Ahad, 29 April 2018

Semoga bahagia hendaknya

Mengimbau kenangan silam. Rasa bahagia pula terkenang semuanya. Seronoknya di Mesir, masa KIBA, masa maahad dulu, masa di kulliah, masa di Alihsan, masa di Alattas, masa di Seri Makmur, masa tadika, masa kecil-kecil.
.
Semua ada keindahan tersendiri. Saling berbeza. Tapi tetap indah.
.
Alhamdulillah. Walaupun ada pahitnya. Mungkin ada juga terkhilaf. Tapi aku tak rasa terlalu menyesal dengan pilihanku. Malah banyak yang tepat Alhamdulillah. Iradah dari Allah juga.
.
Dalam hidup ini. Banyak keputusan berat kita terpaksa pilih dan ambil. Setelah kita baca segala risiko dan keputusan bakal mendatang. Walau kita tahu hakikatnya kembali kepada Allah juga. Ada yang beratnya rasa hati, cukuplah Allah sahaja yang tahu. Mungkin dengan keputusan kita itu ada yang akan terluka. Ada yang kecewa dan bersedih-hati. Malah mungkin akan hadir rasa benci.
.
Namun sebagai insan biasa. Kita sendiri tidak mahu semua itu. Kitapun berharap semua bahagia.
.
Namun kita perlu juga buat pilihan yang tepat. Sambil beristikharah memohon petunjuk dari Allah. Lalu kita ikutlah lorongan yang Allah buat. Moga pilihan kita itulah yang terbaik. Allah-lah sebaik-baik kebergantungan kita. Jika maaf kita pohonkan. Mungkin keadaan bertambah rumit. Cukuplah doa kita iringkan.
.
Atas sifat insani. Kita mohonlah pada Allah semoga semua bahagia. Dan dapat meneruskan hidup dengan ceria. Sentiasa berada di bawah kasih sayang Allah. Moga  Allah memberikan ruang yang lebih baik buat kita semua. Semoga bahagia hendaknya.

Adat sebuah kehidupan

Jam sudah menunjukkan angka 12.30 pagi. Sepatutnya aku sudah rebahkan badan untuk tidur. entah kenapa tangan sangat bersungguh nak menaip.
.
Hampir dua hari aku begini. Sukar nak buat apa-apa. Sebab lutut aku masih belum pulih sepenuhnya. Jadi banyaklah jadual aku yang terpaksa di-stop dahulu. Ikutkan aku memang sebok. 
.
Pukul 12.30 sudah kena tidur. Sebab pagi-pagi dah kena bangun untuk prepared Imam Subuh. Aku memang peruntukkan Subuh adalah untuk Surah Panjang. Bagus untuk aku establish-kan hafalanku.
.
Kemudian iron baju. Cari pulut sarapan Abi. 
.
Kemudian ke Maahad. 
.
Pukul 10 pagi balik dan cari barang dapur. 
.
Pukul 12 tidur. Itupun jika Abi tidak perlukan khidmat untuk istinjak atau menghantar Mie ke mana-mana. 
.
Kemudian bertugas Imam Zohor. Kemudian tidur. 
.
Kemudian bertugas Imam Asar.
.
Jika hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Aku tiada kelas. Jadi bawa Abi bersiar-siar.
.
Tapi kalau Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis aku ada kelas masjid negeri. Jadi lepas Imam Asar berkejar ke masjid negeri untuk mengajar. Kemudian balik dan sampai rumah dalam pukul 6.55 petang. 
.
Kemudian bertugas ImamMaghrib. 
.
Kalau lepas Isya kena mengajar. Biasa hari Isnin dan Rabu. Rehat dulu lepas Maghrib. Dalam 8.15 malam ke Masjid Negeri dan kelas habis dalam pukul 10.30 malam. Sampai rumah dalam pukul 11 malam. Kemudian bersiap untuk tidur.
.
Jika Hari Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Masa untuk belajar. Jadi lepas Imam Maghrib terus ke kelas di Pondok Seri Damai. Kemudian balik dan sampai rumah dalam pukul 9.30 malam. Kemudian bawa Abi bersiar ambil angin. Pukul 11.30 malam dah boleh rehat. Main handfon dan tidur.
.
Orang tengok memang nampak rushing. Aku pun  adakala tak sempat termenung panjang sebab setiap urusanku perlukan aku berfikir. Tapi oklah. Enjoy. Mudah-mudahan semuanya tidak sia-sia. Moga mendapat redho Allah.
.
Besar fawaid yang aku dapat bila sakit ni. Sekurang-kurang adalam masa untuk aku bertenang. Hirup udara. Kerap juga aku terasa. seperti dah tak lama hidup. Tapi biarlah Allah yang tentukan. Semuanya bergerak atas takdir-Nya. Kita hanya usaha berdasar ketentuannya juga.

[ Teruslah Belajar Ilmu Tajwid ; ]


Baru ini terima satu mesej berantai. Di dalamnya meminta warga emas cukup-cukuplah belajar ilmu tajwid kalau dah boleh baca Alquran. Kita bukan nak jadi qari. Fokuslah pada Ilmu Fardhu Ain...🤔
.
Dari sudut bertolong bantu dalam nasihat. Kita hormati dan mudah-mudahan penulis tersebut mendapat ganjaran Syurga Allah yang tertinggi. Cuma dari sudut informasinya. Kita kurang setuju.
.
Atas beberapa sebab;
.
1. Dinyatakan di dalam Kitab Alfawaidu Almakkiah. Bahawa belajar Ilmu Tajwid juga suatu tuntutan Fardhu Ain, jika pembaca tidak mampu membaca Alfatihah secara sempurna tajwidnya. Lantaran ianya adalah rukun qouli di dalam solat. Bacaan tahiyyat juga terselit Ilmu Tajwid. Nah.. Berapa ramai sahaja warga tua yang kita jumpa bagus bacaan tajwidnya? Sangat-sangat sedikit. Lahn Jaliy pun ramai sangkut.
.
2. Jika mengikuti Kelas Fiqh, Aqidah dan Akhlak. Dalam seminggu hanya berapa kali sahaja. Jika katakan setiap sesi dua jam. Baru 6 jam. Dari 168 jam yang kita ada seminggu. Habis waktu lain nak buat apa? Tidur? Kan lebih cantik kita isi sebahagiannya dengan belajar Ilmu Tajwid.
.
3. Memanglah namanya Ilmu Tajwid. Tapi hakikatnya ia adalah praktikal membaca Alquran. Bukankah setiap huruf mendapat ganjaran 10 kali ganda? Samalah seperti anda solat atau puasa atau berzikir. Malah pahalanya lebih lagi dari berzikir. Hakikatnya pelajar itu sedang beribadah. Malah sambil dipantau oleh guru yang mahir.
.
4. Dengan menghadiri kelas yang berkala begini. Pelajar dapat konsisten membaca Alquran. Maknanya. Kalau kelas selang sehari. Maka setiap dua hari dia pasti mengaji. Jika tidak. Nak harapkan diri sendiri. Dengan adanya tarikan TV, handset, gadget-gadget. Pegang Alquran pun mungkin payah.

