Sabtu, 9 Ogos 2014

Surau Ustaz Nasrudin Tantawi terbaik



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
Musolla Ar-Raudhoh Pelindung, Berserah;

Bila Ramadhan, maka Musolla ini pasti menjengah di fikiran. Jika setiap masjid ada keistimewaan tersendiri, maka kelainan di sini adalah penceremahnya yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Air... Setiap hari,
Mungkin faktor networking Ustaz Din juga banyak membantu,

Teringat di sinilah buat pertama kalinya menatap muka depan2 dengan ramai pemidato dan tokoh2 hebat tanah air, masih terngiang2 cara pidato Mahfuz Omar yang banyak bermain hujjah, Ustaz Syed Abdul Qadir yang tasawwuf pendekatannya, juga Ustaz Hasrizal Saiful Islam yang banyak mengutarakan isi2 'diluar kotak',

Di sini jugalah bermulanya 'take note' dengan Figura Hebat dalam mengangkat Pendidikan Islam di Malaysia Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, sebelum itu langsung tidak kenal dengan susuk tubuh ini. Namun bila diselidiki... Masya Allah tabarokallah hebatnya cara Almarhum bekerja dan berusaha. Sempat mendengar Almarhum bercerita disebalik tabir usaha2nya mendirikan beberapa institusi pendidikan... Sangat2 mengujakan,

Mudah2an Musolla ini terus diberkati dan sentiasa di dalam peliharaan Allah,

Dalam masa sama tebuai memikir Majlis2 Ta'lim yang bagai cendawan tumbuh... Mudah2an Allah sentiasa memelihara pendokong2nya.. Boleh masyarakat sama2 tumpang berteduh... Allahumma Ameen,

Kerajaan Islam Malaysia Hebat berdiplomasi



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 

Zone Of Peace Freedom And Neutrality (ZOPFAN);

Teringat Subjek Sejarah ketika Menengah rendah. Ketika diawal2 kemerdekaan dulu pemimpin2 kita meletakkan negara di situasi yang sangat neutral,

Di saat Barat ketika itu berkonfrontasi dengan China, Tun Abdul Razak sebaliknya pula menjalinkan hubungan dengan Negara Komunis itu,

Juga banyak peristiwa antarabangsa lain membuktikan Malaysia antara Negara yang sangat mahir 'berdiplomasi'... Antaranya ketika mendamaikan antara Pihak Kerajaan dan Pejuang MNLF di Filipina,
Mudah2an Malaysia menjadi semakin berwibawa seterusnya menjadi salah satu pilihan tempat teduh bagi Umat2 Islam yang tertindas dari seluruh pelusuk dunia,


‪#‎Pray4Gaza‬
‪#‎Pray4MH17‬
‪#‎Pray4MH370‬
‪#‎CintaNegara‬

 
http://www.newsweek.com/how-malaysia-brokered-deal-rebels-crash-site-access-260397

Majlis2 Ilmu di Mesir perlu dibantu

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

‎Jika Suatu Hari Nanti Kita Menaiki Kapal Terbang;

Semalam sempat berbual dengan Ustaz Raja. Seronok lihat semangatnya berkhidmat buat  Majlis Ilmu. Sempat bertanya perihal "survival" Majlis Ta'lim Darul Hasani di Mesir...

Kata Ustaz Raja... Majlis Ta'lim punyai sokongan biaya dari Malaysia,

Alhamdulillah... Memang inilah antara masalah utama bagi suatu Majlis Ilmu yang bersifat berdikari di Mesir... Terpaksa bergelut dengan dana, 

Bila Berjaya di Malaysia Nanti; 

Ingatlah Di Bumi Ardul Kinanah sana ada puluhan malahan mungkin ratusan pelajar2 yang dahagakan Ilmu, ingin belajar, ingin bertalaqqi, punyai guru yang pakar bahkan juga Ulama Rabbani, Punyai keupayaan membimbing mereka, sudah dilakar  rangka silibus (Manhaj) yang tersusun, malahan mereka juga sangat2 kenal tingkap rumah guru tersebut....  

Namun semuanya terbantut, hasrat dan perjalanan mereka langsung terhenti lantaran tiada sumber kewangan bagi menggerakkannya, 

Sebagai alternatif...
Pergilah pelajar ini ke kelas2 Mutawassitin juga Muntahi yang tidak sesuai dengan tahap mereka. Ketidakfahaman pula menyebabkan mereka 'malal' dan hari berganti hari perasaan itu bertambah dan hasilnya...  

