Ahad, 20 November 2016

[ Sketsa Petang Rabu: ]


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Anak: Oo.. Trump menang presiden ye..haha

Ayah: A'ah..

Mak: Apa dia?

Anak: Trump menang Presiden America.

Ibu: A'aa..

Anak: Trump. Yang anti Islam tu menang. Lepas ni tak tahu. Sama ada ok, atau lebih pada Bush. Bush yang serang Afghanistan Iraq tu.

Ibu: Habis tu. Kenapa ketawanya...

Anak: ......... Hehe

[ Asbab Futuhat. Jangan pandang enteng: ]


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Teringat berbual dengan teman.

1. Adakala Asbab Futuhat (Detik dibuka kefahaman) terhadap satu ilmu itu. Kita dapat dari kitab biasa-biasa sahaja. Bukanlah dari kitab-kitab besar. Tapi asbabnya-lah kita faham.

2. Begitu juga bila berdepan satu mas'alah (persoalan). Adakala kita tak berjaya rungkai. Tapi kebetulan satu malam. Kita duk dengar satu tazkirah ringkas. Tapi tak sangka. Kawan kita itu 'TER'-beri satu kaedah. Ibarat dibukakan pintu. Segala mas'alah dahulu, terus kita faham.

3. Bila dengar satu info. Kita berjaya tasawwur (bayangkan) topik itu dengan sangat jelas. Walau sepatutnya rumit. Sebabnya mudah amat. Satu ketika dulu. Kita pernah terlihat satu peta minda yang dilakar seseorang di whiteboard. Tentang topik itu. Menariknya. Kita pun tak kenal siapa yang lakarnya dulu.

4. Kata guru. Beliau petik kata-kata Syeikh Mutawalli Sya'rowi.ra. Adakala masa mengajar. Terpacul dari mulut guru, satu ilmu (kaedah atau buah pelepas) yang guru itu sendiri pun tak sangka. Ketahuilah. Sebenarnya, itu adalah 'rezeki' Allah buat murid itu.

[ Teman tanpa suara: Bukit Rangin; ]


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Setiap kali melintas Masjid Bukit Rangin. Ingatan kepada seorang teman datang semula.

2. Sebetulnya. Aku juga baru tahu. Dia telah meninggal. Dalam seminggu lalu. Walhal telah hampir 6 bulan juga dia telah pergi.

3. Dia tergolong dalam Insan Kelainan Upaya.

4. Dia selalu berjalan kaki. Acapkali bila lalu Bukit Rangin. Takdir terserempak dengannya. Dia akan tahan, nak tumpang. Kalau takdir terserempak dengannya di masjid. Dia sanggup tunggu aku selesai dari awal wudu' hingga nak balik. Semata-mata nak tumpang.

5. Menariknya. Kami tidak pernah berbual. Dia hanya tahan atau follow aku sampai kat motor. Faham sama faham. Bila aku start motor. Dia terus akan naik. Dan aku terus jalan. Aku juz tanya arah mana dia nak pergi, dia juz tunjuk arah. Bila dah sampai, dia akan tarik bajuku. Aku fahamlah, kami dah sampai. Lalu akupun beredar.

6. Beginilah hubungan yang terjalin. Antara kami. Buat sekian tahun.

7. Dah lama tidak baca notice-board di masjid. Baca baru ni. Rupanya dia telahpun meninggal dunia. Seorang lagi temanku meninggal. Teman tanpa suara.

Mudah-mudahan Allah merahmatinya... Allahumma Ameen.

Sabtu, 19 November 2016

Karomah Tok Ayah Chik


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Kisah ini bukan copy paste dari laman lain. Cerita ini dicatat saya sendiri. Admin Galeripakwan@Blogspot.com. Jadi bila kata ganti diri itu tertulis 'saya'. Maka ianya memang admin sendiri. Hanya kisah sahaja diceritakan oleh teman saya. Dari Multaqa Asatizah Kuantan. Saya akan merujuknya ustaz. Beliau sendiri berjumpa dengan Tok Ayah Chik. Juga dengan Tg.Haji Baqi.

2. Tidak lama sebelum ini. Ustaz ini pergi bertemu dengan Tok Ayah Chik. Untuk bertanya tentang wirid. Sebab nak beri pada ahli jemaah (PAS) untuk diamal. Dalamnya ada sebut nama Nabi Khidir.as. Tok Ayah Chik kata: "bagus-bagus". Tok Ayah Chik sendiri beritahu. Beliau juga berhasrat ke Mekah, untuk ambil wirid lagi.

