Isnin, 29 Jun 2015

Perlu ubah imaginasi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Sebelum ini, bila aku ingin buat sesuatu. Aku akan imagine, kemudian buat ikut apa aku imagine.

Namun satu - dua hari ini. Ketika menimbang masak-masak halatuju hidupku. Apa aku nak buat selepas ini. Fikir tentang dunia pekerjaan. Aku rasa, aku perlu ubah cara fikirku.

Aku selalu dahulukan fikir;

"Apa watak aku depan pelajar. Cara paling sesuai aku buat. Gaya bagaimana aku nak tampilkan..."

Sudah tiba masanya, aku dahulukan fikir;

"Aku nak pastikan pelajar aku 'alim. Cara paling mudah mereka boleh hafaz Alquran. Cara nak bagi diorang ingat Alquran'

"Aku nak jemaah masjid tahu adab dan akhlak. Jemaah masjid hargai dan cinta majlis ilmu dan Talaqqi"

Dengan imagine personaliti yang bakal aku tampilkan memang bagus. TApi manfaatnya mungkin hanya untuk aku dan 1-2 orang.

Tapi kalau tergetku adalah mad'u. Maka kesannya Insha Allah lebih menyeluruh.

Mudah-mudahan Allah dapat memberikan rezeki "Ilmu yang dimanfaatkan" buatku. Menjadi bekal bagiku di dalam kubur dan saat bertemu Allah nanti.... Ammeen.

Ahad, 28 Jun 2015

Aku plan........

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

"Aku plan nak buat camni-camni..."

Individu 1: errr... Aku rasa tak sesuai kot. Sebab dah ramai buat.

Individu 2: Bagus idea ko tu. Tapi aku rasa better ko buat macam ni. Sebab...

Individu 3: Boleh pergi ke idea ko ni? Aku rasa macam takleh je..

Individu 4: Ah... ko tu plan bukan main. Lepas tu gagal..

Individu 5: Ko ni memang jenis tak boleh duduk diam ke?

Individu 6: Terbaik. Aku sokong. Kalau nak apa-apa bantuan yang aku boleh tolong. Calling je aku.

Individu 7: Buat je, redah je. Salah betul lain kira. Yang penting kita cuba. Lim Goh Tong dulu.... bla bla bla..

Individu 8: Aku nak join.!

Individu 9: Ikut hang lah

Individu 10: Dah untung nanti belanja aku.

Individu 11:( ...... ), Din.. Ko main FIFA dengan Sam semalam sape menang?

Persediaan Wajib Sebelum ke Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Persediaan Sebelum ke Mesir;

Seronok melayan adik-adik yang baru mendapat result.

1. Kini topik 'sambung belajar' menjadi pilihan mereka. Ada yang sudah memasang angan-angan ke IPT. Tidak kurang, yang teruja nak merantau menimba ilmu di negara arab. Mudah-mudahan Allah berikan tempat terbaik.

Post kali ini sengaja nak fokuskan kepada persediaan jika ingin ke Mesir. Lebih khusus Ilmu Nahu.

2. Dalam banyak-banyak persediaan. Bagi saya, dalami Ilmu Nahu dan Sorof antara yang paling penting. Sekarang sudah bulan March. Insha Allah dalam masa 4-5 bulan sebelum berlepas ini, pastikan ilmu ini dikuasai atau sekurang-kurangnya telah nampak gambaran awal.

3. Di sana nanti, semua Ilmu berhajat kepada Ilmu Nahu dan Sorof sebagai ilmu alatnya.

4. Saya sukar membayangkan. Bagaimana Seorang Pelajar Qiraat boleh memahami dengan mudah, Matan Toyyibah susunan Imam Jazari, tanpa bantuan Ilmu Nahu dan Sorof. Salah satu matan yang disusun dengan kemahiran Nahu yang sangat tinggi.

5. Ilmu Sorof juga sangat membantu pelajar memahami istilah-istilah di dalam Ilmu Mustalah Hadith dengan pantas. Tanpa perlu berhempas pulas memahami takrif.

6. Begitu juga dalam Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf. Penguasaan Ilmu Nahu dan Sorof juga amat diperlukan dalam nak memahami teks. Tersilap memberikan 'atof, mengembalikan domir atau mencari khobar. Maka pelajar dengan sangat mudah terdedah dengan risiko 'salah kefahaman'.

7. Tidak dinafikan. Ilmu Nahu dan Sorof ini juga boleh kita dalami di Mesir nanti. Namun, jika sejak dari Malaysia lagi kita telah kuasai, atau sekurang-kurangnya telah 'lalu air'. Maka di sana nanti kita akan lebih mudah faham. Seterusnya boleh melangkah ke kitab yang lebih tinggi dengan mudah.

