Jumaat, 27 Mei 2016

20-30 tahun akan datang


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Sebut sahaja. Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Tg.Haji Hadi, Abuya Ashaari Muhammad. Fikiran menerawang kepada 'GERGASI' yang pernah wujud di muka bumi Malaysia.

2. Walaupun baru setahun dua lahir ke dunia. Namun tetap terasa aura mereka. Apatah lagi yang sezaman, malah turut berada di tengah gelanggang. Fuhh.. mau berdiri bulu roma dibuatnya.

3. Dengan karisma seorang 'hero'. Kata-kata Anwar boleh pengaruhi berjuta-juta manusia turun ke jalanan. Aura karismanya buatkan siapa sahaja pasti kagum, terpesona dan yakin. "Inilah ketua aku !".

4. Tun Mahathir. Sebut nama je, dah terbayang. Gergasi yang bijak, berani, nekad dan licik mengemudi kapal. Sehingga waktu Tun nak pencen dulu. Kita sendiri bimbang. Mampukah kita bergerak, tanpa Tun yang kemudi.

5. Masa berbual dengan sahabat baru-baru ni. Tanya kepadanya. Nak tengok tak lagenda yang masih hidup? Tengoklah Tok Guru Haji Hadi. Kalau Teliti pada keputusan-keputusan yang dibuatnya. Maka kita pasti teringat Syeikh Ali Jumah dan Assyahid Syeikh Said Ramadhan Albuti. Keputusan yang tidak popular. Tapi bila dikaji mendalam. Itulah keputusan paling terbaik buat saat dan 'ketika' kejadian.

6. Semasa kecil. Aku dibesarkan dengan lagu-lagu dari Nadamurni. Juga penasyid cilik Alarqam yang lain. Menjamu mata dengan Majalah dan komik Islamik Alarqam. Mereka punyai perkampungan sendiri. Semua tahu Perkampungan Islam Sungai Penchala dan sepersisnya yang lain. Dalamnya ada kedai runcit, kedai makan, studio rakaman. Sewaktu masyarakat kita terkial-kial bab bisnes. Kicap mereka dah sampai di Hotel di Hongkong. Mereka dah hasilkan mee sendiri. Mereka punyai bas dua tingkat, bawa anak-anak mereka ke madrasah (bas dua tingkat masih asing di Malaysia dan sangat gah waktu itu). Mereka punyai sistem pendidikan sendiri. Tatkala suasana masyarakat yang guru sekolah agama pun tudung separuh. Mereka tampil dengan imej berjubah serban dan bertudung purdah. Namun hebat 'urusan' dunia. Dapat nampak tak? Betapa 'prestijnya' mereka diwaktu itu. Kita ketepikan dulu bab akidah.

7. Jika diteliti mendalam. 'Performance' mereka bermula sejak muda. Perhatikan mendalam. Pusaran takkan lari jauh dari zaman 70, 80an. Dari zaman mereka muda. Baca juga sejarah ABIM, PAS, UMNO. Mungkin kerana mereka nama besar. Sebenarnya ramai lagi tokoh yang terlindung. Yang tak kurang hebat.

8. Aku perhatikan pada teman-teman yang berjawatan. Masih muda tapi otak ligat. Idea program tak putus-putus. Bagi aku, semua ini kerana masa dunia pelajar dulu juga mereka ligat. Bila kerja, mereka juz import idea dulu. Dan juz touch up mana sesuai.

9. Kalau ko nampaklah apa yang aku nak sampaikan. Ko akan mula berebut nak latih, didik, labur duit dan tenaga. Perkemas generasi muda. Baik dari sekolah ipt atau dari gelanggang jalanan. Mungkinkah itulah insha Allah. Yang SEDANG digerakkan oleh Ruwaq Jawi Mesir. pimpinan Ustaz Nazrul serta Ustaz Hairul Nizam. Atau Akademi Warga Perihatin pimpinan Saudara Saiful Nang n da gang? kot..

