Sabtu, 27 Februari 2016

Guru Hafiz MUIP (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang)


Cadangan Penambah baik;
[ Guru Hafiz Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. ]

Beberapa cadangan ini. Apa yang saya fikir perlu diperbaiki. Berdasarkan pemerhatian saya. Mungkin ianya tepat atau tidak, itu boleh diperincikan lagi oleh Pihak MUIP.

Kebaikan Guru Hafiz MUIP;

1. Idea ini sangat bernas. Tidak pasti samaada betul atau tidak. Tapi ianya seolah-olah meniru konsep guru Alquran di Alazhar Mesir. Lebih khusus, di Masjid Khazandarah Shoubro Mesir.

2. Dengan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Masyarakat boleh belajar tajwid, memperbetulkan bacaan, menghafaz Alquran dan bertanya perihal Alquran dengan Guru yang terpilih. Mereka hanya perlu datang ke masjid-masjid daerah pada waktu bekerja.

3. Kewujudan guru hafiz juga. Menyebabkannya menjadi seolah-olah tempat asuhan warga tua. Kerana warga tua boleh menghabiskan waktu mereka dengan belajar Alquran. Sewaktu anak-anak dan cucu mereka ke sekolah, bekerja dan tiada di rumah. Mereka juga boleh beistirehat di masjid ketika waktu rehat.

4. Anak-anak yang tercicir. Kerana tidak dihantar oleh ibu bapa mereka ke Kelas Fardhu Ain. Mereka boleh belajar Alquran di sini.

5. Disebabkan kelayakan Guru Hafiz adalah mereka yang memiliki ilmu dalam bidang Qiraat. Jadi pelajar dan masyarakat sekitar sangat terdedah dengan Ilmu Alquran aras tinggi. Yang biasanya hanya diajar di Institut Pengajian Tinggi.

6. Masyarakat juga. Kini lebih mudah memperoleh sanad Alquran tanpa perlu tercari-cari guru. Sebab Guru Hafiz ini biasanya dari kalangan mereka yang mempunyai sanad.

7. Masjid hidup dengan kelas pengajian sepanjang waktu bekerja.

8. Konsep Guru Hafiz ini secara tidak langsung. Menmberikan impak dan idea kepada pengurusan masjid qariah juga surau-surau. Bagi mencetak konsep ini ke tempat mereka. Lalu kelas-kelas pengajian Alquran semakin bercambah.

Penambahbaikan yang perlu;

1. Jawatan ini memerlukan seorang ketua, penyelia atau pegawai yang juga mahir dalam dunia Alquran. Lebih khusus, mestilah juga graduan Qiraat. Kerana banyak selok belok yang hanya diketahui oleh graduan Qiraat tidak mampu dilihat oleh orang lain. Walaupun ia mungkin lulusan Pengajian Islam. Ia mungkin boleh sediakan jadual. Tapi kita akan rasa susunannya pelik dan tidak sesuai.

2. Guru-guru Hafiz perlu diberikan bilik rehat. Bayangkan, anda perlu mengajar dari pukul 8pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Kemudian petangnya selepas Zohor hingga Asar. Purata masa sekitar 6-7 jam sehari. Sangat-sangat meletihkan. Kebiasaaan guru pun hanya mengajar 3 jam, dan selebihnya dipenuhi dengan kerja pejabat dan kokokurikulum.

3. Jawatan Guru Hafiz adalah suatu nama besar. Untuk berada disini. Anda perlu mahir sekurang-kurangnya tujuh qiraat (Hanya beberapa tempat di dunia ini yang menyediakan kepakaran ini). Anda perlu menghafaz 30 juz Alquran (Yang memerlukan masa dan komitmen yang sangat tinggi bagi mencapainya). Anda perlu mahir hukum-hakam agama (Satu bidang lain yang anda perlu bertalaqqi khusus). Anda perlu mahir ilmu tajwid tahap tinggi (Anda perlu pergi ke Alazhar atau berguru dengan Syeikhul Masyaikh. Guru kepada guru. dan ianya hampir tiada di Malaysia). Maka selayaknya, guru hafiz menerima skim gaji dan diberikan elaun-elaun yang lebih baik. Sekurang-kurangnya sama dengan skim gaji guru di sekolah harian kerajaan persekutuan.

4. Guru Hafiz menjadi rujukan tidak hanya masyarakat. Bahkan juga oleh imam-imam daerah. Jabatan agama Islam dan Majlis Agama Islam menjadikan Guru Hafiz sebagai rujukan utama. Khusus dalam bidang Alquran, Baik ketika melatih imam-imam kariah di dalam daerah mereka atau dijadikan panel penilai (Tidak ramai yang mampu menilai imam-imam, kecuali anda seorang pakar). Guru-guru Alquran akan datang dahulu belajar dengan Guru Hafiz sebelum mengajar murid-murid di sebelah petang atau malamnya pula. Maka selayaknya mereka ditempatkan di tempat yang selayaknya. Sebagai PAKAR RUJUK ALQURAN DAERAH. Taraf guru hafiz, sudah menyamai Pegawai-pegawai Agama Islam atau Imam Masjid Daerah. Namun mewakili MUIP.

