Jumaat, 29 Julai 2016

Pagi Jumaat. Surah Sejadah dan Insan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Pagi Jumaat. Surah Sejadah dan Insan ;

Salah satu perkara. Mungkin difikir imam. Ketika nak sempurnakan satu Surah Assajadah. Juga satu Surah Alinsan. Kerana kesian. Takut pakcik makcik lenguh. Takut diorang merungut.

1. Sebenarnya. Cuba renung. Rujuk teman kita yang masa Ramadhan dulu bawa satu juz semalaman. Kan ada masjid yang request begitu. Sebulan cukup 30 juz. Siapa yang setia sampai selesai? Yup.. majoritinya pakcik makcik. Umur pencen.

2. Dia kena mula dengan langkah pertama. Kalau dan 'termula'. Untuk buat lain kali dah tiada masalah. Masalahnya, kita tak berani nak mula. Tu sampai ke sudah baca separuh atau sebahagian surah.

3. Adakala. Kebimbangan kita itu tidaklah sampai tahap Zon. Berhenti takat syak  dan Waham je pun. Budak asrama pun buat full. Jangan selalu sangat diajar 'bermudah-mudah' pada masyarakat.

4. Jadi semua kena tanam azam. Jumaat depan. 5 Ogos 2016m. Bersamaan 2 Zulkaedah 1437h. Semua masjid surau akan sempurnakan bacaan Surah Assajadah dan Surah Alinsan. Mesyi?

5. Saja update sini. Nak bagi anda rasa. Anda tidak keseorangan. Kami menyokong anda ! kikiki
Saya sedang psiko anda...(^^,)

Khamis, 28 Julai 2016

PEMBANGUNAN SISTEM PENDIDIKAN PONDOK DI NEGERI PAHANG - Oleh Dr.Nik Rahim Nik Wajis


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sistem Pendidikan Pondok Di Negeri Pahang Artikel ini ditulis untuk dibentangkan di dalam Seminar Pengajian Pahang Sempena Memuliakam Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. 

Dr Nik Rahim bin Nik Wajis (B.A (Hons) Syariah, Universiti Al Azhar, Mesir) P.hd (Islamic Criminal Law, Glasgow Caledonian University, Scotland, UK) Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan. Telefon: 014 820 7111 Email: drnikrahim@usim.edu.my Abstrak 

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah adalah Sultan Pahang ke 5. Baginda adalah se orang Sultan yang amat prihatin tentang agama Islam dan pendidikan Islam di Negeri Pahang. Penubuhan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang dirasmikan oleh Baginda pada 16 November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H adalah satu contoh bahawa KDYMM Tuanku Sultan Pahang merupakan simbol dan lambang kegemilangan pendidikan Islam di negeri ini. Penubuhan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 1926 oleh Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman yang merupakan Yang Dipertua Majlis pertama adalah merupakan bukti keprihatinan Kesultanan Pahang tentang agama Islam dan juga pendidikan Islam di Negeri Pahang ini. Apabila KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayattudin Al-Muadzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang pada 8 Mei 1974, Baginda selaku Ketua Agama Negeri Pahang, telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai Yang Dipertua Majlis mulai 1 November 1984, dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini. Salah satu bukti keprihatinan KDYMM Sultan Pahang terhadap Islam dan perkembangan pendidikan Islam, Baginda telah mengurniakan sebidang tanah untuk pembinaan kompleks pentadbiran Majlis dan juga Jabatan Agama Islam Pahang. Selain dari itu Baginda juga telah membuat sumbangan berbentuk tanah bagi pembinaan Maahad Tahfiz wal Qiraat, Pekan, Pahang yang menyediakan pengajian secara percuma kepada para pelajar, Masjid Mukim Pahang Tua, Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang, Masjid Kg Lamin Pekan Pahang, Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang dan lain-lain. 

1.0 Pengenalan Menuntut ilmu itu adalah fardhu ain bagi setiap Muslim dan Muslimat berdasarkan kepada sebuah hadith Nabi s.a.w yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu adalah fardhu ke atas setiap Muslim dan Muslimat" (Hadith sahih, diriwayatkan dari beberapa sahabat di antaranya: Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ali bin Abi Talib, dan Abu Sa’id Al-Khudri Radhiallahu Anhum. Lihat: Sahih al-jami: 3913) Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w tidak menggariskan kaedah yang spesifik bagaimana untuk memperolehi ilmu. Justeru, pelbagai cara dilakukan oleh para ulama yang merupakan waris para anbia' dalam usaha menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Ada yang menggunakan kaedah talaqi atau mengadap kitab, ada yang menggunakan sistem sekolah, pondok sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti. 

Di dalam artikel ini, pembangunan Sistem Pendidikan Pondok akan diberi penekanan oleh penulis. Sistem Pendidikan Pondok boleh dianggap sebagai sistem pendidikan yang tertua di Malaysia. Sistem ini berjalan sejak sekian lama dan tidak diketahui dengan tepat bilakah tarikh mulanya Sistem Pendidikan Pondok diperkenalkan di Malaysia. Apa yang pasti Sistem Pendidikan Pondok ini wujud tanpa dirancang pada peringkat awalnya. Seterusnya ia muncul dan berkembang pesat mengikut keperluan dan sambutan orang ramai yang datang belajar di satu-satu tempat yang mempunyai Tok Guru yang mengajar ilmu-ilmu agama. Sistem Pendidikan Pondok berkembang begitu pesat di Kelantan dan Kedah. Namun terdapat juga Sistem Pendidikan Pondok di kembangkan negeri-negeri lain. Di Negeri Pahang contohnya terdapat beberapa pusat pengajian yang berasaskan kepada Sistem ini yang dilaksanakan oleh para ulama' sejak sekian lama. 

2.0. Kajian Literatur Terdapat banyak penulisan berkaitan dengan Sistem Pendidikan Pondok. Namun tidak kedapatan mana-mana penulis yang menulis secara spesifik Sistem Pendidikan Pondok yang dilaksanakan di negeri Pahang. Penulisan-penulisan terdahulu adalah bersifat umum yang merangkumi definisi, fakta sejarah, kelebihan dan kekurangan Sistem Pendidikan Pondok . 

2.1. Kajian Literatur 1 Zakuan bin Sawai menulis tentang jenis dan bentuk pondok di Tanah Melayu di mana beliau menyatakan bahawa dari sudut bentuk pondok, ianya adalah sama dengan bentuk pondok-pondok yang terdapat di Indonesia. Yang berbeza cuma nama yang digunakan. Sebagai contoh di Jawa istilah pesantren digunakan. Manakala di Madura ia digelar Penjentren, Rangrang di Acheh, surau di Minangkabau dan Langgar di Sumatera. Ianya diertikan sebagai deretan rumah-rumah yang kecil yang menjadi tempat kediaman pelajar-pelajar agama. 

2.2. Kajian Literatur 2 Abdul Kadir Kamal, dalam penulisannya hanya menyentuh secara ringkas tentang kewujudan sekolah-sekolah pondok di Negeri Pahang yang jumlahnya begitu sedikit berbanding negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Kedah. Menurutnya kewujudan sekolah-sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebagai contoh merupakan salah satu faktor kenapa sekolah-sekolah pondok tidak begitu mendapat sambutan di negeri Pahang. 

