Jumaat, 29 Jun 2018

Sindrom Takpe Dikalangan Melayu..

Dulu..
Pedagang China datang ke Melaka..
Takpe..mereka hanya datang nak berniaga..

Lepas tu..
Orang Cina dah makin ramai di Tanah Melayu..
Takpe..mereka tak boleh buat apa2 di Tanah Melayu..ini tanah kita..

Lepas tu..
Orang Cina dah kuasai ekonomi kita..
Takpe..kita juga tumpang senang..negara pun maju sebab adanya mereka..

Lepas tu..
Mereka nak kuasai politik negara kita pula..macam mana?
Takpe..Mereka pun rakyat Malaysia..selagi mereka tak sentuh hak kita,agama dan Raja kita..kira ok lah..daripada pemimpin Melayu yang rasuah dan susahkan kita..

Lepas tu..
Eh..mereka dah kacau hak kita,agama & Raja kita..
Takpe..kita kan rakyat Malaysia..sama rata..selagi kita tak hidup merempat kat tanahair sendiri.kira ok lah tu..

Akan datang..
Eh..mereka dah kuasai semua lah..habis semua dah takde..
Takpe..yg penting ekonomi negeri kukuh dan bantuan kewangan kpd asnaf ada..bolih g masjid/surau dgn aman..

Takpe..takpe..

LAST SEKALI...
Takpe..tak pe kita pun dah tak lama kat dunia ni..biarlah semua yg ada kat dunia ni termasuk anak cucu kita yang tanggung..

Takpe..takpe..dan takpe..tu la lama2 semuanya tak de.. tergadai 😥😥🙏🙏🙏
Fikir fikir lah.

#copynpaste

Rabu, 27 Jun 2018

Islamnya PAS, PH dan UMNO

Ada buat muka bila waktu bercakap denganku bab politik mutakhir ini. Aku akan sentiasa bercerita pasal UMNO. Aku langsung tak sentuh PAS atau PKR. Aku perasan riak mukanya, tapi aku teruskan juga. Akhirnya satu malam aku beritahu.
.
Diantara UMNO, PAS dan PH. Maka yang paling secure adalah PAS. Perjuangannya memang solid Islam. Tarbiah ahlinya mantap, pemanduan mereka dipandu Majlis Syura Ulama, dasar mereka berlandas  Alquran dan Hadis, pendokong PAS bukan orang nakkan kepentingan, tapi yang jenis ikhlas berkorban. Pendokong mereka tidak harapkan imbuhan duniawi, sebaliknya ramai yang berkorban masa, tenaga dan harta untuk PAS. Jadi mereka dah di zon yang selamat. Menang atau kalah Pilihanraya. Mereka memang dah parti yang sangat berjaya. Jangan letakkan PAS hanya sekadar parti politik semata-mata. Sebaliknya tinggikan  lagi pandangan. PAS lebih tinggi dan hebat dari itu. Mereka dah dipuncak. PAS seolah-olah sebuah madrasah. Semua hampir lengkap. Mungkin asbab berkat keikhlasan ahlinya dan doa orang soleh. Jadi jangan kacau. Jangan usik mereka. 
.
Kerana itu. Walau banyak yang aku tidak setuju dengan cara tindak teman-teman PAS-ku. Tapi aku hanya berdiam diri. Berbunyi pun, sekadar suka-suka, sengaja nak provoke teman-teman PAS. Nak bagi mereka pun jadi hebat cara berfikirnya. Sehebat Jenama PAS. Hakikatnya. PAS parti paling kukuh dan hebat di Malaysia.
.
Keduanya PH. PH ni walau bercampur aduk. Tapi masih ada ABIM, IKRAM dan AMANAH didalamnya. Jadi inipun kita malas campur. Biarlah IKRAM, ABIM dan AMANAH bergelut menyemai Islam di dalam PH. 
.
Cuma teman kata. Anwar itu nampaklah Islamisnya. Tapi yang lain-lain tak nampak. Seorang lagi teman bagitahu. Pejuang Islamnya adalah versi liberal. 
.
Aku lantas teringat kalam Tokoh Reformis Mesir yang kurang disenangi Jemaah Ahlus Sunnah Waljamaah. Iaitu Syeikh Muhammad Abduh.ra. Tidak silap kata-kata ini bersumber darinya; "Aku ke eropah. Aku lihat kurang Orang Islam tapi banyak yang Islam. Aku pulang ke negaraku. Aku lihat ramai Orang Islam. Tapi kurang yang Islam.." (Lebih kurang)
.
Mengingat kata temanku yang melihat ramai Pejuang Islam di dalam PH adalah Islam Liberal (Walau aku tak berapa setuju dengan istilahnya. Aku lebih suka istilahkan mereka modenis). Kemudian mengingat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh di atas. Melihat yang ABIM, IKRAM tidak dibubarkan walau hakikatnya platform menjadi parti politik terbentang luas di depan mereka. Melihatkan NGO Aqsa Syarif milik IKRAM yang masih kental membela Palestine dan membahan Israel. Melihatkan figura ABIM yang menyertai PKR masih lagi bercakap tentang teras perjuangan Islam. Maka aku dapat satu kesimpulan.
.
Teli-kan semua itu. Maka kita dapat agak. Mereka adalah pejuang 'nilai' Islam. Nilai Islam yang menolak rasuah, pecah amanah. Nilai ini sebenarnya nilai yang universal. Walaupun di dalam Islam memang dinyata. Tapi dalam agama lain, bahkan pada masyarakat umum juga, nilai ini diterima umum sebagai nilai yang terbaik. Jadi mereka akan laungkan nilai-nilai  ini tanpa terlalu eksklusifkan ianya datang dari Islam. Jadi mereka lebih mudah 'meresapkan' nilai Islam ke dalam DAP dan parti yang lain, tanpa maklumkan nilai itu diambil dari Islam. Kerana kalau awal-awal lagi tahu dari Islam. DAP yang anti Islam pasti awal-awal lagi tolak.
.
Jadi. Biarkan sahaja IKRAM, ABIM, AMANAH dan serpihan JIM meresap di dalam PH.
.
Masalahnya sekarang UMNO. Semua adalah Melayu Islam. Semua orang kita. Mereka lebih kompleks. Sebab hampir 60 tahun menjadi kerajaan. Dalamnya boleh jadi ada pejuang yang masih menghargai Bangsa dan Agama. Boleh jadi ada yang sekadar mengaut untung. Semangat Islam mungkin ada, tapi mungkin sekadar hasil dari inisiatif individu. Hasil pembelajaran ketika sekolah dulu, dengar orang mengajar di masjid dan sedikit-sebanyak waktu dibasuh ketika hadiri  kursus Biro Tata Negara dan mendengar ceramah di pondok panas malam ambang Pilihanraya.
.
Ketika menjadi kerajaan. Semua institusi agama lah penggerak kepada Islamisnya UMNO. Penguatkuasaan, Imbuhan, perencanaan, plan strategi Islamis. Semua dipantau menteri dan perdana menteri, yang pastinya mereka dari UMNO. Jadi induk parti tak perlu terlibat pun.
.
Namun kini. Ketika kuasanya tidak lebih dari sebuah parti. Maka tak dapat tidak, nukleus Islamik dan kebangsaan itu mesti ditanam ke tengah dasar perjuangan UMNO. Perlu disemai, dibaja, disiram dan dijaga dengan rapi. Inilah faktor paling teras untuk memastikan UMNO kekal relevan, punyai roh, ada halatuju yang jelas, dilihat berprinsip dan menjadi kuasa lonjakan  yang kuat untuk UMNO kembali bangkit.
.
Tanpa semangat kebangsaan, nasionalis dan Islam. UMNO akan langsung hilang jati dirinya
.
Jadi usaha perlu digerakkan untuk rangka semula tarbiah dan pendekatan doktrin di dalam UMNO. Silibus perlu disusun sebaik mungkim. Agar sesuai dengan waqi' masa kini. Namun terasnya tidak terpesong daripada menjaga Islam, Melayu dan Tanah Air. Semua ahli dan strategi UMNO perlu dimandi dan dipolish-kan semula. Dan persoalan baru timbul. Siapakah individu yang mampu melakukannya? Yang mampu sental semua daki UMNO, menukar semangatnya dan sangat kuat untuk melonjakkan UMNO setinggi-tingginya?
.
Yang pasti. Orang itu mestilah genius. Dia sendiri punyai jiwa yang Islamik, nasionalis dan kebangsaan. Matang berfikir. Bijak mengambil keputusan dan punyai kredibiliti untuk tugas yang sangat berat ini. Bagiku, buat masa dan saat ini. Walaupun mungkin saat ini akan pantas berlalu dan pemimpin hebat masa hadapan itu telah lahir atau sedang.membesar. Tapi buat masa ini. Ketika ini. Aku nampak Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi calon yang paling terbaik. Pengalaman, karektor, networking, cara gerak kerja dan kesungguhan ditunjuk. Aku rasa Dato Zahid mampu.
.
Moga jika berjaya. Disamping melipat gandakan tentera saraf UMNO. Menyemai benih dan mentarbiah ahli adalah antara perkara wajib yang mesti Ds.Zahid lakukan.
.
Sebagai akhirnya. Pastikan semua parti itu Islamik. Nah jika mereka saling bergaduh pun kamu tak bimbang. Sebab yang akan menang nanti juga pastinya Islamik juga. Kata Saidina Umat.ra;