5. Namun jika agak sukar. MUIP boleh meniru cara Maahad Tahfiz Negeri Pahang atau Masjid Negeri (Keduanya ditadbir Penghafaz Alquran). Berikan elaun mengikut jam bekerja. Jika di MTNP diberikan RM30 sejam. Kerjanya dari 2-3 jam pagi. Atau masjid negeri diberikan RM80 sekali mengajar (1jam 30 minit). Maka sebaik selesai kelas. Guru Hafiz boleh mendapatkan kerja lain. Seperti imam, mencuci pinggan, mengajar KAFA. Bagi saya. Cara begini melegakan sedikit Guru Hafiz. Setimpallah dengan elaun yang mereka beri. Berbanding cara diguna pakai MUIP sekarang. Cara MUIP menyebabkan Guru Hafiz terikat tanpa sebab. Dan elaun juga tidak setimpal.

6. Lebih berat. Situasi sekarang. Guru hafiz seolah-olah ditugaskan menjaga sebuah sekolah. Dengan purata yang mendaftar sekitar 50-70 orang. Semakin hari semakin bertambah pelajar. Mengajar dan duduk bersila dari pagi sehingga petang. Seorang diri. Memang sangat-sangat meletihkan. Lebih berat dari guru KAFA. Tidak hairan, ramai yang mengajar satu dua jam pagi kemudian rehat. Sambung tengah hari, rehat dan petang. Namun berdasar jadual yang disediakan MUIP. Cara ini dibimbangi tidak menepati kehendak MUIP. Maka akan beri kesan kepada keberkatan elaun diterima. Walhal kita bimbang, takut-takut cara ini menzalimi guru hafiz. Tidak hairan Guru Hafiz ramai cabut dari MUIP.

Akhir sekali. Ikhlas dari saya. Sebenarnya idea jawatan Guru Hafiz ini sangat bagus dan sangat bernas. Cuma mungkin kebajikan guru hafiz perlu lebih dijaga oleh pihak MUIP.

Ramai Guru Hafiz hanya berkhidmat purata 5-6 bulan. Bukan kerana mereka tidak suka dengan tugas ini. Mereka faham betapa perlu ikhlas, berkorban demi Alquran, Agama dan menyampaikan ilmu kerana Allah.

Namun tetap mereka punyai keluarga, ibu bapa, isteri, anak-anak, ansuran kereta, rumah, hutang PTPTN seperti orang lain. Semua ini akan menekan mereka sekuat-kuatnya. Agar mereka berhenti dari Jawatan Guru Hafiz dan mencari pekerjaan yang lain.

Namun jika MUIP berjaya menyelesaikan masalah ini. Saya yakin, kehidupan seseorang Guru Hafiz itu pasti akan menjadi lebih baik. Insha Allah.

Saya sudah berhenti dari jawatan Guru Hafiz. Saya menulis sekadar satu cadangan buat MUIP. Saya tiada untung atau rugi. Saya berharap rakan-rakan saya di Guru Hafiz MUIP  mendapat layanan yang lebih baik.

Mohon Maaf, terima kasih.

Teringat Zaman Chess



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




1. Main Chess memang best. Nak-nak bila menang cantik. Adakala mendebarkan juga, terutama bila jumpa lawan yang 'seolah-olah' boleh fikir 2-3 langkah ke depan. 'Seolah-olah' beliau yang kawal permainan. Lawan begini ibarat makan ikan goreng dengan sambal belacan. Pedas, tapi nak juga cuba lawan lagi. Kalau kalah memang terdiam kejap. Alamak cuainya...

2. Teringat kali pertama beradu secara rasmi. Masa itu manalah nak ambil tahu baca pergerakan sangat. Asal pandai gerak kuda, bishop, castle cukup. Orang duk atur strategi. Kita bahan susun buah bagi cantik.

3. Teringat masa itu tahun 1999/2000 begitulah. Di Sekolah Kinchir (Kelompok Paloh Hinai). Kali pertama kena checkmate dengan 4 langkah. Sampai sekarang ingat. Terkejut dan fana sebentar.. Kemudian termenung di meja chess. hehe..

4. Ketika lawan pemain berikutnya. Cuba guna balik taktik yang kena tadi. Alhamdulillah menjadi. Guana tak ingat. Juz 4 step boleh checkmate... Ingatan membekas !

5. Teringat ada seorang kawan kacip. Sentiada datang rumah ajak lawan chess. Kalau berborak, tangan mesti main chess. Tapi itulah, punyalah banyak kali lawan. Cecah juga puluhan kali rasanya. Sekali je aku menang, yang lain semua dia balun. Tapi best, jarang ada kawan begini. Kawan genius...