Selasa, 24 Mei 2016

Payah menaip di Facebook


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Malam yang sukar nak tidur;

1. Balik bilik. Laptop mod Zzz. Tekan papan keyboard. Screen menyala. Lama pandang monitor. Hmm..

2. Adakala aku duk fikir. Rasa nyesal pula friend dengan orang-orang penting ni. Yang rapat atau kita hormati. Jadi payah nak menaip... kikiki..

3. Kepala sarat dengan 'benda'. Tapi takleh nak luah. Takut buat orang kecik hati. Aduss... dilema ada hobi menaip ni.

4. Dulu masa kecik. Masa UPSR. Ada subjek BM Karangan. Aku selalu buat cerita pasal Hantu Paku. Cerita mengarut. Seronok pula bila Cikgu Zaleha (tak silap aku) baca dalam kelas. Kawan-kawan pun layan gelak. Mungkin dari situ aku mula minat menulis.

5. Bukan makna tulisan aku best. Ngarut je lebih. Cuma aku seronok.

6. Aku suka baca Travelog. Tulisan Saiful Islam best. Adakala lenggok bahasa mana-mana Travelog biasa je. Cuma yang best. Sebab penulis cerita pengalaman sendiri. Jadi kita boleh hayati.

6. Kalau perasan. Berbanding awal-awal dulu. Kini aku selalu guna nombor mewakili perenggan. Sebab aku tiru Tun.M. hehe. Serius, aku sangat-sangat suka dengar Tun M berucap dan menulis. Mudah faham, simple dan bernas.Chedet.com. Tapi sekarang dah kurang ikut. Politik sangat-sangat memberi kesan pada rohani kita. Serius !

7. Aku pernah baca tulisan A.Samad Ismail. best. Penulis dulu-dulu best-lah. Diorang ni bijak bermain tulisan. Seolah-olah minda pembaca dikawal mereka. Mereka bawa kita ke satu pentas. Wayangkan. Dan kita boleh kaitkan dengan isu semasa melalui double meaning.

8. Sanusi Junid. A.Kadir Jasin. Syahril A.Kadir. ini antara penulis. Nak kata selalu ikut tidak juga. Tapi kira sukalah baca tulisan diorang. Ustaz Rosma pun best juga. Tapi agak menyepi sekarang.

9. Alamak. Apa poin aku sebenarnya ni? Okeylah. Dah dekat pukul 1pg. Mata tak ngantuk. Teringin pula tulis tentang Seni Ceramah. Pidato. Nantilah yek Insha Allah.. Wassalam

Jumaat, 20 Mei 2016

Restoran Nasi Arab hidupkan majlis ilmu di Kuantan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Teka. Ni restoran atau surau?

Tahniah Ustaz Saiful Bahri. Berjaya segarkan bumi Kuantan dengan Majlis Pengajian Talaqqi. Restoran Nasi Arab Mat'am Abu Aish menjadi Raudohnya.

Teringat pula ke satu mat'am kuning kat Asrama Pahang Hayyu Asyir.

Dulu merekalah pelopor kepada budaya khidmat. Baik kepada Habaib Masyaikh atau Pengajian Ilmu. Kabare mereka yak.... Rindu bangat sama kamu... hehe,



Tempat Belajar Agama Kuantan, Pahang.


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hangpa nak belajar agama? Tinggal Kuantan?:

1. Bila ada yang luah. Kata minat nak belajar agama. Sekitar Kuantan. Tanya mana tempat boleh belajar. Pantas jawapan:

"Pondok Tok Ayah Wan"... hehe. Nama lainnya. Pondok Sri Damai atau Madrasah Darus Salam.

2. Mudah nak cerita. Sebab di sini jadualnya lengkap. Menampung Ilmu-ilmu Fardhu Ain yang tiga. Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf. Waktunya pun best. Selepas Maghrib sehingga jam 9-9.30 malam. Sesuai dengan timing sengga orang bekerja. Boleh bawa anak isteri.