3. Tok Ayah Chik sendiri pernah bermimpi. Masuk tempat yang serba hijau. Kemudian Tok Ayah Chik terjaga. Tok Ayah Chik fikir, mungkin ni mimpi nak berjumpa Nabi Khidir.as. Tok Ayah Chik tidur semula dan takdir, mimpi itu bersambung. Tok Ayah Chik berjumpa Nabi Khidir.as sungguh. Dalam mimpoi itu. Nabi Khidir beritahu orang-oramg yang menipu. Antaranya Rangkaian Aljazeera dan ada lagi yan lain. Namun Tok Ayah Chik tidak beritahu kepada Ustaz.

4. Tok Ayah Chik beritahu. Tg.Haron Din Yaqozoh terus (jumpa secara berdepan) dengan Nabi Khidir.as. Tg.Haron Din masuk satu tempat untuk solat. Di situ ada dua orang (saya tak pasti. seorang ikut Tg.Haron Din. atau dua-dua memang sudah ada disitu). Tg.Haron Din suruh jadi imam. Tapi dia kata "Ahlul Bilad lebih utama". Tg.Haron Din lantas jadi imam. Selepas selesai solat. Tg.Haron Din tanya orang soleh ke-2. Siapa dia tu? Orang soleh itu beritahu: "Itulah Nabi Khidir.as.."

5. Ustaz ini pernah bertemu Tg.Haji Baqi. Tg.Haji Baqi pernah bertemu dengan Nabi Khidir.as di Mekah. Nabi Khidir.as kata: "Kamu ini orang Pahang ?". Nabi Khidir.as bagitahu. Nabi Khidir.as akan ke Pahang setiap Selasa malam Rabu? (Saya lupa waktu sebetulnya). Nabi Khidir.as punyai karamah lipat bumi (Jarak bumi dijadikan pendek bagi baginda).

6. Anak Tok Ayah Chik ada namanya Yusof. Ustaz ini ketika bertanya kepada Yusof. Tok Ayah Chik kalau mimpi bertemu Rasulullah.saw. Dah berbelas kali. Malah Tok Ayah Chik juga pernah bertemu dengan Nabi Isa.as.

7. Masa di Turki dahulu. jika masih ingat. Tok Ayah Chik pernah diserang sakit jantung (tidak silap). Jantung Tok Ayah Chik berhenti lama. Mesin semua memang tak bergerak (tunjuk jantung Tok Ayah Chik benar-benar berhenti). Namun disebaliknya ada cerita menakjubkan. Tok Ayah Chik sempat mengulang 3 juz Alquran (mungkin dalam koma?). Kemudian sebaik tersedar. Satu banggunan itu bertepuk tangan. Dari tingkat bawah (ada empat tingkat?). Mereka melaungkan "Syeikh Abdul Hadi Hayyun !" (Syeikh Abdul Hadi hidup !).

8. Ustaz ini minta dengan Tok Ayah Chik. Nak wirid yang Tok Ayah Chik amal. Tok Ayah Chik senyum je. Tapi akhirnya Tok Ayah Chik bersuara dan memberi isyarat ketebalan wirid yang beliau amal (lebih kurang separuh dari sejengkal).

9. Kisah ini mungkin ada banyak kesilapan tulis. Sebab saya ini sudah rowi yang ke-2. Tambahan saya juga tergesa-gesa mencatat. Takut terlepas poin penting. Mohon rujuk sendiri kepada Tok Ayah Chik untuk kesahihan.

P/s: Sengaja saya tidak tuliskan nama sebenar Tok Ayah Chik. Agar tulisan ini tidak menjadi bola tanggung untuk menyerang Ayah Chik. Oleh mereka yang membenci. Kita pertahanlah ulama dan auliya' Allah mana termampu.

Wallau a'lam.

Isnin, 7 November 2016

Perlahan-perlahan Pun Tak Apa

VIA IIUM CONFESSION

Assalamualaikum. Aku nak cerita tentang journey aku membuka hati aku ke jalan Allah. Thank you sebab sudi post ni dan baca luahan aku yg entah apa2 ni dan maaf sekiranya luahan aku ni panjang sangat ye.