[ Coretan susah tidur. Malam Sabtu. Bab Kitab Jawi ; ]



Setiap Kitab Jawi, sumber ambilannya bukanlah koman-koman. Dicedok dari Kitab Muktabar. Tapi selalu dipandang sepi. Sebab 'manisnya' itu kita tak pernah rasa.
.
Kitab Bahrul Wafi susunan Syeikh Wan Ismail Saghir Alfatani contohnya. Meneliti kitab itu, seolah-olah meneliti Kitab I'anatul Tolibin susunan Syeikh Abi Bakr.
.
Syeikh Abi Bakr menghasyiahkan kitab Fathul Muin susunan Syeikh Mulaibari. Syeikh Mulaibari adalah murid kepada Syeikh Ibn Hajr Alhaithami, pengarang kitab Tuhfatul Muhtaj. Sebuah kitab Muktamad dalam Mazhab Syafie.
.
Kalau main Ilmu Fiqh. Seronok dengar geng Pondok bahas. Geng Yaman pun best juga. Sebab setiap hujjah akan dinyata tempat ambilannya. Dari kitab sekian-sekian. Bukan main taram sahaja.
.
Sebab itu kalau nak mahir hukum-hakam Feqah, joinlah kelas talaqqi. Ikut aliran pondok atau Yaman.
.
Serius, kita akan sangat berpuas hati.
.
Guru bukan sahaja membaca sebutir-sebutir patah kalimah kitab. Tapi juga melorong kitab-kitab lain yang patut dirujuk, berkait topik perbincangan. Kata guru ; "Ada kitab sesuai untuk belajar huruf ke huruf dengan guru, ada kitab tidak, tapi sesuai untuk rujukan"
.
Seronoknya Kelas Fiqh. Rindu nak dengar kalam Tok Ayah. Allah yusahhil..

[ Lain orang-lain matlamat dan kecenderungan ; ]


1. Bukan semua orang berminat kerja government ada pencen. Jadi ada yang menolak isi borang SPA.
.
2. Bukan semua suka kerja swasta sekali bonus 6 bulan gaji, gaji besar, tetap, lagi mudah buat loan. Jadi ada yang berhenti kerja.
.
3. Bukan semua sanggup berniaga, bebas lagi duit sentiasa disisi. Jadi ada yang beralih arah.
.
4. Bukan semua suka kerja mengajar freelance, tidak terikat lagi sepanjang hari berdamping ilmu dan khidmat. Jadi ada yang bertukar tempat.
.
5. Bukan semua orang nak buka madrasah atau pondok, melabur untuk saham akhirat. Jadi ada yang memilih haluan lain.
.
.
Semua ada reason untuk setiap pilihan. Tapi memaksa orang lain untuk follow kecenderungan kita? Itu tidak patut

[ Harapan Pengundi PRU-14 ; ]


PRU yang lepas, budaya DEBAT. Yang menonjol siapa pandai bercakap. PRU 14 kali ini apa pula ye? Teringin tengok PERANCANGAN dan MANIFESTO siapa lagi bijak. Cara fikir siapa lagi matang. Siapa lagi pandai kawal situasi.

.
Memburukkan lawan memang mudah. Tapi tak best. Sebab wujudkan atmosfera negatif.
.
Lebih seronok kalau 'show-off' diri dan parti. Siapa calon? Apa track-record calon dan parti? Ke mana nak bawa Malaysia? Perancangannya? Apa reason di sebalik kritikan? Bagaimana solusi yang realistik?
.
Juga diperhati. Bagaimana muamalah calon dengan masyarakat. Sakit-pening, kenduri-kendara hadirkah? Adakah jenis pandai menjaga kawasan? Kebajikan pengundi? Rendah dirikah? Akhlak dan imej calon terjagakah? Tidak lakukan apa-apa yang melanggar hukum agama dan adat? lantas menjatuhkan maruah diri calon.
.
Baru atmosfera PRU jadi positif. Yang menang berkuasa. Yang kalah boleh dicontoh.
.
.
.
.
- Dari Pengundi berdaftar yang duk perhati

[ Bicara hati Guru dan Zaujahnya; ]


Pesan Guru : "Manusia terseksa kerana ada 'mahu' ". Yang miskin mahu kaya, yang kaya mahu lebih kaya. Yang sakit mahu sihat. Mereka yang bahagia ialah mereka yang tiada kemahuan.

.
Pesan Zaujahnya : "Jika hidup ini terasa getir dan berat sekali. Ketahuilah bahawa nafsumu sangat kuat keinginannya dan sedang melawan takdir. Umpama tarik menarik. Sedang tarikan takdir tidak ada yang bisa mengalahkannya. Yang ada hanya akan jatuh dan terpuruk. Semakin kuat tarikan nafsu, semakin sakit jatuhnya...."
.
.
Semoga Allah rahmati Syeikh Rohimuddin Annawawi dan Syaikhah Afra Abidah Ahmadi.

[ Aiskrim Vanilla rupanya ; ]


Pesan Guru : "Manusia terseksa kerana ada 'mahu' ". Yang miskin mahu kaya, yang kaya mahu lebih kaya. Yang sakit mahu sihat. Mereka yang bahagia ialah mereka yang tiada kemahuan.

.
Pesan Zaujahnya : "Jika hidup ini terasa getir dan berat sekali. Ketahuilah bahawa nafsumu sangat kuat keinginannya dan sedang melawan takdir. Umpama tarik menarik. Sedang tarikan takdir tidak ada yang bisa mengalahkannya. Yang ada hanya akan jatuh dan terpuruk. Semakin kuat tarikan nafsu, semakin sakit jatuhnya...."
.
.
Semoga Allah rahmati Syeikh Rohimuddin Annawawi dan Syaikhah Afra Abidah Ahmadi.

[Gelombang 3rd Force Umat Islam ; ]


Kita fahamlah. Jika parti politik, mereka perlu jaga hati pengundi. Yang meliputi pelbagai agama dan bangsa. Sebab itu kunci kemenangan.

.
Namun sebagai Umat Islam. Kita tetap perlu gunakan kuasa mendesak. Khususnya demi memelihara Agama Islam, tanpa merisikokan parti kita. Jadi antara jalannya ialah third-force.
.
Dengan third-force. Kita boleh satukan seluruh individu demi satu matlamat. Baik dari UMNO, PAS, PKR, AMANAH, BERSATU atau NGO-NGO.
.
Solidariti Alaqsa contoh mudah.
.
Kerana itu penting figura-figura yang dihormati semua pihak menggerakkan usaha-usaha sebegini. Ss.Mufti Wilayah contohnya boleh satukan ilmuan kedua belah pihak. PPIM boleh lead dalam bab kepenggunaan, halal-haram produk. Tok-tok guru boleh pimpin majlis-majlis ilmu dan zikir. Peguam Muslim dalam isu-isu murtad.
.
Walaupun lebihan batu jalan nampak tidak bergunapun untuk kereta lalu. Tapi kalau buat peluru lastik, lastikkan orang yang curi sawit.
.
Wuih... berkilo-kilo juga sawit dapat kita selamatkan.

