إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ahad, 25 Jun 2017
Rakyat Malaysia Malas Membaca Ke?
Ahad, 18 Jun 2017
Nekad ikut ilmu
1. Tadi baru lepas conduct Solat Tasbih di masjid. Pergh, ujian juga. Sebab beberapa hari lepas, aku usya dulu masjid lain. Tengok praktikalnya bagaimana. Sekali, macam menyalahi dari apa aku belajar. Sebab depa takbir dari sujud ke duduk istirehat, dari duduk ke qiyam pun depa takbir lagi sekali. Aku rujuk semula nas. Aku tanya Akhiar, kira aku semakin yakin dengan apa aku belajar.
2. Tadi aku kuatkan semangat. Semasa briefing. Aku maklumkan, kita akan follow cara yang dipilih Ibn Mubarak. Maknanya, masa duduk istirehat dan tasyahhud akhir tak ade. 25 tasbih akan dibuat ketika qiyam. 15 sebelum Alfatihah, 10 selepas surah.
3. Pergh. Aku memang nekad tadi. Aku niat buat ikut apa aku belajar. Lantak pi la orang nak kata apa. Aku berdoa moga Allah pelihara aku. Alhamdulillah, sebaik selesai. Tengok-tengok, juz dalam setengah jam dah siap.
4. Aku dapat rasa tasbihku tadi tadi agak laju. Kesian pula pada pakcik-pakcik. Takpelah, biasalah first time. Belum ketemu rentak. Aku ingat, zikir munajat boleh dimasukkan sekali masa zikir. Nak qosidah, takut ada tak suka.
Sabtu, 17 Jun 2017
Bertemu Syeikh Nabi
Isnin, 12 Jun 2017
Semalam, esok dan hari ini
1. Siang tadi aku ngantuk semacam. Mikir dari terlibat dosa kering. Aku pun rebahkan diri kat katil, hampir seharian aku tidur. Bangun bila solat je. Dengan public holiday, malam ini pula aku tak bertugas. Lagilah malas otak aku nak cergas. Sekadar terawikh di masjid negeri.
2. Masalah pasti ada Insha ALLAH. Nah sekarang, mataku mula payah nak lelap. Baca Taqrirat bab Haji sikit tadi, layan youtube kejap. Nah.. sekarang aku sedang menaip.
3. Seminggu dua ini mindaku teruji. Aku didatangi beberapa ujian, yang memaksaku berfikir sangat berhati-hati dan rasional.
4. SIRIM datang tempat aku mengajar. Masa itu aku nak uruskan borang lain. Tiba-tiba ketua jabatan kata nak rekod mengajar. Aku minta tempoh sekejap. Dia bagi dalam dua jam lebih kurang. Merapak aku nak sempurnakan rekod mengajar yang memang banyak lopong tu. Tapi Alhamdulillah, at the end, aku hantar juga walaupun tak sempurna. Sekurangnya aku dah cuba. Kemudian bertemu dengan juruaudit. Kena soal gitu-gini. Alhamdulillah, kekurangan aku sebagai tenaga pengajar baru, juga tidak diberikan taklimat khusus. Menjadi asbab aku terselamat.
5. Kemudian. Ujian kedua muncul. Di institusi lain pula. Aku diminta menjaga F3. Mulanya aku ingat biasalah, pelajar sekitar 9-13 orang. Sekali 29 orang (gabung dua kelas). Dengan waktu yang aku mampu peruntukkan buat diorang sekadar sejam. Maknanya seorang dalam 2 minit. Nak tasmik macam mana dua minit? Belum masa mengulang lagi. fuhh... benar-benar mencabar. Jadi aku minta diorang tasmik sejam pertama dengan guru lain. Sebab sejam pertama aku kena jaga f5. Mujur f5 hanya tiga orang belum khatam. Sekali, guru lain pun terpaksa jaga satu form (dua kelas). Diorang ok lagi, dua jam dengan pelajar. Macam aku yang satu jam ini. Memang saru. Pelajar f3 inisiatif atur jadual. Bergilir-gilir. Tapi aku rasa itupun tidak sempat. Bila difikir-fikir, guna kawan untuk murajaah sudah pasti kena. Cuma, aku fikir perlu bentuk cara yang lebih sitematik. Supaya Tasmik dan I'adah tu berjaya jalan seiring. Itu yang mencabar.
