Ahad, 16 Oktober 2016

Knp skrg baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye…


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Amirah

Salam semua. Aku tak ada nak confess apa2 pun. Sekadar nak cerita pasal arwah kawan aku.

Nama dia Amirah. Aku dgn dia memang jauh beza lifestyle. Langit dengan bumi. Amirah ni dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, ko bagi la kat dia. Aku ni pulak dibesarkan dalam family yg kuat agama. Kami kenal start darjah lima. Sampai tingkatan 3 kami satu sekolah. Memang dia lah bff aku walau berlainan gila. Taktau la kenapa, tp aku rasa dia jujur. Dia tak ckp kasar, biasa je. Dia tak berlagak kuat walaupun aku pernah tgk sendiri dia pukul budak laki sampai lembik.

Masa umur aku 21, aku dpt offer kerja yg best. And aku tinggal menyewa dgn amirah. Setiap hari amirah minum arak. Smoking. Bukan pall mall kotak biru, dia smoke betul punya surya aceh tu. Perokok tegar. Solat tak pernah. Malam jumaat je start bersiap nk pegi clubbing. Aku mula rasa tak best. Maybe sbb dulu aku budak lg, jd tak rasa nak menegur. Bila dah besar tp dia masih macam tu, aku rasa sedih gila. Lama aku dgn amirah jd housemate. Sampai umur 25.

Beberapa bulan sebelum dia meninggal, dia ada ckp kat aku, “Wei, jangan jd mcm aku. Kau, semayang jgn tinggal. Dadah arak rokok semua ni, haram. Kau jgn tayang aurat. Kau jgn buat semua ni”, sambil2 tu tangan dia tgh tunjuk serbuk yg dia tgh sedut..dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung.

Masa tu, 1st time air mata aku menitik nitik mmg tak berenti utk Amirah. Aku tak tersedu sedu tp air mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high…fly entah jadi unicorn ke apa.. masa tu aku pegang tangan dia, aku kata “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko educated. Ko jgn buat dah benda ni. Tlg stop semua ni once and for all.”

Amirah sengih, pegang pipi aku, dia kata “4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Knp skrg baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye….hahahhahahaha…..” Lepas tu dia tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi keje. Aku tgk dia still tidur dekat meja dapur.

Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul2 tak tenang. Aku serabut sgt, rasa hati ni dikoyak2. Aku terkesan sgt dgn apa amirah cakap. Betul, lama gila aku kawan dgn dia. Tp aku tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah halang masa dia amik high heels kat rak kasut utk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jgn campur hal org. Tanpa aku sedar sbnrnya aku dah jd kawan yg teruk. Aku nak masuk syurga sorang.

Balik tu, amirah tengah makan megi. Dia nampak bersih dari hari2 biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt besar and sweatpants. Tak mcm selalu, boxer singlet rambut serabai. Dia ajak aku makan. Dia betul2 biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Time tu aku tekad, dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nk dia stop semua yg dulu sbb aku syg dia.

Aku ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak lagi, and pegi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel tanyalah ustaz kuat2, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth dia. Aku tak putus asa. Aku buat hari2.

Tiga hari sebelum amirah meninggal, dia jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi pool kat bawah. Aku cakap malas sbb dah mandi. Pastu dia kata “jom solat”. Aku buat2 biasa dan jawab aku dah isyak. Dia ajak jugak solat la apa2 pun.

Aku cakap “boleh, jom tido dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud”. Dia cakap ok. Malam tu, kitorang bebetul tahajjud. Bilik asing tapi pintu bukak. Bilik aku bertentangan pintu dgn amirah sbb dia kata depan Allah dia nak sorang2 tp dia taktau solat. So dia ikut je apa aku buat dari sebelah. Last sujud, bapak lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku tdur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat2 kepala.

Esok aku bangun, amirah dah keluar. Aku pelik jugak sbb hari ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah, terjumpa dia tengah keluar lif, bawak breakfast. Lps tu kitorg makan, amirah tanya aku, dia baik tak. Aku cakap boleh lah drpd tak ada. Everything seems normal.. sembang biasa.. amirah tak solat, still smoke and minum beer petang tu. Aku tak tau kenapa aku tahan lg bila dia tak smyg, rokok..mksud aku, aku tahan utk tak marah. Tp bila dia amik beer, aku rasa menggelegak hati. Aku amik beer and baling kat peti ais. Suara aku memang tinggi. Aku sakit hati sgt. Aku mengamuk petang tu. Aku jerkah amirah puas2. Tapi satu ayat dia yg buat aku stop and masuk bilik.