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العزة بغيره أذلنا الله

"Kami adalah kaum yang dimuliakan dengan sebab Islam. Jika kami ambil kemulian selain dengan Islam. Maka kami akan dihinakan Allah..."



Khamis, 21 Jun 2018

Pemilihan Agong UMNO 2018

Mungkin di hati perwakilan sudah ada calon. Mungkin juga masih berkira-kira. Apatah lagi dengan kejutan kalah dalam PRU14 baru ini. Maka pastinya, ketelitian memilih terlebih lagi diutama. Siapakh yang paling berhak menjadi jeneral perang kali ini.
.
Walaupun usaha meremajakan UMNO menjadi buah mulut golongan muda. Tapi bagiku tidak semestinya. UMNO tidak perlu menjadi remaja untuk diterima. Apatah lagi jika menjadi remaja itu menyebabkan kita meninggalkan Agama Islam sebagai prinsip. Sudah maklum, walaupun pelaungnya ramai yang tua. Tapi menjadi remaja, muda dan moderate biasanya menjadikan seseorang itu lebih liberal, mudah menghentam Syariat Islam, menghina adat budaya bangsa. Ciri-ciri remaja biasa ditafsirkan ke arah itu. Itu kita tidak mahu.
.
Namun kalau ciri-ciri remaja itu membawa kepada semangat yang lebih berkobar-kobar mempertahankan Islam. Semangat nak meningkatkan kembali adab dan budaya masyarakat. Pendekatan yang lebih moden namun sangat menitik beratkan Agama Islam sebagai panduan. Ini kita sokong dan setuju. Malah wajar kita dokong.
.
Saya seorang muda. Berusia 30an. Tapi saya mahukan UMNO yang menjaga Islam, Melayu dan Malaysia tercinta. Automatik bangsa lain juga terjaga. Prinsip ini jangan sesekali dipinggir. Jangan mudah terpengaruh dengan slogan moderate. Kita bukan PH.
.
Jangan jadi seperti PH. Walaupun mereka menang. Bukan prinsip mereka yang menjadi penyebab. Tapi jentera mereka itu asbabnya. Strategi mereka berjaya mengucar-kacirkan UMNO. Justeru, yang UMNO perlu ubah ialah strategi. Namun prinsip  أ ب ت itu. Islam Bangsa Melayu dan Tanah Melayu itu mesti dikekalkan.
.
Dengan rasa bertanggungjawab. Saya rasa Dato' Dr.Ahmad Zahid Hamidi calon yang terbaik. kerana nilai GAGAH, PUNYAI STRATEGI, ISLAMIK, BERPENGALAMAN, MENJUARAI ISU, sebagai Presiden UMNO.
.
Adapun untuk menumbangkan PH jangan bimbang. Fokus bantu rakyat 100%. Perhebatkan Cybertrooper. Ambil penasihat yang bijak untuk mengemudi isu semasa.

Rabu, 20 Jun 2018

Ubah atau Diubah Media Sosial

Antara cara terbaik yang aku ketemu. Jika nak konsistenkan diri murajaah akan Ilmu. Maka cara terbaik adalah dengan join Majlis Talaqqi. Maka ianya akan mendisiplinkan kita untuk belajar.