6. Ujian ketiga. Minggu lepas. Tiba-tiba kami dapat surat, mengesahkan kami berempat terpilih menunaikan haji bagi tahun ini. 1438 hijriah. Duit nak Lebih kurang RM64k dalam bank selewat-lewatnya 22 Jun 2017. Lebih kurang seminggu setengah dari sekarang. Fuhh...
7. Duit aku dah cukup RM10k. Abi tak cukup RM2k, Mie tak cukup RM22k, Adik tak cukup RM4k. Total tak cukup RM28k. Kami minta adik pinjam Agro Islamic bank RM30k. Sekali tak lepas, sebab sangkut dengan PTPTN. Lepas RM13k je. Adik pun macam putus harapan nak buat loan rumah. Aku contact kawan lama aku di Bank Rakyat. Sebab aku kerja sambilan, jadi dia cadang ke RHB atau AEON Bank. Bila aku ke RHB bersama surat pengesahan pendapatan, semua tak lepas.
8. Mood keluarga aku bertukar tegang juga. Semua berfikir. Alhamdulillah... Abi contact Mak Su Yah. Dia sudi beri RM16k. Kiranya adik campur Maksu Yah RM29k.. Alhamdulillah.
9. Tapi itu belum muktamad lagi. 22hb Jun 2017. belum sampai lagi. Duit pun baru setuju atas mulut. Mudah-mudahan Allah bereskan semudah mungkin.
10. Duit kenduri adik pun rasanya tak cukup dalam RM2k lagi. Aku dah janji nak back-up.
11. Aku fikir-fikir. Inilah ujian aku hampir setiap tahun. Sketsa cemasnya lebih kurang sama. Alhamdulillah, mungkin sebab dah biasa. Aku lebih tenang dan cool berfikir. Pendekatan aku masih sama macam sebelum-sebelum ini. Sentiasa idea gelecek itu datang. Dan takdir Allah, penyelesaiannya juga sama. Datang dalam keadaan bersambut mudah, dengan idea-idea aku itu macam sia-sia. Sekadar mengasah otak
12. Mungkin besar hikmah Allah nak didik. Pokok pangkal. Jangan bimbang dengan takdir ketetapan Allah. Semuanya akan selesai. Malah mungkin tidak ikutpun apa yang kita rancang. Nah yang penting kita, bagaimana kita menghadapi ujian-ujian itu. Dengan hati yang redho, tidak bergoyah iman dan sentiasa bergantung pada Allah. Aku fikir, inilah antara hikmah yang muncul setiapkali aku diuji.
13. Wallahua'lam. Bak kata Syeikh Rohimuddin dan Sidi Dr.Lokman lebih kurang.
"Esok belum pasti kita akan temui, yang semalam telah berlalu. Nah yang hakikatnya sekarang.."
Jumaat, 9 Jun 2017
Tolong tanyakan aku hukum !
1. Sejak cuti semester bermula. Ermm.. mungkin sebelum itu lagi. Aku semakin kerap dihubungi pelajar. Bertanyakan perihal hukum. Malah rodong baik, kawan sekerja dan pensyarah juga ada hubungi aku.
2. Demi sesungguhnya. Aku sangat gembira. Sebab soalan-soalan ini menyebabkan otak aku kembali ligat. Untuk murajaah semula apa aku dah belajar.
3. Alhamdulillah. Jadi tolonglah tanya aku. Apa-apa sahaja soalan. Insha Allah jika aku tak jumpa jawapan, aku akan katakan 'Maaf saya tidak tahu'. Jika aku kesamaran, aku akan berkata 'Sekejap ye, saya rujuk kitab dahulu' atau 'Saya rujuk tok guru dulu'. Dan jika saya tahu secara kemas, saya akan jawab terus.
4. Jadi. Wahai kamu-kamu yang saya amat-amat sayangi. Tanyalah. Hubungi Whatsapp saya: +601115996053. Panggil saya Pakwan.