Aku dulu freehair. Aku suka rambut aku mengurai panjang sbb aku rasa seronok bila orang tegur rambut aku cantik, sbb aku naturally ada rambut warna perang. Lagipun aku dari kecik sampai besar sekolah all girls convent. Jadi hal aurat ni aku tak pernah ambik kesah sangat. Sampai lah aku ditegur oleh cikgu lelaki di sekolah. Masa tu aku ambik keputusan spm, dpt straight A. Cikgu lelaki aku tu memang rapat dgn aku, so dia tanya lepas ni nak sambung belajar dekat mana. Aku cerita lah yang aku nak sambung kat universiti mana, ambik kos apa. Tengah syok2 sembang tetiba dia tegur, “Awak kalau pakai tudung lagi manis. Nanti dah nak masuk universiti belajar sama dgn lelaki, aurat kena jaga.” Mula2 aku meluat jugak kena tegur macam tu, tapi bila aku balik rumah fikir2 balik, ada betulnya jugak apa yg cikgu aku tu kata. Aku dahla tak pernah solat, nak pakai tudung tu jauh sekali. Parents aku tegur pun aku buat tak tau je. Tapi Allah tetap bagi aku rezeki melimpah. So aku berazam, aku nak start pakai tudung.

Masuk universiti aku tetap pakai tudung tapi macam biskut. Bila rajin, pakai. Bila malas, aku freehair. Niat aku nak belajar solat dan khatam quran lagi sekali pun terbantut. Lebih2 lagi aku berkawan ngn bebudak yg sama perangai cam aku, semua agama lintang pukang. Dan aku start ada boyfriend. Boyfriend aku tu pun tak jaga solat, kitorang pun tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan. Haish bila fikir balik aku rasa jahil sangat2.

Mula tahun kedua, aku dapat roommate baru. Dia ni lain sangat dengan aku. Aku mula2 rasa meluat bila dia selalu ajak aku solat, check bacaan quran dia. Aku selalu marah dia, bagitau dia to mind her own business sbb kubur lain2, aku hidup aku, dia hidup dia. Tapi dia tetap jugak cakap lembut2 dgn aku, rajin bangunkan aku untuk solat. Sebab aku malas nak gaduh, aku ikut je apa dia nak. Lagi cepat ikut kehendak dia, lagi cepat aku boleh sambung tido. To be honest, ada terdetik jugak hati aku nak berubah, nak start solat, sbb aku rasa peaceful bila solat. Tapi aku sayang sangat nak tinggalkan all the fun things yg aku dengan kawan2 aku selalu buat. Sebab aku ada mindset mcm ni: kalau dah start berubah tu just go all the way and tinggalkan semua yg patut. Tapi aku sayang, sebab tu aku tak start taubat straight away.

Then on my birthday, aku yg baru balik dari dating dan berjimba ngn kawan2 aku terkejut tengok ada box bungkus kemas atas katil aku. Rupa2nya roommate aku bagi aku hadiah hari jadi. Aku memang ada bagitau dia minggu sebelum tu yg aku punya birthday haritu tapi aku tak expect pun dia akan bagi hadiah ke apa2. Aku bukak la kotak tu. Aku expect makeup ataupun buku, sbb aku suka makeup dengan buku. Tapi lain yg aku dapat. Dalam kotak tu tersusun kemas quran terjemah, shawl warna pink, telekung siap dengan sejadah lagi. Ada nota, dia tulis, “I know you are a good person at heart.” siap dengan smiley. Serta merta air mata aku jatuh, dan aku sedar betapa jauhnya aku dari Tuhan. Bila roommate aku masuk bilik balik, aku peluk dia dan aku mintak dia ajar semua yang aku dah lupa. Aku cerita dengan dia betapa kosongnya aku rasa hidup aku selama ni.

Sikit2 aku berubah. Aku potong rambut aku pendek macam lelaki, biar aku rasa malu nak tunjuk2 kat orang so that aku akan rasa terpaksa pakai tudung. Mula2 memang susah, tapi lama2 rasa macam pelik pulak kalau tak pakai tudung. Even bila rambut aku dah panjang balik pun aku still rasa malu nak bukak tudung. Aku try solat on time, baca quran sikit2. Aku ajak boyfriend aku berubah. Kawan2 aku heran tengok perubahan aku, tapi diorang tak kritik. Aku ajak diorang pakai tudung sekali, solat sekali, pergi program tilawah sekali. Sorang demi sorang diorang start pakai tudung. Alhamdulillah, sekarang kitorang semua 3 orang dah pakai tudung. Dan kami semua graduate universiti dengan jayanya, berkat dari rahmat Allah. Boyfriend aku tu pun dah jadi suami aku yang mampu imamkan solat aku, bangunkan aku untuk subuh, aturkan bacaan aku.