2.3. Kajian Literatur 3 Selain dari dua penulis di atas, terdapat se orang lagi penulis yang turut menyentuh secara ringkas tentang perkembangan pengajian pondok di negeri Pahang. Beliau ialah Kamaruzaman Yusoff. Di dalam penulisannya beliau menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh guru-guru pondok dalam menyebarkan ilmu-ilmu Islam setelah menamatkan pengajian mereka dan peranan mereka dalam penubuhan sekolah-sekolah pondok di negeri Pahang. 

3.0. Sistem Pengajian Pondok Secara umumnya Sistem Pengajian Pondok adalah sistem pengajian agama Islam yang menggunakan sistem talaqqi kitab-kitab berasaskan kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah. Talaqqi berasal dari unsur kata “ Laqa” kemudian di ubah kepada timbangan Talaqqa yang bermakna : Menjumpai atau menemukan. Ia merupakan salah satu bentuk pengajian yang kadangkala menggunakan nama madrasah , maahad atau yang seumpamanya. 

3.1. Definisi Sekolah Pondok Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “pondok” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud khemah: sebagai tempat persinggahan sementara bagi pengembara. Istilah pondok termashyur sebagai tempat tinggal yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang datang ke satu tempat untuk mempelajari ilmu-ilmu agama dengan membawa barang-barang keperluan sendiri. Definisi ini boleh digunapakai untuk madrasah dan asrama tempat belajar agama. 

3.2. Bentuk Pondok Bentuk pondok di Tanah Melayu sama dengan bentuk pondok-pondok yang terdapat di Indonesia, dengan menggunakan istilah pesantren di Jawa, Penjentren di Madura, Rangrang di Acheh, surau di Minangkabau dan Langgar di Sumatera. Ianya diertikan sebagai deretan rumah-rumah yang kecil yang menjadi tempat kediaman pelajar-pelajar agama. Akhirnya ia digunakan bagi gelaran kepada Sitem Pendidikan Tradisional bagi daerah Nusantara yang terkenal dengan sistem Pengajian Pondok. (ZAKUAN BIN SAWAI) Pondok di Indonesia diperbuat daripada buluh. Terdapat pondok-pondok yang diperbuat dari bahan kayu yang baik bertiang dan bertangga kayu. Tangga-tangga pondok dihubungkan ke perigi oleh sederet batu-batu titian, yang membolehkan pelajar-pelajar yang tidak bersepatu dapat mencuci kaki dan terus naik ke pondok masing-masing. Sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu sebilangan besarnya di kawasan-kawasan penanaman padi seperti negeri Kedah dan Kelantan. Selain dari itu terdapat beberapa kawasan seperti Seberang Prai, Perlis, Terengganu, Selangor, Perak dan Johor dan Pahang. 

 3.3. Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia Terdapat keterangan mengatakan bahawa sekolah pondok berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ini berdasarkan bahawa Pattani terkenal sebagai Pusat Pelajaran Agama dan Kebudayaan Melayu pada abad ke 16 dan 17 Masihi. Juga berdasarkan pada kurun ke 12 terdapat ramai ulama’ Pattani menyusun kitab-kitab Jawi yang digunakan di pondok-pondok. Kebanyakan Tok Guru menggunakan loghat (dailek) Pattani bila menyampaikan pengajaran mereka. Kemungkinan yang kedua: Pondok berasal dari Kalimantan, Indonesia berdasarkan beberapa buah kitab Jawi yang dibawa dan dibaca di pondok-pondok hasil terjemahan ulama’ Banjar dan Jawa. (ZAKUAN BIN SAWAI) Sebagai contoh di utara Semenanjung Malaysia terdapat Tok guru pondok yang mendapat pendidikan dari Pattani dan Indonesia. Ulama’ yang berasal dari pendidikan Sumatera seperti Haji Muhmud Taha (pondok Alor Belat) Butterworth tahun 1880an. Ibrahim Acheh, Tok Syeikh Acheh (pondok Permatang Janggus) Kepala batas, Seberang Prai Tengah, tahun 1885an. Fakih Daim (pondok sungai Dereka) Seberang Prai Tengah, tahun 1880an. Haji Salleh al-Misri (pondok al-Masriyyah) Bukit Mertajam tahun 1906. Golongan kedua berasal dari pendidikan Pattani seperti Haji Zainal atau Tuan Minal (pondok Sungai Dua) tahun 1875. Haji Mahmud Taib (pondok Kubang Semang), Seberang Prai Tengah tahun 1920. Haji Ahmad Padang Lalang (pondok Lalang) Bukit Mertajam tahun 1890 dan Tuan Haji Husin Mohamad Nasir bergelar Tuan Haji Husin Kedah (pondok Pokok Sena) Kepala Batas Seberang Prai tahun 1934 dan (pondok Padang Lumat) Gurun Kedah tahun 1924. 

3.4. Contoh Sekolah Pondok Terdapat banyak sekolah-sekolah pondok yang dibina seawal tahun 1954 dan masih kekal beroperasi sehingga kini. Antaranya ialah Pondok Pasir Tumbuh atau dikenali juga sebagai al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah. Ia ditubuhkan pada 1954 oleh 2 orang adik beradik iaitu Tuan Guru Hj Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Penubuhannya merupakan kesinambungan pengajaran yang telah dilakukan oleh ayahandanya tuan Haji Abu Bakar. Pengajaran di balaisah (surau ) ini disambung oleh Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan abangnya Tuan Guru Haji Mustafa sehinggalah tertegaknya sebuah madrasah yang serba sederhana dengan bantuan tenaga setempat pada tarikh itu. Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar(lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan di sebuah madrasah kayu yang berukuran 40×30 kaki sahaja. Sebelum tertegaknya madrasah ini, terdapat enam orang pelajar sulung yang datang meminta kepada tuan Guru Haji Abdul Aziz supaya membacakan kepada mereka kitab turath. Sehingga mereka berjaya menguasai bidang ilmu dan seterusnya menjadi tenaga pengajar di sini. Antara mereka ialah al-fadhil Ustaz Abdullah bin Ali. Generasi demi generasi yang silih berganti, hinggalah ke hari ini, madrasah ini terus menjadi sebutan pencinta ilmu agama. Pada tahun 1959, Sebuah masjid didirikan dengan belanja sebanyak RM45 ribu. Ianya mendapat kelulusan Majlis Ugama Kelantan sebagai masjid untuk mendirikan sembahyang Jumaat. Di samping itu, masjid ini juga dijadikan tempat belajar. Pelajar semakin bertambah kepada 700 orang yang terdiri daripada pelajar dalam dan luar negeri seperti Thailand dan Singapura. Masjid ini telah diperbesarkan dengan pembinaan bangunan 4 tingkat yang siap pada awal 1990 yang dirasmikan oleh KDYM Sultan Kelantan. Kemudian mula membina bangunan tambahan 3 tingkat pada 2005. Madrasah al-Bakriah maju selangkah lagi pada tahun 1969 dengan terbinanya madrasah baru 2 tingkat berukuran 40×60 kaki dibina dengan kos sebanyak RM35 ribu. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa. Ianya dijadikan tempat pengajian dan sebagai menampung tempat pengajian yang sedia ada. Seterusnya pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina berhadapan dengan masjid yang mana ianya dijadikan pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina yang berukuran 40×60 kaki sebagai tempat belajar dan juga berlatih syarahan bagi pelajar. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Pada tahun 2001, madrasah ini terus berkembang dengan terbinanya sebuah bangunan 5 tingkat yang dinamakan Rumah Wakaf Guru & Pelajar. Bahagian bawah dijadikan dewan serbaguna termasuk untuk pengajian dan latihan syarahan bagi pelajar, manakala sebelah atas dijadikan tempat penginapan pelajar. Perkembangan utama yang dapat dilihat ialah dari segi pertambahan pelajar iaitu sehingga sekarang ia mempunyai hampir 1000 orang pelajar di samping penduduk asal dan warga emas. Pada asalnya ia hanya menerima pelajar lelaki sahaja tetapi disebabkan permintaan dari orang ramai maka dibuka kepada pelajar perempuan untuk turut belajar sama. Bilangan guru dewasa kini berjumlah 35. Institusi pondok ini semenjak dahulu merupakan milik persendirian. Ianya berkembang dan membangun hasil bantuan dan sumbangan orang ramai yang prihatin. Yuran pendaftaran/bulanan yang amat rendah, di samping tenaga pengajarnya mengajar ilmu secara sukarela tanpa sebarang gaji atau imbuhan menjadi tarikan utama serta faktor pengukuh kepada sekolah pondok ini. 