[ Berperang di Laut Dingin Konya ~ Turkiye ; ]


Jika beralih teraju angin kepada Erdogan dari Erbakan. Okey lagi. Walau rentak tarian berbeza, tapi masih 'jelas' halatujunya. Walau berkias. Masih diruang lingkup tarian Mevlevi.

.
Tapi kalau terus ke laut Marmara. Seolah-olah nak jadi pula macam Mustafa Kamal Attaturk. Itu dah macam nak karam di Selat Bosporus. Matlamat tiada, perancangan tiada.
.
Lebih sadis. Jadikan pula belakang badan sebagai USS Cole. Tempat musuh melancarkan jet pejuang F-22 Raptor ke kubu Constantinopel.
.
Kalau tersilap berpusinglah. Kalau tak dimengerti bersabarlah. Hidup bukan lama pun. Esok lusa pergilah.
.
.
( Sekadar Analogi. Tiada kaitan dengan negara Eurasia tersebut)

[ Hospital Kerajaan ; ]

Seronok tengok suasana di hospital. Doktor, pesakit dan jururawat saling hormat menghormati dan sangat caring n understanding. Tidak kira agama atau bangsa. Rasanya kalau begini, hospital kerajaan dah cukup.
.
Rasanya hospital kerajaan semua dah sempurna sangat. Layanan jururawat, komitmen doktor, bayaran murah.
.
Duk perhati-perhati. Rasanya bandingan wad hospital kerajaan dan wad swasta hanyalah seperti hotel 5 bintang dan 2 bintang. Pesakit tetap dilayan, cuma mungkin lambat . Makan tetap ada, mencukupi dan sedap, cuma mungkin tidak mewah. Katil untuk berehat ada je, cuma tiadalah TV ber-astro. Jururawat baik-baik dan friendly, cuma mungkin agak tegas dalam beberapa bab.
.
Wad kelas tiga HTAA pun tidaklah sesak macam 10-20 tahun lepas. Mungkin kini ramai dah ambil insuran, jadi boleh terus dapatkan rawatan di hospital swasta. Mungkin juga SOP hospital yang minimize-kan jangkamasa tahanan wad pesakit. Kesannya, selalu 10%-20% katil wad hospital kerajaan pula kosong. Adakala mencecah 30%.
.
Kalau Hospital Kerajaan dapat improve-kan beberapa perkara. Serius, darjat hospital kerajaan dah sama level dengan swasta. Orang pun tidak perlu langgan insuran. Sebab disini pun akan selesa sangat.
.
1. Perbanyakkan doktor di unit kecemasan. Kurangkan masa menunggu pesakit.
2. Berikan space yang lebih baik kepada penjaga di wad. Longgarkan syarat dan jadikan santai. Hospital swasta boleh buat, kenapa tidak kerajaan.
3. Jadikan percuma buat seluruh rakyat. Tidak hanya kepada kakitangan kerajaan. Walaupun kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, tapi kerajaan-kan milik rakyat. Dari rakyat untuk rakyat.
.
Biarlah hospital swasta menjadi pilihan mereka yang inginkan rawatan kelas 7-8 bintang. Hospital kerajaan dapat beri hospitaliti boleh tidur, boleh makan dan beberapa keperluan asas lain, ok-dah.
.
Jika ada manifesto PRU yang terbaik. Rasanya tidak lain - iaitu Tawaran Rawatan PERUBATAN PERCUMA (Semua sekali termasuk bedah dari A-Z) dan PENDIDIKAN PERCUMA (Dari buaian hingga liang lahad), kepada seluruh rakyat Malaysia. Namapun keperluan asas. Inilah fungsi kerajaan. Mejaga Kebajikan rakyat.
.
Apa guna pakai Mercedes, BMW, AUDI. Kalau nak tumpang pergi bandar kena bayar. Baik tumpang Viva atau Axia je kalau percuma. Apa guna bergelar negara maju kalau serba serbi menekan hidup. Baik jadi negara sederhana sahaja tapi hati tenang dan senang.
.
.
.
p/s: Nilaian bintang tidak mengikut mana-mana skima. Begitu juga hitungan statistik. Sekadar pandangan rawak cara kampung.

[ Berdepan onak mesti dengan ilmu ; ]

Teringat masa kali pertama bertandang ke rumah guru di Abbasiah, Kaherah. Salah seorang dari kami bertanya kepada guru tentang satu firqah ni. Lalu guru nasihatkan kami " jangan ikut, ikutlah jalan yang tengah kamu lalui ini, tidak ke firqah A mahupun B..".
.
Setiap Hari Jumaat malam Sabtu, selepas Solat Isya. Ada je Tok Ayah Wan buka Kitab Sinar Matahari di Pondok Seri Damai. Kitab garapan Syeikh Abdul Qadir Almandili. Kitab yang menjawab secara ilmiah hujjah-hujjah dari pemuka satu firqah.
.
Ingat semula. Penting sangat, kalau sempat follow Dawrah kitab Ikhtilaful Ahadith. Bersama UKA di Restoran Nasi Arab Abu Aish. Satu bab dari Kitab AlUmm Imam Syafie. Bercerita bagaimana cara pandang Imam Syafie terhadap suatu nas, hujjah dari mazhab lain dan hujjah balas dari kita. Jadi kita dapat ikat kemas matan n syarah yang kita belajar.
.
Mafhum pesan guru pertama tadi. Cara sepatutnya kamu berdepan dengan firqah ini bukanlah bergasak dengan mereka. Tapi dengan cara belajar.
.
Belajarlah. Tak best-pun bergaduh, baik main Saidina atau Chess. Nanti dapatlah kamu bezakan yang mana Kundi yang mana Saga.

[ Coretan sukar tidur: Tanggungjawab seorang anak. Jika ada-lah lebihan harta ; ]