Aku bukannya nak bukak aib aku sendiri, tapi aku post luahan ni sebab aku nak menginspirasikan umat2 Rasulullah yg tengah struggle nak berubah. Take small steps. Semua benda pun ambik masa. Contohnya aku, 5 tahun aku ambik masa untuk bertaubat. Yang penting, kena teruskan usaha cari hidayah Allah dan pedulikan apa yang orang kata. You do you. Dan untuk pendakwah pulak, kalau nak berdakwah, ada cara yang lagi baik daripada menyindir dan menyentapkan orang. Guna cara lembut. InsyaAllah orang akan terbukak hati untuk terima teguran.

Thank you readers for reading my confession, assalamualaikum and peace out!

– Sha

Khamis, 3 November 2016

Hijrah Si Jahil


VIA IIUM CONFESSION


Assalamualaikum. Thank you admin sebab sudi post ni dan maaf sekiranya luahan aku ni panjang sangat ye. Aku takde nak confess apa2 tapi aku just nak share serba sedikit pasal hidup aku, macam mana aku boleh jadi aku yang sekarang. Btw aku bukan student UIA , tapi aku student salah satu IPTA di Malaysia.
Bukan nak buka pekung di dada, or cerita aib2 aku yang Allah dah tutup selama ni. Tapi aku berharap dengan apa yang aku kongsikan di sini korang boleh amik pengajaran dan pedoman mana yang baik. Yang tak baik jangan ikut ye huhu.

Secara jujurnya, sejak aku baligh sampai aku sekolah menengah sumpah aku jarang solat. Jarang ni bukan jarang biasa2 tapi memang jarang sangat la aku solat. sampai boleh kira dalam setahun berapa waktu je aku betul2 solat. Aku tahu cara2 nak solat pun start dari form 1. Tu pun belajar sendiri guna buku panduan solat. Solat pun waktu zuhur je. Tu pun sebab sekolah aku memang wajibkan pelajar2 dia solat zuhur berjemaah sebelum balik rumah (aku sekolah harian) .

Tapi betapa jahil dan angkuhnya aku dulu, solat zuhur aku kat sekolah tu pun mostly tak sah pun sebab aku solat tanpa ada wuduk. waktu aku rasa rajin nak amik wuduk je baru solat aku sah, kalau tak memang aku bantai solat je tanpa wuduk. Aku penah cuba untuk solat 5 waktu, tu pun waktu dekat nak exam, tapi aku tak istiqomah, paling lama pun tahan 2-3 hari je pastu mesti aku akan buat perangai lama balik, malas nak solat.

Satu lagi, aku tak pandai baca Quran. Betapa jahilnya aku, aku buta huruf al Quran sebab aku tak penah pegi ngaji langsung or pegi sekolah agama yg petang2 tu. Dari segi agama, memang sumpah aku jahil sangat. Tapi, dari segi akademik alhamdulillah ada juga kelebihan yang Allah bagi kat aku walaupun aku selalu ingkar perintah Dia. Betapa tak bersyukurnya aku.

Mesti korang terfikir kan, mak ayah tak tegur ke ?

Well, family aku ni tak kuat agama, dalam kata lain, jahil agama. Mak ayah busy keja cari duit (keluarga aku susah) untuk cukupkan makan minum apa semua tapi dalam tak sedar diorang dah abaikan kerohanian anak2. Tapi, kadang2 ada je mak ayah aku tegur “kakak tak solat ke? Dah baligh kan, solat tu kan wajib”. Yes i admit that, nasihat tu masuk telinga kanan and akhirnya keluar telinga kiri dan lesap camtu je la. Plus, mak ayah aku sendiri tak solat, so do you expect anak dia nak solat ke ? Tapi mak ayah mana yang nak anak dia jadi cam dia ? Memang dorang tak solat tapi dorang taknak laa anak ikut sekali tak solat kan. Tapi tu laa, aku ni degil, selalu buat tak endah nasihat mak ayah aku. Hmm a a sad life actually.