3.5. Perbezaan Antara Sistem Pondok Dan Sekolah Terdapat beberapa perbezaan ketara antara sistem pondok dan sistem sekolah. Antara perbezaan tersebut adalah seperti berikut: 

1) Sistem pondok tidak mempunyai sistem yang khusus dari segi kemasukan pelajar. Sesiapa sahaja boleh masuk untuk belajar di dalam sistem pondok sedangkan di sekolah ada had umur minimum dan maksimum. Sesetengah sekolah pondok meletakkan had minimum umur 13 tahun dan tiada hak umur maksimum. 

2) Sistem pondok tidak ada kesinambungan berbanding sistem sekolah. Dalam erti kata lain, sistem pondok tidak ada penghujungnya. Pelajar yang belajar di pondok boleh meneruskan pelajaran di pondok selagi dia mahu. Sedangkan di dalam sistem persekolahan, para pelajar bermula di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan institusi pengajian tinggi. 

3)Sistem pengajian pondok juga tidak mempunyai silibus yang khusus dan terancang. Guru-guru pondok bebas menentukan subjek-subjek yang hendak diajar tanpa sebarang campur tangan dari pihak ketiga. Berbanding sistem sekolah, silibus di semua peringkat pengajian ditentukan oleh pihak bertanggungjawab iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. 

4) Sistem pondok mempunyai prasarana yang agak sederhana dan kadangkala dhaif berbanding sistem sekolah yang lengkap dengan bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, kantin, bilik makmal, padang bola, kemudahan makmal komputer dan lain-lain kemudahan. 

5) Sekolah pondok pada kebiasaanya mengenakan bayaran yang amat minimun serendah RM10.00 sebulan berbanding dengan sekolah yang mengenakan yuran bulanan yang agak tinggi. Namun ada juga sekolah pondok kini yang mengenakan bayaran sehingga RM200.00 sebulan. 

3.6. Kelebihan Dan Sistem Pondok Berbanding Sistem Pendidikan Di Malaysia Terdapat beberapa kelebihan dan sistem pondok berbanding sistem pendidikan di Malaysia. Antara kelebihannya adalah bahawa melalui institusi pengajian pondok ini, pendidikan Islam telah berkembang dan bertambah secara bersendirian tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Pengajian pondok mampu melahirkan para ulama' yang berkemahiran tinggi dalam satu-satu bidang ilmu kerana kaedah pengajian yang berasaskan talaqi berkitab ternyata amat berkesan kerana ianya diajar secara keseluruhan iaitu dari kulit ke kulit oleh guru-guru berkelayakan. Sistem pengajian pondok yang diwarisi oleh umat Islam hari ini berperanan besar dalam mempertahan, mengukuh dan menyebarkan ajaran Islam secara berkesan, secara berterusan dan sistematik, sejak negara-negara di Asia Tenggara menerima Islam. Ianya menjadi rujukan masyarakat, konsisten, dominan dan berwibawa sepanjang perkembangan sejarahnya. (ZAKUAN BIN SAWAI) 

3.7. Masa Depan Sekolah Pondok Apabila negara mencapai kemerdekaan, sistem pengajian pondok telah mengalami perubahan dengan kewujudan sekolah-sekolah yang mengambil peranannya. Walaupun pada zaman peralihannya, pondok terus kekal bersama sekolah, berjalan selari memberi sumbangan kepada pendidikan ilmu dan akhlak; tetapi lama-kelamaan institusi pondok tidak dapat bertahan dalam arus perkembangan sejarahnya, yang kekal hanya sekolah yang berkembang maju manakala pondok telah terkubur atau hampir pupus. Institusi pondok sepanjang perkembangan sejarahnya telah meletakkan hala tuju asas yang betul dalam membentuk kefahaman dan pengajian kepakaran dalam bidang-bidang pengajian bahasa dan kesusasteraan, budaya dan peradaban, Syariah, Usuluddin, Tafsir, Tasawwuf, Al-Quran dan Al-Hadith. Masyarakat masih lagi memerlukannya untuk menghadapi perkembangan semasa dan menghadapi realiti yang wujud di hadapan mereka. Untuk itu, mereka memerlukan tenaga-tenaga yang berkemahiran di peringkat kefahaman kepada nas-nas dan kitab-kitab lama warisan ilmuan silam. Justeru, SPP perlu dibantu dan dikembangkan selari dengan kewujudan sistem pengajian yang sedia ada. Inisiatif perlu diambil bagi mengembalikan kegemilangan sekolah-sekolah pondok agar ulama-ulama hebat yang dilahirkan dari sistem ini seperti Syeikh Abdullah Fahim, Haji Mohd Yusoff Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali dapat dilahirkan. SPP tidak boleh diabaikan kerana sistem ini telah terbukti berjaya melahirkan para ilmuan yang hebat dan mempunyai karisma tersendiri dan diwarisi ilmu mereka sehingga kini. Tindakan segera perlu dilakukan sebelum terlambat agar legasi yang ditinggalkan oleh para ulama silam tidak tenggelam ditelan zaman. 

3.8. Kelahiran Pondok-Pondok Moden Kewujudan pondok moden sebegini pada hakikatnya memberi gambaran bahawa pengajian pondok masih mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Kini SPP sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah. Secara umumnya penubuhan Pondok Moden adalah bermatlamatkan kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz yang alim di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab thuras. Kewujudan Pondok Moden ini bertepatan dengan masanya kerana terdapat hanya beberapa buah Madrasah tahfiz sahaja di seluruh negara yang melaksanakan sistem sebegini. 