1. Hantarilah ibu ayah tunaikan Haji Umrah di Mekah. Lepaskan bahu mereka dari pundak kewajiban. So diorang dah relaks, tak perlu fikir nak kumpul duit. Jika lebih lagi harta, ambil hotel dekat dengan Masjidil Haram. Lepas tu nak bawa ke Paris atau Switzerland? Terpulanglah.
.
2. Permudahkan mereka berjemaah di masjid. Belikan motor atau kereta. Tentatif harian mereka sudah berlegar sekitar ibadah. Sebelum tidur Solat Isya berjemaah. Bangun Subuh berkejar ke masjid. Bila tengah hari Solat Zohor di Masjid. Sementara Asar boleh berehat. Lepas Asar nak ke Maghrib boleh berkebun.
.
3. Usahakan cari Kelas Fardhu Ain buat mereka. Merangkumi Tauhid, Fiqh dan Akhlak. Kekerapan kelas 2-3 kali seminggu. Tuntutan beribadah dengan tepat sukar dialihkan dari mereka. Sebab masih ramai yang boleh mengajar.
.
4. Daftarkan mereka ke Kelas Alquran. Baik Bertatih Iqra, Belajar Tajwid ataupun Talaqqi berdepan. Inilah pelaburan saham akhirat. Besok di akhirat. Alquran-lah yang akan berikan syafaat buat mereka. Hanya tinggal beberapa detik lagi. Jadi, pastikan hidup mereka melazimi Alquran.
.
5. Guru kami bercerita. Menjadi kelaziman sebahagian masyaikh. Sebelum meninggal. Mereka pastikan 3 perkara ini mereka usahakan. Anak Soleh, Ilmu bermanafaat dan sedekah jariah.
.
6. Jadi, galakkan mereka bersedekah. Sedekah yang pahala mengalir. Airnya tak putus. Infaq bina madrasah, masjid, jalan raya, pondok-pondok. Jika berlebih lagi harta, biarkan mereka habiskan harta untuk sedekah. Adapun belanja makan-minum, bil, keperluan asas. Itu kamu yang tanggung. Baru best.
.
7. Jika ingin hadiahkan mereka rumah atau mereka tinggal bersama kamu. Pilih kejiranan yang baik. Yang dapat bantu hidupkan biah beribadah. Masjidnya hidup, majlis ilmunya meriah, sifar masalah moral. Teringat ada satu tempat yang ada juga 2-3 orang jemaah suka solat di masjid. Tapi bila sampai pintu pagar, pusing balik semula. Sebab imam tiada. Semua tak berani ganti jadi imam. Rugi.
.
8. Kita sering tersilap. Ingin bahagiakan mereka. Tapi kita suakan dunia semata-mata. Jadi, ibu-ayah semakin leka dan terus-terusanlah leka. Padahal yang lebih bahayanya adalah bekal di 'sana nanti' . Dalam tempoh yang singkat sangat. Apatah diumur senja. Dapatkah kita bantu? Ke... kita sendiri pun perlu dibantu?....
.
.
P/s: Nurkilan buat orang kaya dan hidup lama. Yang biasa-biasa. Ada caranya juga. Cuma mahu atau tidak sahaja.

Orang laut cerita



Mkn nasi buln biasa ni sedap...

Pagi ada nasi kerabu Kemilau. Pukul 10 nasi Mabiq patin panggang tempoyak. Tengah hari pukul 12 ada nasi beriani taj. Petang pukul 2 nasi aneka lauk d'pondok. 6 petang nasi Ayamas percik. Pukul 10 malam nasi ana ikan bakar petai. Pukul 2 pagi nasi goreng usa pula..

Tapi tak sama nasi bulan Ramadhan. Pucuk ubi colek budu je.. berlaukkan sardin tumis.

Tpi, berjejer air liur masa wirid...

Solat maghrib pula lepas mkn 3 butir kurma...

nak bangun cabut, takut org kampung ngate... nak nunggu, imam bahan wirid panjang...

[ Unfriend, Block tanda sayang ; ]


Bila block atau unfriend, itu bukan sebab marah atau benci. Tapi mungkin cara fikir 'friend' terlalu-lalu berbeza. Jadi lebih elok 'lakum dinukum waliyadin'.

.

Jadi. Adakah bermaksud putus sahabat?
.
Siapa kata? Tidak. Kalau dah sedia sahabat. Selamanya sahabat. Ada ruang bersembang kita sembang. Ada nak minta tolong, mana mampu kita bantu.
.
Cuma. Seperti juga dunia realiti. Lain teman, lainlah titik pertemuan kita. Ada suka pengurusan, suka topik politik, ada minat dunia ilmu, minat masakan, gila buku, obses geopolitik, suka i'rob orang, minat game, fanatik Liverpool, suka positif memanjang.
.
Sekali kita suka sebaliknya. Memang krik-krik. Nak ulas satu isu-pun fikir 5 kali. Nak tulis salah, tak tulis salah
.
Jadi eloklah unfriend. Takut bertemu lagi, pelan-pelan tekan block.
.
Sebab taknak ada terguris. Dengan tulisan kita.
.
Amacam? Apa permainannya di sini? He.he.

[ Identiti Unik Sekolah Agama ; ]


Kini Madrasah dan sekolah aliran agama bagai cendawan tumbuh. Tidak terhad sekolah menengah. Sekolah Rendah, Kolej hatta Tabika Islam pun ada.
.
Namun bagiku. Identiti sebenar sekolah agama adalah Biah Solehahnya.
.
Markaz Bahasa Universiti Alazhar pernah cuba mencampur adukkan sesi pembelajaran Ikhwah dan akhwat di Hayyu Sadis. Namun hanya bertahan sehari. Secara kebetulan Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Toyyib datang melawat. Beliau dapati ikhtilat lelaki dan wanita berlaku. Maka kembalilah semula qoror ke cara sebelumnya. Kulliah Akhwat di waktu pagi dan ikhwah di waktu petang.
.
Pondok Pasir Tumboh juga pernah suatu ketika mengadakan gotong royong bersama pelajar Muslimin dan Muslimat. Namun setelah disedari Tok Guru. Tok Guru minta pelajar muslimat balik. Sehingga kini, pelajar muslimin dan muslimat tidak langsung bercampur. Jalan khusus muslimat disedia, kawasan muslimat dibenteng. Hatta walaupun kelas di Madrasah Tok Guru Haji Mustofa (Madrasah Tengah) itu disertai muslimin dan muslimat. Tapi tetap dipisahkan oleh dinding dan tempat keluar juga diasingkan arah. Langsung tidak bertemu. Sekali imbas. Kita takkan sedar bahawa Pondok Pasir Tumboh rupanya ada pelajar Muslimat.
.
Dengarnya. Zaman sebelum-sebelumku. Budaya di Sekolah Menengah Agama. Apabila abang banin nak bercakap dengan akak banat. Mereka akan bercakap dibalik sutrah. Baik tabir atau penjuru dinding. Jika bermesyuarat juga, lelaki dan wanita dipisahkan oleh tabir.
.
Jika telusuri Sirah Junjungan mulia. Kehidupan dizaman itu. Sesekali pergi pula ke Hadramaut Yaman. Mungkin kita dapat rasai. Berkatnya hidup bila ikhtilat dan Biah Solehah terjaga.
.
Mungkin ramai tak setuju. Bekas sekolah agama juga membantah. Bimbang. Kerana nanti di universiti, alam pekerjaan, dunia realiti. Graduan akan alami culture-shock. Mereka tak boleh adapt, lalu jadi lebih teruk dari pelajar normal. Jadi bebaskan belenggu ini awal-awal, supaya antibodi mereka kuat.
.
Entahlah. Malas nak fikir.

[ Menunduk ke bumi; ]


Kerap kali perhati. Insan yang Allah kurniakan izzah ilmu padanya. Seperti Syeikh Rohimuddin , Ustaz Khairul A, Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh. Antara ciri persamaan mereka. Ialah adab terhadap Guru sangat mereka jaga.
.
Lagak mereka ketika berada di dalam majlis yang dibimbing Tok Guru. Walaupun Tok Guru sekadar membaca kitab kecil. Atau sampaikan tausiah umum. Dan mereka sendiri pula ajarkan kitab-kitab yang besar lagi rumit.
.
Tapi bila di dalam majlis Tok Guru. Mereka kelihatan macam orang bodoh. Dungu. Cara mereka tadah ilmu, macam orang baru belajar.
.
Pernah ketika guru sedang menerang satu topik. Tiba-tiba Tok Guru masuk. Guru dengan pantas, terus bertanya pendapat Tok Guru berkaitan bab itu. Soalannya tidaklah rumit. Guru itupun mampu jawab sendiri.
.
Fokus kelas mula beralih kepada Tok Guru.
.
Sebaik Tok Guru beredar. Guru lantas memberitahu, dia sengaja buat begitu supaya kami belajar. Bila ada yang lebih alim datang. Jangan ajar dia. Sebaliknya ambillah manfaat dari dia.
.
Guru itu manusia biasa juga. Bila kamu diam, pandai cungkil bila waktu, pandai ambil hati. Maka banyaklah buah pelepas dia akan beri. Tapi kalau kamu pula yang ulas. Dia akan senyap. Rugilah kamu.