Aku memang jahil agama, tak solat, buta huruf al Quran, tapi aku tak sosial. Alhamdulillah aku tak penah couple, or bersosial, aku dengar cakap mak ayah, aku tahu harapan diorang nak aku belajar rajin2 and ubah nasib keluarga aku. Aku jenis yang pentingkan pelajaran so aku tak penah fikir pun nak bersosial walaupun pegangan agama memang tak kukuh pun time tu. Aku bersyukur sangat sebab walaupun aku jahil agama, tapi Allah tak hanyutkan aku dengan lebih jauh ke arah dunia2 sosial yang teruk2 tu (pergaulan bebas, merokok etc)

Satu lagi, aku ni kpoper tegar dulu. Mostly masa terluang aku dihabiskan dengan layan lagu2 korea, dance dan fangirling all the time. Sebabtu aku tak terfikir nak couple pun sebab dok sibuk gila kat mamat korea hahaha. So time tu memang takde kesedaran langsung laa nak berubah huhu. Sebab time tu hanya tahu seronok2 je. Btw pemakaian aku macam kebanyakan perempuan2 kat luar sana la. Jeans ketat baju sendat, tudung selempang kiri kanan tu benda biasa. Lagipun orang sekeliling pun pakai camtu so aku tak rasa salah pun pakai camtu (jahil kan aku). Apa yang aku fikir, asalkan aku pakai baju lengan panjang, seluar panjang tu dah cukup syarat untuk aku tutup aurat (padahal ketat macam sarung nangka bukan tutup aurat namanya tu! k emo plak aku ni)

Okay, memang banyak la kisah jahil aku kan kalau nak cerita. So sekarang biar aku cerita macam mana aku dapat petunjuk Allah dan berhijrah jadi aku yang sekarang, alhamdulillah. First, waktu aku form 4, kebetulan time tu aku tak sama kelas ngan geng2 aku sebab kitaorang tak sama aliran. Aku aliran sains tulen meanwhile kawan2 aku aliran akaun, sains sukan etc. So bila aku duduk di kelas aliran sains ni, aku kena la cari kawan yang boleh ngam ngan aku kan. Kebetulan ada sorang ni, dia sebelum ni memang satu kelas je ngan aku tapi selama ni aku tak rapat pun ngan dia, sebab aku dah terbiasa kehulu kehilir ngan geng2 aku. Tapi start dari form 4 tu which is aku dah jarang lepak ngan geng2 aku sebab lain2 kelas, aku start la rapat ngan minah ni which is aku akan gelarkan dia Aina (bukan nama sebenar).

Aina ni baik orangnya, lemah lembut, pakai tudung labuh and btw dia sporting so memang aku tak kekok la nak rapat dengan dia sebab dia jenis kawan ngan semua orang. Btw Aina ni ada lagi sorang kawan yang memang rapat ngan dia sejak dari sekolah rendah lagi which is aku namakan dia Aida (juga bukan nama sebenar). Aida ni pun pakai tudung labuh jugak. Orangnya pemurah and baik sangat. Sejak dari tu, memang aku akan melepak ngan depa dua ni je. Hahaha kalau tengok kami bertiga, aku memang jauh beza la dengan diorang macam langit ngan bumi huhu. Ye laa, diorang alim, aku ni jahil agama yang amat. Bila dah lama kawan dengan diorang, aku perasan la Aida ni macam nak ubah aku. Maksud aku dia selalu tegur aku kalau aku pakai ketat2. Dia akan cakap la kalau pakai ketat ni masih belum tutup aurat tau sebab nampak bentuk bla bla bla and so on. Tiap2 hari jugak la aku dapat tazkirah free dari dia, aku tak melenting sebab aku tahu benda tu betul kan. Aku diam je bila dia nasihat aku. Cuma entah la , memang betul apa yang dia cakap tapi aku tak terasa nak ubah semua ni. Ayah aku ada je tegur kalau dia nampak aku pakai ketat2 tapi cam biasa aku buat tak tahu je, diam and lupakan benda tu camtu je. Aku memang nak berubah tapi entah la, maybe sebab tak bersedia lagi (alasan cliche nowadays u know that) and perasan umur panjang lagi kot, astaghfirullah.

Sampailah satu hari ni, aku ada kenal sorang mamat ni kat facebook. Obviously dia jugak sorang kpoper cam aku and kebetulan dia minat idol yang sama cam aku. K start dari tu kitaorang rajin chat la jugak because we shared the same interest haha. Btw actually chat kitaorang tak menjurus kepada idol2 kpop sangat pun, tapi just sharing experiences kat sekolah and so on plus aku ngan dia sama umur je. Masa aku kenal dia ni, apa yang aku dapat lihat based on sharing2 dia kat facebook, dia seorang kpoper yang nak berhijrah laa lebih kurang. Plus dia penah cakap kat aku dulu dia nakal tapi sekarang dia tengah slow2 nak berhijrah dekatkan diri pada Allah. Time tu i was like “okay moga istiqamah bro” and so on laa. Aku memang respect dia ada kekuatan dan usaha nak berubah padahal umur baru 16 kot so i be like “muda lagi so relaks la kan” (jangan fikir camni weh, mati tak kira tua muda nah)