Apabila kita dapat rasa. Terlalu banyak buang masa melayan Facebook dan Instagram. Apabila setelah sejam dua melayar, kita dapati tiada manfaat yang kita peroleh, melainkan semakin tidak tenteram, qolbun qosin, emosi dikawal media sosial. Maka langkah terbaik adalah dengan nyahaktif (Facebook) atau nyahdaya (Instagram).

Kemudian. Bila kita dapati juga. Berjam kita menghadap Televisyen. Namun tiada faedah penuh kita dapat. Jualkan saja Televisyen itu di Mudah.my. 

Sebagai alternatifnya. Seperti majlis ilmu tadi. Maka download sebanyak-banyaknya kitab pdf. Layari ia ketika boleh. Yang ini lebih berfaedah dan menambah ilmu.

Kita nak mengulang hafalan Alquran yang kita ingat. Caranya dengan menjadi guru tasmik. Suasana amat penting bagi seorang penghafaz. Suasana bersungguh dengan Alquran tiada ditempat lain, kecuali di bilik tasmik.

Kita puas mengulang. Tapi ada ayat yang kita tak confident. Kita boleh ulang direct, tapi  sekadar lalu mulut. Gambaran ayat tu tak lekat di otak. Jadilah imam dan bawa ayat-ayat itu ketika solat. Seriously, cubalah. Anda akan dapat rasa beza view anda terhadap ayat itu. Cukup 2-3 kali bawa, ayat tu terbayang-bayang dalam kepala kita.

Kita lupa hafalan Alquran. Orang tak faham akan perli dan sindir. Tapi orang yang ahli, mereka akan faham. Mudah je. Bagi seorang yang dalam proses menghafaz Alquran.

Step pertama adalah untuk hafaz dulu 30 juz atau sebahagian Alquran dulu. Biasanya guru akan minta pelajar khatam dulu, untuk lalu air dan ketika mengulang nanti, dah tak terbeban memikir nak khatam. Biasanya proses ini mengambil masa 2-3 tahun. Sebaik selesai, orang luar akan sangka pelajar ini habis hafalan, maka ingatlah Alquran. Bila pelajar lupa, mereka tak puas hati. Ini silapnya, mereka tak faham. Ada lagi tiga step pelajar itu perlu lalu.

Step 2. Fasa mengulang. Walaupun sebahagian ayat dah jadi macam tasmik semula coz lupa, tapi hakikatnya berbeza. Jika masa mula-mula menghafaz dahulu gearnya adalah 1-2. Maka kali ini sudah boleh 3-5. Sebab ayat itu sebahagiannya ada dalam kepala pelajar. Fasa inilah bagi saya antara paling best, sebab bukan lagi bergantung pada kemampuan. Tapi lebih kepada sikap. Sifatnya rally dan perlu sentiasa ulang untuk ingat. 

Seterusnya Step 3. Fasa syahadah. Fasa inilah yang orang duk ingat berlaku ketika di step 1. Walhal ianya di fasa ke 3. Fasa inilah menguji kemampuan pelajar untuk menjaga dan menghafaz Alquran. Pelajar diminta memperdengarkan 10 juzuk sehari dan 3 hari khatam 30 juz. Kemudian 15 juz sehari, sekitar 7 jam sekali hantar. Dua hari khatam 30 juz.

Step 4 fasa menjaga hafalan. Fasa ini berlaku sepanjang hayat.
Jadi. Untuk lalui 4 fasa ini agak sukar. Maka perlukan kita lebih bijak dan kreatif. Cara yang berkesan. Ambil kelas hafazan Alquran part-time di mana-mana madrasah. Jadi kita boleh konsisten.
Banyak kelas kita telah hadiri. Banyak kitab kita dah khatam. Banyak matan kita dah hafaz. Praktikal dengan guru juga sudah habis. Namun semua itu kita simpan kemas dalam almari. Sayang. Kita dapat input dan kita bekukan. Jangan begitu. Usahakan output-nya. Dengan cara mengajar. Seriously. Disamping kita lebih tekun murojaah, ianya akan latih kita untuk lebih teliti, membelek banyak sumber kitab, menguasai ilmu itu dan lebih lekat di kepala.

Dibawah adalah sedutan screenshot sebuah telefon bimbit. Yang mungkin kita juga boleh tiru (Yang bagus sahaja. Yang tak elok jangan). Bersihkan telefon dari anasir yang menghabiskan masa kita dengan benda yang tidak berfaedah. Penuhkan dengan kitab dan ilmu.







108 Sumbangan Dato' Seri Najib (Bapa Infrarakyat)

Memasuki fasa yang digelar Malaysia Baru. Kritikan kepada Ds.Najib semakin berkurangan. Begitulah adatnya, apabila sudah tidak lagi menjadi orang nombor satu. Maka orang pun sudah semakin kurang memperkatakan. Maka kini, tibalah pula saat Tun Dr.Mahathir pula. Larat atau tidak, itulah resminya.
.
Cuma sebagai seorang yang rasional. Kita patut rakamkan juga penghargaan kita buat Ds.Najib. Kerana serangan yang terlalu dahsyat diterima. Maka kebaikan dan hasil usahanya yang baik tenggelam. Walhal. Bagiku Ds.Najib antara pemimpin terbaik yang pernah Malaysia ada.
.
Di bawah ini. Saya terjumpa senarai kebaikan Ds.Najib. Moga di masa akan datang, bila keadaan dah reda dan rakyat dah mula sedar dan kembali rasional. Mereka akan mengangguk juga.
.
https://pakdin.my/180-jasa-najib-razak/


Datuk Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 2 penggal, namun telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Malaysia, mengatasi 8 atau 9 tahun pemerintahan Dr.Mahathir dahulu.

Bayangkan jika DS Najib memegang Malaysia selama 22 tahun seperti Dr.Mahathir. Pastinya lebih banyak jasa DS Najib yang boleh disumbangkan untuk kita semua.

Berikut adalah 180 sumbangan dan jasa-jasa DS Najib yang sempat disenaraikan kali ini:

❤ Fasa 1:Fasa Direct (37 bab)

1. Menara TRX – Bakal dibuka Bulan Jun ini.

2. Bandar Malaysia – dalam pembinaan, bakal siap 2025.

3. 1 Malaysia – dah on semenjak 2010 sehingga sekarang.

