Isnin, 1 April 2013

Perkenankanlah Wahai Allah




بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Murabbi AlHabib Ahmad bin Abdur Rahman Al-Maqdi




Malam.. oh Malam
Malam ini hati kurang senang,
Bukan hari ini sahaja.. Semenjak semalam perasaan rasa lain,
Bila disemak.. Mungkinlah aku ada masalah dengan Al-Quran,
Sejak dua menjak ni.. Aku sudah kurang menghargai Al-Quran...


Allah.. Apalah erti kehidupan ini
Termenung punya termenung.. Dah lama aku hidup,
Tapi apa manfaatnya? Ibadah malas.. Usaha tak sungguh..
Hidup hanya sekadar hidup & "Cuba" gembirakan jiwa,
Jika beginilah aku bertemu Allah.. Malu aku nak kata apa,


Allah.. Tolonglah maknakan kehidupan ini
Entahlah.. Aku rasa kehidupan aku entah berapa lama lagi,
Namun Aku bukanlah Ahli Ibadah.. Bukan juga Punyai Ilmu Agama,
Aku hanya punyai rasa Cinta buat Guru2-ku & Sesal dengan Akhlak terhadap Abi & Mie..
Aku cuma ada rasa nak tolong ceriakan hidup teman2-ku..


Maafkan Aku Allah
Maafkan Aku Wahai Tuhanku.. Aku sangat terikut nafsuku,
Aku suka berborak.. Suka gelak.. Suka makan.. Suka tagguh2..
Aku tak berjuang bermati2an merebut Ilmu-Mu..
Aku tak dapat jaga dengan baik Muamalah bersama Guru2ku,


Allah.. Bantulah aku
Bantulah Aku, Abi, Mie, Abang & Adik untuk lebih Taat, Hampir & Sayang kepada-Mu,
Masukkanlah Aku, Abi, Mie, Abang & Adik ke dalam Syurga Firdaus-Mu,
Ya Allah.. Ampunilah segala dosa kami sekeluarga..
Ampuni juga dosa Guru2 kami.. Saudara Mara kami..
Sahabat2 kami.. Seluruh Mukminin & Muslimin,


Ya Allah..
Tunjukkanlah kami jalan terbaik-Mu
...Bimbingilah kami melaluinya


Ya Allah.. Jika esok masih ada bagiku..
Bimbingilah aku untuk lebih menghargai-Mu,
Tunjuki & Pimpinilah aku menghampiri-Mu,
Bantulah aku merebut Ilmu-Mu..
Berikanlah aku Keberkatan & Semangat yang Kuat,


Ya Allah..
Berikanlah kami sekeluarga Jalan Terbaik-Mu..
Untuk kami lebih hampir dengan-Mu

Ameen.. Ya Rabbal 'Alamin
Perkenankanlah doa kami Wahai Tuhanku..
Engkaulah satu2nya tempat Aku bergantung harap,
wahai Allah yang Maha Penyayang & Maha Pemurah..





Pakwan: Berjuang untuk Qiraat pagi esok !!.. Allahuakbar !!

Khamis, 14 Mac 2013

Indahnya Allah.. Maafkanku Teman

 بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Indahnya Irama dulu2
Abang sangat seronok mendengar lagu dulu2,
Dari Ramli Sarip, Salim, M.Nasir & Sudirman..
Sampailah kepada Kumpulan2 Nasyid,
Nadamurni, The Zikr, Sofwah (klu tidak silap) -Lagu Kanak2,


Mudah diterima melodinya
Melodi mereka seronok di dengar..
Jiwa rasa terbuai dengan alunan iramanya,
Bukan bermakna Abang menyokong Nyanyian..
Cuma nak menyatakan.. Indahnya Irama dulu2,


Minggu Muhasabah
Minggu ini agak menguji sedikit buat Abang,
Namun Abang redo.. Mungkin Allah mahu menyedarkan Abang.. I'Allah,
Kadangkala kita terlalu jurus & tak toleh kanan kiri,
Tanpa sedar.. kita sedang tersalah jalan,


Alhamdulillah.. Terima kasih Allah
Tanpa bantuan Allah.. Entah ke manalah Abang tujah,



Maha Suci Bagi Allah
Allah bagi kita terlewat.. Untuk lepaskan bahaya pergi,
Allah buatkan kita malu.. Untuk ajar kita cara tangani,
Allah perbanyakkan rintangan.. Untuk kita lebih Mahir,

Allah berikan kita kegagalan.. Untuk kita lebih menghargai,


Buat Sahabat Abang
Sebenarnya Aku sangat menghargai owk,
Betapa bertuahnya diri.. Kerana punyai ramai teman yang baik,
Namun maaf teman.. Aku ada misi yang perlu aku laksana & fokus,
Wahai Allah.. Tolonglah bimbing teman2ku ini & ikatkan Mahabbah antara kami..