So nak dijadikan cerita time tu bulan 12, and birthday dia (9 Dec absolutely aku ingat lagi) dah nak dekat and bila sampai birthday dia aku wish la kat dia. Alaa cam biasa ayat cliche “moga panjang umur, berjaya dunia akhirat etc”. Dia cakap thanks and hari seterusnya berlalu cam biasa je la kan. Sampai la satu hari tu, 12 Dec for exact aku ingat lagi. Time tu aku tengah scroll newsfeed facebook and tetiba aku terbaca status berbunyi something like this la “alfatihah innalillah kpd sahabat A*** yg telah kembali ke rahmatullah Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat”. Sumpah waktu ni terkejut weh, otak aku cam takleh nak hadam apa sebenarnya yang aku baca ni. Aku be like “ehh betul ke ni? Ke aku silap baca”. Dalam keadaan masih tak percaya apa yang aku baca, aku pun cepat2 la buka timeline facebook dia. Sumpah weh, semua pakat sedekahkan Alfatihah and tag nama dia. Aku macam tak percaya sebab aku baru je chat ngan dia semalam. Dia janji nak wish birthday aku yang tinggal lagi beberapa hari je (birthday kitaorang dekat2) tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku dapat tahu dari kawan dia yang dia accident and meninggal dunia. Perasaan aku waktu tu aku tak tahu nak describe camne wehh. Memang tak dapat nak digambarkan melalui kata2. Sumpah aku terkedu. Saat tu baru aku sedar yang mati tu boleh datang bila2 masa je. Tak kira kau tua atau muda. Kalau dah ajal kau memang dah ditetapkan so memang ready tak ready pun kau kena harungi jugak alam tu. Allahuakbar. Time tu jugak aku menangis depan laptop. Aku teringat nasihat kawan2 aku pasal tutup aurat apa semua, aku teringat mak ayah aku tegur suruh solat. Aku teringat segala dosa2 aku dan kejahilan aku selama ni. Start dari haritu aku tekad untuk berubah.

Btw, jangan salah faham, aku bukan berubah sebab dia. Tapi asbab apa yang jadi kat dia, akhirnya membuka hati aku untuk berhijrah. Aku nak berubah jadi lebih baik. Starting from that day and that time, aku cuba solat. Aku jaga solat aku. Sebab aku penah dengar, kita kalau nak berubah, benda paling penting adalah jaga solat sebab dari solat la benda yang lain2 tu inshaAllah boleh diperbaiki kemudian. Sebab tu kadang2 kita pernah dengar kenapa ada orang dia solat tapi still buat jahat ? Haaaa, ustaz/ustazah atau para alim ulama akan suruh dia tengok apa yang tak kena pada solat dia, sebab kalau solat dia elok, nescaya dia tak akan buat kemungkaran kerana sesungguhnya solat itu mencegah kita dari melakukan kemungkaran inshaAllah. Wallahualam.

Tapi korang tahu laa kan, tak mudah nak berhijrah ni. Banyak ujian dan dugaan. Ujian dari family sendiri, kawan baik yang dah bertahun kawan dan orang2 sekitar aku, tapi tuu laa kadang2 pengorbanan kita menghadapi ujian tu laa yang akan diambil kira di akhirat nanti. So walau camna pun aku kena stay strong. Apapun, moga Allah permudahkan urusan kita semua ke jalan kebaikan. Amin.

– Si gadis jahil yang berhijrah.

[ Hari ini aku belajar sesuatu: ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Teringat titipan Syeikh Salim Khatib. Ketika itu di Rumah Pahang Hayyu Asyir. Kata guru, Syeikh sebenarnya tak patut hadir. Sebab adabnya murid pergi ke Syeikh. Tapi atas alasan keselamatan akhwat. Syeikh datang juga. Untuk beri tausiah kepada pelajar baru.

2. Banyak syeikh pesan. Khususnya bab tertib kitab. Dan salah satunya yang terngiang. Jika balik Malaysia. Gunakan Kitab Fiqh Manhaji.