“Lambat sangat kalau ko nk concern mcm ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Esoknya amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7pm aku sampai rumah. Amirah atas sofa, dengan muka yg sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dgn’barang masak’ dia. Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa utk aku sedar amirah betul2 dah tak ada. Aku jerit. Aku nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati, kehilangan. Aku call ambulans, and after semua procedure setel (story ni akn jd lg pnjg kalau aku cerita proses hospital, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik amirah dgn empty soul.

Hari ni aku last kat rumah ni. Aku dah berenti kerja. Aku nak balik stay dgn fmly. Aku perlu masa nk hadam apa yg jadi. Memandangkn saving aku byk, aku decide utk tinggalkn semuanya kt sini.

Sepanjang aku drive nk balik kmpg, aku berulang2 kali flashback ayat amirah.

“Lambat sangat kalau ko nak concern macam ni, babe. Aku tak kuat sorang2.”

Korang, kalau syg kwn, jgn jd mcm aku. Dan jgn perkecilkan mslh kawan. Jgn jugak lari dr kwn yg nmpk teruk. Diorg perlukan kita. Diorg betul2 nk kita ada. Chiow.

– Fatin

Sabtu, 15 Oktober 2016

Selamat datang ke Wilayah. Fiqh Empat Rubu'




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




1. Bab muamalat.

2. Rubu' ini mungkin ramai pernah sampai. Tapi nak boleh ke kaji sungguh. Ulang banyak kali sampai faham. Seperti telek bab ibadah. Memang jarang sempat. Biasa ramai terhenti setakat bab ibadah. Adapun bab munakahat, muamalat dan jinayat. Kita main celup tepung.

3. Sebab tu. Bila semalam Tok Ayah Wan (Ustaz Wan Zukir, Pondok Seri Damai) beritau nak buka Kitab Matlaul Badrain. Kitab jawi 4 rubu'. Kita rasa seronok. Cuma belum ditetap masa. Mungkin lambat lagi.

4. Dulu kalau di Pondok Pasir Tumboh. Seingat-ingat. Ada dua guru yang buka. Ustaz Firdaus dan Ustaz Pa. Sempat ikuti kelas Ustaz Firdaus. Memang tercengang. Tidak silap, Ustaz Firdaus belajar dari Ustaz Hazri.

5. Bayangkan bila kitab 4 rubu', dihimpun dalam kitab senipis itu. Bila dan syarah, dia punya dhobit memang tak ingat dunia. Selang 3-4 kalimah. Insha Allah akan ada dhobit tambahan. Baik maklumat datang dari kitab luar atau nukilan dari guru-guru terdahulu. Penting pulak tu. Bagiku Ustaz Firdaus memang superb. Tapi sayang. Dapat ikuti sekejap sahaja.

6. Dulu kita tak terlibat sangat. Tapi bila dah bekerja. Ada kehidupan. Bab muamalat dah jadi kewajipan. Hari-hari kita berdepan polemik ribawi, loan, cukai, saham, forex, jual beli, pajak gadai, upah, sewa, hartanah, insurans.... Fuhhh banyak lagi tu.

7. Seperti juga bab ibadah. Kita tidak boleh jadi lalang. Hanya turut kata orang. Kita sendiri perlu study. Perlu talaqqi dari bibir ulama. Biar jelas hitam putih. Boleh faham situasi.

8. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu bagi kita. Untuk faham Agama Islam.

9. Allahuakbar. Makin takut nak teruskan langkah kehidupan. Ingat kalau-kalau keadaan dunia dah tak terkawal nanti. Nak duduk kat gua. Teringat kawan pernah cerita ada satu gua di lipis. Gua tu tepi stesyen keretapi...

Selasa, 11 Oktober 2016

Silap Mata. Mata tersilap



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


114 - (UMUR) + 2 = (TAHUN LAHIR)

Maknanya. Kalau seseorang itu berumur 17 tahun.

114 - (17) + 2 = (99).

Maka dia lahir tahun 1999.

Dalam malam semalam terbaca di Telegram. Tertanya-tanya. Sebab apa jadi camtu? Pagi ni baru faham trik ni. Nampak tak kelambatan-nya tu. Hehe...

Aku cuba yek.

1. (2) tu sengaja diwujudkan. Untuk kelirukan orang. Masukkan sekali dalam (114) boleh. Jadi 116 - (umur) = (tahun lahir).

2. Kenapa 116? Mulanya aku keliru juga. Adakah ianya seperti peratus. Jadikan 100 sebagai asas. Asas di sini 116.

3. Maksudnya (Umur) + (tahun lahir) = 116. Kenapa mesti 116. Adakah ada satu formula m3 yang tak pernah dengar?

4. Balik rumah tadi baru terfikir. CINA-BENG sungguh. Rupanya (1) yang di awal juga trik. 16 itu tahun masihi kita sekarang. Memanglah 2016 ditolak umur. Dapatlah tahu tahun lahir kita.