Kehidupan Perlu di seimbang
Abang kini berada dalam zon serius,
Paginya dengan Syeikh Nabi.. Tengah Hari Syeikh Toha & Petang Syeikh Hassan,
Bayangkan dari pagi hingga petang serius memanjang,
Tak mampulah Abang untuk serius juga diwaktu Malam..


Antara Sesi Serius
Mengeluarkan teori tentang pergaulan manusia,
Mendengar masalah & kritikan sahabat2 perihal sesuatu..
Memberikan pendapat secara serius... Sambil otot kepala menegang,
Berbual2 secara logik & datangkan pula hujjah.. Itu dululah Adik.. Zaman muda2,


Kita santai2 sudahlah
Kita berbual2 sesuatu yang ceria..
Temukan titik persamaan kita & saling memahami,
Berbual2 perihal Keluarga.. Kehidupan & Masa depan,
Barulah Hidup terasa Indah.. Ada waktu serius & ada waktu Gembira..





Pakwan: Mudah2an Allah bersama & membimbing kita...ameen

Khamis, 21 Februari 2013

Seindah Nama Kaherah


 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Menaip sebuah sketsa
Jam telah menunjukkan pukul 3.47pg,
Namun mata tak mungkin aku katup..
Sudah dua kali aku cuba hubungi keluarga di Malaysia,
Namun gagal, Takpelah... Mungkin diorang sedang berehat gamaknya I'Allah..



Belajar berdikari
Hampir 4-5 bulan juga Guru2 tinggalkan kami,
Kadang2 rasa juga kekurangan.. Iyalah kena bergerak sendiri kan,
Kena berusaha tanya Habaib, Ustaz2 lama & kawan2 perihal Kitab2 terbaik..
Kena usahakan sendiri apa yang kita nak.. Mudah2an Allah bersama,



Masih ingat saat ketika mula2 sampai dulu..
Pelbagai Cara Hidup yang kami temui.. Semuanya ke arah kebaikan I'Allah,
Terima kasih pada Ustaz2 Naqib yang banyak melayan kerenah kami..
Secara peribadi.. kami sangat2 hormat pada Prinsip & Ketegasan mereka,
Mencorak manusia ini bukan mudah.. Apatah lagi dengan 1001 kerenah,



Tarbiah seorang Naqib
Teringat pada Ustaz Firdaus Musa,
Seorang yang nampak biasa pada zahir.. Namun sangat2 luar biasa bila sudah kenali,
Teringat pada sindiran2 tegasnya jika kami lewat hadir usrah..& kuat beri alasan,
Seorang yang sangat menghayati & istiqamah dengan Gerak Kerja Dakwah & Tarbiah..
Pernah dihantarnya "sms" kepada setiap dari kami.. kerana Jemaah Subuh berkurangan,
(mahal tu... LE0.30 untuk setiap mesej)



Hubungan dengan Murabbi
Seronok bila melihat Ustaz2 lama kita dahulu,
Hubungan mereka dengan Masyaikh & Habaib sangat rapat,
Kadangkala terasa amat pelik.. Bila masa mereka kenal? & Boleh pula Habib2 hargai mereka?
Ilmu di dada usah nak diceritalah.. Siap boleh main "sms2" dengan Habaib pasal masalah Agama,


Dulu kita langsung tak tahu apa2 pasal Ilmu,
Cukuplah sekadar lulus periksa & dapat result cemerlang..
Dapat teruskan pengajian.. Cerahlah masa depan..