3.8.1. Tahfiz Saadah Al Darain, Teluk Panglima Garang, Selangor. Antara Pondok Moden yang dilihat agak tersusun dan teratur serta mempunyai sistem yang agak baik ialah Pondok moden Tahfiz Saadah Al Darain, Teluk Panglima Garang, Selangor. Pondok moden ini mempunyai struktur pentadbiran yang jelas yang terdiri dari Pengarah urusan, pengurus bahagian kewangan, pengurus pentadbiran, pengurus pemasaran serta tenaga pengajar. Manakala silibusnya pula merangkumi pengajian-pengajian yang berikut: 

i) Pendidikan Qiraat
ii) Hafazan Serta Mendalami Ilmu 30 Juzuk Al Quran 
iii)Pengajian Ilmu Kitab Bersanad Secara Talaqqi Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain ini merupakan aliran khas yang baru sahaja menjangkau 2 tahun penubuhan (sejak dari tahun 2010) Sistem pengajian kelas hafazan berdasarkan kepada 3 tahap iaitu Nazirah, Hafazan Surah Pilihan & Hafazan 30 Juz Al-Quran. Sistem talaqqi kitab terbahagi kepada 3 kelas mengikut kelayakan dan tahap penilaian pelajar. 

3.8.2. Pondok Sungai Durian, Di Kelantan Selain Pondok moden Tahfiz Saadah Al Darain, terdapat satu lagi pondok moden yang memperkenal pendidikan moden iaitu Pondok Sungai Durian, di Kelantan. Pondok ini masih lagi mengekal Sistem tradisional pondok tetapi menggunakan sukatan persekolahan moden yang disediakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah. Sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran. Sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil. Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Ini adalah manifestasi pengiktirafan masyarakat terhadap sistem pondok. Justeru, kurikulum dan sistem pendidikan di pondok perlu diselaraskan bagi kepentingan pelajar. PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari. Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah. Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing. Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok. Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu. Pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok. Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am. Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK. Untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian dan kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik. PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum. Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, Kolej Darul Ulum di Kedah dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam. Sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa. (BERITA HARIAN 06 OKTOBER 2008 ) 

3.9. Sistem Sekolah Pondok Di Negeri Pahang Di Negeri Pahang, sekolah-sekolah pondok tidak begitu menonjol berbanding sekolah-sekolah agama. Jika di Kelantan sebagai contoh mempunyai lebih kurang 50 buah sekolah pondok, manakala di Kedah terdapat lebih dari 20 buah sekolah pondok, di negeri Pahang pula, jumlahnya hanya sekitar 7 atau 8 buah sekolah pondok sahaja. Mungkin juga kerana kewujudan banyak sekolah-sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) maka sekolah-sekolah pondok tidak begitu mendapat permintaan dari kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah pondok. Mungkin juga kerana sekolah-sekolah pondok tidak menjanjikan laluan yang jelas kepada para pelajar ke arah kerjaya masa depan mereka, maka sekolah-sekolah pondok tidak menjadi pilihan utama mereka. Kebanyakan para ulama silam dari negeri Pahang mengikuti pembelajaran mereka di pondok-pondok seperti di Bunut Payong, Kelantan dan juga mengikuti pendidikan madrasah seperti di Madrasah al- Attas, Johor. Namun apabila mereka kembali ke negeri Pahang, mereka tidak menubuhkan sekolah-sekolah pondok, sebaliknya mendirikan sekolah-sekolah agama. Sebagai contoh Madrasah al-Attas, Ketapang, Pekan (1923) yang telah dimajukan oleh Haji Mohd Hassan bin Senik yang mendapat pendidikan di Madrasah al-Attas, Johor. Begitu juga Madrasah al-Wosto, Berhala Gantang, Temerloh (1948) yang telah dimajukan oleh Tuan Guru Haji Hasanuddin yang mendapat pendidikan pondok di Bunut Payong, Kelantan. Ini menunjukkan di negeri Pahang, pendidikan agama Islam yang lebih formal telah berkembang melalui madrasah/ sekolah agama. (ABDUL KADIR KAMAL, 1997) Walaubagaimanapun terdapat juga dari kalangan ulama’ keluaran pondok yang membuka pondok. Antaranya ialah Haji Ismail bin Akil di kampung Pasir Mas, Kuala Lipis, Haji Ahmad, Haji Abdul Mubin bin Mohd Taib di Beserah, Kuantan Haji Junid bin Othman, Haji Kamaluddin bin Othman di Air Itam, Pekan dan Haji Ibrahim bin Mohd Ali di Tanjung Besar, Kuala Lipis. (KAMARUZAMAN YUSOFF) Secara umum boleh dikatakan bahawa SPP hingga kini tidak dapat menandingi sistem yang sedia ada kerana sistem yang sedia ada mendapat bantuan penuh dari pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah mendirikan sekolah agama hampir di setiap daerah di negeri Pahang. Di antara sekolah-sekolah tersebut ialah: 

1) Madrasah al-Attas, Ketapang, Pekan (1923) 
2) Madrasah al-Islah, Kuala Tekal, Temerloh (1925), 
3) Madrasah al-Khairiah, Temerloh (1927) 
4) Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan (1941) 
5) Madrasah al-Wosto, Berhala Gantang, Temerloh (1948) (ABDUL KADIR KAMAL, 1997) Di antara sekolah agama yang penting dalam sejarah perkembangan sekolah agama di Pahang ialah Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan yang ditubuhkan pada tahun 1941. Penubuhan sekolah ini adalah ekoran daripada Sultan Abu Bakar telah menyuarakan hasrat baginda untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Pahang bagi mempertingkatkan syiar Islam di negeri Pahang. (MAHYUDIN YAHYA, 1989) 

3.10. Senarai Sekolah Pondok Di Negeri Pahang (Tersenarai Di JAIP) Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, sekolah-sekolah pondok di Negeri Pahang, tidaklah begitu menonjol berbanding sekolah-sekolah agama. Namun begitu terdapat juga beberapa buah sekolah pondok yang dibina bagi memenuhi kehendak segelintir masyarakat yang lebih gemar mengikuti pengajian menurut sistem yang dianggap sebagai kaedah pengajian tradisional ini. Antara sekolah pondok itu ialah: 

1. Madrasah Darul Salam , Kuantan Madrasah Darul Salam atau Pondok Sri Damai ditubuhkan oleh Ustaz Wan Mohd Zukir Wan Ismail. Pondok ini terletak di Kampung Sri Damai, Kuantan. Bermula dengan pemilikan tanah seluas satu ekar dan mengumpul dana sumbangan daripada penduduk kampung serta orang ramai, Ustaz Wan Mohd Zukir menggunakannya untuk membina pondok pada 2009. Beliau sendiri menerima didikan agama di pondok agama Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Kemudian meneruskan pengajian di Pusat Islam di Kemaman, Terengganu. Selepas tamat pengajian, Ustaz Wan Mohd Zukir dilantik sebagai imam di sebuah masjid di Kemaman. Dalam usaha memajukan pondok pengajian ini, beliau pernah menyuarakan hasrat dan berbincang hal itu dengan Ustaz Badarudin. Tujuan dan hasratnya ialah melahirkan ramai Kadi. Antara bekas pelajar pondok ini ialah Ustaz Mohd Mustaqim yang bertugas sebagai imam masjid dan imam jemputan di Besut, Kuala Terengganu. 

