Sabtu, 26 Mei 2018

ALKISAH MENYAMBUNG MASTER



Baru apply master islamic studies di oum kuantan semalam. Katanya untuk intake may 2018 masih boleh sebab baru terlepas kelas pertama. Tapi limit register sebelum kelas kedua (lepas raya).

UKM pun apply juga. Intake September 2018. Cuma ni backup plan-lah. Sebb kita nak cepat habis kan... Maklumlah umur makin meningkat & komitmen makin tinggi..😂😂

Klu dapat UKM untuk intake september ni. Kita baca cara lain pula.

Takpelah habis 1k untuk yuran awal pun... Sebab berbaloi in case kalau waktu kelas UKM tak serasi dengan kerja kita.. (OUM tahun depan dah habis belajar kalau daftar sekarang)...

Waktu oum pun best. Kelas dua minggu sekali... Hari Sabtu... mula pukul 8 pagi, dalam 12.30pagi dah habis. Ada 2 subjek satu semester... satu subjek dua jam. Last nanti baru ada mini thesis.

(Kenapalah IPTA tak buat camni..😭😭)

Kalau nak kira belanja. Yuran UKM memang sekali ganda murah. Tapi kalau baca semua. Kos transport nak ke KL, makan-minum, penginapan, masa. Rasanya tak jauh berbeza dengan OUM. Sebab kampusnya tempat kita. Plus, boleh buat job lain lagi lepas kelas..

Cuma ada juga bimbang sikit. Sijil OUM ni jauh mana boleh pergi? Takut banyak tempat tak iktiraf, payah juga tu.

Selasa, 22 Mei 2018

Nak iPad

Kini aku acap kulliah maghrib. Jadi aku perlukan ipad. Masalahnya, harga agak mahal. So camne?

Ahad, 13 Mei 2018

UMNO yang ku sayang

Aku rasa. Jika aku tulislah status ini di Facebook. Memang kena nak kena bash Insha Allah.
.
Tapi. Inilah uniknya kami. Bagi kami (beberapa ahli keluarga dan teman). Jika UMNO kalahpun, biarlah PAS ganti. Kami sangat sayangkan UMNO dan PAS.
.
Mungkin ada yang kata kami lalang atau flip-flop. Tapi inilah keistimewaan kami.
.
Sedaya upaya mungkin. Kami salurkan bantuan. Wang ringgit, kibar bendera, tukang kempen, jadi cybertrooper kepada dua parti ini. Tapi kenapa?
.
Tidak lain kerana satu. ISLAM. Ya, keduanya menjadikan Islam sebagai asas agenda parti. Jika PAS sudah pastinya memperjuangkan Islam. Maka UMNO pula memperjuangkan tiga perkara. AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, TANAH AIR ( أ ب ت ). Uniknya bangsa Melayu. Semua Orang Melayu adalah wajib Islam. Jika tidak Islam maka dia bukan Melayu.
.
Kami faham. Keduanya punyai karektor, keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Justeru tugas kamilah menolong kedua-duanya. Biarlah saling bermusuh sekalipun, yang penting siapapun yang menang antara mereka berdua, manfaatnya kita dapat.
.
Minggu lepas (sebab dah pukul 1.01pagi). Semenjak keputusan PRU14 keluar. Acapkalu aku rasa sebab. Benar, dari satu sudut ianya takdir dari Allah. Namun sebagai makhluk, sudah fitrah kita rasa kecewa dengan sikap kita sendiri. Dengan peratusan orang melayu keluar mengundi sekitar 55%, undi China 90%. Namun jika dihitung, komposisi melayu jumlah 50 peratus dari rakyat Malaysia, manakala China hanya 30%. Maka jika dianggar, jumlah pengundi melayu dan china adalah hampir sama !
.
Macam mana boleh jadi begini? Tak lain, rasanya sikap kita sendiri. Sikap malas keluar mengundi dan tidak mahu pangkah PAS atau UMNO.
.
Kelemahan UMNO adalah pada ahlinya. Secara fizikal, koordinat UMNO amat mantap. UMNO menguasai MCA dan MIC. Kelemahan PAS pada bekerjasama dengan Non-Muslim. Pada reaktif dengan persekitaran, contohnya memanfaatkan isu untuk diri agak lemah. Namun takpelah. Sebab dari sudut yang lain, PAS parti yang sangat bagus. Berpegang pada  prinsip, Ahlinya sangat mantap, pimpinannya sangat berintegriti.
.
Sebab itu. Kami pilih keduanya. Jika undi pula. Kami lihat pada potensi calon. Boleh jadi Parlimen dan dun, kami undi dari parti berbeza.
.
Gerak hatiku mengatakan, Ds.Najib pemimpin yang sangat baik dan berakhlak. Walaupun mungkin banyak kesilapan yang beliau buat. Moga beliau bertaubat dan Allah ampuni. Itupun jika ada. Namun, aku rasa, pengobanannya juga boleh tahan banyak. Tapi empunya diri terlebih tahu.
.
Ds. Najib. Jika Dato terbaca tulisan ini. Saya cuma nak beritau, masih ada lagi yang sayangkan Dato Seri dan UMNO. Dan orang itu adalah saya.
.
Sekian wassalam
.
Moga Dato Seri kekal tabah dan bersabar
.