4. ECRL – dalam pembinaan, bakal siap 2025.

5. KVDT – dalam pembinaan, bakal siap 2019.

6. HSR – dalam pembinaan, bakal siap 2026.

7. Pocket park – di KL dah mula banyak & dalam pembinaan.

8. Menara PNB 118 – dalam pembinaan, bakal siap 2024.

9. TBS – siap dan beroperasi semenjak 2013.

10.KTM Skypark – hujung or pertengahan tahun ini siap dan beroperasi.

11.Keretapi Sabah – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.

12.Pan Borneo highway – Fasa 1 hampir siap dan bakal dibuka tahun ini.

13.Bantuan warga Borneo – aktif sejak 2009.

14.Bantuan warga Bumiputra – aktif sejak 2009.

15.KTM Komuter upgrade- siap update sejak 2015 dan ditambah update KVDT.

16.LRT 1 Extension-siap sepenuhnya semenjak 2015/2016.

17.LRT 2 extension-siap sepenuhnya semenjak 2015/2016.

18.MRT 1 – siap sepenuhnya dan beroperasi semenjak Julai 2017.

19.BRT – siap semenjak 2015, BRT lembah klang masih dalam perancangan.l

20.LRT 3 – dalam pembinaan, siap tahun 2020

21.MRT 2 – dalam pembinaan, siap tahun 2022

22.MRT 3 – dalam perancangan/dalam pembinaan, siap tahun 2025

23.Monorel Putrajaya – dalam perancangan.

24.Monorel KL – masih dalam proses update, bakal siap tahun ini.

25.UTC – dah siap semenjak 2011 dianggarkan ada hampir 25 UTC seluruh negara.

26.KLIA 2- siap semenjak 2013.

27.River of Life – Fasa 1 dah nak siap, siap sepenuhnya tahun 2023.

28.Plaza Rakyat – dalam pembinaan mungkin siap antara 2021/2023.

29.BR1M – aktif semenjak 2012.

30.Intergrated KL – Dah siap semenjak 2011.

31.TRX – dalam pembinaan, bakal siap tahun 2027

32.EDTS – dah siap semenjak 2010.

33.Rapid Pengerang – 60% dah siap, bakal dibuka tahun 2019

34.Lebuhraya NO Toll – Ada yang dah dimansuhkan dan ada yang memang tak de toll ada lagi yang dalam pembinaan.

35.Bantuan nelayan, pekebun dan peladang – aktif semenjak 2009.

36.No kroni better country – ada, Rakyat Malaysia.

37.Pelaburan – Malaysia mencatatkan hampir 400 billion dalam pelaburan sama luar negara.

❤ Fasa 2:Fasa Santai (19 bab)

38.CSR – Fasa 1 CSR dah siap. Di Kelantan. Selebihnya dalam pembinaan. Siap sepenuhnya tahun 2022.

39.Jambatan Sabah – Labuan – dalam perancangan.

40.BP1M – aktif semenjak 2012.

41.Perniagaan Online – aktif semenjak 2014.

42.MVV – dalam pembinaan, bakal siap tahun 2045

43.Aeropolis – dalam pembinaan, bakal siap 2024.

44.Greater KL – mostly dah siap namun masih dalam pembinaan.

45.Melaka gateaway – dalam pembinaan. Siap pada 2022.

46.Jambatan angkat – dalam pembinaan.Almost finished dibuka tahun ini atau awal tahun depan.

47.Ccc – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021

48.Pr1ma – aktif semenjak 2014.

49.DFTZ – aktif semenjak 2017.

50.Loji Pantai 2 – almost finished dan dibuka tahun ini.

51.KLATCC – dalam pembinaan bakal siap 2019.

52.AAC – dalam perancangan, siap tahun 2022.

53.1Azam – aktif semenjak 2013.

54.Bandar Media – dalam pembinaan bakal siap 2021.

55.KBCC – dalam pembinaan bakal siap 2021.

56.Adam50 – aktif semenjak 1 jan 2018.

❤ Fasa 3 – Fasa Experimental (34 bab)

57.Konsep Kreatif DS Najib (Stesen MRT) – aktif.

58.Konsep Kreatif DS Najib (HSR) – dalam pembinaan.

59.Konsep Kreatif DS Najib (PNB 118) – dalam pembinaan.

60.Velodrom Nasional – dah siap semenjak 2016.

61.Gitt – dalam pembinaan, siap tahun 2019.

62.Stesen janakuasa jimah- almost finished bakal dibuka hujung tahun ini.

63.KSTP – dalam pembinaan/dalam perancangan bakal siap tahun 2021.

64.Terowong Sepanggar – dah siap semenjak 2017.

65.Padang Besar Container Terminal – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.

66.1M4U – aktif semenjak 2012.

67.Perlis Inland Port – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021.

68.Chuping Industrial Valley – dalam pembinaan bakal siap tahun 2021.

69.Urban Malaysia – dalam pembinaan.

70.Rawang Bypass – dah siap semenjak 2017.

71.Green Tech Project – dalam pembinaan/dalam perancangan .

72.Teksi – siap update semenjak 2015.

73.Bus – siap update semenjak 2015.

74.NKRA – aktif sejak 2009.

75.Expo Negaraku – aktif tapi closed down in 15 november 2017 sebab dah habis expo. Duhh.

76.Pengangkutan Update – siap semenjak 2016 dan bakal diupgrade perkhidmatan.

77.Lebuhraya Pantai Barat – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.

78.Bandar Belia – dalam pembinaan/dalam perancangan bakal siap tahun 2020.

79.Kem Sendayan – dalam pembinaan bakal siap tahun 2019.

80.Jambatan Pengguna Jalan Kaki – siap semenjak 2014 dan dikatakan akan ditambah lagi.

81.RT1M – sudah siap di bukit jalil semenjak 2017.Lain dalam perancangan.

82.Pembangunan Luar Bandar – separuh daripadanya sudah siap.

83.RTS – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.

84.Komuter KTM Utara – sudah siap semenjak 2016.

85.Klinik 1 Malaysia – dah ada hampir 350 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia.

86.Tube Malaysia – aktif semenjak 2014.

87.SL1M – aktif semenjak 2014.

88.EDTP Gemas – dalam pembinaan bakal siap tahun 2020.

89.Rumah Transit Gelandangan Wilayah – aktif sejak 2016.

