dengan Mat dan Abu. Mat perlukan pengedar untuk produk dia. Abu lak tengah cari produk untuk letak kat kedai dia.

Kan bagus aku temukan mereka berdua"

Dimana 'roh' lagu Orang Mellenium?


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bezakan aura lagu jiwang 90an yang meremangkan bulu roma dan tangkap leleh.

Resapan semangat merdeka dan terbayang harmoni masyarakat, dari lagu nyanyian Almarhum Sudirman.

Damainya melodi, sambil fikiran dilorongkan agar merenung mesej 'mendalam', dari bait lirik kumpulan nasyid Nadamurni dan The Zikr,

Orang dulu-dulu, bukan hanya menyanyi di mulut dan menulis di tangan semata-mata.
Kita seolah-olah dapat merasa,

Mereka cermat merenung tajam perubahan alam. Lalu mereka lakarkan bersama perasaan. Seterusnya, mereka datangkan rentak yang sangat 'masuk' dengan mesej dan dipersembahkan dengan 'feeling',

Mereka bukan semata-mata menyanyi. Mereka sedang berkarya.

Diantara Papan Kenyataan dan Portal;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Dia begini. Cantiknya semua Institusi dan organisasi ada Facebook atau portal masing-masing,

Hatta zaman sekarang. Mungkin di sebahagian tempat. Teknik penyebaran maklumat menggunakan Facebook dan portal lebih 'luas capaiannya', berbanding sekadar menampal notis dan pemberitahuan di Papan Kenyataan.

Berbual dengan teman rapat.
Di sebahagian jabatan. Trend mesyuarat kini, hanya menggunakan WhatsApp (Walaupun ada juga yang kurang selesa begini). Positifnya, menjimatkan masa.

Semua ahli boleh lakukan kerja masing-masing. Tanpa perlu berkumpul di satu tempat untuk berbincang, memberi idea. Siap boleh datangkan 'link laman web' lagi ketika membentangkan 'contoh'. Bagi melihat tapak 'projek', hanya perlu 'capture' gambar dan tunjuk.

Masjid, Surau, Sekolah, Madrasah atau Pondok juga. Boleh hebahkan jadual pengajian dan aktiviti dengan lebih meluas. Hatta Pak Man yang sedang rehat di RnR Temerloh, Makcik Kiah yang sedang melesung belacan, Abu yang sedang berbaring di katil, Joyah yang sedang naik bas, semuanya boleh 'access' dengan makluman.

Bagi IPT-IPT, sudah kemestian. Dokumen peribadi kini, tidak perlu lagi menghantar secara hardcopy. Cukup scan, attach dan upload ke portal.

Malah, tugas mencari info maklumat, menyiasat, membaca jalan dan membuat pilihan juga lebih mudah. Adakala, duduk dan fokus scroll internet di smartphone lebih memberikan hasil yang pantas berbanding terjah mencari maklumat diluar (walau, tidak semuanya begini).

Justeru. Portal institusi, jabatan, sekolah, kelab, persatuan perlu di-upgrade. Bagi lebih mesra pengguna.

Kalau pandai atur 'Kumpulan, Page, Friends'. Boleh je wall kita dipenuhi dengan benda yang bermanafaat. Siap rasa macam berada kat perpustakaan lagi,

Sebab terlalu banyak info dari penulis ensiklopedia, pengalaman figura Travelog, susunan ayat penulis novel, Teguran ilmu dari Cendekiawan, idea luar kotak dari Pemikir, motivasi dari aktivis dakwah dan sukarelawan sosial.

Namun kita tak nafikan. Ruang kefasadan dan Dajjal juga semakin terbentang luas.
Memandang 10-15 tahun dahulu. Alangkah berbezanya dunia ketika itu.