114 - (umur) + 2 = (tahun lahir)..

Hehehe... Semuanya sebab kepandaian dia susun nombor. Bagi otak kita keliru.

Selalu hari Isnin malam Selasa: Ada Muhadoroh



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Pondok Pasir Tumboh buat Muhadoroh (Pidato Umum). Pengajian talaqqi semua tawaqquf. Pelajar yang nak berkongsi ilmu, melontar pendapat. Mereka akan ke depan. Selesai majlis, Abang Man (pelajar lama) khidmat sediakan jamuan.

(Sebelum tu. Kalau tak suka. Mohon elak paksa diri baca. Sekadar mencoret hobi)

2. Satu malam. Seorang pelajar tampil. Semasa taarruf, pelajar ini ditanya. Kenapa nak masuk pondok? Belajar agama?

3. Pelajar tu beritau.

"Dia bimbang kalau satu hari nanti. Semua ustaz-ustaz di tv minta maaf. Guru-guru dia minta maaf. Sebenarnya semua yang mereka ajar tentang Agama Islam sebelum ini. Salah. Apa akan jadi pada kita?"

4. Moderator ambil mic. Moderator cakap. Takkan jadi macam itu.

5. Takpelah. Moderator itu okey. Alasan dia matikan topik jelas. Cuma, isu ditimbul pelajar itu bagiku best. Itulah antara motivasi kita belajar. Sebab nak analisa sendiri kebenaran?

- Baru ini Hari Raya Korban: Orang keliru, berapa kali takbir berapa kali tasbih. Orang keliru, bila nak berhenti takbir raya. Berapa kilo daging lembu seorang, untuk diagih.
- Baru ini Musim Haji: Persoalan pantang larang ihram, dam, perbezaan Haji Tamattu', Qiran dan Ifrad, sah batal tawaf saei. Solat atas flight. Cara wuduk tayammum.
- Ada meninggal. Orang mula pening, nak buat atau tidak talqin. Ada dapat anak, bila nak buat aqiqah, macam mana cara tahnik.
- Viral pula cerita muslim pegang anjing. Apa hukumnya? Nak telek dekat mana.

6. Belajar Agama penting. Tak mesti nak jadi Mufti atau Kadi. Cukup kita boleh guna. Tahu tempat ambilan. Nak-nak bila berlaku suatu hukum. Itu dah cukup.

7. Tidaklah kita sendiri teraba-raba. Lalu diam-diam, follow siapa hujjah paling bernas. Berdasar ruang komen di Facebook. Memang kasihan. Sebab setakat pemerhatian. Jarang jumpa tokoh ilmuan nak berikan penjelasan di komen.

8. Walaupun dah hampir setahun. Tapi komen pelajar itu bagiku best. Selalu terngiang-ngiang.

Kau kerja apa? kau kolot beb !



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

1. Lebih kurang setahun dulu. Aku pernah duduk pondok. Aku perhatikan, cara fikir tok-tok guru memang berbeza dengan cara orang luar fikir. Tentang gaji, rezeki, kerja, ilmu dan dakwah.

2. Kalau di pondok. Mana-mana pondoklah. Antara perkara paling malu nak kita borak. Tentang nanti nak kerja apa? Silap hari bulan. Tak perlu tunggu tok guru atau kepala mutollaah basuh. Kawan-kawan sebilik dah awal-awal sound;

"Ko sibuk dengan benda memang Allah dah janji (rezeki). Asbab sujud sahwi pun ko kantoi..."

Berbeza dengan dunia luar kan?

3. Di pondok. Antara nasihat wajib. Adalah belajar ilmu mesti bersungguh. Semata-mata kerana Allah. Jadi tidak timbul rugi belajar lama-lama. Ilmu itu nak buat apa. Takyah belajar pun tak mengapa. Kenapa nak hormat guru, kitab, orang tua?

4. Sebab belajar itu soal ta'abbudi. Kepatuhan kepada Allah. Bukan sebab kerja, sijil atau pangkat.

5. Kerana itu. Perhati betul susuk tok-tok guru dan tokoh agama yang ada. Berhempas pulas tolong agama Allah. Perhati cara diorang pilih jalan hidup.

- Almarhum Ustaz Atiqullah (Pondok Pasir Tumboh) sebelum hari cerah orang dah tunggu kat tangga. Sebab hajat nak minta tolong. 