90.KADS1M – Aktif semenjak 2011 dan diupgrade kepada kad debit pada 2016.

❤Fasa 4- Fasa Gabungan (24 bab)

91.UNIFI – aktif sejak 2010.

92.Keretapi Seremban-Port Dickson – dalam perancangan.

93.Kerinchi Residensi – siap dan dibuka umum tahun 2017.

94.Urban Medical Malaysia – aktif sejak 2010 dan dalam proses penambahbaikan dan Hospital baru di seluruh Malaysia.

95.Institut Kanser Negara – aktif sejak 2013.

96.BKPU – aktif semenjak 2012.

97.Jambatan Sadong – siap tahun 2016.

98.KL PWTC City Centre – Dalam perancangan/dalam pembinaan, bakal siap tahun 2023.

99.Klinik Bergerak 1 Malaysia – aktif semenjak 2013.

100.TN50 – aktif semenjak 2015.

101.20th Century Fox Genting – akan dibuka tahun ini.

102.PPA1M – aktif semenjak 2013. sebahagian besar sudah siap dan selebihnya dalam pembinaan.

103.Projek BALB-BELB – Aktif semenjak 2013 dan sebahagiannya sudah siap dan ada yang dalam pembinaan.

104.KRIM – aktif semenjak 2012 dan diupgrade menjadi KRIM 2.0 pada awal tahun 2018.

105.Kompleks Tabung Haji KLIA – siap dan dibuka tahun ini.

106.Pembangunan Pudu – aktif sejak 2010.

107.Pembangunan Bukit Nanas – siap semenjak 2015.

108.Pembangunan Bukit Jalil – siap sepenuhnya pada tahun 2017.

109.RTC – aktif semenjak 2012.

110.RMR1M – aktif semenjak 2014.

111.RMRPlus – aktif semenjak 2014.

112.RAR – aktif semenjak 2014.

113.RUMAWIP – aktif semenjak 2015.

114.PPR – sungguhpun diperkenalkan tahun 2002, namun ia hanya dibina di Pahang, kini PPR ada di seluruh Malaysia dan kerajaan menyasarkan 1 juta unit PPR sepanjang RMK 10-11.

❤ Fasa 5 -Fasa Cerita (19 bab)

115.RIR – aktif sejak 2013

116.Projek Tugu Negara – aktif sejak 2017

118.Magic Malaysia – aktif sejak 2014

119.Skim pelaburan teknologi hijau – aktif sejak 2014

120.KKR1M – aktif sejak 2011

121.EEV – aktif sejak 2014

122.SSP1M – aktif sejak 2010

123.Jambatan Darul Hana-Dibuka awam pada 11.11.2017

124.Desa Lestari- Aktif sejak tahun 2013

125.Taska 1 Malaysia-aktif sejak tahun 2011

126.PB1M- aktif sejak tahun 2013

127.MyBas- aktif sejak tahun 2015

128.PBBR1M- aktif sejak tahun 2012

129.DeWI- aktif sejak tahun 2014

130.DRE1M- aktif sejak tahun 2012

131.DLP-aktif semenjak 2016

132.HIP-aktif semenjak 2016

133.Aspirasi Belia-aktif aince 2015

❤Fasa 6 – Fasa Start (14 bab)

134.Solar Bario- aktif semenjak 2016

135.Taman Sungai Sembulan- aktif semenjak 2013

136.TV Okey- dirasmikan pada 21 Mac 2018

137.Pr1ma haven- dirasmikan pada Febuari 2018

138.SIIC -Bakal dibuka tahun ini

139.Jalan Kapit ke Kanowit-bakal dibuka tahun ini.

140.Esscomm- dibuka pada tahun 2013.

141.PIBU- diperkenalkan pada tahun 2014

142.KLIC-aktif semenjak 2014

143.SEDS-aktif semenjak 2017

144.Sistem Solar Hibrid- aktif semenjak 2010

145.Empangan Bakun- ditukar tangan pada tahun 2017

146.Jalan Miri-Marudi- bakal siap sepenuhnya pada 2019

147.Jalan Telipok-Kiulu-bakal siap pada tahun 2019

❤Fasa 7- Fasa Cross-over (28 bab)

148.Samur- siap pada tahun 2016

149.Greater Kinabalu 2020- pelan yang dijangka siap tahun 2020

150.DBOS- aktif pada januari 2018

151.KLRT-Projek akan dibuka tahun 2024

152.Timah Tasoh Water Treatment plant- bakal siap tahun 2020.

153.Infra Perlis 2030-bakal siap tahun 2030

154.Rubber City Kedah-bakal siap tahun 2030

155.LTSAH- bakal siap tahum 2025

156.LTAPP-bakal mula projek hujung tahun ini

157.Penang Sentral- fasa 1 bakal siap pertengahan tahun ini.

158.Rapid Kamunting- beroperasi pada tahun 2016

159.Pembaangunan Selatan Perak- Bakal siap tahun 2030

160.Permansuhan Tol Selangor- aktif semenjak 2011

161.Tram Kajang-Bangi-Putrajaya-Cyberjaya- dalam perancangan

162.Empangan Triang- siap pada 2014 dan dirasmikan pada 2018

163.Jalan Nilai-Labu-Enstek-KLIA- bakal siap tahun 2021

164.Tebatan banjir Melaka-bakal siap tahun 2023

165.Cable car Pulau Melaka- Bakal siap tahun 2019/2020

166.Empangan Kahang- operasi 2019, siap 2017

167.BRT JB- Fasa 1 siap tahun 2019

168.RIPP- Diperkenalkan tahun 2014

169.Kota SAS- diperkenalkan tahun 2010

170.PLBSBK- Siap pada tahun 2020

171.KTCC- diperkenalkan tahum 2014

172.Pembangunan Kelantan- semenjak 2010

173.Hubungan baik negeri Kelantan dan kerajaan pusat- semenjak 2010

174.Blueprint Labuan- diperkenalkan Febuari 2018

175.Pembangunan Labuan- semenjak 2013

❤ Fasa 8- Fasa Overture (Not known yet)

176.SUPERB- diperkenalkan semenjak 2015

177.Indeks Syariah Malaysia- Diperkenalkan semenjak 2015

178.Kompleks Nasyrul AlQuran-Beroperasi pada tahun 2017.

