Selasa, 30 Mei 2017

Dunia Kitab PDF



1. Tadi aku malas gila nak buka Alquran. Aku cuba 'kembali' istiqamahkan diri, Lepas subuh usik Alquran. Cuma aku khususkan waktu ini untuk ulang juz payah. Adapun juz-juz mudah, boleh ulang sambil lalu dalam kereta. Tapi begitilah, sebenarnya yang malas itu syahwat kita je. Cuba buat juga. Lawan rasa malas itu. Insha ALLAH kita akan rasa nikmat dan kepuasan. Itu biasa.

2. Perlukan mujahadah yang tinggi juga sebenarnya. Sebab banyak juga yang aku dah blur. Jadi nak kena pulun lebih. Insha Allah, Semoga Aku berjaya ingat 30 juz Alquran. Insha Allah ada rezeki, aku nak buat syahadah. Mungkin 10 juz dahulu, kemudian 20 dan 30 juz. Allahumma Ameen.

3. Alhamdulillah. Teknologi sekarang sangat membantu aku membelek kitab. Jika untuk membelek kitab hardcopy, mungkin agak makan masa. Tapi dengan pdf, aku kini lebih kerap belek kitab. Kitab-kitab penting juga kini boleh didapati di internet. Aku juga dah beli micro-sd yang 32g. Jadi aku hanya perlu download.

4. Cuma tak boleh aku bayangkan kalau Habib Ahmad tahu. Bayangkan, kitab biasa pun Habib Ahmad bising gila kalau ada jatuh, siap kelaskan lagi toba' mana yang sering jatuh. Dar Kutub ilmiah, Taufiqiah, Dar Hadis usah ceritalah. Dar Salam pun dahsyat jatuhnya. Dar Fiqri pun orang dah panggil Dar Kafir sebab terlalu banyak jatuh. Cetakan sehebat Dar Minhaj pun  tak terlepas dari kritikan Habib. Bayangkan aku yang ambil dari pdf ini. Fuh... Allahul Musta'an.

5. Antara laman web yang aku sring kunjungi sekarang. Waqfeya. Walaupun macam iras-iras Wahhabi punya. Tapi ada juga kitab-kitab penting mazhab kita ada di situ. Jadi beronok-ronoklah aku download.

6. Cuma itulah, dah lama aku fikir. Nak upload Kitab-kitab kuning jawi ke internet. Aku mungkin agak sibuk. Tapi aku boleh upah orang buat insha ALLAH. Cuma satu. Harta intelek, risau pula kena saman nanti. Serius bayangkan, Insha ALLAH kalau bberjaya upload, kita boleh semak Bahru Wafi, Matla' Badrain, Sabilal Muhtadin, Bughyah Tullab, Sairus Salikin hanya dengab belek pdf di henfon. Allah.. Allah... Allah. Moga Allah permudahkan.

Sabtu, 27 Mei 2017

Suasana berbuka di padang Masjid Negeri Pahang


Sebelah kanan bazar, kiri padang. Kedua-duanya berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.



1. Sambil tunggu anep. Aku tulis blog. Guna fon.
2. Suasana berbuka di padang insha ALLAH aku rasa sama macam tahun-tahun lepas. Cuma mungkin beza pada kemudahan. Orang kita memang kreatif.
3. Tahun ini ada yang jual dan sewa tikar getah. Jual RM10, Sewa RM5. Jadi orang yang nak berbuka di padang. Boleh beli makanan di bazar. Kemudian dapatkan tikar. Sesuai untuk yang anak kecil. Sebab kalau berbuka di masjid. Walaupun makanan tersedia, percuma lagi, tandas ada, nak solat Maghrib mudah, boleh beribadah dan relaks sambil i'tikaf selepas Asar. Tapi mungkin ada orang agak sukar nak control anak-anak. Jadi berbuka di padang lebih selesa.
4. Bagi yang baru pertama kali. Nak merasa berbuka di Kuantan. Rasailah keunikan berbuka puasa di Padang MPK Masjid Negeri. Jika bernasib baik. Banyak syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang akan bersedekah makanan berbuka di sini. Suasana kekeluargaan juga penambah suasana bahagia berbuka di sini.

5. Berjalan dengan orang bisnes. Banyaklah i'robnya. Bab marketting-lah, bab letak menu-lah
6. Seronok tengok orang Islam aktif berniaga. Harap daya survival orang kita makin baik.