2. Madrasah An-Najah, Pondok Bukit Keledang, Mengkarak, Pahang Madrasah An-Najah dikenali dengan panggilan Pondok Bukit Keledang. Memandangkan pondok ini adalah sebuah institusi pendidikan yang bergerak secara persendirian, tanpa sebarang bantuan kewangan dari pihak kerajaan, maka perjalanan pondok ini banyak bergantung kepada sumbangan dari orang ramai. Pondok An-Najah ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Mohammad, yang dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Guai. Tuan guru lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru Haji Dollah atau ABAH. Pondok ini mula dibuka pada tahun 1957 dan masih lagi beroperasi hingga sekarang. Pada tahun 1974, Almarhum Tuan Guru Hj. Abdullah membuka pondok di Padang Luas, Bera (Madrasah Darul Huda, Bera) sehingga 1996. Sekarang diteruskan oleh Ustaz Sulaiman b. Mohammad(Tenaga Pengajar). Beliau ialah sepupu kepada Almarhum Tuan Guru. Pendidikan Agama sepenuhnya dan menyeluruh menggunakan Kitab Pondok, Kitab Arab dan Jawi serta Ilmu Alat. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke Pondok Moden di Kelantan dan juga ke Timur Tengah (Mesir,Yaman). 


3. Madrasah Darul Ulum Pondok Paya Siput, Batu 11, Lancang, Temerloh. Pondok ini dibangunkan oleh Ustaz Sabaruddin Othman pada tahun 2007. Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. (BERITA HARIAN - 2012/01/22) 

4. Madrasah Addiniah Islamiah Temerloh, Kg Paya Jauh, Temerloh Madrasah Addiniah Ismailiah diasaskan oleh Ustaz Che Mahmud Che Mat atau Baba Che Mud di Kampung Paya Jauh, Temerloh. Pembinaan pondok ini dimulakan pada Jun 2012. Walaupun masih baru dan belum siap sepenuhnya, pengajian agama sudah dimulakan dengan mengambil 15 orang pelajar. Ustaz Che Mahmud membeli sebidang tanah seluas lima ekar untuk membina pondok ini dan merancang akan membina kira-kira 200 unit lagi termasuk asrama perempuan, lelaki dan rumah kelamin. Ketika zaman remaja dan dewasanya, Ustaz Che Mahmud belajar agama di Pondok Kerasok, Pattani, Wilayah Selatan Thailand dan menamatkan pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau kemudian menjadi penceramah bebas dan imam masjid di Kuala Berang, Kuala Terengganu. Sepanjang pengajiannya menimba ilmu agama, Ustaz Che Mahmud dalam diam memasang cita-cita hendak membina pondok pengajian agama untuk menerapkan ilmu agama kepada umat Islam pelbagai peringkat usia. 

5. Pondok Al Salikin, Beserah, Kg Jeram Beserah, Kuantan Pondok Al Salikin diasaskan oleh Ustaz Hassan Zahari yang berpendidikan agama di Pondok Pattani, Selatan Thailand dan Pondok Tuan Guru Haji Abdullah. Atas bantuan penduduk kampung dan orang ramai, Ustaz Hassan berjaya membina Pondok As-Salikin pada 2010 dan memulakan pengajian agama dengan mendidik 10 orang pelajar pada satu-satu masa. Beliau mengajar ilmu Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah dan lain-lain. 

6. Madrasah Al Imaniah, Pusat Pengajian Pondok Jerantut Feri Madarasah Al Imaniah, Jerantut Feri diasaskan oleh Ustaz Ahmad Mohammad pada tahun 2008. Kini terdapat sekitar 100 penghuni yang terdiri dari warga tua dan kanak-kanak. Madarsah ini didirikan di atas tanah wakaf seluas kira-kira 1.975 ekar. 7. Madrasah Syababul Ilmi, Kg Kuala Sentul. Madrasah Syababul Ilmi diasaskan oleh Ustaz Razali pada tahun 2011 dengan kos sekitar RM50,000. Menurut maklumat dari beliau, madrasah ini tidak mendapat apa-apa bantuan dari pihak kerajaan atau swasta sebaliknya hanya mendapat sumbangan dari orang ramai. Ketika ini hanya terdapat 9 orang pelajar yang belajar di pondok ini. 


3.11. Senarai Sekolah Pondok Di Negeri Pahang (Tidak Tersenarai Di Jaip) Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh penulis melalui lawatan peribadi ke pondok-pondokj tersebut serta pencarian di lama sesawang, terdapat beberapa lagi sekolah pondok yang masih beroperasi tetapi tidak disenaraikan oleh JAIP. Antaranya ialah: 

13.1.1. Pondok An-Nuur Kg Kuala Penor, Kuantan Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, Pondok An-Nuur telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan nombor sijil pendaftaran JAIP KT 001/96. Pusat pendidikan Islam An-Nuur mula diasaskan pada tahun 1994 dan beroperasi di Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang dan mula beroperasi pada tahun 1996. Pondok An-Nuur dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf seluas 4.5 ekar. Pondok ini mengandungi masjid dan Musolla perempuan, 3 blok bilik darjah, 2 blok Asrama lelaki dan 2 blok Asrama perempuan, Kantin lelaki dan kantin perempuan, dapur, bilik mandi dan tandas pelajar lelaki, bilik mandi dan tandas pelajar perempuan, tandas awam Sebuah rumah guru bujang. 4 pintu rumah guru berkeluarga. Rumah tetamu, 3 buah wakaf istirehat, Pejabat dan 30 buah chalet. Dari sudut pengajiannya pula, pondok ini menawarkan pengajian di dalam 3 aliran iaitu Aliran Pengajian Pondok Tradisional ( sehingga 4 Thanawi atau 6 Tahun, Aliran Tahfiz ( 30 juzu’) dan Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreShool – ANIS). Manakala KOLEJ ISLAM AN-NUUR (KIAN) kini masih dalam pembangunan. 

13. 1.2. MARKAZ TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAMIAH, MARAN, PAHANG Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah atau Markaz Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah terletak di Kampung Paya Pasir, Batu 18, Jalan Temerloh ini. Diasaskan oleh Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah Azizah. Ustaz Hj Mohd Alwy ialah pelajar lepasan Universiti Al-Azhar. Ma’ahad ini dibuka dengan tujuan hendak melahirkan masyarakat Islam supaya mempunyai akhlak yang mulia, baik, taat dan setia, di samping dapat menjadi penyambung untuk menyampaikan ilmu dan seruan Islam kepada generasi seterusnya. Pada asalnya madrasah ini ialah rumah pusaka milik arwah bapa Hajjah Azizah yang digunakan sebagai pusat pengajian agama pada 1984. Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat setempat, Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah Azizah membeli tanah seluas dua ekar berhampiran tapak rumah pusaka itu untuk dijadikan Ma’ahad yang lebih selesa. Pada tahun 1993, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Ahmad Shah berkenan memberi sumbangan kepada madrasah ini untuk membina sebuah bangunan yang lebih selesa. 