179.Institut Wasatiyyah Malaysia-diperkenalkan pada tahun 2014

180.(Akan disambung, Insyaallah)

Saya nak ucapkan terima kasih DS Najib kerana berbakti kepada negara kita selama pemerintahan beliau.


Isnin, 18 Jun 2018

3 Generasi keluarga elit di Malaysia

Tadi aku scroll Instagram. Dari satu gambar ke satu gambar. Kemudian masuk pula ke Instagram 'manusia' elit. Aku jadi tergamam. Scroll lagi ke gambar kehidupan sosial mereka, aku mula rasa takut. Tekan pula di sebahagian gambar, untuk baca status. Aku start rasa tak sedap hati.
.
Generasi terdahulu. Di awal merdeka. Semangatnya kuat. Walau mungkin ilmu dan dakwahnya kurang. Jadi walau tudungnya separuh, tapi semangat agamanya kalah kita. Cukup ikuti kes Natrah. Bersungguh mereka pertahan
.
Generasi yang belia waktu 80an-90an, semangat beragama lahir dari kebangkitan usaha dakwah. Khususnya dipelopori Alarqam. Maka generasi inilah yang menjadi pelopor budaya bertudung, pakaian menutup aurat, berkopiah, bertudung labuh dan sopan di Malaysia. Kesannya kita boleh lihat pada ayah-ibu kita yang berusia 65 ke atas sekarang.
.
Generasi 40-60an sekarang sudah lain. Ini yang kita sangat bimbang. Ini bersumber dari beberapa laman Instagram keluarga elit yang sempat aku stalk tadi.
.
Golongan ibu-bapa (65-90 tahun ke atas), roh Islamnya masih nampak. Tapi untuk umur 40-60. Akar mereka sudah goyah. Mereka sudah mula menuntut Islam yang moderate. Tanpa mereka sedar. Mereka nakkan Islam yang sesuai dengan hawa nafsu dan akal mereka (Sudah tentu Alquran dan Hadis bukanlah sumber rujukan utama). Lebih mencemaskan. Status dan ayat mereka, cenderung kepada Pluralisme atau Liberalisme. Menyamaratakan semua agama. Walhal yang sepatutnya, "menghormati setiap perbezaan anutan".
.
Aku stalk juga generasi 35-belasan tahun. Allahu Rabbi..  Rasa nak bergenang air mata. Pakaian yang sangat menjolok mata, auratnya usahlah cerita lagi, sudah seperti pelakon Hollywood. Bukan niatku nak skodeng, malah aku sekadar lihat dengan ekor mata tanpa merenung tajam. Sekadar nak siasat lifestyle golongan elit Melayu Islam untuk dibuat pembacaan.
.
Kita dah tak dapat hidu semangat memajukan bangsa, mengangkat nilai agama. Yang kita nampak, hanyalah nilai KEBEBASAN. Ayah- ibu seolah-olah begitu sporting membiarkan anak mereka begitu malah amat selesa dengan keadaan mereka yang begitu gayanya.
.
Bila bergambar bersama. Tuk Nenek mereka nampak sejuk mata dengan pakaian yang sopan dan mengikut syariat. Namun ayah dan ibu sudah nampak moderate atau Islamnya kian luntur. Dan bila sampai ke anak. Nilai Islam langsung tiada pada imej. Sebijik macam orang barat.
.
Alhamdulillah ada juga Mekah dan Madinah buat mereka jadikan zon beribadah.
.
Kita bukan hina mereka. Cuma kita jadikan peringatan buat pendakwah, ustaz, ustazah, tenaga pendidik, ibu, ayah. Tugas kita semakin berat. Dunia dah nak kiamat, Malaysia dah makin teruk. Sudah masanya kita lupakan perbalahan isu khilafiah, isu manhaj, isu siapa lagi tepat Islamnya. Lapangan dakwah dari Kafir ke Islam banyak diisi rakan-rakan kita yang baru berhijrah. Namun lapangan dari Islam biasa kepada lebih bersungguh mengikut syariat. Itu yang masih kurang. Yang boleh buat amar makruf nahi mungkar. Rata-rata kita takut nak berbunyi. Takut periuk nasi rosak. Lalu kita ciptakan pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan 'lepas tangan' kita itu.
.
Allah. Kita sangat bimbangkan anak bini dan ahli keluarga kita. Mampukah kita nanti mendidik mereka menjadi Islam yang beramal. Allah... Takutnya.
.
Jomlah... Kita tinggal di gua. Lari dari semua malalepetaka ini.

Ahad, 17 Jun 2018

Rumitnya masalah mereka

Baru ni berbual dengan beberapa teman. Masing-masing bercerita masalah masing-masing. Oklah, dapat juga nampak masalah itu tidaklah besar mana. Mungkin faktor sosial kami yang agak sama. Jadi, rasanya penyelesaiannya juga kami dapat agak.
.
Namun bila malam semalam. Berbual dengan teman lain pula. Setelah lama berbual, teman itu juga bercerita soal masalah orang di sekelilingnya. Ada seorang staf wanita. Baru berusia 19 tahun. Hidupnya agak liar. Lepak dengan mat moto, ada boyfriend mat motor. Mengandungkan anak luar nikah. Namun bukan dengan mat motor itu, tetapi dengan lelaki Myanmar. Boyfriend-ya tinggalkan dia. Begitu juga lelaki Myanmar itu juga balik negara dia. Tidak dapat dihubungi untuk kahwen. Dalam pads tu dia tinggal bersama dengan kakak dan abang iparnya serta seorang lagi adik. Namun, Abang iparnya tidak sukakannya. Selalu waktu nak balik kerja malam. Timing balik dalam pukul 1 pagi. Jadi dia baliklah jalan kaki sorang-sorang. Atas dasar tanggungjawab, kawanku hantarlah dia. Temanku hanya mampu nasihatkan wanita muda tu cari kerja 8 pagi - 5 petang, kalau boleh, dapatkan yang sediakan asrama. Cuba bertanyakan pejabat agama. Bagaimana cara nak dapatkan bantuan. Ok full stop.
.
Fuhh. Rumitnya.
.
Dulu aku suka baca Confession. Baik IIUM Confession, KRT atau KOB. Rumitnya masalah masyarakat. Wallahua'lam. Bila baca. Tak pasti mampukah aku menanggung jika semua itu terbeban di bahuku.
.
Bercerita ke teman. Allah jadikan setiap manusia ni ada masalah ujian masing-masing. Dan manusia itu pasti mampu menanggung ujian masing-masing. Masalah itu Allah tidak jadikan untuk kita. Kerana itu kita rasa berat kalau nak tanggung. Kita ada masalah kita, dan sesuai dengan kekuatan kita nak tanggungnya.
.
Jadi mana boleh tolong kita tolonglah. Tapi tak perlu stress sangat jika tidak mampu menolong.