Pesta Buku Antarabangsa

[ 27hb April - 6hb May. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018; ]
.
.
Teringat kalau Ma'rid (Biasanya dipanggil Ma'rod) kutub di Kaherah. Memang keterujaannya melampau-lampau. Satu hari khusus jalan dengan teman-teman. Sekadar window shopping, tengok suasana. Beberapa hari kemudiannya keluar sorang-sorang. Nikmati sepuas-puasnya. Satu booth ke satu booth belek. Allah... bestnya...
.
Teringat masa 2011 tak silap. Waktu Dr.Mursi menang. Booth Ikhwan pastinya menjadi tumpuan. Beli kitab dari masdar dia. Memang puas hati.
.
Waktu inilah. Petunjuk dari guru-guru dan ustaz lama ditagih. Cadangan kitab apa perlu dibeli sebagai rujukan. Kitab Muasirah (kontemporari) apa yang hot dan wajib dimiliki sekarang. Dalam semua disiplin ilmu.
.
Dalam pada itu. Penerbit kitab pun pandai juga. Waktu inilah depa penaik harga kitab. Yang kita baru sampai waktu tu. Punyalah teruja, beli juga. Last-last, rupanya kalau beli maktabah sekitar Darrosah atau Dar Salam Hayyu Sabi' lagi murah.
.
Bestnya suasana waktu itu. Macam pesta. Semua bercerita kitab apa yang ada, lot khemah mana nak pergi, mana terletak toba' (cetakan) sekian-sekian.
.
Bagi pelajar Qiraat. Waktu inilah nak menyelam sungguh-sungguh di booth Dar Sahabah. Antara penerbit paling tersohor dan mendominasi penerbitan kitab-kitab berkait Ilmu Alquran. Maklumlah, maktabah mereka di Tanta. Jauh berjam-jam dari Kaherah.
.
Ada juga kitab yang nadir (payah jumpa). Selalu diberi klu oleh guru lokasinya. Nak cari sendiri memang puas. Punyalah besar tempatnya. Namun ada juga cetakan-cetakan yang tak bagus, banyak jatuh (salah cetak). Malah sangat bahaya dijadikan rujukan, takut tersilap faham. Walhal kitab rujukan penting tu. Guru biasa akan berikan panduan toba' mana yang bagus. Itupun masih tak terselamat dari tersilap. Tak dapat tidak, wajib juga berguru.
.
Kini PBAKL pula. Sebelum ni pernah pergi sekali PBAKL. 2007-2009. Tapi biasalah awal 20-an. Masa tu novellah yang dicari, buku motivasi, buku politik. Teringin sekali nak pergi kali ini. Dengan cara pandang yang sedikit berbeza. Dah pergi pesta buku Kuantan. Dapatlah rasa genre minat dah berbeza. Dulu dan sekarang. Ini nak ke PBAKL pula. Kebetulan banyak pula kelas tawaqquf. Wah terujanya. Ada gak bermalam di sana ni insha Allah.. Erm tapi.. toba' Khazanah Fathaniah dan Halabi join sekali ke PBAKL 2018?