3. Memang seronok. Sebab di sini belajar cara pondok. Tak langkah-langkah bab. Tok Ayah akan syarah satu persatu muka surat sampai khatam. Adatlah lama masa tu. Tapi puas.

4. Tambah berharga. Tok Guru Haji Wan Zukir ini salah seorang pakar rujuk Ilmu Fiqh di Pahang. Dipanggil untuk buat bengkel buat imam-imam.

5. 'Perjalanan' ilmu Tok Ayah Wan mengagumkan. Himmah Tok Ayah Wan tinggi. Dia bukan sahaja jenis tunggu nadah, tapi Tok Ayah jenis cari guru. Sampai ke Pondok Bermin (Lubuk Fiqh di Pattani) Tok Ayah pergi. Pada Aku yang jenis suka kategorikan orang ni. 'Habiskan umur dengan Ilmu'. Mungkin kata-kata paling sesuai. Nak gambar peribadi Tok Ayah Wan.

6. Pondok Sri Damai ni dulu. Tok Ayah Sin datang. Baba Ismail Sepanjang pun ada mari. Mufti Pahang pun ada datang. Khususnya ketika Majlis Maulid.

7. Sebelum itu. Kena faham. Pondok ini tempat nak dalami ilmu agama. Faham dan boleh beramal. Jangan menyesal, kalau 10 tahun belajar, khatam kitab. Tapi tiada satu sijil pun diberi.

Dah pesan awal-awal yek. Jangan cakap Abang tak payung !

Jadual Pengajian;

Rabu : ( حكم جاوي ) -Akhlak/Tasawwuf
Khamis : ( Bacaan Yaasin )

Jumaat : ( بغية الطلاب ) -Fiqh
Sabtu : ( سير السالكين ) -Fiqh
Ahad : ( سير السالكين ) -Fiqh
Isnin : ( عقيدة الناجين ) -Akidah
Selasa : ( سبيل المهتدين ) -Fiqh

Lokasi Google Maps: 3°44'53.8"N 103°13'50.9"E

Cadangan bagi yang tinggal sekitar Jalan Sungai Lembing:
Jadual pengajian Ustaz Zul Mukhsah

Ahad, 15 Mei 2016

Doktor vs Jurutera vs Mujtahid


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Doktor vs Jurutera vs Mujtahid;

1. La ni. Kelas Mengaji Alquran Alhamdulillah. Jarang tempat tak ada buat kelas. Padanlah, bidangnya mudah. Ramai mahir.

2. Apatah lagi JAKIM dan MUIP pun boleh tahan buat kerja. Wujudkan inisiatif Guru Takmir, Briged Dakwah dan Briged Penceramah.

3. Tapi sayang. Kelas Fardhu Ain. Meliputi Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf agak slow. Kurang rancaknya.

4. Aku tau insha Allah. Masalah tak lain tak bukan. Sebab kurang guru yang sempat mengaji habis. Dari kulit ke kulit. Baik Kitab Kuning Jawi. Atau Turath Arab. Yang nipis-nipis berupa risalah pun takpe dah.

5. Okey-okey, Kitab Mua'soroh pun bolehlah kalau ada yang habis. Tapi tak jumpa yang pernah khatam kan? Sapa berani mengajar benda yang dia tak kuasai. Sat lagi kalau silap, huru-hara jadinya.

6. Kenapa jadi begini? Kenapa jadi pada bidang agama? Namun pada bidang Perubatan, Kejuruteraan tiada masalah.

7. Mereka setiap hari berjaya lahirkan Doktor yang tahu teknik pembedahan terbaru. Ketemu formula baru kimia. Gadget terkini. Malah Prototype kereta 2030 pun dah ada insha Allah.

8. Kita pula, nak tunggu lahir Mujtahid Mutlaq seperti Imam Ahmad? Nak tunggu lahir Mujtahid Fatwa dan Mujtahid Tarjih pun macam mustahil..