8. Akhir kata. Di samping hadir ke kulliah di Universiti. Rajin-rajinlah bermulazamah dengan Kelas Talaqqi. Berkenalanlah dengan Mudoyyafah Syeikh Ali Jum'ah, Sahah Yamani, Mujawwir AlAzhar, Markaz Dar Hasani, Masjid Khazandarah dan Ruwaq-ruwaq di Masjid Al-Azhar.

9. Kadangkala sedih juga. Bila graduan Syariah mahir bab solat syiddati khouf , tapi tak pandai bab istijmar dalam bersuci. Mahir bab zakat perniagaan, tapi 'surrender ' bab masbuk muafiq dalam solat berjemaah.

10. Bila anda telah bulatkan tekad untuk mengaji di Jami'ah AlAzhar Mesir. Usah hiraukan cakap-cakap orang. Sekarang Fokus kepada memahami Ilmu Nahu Sorof, dan bersedialah untuk berkorban. 5-6 bulan akan datang, Insha Allah anda akan dapati, anda sedang berada di tengah-tengah Syurga Menuntut Ilmu yang belum pernah anda nikmati sebelum ini.

11. Ketika itu. Semakin kuat anda. Maka semakin banyak 'mutiara' yang akan anda kutip di sana insha Allah. Selamat Berjaya hendaknya dan selamat membuat persediaan.

Melayu Malaysia dan Singapura bangsa menagih

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Walaupun jauh di Asia Tenggara. Lee Kuan Yew tetap dianggap sebagai pemimpin Cina yang berjaya. Strateginya membangunkan Singapura ditiru Negara Tembok Besar. Barat belajar darinya cara bermuamalah dengan Beijing.

Kelakar pula rasa,

Singapura yang dibangun Lee Kuan Yew tu, dulunya Malaysia atau Tanah Melayu. Milik Orang Islam kita.
Jika selalu ikuti grup-grup masyarakat Melayu Islam Singapura. Memang rasa sedih. Topik yang dibincang, tak rasa macam Melayu Islam masih punya 'power', walau sedikit.

Seolah-olah nasib mereka telah di-control oleh Cina Singapura.

Namun Cina di Malaysia? Walaupun sebaliknya minoriti. Namun kuasa Ekonomi Malaysia dipegang mereka. Semua Parti Politik Kerajaan dan Pembangkang nak tawan hati mereka. Kuasa Penentu keputusan Pilihan Raya khususnya di Pulau Pinang dan bandar-bandar besar di Malaysia ditentukan oleh undi mereka.

Kita Melayu Islam. Seperti juga di Singapura. Terus menagih. Tak kira jadi majoriti atau minoriti.
Istisna Cina Muslim. Kerana mereka juga adalah sebahagian dari darah daging Melayu Muslim kita .

Buka sahaja Facebook

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Hehe..

Asal buka je Facebook. Terus beratur status berbaur pergaduhan.

Kritikan adakalanya bagus. Kerana buatkan kita lebih cermat dan berhati-hati.

Namun, Adakalanya merumitkan juga, sebab banyak idea dan usaha yang bakal terbantut awal. Kerana diasak dan diserang dengan teori yang belum pasti.

Dunia Facebook juga seperti dunia kita yang nyata.
Perlu tenang menyambut pandangan orang, juga luas berlapang dada. Jika tidak, jiwa mungkin bernanah.
Namun dunia Facebook mungkin lebih kejam. Kerana apa yang terpendam di hati sangat mudah terdorong untuk diluah.

Walaupun adakala status itu tidak logik dan terlalu mengikut perasaan. Berbanding di dunia realiti... kita lebih beringat dan 'beragak-agak'.

Skill komunikasi di dunia realiti bertemu skill di Facebook. Tiada lagi istilah pakar atau profesyen. Yang ada, hanyalah siapa lagi bernas.

Terbaik vs Terbaik = Terbaik

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Prof Dr.Ahmet Davutoglu,

Sebelum ini kita sering ikuti perkembangan tokoh dunia era abad-21. Erdogan di Turki, Dr.Morsi di Mesir, Ramzan Kadyrov di Chechnya, Jokowi di Indonesia dan Ahmadinejad di Iran (sudut politiknya). Kini muncul pula Prof Dr. Ahmet Davutoglu (awat payahnya nama).