Ntah apa2 kan...he2



Tapi bila sampai ke Mesir
Ustaz2 lama bimbing tangan kita..
Mereka kata Bumi Mesir bukan sekadar sebuah Pentas Cereka..
Yang kita hanya berlakon mencari "Ilmu"... Kemudian balik dengan Ijazah,
Walhal sebenarnya kita tak beroleh apa2 pun... Selain selembar kertas,



Ustaz2 Lama membimbing
Di sini mereka mengajar kita banyak perkara2 baru,
Terhasil Ilmu bukan hanya dengan Akal.. Tetapi Hati & Adab,
Di sini baru kita mengerti erti "Khadim".. "Tabarruk".. & "Suhbah",
Begitu juga "Mulazamah", "Tahdir", "Muraja'ah", "Himmah 'Aliah" & "Tajdid Niat",



Limpahan Ilmu dicurahkan
Satu demi satu cara menuntut Ilmu diajar,
Dari Ilmu2 yang wajib kita dahulukan.. Sampailah ilmu alat,
Dari Kitab2 mana yang wajib ada.. Sampailah Penerbit mana yang bagus,
Dari Kelas Guru mana yang wajib kita hadiri.. Sampailah cara bermuamalah dengan Masyaikh,



Dunia menuntut Ilmu ini berbeza,
Sangat2 berbeza dengan cara & fahaman kita sebelum ini..
Dunia Ilmu bukan hanya Sebuah Dunia Maklumat & Fakta... Dunia Hujjah & Logik,
Namun lebih lagi kepada Dunia Ibadah & Ubudiah..
Dunia yang bila semakin ditekuni.. Semakin hampir Penuntut itu dengan Allah.swt,



Usah lelah dengan Ilmu
Kadangkala terasa ingin berputar ke dunia lalu,
Di waktu usia yang masih muda & bergetah.. Dengan masa "tak terguna" yang melimpah ruah,
Namun itulah kehidupan.. Kita tetap perlu teruskan,
Jika tidak dapat kaut semua.. Pastikan kita dapat yang Perlu,


Muda2an Allah Sayangkan Kita & Guru2 kita..
Mudah2an Allah sentiasa memberikan semua yang terbaik buat kita..
Mudah2an Allah sentiasa bersama & membimbing kita...




Pakwan:  Ingat pesanan Guru2 kita dahulu..
"Ilmu itu dinaqol daripada Ulama & bukan kita yang wujudkan",
Ingat juga pesanan Murabbi Habib Ahmad Al-Maqdi..
"Jika tidak dapat bersama dengan kita ketika memasuki Tandas.. Itu bukanlah Ilmu".

Ahad, 3 Februari 2013

Rimasnya ada kawan


 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mengeteh di Bagsal
Baru sebentar tadi Abang "ditegur" oleh seorang teman,
Setelah dilihatnya Abang tiba2 menyepi.. padahal sebelumnya hu-ha..
Apabila ia mula masuk bab pendapat & kritikan... Abang teruf off-kan mulut,

Kenapa hanya berdiam diri... Tadi bising sangat?
Apa pandangan owk pula... kenapa tak beri pandangan..

Abang terus cabut.. Basuh tangan di singki,

Banyak mulut?...hei !
Ya.. Abang memang sangat2 suka bercakap,
Abang sangat suka lihat teman2 ceria & gembira,
Abang suka lihat sahabat2 "pendiam" rasa dihargai..
Abang cuba buka pinta pemisah.. Ceritalah apa yang kau nak sampaikan,


Tak mahulah... Si Pendiam tu..
Mungkin ada teman yang tidak selesa dengan "Q"..
Katanya "Q" tidak mesra alam.. Tidak mahu berbual dengannya..
Begini Adik... Cubalah fahami dia & belajarlah teknik berbual,
"Q".. bukan tidak mahu berbual, Cuma "Q" memilih orangnya..


Aku bukan apa.. Tak sepatutnya...bla2
Bosannya telinga.. Dari tadi dia sorang je cakap,
Pendapat dia semua betul.. Kita ni pantang beri pendapat.. Terus dibangkang!!
Mula Dari Movie A-B sampai Z.. semua dia hero, Mamat perasan siot..
ha2.. Layanlah adik, kalau dah kritikal sangat... terus terang jep,



Bosanlah aku dengan dia ni... tension tahu tak
Perlakuan macam orang tak matang... emosi tah apa2,
Kadang2 sakit hati nak melayan.. Sikap langsung tak logik & teruk pada budak2,
Oklah Adik.. Udah sikap dia macam tu.. payah dah nak diubah.. Cabutlah,
Nanti bila jumpa titik pertemuan semula.. Kita layan balik yek...