Jumaat, 2 Jun 2017
Cara sambung diploma, ijazah dan master bagi tidak cukup kredit untuk syarat kemasukan ipt.
Pernah dengar tak perkataan APEL ni? Memang ada bunyi macam buah.
APEL adalah singkatan untuk Accreditation of Prior Experiential Learning atau dalam bahasa Melayunya Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.
Apa dia pulak tu? Kita baca penerangan dari pihak MQA dulu.
APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).
Maksudnya, APEL ni satu laluan kemasukan alternatif untuk mereka yang pendidikan formal kurang mencukupi untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi ringkas, dengan sijil APEL ni, tak ambil SPM ke, takde PMR ke, belajar setakat UPSR ke, anda tetap boleh masuk U dengan syarat lulus ujian APEL ni. Ada ujian pulak? Jangan risau, soalan penilaian dia tak susah pun. Sebagai contoh, untuk kemasukan ke Diploma/Diploma Eksekutif soalan dia standard PMR je, untuk ke Degree macam jawab soalan SPM dan untuk sambung Master susah sikit lah, macam jawab soalan Diploma, sesuai dengan apa yang kita nak ambil.
Apa yang dia tanya ye?
Ok, ujian penilaian APEL ni soalan-soalan dia akan nilai kebolehan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am anda. Penilaian ni atau dipanggil Ujian Aptitude adalah salah satu dari dua cara pihak MQA membuat penilaian ke atas kelayakan anda. Ujian tu pihak MQA yang tentukan tarikh dan tempat semua. Selalunya exam buat di MQA juga.
Penilaian kedua pulak anda kena sediakan satu portfolio yang menceritakan sejarah pembelajaran anda sebelum ni sama ada formal atau tak. Include sekali pengalaman hidup anda, pekerjaan, kerja suka rela, hobi dan yang sewaktu dengannya. Mana-mana sijil yang ada tu masuk je sekali dalam portfolio tapi make sure dah disahkan certified true copy dulu. Dalam masa 20 hari lepas hantar portfolio, kalau pihak MQA tak berpuas hati dengan portfolio anda nanti dia akan panggil interview atau kena present depan dia atau lain-lain cara penilaian jadi buat je sehabis elok portfolio tu ye..huhu
Demi nak sambung belajar dan naik pangkat, kita kena lah sacrifice sikit kan.
Jadi untuk Sjil dan Diploma, bayaran penilaian atau fi adalah RM 155, manakala untuk Ijazah Sarjana Muda RM 250. Bayar menggunakan bank draft atas nama Agensi Kelayakan Malaysia. Tulis nama dan no. Mykad di belakang draft dan kepilkan bersama masa kemukakan borang permohonan kepada pihak MQA Untuk Ijazah Sarjana pulak fi RM 370 dan lain sikit prosesnya. Lepas submit borang permohonan anda kena tunggu dapat emel dari pihak MQA baru lah bayar fi tersebut. Pemohon akan dapat satu nombor rujukan lepas bayaran disahkan oleh pihak MQA. Sila lah ingat nombor rujukan anda sebab semua urusan rasmi dengan APEL akan guna pakai nombor ni.
Aliran proses pensijilan APEL yang lebih jelas lebih kurang macam ni:
1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à
2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA) à
3. Pemohon dinilai melalui (i) Penghantaran Portfolio (ii) Ujian Aptitude à
4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak
Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk U.
Untuk maklumat lanjut boleh lah check details ni semua di website MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/.
Buku panduan (e-book), flow chart dan link untuk mohon semua ada kat situ.
Untuk memohon. Boleh ke laman ini: http://www2.mqa.gov.my/APEL/CheckDaftar.cfm
Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
Untuk maklumat lanjut mengenai program diploma separuh masa Universiti Teknologi Malaysia bolehlah layari laman web kami di http://www.utmexecutivediploma.com. Pengambilan sedang dibuka.
Artikel Copy Edit n Paste dari: http://www.skc.com.my/blog/mqa-apel-laluan-alternatif-kemasukan-ke-ipt