Gambaran daripada orang tua-tua, walaupun ketika itu masih kecil lagi. watak-watak di akhir-akhir abad 20 mungkin lagi hebat. Ketika itu zaman Saddam Hussain dan beberapa lagi tokoh dunia.

Kini nama Dr.Davutoglu seperti dah mula nak menyinar. Seolahnya mengikut jejak mantan PM Turki Erdogan terdahulu, yang kini dah naik menjadi Presiden,

Mudah-mudahan nanti dapat miliki Buku Strategic Depth yang dikarang beliau ni.

Macam ni lah bagus.

Kita di Malaysia ramai Pengkritik, pemikir, pemerhati dan penganalisis yang baik. Kumpulan IRIS ini sebagai contohnya. Jika di dalam Pakatan Rakyat pula ada individu seperti Saudara Rafizi. Tidak terkecuali Wan Ahmad Faisal, Mat Rodi dan beberapa Gen Y mahupun X yang lain.

Takpelah berbeza ideologi pun. Yang penting budaya berfikir dan menganalisis itu terbudaya. Sebab bila semakin ramai yang berfikir ke arah kebaikan. Maka nanti, yang terbaik juga akan tertolak mewakili kumpulan masing-masing insha Allah.

Terbaik vs Terbaik = Terbaik

Cara Islam vs Cara Freemason

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Strategi Freemason vs Sirah Rasulullah.saw;

Jika kita amati buku-buku konspirasi Dajjal, melibatkan organisasi seperti Illuminati, Freemason dan empayar Rothschild (Abaikan dahulu samaada fakta di dalam buku itu benar atau palsu).

Maka dapat rasakan betapa rumit, kompleks dan susahnya menggerakkan strategi yang mereka sendiri susun,

Berbanding jika kita telusuri Sirah Nabi Muhammad.saw,

1. Tentera Muslim dibantu malaikat, memenangi Perang Badar, dengan nisbah tentera muslim yang jauh lebih sedikit.
2. Tentera musyriq ditidurkan Allah.swa, ketika Rasulullah.saw nak berangkat hijrah ke Madinah.
3. Malaikat menawarkan kepada Rasulullah.saw untuk menghentak kaum musyriq dengan bukit, ketika di Thoif.
4. Dan banyak lagi peristiwa lain,

Kan mudah tu..

Semuanya kerana Muslim dilindungi oleh Allah.swa. Pencipta kepada manusia, akal manusia dan alam semesta yang luas ini.

Di sebalik golongan Kafir berhempas pulas berfikir, mengerah akal untuk menguasai kita Umat Islam. Kita pula hanya diuji dengan 'diri kita sendiri'. Cukup berjaya mengawal 'diri sendiri', maka datanglah pertolongan Allah.swa dan kita menang. Lihat sahaja peperangan Uhud.

Kerana itu,
Antara sebaik-baik tentera dan pemimpin yang pernah umat Islam miliki adalah Sultan Muhammad Alfateh. Kerana baginda antara pemimpin paling berjaya mengawal 'diri sendiri'. Lihatlah pada amalan qiamullail dan solat berjemaah baginda.

Sudah tentu insha Allah. Jika diteliti, antara asbab paling utamanya. Baginda punyai guru yang mursyid iaitu Syeikh Syamsuddin, yang juga mursyid kepada ayahanda baginda Sultan Murad II. Baginda dididik dengan manhaj yang terkenal mendidik jiwa, iaitu manhaj kesufian.

Pokoknya adalah jiwa,

Ghazzah (Gaza), sehingga kini Israel gagal menguasainya secara total. Lihatlah bagaimana Gerakan HAMAS meneliti kriteria calon tentera yang bakal mereka rekrut. Berapa tahun mereka perlu melazimi Solat Subuh berjemaah.

Bila jiwa sudah terdidik. Maka lahirlah Insan yang siangnya ibarat Singa yang lapar di Medan Perang. Dan malamnya ibarat budak kecil yang menangis kelaparan di depan Rabbul Alamin.

Persoalan;
Adakah Imam Mahdi di akhir zaman nanti bakal muncul diiringi strategi yang kompleks atau Nusrah yang mudah?