Jumaat, 15 Jun 2018

Sertai Takaful. Ramai Kalah Kepada Persepsi Berbanding Realiti

Kelmarin berbual dengan teman. Sudah lama tidak berjumpa. Dalam banyak-banyak topik, adalah masuk bab fisioterapi. Teman bercerita keluarganya ada ikuti fisio dengan bayaran RM50 satu sesi. Pantas temanku lagi satu menyampuk "Biasalah". Lalu ditanya kepadaku. Ayah aku berapa kena bayaran? Aku cakap "Percuma". Lalu suasana.....krik krik krik.
.
Semakin kita dewasa. Ego kita semakin tinggi. Bila kita sudah ada satu keyakinan. Kita sukar nak terima pandangan berbeza. Walaupun hujjahnya kukuh. Dari sudut positif, laluan hidup kita tidaklah jadi flip-flop, kita berprinsip dan straight. Namun negatifnya. Kita seolah-olah sedang membodohkan diri kita sendiri. Maklumat yang betul, tepat dan berfakta depan mata kita abaikan. Kita tak boleh nak kembali kepada cara fikir rasional, lantaran nak juga follow ego? Allah... sayangnya.
.
Walaupun salah seorang peserta kepada plan takaful. Aku menyertai Takaful Ikhlas melalui Mediplan beberapa bulan yang lalu. Mulanya aku agak berat, namun akhirnya aku rasa agak ringan. Rasa berat mulanya, sebab rasa macam tak berbaloi. Rasa ringan sebab memikirkan sistem takaful ini prinsipnya saling bantu membantu. Aku sumbang duit ke tabung, orang sakit boleh guna. Jadi walaupun aku tak guna. Aku anggap macam sedekahlah buat yang sakit untuk guna. Jika aku mati. Maka warisku (buat masa ini aku namakan adikku saja. Mungkin nanti isteri dan anakku pula) akan dapat pampasan sekitar RM44,000. Inipun aku sedang berkira-kira untuk ambil Hibah. Dengan bayaran RM80 sebulan, pampasan yang waris aku nanti bakal dapat ialah RM230,000. Namun aku masih lagi sedang berfikir akan kewajarannya. Bayangkan RM150+RM80. RM230 juga tu sebulan. Belum lagi andai tiba-tiba Takaful umum tabung tak cukup dan peseta perlu top-up caruman bulanan RM150 itu.
.
Namun untuk niat sedekah begitu okeylah. Sebab tak rasa sangat nak ke sakit tu. Lebih kepada sedekah. Iyelah jika tidak niat begitu, kita sumbang RM150 tiap-tiap bulan, takkanlah sumbang begitu je. Perasaan nak merasa manfaat tu mesti ada. Walaupun untuk dapat rasa manfaat itu berkehendakkan kita terlebih dahulu perlu sakit. Serius. Bagiku sistem begini amat-amat bahaya sebab menggalakkan mind-set  kita nakkan sakit. Fokus kepada kemalangan dan nak masuk hospital swasta. Wallahua'lam. Aku bimbang, ini antara penyebab ramai kawanku yang ambil takaful selalu keluar masuk hospital.
.
Rawatan di hospital kerajaan sebenarnya dah tip-top. Kemudahan juga dah terlalu hebat. Kecuali ada 1-2 benda kurang seperti kebebasan kepada penjaga. Tapi bagiku, memilih diantara hospital kerajaan dan swasta ibarat memilih diantara hotel 5 bintang dan 3 bintang. Yang pentingnya tidur.
.
Bagiku. Kita terlalu mengikut persepsi. Hampir 90% maklumat yang aku dengar dari agen takaful dan peserta takaful berkenaan perbandingan antara hospital kerajaan dan swasta agak tidak tepat. Hampir sebulan ayahku terlantar di wad. Aku sendiri alami, selami dan hidup dalam hospital kerajaan. Situasinya tidaklah teruk mana. Malah tidak teruk pun. Tapi bila mendengar agen takaful, peserta takaful dan penyokong takaful becerita. Seolah-olah best sangat hospital swasta dan betapa dahsyatnya hospital kerajaan. Realitinya tidakpun begitu. Malah ok je.
.
Bak kata Ds.Najib. Rakyat kita terpengaruh dengan persepsi berbanding realiti.
.
Habis tu. Kenapa aku join juga?
.
Jawapannya.. Saje suka-suka. Nak merasa join takaful.





.

Sahabat sejatiku sedang sakit

Aku ada seorang kawan. Istimewanya dia. Aku sangat senang berkongsi idea dan pendapat dengannya. Dia sangat meraikan. Jika aku berdepan kesulitan, dia akan bergegas tolong. Dia sangat menyayangiku. Sewaktu aku nak sambung belajar di Mesir. Dia sangat cemas. Bila aku perlu berikan tazkirah. Dia sentiasa mendoakan. Bila aku terasa hati, dia bertambah-tambah lagi. Bila aku perlukan duit. Dia sentiasa kata boleh, walau diapun tengah sesak.
.
Dialah tempat terbaik aku meluahkan pandangan politik. Dia seorang pendengar yang sangat baik untukku.
.
Dulunya aku lihat dia kasar. Baru kini aku tahu dia lembut. Malah sangat lembut. Mungkin lagi lembut dari aku.
.
Aku mungkin ada ramai kawan. Tapi tiada yang serupa dengannya. Dialah sahabat terbaik yang pernah aku ada.
.
Namun kini. Sahabatku itu sedang sakit.
.
Beberapa hari ini dia mengadu tempat saluran tiub kencingnya seperti ada nanah. Sebelumnya, Doktor ada membayangkan, penggunaan tiub kencing untuk jangka masa panjang adalah tidak bagus. Terbaiknya pakai yang setiap 4 jam cucuk ke salur kencing atau tebuk lubang di perut.
.
Aku tak tahu.
.
Aku tak tahu apa keputusan terbaik. Aku tahu Allah Maha tahu. Moga Allah berikan kesembuhan buat sahabatku ini. Moga semua dosanya terampun.
.
Aku tak tahu.
.
Aku tak tahu berapa lama keadaan kami begini. Tapi aku harap, sewaktu sahabatku sedang diuji ini. Biarlah aku sentiasa disisinya selalu. Membantu tatkala perlu. Aku tahu, pada pandangan mata orang. Keputusanku berlawan dengan fitrah. Tapi aku tahu apa yang aku buat. Dan insha Allah inilah keputusan terbaik yang aku boleh putuskan.
.
Insha Allah. Walau apapun berlaku. Akanku cuba melindunginya sentiasa. Atas Iradah dan  Allah jua.