14.0. PENUBUHAN YAYASAN PONDOK MALAYSIA Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dirasmikan penubuhannya pada tahun 2012 oleh YAB. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membantu Sekolah Agama Rakyat sebagai sokongan kepada sistem pendidikan Islam memartabatkan sekolah-sekolah pondok. Dengan bantuan kewangan dan sokongan oleh pihak kerajaan, kebanyakan pusat pengajian pondok semakin moden dan menawarkan aliran integrasi pendidikan Al-Quran dan akademik mengikut korikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Malah pendidikan pondok kini semakin menarik minat golongan belia menghayati Al-Quran. Pihak kerajaan juga telah kelulusan peruntukan projek pembangunan berjumlah RM740,000 yang disalurkan kepada 19 sekolah pondok dan tahfiz di Kedah pada tahun 2013. YPPM kini telahpun membuka cawangan pertamanya di Negeri Kedah. YPPM membawa persepsi yang berbeza di kalangan masyarakat dan warga pondok di negara ini agar tidak lagi dipandang sebagai kelas kedua dalam sistem pendidikan negara. 

4.0. Penutup Pendidikan Islam di Malaysia tidak dapat dinafikan berkembang begitu pesat sekali. Berbanding sekitar tahun 70an, sekolah-sekolah agama tidak begitu diminati oleh masyarakat dengan alasan bahawa sekolah-sekolah agama tidak mempunyai potensi kerjaya yang luas berbanding aliran sains dan sastera. Namun keadaan kini jauh berbeza. Sekarang ini sekolah-sekolah agama wujud di merata tempat umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Demand atau permintaan terhadap sekolah-sekolah agama begitu tinggi dan tidak mampu menampung permintaan masyarkaat Islam. Ini adalah manifestasi kesedaran umat Islam tentang kepentingan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Pendidikan Islam perlu diintegrasikan dengan pendidikan moden bagi menjamin kualiti pelajar setelah tamat pengajian nanti. Adalah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka cemerlang secara lebih seimbang antara duniawi dan juga ukhrawi. Sistem sekolah pondok jika dapat diintegrasikan dengan sistem pengajian moden pastinya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang-bidang keagamaan dan sekaligus turut juga hebat di dalam bidang-bidang sains, teknologi, kewangan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain bidang yang dikatagorikan sebagai bidang 'fardhu kifayah'. Justeru, kelahiran pondok-pondok moden di seluruh Malaysia amnya dan negeri Pahang khasnya perlu diberi perhatian dan sokongan agar generasi yang akan datang menjadi jenerasi yang terbaik yang mampu memimpin negara ke tahap yang lebih hebat, maju dan seimbang di antara kecemerlangan duniawi dan juga ukhrawi. 

5.0. Resolusi 

1. Adalah dicadangkan agar SPP terus dibangunkan dan dibantu oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang pakar dalam bidang-bidang pengajian Islam di samping bidang-bidang professional yang lain. 
2. Kerajaan juga dicadangkan supaya mengambil alih sekolah-sekolah pondok yang sedia ada yang jalankan secara bersendirian agar kualiti pengajaran dan pemantauan dapat dibuat secara berterusan agar tidak wujud ajaran-ajaran yang tidak selari dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah. 
3. Membina pondok-pondok moden yang mempunyai dua aliran; agama dan akademik di setiap daerah di negeri Pahang bagi memberi peluang kepada rakyat kepada pendidikan Islam yang berkualiti. 
4. Menerapkan SPP di sekolah-sekolah yang sedia ada dari peringkat sekolah rendah, menengah, tinggi dan peringkat pengajian tinggi kerajaan dan juga swasta. 
5. Meletakkan guru-guru berkemahiran tinggi dalam pengajian turath di sekolah-sekolah kerajaan meskipun tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. 
6. Membantu sekolah-sekolah pondok sedia ada dari sudut kewangan, prasarana serta kepakaran agar mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain. 

6.0 Penghargaan Setinggi Penghargaan kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) kerana memberi peluang kepada saya untuk membentangkan kertas kerja di seminar Memuliakan Pemerintahan KDYMM Sultan Pahang yang ke 40. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia kerana memberi pelepasan bagi membentangkan kertas kerja ini. Setinggi-tinggi Penghargaan juga ditujukan kepada Y. Bhg. Dato’ Ahmad Khirrizal Bin Ab. Rahman, Setiausaha Sulit Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, kerana kesudian beliau untuk diwawancara. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang atas kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada En, Nik Amru Al-Aass Nik Rahim, Pembantu Kajian yang banyak membantu mengumpulkan maklumat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Moga Allah merahmati anda semua. 



Sumber: http://documents.tips/documents/pembangunan-sistem-pendidikan-pondok-di-negeri-pahang.html

Rabu, 27 Julai 2016

Siri 1: Berbaik dengan ahli ilmu


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Daripada Ibn Umar.ra. Hadis Nabi.saw: " Dikatakan bagi orang alim: Syafaatkan olehmu daripada anak muridmu. Dan jika sampai sebilang-bilang binatang di langit sekalipun. ".

2. Daripada Malik bin Dinar.rh: " Barangsiapa menolong akan orang yang menuntut ilmu. Diberi oleh Allah akan dia suratannya dengan tangan kanannya. Dan barangsiapa kasih akan orang yang menuntut ilmu sesungguhnya ia dikasihi para nabi. Dan barang siapa yang dikasihi para nabi maka ia bersama para nabi. Dan barangsiapa benci akan orang yang menuntut ilmu. Maka ia akan dibenci para nabi. Maka balasannya Neraka Jahannam ".

3. Dan "Bahawasanya bagi penuntut ilmu itu syafaat. Seumpama syafaat para nabi. Dan baginya di Syurga Firdaus 10,000 mahligai. Dan baginya di Syurga Khuld 100,000 madinah (bandar) daripada nur (cahaya). Dan pada Syurga Makwa 30,000 darjat (tingkat) daripada Permata Yakut yang merah. Dan baginya, dari tiap-tiap dirham yang ia peruntukkan di dalam menuntut ilmu baginya bidadari sebanyak bintang di langit dunia dan sebilang-bilang malaikat. Dan barangsiapa berjabat tangan akan penuntut ilmu. Diharamkan Allah akan jasadnya dari api neraka. Dan barangsiapa menolong akan penuntut ilmu. Maka Allah mnyuratkan kelepasan baginya daripada api neraka. Ketahui olehmu dan bahawasanya penuntut ilmu. Apabila ia mati maka diampunkan Allah bagi orang yang hadir jenazahnya. ".


Rujukan: Matlaul Bahrain


Selasa, 26 Julai 2016

Jadual Pengajian Ustaz Zul Mukhsah (Wali hakim Kampung Padang).


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Tempat:
Surau Hj.Mubin. Kampung Padang. Jalan Sungai Lembing. Kuantan. Pahang.

Pertanyaan lanjut:
Boleh hubungi murid Ustaz Zul Muhsah;
(Ustaz Ahmad: 014-5132101/ 0199376837 - Wasap).