Bila Melayu Islam tidak bersungguh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Perang Media memusnahkan Karektor Tokoh Muslim di Malaysia;

Banyak hal ehwal Umat Islam yang Melayu Muslim terlepas pandang atau tidak bersungguh menanganinya.. Lantas ianya diambil alih oleh Cina dan bangsa Muslim lain untuk mempertahankannya,

Seperti isu kebajikan asnaf muallaf, gerakan murtad, taktik orientalis dan propaganda halus oleh media liberal,

Di sebalik bangsa Melayu Muslim kita yang semakin hanyut, dan asyik saling bertikam sesama saudara se-agamanya sendiri. Malah seronok pula menerima 'layanan mesra' Orang Kafir,

Bangsa India, Cina dan Peribumi Muslim di Sabah Sarawak pula bertungkus lumus menampal lubang, menyelamatkan bahtera Kedaulatan Islam di Bumi Malaysia,

Selama ini, Bangsa Melayu adalah teras kepada teguhnya Islam di Malaysia. Jika bangsa ini porak-peranda, Orang Islam dari bangsa-bangsa lain juga akan turut terkena tempiasnya,

Bila satu bangsa tidak mahu pertahankan Islam dan Umatnya... Allah gantikan dengan bangsa yang jauh lebih baik,

Jangan banyak cakap depan guru

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Nikmati Kembara Percuma;

Cubalah perhatikan Orang Alim dan Soleh, guru-guru kita. Seronok sejuk melihat seni pergaulan mereka,
Teringat kisah baru-baru ini;

" Seorang guru agama yang alim. Beliau sangat mahir ilmu turath (kitab kuning) dan pengalamannya belajar selama hampir umurnya kini 40-an, cukup menerangkan siapa beliau. Pernah berguru di Pattani dan Kedah.

Kisahnya,
Semasa ke Terengganu, beliau mendapat khabar terdapat seorang tua yang sezaman dengan Tok Kenali masih lagi hidup. Lantas beliau segera ambil kesempatan untuk berziarah.

Beliau suka bertemu orang alim, dan tujuannya ke Terenggau juga kerana Ijtima Ulama di Rusila (Walaupun beliau pun lantang kritik PAS).

Sebaik bertentang mata dengan guru yang sezaman dengan Tok Kenali itu. Peribadinya terus berubah. Dari sebelumnya seorang yang banyak 'memberi info', lantang menegur dan lincah memberi nasihat kepada pelajarnya. Pantas beliau menjadi persis pelajar. Kepada watak 'pendengar setia' dan 'Kuat bertanya'. Beliau korek sungguh-sungguh faedah dari tuan guru sezaman Tok Kenali itu,

Sesiapa yang melihat pasti kagum dengan sikapnya, insha Allah"

Andai kita semua amati.

Beginilah juga sikap Syeikh Usamah Alazhari, Habib Ali Zainal Abidin Alhamid dan alim ulama kita yang lain. Mereka tahu waktu bila mereka perlu 'diam' dan kutip sebanyaknya 'istifadhah' (manfaat). Walhal semasa di podium atau pentas, berebut-rebut pelajar mahu mendengar kalam mereka,

Begitu jugalah dengan mereka yang.banyak pengalaman serta telah lama dalam satu-satu bidang pekerjaan. Rugi jika kita pula yang banyak cakap, bukan banyak mendengar 'buah hikmah' dari mereka,

Sangat-sangat rugi jika Ilmu dan Pengalaman berharga dan susah nak dapat oleh orang lain itu, kita biarkan begitu sahaja. Nikmatilah kembara percuma, sementara kita pun masih muda.

Islam semakin tinggi bila di-provok

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Saat Terbaik Menyerlahkan Islam;

1. Seronok kita tengok reaksi mereka yang pantas. Mereka cepat membaca peristiwa kejadian, dan tajam mencari solusinya di dalam Syariah,

2. Cara begini sangat bagus,
Bagi memperlihatkan betapa teliti dan cantiknya Hukum atau syariat Islam memandu keputusan, disaat banyak mata tertumpu di isu ini. Bimbang dikritik?

Tidak perlu bimbang;
"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya,"

3. Semakin Islam dikritik. Maka semakin tersingkap jelas keindahan syariat Islam disebalik langsir. Kita semua perasan, berlaku ketika peristiwa 11September, kontroversi Filem Fitna dan banyak lagi.

4. Tujuannya ingin me-negatifkan Islam, sebaliknya banyak pula positif yang mereka jumpa. Malah semakin ramai yang masuk Islam.

5. Manusia mudah suka kepada solusi yang mantap. Lalu diberikan mereka solusi dari Tuhan yang Maha Sempurna. Dengan Hidayah Allah jua, insha Allah pasti IQ mereka yang tinggi dan logik akal mereka yang rasional akan membenarkan,

" Oh Alangkah indah hidup ini,
Bila Islam bersinar kembali,
Cahaya Iman menyuluh tiap sanubari,
Ketenangan Mewarnai bumi..."