"Baiklah aku duduk sahaja di bilik... Jika pergi talaqqi pun bukan faham"

Jika Sek2 Men juga punyai Alumni dan PIBG sebagai penyokong kepada Kelas Tuisyen dan aktiviti2 pelajar... Majlis Ta'lim yang berdikari atas kaki Habaib Masyaikh apatah lagi... 

الشيخ الإمام سديد الدين الشيرازي يقول:  قال مشايخنا؛

من أراد أن يكون ابنه عالما ينبغي أن يراعي الغرباء من الفقهاء ، ويكرمهم ويعظمهم شيئا ، وإن لم يكن ابنه عالما يكون حفيده عالما. 

مصدر الكلام:  تعليم المتعلم‎

Jika Suatu Hari Nanti Kita Menaiki Kapal Terbang;

Semalam sempat berbual dengan Ustaz Raja. Seronok lihat semangatnya berkhidmat buat Majlis Ilmu. Sempat bertanya perihal "survival" Majlis Ta'lim Darul Hasani di Mesir...

Kata Ustaz Raja... Majlis Ta'lim punyai sokongan biaya dari Malaysia,
Alhamdulillah... Memang inilah antara masalah utama bagi suatu Majlis Ilmu yang bersifat berdikari di Mesir... Terpaksa bergelut dengan dana,

Bila Berjaya di Malaysia Nanti;
Ingatlah Di Bumi Ardul Kinanah sana ada puluhan malahan mungkin ratusan pelajar2 yang dahagakan Ilmu, ingin belajar, ingin bertalaqqi, punyai guru yang pakar bahkan juga Ulama Rabbani, Punyai keupayaan membimbing mereka, sudah dilakar rangka silibus (Manhaj) yang tersusun, malahan mereka juga sangat2 kenal tingkap rumah guru tersebut....

Namun semuanya terbantut, hasrat dan perjalanan mereka langsung terhenti lantaran tiada sumber kewangan bagi menggerakkannya,

Sebagai alternatif...

Pergilah pelajar ini ke kelas2 Mutawassitin juga Muntahi yang tidak sesuai dengan tahap mereka. Ketidakfahaman pula menyebabkan mereka 'malal' dan hari berganti hari perasaan itu bertambah dan hasilnya...

"Baiklah aku duduk sahaja di bilik... Jika pergi talaqqi pun bukan faham"

Jika Sek2 Men juga punyai Alumni dan PIBG sebagai penyokong kepada Kelas Tuisyen dan aktiviti2 pelajar... Majlis Ta'lim yang berdikari atas kaki Habaib Masyaikh apatah lagi...

الشيخ الإمام سديد الدين الشيرازي يقول: قال مشايخنا؛
من أراد أن يكون ابنه عالما ينبغي أن يراعي الغرباء من الفقهاء ، ويكرمهم ويعظمهم شيئا ، وإن لم يكن ابنه عالما يكون حفيده عالما.
مصدر الكلام: تعليم المتعلم

Selamat Hari Raya 1435 Hijrah



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Nikmat Yang Bahagia Ini;

Antara nikmat yang sangat2 berharga di Bumi Anbiya' ini apabila dihadiahkan oleh Allah dengan Ahli2 Beit yang sangat2 best... Memahami, kuat membantu, friendly, suka ambil berat, mudah kira, sekepala, ceria dan mudah bawa bincang,

Ibarat adik beradik...
 i'Allah ianya pasti menjadi memori yang sangat2 sukar untuk luput dari storage ingatan kita semua...

سلام عيد الفطر....
كل عام و أنتم بألف خير

Sentiasa Perbaharui Niat Ketika Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Tajdidkan Niat;

Kini sebahagian Majlis Ta'lim ada yang telah, sedang dan bakal memulakan pengajian seperti biasa.
Setelah sebahagiannya ada yang tawaqquf memberi laluan Ramadhan dan Eidul fitri,

Justeru,
Andai jiwa kini diresapi angin malas, fikiran diselubungi rasa seronok dengan perkara2 ringan dan badan terbuai dengan Nikmat Rehat... Maka tiba masanya kita gegar dan sedarkan mereka. Kerahkan anggota itu untuk kembali Tajdidkan matlamat dan semangat,


Segarkan Semangat;
١. فلا بد لطالب العلم من الهمة العالية في العلم ، فإن المرء يطير بهمته كالطير يطير بجناحيه ،
٢. الجِدّ يدني كل أمر شاسع *** والجدّ يفتح كلّ باب مغلق