00:03 Malam.
Bus-Stop depan 7eleven Nirwana.
Malam hari raya ke-2 Syawal. 1439 hijrah.

Jumaat, 8 Jun 2018

وجوده كالعدم

Sebenarnya. Goal aku seminggu dua terakhir ni untuk stay low profile. Tiada orang follow apa aku buat. Bergerak sesenyap angin, tugas selesai dengan smooth. Namun takdir Allah terbaik. Sekali hampir semua benda berbunyi. Berdentum-dentam. Boleh kata semua tempat ada peristiwa. Jadi tak dapat juga nak sorokkan kelibat.
.
Antara yang sangat ketara tugasan imam. Hampir sebulan aku bercuti, disebabkan jatuh motor. Jadi terawikh ni dapatlah aku relaks, tidaklah perlu sangat menonjol ke depan. Boleh lepaskan tanggungjawab kepada imam yang dipilih. Sekali banyak pula hal berlaku. Ada satu malam giliran imam baru. Aku pula kena ke bandar. Sebab ada appointment dengan sorang inspektor di IPK Kuantan. Aku awal-awal maklum ke Imam 1 dan Imam terawikh akan ketidak hadiran aku. Selesai perjumpaan (Nantilah cerita bab ni), aku ingat nak solat terawikh masjid negeri, sekali rasa macam nak balik jengok masjid aku je. Jadi aku ubah fikiran, untuk balik semula. Walhal azan isya dah mula.
.
Sampai tengah jalan, tengok minyak nak kering. Terus U-Turn kat LHDN pergi BHP tepi tu. Kemudian U-Turn semula di McDonald HTAA untuk balik. Punyalah banyak U-Turn dan duk main ulang-alik begitulah malam tu.
.
Sampai masjid. Rasa lain macam. Sebab bunyi suara Imam 1.
.
Sudah ! Si Ustaz *** mana??. Buka handset. Sekali 7 misscall. Aku Cuba call. Rupanya Ustaz *** tersilap masjid. Dia nak undur kereta tak dapat sebab kereta disekat. Masalahnya, jemaah waktu tu dah nak habis Solat Sunat Ba'diah Isya dan aku Solat Isya pun belum lagi ! Camne nak Imam Terawikh? (Semalam baru terfikir, camne buah pelepas kalau hadapi masalah sebegini). Kejadian tu tiga hari lepas.
.
Aku lekas-lekas Solat Isya. Dan jemaah menantiku. kikiki.
.
Habis tu. Hampir semua yang dibaris depan memandangku. Aku beri iayarat kata ok. Diorang pun qomat. Aku lantas jadi imam. Sambil buka Alquran. Diulangi... SAMBIL BUKA ALQURAN !! Aku dengan sengajanya melanggar prinsip dan kezonnan aku berkait hukum melihat Alquran. Semuanya dek kerana terdesak. Sebab tak dan mengulang. kalaupun boleh je petik mana-mana muka surat yang aku ingat. Tapi satu je nak cakap. Percayalah, Insha Allah kalau kau tengah cuak, gelabah dan mengejut begitu. Surah-surah Lazim pun boleh lupa dan tersangkut oi.
.
Alhamdulillah. Kerja meng-cover selesai. Walaupun ada juga part tak puas hati khusus bab tengok Alquran. Tapi secara overall, 70% oklah.
.
Selang satu malam kemudian.
.
Ustaz***  sekali lagi terlewat. Dalam 8.20mlm masih di Seberang, yang jaraknya sekitar 30 minit dari sini. Isya pukul 8.32mlm. Ah sudah...
.
Aku sekali lagi jadi bidan terjun. Isya aku bawa dengan ayat doa Nabi Zakaria tu. Bawa separuh muka satu rakaat. Selamat ayat tu mudah nak ulang. Kemudian habis solat. Saje buai jemaah dengan zikir munajat.
.
Habis solat sunat. Pusing belakang. Setelah lama melilau (Rasanya ramai perasan), Alhamdulillah Ustaz*** ada. Lega aku. Ingat nak bawa ayat yang ulang pagi tadi. Bimbang juga, takut-takut blur, alamatnya kenalah langgar prinsip lagi sekali dengan tengok mushaf.
.
Tapi masalah baru pula menghantui. Ustaz*** bawa Surah Yasin, bimbang pula jemaah bising nanti. Walau betullah malam 23 jadi juz 23. Tapi bimbang juga soksek-soksek mulut orang.
.
Habis selawat rakaat ke-empat, nak jadi cerita lagi. Sekali penceramah tak hadir. Imam 1 minta aku ganti. Alhamdulillah menjadi, sampai ada laung takbir sebaik aku tamatkan tazkirah. Zouk semangat datang barangkali insha Allah.
.
Alhamdulillah. Walaupun Ustaz*** bawa Surah Yasin, tapi bolehlah dimaafkan. Sebab malam 23 kan. Jadi juz 23. Bertambah lega, bacaan Ustaz*** pun ok, ada nada kematangan dalam bacaan. Adalah aura Ustaz tu. Jelas kelihatan waktu berzikir selepas witir  Alhamdulillah.
.
Alhamdulillah. Malam itu mood aku menjulang-julang tinggi. Sampai sukar dibendung. Jadi aku berusaha meredakannya. Duduk rumah tidak berjaya menenangkan aku. Aku telefon Anep, sambil bawa motor keliling Sungai Isap Jaya ni. Dan Alhamdulillah keterujaan aku berjaya dikawal 70%.
.
Alhamdulillah. malam itu aku tidur dengan nyenyak.