Ujian Jemaah Tabligh ketika berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ujian dihadapi Jemaah Tabligh;

Teringat sahabat baik bercerita baru-baru ini. Pengalaman keluar ke kepulauan Borneo. Di suatu penempatan atas laut (Kawasan suku Bajau Laut? Wallahua'lam).

Ketika ingin solat berjemaah di surau. Imam juga dari kalangan jemaah Tabligh,
Ada seorang makcik yang meluru ke arah imam dan menolak imam itu. Tidak cukup dengan itu, kemudian Beg pakaian mereka pula ingin dicampak ke laut, sebelum berjaya dihalang seorang jemaah tabligh.

Sehingga untuk meneruskan solat, perlu ada jemaah yang bertugas menjaga beg-beg pakaian mereka.
Jika inilah calon Ahli Syurga. Lantas kita pula bagaimana?

Menjaga Remaja 15,16-17 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Selingkar Usia Remaja 15,16-17 tahun;

Fatrah umur begini amat mencabar untuk dibentuk. Saat perubahan ketara dari seorang mumayyiz kepada Baligh, dari budak kepada dewasa,

Kombinasi antara terbawa sikap kebudakkan, dengan akal persis dewasa. Juga perubahan emosi yang tidak konsisten dengan pelbagai rencah. Dibantu pula dengan keinginan untuk hidup bebas dan semangat memberontak. Menjadikan remaja antara golongan paling rumit untuk ditangani,

Ketika inilah mula kedengaran pelbagai aktiviti 'nakal' remaja. Pengaruh luar seperti dadah dan pergaulan bebas antara ancaman utama,

Sedikit sahaja kecuaian kita. Masa depan remaja itu mungkin tergadai,

Justeru, walaupun dibuat 'kawan' antara cara terbaik merapatkan jurang dengan remaja. Namun, 'seni' melentur kanak-kanak masih lagi perlu dipraktik,

Walau apapun silap remaja. Kita perlu sabar dan fleksibel semasa mendidik. Matlamat kita perlu dominan di hati, agar emosi tidak mengusai. Fokus kepada matlamat,

Masanya tidak lama. Bila masuk sahaja umur 20an Insha Allah, suasana akan semakin terkawal. Sudah pasti kesabaran amat ditagih,

Bersyukurlah kita, kerana dihadiahkan Allah dengan guru-guru yang sabar dan bijak menundukkan kita dahulu. Melayan ragam kerenah kita,

Mudah-mudahan guru-guru kita semua dirahmati Allah.

10-20 Tahun akan datang

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Teringat suasana di Bumi Anbiya',

Jika diadakan sebarang Majlis Ilmu. Baik oleh Ulama' Alazhar atau luar Mesir. Baik terbuka atau tertutup di rumah. Maka yang memenuhi ruang, gigih menekuni dan bersungguh memberi khidmat Insha Allah pastinya pelajar Malaysia,

Malah ada dari kalangan pelajar Malaysia ini membuat inisiatif sendiri, dengan menjemput Ulama pakar dari luar negara, untuk membuat Daurah Khusus di Mesir,

Khabarnya, suasana begini mula meriah, sejak Syeikh Ali Jum'ah menghidupkan kembali budaya Ilmu di Alazhar. Setelah lama malap ditengah masyarakat Mesir,

Bila terfikir akan suasana ini. Rasa lega sedikit. Mudah-mudahan untuk 10-20 tahun akan datang. Kehidupan masyarakat kita diMalaysi bertambah baik. Berkat bimbingan permata-permata ini.

Khamis, 25 Jun 2015

Jiran Cina masuk Islam dan setahun berikutnya meninggal

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Masa kecik dulu. Ada sebuah Keluarga Cina bukan Islam. Tinggal di kampung sebelah. Walaupun tidaklah terlalu rapat, tapi amat kenal dengan anak lelakinya.

Pernah sekali semasa 'jungle tracking', kami lalu berdekatan rumahnya. Penuh dengan anjing. Mereka tinggal di pinggir Sungai Pahang dan agak jauh terpinggir ke kawasan ladang,

Satu hari mendapat cerita. Mereka sekeluarga telah memeluk Islam, asbab usaha satu jemaah Tabligh yang datang ke kampung itu.

Takdir Allah. Tahun berikutnya, mendapat lagi satu khabar. Ketua keluarga itu telah meninggal dunia. Usianya dalam lingkungan 50-60 tahun.

Sekejap sahaja tempohnya. Hidayah milik Allah.

