Sabtu, 24 Oktober 2015

Keinginan Pakwan


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Kenapa ya?

 Sekarang aku berdepan dengan beberapa keinginan yang membuak-buak. Walhal diantara satu dengan yang lain itu, ada yang saling berlawan.

1. Keinginan untuk bercinta. Maksud aku dengan isteri yang sah. Serius, sangat kuat sekarang. Mungkinkah kerana umur yang telah mencapai 27 tahun ini. Perasaan ini semakin kuat. Nak saja aku taqdim mana-mana muslimat yang lalu depan aku (Maksudnya yang aku berkenan). Aku tak kisah sangat dengan kriterianya. Cukuplah taat pada Allah. Sempurna menutup aurat.  Dan mampu menjaga dan mendidik anak-anak aku nanti. Suka hadiri majlis ilmu atau aktif dalam usrah pula suatu bonus.

Namun disebabkan ini adalah hal besar. Jadi, aku perlu tenangkan diri. Paling penting untuk keselesaan di masa hadapan. Biarlah calon itu serasi dan sesuai dengan pilihan mak aku. Abi rasanya tak kisah sangat (biasalah lelaki kan).

Pada aku. Untuk meminta restu daripada penjaga muslimat itu, atau menanggungnya. Walaupun aku bukanlah kaya sangat (itupun jika dia mampu hidup seadanya), semua ini Insha Allah aku mampu. Cuma itulah, ibuku. Muslimat manalah agaknya yang mampu memancing hati ibuku.

Hmm... Nampaknya kenalah tunggu mak aku yang decide. Tapi kalau Allah dah tetapkan itu jodoh kita. Maka itulah. Jangan main jauh-jauh yek...


2. Aku ingin mendalami lagi Ilmu Alquran. Tempat yang aku nampak ialah di Mesir. Dari sudut Makhraj huruf, Sifat huruf. Semua jenis bacaan Qiraat. Ilmu Tafsir dan Ulumul Quran yang lain.

3. Aku ingin mendalami Ilmu Kewangan Islam. Dari sudut muamalat, zakat, perbankan, saham dan kesemuanya. Selain Tok Ayah Wan. Dimana lagi aku boleh pelajari semua ini?

4. Aku nak sambung Master di satu Universiti. Yang persis suasananya seperti  di Alazhar dulu. Aku tak mahu seperti suasana Master yang aku faham sekarang. Juz masuk kerana sijil. Buat kajian. Rasa macam sia-sia. Aku nak belajar !! Kerana itu, aku inginkan Master yang seperti dunia Talaqqi. Dunia belajar.

5. Aku teringin habiskan usia aku dalam dunia ilmu. Seperti Universiti. Tapi bukan universiti yang agungkan sijil. Tapi universiti yang mabuk dengan ilmu. Universiti Talaqqi. Adakah universiti sebegini?

6. Dengan rezeki dari Allah. Aku nakjadi asbab kesenangan kepada kedua ibu-bapa dan adikku. Juga keluargaku. Sara dan belanja mereka,

7. Aku tak mahu menjadi peminta sedekah atau simpati kepada masyarakat. Aku nak, biarlah aku yang menyumbang kepada masyarakat. Dari sudut Ilmu, khidmat, bantuan dan wang ringgit.


Entahlah. Ada satu lagi keinginan pelik yang aku ada;

8. Aku terfikir akan mati awal. Aku rasa letih dengan dunia ini. Tapi amalku tiada. Aku rasa kalau nak ikut amal, memang aku gagal. Aku cuma harapkan Rahmat Allah sahaja. Aku nak bahagia dunia, di barzakh, dimakhsyar, di akhirat dan masuk Syurga Firdaus Allah.

Banyak benda yang aku nak minta dengan Allah. Tapi kenikmatan yang Allah beri lagi hebat. Cuma itulah, Aku memang tak layak langsung. Cuma harap kepada Rahmat Allah.

Rabu, 14 Oktober 2015

Bro... Bila masalah datang..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bro..
Bila masalah bertimpa. Itu tanda ko sedang diuji. Sejam dua lagi, suasana pasti kembali normal Insha Allah.

