Rabu, 27 Disember 2017

Rahmat Allah mengatasi

Sehingga saat aku menulis ini. Aku masih lagi diselubungi rasa bahagia. Rasa syahdu dan terharu dengan kebaikan Allah. Sampaikan rasa bahagia ini menenggelamkan terus rasa diuji. Diujikah ini? Kenapa yang rasa ialah bahagia yang teramat sangat.
.
Beberapa minggu lepas. Sewaktu buat keputusan ingin ke Kelantan. Agak cuak juga aku sebenarnya, sebab belanja hampir 100% terpikul atas bahuku. Bukan niat nak lari dari tugasan. Cuma nak kena imbang sungguhlah budget. Belanja ke Kelantan bukan murah, kemudian bila balik nanti, nak guna lagi duit untuk belanja rumah harian. Tapi Maha Hebat, tiba-tiba dalam RM1k lebih kurang di bank-in ke dalam akaun CIMB Abi oleh FELCRA. Alhamdulillah, dapat tampung belanja ke Kelantan, siap taja ongkos duit minyak adik lagi dari Mentakab ke Kuantan.
.
Sebelum itu lagi. Takdir Allah, 1 Disember dari pinggang ke kaki Abi tidak boleh bergerak. Allah Maha Bijaksana, bulan ini jugalah kelas-kelas mengajar aku beransur kurang. Kelas Maahad dan Masjid Negeri juga beransur tiada memasuki tengah bulan. Kelas belajar malamku pula juga tiada, hanya bermula 1 Januari nanti lantaran Tok Ayah Wan ke Mekah.
.
Tambah rasa terharunya aku pada Allah. Bulan ini banyak rezeki tak disangka-sangka berlumba-lumba masuk. Dari claim maahadku RM1.4k lebih kurang dan elaun yang lain. Jadi walaupun zohirnya kami diuji, namun ajaibnya rezeki pula bertambah. Tanda hebatnya Allah maha kuasa.
.
Terdekatnya hari ini. Pertama, sebaik diberitahu Abi dimasukkan ke wad. Terdahulunya aku sempat berpesan pada Mi agar berjimat, sebab duit kami semakin kering. Namun sesuatu yang ajaib berlaku. Sebaik aku online akaun bank ayahku, terdapat Rm700 lebih kurang. Dari puluh-puluh ringgit sahaja ada sebelum ini. Allah-lah Maha Pemberi Rezeki.
.
Keduanya. Sebaik khabar Abi perlu bermalam di wad. Aku mesej Tuan Imam 1, untuk mohon bercuti sehari esok. Namun sebaliknya berlaku, aku diberitahu cuti tahun 2017 aku ada lagi tujuh hari. Terus aku mohon cuti empat hari, sehingga Ahad menghabiskan terus tahun 2017.
.
Aku amat yakin dan percaya insha Allah.  Allah tidakkan mengabaikan kami. Bahkan terus melimpahkan kami dengan rezeki dan rahmat yang tidak tersangka-sangka. Sesungguhnya, takdir atau ketentuan Allah itulah yang terbaik. Wassalam.
.
.
.
.
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Khamis 01:16 minit pagi.

Selasa, 5 Disember 2017

Abi hero dan idolaku

1. Hari ini hari ke-5 Abi tidak boleh jalan. Waktu nak beli tandas flexible semalam, aku termenung. Kalaulah Abi berada di tempat aku semalam. Pasti Abi akan belikan tandas paling mahal buatku, insha Allah. Abi selalu begitu. Kalau nak beli sesuatu untuk-ku. Dia akan request yang paling mahal dan latest. Contohnya sewaktu membeli laptop ketika aku diploma di UiTM dahulu.

2. Waktu aku kecil dahulu. Ketika tinggal di rumah banjir. Pernah terjadi ketika. Bila ditanya mahu makan atau tidak, aku jawab taknak. Tiba-tiba malam itu aku nak nasi. Teringat aku bertungkus lumus Abi sediakan nasi buatku. Tidak ingat lauk apa, yang aku ingat ada kicap. Sebenarnya aku bukan lapar sangat malam itu, cuma lebih kepada feel budak. Nak juga ! Walaupun ada juga sekelumit rasa kesian dan bersalah terhadap Abi dihatiku.