Mazhab syafie menolak khilaf?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Bagaimana mungkin mengatakan Pengikut Mazhab Syafie itu menolak khilaf,
Sedangkan sejak dari awal mula belajar lagi. Kita sudah didedahkan dengan Khilaf antara:

1. Imam Ibn Hajar dan Imam Ramli,
2. Imam Rafie dan Imam Nawawi,
3. Aliran Khurrasan dan Aliran Iraqi.
4. Malahan banyak lagi, 


Kesemua tokoh-tokoh ini adalah nama besar dalam Mazhab Syafie. Percanggahan pendapat mereka didedahkan secara terbuka di dalam Kitab-kitab ber-Mazhab Syafie.

Malahan, ada kitab khusus yang membicarakan khilaf antara tokoh-tokoh ini. Contohnya Kitab Fathu 'Ali, yang memetik khilaf-khilaf antara Imam Ibn Hajar dan Imam Ramli,

Berbezanya kita Penganut Mazhab Syafie. Dengan mengetahui khilaf-khilaf ini. Kita semakin faham dan hormat akan pegangan Saudara se-Islam kita, yang berpegang dengan ijtihad Mujtahid yang lain,

Bak kata Tok Ayah Wan (Ustaz Wan Zukir Pondok Darus Salam);
"Kita bukan ta'assub mazhab. Tapi kita berpegang pada mazhab..."

Ziarah Maqom Syeikh Idris Almarbawi di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak










بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Ziarah Maqom Syeikh Idris Almarbawi di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak;

Alhamdulillah.

Terimbau dalam 3-4 tahun lepas. Mendengar Alfadhil Ustaz Hairul Nizam bercerita tentang manaqib Syeikh Idris.

Kemudian kisah Syeikh Idris diminta oleh gurunya yang mengajar di Masjid Saidina Hussain.ra di Kaherah, Mesir. Untuk menyusun sebuah kamus berbahasa Melayu,

Bagaimana, Tuan Guru Dr.Haron Din boleh terjumpa beliau di Masjid Alazhar. Dan menyelami kepayahan hidup Syeikh Idris ketika itu,

Dan kini, siapa tidak kenal dengan Kamus Almarbawi dan Kitab AlBahrul Mazi, yang menjadi rujukan utama para ilmuan Islam Tanah Melayu,

Susuk yang sangat berjasa buat Umat Islam Tanah Melayu,

Alfatihah.

Ekonomi Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, Pantai Remis




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ekonomi Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, Pantai Remis;
Sebaik mendengar Maulana Jalaluddin bercerita, bagaimana beliau corakkan sumber bagi ekonomi Madrasah ini. Maka tiba-tiba gambaran Maahad Zaitun di Indonesia muncul. Kaedah mereka hampir persis,

1. Gambar di bawah adalah lokasi projek menternak ayam kampung. Jumlahnya sekitar 1000-5000 ekor,

2. Gambar seterusnya adalah lokasi projek pembuatan roti. Pelajar di sini boleh 3-4 kali makan roti sehari.

3. Mereka juga menjadi pengedar bagi madu kelulut.

Antara projek lain dalam perancangan. Projek menternak kambing dan ikan.

Wallahua'lam,

Tapi lebih melihat Maulana Jalaluddin dari sudut keberkatannya mengaji. Dahulu semasa mengaji di Pondok Pasir Tumboh. Jika disebut Maulana. Semua kenal. Sebab rajin khidmat tolak kerusi roda Tok Guru,

Sejak sebelum dibuka madrasah dan sehinggalah sekarang. Beliau rajin meminta doa baik dari guru-gurunya dan alim ulama yang lain. Antaranya Syeikh Toyyib juga pernah mendoakan usahanya,

Satu lagi tauladan yang baik.

Harakah dan Harakahdaily perlu diremajakan



Strategi Media,

Akhbar HARAKAH dan HARAKAHDAILY perlu diremajakan.
Dalam beratus ribu dan mungkin jutaan ahli PAS. Takkanlah tiada langsung yang mahir seni propaganda dan perang saraf media,

Takkanlah laporan Harakahdaily boleh lagi jauh tertinggal dari Malaysiakini, MalaysiaInsider, ArusBaru dan SinarHarian,

Jangan salah sangka,

Seorang penulis terkemuka, pencatat suasana dan pengkritik pintar. Belum tentu lagi pintar dan berkaliber mengemudi sebuah Batalion Tentera Media dan Akhbar,

Tak keterlaluan rasanya. Kalau nak kata, laporan page FB Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan FB Dewan Ulama PAS Pusat lebih tersusun laporannya,

PAS perlu lakukan sesuatu terhadap Harakahdaily dan Batalion medianya.