Sekarang adalah waktu ko perlu bertenang dan waras. Ko perlu panjang akal. Mata kena liar cari sumber idea untuk setel masalah.

Jika idea nak pilih cara 'dosa' hadir. Elakkan. Masalah mungkin boleh setel, tapi hidup lepas ni tak selamat. Ia akan hantui hidup ko. Keberkatan hidup dah takde..

Bro... Biasanya jalan keluar tak jauh dari masalah.

Adakala mudah je... Runding sikit, tangguh yang itu, ganti yang ini, beralah sikit, try n error....
Allah Maha Berkuasa dan tahu mana terbaik. Allah pasti maqbulkan doa ko. Doalah minta Allah pilihkan jalan terbaik,

Perang Khandak dulu. Sapa sangka angin kuat datang bantu?
Perang Badar dulu. Sapa sangka Malaikat turun sertai?
Acheh dahulu. Sapa sangka Tsunami tamatkan perang saudara?

Begitu banyak ujian dan masalah kita pernah hadapi. Jalan penyelesainya tak sangka mudah amat. Begitu jugalah masalah kali ini. Yang penting berdoa dipimpin Allah.

Walaupun sekarang tengah di gelap malam. Relaxlah... Esok pagi pasti cerah benderang.... Insha Allah

Berhadapan Kepelbagaian;

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Berhadapan Kepelbagaian;

Kan biasa berlaku. Kita menilai rentak bergaul dan cara fikir sahabat-sahabat kita.
Kemudian kita putuskan, untuk Sahabat A begini cara nak 'masuk'. Sahabat B pula begini.
Dunia FACEBOOK juga begitu.

Malah dengan jumlah 'orang' mungkin berganda ke 100-1000 kali ganda. Maka kita pastinya akan jumpa 'cara-cara fikir' yang lebih pelbagai,

Adakala. Tak sangka, ada juga yang cara fikirnya 'begini'. Mula-mula kita duk fikir, mungkin dia ni tengah 'main' reverse psychology je kot. Tapi 2-3 kali selami, macam dia serius.

Jika sekali-sekala follow komen-komen di Page fans sukan, politik, berita, troll dan banyak lagi. Kita akan lebih jelas nampak.

Kerana itu. Dalam isu Saudara Saiful Nang. Jika kita selami 'rentaknya' melalui post-post terdahulu. Kita boleh faham cara fikirnya.

Pendapat peribadi.

Tak mungkin, tak logik dan tiada manfaat untuk paksa orang tiru rentak kita berfikir. Setiap orang berbeza. Namun cara paling selesa.... Kita hormati 'cara' mereka. Ya sudah pasti... Jika bersesuaian dengan syariat,

Kerana. Cara fikir kita juga tidak terlepas, dari dianggap 'janggal' pada mata orang lain.... Insha Allah.

Bila Kelas bakal bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hari ini 30, esok 1 Oktober. Dan Lusa Hari Jumaat 2 Oktober.

1. Kelas Pengajian di Pondok Sri Damai pimpinan Tok Ayah Wan (Ustaz Wan Zukir) bakal berjalan seperti biasa, Insha Allah.

2. Kelas Umumi dimulai Jumaat malam Sabtu ini dengan Kitab Bughyah Tullab. Kemudian Sairus Salikin dua malam, diikuti Akidatun Najin, Sabilul Muhtadin dan Hikam Jawi. Mengikut turutan hari. Sebelum Khamis malam Jumaat kembali membaca Surah Yasin dan Tahlil.

3. Teringat luahan Ustaz Sufian (Guru Pondok Pasir Tumboh), beberapa bulan lepas, selepas melawat pondok-pondok sekitar Perak dan Pulau Pinang. Rasa terkilannya, dengan bantuan yang diterima oleh Institusi pondok. Sangat jauh berbeza dengan Institusi Tahfiz (Kebetulan, sebelum itu ada juga melawat maahad-maahad tahfiz). Mungkin faktor masyarakat tak nampak;

"Ke mana budak pondok ni boleh pergi..."