3. Mungkin lain Masyaikh, Tok-tok guru dan Baba-baba. Lain pula pesannya.

4. Malam ini. Kelas Matlaul Badrain oleh mudir ribat mustofa. Di Surau Salahuddin IM15.

5. Menarik diperhati. Cara penyampaian Ustaz Uwais Sungai Karang (Ye.. Nama kami agak mirip) dah berubah. Hampir 2-3 tahun juga sudah tidak dengar. Jika dulu-dulu. Cara ustaz lebih kepada cara nak mengajar asatizah. Kini kelihatan lebih mesra masyarakat.

6. Cantiknya kitab kuning. Musonnif akan kepilkan illah (alasan). Mungkin kita perasan. Dengan kepilan illah inilah, buatkan jemaah makin yakin dengan hukum diberi. Sebab disokong hujjah logik. Disamping nas.

7. Walaupun secara peribadi. Lebih sukakan cara dahulu. Tapi realitinya. Cara sekarang mungkin lebih dekat dengan hati masyrakat. Mudah jemaah nak terima. Jika cara dulu. Ustaz Uwais mungkin baca satu matan. Kemudian, hujjahnya juga dari kitab. Kini lebih banyak gunakan illah.

8. Wallahua'lam. Mungkin sudah lama. Cuma saya baru perasan.

[ Ermm.. Aku ada seorang teman rapat. Sangat rapat: ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Setiap manusia berbeza. Minat dan kecenderungan berbeza. Titik pertemuan kita juga.

2. Elakkan baca. Jika tuan berada di dunia persaingan. Tapi bagi yang dunianya sentiasa nampak kepelbagaian. Mungkin okey.

Baik mula...

1. Aku dan dia. Titik pertemuan borak kami adalah bab politik dan strategi.

2. Kami suka bual atas motor. Adakala aku sendiri tak sedar dah sampai dekat mana. Punyalah fokus pada topik berbual.

4. Malam ini dia hantar aku mesej. Topik sudah pasti bab kenaikan harga minyak. Lebih khusus. Keberkesanan master thinker. Perang maya. Di balik isu ini.

5. Seronok berbual politik dengannya. Dia letakkan aku situasi natural. Aku tak perlu nak jadi UMNO atau PAS. Untuk pertahan polisi parti yang kami sokong. Kami bebas nak pertahan yang mana. Berdasar analisa dan bacaan sendiri.

6. Keduanya aku suka. Lorongan bual kami hampir zero kritik. Kami lebih suka ulas strategi. Kebaikan setiap gerak saraf dan strategi pimpinan.

7. Adakala dia jadi Ds.Anwar dan Aku Tun.Mahathir. Dia Ds.Zahid Hamidi dan Aku Ds.Najib.

8. Bab zaman Semangat 46, geng KJ semasa belajar, akar umbi UMNO, latar belakang pimpinan, polemik IKRAM-ISMA-PAS. Topik-topik ini memang best.

9. Kami cungkil dalam-dalam strategi mereka. Berdasar carian kami. Hehe. Aku rasa kalau orang lain dengar. Mesti ramai 'bahan' sebab tidak setuju. Selalu ulang dengan dia. Walau 30 juta orang Malaysia kata A. Aku tetap nak kata B, kalau aku dah yakin.

10. Bagiku politik itu seni. Seni yang sangat halus dan cantik. Bila kami tak cemari dengan umpat keji.

11. Setiap 'benda' tidak hanya datang dengan kejelekan. Bahkan sebaliknya, terlalu-lalu banyak kebaikan kalau kita nak cari dan belajar. Itulah titik pertemuan. Aku dan dia.

12. Chewah. Tengok. Punya semangat fikir. Sampai jadi status berjela... kikiki

[ Berehat sebentar. Lalu kami kedatangan..: ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Tadi kami didatangi seorang budak perempuan. Umur dalam 16-18 tahun. Jam dalam 11-12 malam. Minta derma untuk satu maahad tahfiz. Sambil jual madu kelulut.

2. Tapi mata pantas cam. Label botol dan cop produk itu. Persis sebuah maahad tahfiz yang pernah viral. Disebab kontroversi pemiliknya. Google tidak silap di Yan, Kedah.

3. Kawan tanya. Ada surat bukti atau tidak?

4. Dengan cool. Budak ni berjaya tempis soalan-soalan dengan baik. Kenapa perlu surat? Kalau ikhlas tidak perlu surat. Malaikat tak tanya surat? Lebih kurang.