Jika mahukan sesuatu perlu bertindak;
٣. تمنّيتَ أن تمشي فقيها مناظرا *** بغير عناء والجنون فنون ،
وليس اكتساب المال دون مشقة *** تحملها فالعلم كيف يكون ؟


Sumber; Ta'lim Mutaallim,

Ulama Sufi yang Berjihad



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 



(Dipetik isinya dari Blog Syeikh Husni Ginting)


Para ulama sufi dari dahulunya memang sudah dikenal tangguh di medan perang, mereka tidak pernah takut mengikuti peperangan, tetapi mereka tidak suka membesar-besarkan keikutsertaan mereka didalam peperangan, karena hal tersebut bisa membuat niat tidak ikhlas,

Sebab itulah Imam Bukhari meletakkan hadits niat didalam bab berjihad fisabilillah, karena niat yang ikhlas dalam bejihad sangat penting sekali, orang yang mati dalam peperangan fisabilillah jika tidak memiliki niat yang ikhlas maka dia mati sia-sia tidak mendapatkan gelar syahid. Tetapi diantara para Sufi yang mengikuti peperangan melawan kaum kuffar ada terdapat sebahagiannya yang telah ditulis oleh sejarah, diantara ulama-ulama sufi yang mengikuti peperangan melawan musuh adalah :

1 - Imam Abu Hasan Syadzuli, sebagai Imam Sufi yang teragung, dan telah menggambungkan ilmu hakikat dan syari`at, Qutub pada zamannya, mengikuti peperangan yang terjadi di Kota Mansurah ( Mesir ) pada tahun 642 hijriyah, walaupun umur beliau telah melewati enam puluh tahun, mata beliau telah buta tetapi tidak mematikan semangatnya untuk menyertai jihad fisabilillah, siang malam beliau berdo`a agar Allah memberikan kemenangan dalam peperangan melawan pasukan Salib yang datang melalui kota Dimyath, akhirnya pada suatu malam beliau mendapat kabar gembira dari Rasulullah saw dalam mimpinya tentang kemenangan umat islam, Sulthan ulama izzuddin Abdussalam meminta pasukan islam mendengarkan kabar gembira dari Syeikh Abu Hasan Syadzuli sehingga kabar gembira tersebut menjadi kenyataan yang indah, pasukan salib dapat dikalahkan bahkan Raja Lois IX ditawan oleh umat islam dan diletakkan dirumah Ibnu Luqman dikota Mansurah ini terjadi pada tahun 648, tempat ini masih ada sampai sekarang, syeikh Abu Hasan meninggal dunia pada tahun 656 hijriyah dan dikuburkan di Humaisara. (1 )

2 - Syeikhul Islam Sulthonul ulama al-Mujtahid Izzuddin Abdussalam merupakan seorang sufi yang hebat dan berani, beliau merupakan ulama yang sangat ditakuti dan di segani, tidak hanya ahli dalam ilmu agama tetapi juga ikut tampil didalam peperangan melawan musuh islam, keberaniannya juga terlihat dihadapan para pemerintahan islam yang tidak patuh terhadap ajaran agama, beliau juga selalu mengikuti pengajian Syeikh Abu Hasan Syadzili dan sangat menghormatinya, diantara peperangan yang beliau ikuti adalah :

a ) Peperangan Salib yang terjadi di kota Mansurah menghadang pasukan musuk yang datang melalui kota Dimyath menuju kota Kairo, didalam peperangan ini beliau beserta Syeikh Abu Hasan Syadzuli ikut terjung langsung ke medan jihad sehingga tertawannya Raja Lois IX, diantara peristiwa yang sangat dikenang ketika itu adalah teriakan Syeikh Izzuddin kepada angin ketika melihat banyaknya kapal-kapal perang Francis yang menghadap ke dermaga Dimyath,

dengan suara yang kuat Syeikh Izzuddin berkata : " Wahai angin hancurkan meraka ",

ketika itu juga angin menghancurkan kapal-kapal perang Francis, sehingga seorang prajurit muslim mengatakan : Segala puji bagi Allah yang telah melihatkan kepada kami dari golongan umat Nabi Muhammad yang telah Allah mudahkan untuk menundukkan angin.

b) Peperangan melawan Tatar, ketika itu Tatar telah menguasai Baghdad dan ingin menuju Syam, mendengar kabar kedatangan tentra Tatar yang tidak berprikemanusian dan terkenal biadap, maka Sulton Saifuddin Quthruz mempersiapkan tentera untuk menyerang pasukan Tatar, tetapi serangan tersebut setelah hari raya, Syeikh Izzuddin menyeru kepada Sulthan agar menyerang mereka ketika bulan ramadhan dan menjanjikannya dengan kemenangan, janji tersebut menjadi kenyataan sehingga pasukan Tatar (Mongngolia ) kalah didalam peperangan Ainul Jalut pada tahun 658 hijriyah. Beliau meninggal dunia tahun 660 hijriyah (2 ).