GPS: 3.857118,103.261056

Screen Shot dari Google Map


 Jadual Pengajian Ustaz Zul Muhsah (Wali hakim Kampung Padang). 


[ Isnin 7.30 malam: ]
Kitab Pelita Penuntut (Ta'lim Muta'allim ala Toriqit Ta'allum).
Penulis: Syeikh Ibrahim Zarnuji.
Jenis Pengajian: Adab Penuntut Ilmu.


[ Selasa : Cuti ]


[ Rabu 7.30 malam: ]
Kitab Matlaul Badrain Wa Mujammaul Bahrain.
Penulis: Syeikh Muhammad ibnu Ismail Daud Alfatoni.
Jenis Pengajian: Fiqh.


[ Khamis 7.30 malam: ]
Kitab Akidatun Najiin
Penulis: Syeikh Zainal Abidin Alfatoni.
Jenis Pengajian: Akidah/Tauhid.


[ Jumaat 7.30 malam: ]
Kitab Minhajul Abidin (Jalan Ahli Ibadah)
Penulis: Imam Alghazali.
Jenis Pengajian: Akhlak/Tasawwuf.


[ Sabtu dan Ahad: Selepas Subuh: ]
Kitab Tafsir Alquran
Penulis Imam Ibn Kathir
Jenis: Tafsir.

[Selepas Kelas Tafsir - 8.15/8.30 pagi: ]
Sabtu: Mukhtasar Jiddan (Nahu) & Penawar Bagi Hati (Tasawwuf)

Ahad: Matan Bina dan Izzi (Saraf)


[ Sabtu dan Ahad malam: Cuti ]



Sedikit Biodata Ustaz Zul Muhsah (Masih perlukan pengesahan);
Nama penuhnya Ustaz Zul Mukhsah bin Abdul Mubin. Umurnya kini baru mencecah 45 tahun (2016). Bertugas sebagai wali hakim Kampung Padang dan masih bertugas sebagai Guru di Sekolah ABIM.

Ustaz Zul Muhsah selesai menuntut  ketika berumur 30-an (atau lebih).

Ustaz Zul pernah mengaji di Pondok Pasir Tumboh. Selama 4 tahun. Semasa di situ. Ustaz sempat menghafaz Matan Ummu Barohin, Matan Jauharah, Matan Izzi, Matan Bina. Satu ketika ustaz terdengar seorang mengajar. Kelas itu ramai melimpah kedua. Madah diajar Ilmu Nahu. Ustaz rasa sedap dengar. Banyak main takdir. Waktu itu ustaz telah 4 tahun di Pasir Tumboh. Jadi ustaz tanya macam mana nak belajar (tak silap?). Guru itu menyarankan ke Pattani.

Maka Ustaz Zul pun sambung belajar di Pondok Krasak Fattani (Asal nama Fatoni adalah Pantai ini), Thailand. Ustaz Zul juga adalah murid kanan kepada Baba Ismail (Pak Da Eil) Pondok Krasak. Ustaz Zul juga pernah mengaji di Mekah. Sebelum kembali semula ke Thailand.

Ustaz bertuah. Kerana mendapat pendidikan dari guru yang warak. Salah seorang gurunya sangat berjaga sehingga kepada bab televisyen. Gurunya itu malah tidak punyai televisyen. Gurunya itu juga tidak membenarkan gambarnya diambil.

Diri Ustaz Zul ibarat wakaf buat ilmu dan mengajar ilmu.



Ustaz Zul Muhsah di Youtube



Ruang luar surau



Perkarangan surau





Sabtu, 23 Julai 2016

Tok Guru Salleh Musa: Sudut ingatanku




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Tok Guru Salleh Musa: Sudut ingatanku;

1. Masa tu di Kelantan. 2015. Waktu kecoh tentang Kitab Bakurotul Amani. Tentang method tulisan Musonnif. Pengarangnya Pak Da Eil.

2. Seorang teman 'sekejap tapi mesra' tunjukkan satu video. Rakaman perbincangan diketuai Baba Ismail Sepanjang. Mempertahankan method tulisan Almarhum Pak Da Eil. Sambil titipkan nasihat. Kalau tak puas hati. Rujuklah dengan anak murid Pak Da Eil yang masih hidup. Tok Guru Salleh Musa salah seorang murid Pak Da Eil.

3. Seorang Kepala Mutollaah bagitau. Tok Guru Salleh Musa sampai mengalir air mata. Sebab ada yang usik 'guru' dia sampai camtu.

4. Masa Tok Guru Nik Aziz meninggal. Takdir dapat saff hujung dekat jalan. Takdir juga ada satu susuk lalu. Semua bagi laluan. Wajahnya jernih sekali. Nampak seolah kemerah-merahan. Lantas dapat tangkap. Mungkin inilah Tok Guru Salleh Musa. Lalu betul-betul dihadapanku. First time tengok live. Dan itulah kali terakhirnya.

5. Sebelum cuti Ramadhan. Geng-geng anak murid Ustaz Din Perak sibuk kumpul orang. Nak bentuk rombongan ke Pondok Sik Kedah. Biasa kebanyakan pondok baik di Malaysia atau Pattani. Ramadhan dan Syawal cuti. Jadi pelajar akan ambil kesempatan hadiri Dawrah Tauhid bersama Tok Guru Salleh Musa. Setiap pondok terkenal biasanya dikenali dengan 'lubuk'. Pondok Rahmaniah Sik Kedah, terkenal sebagai Lubuk Ilmu Tauhid.

6. Dan saat ini. Tok Guru Salleh Musa telahpun pergi. Namun nama dan wajahnya tetap segar di ingatan. Sama kita Solat Jenazah Ghaib dan mohon keampuan dari Allah buatnya dan diri kita juga.

Kudeta Turki, Selena Gomez dan Kuasa Pendesak




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kudeta Turki, Selena Gomez dan Kuasa Pendesak; ]

Sebulan lalu. Ada berbual dengan teman baik. Bila banyak jemaah atau pertubuhan Islam. Kontranya memang makruf. Tapi ada juga sekelumit hikmah positif sebenarnya. Kita boleh main perang gerila.

1. Di NGO kita ada ISMA, PPIM dan MAPIM. 
2. Di PAS kita ada Majlis Syura.
3. Di UMNO. Kita ada YADIM, PERKASA.
4. Dalam kerajaan kita ada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.
5. Dalam Pakatan Harapan kita ada PAN. Yang dibayangi IKRAM.
6. Dalam PKR kita ada bekas pimpinan ABIM dan JIM.

Bila semuanya punyai fikrah Islam. Maka semua akan tuju arah yang sama. Mereka akan heret sekali organisasi yang mereka 'bayangi'. Contoh, semua akan senada membantah Konsert Selena Gomez.