Sabtu, 28 April 2018

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 4

Sebaik sampai di Hotel Wafeeden. Hampir 1km juga dari Masjidil Haram. Boleh tahan jauh dia. Tapi inilah asam-garam menunaikan haji. Ujian demi ujian kita kan lalui.
.
Di hotel. Kami ditempatkan sekitar 6 orang sebilik. Lengkap dengan sebekas sorang gula, kopi dan teh. Rasanya cukuplah untuk stok kami di sini. Lagipun kami lebih banyak membeli di bawah. Macam-macam ada. Kalau di dalam kompleks hotel. Makanan pagi boleh kata macam Malaysia-lah, sebab yang menjual tu orang Fathoni tinggal Mekah. Makan dua kali sehari. Makan tengah hari dan malam. Tapi inilah ujian kedua. Walaupun ada yang ok. Tapi ada juga yang sukar nak masuk ke tekak. Kalau persediaan duit cukup-cukup makan. Ada elok juga bawa sos kimbal atau kicap dalam beg bagasi. Letaklah dalam botol plastik dan lilit dengan selotip. Tapi kalau duit banyak. Rasanya berlenggang je lah. Sebab disini semua ada. Kicap pun ada, cuma rasalah mungkin berbeza sedikit.
.
Bagi saya. Saya lebih suka duit diletak dalam bang Tabung Haji. Kita hanya keluar SR100 sekali keluar. Itupun untuk makan-makan sebagai hiburan. Kalau pegang duit banyak-banyak bimbang tangan ni laju je nak habiskan.
.
Perkhidmatan pengeluaran duit juga bolehlah dikatakan mudah. Seperti juga madinah. Cuma untuk setiap zon (dua tiga hotel), adalah satu kaunter pengeluaran duit. Bagi yang suka membeli, belilah di tepi-tepi hotel. Banyak peniaga haram yang menjual. Di situ murah. Jubah-jubah sekitar SR5 atau SR10 je. Kita pun pelik, dari manalah mereka dapat untung.
.
Umrah pertama dilakukan agak lewat juga. Petang kami sampai, malam baru berkumpul untuk umrah. Disebabkan bawa Mie. Kami pergi agak lewat. Sebab ikut geng kerusi roda. Walaupun seorang Mutawwif Andalusia. Tapi malas aku nak buat lone-ranger sangat. Boleh juga aku pelajari cara-cara kerja Tabung Haji.
.
Jika naik scooter. Musim Haji ini agak mahal. Dalam SR100 juga satu tawaf dan SR100 untuk Saei. Tapi adatlah, boleh kata semua benda harga sekali lipat berbanding musim umrah. Klu untuk ke tempat scooter. Semua yang ada flyover dari luar Masjidil Haram terus ke atas, dan jalannya boleh lalu kerusi roda. insha Allah dari situ paling sesuai ke tempat scooter. Rajin-rajinlah bertanya kepada polis atau askar di situ. Buat isyarat dan cakap 'scooter?'. Insha Allah diorang faham.  Kalau nak upah orang tolak. Rasanya dalam SR300. Dia ambil dari bilik hotel dan hantar ke bilik.
.
Walaupun kerusi roda ada tersedia di hotel dalam kuantiti yang agak banyak. Tapi kalau nak bawa sendiri. Pastikan anda cari yang selesa untuk orang tolak. Serius, kerja umrah ni memang letih ujiannya. Ada yang beli Travel Wheelchair, memanglah kecil dan ringan. Tapi nak boleh ke tolak dari hotel ke Masjidil Haram, dengan lalu kawasan berbukit dan jalan tak rata. Memang menyeksakan tukang tolak. Kesian ke anak atau adik beradik kita tu. Jadi kalau dapat, pilih je yang biasa tu. Bukan kata mudah juga, cuma tahan sikit berbanding yang lain. Jadi uji-ujilah dulu sebelum beli atau bawa ke Mekah,
.
Suasana di Mekah lebih mencabar dari Madinah. Orang penuh siang malam. Keluar sahaja dari hotel, terus hinggar binggar dengan orang.
.
Untuk dapatkan waktu paling sesuai untuk tawaf dan saei. rajin-rajinlah buka TV. Di Youtube juga ada. Live video orang tawaf dan saei di Kaabah. Pilih waktu sesuai. Biasanya waktu pukul 10 malam, lepas subuh atau lepas asar. Rengganglah sikit orang. Rasanya sebab waktu makan atau rehat setelah pulun ibadah. Cuma hati-hati takut askar tutup pagar. Terpaksalah tawaf tingkat dua yang agak jauh pusingannya. Musim haji lebih ramai orang berbanding musim umrah.
.
Dalam sejam siaplah umrah. Saei dalam sejam juga. Itu lenggang-lenggang kangkung. Biasa ramai orang cepat lagi dari itu. Untuk tahu tempat-tempat memang pening.  Cara mudah. studi dulu peta guna internet untuk dapat anggar kedudukan-kedudukan dalam masjidil haram. Jalan ke saei ada belah bucu kaabah rukun Iraqi. Belah kanan Hajarul Aswad dan lepas dari pada Maqam Nabi Ibrahim.as.
.
Tambang teksi dari hotel ke Masjidil Haram dalam SR10. Mahalkan? Itu harga biasa orang Malaysia. Kalau pandai tawar. Mungkin dapat lagi murah. Orang belah-belah Afrika biasa dalam SR1-3 je rasanya.
.
Jika nak ke Tanaim sendiri. Ada beberapa cara. Jika naik bas dalam SR1. Cuma agak leceh rasanya. Kalau van dalam SR4 rasanya. Kalau naik teksi dalam SR10 satu kepala. Tapi biasa teksi dia nak complete 4 kepala bersamaan SR40. Kalau kurang cuba negotiate. Kalau pandai mungkin boleh dapat kurang. Saya pergi dengan adik. Pernah dapat SR30. Tapi jangan bimbang. Tabung Haji memang ada sedia perkhidmatan bas SR10. Dia tunggu dalam malam. Semua perkhidmatan di atas mencangkupi hantar, driver tunggu dan pulang ke masjidil haram. Cuma kawasan tempat kita diturun ada bermacam-macam. Biasa dekat bawah terowong. Belakang pembinaan fasa 3. Kalau kena lokasi yang kita biasa, oklah. Cuma bimbang kena tempat tak biasa. Jadi kena rajin tanya orang. Cakap je 'Haram?' sambil tunjuk arah jalan.
.
Antara perkara penting di Mekah pastinya sejadah. Khusus orang lelaki untuk solat jumaat. Kena musim panas, memang mnggeletik kaki. Tapi sejadah atau kertas atau kain itu untuk alas kepala. Adapun kaki, rasanya pijak atas selipar lagi bagus. Untuk elak tetanggung najis, jangan sarung. Juz berpijak atas dia. Tapi kalau nak elak semua tu, datanglah awal ke masjid.
.
Masjid pun ada banyak di sini. Masjid pinggiran. Rajin-rajinlah solat di masjid. Rasa suasana berbeza. Jika nak suasana Malaysia, solat sahaja lima waktu di hotel. Disebabkan surau hotel penuh. Alternatif sebahagian jemaah sendiri. Mereka jadikan koridor tempat untuk solat berjemaah. karpet semua bilik dibawa keluar. Memang kreatif.
.
Di masjidil haram, hatta di Madinah pun. Ada banyak kelas-kelas mengaji untuk orang awam. Jadi boleh duduk dan mengaji. Guru akan mendengar.  Majlis berbuka juga kerap diadakan. Duduk sahaja di tepi hamparan. Menunya kurma balah, roti arab dan sejenis air herba dan juga air zam-zam. Bagi yang tidak suka tidak mengapa. Tapi bagi yang suka, best juga roti itu.
.
Kebanyakan makanan adalah made by Pakistanian atau Indian. Jadi cadangan bagi yang mahu, boleh merasa makanan segera arab yang terkenal iaitu Albaik. Iaitu Fast Food Restaurant yang seperti KFC. Kalau nak makanan Malaysia. Boleh naik Menara jam. Jenguk-jenguk Restoran FELDA. Roti canai sekitar SR5-6 satu keping
.
Bagi yang suka berziarah. Boleh follow Tabung Haji punya ziarah. Bayar dalam SR25 rasanya seorang. Untuk setiap kali ziarah. Bagi persediaan. Boleh beli buku pasal Mekah dan Madinah oleh Dr.Abdul Basit di Malaysia. Jadi bila sampai Tanah Haram. Bila lalu sekitar  Masjidil Haram dan ziarah luar. Boleh imbau sejarah zaman silam. Baru feeling tu ada.
.
Oklah. Dah nak ke Arafah la pula. Nanti kita sambung ye.









Jatuh dan Rehat (J&R)

Aku nak tulis apa ye?
.
.
Sebenarnya semalam aku jatuh motor. Waktu nak ke kelas Tok Ayah. Tengah syok bawa. Tak perasan ada satu motor tiba-tiba muncul dari depan. Dek terkejut, aku brek. Kena pula atas pasir. Menyasar aku jatuh. Lama juga aku terduduk. Alhamdulillah orang tu tolong angkatkan motor. Cuma bila nak bangun, aku rasa tak mampu. Lutut kiriku macam jem, sebab hentam tanah kan. Alhamdulillah jatuh atas tanah, sekadar hentakan jelah dan ada parut di lutut sikit. 
.
Sebab dah rasa tak mampu nak bawa motor. Nak berdiri pun payah. Aku minta orang tu hantar aku ke rumah. Abi ngan Mie terperanjat juga.
.
Aku decide nak ke Klinik Arrazi sebab sana complete. Ada x-ray sekali. Tak perlu berpindah randah kalau doktor minta x-ray. Kalau HTAA pula rasanya memang tak-lah. Sebab berdasar pengalaman lepas-lepas masa bawa Abi. Paling kurang 4 jam menunggu. Biasa boleh pergi lebih dari itu. Kalau setakat bawah dari RM100. Better rasanya pergi swasta. Cepat dan tidaklah terbeban menunggu. Aku hubungi GRAB dan ke Klinik Arrazi Sungai Isap. 
.
Tambang GRAB sehala dari rumahku ke Klinik Arrazi sekitar RM4 sahaja. Alhamdulillah.
.
Dan sebagai natijah. Hari ini aku ambil cuti masjid dan kelas di Masjid Negeri. Esok belum tahu lagi. Memikirkan pelajar yang bayar dan kelas mereka hanya seminggu dua kali. Rasanya ada eloknya aku ke kelas juga esok. Mudah-mudahan lututku pulih dengan cepat.
.
Rasanya ada hikmah juga. Dapatlah aku berehat sebentar. Setelah non-stop berkhidmat. Dalam masa yang sama. Aku dapat lebih menjiwai apa perasaan Abi sewaktu terhad pergerakannya. 