Oklah. Nak jalan-jalan. Wassalam..






Jumaat, 26 Mei 2017

Sambutan Hari Guru



1. Tahun ini tahun kedua aku berada dalam majlis sambutan hari guru sebagai guru.

2. Cuma satu aku nak beritahu. Student sekarang memang lain macam kekuatannya. Persembahan memang buat aku tercengang. Sebijik macam pelakon tv, Malah mungkin lebih hebat lagi. 

3. Entah kenapa. Lagu Guru Malaysia sentiasa buat aku sebak. mungkin iramanya dibuat menggunakan perasaan. 

4. Teringat aku kepada Habaib, Masyaikh, Tok-tok ayah dan tenaga pengajar pondok. Tiada pun sambutan beria begini. Tapi pondok pasir tumboh dulu ada tak silap aku. Tok Guru Abu Bakar dapat anugerah tokoh guru. Antara info yang aku ingat, selepas  Tok Ayah Sin, Tok Guru Abu Bakarlah yang sambung baca Kitab Tafsir Jalalain. Tapi itulah, Kalau difikir secara rinci, Tidak penting sangat pun hari guru ini. Better kita ikut cara alim ulama kita. Kemaisan berkat lebih kita rasa.

5. Tapi itulah. Udah berada di lain padang. maka lain lah belalangnya. Ikut hang lah labu...

Selasa, 23 Mei 2017

Kisah Suami dan Isteri


قصة جميلة جدا بين زوج وزوجته
Kisah antara suami dan isteri
الزوجة : هل تسمح لي أن أنشر صورتي الشخصية في وسائل التواصل الاجتماعي .
Isteri : apakah abg maafkan saya jika saya post gambar saya kat media sosial...

الزوج : بالتأكيد ﻻ
Suami: tentulah tidak
الزوجة: و لِمَ ؟ لماذا كل هذا التشدد ؟!
*أليس الناس يرونني في الشارع بحجابي ؟ و كذلك صورتي ستكون بحجابي فما الفرق ؟!*
Isteri : kenapa pula... Kenapa syadid sangat ni?... Bukankah orang ramai lihat aku dijalanan sedangkan aku menutup aurat dan begitu jugalah gambarku dengan hijap.... So apa beza?
.

الزوج سأخبرك بالفرق يا عزيزتي*
Suami : aku akan bagitau bezanya wahai sayangku
.
أجيبي عن هذه الأسئلة و ستعرفين الجواب بنفسك :
Jawab soalanku ini dan awak akan faham jawapanya dengan sendirinya...
.

لو ذهبتِ إلى البقال و رأيته يطيل النظر إليكِ بتمعُّن،ماذا سيكون انطباعكِ عنه ؟
Kalau awak pergi kepada penjaja dan awak perasan dia merenung tajam kat awak...apakah tanggapan awak terhadap dia...
.
أ‎لزوجة : بالتأكيد سأنزعج و أفسّر ذلك بقلّة الأدب
Isteri : tentulah aku meluat dan aku akan tafsirkan ianya sebagai tidak beradab
الزوج حسناً ..ماذا لو رأيتني أقفُ متفرّجاً من دون أن
أعير اهتماما للموضوع ؟
Suami : good... Bagaimanapula kalau awak melihat aku sekadar berdiri melihat tampa aku merasa tercabar terhadap situasi itu.
الزوجة : سأستغرب و أنزعج
Isteri : aku akan merasa pelik dan meluat
الزوج افرضي أنّ البقال لن ينظر إليكِ بسوء في الشارع خوفاً على سمعته مثلاً
لئلّا يُتّهمَ بعدم الالتزام بالدين و قلة الحياء ‎و أنتِ قدمتِ له صورتكِ بنفسكِ على وسائل التواصل الاجتماعي لينظر إليكِ بتمعّنٍ كما يحلو له و هو في بيته حيث لا رقيب من
الناس ،بماذا تفسرين تصرفكِ هذا ؟*
Suami: beginilah ... Penjaja tadi takkan memandangmu dalam keadaan begitu dipublic kerana nak menjaga maruah dia... Agar tidak dilihat sebagai orang yg tidak beriltizam atas agamanya dan tak malu.. Sebaliknya awak pos gambar awak dimedia sosial agar dapat dia melihat secara private sekehendak hatinya ..dalam keadaan dia kat rumah dia tampa ada manusia lain yg melihat perangai dia...
So macam mana tangapan awak sekarang
الزوجة : فَهِمْت قصدك ..أنت على حق ...
Isteri : saya dah faham situasi awak dan awak benar

الزوج : انتظري ..
Suami : tunggu sat...
ماذا ستكون نظرتك تجاهي إن أنا كنت أعلم بأنّه ينظر إلى صورتكِ بتمعّن (نظرة محرّمة )
ولا أحرّك ساكناً؟
Apakah pandanganmu terhadapku bahawa saya tahu bahawa dia melihat gambarmu dengan syahwat?... Dan saya ok je?