Mulut dia Ya Allah... Macam biawak komodo
Mulut dia "laser" giler... Cakap tak pandang lalu perasaan orang,
Pakai tujah jep apa nak cakap... Padahal diri tu tak pula nak cermin,
Kitorang pun nampak "aib" dia... Tapi takda la pula beria nak heboh2kan..
Usah dilayan sangat adik.. Pergi kawan dengan orang lain.. Takut Barah nanti hati adik,



Malaslah aku nak borak ngan dia ni.. Tak "support" langsung
Bila dia bercerita jep.. Aku siap support habis,
Bila dia buat lawak.. Aku gelak sakan.. Coz nak hidupkanlah suasana tu,
Tapi bile time aku bercerita jep.. Udahlah kena perli.. Siap tak layan benda aku cerita tu,
Cuba adik balas balik "tak layan" dia tu.. I'Allah dia tersedar nanti, Takpun.. belah jep..



Abang suka tuju matlamat
Manusia ini pelbagai kerenahnya.. Ada kita suka & tidak,
Abang lebih suka fokus pada apa yang abang nak buat...
Bila rasa perlukan manusia & serasi bersama.. baru seronok berkawan,
Disekeliling kita ada berlambak2 manusia... Carilah yang kena dengan "jiwa" kita,


Berubah2 Jiwa.. tak ape
Berubah jiwa tak apa.. biasalah perasaan boring itu muncul,
Berkawanlah dengan yang lain pula.. Tapi pastikan yang lama tak "terasa",
Hargailah semua orang... I'Allah kita akan bertambah2 Ceria & Bahagia


Abang ada satu falsafah;
Letaklah kegembiraan pada "Pemberian".. Bukan "Penagihan",
Kerana bila2 masa kita boleh "memberi".. Namun hanya kadang2 kita berjaya "menagih"...





Pakwan:
Ketenangan & Kebahagiaan yang sejati hanya hadir bila Allah.swt dirasa sangat2 hampir & sentiasa meniti dijiwa kita.... I'Allah

Khamis, 31 Januari 2013

Akhlak Murabbi Habib Omar bin Hafiz

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Indahnya Akhlak & Budi Seorang Ulama'...
Pernah Ada salah seorang yang anti Maulid.. Tidak suka kepada Majlis maulid & sangat membenci Habib Omar bin Hafiz.., Suatu waktu terjumpa Habib Omar di salah satu acara..., Tiba2 Habib Omar mengambil tangan Orang itu & menciumnya...
Maka orang itu menangis;

"Saya benci dia seumur hidup saya!.."

"Anak saya juga tidak cium tangan sama saya!.."
"Ulama ini mencium tangan saya!!?.."

Runtuhlah sebuah Kebencian dan Orang itu menjadi seorang yang sangat mencintai Habib..


~~Kita sentiasa ingin menjadi Insan yang sangat2 Menyayangi & Disayangi Allah, Sangat2 Hampir dengan Allah & Sangat2 memahami perintah2 Allah... Namun kita ini Lemah.. & Sangat2 Lemah,

:: Lantas kita bertemu dengan Susuk Insan yang mampu membimbing.. & Mentarbiah kita, Bukan sahaja jelas kefahamannya akan perintah2 Allah.. bahkan juga Penghias kepada Kebahagian Jiwa.. Sesungguhnya Ulama' itu Pewaris Para Anbia'~~
 

اللهم صلي وسلم علي سيدنا محمر

Isnin, 21 Januari 2013

Merekrut semangat Bangsa


  بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 



Lagu Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara



Sesi berkenalan
Pertama sekali berkenalan dengan lagu ini ketika tahun 2004,
Ketika itu saya di SMA Al-Ihsan... Bersama teman2 form-4,
Ketika itu Kem Biro Tatanegara diadakan di Taman Jubli Perak SAS,
Hampir semiunggu juga kami di sana.. Jujurnya kem memang gempak,