5. Takpelah. Husnu Dzon. Mungkin budak ini benar-benar kutip untuk sekolah.

6. Setelah budak itu beredar. Teman. Memang guru tasmik. Terus luah protes.

7. Mana ada sekolah kerah pelajar kutip derma. Sampai tengah malam. Sorang-sorang. Budak perempuan pula. Bila nak menghafaz Alquran? mengulang? Mana ada guru sanggup buat begini. Biasa mudir sendiri akan kutip derma. Memang tak boleh terima.

8. Silap kami tadi. Kerana tidak pelawa budak tadi makan. Sebab kalau makanan. Kitapun senang tengok. Tapi kalau duit, kitapun kurang percaya.

[ Seronok teliti teks khutbah tadi. Tahniah Jabatan Mufti Pahang dan penulis teks khutbah : ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bagi kita.

1. Islam mesti diangkat. Cuma saluran diguna. Itu mungkin berbeza.

2. Ada wataknya seperti Erdogan. Slogan sekular dilaung. Tapi yang diangkatnya Syariat. Selamat dari kudeta golongan elit dan tentera.

3. Ada wataknya mendesak. Sehingga untuk usik Islam pun orang tak berani. Takut kena 'sound' dengan mereka.

4. Ada wataknya menyelit. Patutnya depa tuju ke Selatan, tapi tak sedar dilencong ke Tenggara. Rupanya mereka semakin menghampiri Timur.

5. Dulu ramai yang perli Mufti Pahang. Alhamdulillah sekarang ramai yang puji. Biasalah dihina-puji itu. Yang penting prinsip tak berubah. Adapun saluran, itu fleksibel.

6. Kata guru. Zaman sekarang Mufti Doruri.

7. Ilmu satu hal. Panel penasihat ramai boleh backup. Tapi cara nak main tarik lepas tali. Dengan semua pihak. Itu tak ramai bijak.

8. Ada satu status yang best. Asal Habib Munzir Musawa. Tapi tak pasti sahih tak. Sebab orang boleh troll. Sekadat ambil mafhum;

"Ketika ditanya. Kenapa dakwah kamu fokus ke dasar. Bukan di atas.

Habib Munzir bagitau. Pernahkah kamu lihat rancangan televisyen waktu Ramadhan. Kenapa banyak rancangan agama. Berbeza bulan lain? Kerana permintaan. Penonton nak rancangan agama.

Nah. Nanti bila orang dibawah semua telah terdidik. Maka bukankah automatik yang naiknya juga terdidik? Kerana permintaan begitu..."

[ Pahang Serambi Mekah ; ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Insha Allah.

1. Mendapat perkhabaran. Syeikh Abdul Hadi Alkhorsah, Syeikh Mustofa Annadwi dan Syeikh Nuruddin Albanjari. r.anhum. bakal masuk ke Pahang dalam hujung tahun ini.

2. Alhamdulillah, Sebelum ini kita digembirakan dengan kedatangan Syeikh Kurayyim Hajin, Syeikh Mahmud Dahla, Baba Ismail Sepanjang dan Pak Da Eil Krasak.

3. Dulu kita rasa ralat juga. Sebab pakar-pakar rujuk selalu datang ke Malaysia. Tapi bila sampai di selatan je. Terus terbang ke Kelantan atau utara. Pahang biasa akan 'di-skip'.

4. Mungkin dulunya faktor juru-khidmat yang kurang.

5. Alhamdulillah, berkat usaha khidmat guru-guru dan teman-teman kita. Kini kita semakin kerap diziarahi pakar-pakar rujuk dan cendekiawan Islam.

7. Kesannya. Majlis-majlis pengajian di tempat kita akan mendapat suntikan motivasi. Juga lebih terpandu silbusnya dengan kehadiran mereka.

8. Mudah-mudahan selepas ini. Pahang pula bakal digelar Serambi Makkah.

P/s: Bukan fanatik kenegerian. Tapi suka fokus apa yang di dalam jangkauan.

[ Lama dulu aku terfikir : ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bila berlaku perselisihan dua fikrah. Kedua-duanya malah ku-lihat baik. Tak kira visi mahupun sahsiah. Dari perang Siffin sampailah isu ijtihad kudeta. Dari Mesir hingga Syria.

Lantas aku teringat..

"Doa nabi agar umat ini bersatu pernah ditolak..."
"Ilmu Malaikat yang mulia. Harut dan Marut sendiri ujian. Buat menguji manusia..."

Mungkinkah semua ini hanyalah ujian?

Siapa benar dan siapa salah bukanlah persoalan mampu terjawab.
Namun, siapa berani melampau dan siapa mampu bersabar... Ku bimbang inilah 'syahid tumpuan'...