الزوجة : بصراحة يصعب عليّ نطق الكلمة ،سأقول أنّك عديم الرجولة و الغيرة و قليل الالتزام بالدين !

Isteri : frankly speaking... Sukar untuk saya mengucapkan kata... Saya akan menjangka awak lelaki bacul dan tak ada perasaan dan kurang agama ( kalau tak marah)
الزوج: بلغْتُ مرادي
Suami : i rest my case

Selasa, 8 Syawal 1408 Hijrah.

Abang sedang mendukungku

1. Maka masuk sahaja pukul 00:01 malam. Genaplah umurku 29 tahun. 24 Mei 1988, aku dilahirkan di Kampung Seri Makmur pada Hari Selasa bersamaan 8 Syawal 1408 Hijrah. Pukul 5:15 pagi.
2. Aku punyai tanda lahir yang agak unik di dagu. Justeru ramai yang terkeliru. Aku pernah ditegur sewaktu di Alattas dan TAHAP kerana disangka menyimpan janggut.
3. Sewaktu kecil, ada pakcik yang memanggilku dengan Tok Janggut. Jadi dahulu aku agak sensitif jika diejek akan tanda lahirku ini. Kini tidak lagi, sebab ramai sangka ianya janggut.
4. Sembilan bulan sebelum aku lahir. Ibu bapaku dan abang mengerjakan Haji. Tak silapku dalam 31 Ogos 1987 (Nanti aku rujuk semula i'Allah), mereka mendarat di Malaysia.
5. Masa kecil ramai cakap aku lahir atas kapal terbang. Aku pun tak faham. Ada cakap aku ni 'dapat balik dari Haji. "
6. Kini baru aku faham makna gurauan mereka. Wallahua'lam, aku pun tak direct tanya Mie Abi.
7. Beza umurku dengan abang 10 tahun. Ketika Abang meninggal, setepatnya pada 20 Mac 1996 (30 Syawal 1416), selepas Asar sebelum Maghrib. Abang ketika itu sedang tunggu result SPM tidak silapku. Umurnya mungkin dalam 17-18 tahun. Umurku pula tidak silap 8 tahun. Jadi beza dalam 10 tahun insha Allah. Aku dengan adikku pula berselang satu tahun.

Catatan ibuku di dalam album keluarga
8. Mungkin kerana ibuku dahulu seorang ustazah. Jadi aku telah dijaga berbilang tangan. Sampai ramai yang menegurku, namun aku pula tak kenal.
9. Aku juga sering dibawa ibuku ketika kecil ke Kelas Fardhu Ain. Bergelar anak ustazah mungkin antara sebab pelajar senior tak berani sentuhku ketika di sekolah KAFA. Walaupun kawanku yang lain ramai kena pukul.
10. Aku dikelilingi bapa saudara dan sepupu yang aktif di pentas politik. Menjadi orang besar negeri. Disayangi sultan dan dihormati orang kampung. Mungkin kerana itulah, aku minat politik.
11. Sejak kecil kami ke Pusat Pengumuman Pilihan Raya. Berdebar dan resah menanti result. Duduk pula tepi penyokong PAS. Betambah-tambah lagi resah dek laungan mereka. Dulu Yong masuk bertanding, kemudian Abang Ja. Kini Ayah Ndot pula.
12. Dulu mungkin ketika awal Kampung Belimbing diasas. Moyangku buka madrasah, moyang Abang Sepol sediakan tanah.
13. Atukku pula penghulu. Jadi makku dapat bermacam-macamlah kemewahan. Dari ke sekolah di Pekan naik bot laju/polis? Atukku dulu tegas dengarnya. Juga seorang pemimpin yang berkaliber. Kagum juga dengar ibuku bercerita perihak datukku. Wan Mahussin. Tok De?