Latihan ala tentera
Masih saya ingat trainer2 kami yang terdiri dari Abg2 Askar,
Hari pertama kami dah perlu berkejar ke sana sini.. Tengking atas bawah,
Latihan2 tak terduga kami terima.. Kerahan2 maksimun kami hadapi,
Mula dari Benci marah.. Namun akhirnya bertukar Suka & seronok,


Suasana hidup
Lagu ketika joging menjadi lagu tema kami,
Lagu bercorak ketenteraan.. Pengganti "kanan kiri kanan kiri",
Lagunya yang kena dengan tempo semangat.. memang sangat2 berkesan,
Ditambah cabaran2 hutan yang rumit.. Suasana perang kami benar2 hidup,


Ada rasa kurang senang
Ketika sesi LDK berlangsung.. Fesi kami dari BTN,
Kebetulan.. Fesi kami seorang kakak bekas lulusan SEK Agama,
Kami gunakan sebaik mungkin.. Kami adukan perihal suasana yang terlalu sosial & bebas,
Yang kelakarnya.. Dia pun menyokong kami & minta ambil mana yang baik sahaja,


Kawal suasana
Biasanya mana2lah program luar yang libatkan SEK Agama..
Suasana Agama & Islamik jarang dihidupkan oleh penganjur.. Jadi kami perlu bertindak,
inisiatifnya kami adakan kulliah2 agama di waktu rehat... khususnya antara maghrib & isya`,
Setakat mana kami boleh kawal... kami akan kawal,



Ketegangan dapat dihidu
Suasana "melawan" kami ini mula dihidu oleh Komander Kem,
Mereka panggil kami & brain wash... Kami hanya mendengar,
Kem Komander tanya kami.. (lebih kurang bunyinya:
--Adakah kamu yakin kamu telah benar2 bertaqwa?
--kami cakap:.. ya
--Apa buktinya?
--kawan saya Khairi jawab: kami solat.... itu tanda kami bertaqwa,
--Salah.. itu bukan tandanya kamu bertaqwa lagi... Kamu belum faham lagi makna taqwa... jadi kamu jangan tunjuk keras kepala kamu...
--Allah... geramnya hati aku waktu itu, habis itu apa jawapannya?
--Kem komander tidak mahu menjawab... bahkan hanya beri amaran jangan nak melawan,



Mainkan peranan
Mungkin latihan dari abg2 semasa junior dulu.. & faktor sekeliling,
Majoriti pelajar agm sentisa diajar membentuk suasana Islamik,
Biasanya lebih dikenali "Biah Solehah"... Badan Dakwah antara heronya di Sekolah,
Jika Penganjur tidak laksanakan.. Biar Kami yang tegakkan Panji tersebut..!!


Fuh... Semangat muda kan? Inilah antara semangat pelajar dulu2...
Sentiasa mahukan Suasana Islamik terbentuk... walau diripun gila2..., he2...
kelakar & manisnya saat2 tersebut kan,,,,(^^,)..






Pakwan: Bila makin dewasa & semakin jauh mengembara...  Sebenarnya dunia ini sangat lapang & licik, Semakin Bertambah Ilmu Agama... Semakin Bijak, Matang & Hikmah cara fikir tindak... I'Allah


Jumaat, 4 Januari 2013

Selamat beristirehat Ustaz Latif

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
Wajah Tok Guru Nik Abdul Aziz saling tak tumpah dengan wajah Ustaz Latif




3-4 bulan lepas
Ketika aku bersendirian mengadap laptop di bilik..
Abi mendatangiku dengan senaskah wirid di tangan,
Abi minta aku bariskan suatu kalimah yang ia keliru..
Setelah ku rujuk kamus & hisab dari segi i'rob.. aku tetapkan barisnya,



Penemuan mengujakan
Untuk lebih yakinkan diri.. Aku rujuk pula laman2 di Google,
Sangat memeranjatkan... Ianya adalah Wirid Tok Kenali,
Seorang Wali Allah yang sangat terkenal dengan Ilmu & karamah2nya..
Abi kata.. Ia diambil dari Allahyarham Ustaz Latif,



Ibuku & Surah Yaasin
Bagiku Mie adalah antara Insan yang sangat2 istiqamah dengan Surah Yaasin,
Hampir setiap malam.. Mie akan duduk membaca Yaasin di tikarnya selepas Solat Maghrib,
Mie pernah bercerita padaku (lebih kurang);