P/s: Saya bukan ahli PAS. Tapi saya suka lihat Umat Islam kuat.

Menghidupkan Masjid selepas Asar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Enta... Enta budak baik kan?

Di beberapa masjid dan surau, sebaik selesai doa Solat Asar, maka ada seorang yang akan membaca beberapa potong hadith dari Kitab Fadhilat Amal,

Hadith-hadith ini bercerita tentang kelebihan dan galakan untuk beribadah kepada Allah,
Saban hari.

Kita bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mulut, tangan, mata. Kita semakin jauh dari Allah. Walaupun di hati kecil, rasa ingin hampir dengan Allah itu masih ada,

Lalu,

Majlis bacaan Kitab Fadhilat Amal yang berdurasi sekitar 3-5 minit ini pasti menjadi penawar terbaik. Mengembalikan jiwa kita kepada fitrah bertuhan,

Jika diberi peluang. Sama-sama kita hidupkan amalan membaca Kitab Fadhilat Amal ini di Masjid-masjid dan Surau.

Semua orang punyai fitrah bertuhan,

Betul kan enta..... kan kan kan?

Janganlah alergi dengan Surah Yasiin

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Aik.. Kenapa tiba-tiba masjid mati malam Jumaat;

Kebiasaan selepas maghrib, aktiviti bacaan Surah Yaasin diadakan. Kemudian Solat Isya' berjemaah. Kemudian jamuan dan bersurai.

Malam Jumaat, antara malam paling ramai jemaah di masjid dan surau,
Seronok memerhati perkembangan beberapa masjid, jemaah mereka sangat kreatif mengimarahkan masjid.

1. Di Masjid Bukit Rangin. Mereka dalam usaha membuka kiosk (kedai runcit mungkin). Sesuai bersebelah dengan jalan raya utama. Maka Musafir yang berhenti solat, boleh dapatkan bekal perjalanan di sini. Sambil berehat di astaka yang tersedia.

2. Halaqah usrah. Mungkin bagi menarik segmen jemaah remaja. Maka sebahagian masjid ada yang membentuk halaqah usrah sendiri, dengan seminggu sekali perjumpaan,

3. Ada juga yang menyeliakan kelas talaqqi Alquran serta Kulliah Fardhu Ain Muslimat, pada waktu-waktu tertentu,

4. Ada juga yang bijak mengatur aktiviti bersama. Rombongan, sukaneka kanak-kanak, program derma darah, konvoi masjid ke masjid dan gotong-royong,

Kerana itu kita sedih.

Ada masjid yang aktif aktivitinya sepanjang minggu. Namun sebaik tiba malam jumaat, mati. Langsung tiada aktiviti. Maka jemaah pun buatlah halaqah berborak sendiri, ada berbaring dan ada main i-pad,

Awat jadi lagu ni?

Kalau betullah alergi dengan Surah Yaasin.

Boleh adakan aktiviti tahsin Alquran, kelas fardhu ain atau kitab lain. Ataupun ditukar kepada bacaan mathurat atau Surah Alkahfi. Tidakpun, boleh juga adakan aktiviti tadarus satu Alquran, tapi bila sampai Surah Yaasin kita langkau,

Sayang,

Waktu antara Maghrib ke Isya adalah waktu Prime-time untuk masyarakat hampir kepada Allah. Waktu inilah masjid dan surau paling penuh. Justeru, waktu inilah peluang dakwah terbuka luas,

P/s: Kita ini suka sangat usik benda baik. Walaupun banyak kesan positif padanya, tanpa perlu lama bermenung.

Payah juga nak yakinkan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Menceritakan hukum yang tertulis di kitab agak mudah. Tapi nak meyakinkan yang bertanya, itu yang payah.
Terngiang-ngiang pesan guru (lebih kurang);

"Ilmu itu satu hal. Cara nak menyampaikan juga perlukan ilmu.."
Kalau terhadap Tholibul Ilmi mudah;
"
1. Cuba rujuk kitab sekian-sekian....
2. Habib/Syeikh/Tok Ayah pernah beri dhobit camni...."

Takleh Terima Orang Islam Masuk DAP

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Sedikit demi sedikit,

Nilai-nilai baik yang menyelaputi Ajaran Islam sebelum ini seperti amanah, jujur, bersih, bijaksana, maju, rajin dan banyak lagi, juga telah mula menyelaputi Kuffar.