1. Kita sudah tidak bimbang ancaman DAP. Jika IKRAM boleh kawal PH.
2. Perjalanan Institusi agama still rancak. Sebab ada Jabatan Agama yang aktif.
3. Hak umat Islam terjaga, sebab ada PPIM.
4. Bila tersepit antara politik dan kebenaran. Kita ada ISMA yang akan berbunyi.
5. Bila perlukan desakan politik. Kita ada PAS.
6. Bila timbul isu. UMNO dan PAS tak berani usik. Kita ada PERKASA.
7. Untuk berbincang. Perlu meja bulat ngo-ngo. Kita ada YADIM dan MAPIM.
8. PKR akan lebih bernada 'Islamik'. Jika dipandu WADAH atau ex-JIM.

Seperti di Turki. Walau saling berbeza pendapat. Dari Erdogan, Abdullah Gul, Davutoglu sampai kepada pimpinan pembangkang. Namun semua bantah rampasan kuasa tentera. Mungkin kerana masing-masing sefikrah untuk jaga Hayat Demokrasi.

Paling penting. Jemaah atau pertubuhan Islam perlu 'VOKAL' di posisinya. Bijak bermain kuasa 'pendesak', tidak saling sabotaj dan tahu waktu bila perlu serang 'serentak'.

Isnin, 18 Julai 2016

Pondok nak buka



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Pondok sekitar Kuantan ;

Insha Allah. Pondok Sri Damai (Tok Ayah Wan) akan mula buka 24hb Julai. Pondok Assalikin Berserah (Tok Ayah Hassan) pula 29hb Julai.

Kerap juga terdetik. Sebenarnya ada berapa banyak pondok (Kitab Turath) ada di Kuantan ni? Kat mana nak cari rekod ini. Ada tak mana-mana individu yang tahu?

Rasanya ada baik pengurusan Yayasan Pembanggunan Pondok Malaysia atau Pusat Pembanggunan Pondok Berhad update senarai terkini pondok-pondok dalam web.

Nak mantap. Senaraikan sekali jadual kelas, kitab, gps, gambar dan saluran sumbangan...Fuhh
Baru nampak kemas.

Kes Turki: Semua bersatu



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Alhamdulillah. Hari ni rasa sangat-sangat happy. Seronok sangat. Rasa nak terbang...hehe

1. Bila duduk rumah. Abi pun buka topik Kudeta di Turki yang gagal.

2. Bila buka Facebook. Kawan-kawan sangat aktif pos perihal Turki. 70% Halaman Utama cerita pasal Turki. Sumbangan Erdogan. Analisis kejadian. Sejarah Turki Uthmaniyah. Reaksi HAMAS Palestin. Sokongan figura Dunia Islam baik Ismail Haneya mahupun Dr.Yusof Alqardhawi.

Rasa macam semua bersatu. Semua seronok lihat Islam kuat. Semua nak tolong beri sokongan moral.
Alhamdulillah

Sabtu, 16 Julai 2016

Baik kau senyap ! Kau rasis !



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Baik kau senyap ! Kau rasis !

1. Balik ngeteh dengan Abrar Ikhram semalam. Sempat belek Facebook. Baru perasan. Rupanya ada demo mengecam penindasan terhadap etnik Rohingya Burma. Di Kuala Lumpur.

2. Dulu Orang Islam kita sangat sensitif. Teringat masa kecil. Pernah lalu depan masjid negeri. Ada orang buat demo. Dekat pokok buloh. Membantah konsert KRU. Masa tu. Belum bab akidah lagi. Bab keruntuhan moral dan akhlak pun masyarakat dah rasa cuak.

3. Dulu kita sayang Orang Islam. Lebih dari sayang Orang Kafir. Sekarang, kita nak usik Orang Kafir yang buat salah pun takut.

4. Dulu kalau di masjid. Siap ada risalah dan banner. Menyeru boikot terhadap barangan Yahudi dan Israel. Hari tragedi umat Islam seperti Naqba Palestin dan keruntuhan Empayar Uthmaniah di Turki. Dihidupkan dengan program-program kesedaran.

5. Dulu pantang ada kes murtad. Pasti ada risalah yang diedar.

6. Sebab sekarang. Kita takut dilabel 'rasis'. Takut setakut-takutnya. Satu perkataan yang ampuh di Malaysia. Untuk tenggelamkan semangat Orang Islam jika ada nak bersuara.

7. Bila sebut Orang Islam. Termasuklah Dr.Ridhuan Tee, Ann Wan Seng, Dr.Farid Ravi dan tokey restoran mamak.

Khamis, 14 Julai 2016

Strategi ASWAJA Malaysia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mak kau Hijau. Ayah kau Oren ;

1. Teringat masa kecik dulu. Masa bermain. Kalau geram sangat dekat lawan. Kita akan nganjing. Ulang banyak kali kata-kata yang buat dia sakit hati. Sambil pekakkan telinga. Hati puas bila dia 'mecop'.

2. Kawan-kawan satu geng pun turut bersorak. Maklumlah, saling berkongsi 'geram'.

3. Sebaliknya. Orang sekeliling akan nampak kita ni jelek. Nampak kita ni ego tinggi. IQ cetek. Tak mampu nak menang. Ambil jalan serang peribadi. Buat provok. Kuat menganjing.

4. Renung strategi Baba Ismail Sepanjang. Selalu Baba ulang. 'Kamu Serang Kami Terang'. Serius cool. Nampak gentleman. Matang. Berwibawa. Nampak 'permainan' berjaya dikawal.

5. Orang sekarang. Tak perlu kita bercakap atau tulis. Dari jauh. Dia tengok bentuk mata kita je. Dia dah boleh i'rob macam-macam.

Antara Kisah dan Realiti


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Baru ni, masa tunggu qomat ;

1. Ada sorang pakcik hampiri dari belakang. Dengan nada hampir berbisik. Dia minta tolong solat hajat. Supaya anaknya keluar dari rumah.

Tekejut juga. Pandang muka. Macam serius.

Lanjutnya. Disebabkan anak tinggal di rumahnya. Pakcik ini terpaksa sewa rumah yang lain.

2. Masa umum. Mohon jemaah untuk sama-sama berdoa. Agar Allah mudahkan segala urusan dan kesulitan pakcik tadi. Ayat neutral untuk semua pihak.

Risau juga. Kut-kut realiti sebenarnya lain.

3. Sebelum tu dah pernah berlaku sekali. Seorang makcik mengadu. Katanya anaknya diculik kakaknya. Bila dah berbual panjang. Dapat tangkap rasa lain macam. Mungkin tindakan kakaknya betul.

4. Atas kemanusiaan. Kita ucaplah kata baik-baik. Cuma untuk buat keputusan, perlu lebih berhati-hati.

Posisi 'mana' Allah tempatkan kita


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sebaik selesai ribut taufan. Rumah roboh.

1. Ada yang bertukang pasang dinding. Simen tangga. Pasang atap. Ikat wayar. Angkut pasir. Ukur kayu.

2. Namun tiada orang nak sedia makan tengah hari. Kedai tiada. Air minum tiada.

3. Ia mungkin kerja remeh. Tapi jika tidak dibuat. Maka semua akan lapar dan dahaga. Kerja pun takleh nak sempurna. Belum petang. Semua dah habis tenaga.

Adakala. Perlu fahami. Posisi 'mana' Allah tempatkan kita. Kerana ianya sangat membantu 'keseimbangan' alam.