Sabtu, 20 Mei 2017

Tempat lepak unik di Kuantan

Terletak berdepan dengan KASTAM. Deretan kedai basikal (kot). Satu suasana yang baru. Sesuai buat penggemar seni dan penggemar buku old skool juga klasik. Cuma genre bukunya lebih kepada buku jalanan. Aku sudah lupa istilah setepatnya. Tapi aku maklum dengan penulis-penulis buku genre ini. Kalau tak kuat akidah. Boleh hanyut boh.. hehe.

Tapi aku juz layan atas titik persamaan. Pencinta buku dan seni. Nak je aku letak kitab-kitab jawi kuning kat sini. Baru depa tau. Betapa hebatnya kitab agama dulu-dulu...hehe.




Khamis, 18 Mei 2017

Perbezaan Fajar Sodiq dan Fajar Kazib



Fajar Kazib masih lagi dalam Waktu Isya. Walaupun hukum lewatkan solat sampai kepada waktu ini adalah Jawaz ma'a karohah (Harus tapi makruh).


Kemudian gelap kejap.
Kemudian muncul semula cahaya.Itulah cahaya Fajar Sodiq. Fajar Sodiq adalah tanda Waktu Solat Subuh dah masuk.


Perbezaan ketaranya pada corak cahaya di langit.
Beginilah cara nak tentukan habis Waktu Solat Isya dan bermula Waktu Solat Subuh. Khususnya bagi yang tidak tahu waktu solat atau tiada jam.

Aku rasa tiada langsung ilmu

1. Bermula Sabtu lepas hingga malam ini. Aku memang rasa takde langsung ilmu. Macam apa yang aku belajar selama ini, bagaikan hanya setompok air di tengah rumah yang luas. Waw.. Entahkan sempat atau tidak, sekurang-kurangnya aku jadi seperti guru-guruku.

2. Bermula kelas Syarah Mukhtasar Jiddan. Pergh.. Ustaz Zul Mukhsah main takdir memang tak ingat dunia. Sekurang-kurangnya sebab aku dah belajar nahu, dah hafaz tasrif, basic nahu pun bolehlah, dari geng-geng

" maf'ul, akhwat inna kana, mubtada/isim muakkhar khobar muqoddam, hal, jenis rofa, nasob, jar, jazam, mamnu' minas sorfi. Kiranya meliputi basic kitab Nahu Wadeh/Tuhfah saniyyah/matan ajrumiah/sikit-sikit i'rob dari qissotul i'rob..."

3. Tapi bila Ustaz Zul dan syarah. Main takdir. Pergh.. tak terkejar aku. Aku pernah belajar takdir. Kainun, mustaqirrun.

" Aljar wal majrur muta'alliqoni bi khobaril mahzuf taqdiruhu kainun/mustaqirrun.."

4. Tapi Maha Suci Allah, cara Ustaz Zul ni memang superb. Sampai terdetik rasa, bolehkah aku mahir sampai tara ni. Adakala, jadi pana aku. Tangan aku je salin mana dapat. Bila dah beberapa ketika, baru nampak apa Ustaz cerita tadi. fuh !!

5. Ini aku baru balik dari kelas Ustaz Khairul Azmi. Allahuakbar... Seorang lagi guru hebat.

6. Kemahiran UKA dalam Ilmu Hadis sangat awesome. Istilah-istilah mustalah hadis usah ceritalah. Itu dah memang makanan ustaz. Tapi yang lebih buat aku rasa, betapa tingginya dia terbang. Bila kupasannya tentang rijal. Susuk perawi, method kajian, kaitan diantara satu rowi dengan rowi lain. sejarah rowi.

7. Teringat kata Ustaz Rosma. Seseorang yang mahir ilmu rijal itu. Mesti kenal sungguh, macam rowi tu orang yang rapat sungguh dengan dia (tak silap). Mungkin tidaklah sampai tahap itu (Wallahua'lam). Tapi persaanku ketika mendengar huraian UKA, rasa macam dah sampai situ, walau mungkin cuit sikit-sikit je kot.

8. Tapi serius. Hebatnya penguasaan ilmu Hadis UKA.

9. Teringatkan mereka. Buatkan aku rasa kerdilnya diri. Sekadar khidmat benda mudah bolehlah. Tapi untuk jadi ustaz sampaikan ilmu. Mungkin sampai mati tak layak.