Sehingga seolah-olah mereka sangat sempurna.
Dan kita langsung gagal menemui kecacatan pada mereka (atas faktor kita yang lemah),

Lantas mereka melakukan provok;
"Apa bezanya Umat Islam dengan kami. Bahkan kami lebih hebat "

Ketika itu, jika sudah kehabisan modal.

Ingat sungguh-sungguh mafhum Ayat Allah ini. Genggam erat-erat dan jadikan pegangan hidup;
" Sesungguhnya agama (yang diredhoi) di sisi Allah hanyalah Islam "

‪#‎TaklehTerimaOrangIslamJoinDAP‬
‪#‎BertuahKeranaKitaMasihAda‬
#‪#‎Sahabat2‬
‪#‎TablighAgensiAgamaIsmaIkramPasHabaibDanTokguru‬
‪#‎MenjadiBentengAgamaIslam‬ ّ

Rabu, 24 Jun 2015

Mengambil sikap 'Understanding' dalam isu 8 atau 20 rakaat Terawikh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Jika dahulu.

Bila ada dua pihak bertikam lidah. Satu nak buat Solat Tarawikh 20 rakaat dan satu lagi 8 rakaat beserta tazkirah.

Kita terus putuskan.
"Solat Tarawikh itu sunat sahaja. Tapi memutuskan Silaturrahim itu haram.. "
Namun, pernahkah kita terfikir.
 
Daripada manakah asal maroji' bagi yang mengatakan wajib Tarawikh itu dengan 20 rakaat. Tidak boleh kurang atau lebih.

( Abaikan dahulu perbincangan 8 rakaat beserta tazkirah. )

Antara maroji' utama bagi 20 rakaat ini adalah dari Kitab I'anah atTolibin. Yang merupakan hasyiah kepada Kitab Fathul Muin yang mensyarahkan Kitab Qurratul Ain.

( I'anah-Fathul Muin -Qurratul Ain )

Kitab I'anah atTolibin antara kitab rujukan utama bagi Pengikut Mazhab AsSyafie.

Jika ingin menilik pada Kitab Jawi. Lihatlah pada Kitab Albahru Alwafi karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud AlFathoni.

Namun begitu. Jangan pula kita orang awam marah dengan mereka yang buat 8 rakaat.

Kalau dirujuk di dalam Kitab bermazhab Syafie yang lain seperti Attaqrirat AsSadidah fil masailil mufidah, tulisan Habib Hasan Alkaf, maka ada dinyata sekurang-kurang Solat Terawikh adalah dua rakaat,

Amacam... Boleh faham?

Nak lagi faham, boleh rujuk kitab yang dinyata dan bertanya kepada alim ulama adalah terlebih baik.

Wallahu a'lam bissowab.

Perbetulkan Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Tok Imam... Cuba tengok Tok Bilal tu....

Ketika berselawat selepas dua rakaat tarawikh. Ketika berdoa. Semuanya kita gunakan Bahasa Arab.
Jadi kena perhati elok-elok Nahu atau barisnya. Pastikan yang perlu guna Jama' dijama'-kan. Kalau idofah bagaimana, kalau naat atau sifat bagaimana.... Semuanya ada kaedah,

Seeloknya disemak dahulu apa yang bakal kita sebut, dengan Ustaz ustazah yang mahir Bahasa Arab.
Kesian kepada Pelajar,

Ustaznya pun... Tolonglah semak doa yang bakal dibaca anak murid ketika menjadi Imam. Tengok nahunya, tengok kesesuaiannya,

Sebenarnya Imam Muda ini adalah duta kecil bagi Institusi Pendidikan mereka. Bila bacaan kemas, tajwid terjaga, doa bagus.... Imej institusi pendidikan mereka juga baik,
Baru orang semakin semangat nak bantu mereka..... kan, kan, kan ?

Tegur sebab sayang. Sebab Masjid-kan Imej Umat Islam,

Pengurusan putih, Infrastruktur putih, Barulah Putihhhh.....

Asam garam hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Asam garam hidup;

Lain orang lain masamnya,

Dulu-dulu,
Kena belajar cakap berkias, berlapik 2-3 tingkat, belajar senyap walau tidak setuju... Nak jaga hati semua, Supaya tiada yang terasa,

Bila umur meningkat,

Kena pula belajar terus terang, hitam kata hitam, belajar cakap tidak walau 99% orang kata ya... Supaya penerangan jelas, isi bertepatan dengan apa yang difikir, maksud sampai dan perkara selesai,

Meningkat lagi umur,

Wallahua'lam...

Lain padang lain belalangnya,