Ahad, 25 Februari 2018

Memilih Produk Takaful

Jam baru menunjukkan angka 11:27 minit malam. Baru?

Mungkin dulu ya. Jam 11-12 mungkin aku anggap awal. Tapi kini. Dengan seawal jam 10-10.30 aku sudah nak tidur. Menjaga Abi memerlukan aku tidur awal, kerana aku perlu baca waktu Abi terjaga. Biasa dalam pukul 2-3 pagi Abi akan terjaga dan mengadu kebas-kebas kaki. Masa itulah aku perlu berjaga.

Nak kata letih memang letih. Apatah lagi bila adikku pulang ke Mentakab. Kaki-tanganku termasuk otak dikerah untuk bekerja keras. Seolah-olah punyai dua badan. Badan aku dan Abi. Sebab kerja aku dan abi kedua-duanya aku perlu lakukan.

Namun dalam letih ada bahagia. Aku akhirnya berpeluang berkhidmat buat Ayahku. Setelah sekian lama, hampir 29 tahun Abi berkhidmat untuk aku. Faham-fahamlah Abi ketika sihat dahulu bagaimana. Semua kerja rumah dia akan buat. Nah  kini, tiba pula giliran kami untuk buat. Situasi sudah berputar 180 darjah.

Walaupun banyak tempang dan kekurangan diri. Yang ini aku akui. Tapi aku tak boleh menyerah kalah. Aku perlu sentiasa cekal dan perbaiki setiap kelemahan diri. Moga aku dapat berikan khidmat yang terbaik buat Abi. Juga Mie dan keluargaku.

Sekarang ini otakku sedang giat menganalisa Medical-card terbaik. Setelah memerhati beberapa medical card. Senarai pendek aku jatuh pada Mediplan Takaful Ikhlas, Medisaver Pathlab dan AIA. AIA aku tolak juga sebab bukan milik orang kita. Kini tinggal Medisaver dan Mediplan Takaful Ikhlas.

Aku sebenarnya suka Medisaver. Sebab tiada had tahunan dan seumur hidup. Dan paling best, dengan harga yang murah, aku boleh dapat bilik RM300 sehari. Bilik antara kriteria paling penting bagiku. Sebab kalau aku yang sakit, aku tak kisahpun tidur mana-mana. hospital kerajaan pun ok. Tapi kesiankan penjagaku nanti. Jadi aku pastinya nak berikan panjagaku nanti kawasan yang selesa. Selain  itu, aku juga suka sebab pampasan kematian juga tinggi 90k, ada medical check-up free tiap-tiap tahun. Tak perlu call agen jika kemalangan, just call terus ke no HQ yang tertera di  belakang kad, Tiada ko-takaful dan tak perlu bayar deposit. Aku memang tak suka hal remeh-temeh ni. Kalau boleh jika aku kemalangan atau sakit, aku malas nak fikir benda-benda mengacau macam ko-takaful dan deposit. Apatah lagi duit aku berselerak dalam bank. Kalau masa tu aku kelam kabut nak kumpul semua untuk bayar deposit, atau keluarga aku tengah nak pakai duit. Serabut juga kan.

Selain itu. Guarantee letter dia woldwide. Sesuai sangatlah dengan tugasku yang terpaksa sentiasa ke luar negara. Jadi, aku bolehlah masuk wad di luar negara.

Bayaran caruman juga tetap. Tidak berubah sehingga tahun 2115 (umurku 127 tahun). Jadi aku tak perlu bimbang dengan kenaikan.

Namun ada beberapa perkara yang bagiku agak kureng. Antaranya tiada Waiver. Maksudnya kalau aku sakit yang tak boleh bekerja, melibatkan tempoh yang lama. Maka caruman bulanan aku terhentilah. Jadi aku tak dapatlah menikmati manfaat Medical-card. Walaupun ada agen beritau, jika keadaan begitu, aku tidak lagi mampu bekerja, maka pampasan akan diberi, dengan jumlah yang agak besar, aku boleh simpan dalam Tabung Haji dan akan dapat keuntungan dalam 6% setahun bermakna dalam RM6k setahun. Cukuplah untuk aku jadikan bayar caruman Takaful tu. Namun secara realistiknya, teori ini tak sesuai. Sebab biasa kalau dapat duit banyak, buat apa aku simpan, aku pula jenis tak senang pegang duit banyak, mesti nak beli aset atau labur dalam bisnes kawan. jadi ini kekurangan pertama bagiku.

Kekurangan kedua. Walaupun had tahunan dan seumur hidup unlimited, tapi had setiap penyakit RM390k. Fikir secara logik. Cuba lihat sekeliling kita. Dari atuk nenek, bapa mak saudara, ibu dan ibu ayah kita. Biasa setiap orang, dalam hidup taklah banyak sangat penyakit yang perlu rawatan pakar di wad, habis kuat dalam 3-4 jenis penyakit sahaja, itupun dah banyak. Biasanya dalam 1-2 sahaja. Jadi maknanya, seolah-olah had kita hanya RM390k sahaja. Tapi fikir-fikir masih boleh consider, sebab berdasar rate penyakit. Aku lihat takdelah sampai RM390k. Biasa dalam RM20-80k. RM100k pun dah banyak. Walaupun inflasi mungkin wujud. Dengan kos mungkin makin bertambah saban tahun. Jika lagi 50 tahun, umurku sudah 80 tahun. Waktu itu kos mungkin sudah berganda meningkat. Tapi bagusnya, kadarnya juga akan meningkat 10% selang tiga tahun. Jadi ia kalis inflasi.

Sebenarnya aku dah separuh jalan nak join Medisaver. Aku dah isi borang dan agen dah submit borang. Tiba-tiba HQ beritahu, aku tak boleh buat autodebit. Bank Muamalat aku bermasalah, dia minta aku ke Bank Muamalat untuk buka lock. Aku pergi Bank Muamalat, depa kata tiada masalah. Aku maklum ke agen. Agen beritahu HQ minta aku deposit untuk setahun. Pergh... Silap besar. Aku target bayar auto debit per bulan. Aku dahlah baru ni nak berjinak dengan takaful. Memang dari dulu tak berapa percaya. Dia pula minta bank-in untuk setahun. Dengan cepatnya aku send mesej minta cancel. Full stop.

Tengah berjalan di Bank Islam Mahkota Square. Aku tertarik dengan satu kiok dikelola Mediplan Takaful Ikhlas. Jadi aku pun duduklah. dan bersambung...

Nantilah aku review Madiplan Takaful Ikhlas dari kacamataku sendiri pula. Aku bukan orang Takaful. Aku hanya seorang awam yang suka guna logik akal dan tertarik dengan hujjah yang konkrit.