Rata-rata rupa pondok pasti usang.

4. Entahlah. Kadangkala payah juga nak terang dan gambarkan. Sebuah tempat untuk belajar. Gurunya sukarela, pelajarnya datang semata-mata nak belajar agama. Tiada sijil, tak dijanjikan dunia pekerjaan. Tapi belajar sampai 3 pagi. Semata-mata belajar. Ada habiskan masa di situ bertahun-tahun, malah ada sampai puluhan tahun. Makan minum ala kadar. Tidur di pondok kayu. Warden pun sukarela. Bagi yang tiada warden, hidup sendiri-sendiri. Sebahagiannya mandi air perigi. Masak sendiri. Trademark pakai kain pelekat, jubah lusuh, serban tok kenali, rida' dan selipar.

5. Namun. ia adalah 'syurga'. Macam mana cara nak terangkan ya?


Bila Malaysia bakal terima 3000 pelarian Syria

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bila 3000 Pelarian bakal mari. Mungkin ramai yang bimbang. Tapi ada benda best mungkin berlaku;
Bayangkan jika 3000 itu Ulama Cendekiawan !

" Hari Sabtu dan Ahad ada kelas Talaqqi Fiqh bersama Syeikh Mustafa Bugha di Masjid Negeri.

Hari Rabu dan Khamis, Kelas Tajwid dan Qiraat bersama Syeikh Kurayyim Hajin. Hari Jumaat, kelas tasawwuf bersama Syeikh Abul Huda Alya'qubi atau Syeikh Abdul Hadi Alkhorsah.. Dan begitulah hari-hari yang lain.

Ya.. Musonnif Kitab sendiri yang akan mensyarahkan kitab yang mereka karang. Dan ianya di laman rumah kita !

Syria adalah Bumi yang sarat dengan Ulama !

Kita boleh wujudkan pusat sehenti, bagi para Asatizah.

Sebelum Asatizah menterjemah dan mensyarahkan Kitab AlFiqhul Manhaji di dalam kelas dan dewan-dewan kulliah.

Malam sebelumnya, mereka sudah bermulazamah dengan Syeikh Mustafa Bugha. Penulis kitab tersebut, dalam satu kelas khususi.

Bayangkan. Berapa banyak dhobit tambahan dan rungkaian masail baru yang boleh asatizah itu ketemu dan terjawab. "

Begitulah juga dengan Ulama pakar yang lain,

Kita perhati. Agak ramai juga lulusan Syria dan Asatizah yang pernah berguru dengan Ulama Syria. Kemudian bila pulang ke Malaysia, mereka berjaya membuka atau mentadbir madrasah sendiri. Mereka pastinya sangat mengenali tokoh-tokoh ulama di sana.

Yes... Inilah masanya, menyemarak dan membasahi bumi Malaysia dengan Ilmu dari Ulama-ulama besar Dunia Islam ini.

Tempatkan mereka di IPT, Madrasah dan Maahad. Jabatan atau Majlis Agama Islam juga boleh tempatkan mereka di Masjid-masjid daerah dan negeri.

Rasionalnya.

Jika PM dah umum hasrat membuka pintu kepada pelarian Syria. Itu petanda, karenah birokrasi akan dilonggar. Nyatakan sahaja idea, cadangan dan request berkaitan, Insha Allah akan diterima.
Kita juga sudah tidak perlu bimbang dengan masalah jenayah dan huru hara yang mungkin ditimbulkan oleh pelarian.

Kerana, akhlak dan adab insan mulia sebegini pastinya terjaga. Insha Allah.

Hati kembali berbunga.... wah3

SYRIA - Di Ambang Kiamatkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Baru ikuti semula perkembangan Syria malam ni. Pening kejap... Nak kena selami satu-satu dan stalk lebih dalam.