Jumaat, 4 Mei 2018

Coretan sukar tidur awal 5 Mei

Sepatutnya aku dah tidur. Tapi mungkin penangan tidur lewat. Mata jadi payah tidur. Baru belek buku tadi, sakit pula tengkuk. Jadi menulis la jawabnya. Tapi.. Nak tulis apa?
.
Bila kita mula menulis. Fikiran dan jiwa kita akan terapung-apung sekitar topik yang kita tulis. Jadi, malas nak pergi ke topik kritikal atau serius..Cukuplah layan 60km sahaja. Santai-santai. Persis orang memandu kereta di tepi pantai (boleh bayangkan persisir Pantai Sepat). Sambil drive, sambil hidup udara segar, angin menerpa ke muka, sesekali menjeling ke ombak yang menghempas pantai. Melayan jiwa mungkin aktiviti yang bagus. Seronok juga mencapai Alquran di poket. Lalu mengulang hafalan yang masih diingat.
.
Seronok juga tulis di-blog ye. Tidak risau siapa yang membaca. Mungkin yang kenal dan datang berziarah hanya 1-2 orang (Berdasar kiraan statistik yang konsisten). Selebihnya mungkin sekadar surf topik di google. Lalu ketemu blog ini.
.
Blog ini dibuat bukanlah untuk tujuan commercial. Just untuk mencoret di waktu terluang sahaja. Kerana menulis adalah hobiku. Cubalah. Ia antara terapi yang bagus untuk redakan stress, berkecamuk fikiran, berat otak.
.
Aku nak bersukan. Tapi faktor lututku membatas. Namun jika ok-pun. Aku masih perlu luangkan waktu bawa Abi jalan-jalan. Mudah-mudahan aku berjaya pikul semua ini dengan jayanya.
.
Sebenarnya. Aku sangat-sangat suka bersukan. Mana-mana tempatlah. Aku antara muka yang kuat bersukan. Dari main bola, bola tampar, badminton, jogging. Semua aku fanatik. Sehinggalah diploma. Aku terpaksa korbankan ia demi hafalan. Di Mesir pula aku terpaksa korbankan demi Majlis Ilmu. Dan sekarang, aku perlu korbankan demi khidmat.
.
Takpelah. Setiap pengorbanan biasa disusuli hikmah yang besar insha Allah. Teringinnya nak lari keliling padang, tendang bola, pukul bola tampar, pukul badminton, main bowling, main chess... Main chess? Ish... best juga idea ni.
.
Ok geng. Kalau tak ngantuk lagi. Ingat nak download chess. Nak join? Pm tepi ek... k wassalam

Aku seorang guru

Aku seorang guru.
.
2016-2017-2018.
.
Setiap kali mendapat kelas baru. Aku agak stress. Walaupun berjaya kawal perasaan itu. Tapi adakala rasa tertekan tetap muncul sekali-sekala. Apatah lagi. Jiwa garang telah lama aku tinggalkan. Seingat aku terakhir 2005. Dulu aku rasa biasa, walaupun nampaklah berjaya jayakan sedikit sebanyak unddang-undang asrama. Namun rupanya, hampir semua junior yang aku jumpa semula akui. Aku memang garang. Aku tahupun bila waktu perlukan khidmat sebegini, mereka up-kan namaku untuk handle. Hampir 13 tahun juga dah berlalu tu. Iyelah, masa tu yang penting bagi kita suasana terkawal. Jadi tak fikir sangat apa pandagangan orang kepada kita.
.
Bila tak garang pelajar jadi tak takut. Amat bahaya jika pelajar mula meninggalkan adab dan melanggar disiplin.
.
Awalnya. Malah adakala timbul juga. Rasa malas nak hirau. Lebih baik aku fokus pada pelajar tuaku di masjid-masjid. Pelajar tua lebih menghargai ilmu, lebih beradab dan sangat bersemangat untuk belajar. Mereka juga mudah ditegur.
.
Tapi takdir Allah penentu segala. Walaupun pelbagai kerenah, nak kena layan tarik tali. Adakala tengang urat kepala memikir. Lama-lama hadir juga rasa sayang pada mereka. Buruk baik diorang. Aku juga yang kena corak. Malas atau rajin, aku juga kena push. Kemampuan menghafaz, aku juga kena pelbagaikan teknik mendidik.
.
Semalam aku mengajar di Masjid Balok Pantai. Beri Kulliah Maghrib. Seronok. Kini setiapkali dijemput berceramah, aku pasti akan memilih Kitab Pelita Penuntut (تعليم المتعلم طريق التعلم ). Cerita pasal ilmu.
.
Ok. Mata dah mengantuk tak qoilulah tengah hari tadi. Wassalam.