Selasa, 17 April 2018

[ Lagenda Sungai Isap Papan, Kuantan ; ]


Jika biasa ke Masjid Sungai Isap Papan. Wajah bilalnya pasti familiar. Salah seorang bernama Hj.Asal. Selalu bertugas, walau menghidap stroke. Namun tiga bulan yang lepas, dia terkena angin ahmar kali kedua. Waktu itu dia baru nak azan. Jadi orang lain yang gantikannya azan. Darah beku pula terbentuk di belakang kepalanya. 

.
Tak tahu pun semua ni. Sebab sukarelawan azan bertukar-tukar. Jadi kitapun tak ambil berat sangat kalau ada tak datang. Masjid dan surau sekitar Kuantan ni kan banyak, dekat-dekat pula. Syurgalah bagi yang suka tukar-tukar angin tempat solat. Cuma kalau lama sangat, tertanya-tanya juga.
.
Tadi baru dapat khabar Bilal Asal meninggal Sabtu lepas, tiga hari selepas salah seorang isterinya meninggal. Isterinya meninggal Hari Rabu.
.
Rasalah juga tersentak tadi. Sebab last jumpa Almarhum waktu selesai solat. Dia panggil. Katanya minta maaf kalau ada apa-apa. Benda tiba-tiba kan. Takde angin takde ribut tiba-tiba minta maaf. Tapi layankan jugalah. Tak bertanya pula sebab apa. Kemudian lama tak nampak. Hampir 3-4 bulan juga. Rupanya, Bilal Asal dah nak pergi.
.
Bilal Asal bagus orangnya. Walau uzur. Berusaha juga nak azan dan bertugas bilal.
.
Pandang kiri kanan. Sedih jugalah. Orang Masjid Sungai Isap Papan ni jenis suka berkhidmat. Jemaahnya baik sangat, dah rasa macam ayah-ayah sendiri. Pergaulan dan usik mengusik mereka berseni. Tapi mungkin sebab peraih ni antara yang mula-mula di Sungai Isap. Jadi umur mereka pun baya 65, 70 ke atas. Setiap tahun. Ada sahaja yang pergi.
.
Cukuplah tu. Mengenang perginya Seorang Lagenda Sungai Isap Papan.

[ Bila dah masuk Bulan Khilaf Yang Pening; ]



Berkawan rapat dengan Sahabat Salafi Wahhabi.

.
Otak mereka logik, realistik dan berfakta. Nahu mahir. Kitab-kitab rujukan kita Mazhab Syafie depa tahu, siap boleh petik naqol lagi. Walaupun kuat pertikai. Tapi jika tiba part mereka tak tahu, mereka diam.
.
Kita dah kenal Salafi hebat. Jadi yang jenis kuat menganjing. Tak tahu jawab pegi putar ke topik lain yang tak bersabit. Kita sebut nama kitab masyhur Mazhab kita, dia tak tahu, boleh pula tanya siapa pengarang. Nahu Saraf ke laut. Dibuat contoh pula dari pengikut Mazhab Syafie yang jahil. Lalu dikata itulah rupa Mazhab Syafie yang sebenar.
.
Entah apa-apalah.
.
Nak bersuara rasa malas. Bila senyap, makin diperli.
.
Pening nak menempuh Rejab, Syaban, Ramadhan dan Syawal. Bulan sarat khilaf.

[ Sambung Bidang Agama; ]



Seorang pelajar lepas SPM ditanya. Full juga A-nya. "So, nak ambil bidang apa lepas ni?". Katanya bidang agama... "Di Universiti ****.". Full stop. 

.
Ok, kita koreksi sedikit ya.
.
Bidang agama ni unik sedikit. Jika berminat nak sambung. Tanyakan dulu pada diri. Kamu nak apply u ni;
.
A). Sebab nakkan sijilnya ke? Yang dengannya kamu mudah dapat kerja, bina karier, jadi mufti, qodi, penguatkuasa agama, imam, penceramah, pakar rujuk, pensyarah.
.
B). Atau kerana kamu memang nak mahir sungguh Ilmu Agama? Kamu nak faham hukum-hakam, nak boleh baca kitab arab tanpa baris, boleh baca Alquran dengan lidah fasih. Boleh tahu dalil. Boleh hafaz Alquran, Hadith dan matan-matan? Nak reti sumber ambilan yang soheh? Faham tafsiran Ulama terhadap Alquran dan Hadith?
.
C). Kerana Allah.
.
Jika pilihan kamu A. Tiada masalah. Tapi jika pilihan kamu B. Untuk bidang agama. Terus-terang cakap. Sistem Universiti takkan berjaya menjadikan kamu alim. Ijazah Sarjana Muda, Sarjana mahupun PhD bukanlah sistem yang sesuai untuk jadikan seorang itu alim.
.
Untuk jadi alim. Kamu perlu follow sistem Talaqqi. Yang sijil degree tu takpelah, teruskan sahaja. Sebab tak ramai mak ayah, family mahupun orang lain yang tahu hal ini. Justeru jika ingin mahir Ilmu Agama. Carilah Universiti yang mudah untuk anda keluar bertalaqqi. Ulang lagi sekali, bertalaqqi ye. Bukan ceramah Forum Perdana Ehwal Islam.
.
Sekarang dah banyak. Di Malaysia sudah ada. Di luar negara apatah lagi.
.
Jika pilih C? Erm.. Kamu orang Tasawwuf ye?
.
Selamat menempuh dunia baru. Dunia Berdikari ;)

[ Tahu apa benda yang kita buat; ]



Teringat cerita Ustaz Razak Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Ada pelajar Universiti yang extend pengajian semata-mata nak mari duduk Sri Petaling. Nak buat syahadah Alquran (Perdengarkan 30 juz hafalan dalam tempoh tiga hari). Jadi untuk persediaan, ia perlukan berbulan malah mungkin setahun-dua latihan.