Pernah ada orang kampung mimpi berjumpa dengan Arwah Isteri Ustaz Latif (isteri pertama Ustaz),
Mukanya bersinar2 seri... & apabila ditanya apakah rahsianya?
Dia beritahu: Suaminya sentiasa sedekahkan bacaan Yaasin padanya,



Pantun Arwah Tok Chu
Masih ku ingat dengan baik ketika saat2 Tok Chu masih ada,
Dia sentiasa menyebut2 & mengingat2kan kami Ilmu2 yang dia belajar dari Ustaz Latif,
Paling ku suka.. Ia selalu mengulang2 pantun dari Ustaz Latif (lebih kurang);
Malam ini malam Jumaat.. Esok malam malam Sabtu,
Hari ini turun Rahmat.. Untuk berjumpa Allah yang satu,



Kelas bersama Ustaz Latif
Ketika Ustaz Latif aktif mengajar.. aku masih agak kecil lagi,
Ketika itu aku masih di Sekolah Rendah.. Namun sempat dengan Ustaz di Kelas Fardhu Ain petang,
Rasanya semua rakanku masih ingat.. Tongkatnya yang panjang & mengcekok itu,
Sambil itu tabiat Ustaz yang suka menghukum dengan melumur janggutnya yang panjang
& putih itu ke muka kami... Balasan jika kami nakal2, he2... Ustaz memang dekat dengan hati ku..



Ustaz Latif di mata masyarakat
Masih ku ingat ketika balik menghadiri kenduri di Kampung Belimbing 4-5 tahun lepas,
Ada seorang pakcik datang kepadaku.. Seorang yang sangat familiar & bersemangat agama,
Awaklah nanti kena hidupkan semula kampung ni..
Lepas Ustaz Latif pergi.. Tiada apa2 dah yang ada di kampung ni..



Pertemuan terakhir
Kali terakhir ku bertemu Ustaz Latif ketika menunggu Solat Asar di Masjid Sri Makmur,
Kali pertama ku lihat Ustaz Latif berdiri &memandang ke luar Masjid sambil tersenyum manis..
Sambil meletakkan kedua2 tangannya ke belakang (seperti selalunya)..
Kemudian bertanya 1-2 soalan kepadaku.. & Itulah pertemuan kami yang terakhir,



Berita pemergian Ustaz Latif
Ketika menerima berita kembalinya Ustaz Latif aku berada di Pekan,
Ketika itu aku menuntut di Kulliah STASAB.. Tahun 2006,
Perasaan aku tiba2 berubah kosong & bagaikan dunia ini sangat sunyi,
Aku hanya mampu terdiam & Membiarkan hati dengan dunianya.....



Keluargaku & Ustaz Latif
Keluargaku sangat rapat dengan Ustaz Latif... Apatah lagi kami berjiran,
Ayahku selalu pergi memancing dengan Ustaz & menjadi pemandu ustaz bila ada kulliah luar,
Hinggakan jika tidak silap.. Namaku juga diberikan oleh Ustaz Latif,
Sementalah lagi.. Ustaz menjadi rujukan Keluarga kami & saudara mara bila ada masalah agama,



Selamat beristirehat Ustaz
Mungkin ketika hayatmu.. Aku masih kecil & tidak membawa makna apa2 dalam hidupmu,
Namun jauh di sudut hatiku ini.. Engkau adalah antara insan yang sangat2 aku kagumi,
Dikau menunjukkan contoh tauladan.. Mendidik anak kampung ke arah hidup beragama,
Kau mudahkan Manhaj & Cantikkan Wasilah.. Agar Ilmu itu dapat ditadah dengan hati Senyuman..

Teringat kata2 Teacher Noran Fauziah (yang garang tu..he2 (acah jep..));
Kamu cuba lihat orang2 berilmu.. Tak pernah lekang dengan buku.. membaca,
Kamu lihat Ustaz Man.. Sentiasa baca buku di Pustaka,
Ustaz Latif... Rumahnya ada banyak mana buku?






Pakwan:
Ya Allah... tempatkanlah Ustaz Latif dikalangan Para Syuhada'... Awliya' & Soleheen, Berkat amal2 Solehnya.. Ilmu2nya
& juga berkat ia menerusklan legasi Perjuangan KekasihMu Rasulullah SAW & Para Sahabat... AlFatihah