- Ustaz Jamal sanggup berhenti dari gaji besar di YP. Sebab nak buka MABIQ.
- Ustaz Abdullah Khairi sanggup berhenti kerja kerajaan sebab dakwah.
- Ustaz Tuan sangup berhenti pensyarah sebab dakwah.
- Ustaz Asrar (Pondok Pasir Tumboh) tolak ditawar gaji besar. Sebaik habis belajar UK. Sebab nak mengaji di Pondok Pasir Tumboh.
- Nazri Raihan, berhenti dari Raihan untuk buka madrasah.
- Geng-geng Tabligh, berhenti kerja makan gaji dan langsung berniaga. Sebab mudah tumpu kerja dakwah.
- Nabi dan Sahabat usah ceritalah. Semua kemewahan dunia mereka abai. Demi nak bawa agama.

6. Serius beb. Walaupun kita tak mampu nak turuti jejak mereka. Mungkin jalan hidup kita berbeza dengan mereka. Sekurang-kurangnya minda kita terbuka. Allah memang dah tetapkan rezeki sejak kita dalam kandungan lagi. Takkan sesekali berkurang atau bertambah. Tak perlu bimbang.

Cuma, apa bekal kita nak dibawa ke sana nanti?

8. Hidup ini tak lama. Lagi 30 ke 40 tahun, takpun esok. Insha Allah kita dah mati. Walau apapun jalan hidup kita pilih. Fikir masak-masak. Kalau nak melabur.. Biarlah berbaloi !!

9. Jangan terpengaruh Fantasi Cerekarama. Sebab Ulama dah ajar benda berbeza.

Selasa, 4 Oktober 2016

Ujian Mutowwif Andalusia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Ada dua fasa.

Fasa 1 (Temuduga):

Sekejap sahaja. Dalam 15 ke 20 minit. Ada banyak penemuduga. Kita pilih satu meja.

A) Kita diminta perkenalkan diri dalam Bahasa Melayu. kemudian Arab.
B) Minta bercerita tentang tempat-tempat bersejarah di Mekah Madinah. (Seperti Masjid Quba dan lain-lain)
C) Kita diminta lakonkan babak sebagai Mutowwif. Babak ketika beri taklimat di KLIA. Dalam Flight. Juga ketika mengerjakan  Tawaf dan Saei UMRAH.
D) Cara kita selesaikan satu-satu masalah.

*Point penting: Diorang nak tengok kepetahan kita bercakap. Karektor kita. Mesti tenang, penyabar dan matang. Mampu tangani saat-saat genting dengan bijak.

Kemudian. Hanya tunggu email dan panggilan. Mengatakan kita layak ke fasa 2.


Fasa 2 (Kursus):

Tempohnya lima hari. Bertempat di masjid. Makan minum percuma. Tempat tidur boleh di Wisma. Juga percuma. Pengangkutan mudah sebab teksi banyak. Dalam RM6-10 ke stesen LRT terdekat.

A) Diajar kita ilmu-ilmu perlu ada pada Mutawwif. Dari Hukum-hakam umrah. Hal perempuan (Haid istihadah dan lain-lain). Teknikal pengurusan di KLIA, Mekah, Madinah dan Ziarah. Juga pengenalan syarikat.
B) Mutowwif senior akan berkongsi pengalaman. Terutamanya yang pahit-pahit.
C) Diberikan peluang kita lakukan praktikal Umrah sambil dibimbing mutowwif senior.
D) Ujian bertulis banyak libat hukum-hakam, sejarah Makkah Madinah dan sirah Rasulullah.saw yang berkat dengan tempat tersebut.
E) Ujian Syafawi hanya nak lihat kita berlakon sebagai mutowwif. Memberi penerangan kepada jemaah. Setiap tempat digalakkan punyai 3 . Takrif, Sejarah dan dalil.

*Paling penting, bercakap. Jika lupa fakta. Lencongkan kepada ceramah atau pengisian jiwa.

Kursus ini best. Walaupun kita mungkin tawar hati nak jadi mutowwif. Tapi sangat berguna. jika kita nak buat Umrah atau haji nanti. Banyak ilmu berguna dicurah dari penceramah tip-top. Panel-panel haji muzakarah fatwa kebangsaan.

Kemudian. kita hanya perlu tunggu panggilan daripada pihak Andalusia. Samaada layak atau tidak.

Namun secara peribadi. Aku pula semakin berkobar-kobar nak berkhidmat kepada tetamu Allah. Harap-harap berjaya. Tak sabar nak tunggu bulan Disember ini. Aku sekadar mohon Mutawwif sambilan bulan 11/12. Insha Allah ada rezeki, nak sambung lagi.