10. Apapun. Aku perlu ubah sikap. Perlu lebihkan murojaah. Sebab adakala, satu benda itu aku dah belajar. Tapi sebab tak murajaah, terus lupa. Tu jadi pana tu.

Allahu Rabbi.

Isnin, 15 Mei 2017

Jiwa kacau reput

1. Ada sebahagian waktu. Aku berada di suatu kondisi. Mulutku akan cakap lepas, mulut pantas bahan orang, hatiku kering, aku habiskan waktuku dengan tonton cerita. Jiwaku tak tenang.

2. Lalu tindakan pertamaku. Untuk elakkan api dari merebak. Dengan tutup mulut, larikan diri dari manusia, tenangkan fikiran, tarik nafas, beristighfar. Lalu aku cari ceramah-ceramah santai Ustaz Kazim. Yang sarat hikmah dan seni. Aku pasangkan. Biasanya dari simpanan.

3. Perkara sebegini berlaku biasanya bila aku jauh dari 'seni'. Seni yang mampu membasahkan jiwa. Seni yang terhias pada kalam, pada qolam, pada alam.

4. Halaqah tasawwuf. Tutur kata yang indah, ibarat awan putih. Diselaputi langit biru. Pohon hijau beralun. Dibuai angin petang. Rumput luas terbentang. Nyaman berbau alam.

5. Jiwa juga dapat didamaikan, dengan lantunan zikir qasidah. Munsyid mengalun irama. Membuai jiwa mengajak muhasabah. Basah tanah dengan limpahan kasih dan kedamaian. Hanya sayang dan suasana redup semua terasa.

6. Jika jiwa kacau ibarat tanah yang panas kering kontang. Maka jiwa tenang ibarat cuaca yang nyaman dan sejuk.

7. Selagi hayat ada. Selagi itulah ujian perlu ditempuh. Adakala kita panjat. Adakala kita renang, pening, pepah, sentak. Adakala berbentuk kek strawberry keju yang berkalori tinggi. Adakala berbentuk kayu reput.

8. Redho dan bersyukurlah. Kerana yang baik dan buruk. Semuanya datang dari Allah jua. Asbab diri kita yang lemah dan jahil.

Terimbau SPM dulu-dulu



1. Aku sedang jaga exam. Tingkatan 4. Pelajar sains. Bila tengok soalan budak-budak ini.
"Ya Allah.. mudahnyaaa..."

2. Teringat masa aku SPM dulu. Terdetik  juga rasa nyesal sebab tak perform.

3. Tapi bila makin direnung. Ketentuan Allah lebih hebat. Jika tidak, tidaklah aku berada ditempatku berada hari ini. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan takdir Allah.

4. Bila fikir saat aku struggle masa PMR dulu. bestnya. Kita akan rasa sangat puas bila dah berusaha bersungguh-sungguh. Walau result biasa-biasa. Tapi kalau kita acuh tak acuh. Memang perasaan menyesal akan menyelubungi diri. Walau result gempak.

Sabtu, 13 Mei 2017

Nekadkan azam

1. Petang itu di gymnasium. Perasaanku dihambat rasa ada benda tak settle (sila baca coretan sebelum ini). Nak habaq malas, nak teruskan membisu rasa tak kena.

2. Malam itu. Sebaik selesai Solat Mahgrib aku buat pengumuman.

3. Beritau pasal yang berlaku Zohor tadi, aku tersilap. Bila aku tertambah rakaat, maka makmum betulkan, aku akurlah salah. Lalu aku turun. Cuma aku tersilap sebab tak buat sujud sahwi. Aku cerita asbab sujud sahwi. Ada juga dengar soksek-soksek di belakang.

4. Aku beritahu. Jika nak rujuk boleh buka Kitab Albahru Alwafi, yang merupakan alih bahasa dari I'anah Tolibin susunan Sayyid Bakri, I'anah pula adalah hasyiah bagi Fathul muin susunan Syeikh Mulaibari. Syeikh Mulaibari adalah anak murid Imam Ibn Hajar. Imam Ibn Hajar dan Syeikh Ramli adalah dua Mujtahid Tarjih dalam mazhab kita. Jadi Syeikh Mulaibari adalah anak murid kepada Imam Ibn Hajar.