.
Ada seorang teman. Sudah agak lama kerja guru KPM. Akhirnya berhenti. Tinggalkan kerja kerajaan yang berpencen dengan pelbagai insentif menarik. Bertukar ke Guru Tasmik Sambilan pagi, petangnya guru Alquran sambilan, malamnya Imam sambilan. Tiada gaji tetap. Tiada jaminan pencen. Sukar buat loan. Semata-mata nak menjaga hafalan Alquran, hidup dalam dunia Alquran.
.
Ada seorang kepala mentelaah di Pondok Pasir Tumboh. Awalnya dulu balik belajar dari UK. Ditawar gaji berbelas ribu. Tapi ditolaknya untuk belajar pondok. Kerana penguasaan Ilmu Agamanya yang terlalu lemah Dia ditempatkan di kelas paling bawah. Belajar kenal huruf jawi. Sekarang, semua kenal dia. Bukan sahaja berada di kelas paling tinggi. Dia juga mengajar kitab-kitab tinggi (rumit) pondok.
.
Ada seorang kenalan. Dengan pantasnya menolak tawaran kerja tetap dari sebuah syarikat. Kerana sewaktu temuduga. Penyoal memberitahu, syarikat agak berat melepaskan pekerjanya Solat Jumaat.
.
Terbaca kisah seorang doktor. Walaupun mampu, tapi hanya berkereta usang sahaja. Walau dipandang lekeh. Dia tak peduli. Sebab dia fokus pada pelaburan aset. Sudah beberapa rumah dibelinya.
.
Ada seorang teman rapat juga begitu. Walaupun laki-bini bergaji sedap. Tapi dia hanya berkapcai ke kolej. Isterinya pula memandu kereta bermodel lama. Dalam diam, juga melabur kepada aset. Di usia muda, sudah punyai dua rumah yang disewakan.
.
Ada kenal seorang pakcik. Sewaktu kawannya yang lain berebut-rebut membeli kereta. Dia hanya relax. Orang lain membeli rumah. Dia hanya relax. Akhirnya, tahu-tahu. Dia sudah membeli sebuah rumah secara cash dan kereta dengan ansuran bulanan yang sangat rendah.
.
Ada seorang pelajar. Sewaktu rakan sebaya berpusu nak masuk u. Berhijrah ke dunia kampus di bandaraya besar. Dia hanya mohon PJJ, belajar hanya dihujung minggu. Hari Isnin hingga Jumaat pula dia bekerja. Walau tidak berada di dunia kampus 100%. Namun, dia sudah punyai dua kelebihan berbanding rakan sebaya yang belajar Full Time. Dia ada pengalaman kerja dan tidak terikat dengan hutang PTPTN.
.
Setiap orang mungkin berbeza target hidup. Namun. Tahukah kita,

" Apa benda yang kita sedang buat ni?..."

[ Menunduk ke bumi; ]

Kerap kali perhati. Insan yang Allah kurniakan izzah ilmu padanya. Seperti Syeikh Rohimuddin , Ustaz Khairul A, Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh. Antara ciri persamaan mereka. Ialah adab terhadap Guru sangat mereka jaga.

.
Lagak mereka ketika berada di dalam majlis yang dibimbing Tok Guru. Walaupun Tok Guru sekadar membaca kitab kecil. Atau sampaikan tausiah umum. Dan mereka sendiri pula ajarkan kitab-kitab yang besar lagi rumit.
.
Tapi bila di dalam majlis Tok Guru. Mereka kelihatan macam orang bodoh. Dungu. Cara mereka tadah ilmu, macam orang baru belajar.
.
Pernah ketika guru sedang menerang satu topik. Tiba-tiba Tok Guru masuk. Guru dengan pantas, terus bertanya pendapat Tok Guru berkaitan bab itu. Soalannya tidaklah rumit. Guru itupun mampu jawab sendiri.
.
Fokus kelas mula beralih kepada Tok Guru.
.
Sebaik Tok Guru beredar. Guru lantas memberitahu, dia sengaja buat begitu supaya kami belajar. Bila ada yang lebih alim datang. Jangan ajar dia. Sebaliknya ambillah manfaat dari dia.
.
Guru itu manusia biasa juga. Bila kamu diam, pandai cungkil bila waktu, pandai ambil hati. Maka banyaklah buah pelepas dia akan beri. Tapi kalau kamu pula yang ulas. Dia akan senyap. Rugilah kamu.

[ Pegawai Agama FELDA dan FELCRA; ]

Ada parti politik yang berhasrat letakkan pegawai agama di setiap tanah rancangan FELDA. Bagus idea ni. Malah patut diletakkan juga di FELCRA.

.
Siapa yang tinggal di kejiranan peneroka pasti maklum. Betapa dahsyatnya masalah moral di sini. Baik dadah, jenayah rompak dan curi, pergaduhan dan rempit. Yang dah lahirkan anak luar nikah juga ramai. Pengetahuan asas Fardhu Ain juga sangat lemah. Masjid tak hidup.
.
Berbual dengan Abi. Dulu skop tugas pegawai agama hanyalah terhad sekadar mengajar ngaji dan fardhu ain. Itupun dia yang buat sendiri. Kini mungkin kita boleh lainkan.
.
Letakkan pegawai agama sebagai penyelaras, penggerak dan pemantau biah islamiah di setiap gugusan. Pastikan kelas-kelas Fardhu Ain (Tauhid, Fiqh dan Akhlak), juga Kelas Talaqqi Iqra Alquran berjalan konsisten setiap minggu. Majlis sambutan Maulidur rasul, Isra' Mikraj dihidupkan. Adakan program dakwah seperti Malam Kesenian Islam, Camping, kem-kem sunnah dan forum kesedaran.
.
Jika dulu. Semua ini secara ad-hoc. Jadi main tangkap muat. Pakai tala kepada mana-mana staf. Pandai-pandailah dia nak organize. Jadi program dibuat pun sekadar nak isi aktiviti. Lalu matlamat jangka panjang kabur.
.
Tapi jika diwujudkan betul jawatan Pegawai Agama. Semua masalah ini insha Allah kita dapat bendung. Walaupun berdikit-dikit.
.
.
.
#SukaManifestoBernas

Rabu, 11 April 2018

Skala 3 dari 5

Malam ni ok sedikit. Jika ada 5 skala dalam ketegangan otak. Hari ini duduknya di tangga 3. Sebelum-sebelum ini ditangga 4. Satu lagi anak tangga nak cecah 5. 5 bermakna? Entahlah.
.
Aku letih. Ya. Aku letih.
.
Sejak dari bangun pagi hingga kembali nak tidur malam. Otakku penat.
.
Setiap waktu aku perlu berfikir, merancang, mentelaah, menakkul, mengulang. Rasa seperti sudah lama otakku tidak berehat.
.
Sepanjang waktu aku sentiasa perlu bekerja.
.
Ya. Memang puas hati. Alhamdulillah. Sebab aku berjaya harung kesemuanya dengan lancar, walau mungkin ada 1-2 kekurangan yang perlu aku baiki. Apatah lagi, nusrah Allah bersama.
.
Tapi bila melibatkan perkara rally begini. Otak memang sentiasa tegang. Walaupun tidak sesakit sewaktu membaca artikel fitnah dan umpat. Tapi tetap agak tegang juga.
.
Kawan borak terbaikku juga berhijrah ke KL. Jika tidak, ada juga seorang yang boleh jadi tempat aku luah. Sampaikan idea, bercerita dan berkongsi. Sekarang. Tiadalah tempat luah begitu. Sekadar saat berceramah dan mengajarlah. Nak berbual dengan yang disekeliling. Macam tak berapa masuk. Payah juga nak jumpa pendengar yang baik ye.
.
Inipun tergerak hati nak menulis. Ada juga rasa macam kendur sikit otakku.
.
Banyak juga benda nak dicoret. Sapa nak baca lagi mohon angkat tangan ! Takpun hantar mesej ke nombor saya 01115996053.. Taip SAYA NAK BACA CORETAN TUAN hehe. Ada ke yang minat? Saje je... Entah apalah aku melalut ni.
.
Oklah. Wassalam.