3 - Pangeran Abdul Qadir al-Jaza`iri, seorang yang ahli didalam ilmu hadits dan tasawuf yang memiliki sifat tawadhu` dan rendah hati, tetapi tidak ingin negerinya dijajah oleh Francis, beliau menyerang tentera musuh dengan gagah berani sehingga melemahkan pasukkan Francis dan keuangan mereka, peperangan ini memakan waktu lebih dari tujuh belas tahun lamanya.(3 ).

4 - Syeikh Ahmad Syarif Sanusi, ketika Syeikh Ahmad telah dilantik menjadi pemimpin Zawiyah Tariqah Sanusiyah pada tahun 1900 Masehi bertepatan tahun 1320 Hijriyah, beliau langsung menyatakan perang melawan musuh Allah penjajah tanah air mereka, gerakan ini membuat pasukkan Francis kewalahan menghadapi serangan pasukan Sanusiyah, ketika itu juga pasukan Italia telah menguasai Barqah, tetapi mendapat perlawanan dari Syeikh Ahmad Syarif Sanusi, perjalanan hidupnya penuh dengan perjuangan sehingga beliau meninggal dengan tenang di kota Madinah setelah datang dari Syam.( 4 )

5 - Umar Mukhtar , Seorang tenaga pendidik di Jawiyah Sanusiyah yang telah mengambil Tariqah dari Mursyid Sanusiyah, beliau mengajak murid-muridnya untuk berjihad fisabilillah melawan Italia yang telah menduduki kota Banghazi Libya, beliau telah memerangi Italia sebanyak 263 kali dalam masa duapuluh bulan saja, membuat Pasukkan Italia marah dan mengepung pasukkannya, sehingga banyak tentera islam yang menyertainya jatuh gugur menghadap Allah, akhirnya beliau ditangkap dan dipenjara selama empat hari, kemudian dihukum gantung sampai mati pada tahun 1350 hijriyah.( 5 )

6 - Muhammad Izzuddin Qassam Syadzuli, Beliau merupakan seorang syeikh Jawiyah Syadzuliyah di gunung al-Adhamiyah dibahagian negeri Suria, setelah selesai perang dunia pertama tahun 1918 M negeri Francis menjajah bahagian tepi pantai Suria, ketika itu beliau mengajak para muridnya untuk mengangkat senjata menyerang penjajahan Francis, beliau juga turut perang melawan Israel yang telah menduduki Palestina, pada tahun 1934 meletus revolusi sehingga beliau gugur Syahid dalam peperangan, kemudian dikuburkan di Haifa, murid-muridnya sampai sekarang masih ada dan memiliki pasukkan yang berani didalam peperangan, pasukkan itu adalah Kata`ib Izzuddin Qassam. ( 6 )

Masih banyak lagi pahlawan-pahlawan sufi yang gugur didalam peperangan baik yang dicatat didalam sejarah maupun tidak tertera, semoga Allah melimpahkan surga kepada mereka dan kita semua.

Rujukan :
( 1 ) Bayanul Jazim Anna Tasawuf litazkiyatil Insan Nahjul Lazim karya Sa`id Abul `As`ad : 132,
Tabaqat Syadzuliyah al-Kubra karya Abu Ali Hasan bin Muhammad al-Faasi : 20.
Husnul Muhadharah Fi Tarikhi Mesr Wal Qahirah Karya Imam Sayuti : 1 /401.
( 2 ) Bayanul Jazim : 133 , Husnul Muhadharah Fi Tarikh Mesr wal Qahirah : 1 / 142, Maktabah al-`Ashriyah Lubnan.
( 3 ) Bayanul Jazim : 134
( 4 ) Bayanul Jazim : 136
( 5 ) Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar :1/939, Bayanul Jazim : 144.
( 6 ) Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar : 2 / 1352.

Rabu, 9 Julai 2014

MELAYU karya Usman Awang

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 


MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Sumber Copy: 
http://ajijoi.blogspot.com/2011/06/puisi-melayu-karya-usman-awang.html