5. Makmum mula diam. Saje nak kuatkan yakin diorang. Apa yang kita habaq ni, sumber ambilannya dari mana.

6. Kemudian aku ulang lagi. Konklusinya kena sujud sahwi (sunat). Aku tinggalkan mereka. Lepas solat sunat, aku cepat-cepat keluar, langsung tak hirau, siapa yang akan bawa tahlil. Kebetulan malam nisfu Sya'ban.

7. Sampai rumah. Aku contact Anep, ajak lepak. Saje nak lari dari dunia aku kejap. Malas nak fikir.

8. Sampai sekarang. Fikiranku duk ulang tayang peristiwa tu. Aku tak kisah. Cuma setiap kali lepas ceramah yang aku buat sepenuh hati atau cincai-cincai. Inilah yang kerap berlaku. Perkara itu menghantui aku.

9. Mudah-mudahan ianya hilang. Aku malas nak ambil port mikir. Tapi hanya Allah yang tahu mana terbaik. Wallahua'lam.

Khamis, 11 Mei 2017

Tergamam diantara sujud atau salam

1. Tadi Zohor aku tersilap. Terbangun rakaat kelima. Mujur jemaah reti. Mereka tasbih. Aku duduk. Cuma aku lupa, dalam bab ini kena sujud sahwi atau tak. Aku ambil jalan selamat, aku tak sujud.

2. Balik aku semak balik Albahru Alwafi. Aku sempat ngaji bab ni dengan Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh.

3. Tajuk ni antara tajuk paling aku tunggu-tunggu sejak remaja. Sebab teknikalnya tak ramai berjaya tuntas dengan baik. Tapi Alhamdulillah, kitab ini memang best, detail. Memang serasi dengan otakku yang jenis sukakan ilmu pengurasan ni.

4. Jadi bila aku belek semula teks kitab. Aku sebenarnya perlu sujud sahwi. Sebab telah lakukan satu dari empat asbab yang disunatkan sujud sahwi. Aku semak pula Attaqrirat Assadidah, muafaqat.

5. Tadi aku nak habaq kat jemaah masa Asar tadi. Jadi malas pula. Tengoklah dulu, samaada nak habaq maghrib nanti atau berdiam diri sahaja. ermm...

Rabu, 3 Mei 2017

[ Banyak pula benda libatkan Wasap pagi ni ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Dulu sebelum zaman Wasap. Komplen mudah di ambil perhatian. Bila kena gaya saluran. Orang pun jenis komplen bisik-bisik, yang nak ketengah tak ramai...

2. Sekarang zaman Wasap dalam henfon. Komplen boleh direct ke Manager atau Menteri. Semua orang pun boleh komplen. Tak perlu lalu Setpol atau PA dah. Biar menteri tengah bercuti atau tengah mandi pun. Mesej tetap masuk semacam.

3. Tapi masalah bila dah semua nak komplen. Makin kuranglah komplen nak dilayan. Penguasa dah tepu.

4. Apatah zaman sekarang, orang jenis cakap direct. Bagi depan-depan. Ayat tak bersulam tapis. Sekali baca nampak macam marah, tapi sebab letak smiley, boleh jadi juga tengah melawak...

5. Bila dah berlunggun. Orang yang baik sikit akan baca lebih kurang. Yang nakal buat tak hirau. Yang menghantar mesej pula panas punggung. Mesej dah hantar, masalah tak selesai-selesai.

6. Orang sekarang bijak, cerdik lagi genius. Tapi seni tiada. Itu pasal nak minta pasang plug heater pun sampai ke sudah tak lepas-lepas. Padahal bilik maintenance sebelah je dengan biliknya.

7. Entahlah. Mungkin kementerian pendidikan perlu wujudkan mata pelajaran baru. Mata Pelajaran Cara Nak Bercakap dan Cara Nak  Faham Orang. Sebagai tambahan kepada beratus-ratus mata pelajaran yang dah ada, dan jadi subjek elektif untuk SPM.

" Biar bulan jatuh je riba. Tetap ku nanti bintang di langit. Biar berlawan arus muara. Katalah yang betul walaupun pahit..

Jangan menimbang buah kelapa. Takut bengkak semakin membesar. Diberi pilihan untuk bersuara. Fikirkan uslub barulah mentitip..

Jangan bertumbuk dengan durian. Ambillah parang untuk mengupas. Dunia ini banyak dugaan. Sambutlah pilihan dengan beralas..."