6. Bahaya chess ini. Adakala boleh teringat-ingat. Jadi macam ketagih pula. Biasanya kalau yang 'real'. Kami akan kerat lambang salib atas King, Takut-takut ianya salah satu simbol agama. Tapi udah macam Quen la pula bentuknya.

7. Tapi zaman sekarang dah moden. Boleh main sorang-sorang. Dalam android pun ada. Tapi rasanya cara dulu-dulu ada bestnya juga. Sebab kita boleh cuba baca pemain lawan (walaupun acapkalai juga gagal). Yang tak bestnya, bila sorang lawan ramai, susah nak fokus... Jadi serabut..

Campak ke Laut menjadi Pulau. Campak ke Darat menjadi Gunung



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Minggu  ini aku mula berkhidmat di tempat baru. Suasana baru. Fikiran dan persekitaran baru.

Masih terlalu awal untuk aku bandingkan dengan kerja sebelum ini. Yang bagi aku, salah satu nikmat paling best telah Allah berikan.

Jika sebelum ini aku diselubungi rasa puas. Dapat berkongsi ilmu. Dapat murojaah secara maksimum berkenaan ilmu-ilmu Alquran. Kini aku berada di tempat yang agak berbeza. Dunia kejurulatihan.

Aku perlu faham kehendak dunia hafalan. Kemampuan dan batas setiap pelajar. Aku perlu lebih banyak berfikir cara psikologi berbanding dunia sebelum ini. Sebelum ini, aku hanya perlu fikir Ilmu.

Masih terlalu awal. Aku perlu lebih lagi masa untuk menganalisa.

Namun seperti biasa. Aku tidak boleh janji untuk jadi yang terbaik. Namun, aku akan cuba maksimumkan usaha aku. Untuk pastikan, dunia baru aku ini, menjadi dunia yang sangat best, yang boleh aku kenang dengan puas. Seperti dunia-dunia aku sebelum ini. Insha Allah.

Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan-Nya.

"...Campak ke laut menjadi pulau. Campak ke darat menjadi gunung..."

Isnin, 8 Februari 2016

Kisah Selipar


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Setiap kali selipar hilang. Mungkin tertukar.

2. Aku akan cuba cari selipar yang sedap mata memandang, murah, tahan lasak dan yang paling penting, TIADA ORANG PAKAI.


3. Tapi. Setiap kali itulah aku jumpa KEMBARNYA di tangga. Menunggu untuk TERTUKAR. Walhal sebelumnya sama-sama tiada. KEMBAR selipar sebelum ini juga turut lenyap bersama misteri.

4. Masa sekolah dahulu. Kerana selalu sangat hilang. Aku kerat bahagian hujungnya, supaya 'jelas' tandanya.

5. Namun bila ke tandas. Beratur pula KEMBARnya menunggu..

6. Dulu masa mula masuk sekolah menengah. Ramai yang baju dan kasut putih bertompok merah atau biru. Mungkin kerana semangat, nama ditulis dengan artline. Walaupun di sebelah dalam. Tapi bila basuh, ia akan membekas ke luar.

7. Kerana kerap sangat berlaku hilang selipar di sekolah. 
Sampai ada tazkirah khusus pasal selipar. Teringat nasihat Almarhumah Ustazah Selamah Alattas tentang dosa curi selipar.

8. Budaya kita di Malaysia. Selipar diletakkan di luar masjid. Namun jika di Mesir, ada rak khusus di dalam masjid. Kita ingatkan rak Alquran, rupanya rak kasut. Ingatkan Mesir sahaja, rupanya di Mekah juga begitu. Plastik bergulung untuk simpan kasut diletakkan di pintu masjid. Letakkan kasut di dalamnya, dan anda boleh cebet bersama ketika tawaf dan saei.

9. Kebiasaannya. Selipar guru dan murid bercampur di pintu masuk. Jadi biasanya di pondok-pondok, sebaik tok guru masuk kelas. Kepala mutollaah yang menyambut akan mengambil selipar itu dan letakkan di tempat yang lebih baik. Suka tengok adab begini.

10. Antara permainan yang mendebarkan. Tapi best. Adalah Main Lontar Selipar. Pemain perlu melontar satu binaan selipar sehingga runtuh, dari jarak tertentu. Kemudian pemain lawan akan cuba menewaskan kita dengan membaling selipar ke arah kita. Kita perlu elak. Dan jika ingin menang, kita perlu membina kembali binaan selipar yang runtuh tadi. Mendebarkan.

11. Ada seorang teman beritahu. Dia pernah berpakat dengan teman-temannya untuk tubuhkan Parti Selipar Jepun. Setelah kita baca kisah di sebalik Selipar Jepun. Bagaimana nama ini boleh wujud. Mungkin Parti ini akan berikan nilai sentimental yang mendalam buat warga tua, khususnya yang pernah hidup di zaman Jepun.

Wallahua'lam. Mungkinn...