Dahsyat bro. Ilmu Pakcik Makcik kita


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Dahsyat bro. Ilmu Pakcik Makcik kita ;

1. Kelas Mengaji Alquran di Tanah Melayu ni memang aktif. Mana-mana masjid surau pasti buat. Malah ada waktu khusus. Tidak campur Subuh atau Maghrib. Guru pun ramai. Ini realiti kita sekarang.

2. Malah, level pengajaran boleh tahan tinggi. Makhraj huruf, sifat huruf malah seni tarannum. Semua dalam kepala pelajar je.

3. Aku rasa. Budak U, Pondok, Persantren (dan yang lain-lain ) ke. Kalau bergantung semata-mata pada Kitab dan Ilmu dari Kulliah je. Memang makan asap je lah dengan Pakcik Makcik ni.

4. Aku tau. Ni dah nak Ramadhan. Korang akan balik coz cuti sem. Jangan terperap rumah je main game. Sibuk jalan-jalan. Ada masa kena turun juga jengok masyarakat. Bukan kesian kat depa. Tapi kesian dekat hang. Insafi diri. Orang suruh pergi Kelas Talaqqi tak mau...

Bila Sya'ban Menjengah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Bila Sya'ban Menjengah; ]

Maka ramai tak senang duduk. Ramadhan semakin hampir. Gerakan perlu diperkemas. Berlakulah dialog mungkin jadi jemaah masjid;

1. Kita kena buat macam tahun lepas. Setiap penceramah dibekal topik khusus. Baru makmum tak boring dengar topik sama.

2. Ruang makan. Anjung beranda masjid nak kena letak atap. Baru terlindung sikit dari hujan panas. Ruang solat kat luar tu nak kena tutup. Takut aircond keluar. Nanti tak sejuk.

3. Masjid kita ni dekat dengan kolej-kolej. Student-student suka datang berbuka. Boleh dah buka tawaran, siapa-siapa nak taja buka puasa. Bold sikit 'U'. Insha Allah, ramailah nak tawar sedekah.

Begitulah..

Hehe.... teknik bercerita kan? Asal maksud sampai. Sampai ke? huhuhu...

Tapi itulah.. adakala.

Bercerita bukan sebab nak nasihat pun. Juz semata-mata bercerita.Terapi luahan. Entah macam mana, baru tersedar, rupanya tengah ter-'pangkah'. Serba salah member tu. Walhal Tiada niat pun...

Nak drift? Terlambat bro... Member tengah kumpul poin nak balas balik ! kikiki...(^^,)

Tahniah Mufti Pahang





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Bagi aku-lah;

1. Bila kita hadapi detik-detik super-duper-mencabar. Bergerak dalam satu kumpulan. Maka kita akan pilih seorang yang 'berkaliber' untuk pimpin grup kita.

2. Untuk cari seorang yang 100% sempurna diwaktu genting begini. Memang hampir mustahil. Jadi cukuplah jika dia punyai kriteria yang diyakini boleh 'loloskan' kita dari situasi genting ini.

3. Kerana itu. Kita sangat-sangat bersyukur. Sebab punyai mufti-mufti yang pandai, tegas dan berani.

4. Rasa sangat bersykur, sebab pernah dengar sendiri ceramah Ss.Mufti Dato Sulaiman (almarhum) dan Ss.Mufti Dato Seri Abdul Rahman Osman (Mufti kini). Jadi boleh faham cara fikir mereka bagaimana.

5. Tidak pasti pelapis mereka selepas ini bagaimana. Tapi serius. Secara peribadi, aku sangat respek dan gembira dengan hasil usaha dan kegigihan mereka selama ini. Walaupun mungkin hanya aku sorang yang perasan dan rasa begitu.

6. Inilah apa yang aku pendam selama ini. Terpulang untuk setuju atau tidak. Kita-kan selalu berbeza...(^^,).