3. Sewaktu aku sekolah rendah. Suatu ketika Bank Pertanian berikan tabung rupa kelapa. Aku tak dapat, aku nak juga. Entah macam-mana, petangnya sewaktu balik sekolah. Aku dapati tabung itu ada atas meja rumah. Aku rasa, mestia Abi pergi Maran beli insha Allah. Aku jadi gembira + terharu + rasa bersalah.

4. Dulu pada aku. Waktu sekolah rendah Kelab PBSM bukan suatu kelab yang gah padaku. Aku lebih nampak Kelab Pengakap yang best. Tapi nasib, aku dimasukkan ke kelab PBSM. Aku tak mau. Entag macam mana Abi berbincang dengan cikgu. Aku akhirnya masuk Kelab Pengakap.

5. Waktu diploma. Waktu itu pagi, aku nak ikuti satu rombongan. Abi nak berikan aku jam tangan. Jadi Abi tanya aku dimana. Aku kata nak berhenti makan pagi di Restoran Zaman. Abi minta jumpa dia di situ. Rupanya Abi dah follow aku. Sampai sahaja, aku terus ke kereta mengambil jam. Kagum dengan cara gerak kerja Abi waktu itu.

6. Banyak lagi aku nak kongsi. Kisah kegigihan, pengorbanan, keazaman dan betapa sayangnya Abi terhadap anak-anaknya. Wassalam.

Ahad, 3 Disember 2017

Detik mencabar

1. Kini aku berdepan antara detik-detik paling mencabar dalam hidupku. Mungkinlah sebelum ini ada yang lebih mencabar adrenalin aku. Tapi kali ini berlainan sedikit. Aku juga tidak pasti, sama ada ini baru permulaan atau telah di puncak.

2. Bermula dari selepas mengikuti terapi Ceragem, Abi mengadu sakit belakang. Lokasi sakit berubah-ubah. Dari belakang kanan ke kiri dan seterusnya di bawah. Kerana tidak tahan sakit, Selasa baru ini Abi ke Klinik Ummu Roihan. Suntikan dan bekalan ubat untuk tahan sakit diberi. Esoknya Rabu, kerana tidak tahan lagi sakit. Abi sekali lagi ke klinik dan cucukan diberi. Dari penerangan doktor, mungkin masalah muscle. Cuma jika berlanjutan lagi 3-4 hari. Better pergi ke hospital untuk xray tulang.

3. Kelmarin, Hari Jumaat. Abi mengadu sudah lama tidak buang air kecil. Jadi nak rujuk hospital. Kami ikut laluan icu. Setelah di-check petugas. Abi dibawa ke satu bilik dan dimasukkan tiub kencing, Alhamdulillah.. Kencing keluar agak banyak juga. Kemudian setelah menunggu hampir 3 jam. Kami dipanggil berjumpa doktor.

4. Setelah diambil keterangan, kemudian ke bilik xray. Tulang Abi tiada apa-apa, sama seperti orang normal. Cuma Abi ada masalah prostat (Abi dah lama maklum penyakitnya ini). Abi juga didapati ada batu karang cuma ianya tidak mengganggu. Kemudian tiub kencing dicabut.

5. Semalam, Sabtu. Abi mengadu sekali lagi yang dia belum kencing walau dah pukul 9 Pagi. Last kencing masa buka tiub dalam jam 7 malam Hari Sabtu. Biasanya Abi seorang yang kerap kencing. Sekali lagi kami ke hospital besar, mengikut laluan icu. Sebelum itu, kami ke Klinik Kesihatan Kurnia (kerajaan). Tapi MO beritau dia juz boleh pasang tiub waktu itu kemudian terus cabut. Yang boleh decide untuk pakai tiub sampai bawa ke rumah hanya Doktor. Di situation tiada doktor.

6. Kami ke klinik Ummu Roihan dan Alamin. Juga sama, ada yang beritau tiada kelengkapan. Jadi kami je HTAA lagi sekali.

7. Tiub dipasang kali kedua. Cuma kali ini untuk 2 minggu. Kemudian cuba kencing sendiri. Jika mampu, boleh cabut tiub. Jika tidak, boleh pakai semula 2 minggu lagi. Sehingga temujanji dengan Pakar Uriologi.

8. Pulaktu. Dari pinggang ke kaki Abi dah tak boleh jalan. Dapat lagi rasa, cuma tiada kekutan nak berpijak. Jadi inipun nak dibincang dengan doktor nanti.

9. Ok dah nak bertugas imam. Wassalam.