Ingat dulu. Masa Almarhum Ustaz Lutfi masih hidup. Lepas satu-satu Facebook dia kena block. Sempat juga ikuti post-post Ustaz Lutfi dengan 3-4 orang kawan-kawannya yang lain. Ikuti rakaman video ala-ala vlogger mereka di Syria. Suasana mereka di sana. Siap macam tengah keluar camping, coz nampak ceria. Nak-nak yang boleh cakap utara tu (lupa dah namanya).

Sempat tanya kat komen Ustaz Lutfi. Bila timbul isu kumpulan itu tak betul... kumpulan ini tak betul.
Mudah je ustaz balas. Dia tak ambil kisah semua itu. Kerana baginya, hanya untuk fight dengan Basyar...

(Hehe.. bila fikir. Bertuah juga, dapat feedback dari Ustaz Lutfi sendiri)

FSA-Jaishul Islam-AnNusra Front-AlLiwa Brigade-ISIS... Keadaan makin kompleks untuk faham,
Teringat masa Tingkatan 4/5 dulu tak silap. Pernah terbaca sebuah buku genre konspirasi ala-ala hari kiamat.

Penulis ada memetik, mulanya Islam akan bersatu dengan Rom menentang Komunis. Sebelum Islam-Rom berpecah.

Tapi itulah... Masa itu manalah nak teliti sangat 'sumber' kepada terhasilnya teori penulis itu...
Bila fikirkan fitnah yang bakal ditimbulkan Dajjal -Tergambar gelap sahaja dunia. Tapi bila terfikir Imam Mahdi dan Nabi Isa.as -Nampak terang semula.

Entahlah... Waktu itu kita telah bertemu Munkar Nakir atau belum.

Teringat Kitab Almahdi Almuntazhor -Karya Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari.

Bila guru cerita sakit

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Bila guru bercerita tentang sakitnya.

Ketika berada di wad. Doktor memintanya mengikut satu pendapat agama berkait perubatan. Guru tanya:

"Ambil dari kitab mana?.." Berkali-kali guru ajukan soalan ini.

Kemudian doktor hadiahkan guru dengan sebuah buku Fiqh berkait perubatan. Ternyata sumber ambilannya berbaur Wahhabi. Guru mati-mati menolak untuk mengikut.

Hehe.. Taknak salahkan siapa-siapa. Sebab aku faham, Doktor itu terpaksa mengikut prosedur dan guru pula perlu amanah dengan ilmu. Cuma nak bagi satu analogi;

"Kamu beri buku tajwid yang ditulis seseorang (Mungkin seorang ustaz, tapi bukan seorang ulama). Kepada seorang Qari yang mahir Ilmu Qiraat. Matan Syatibi, Durrah dan Toyyibah berada di dalam kepalanya serta menjadi mainannya hari-hari. Lalu kamu cakap, beliau tidak boleh baca begitu. Kamu paksa beliau membaca tawassut sahaja pada mad munfasil. Sebab tercatat di dalam buku Ustaz Tuah Bin Jebat begitu. emmmm.. (Sekadar contoh) "

Bagi yang perasan. Kita kini semakin ketandusan ulama di bidang Agama Islam.

Perhaikan sahaja di pondok-pondok. Berapa ramai sangat yang menekuni apa yang dibelajar. Sanggup bersusah payah mengejar Tok-tok Guru atau kepala mutalaah. Mulazamah hadir pengajian. Gigih menguasai perbahasan di dalam kitab. Atau sekadar jadikan pondok tempat cuti dan rehat.

Begitu juga di Alazhar. Berapa ramai yang gigih hadir kelas talaqqi. Bekerja keras untuk membuat tahdir dan murajaah sebelum dan selepas kelas. Berusaha merujuk dengan ustaz-ustaz lama untuk lebih faham. Mengikat perut semata-mata bagi mendapatkan kitab-kitab rujukan.

Hampir tiada kan?

Sebab itu bila guru mengadu sakit. Kepala lantas terfikir. 

Mungkin 10-20 tahun akan datang, nak cari tullabul ilmi peringkat mubtadieen pun sukar. Apatah lagi peringkat Mutawassiin dan keatas. Ketika itu...

Good Bye ilmu Agama.....