Sabtu, 27 Disember 2014

Malaysia Maju dan Berminda Kelas Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Deria Suka Membantu;

1. Deria ini wajar kita rangsang dan kembangkan khususnya terhadap masyarakat kita. Di manapun Malaysian berada. Kisah-kisah mereka yang proaktif menjadi sukarelawan dan kesan positif dari sumbangan itu perlu kita viralkan.

2. Menyorot suasana banjir 2013 yang lepas. Saya masih simpan rasa kagum saya terhadap manusia-manusia yang berjiwa besar dan hebat ini.

3. Di SMK Paya Besar. Sewaktu bantuan tiba dengan lori. Kami dapati yang mengangkut barang dari lori ke stor adalah adik-adik kita dari ahli Pengakap dan PBSM. Mereka sangat rajin dan bersemangat. Walaupun bermandi hujan.

4. Di sebalik keselesaan orang ramai menggunakan tandas di surau sekolah. Ada asbab disebalik tandas yang kelihatan bersih dan terjaga itu. Sebenarnya ada seorang makcik yang kerjanya sentiasa mencuci tandas tersebut. Walaupun beliau sendiri ditimpa ujian. Namun Deria Khidmatnya amat-amat mengagumkan.

5. Begitu juga dengan seorang abang ini. Walaupun abang ini juga salah seorang mangsa. Namun kami rasakan seolah-olah beliau pula petugas di situ. Setiap kali bantuan berupa roti, air kotak dan makanan tambahan datang, beliaulah yang akan mengagihkan kepada penghuni, khususnya warga emas. Cara dan gaya beliau bermuamalah memang terbaik. Ditambah dengan sikapnya yang ramah. Tak sangka rupanya masih ada lagi warga Malaysia yang budiman.

6. Semasa air banjir tengah mengganas di Cenderawasih. Ada satu laluan ke penempatan yang direntangi arus deras. Sekumpulan belia membuat inisiatif mereka sendiri. Mereka jadikan badan mereka sebagai penahan kepada arus deras itu. Maka mudahlah warga emas dan uzur hendak melalui kawasan berarus deras tersebut. Lebih mengagumkan, mereka pakat tarik pula anak-anak muda yang main air untuk turut sama-sama bantu.

7. Di Masjid Hidayah Permatang Badak pula. Tandas sudah sangat kotor. Membantutkan niat siapa sahaja yang berhajat. Sehinggakan membuang air di dalam banjir jauh lebih selesa jika nak dibanding. Namun hasil tindakan seorang adik ini. Beliau mencuci tandas tersebut sehingga bersih. Dicuci segala najis yang tersisa. Maka tandas itu bertukar sangat bersih. Maka berpusu-pusulah jemaah dan orang ramai menggunakannya.

8. Kisah di atas sekadar sekelumit kisah yang berjaya ditangkap oleh lensa mata saya dan juga hasil cerita dari kawan baik. Kisah 'Deria Membantu' yang sangat menginspirasikan kita.

9. Terfikir juga. Bila penonton bola sepak Jepun mampu mengutip sampah di stadium sebaik selesai perlawanan bola. Maka fahamlah kita. Semakin maju sesebuah negara maka mentaliti dan kelas minda juga akan semakin meningkat.

Rabu, 24 September 2014

Budak tiga tahun khatam alquran

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Didikan Jemaah Tabligh;
Mungkin kerana inilah Habib Ahmad Almaqdi pernah beritahu...
Yang Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz amat2 sayang pada Jemaah Tabligh,

Jika berkelapangan masa...
Habib Omar selalu menziarahi mereka,
Sebuah gerakan jemaah terhasil dari ijtihad ulama' yang 'alim
lagi mahir dalam teknik selok belok dakwah,

Mudah2an Allah merahmati seluruh Umat Islam,

Sollu 'ala Rasulillah
 
Dari Facebook Ebit Lew:
 
Seronok dan terharu melihat anak ini yang bernama Naeilah 3 tahun setengah sudah khatam Al-Quran. Boleh membaca al-quran dengan baik dan tulisan jawi. Banyak surah-surah dia hafal. 
Sambil bermain dia membaca hafalannya.

Kini anak ni diterima masuk Madrasah hafizah Al-Quran di sri petaling kerana lepas interview.
Berbual dengan ayahnya ustaz syukry (ustaz suk sakratulmaut)kini sambung belajar bersama isterinya di Madrasah Ulum Sri Petaling.

Di rumahnya hidup amalan Ta'lim dengan istiqamah.
Selepas setiap solat fardhu mereka hidupkan rumah mereka dengan muzakarah iman, majlis ilmu dan amal. Isterinya sambil bermain bersama anak-anak rajin membaca Al-Quran. Isterinya hafizah Al-Quran.

Jom mesyuarat bersama keluarga masing-masing dan beri masa mengaji Al-Quran bersama anak-anak dan hidupkan rumah dengan amalan ta'lim yakni bacaan Hadis Nabi saw-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September UPM/ Profesional Sunnah 6 September USIM
 

Selamat Datang ke Bumi Alazhar Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ahlan Wasahlan..
Ahlan Wasahlan..;

Susah Payah... Jerit Perih berkorban untuk ke Bumi Anbiya' & Ulama' di Mesir,
Jangan biarkan semangat ini ikut membeku diulit saratoga di musim dingin atau dicair semangatnya ketika musim panas. Apatah lagi ikut berlalu dibawa arus Syalalat Fayum atau pukulan ombak Bahrul 'Ajibah,

Mesir adalah Syurga,
Syurga Yang Sarat Khazanah,
Syurga Majlis Ilmu,

Syurga ini menagih keringat, pengorbanan dan Semangat Yang Kuat... Tiada Jalan mudah,
Sambil lewa, bersenang-lenang dan santai dengan Angan2 bukanlah Jalan Terbaik
untuk berjuang di Ardul Kinanah ini...

Tempat yang mendidik kita menuntut ilmu bukanlah kerana Imtihan..
Mengajar kita cara berfikir yang baru,
Selamat Datang ke Bumi Seribu Menara...
Tempat Memahami Kalam Tuhan,

Paling tidak hadir di awal dan akhir Dars



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Majlis Khatam Kitab Tuhfah Saniah;

Teringat pesanan Ustaz dulu2.
Jika tidak dapat hadir keseluruhan sebuah Dars (uzur)...
Hadirlah di awal dan akhirnya.
I'Allah disitu kita akan dapati manfaatnya yang sangat banyak,

Jika masih belum berpeluang talaqqi A-Z Kitab Tuhfah ini,
yang juga merupakan antara Kitab Permulaan 'Wajib' bagi mempelajari Ilmu Nahu...
Sama2 kita mula berazam,

I'Allah doa itu akan dimustajabkan oleh Allah,
dan begitulah yang dialami Ustaz2 kita terdahulu...
Ketenangan hadir dibawah rendang Pohon Ulama',

Cara Mudah Khusyu' di dalam Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Ditanya kepada sebahagian Masyaikh;

"Bagaimanakah cara mudah untuk khusyu' di dalam Solat.?"

"Perbanyakkan ingat kepada Allah di luar Solat...
 Nescaya engkau akan banyak mengingati Allah di dalamnya"


-Lebih kurang petikan dari Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,

Menyuburkan Hati


بسم الله الرحمن الرحيم
 
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

"Hati ibarat sepohon pokok dan yang menyuburkannya adalah Zikrullah..."

"Berhati2 dengan nikmat yang diperolehi...
Kerana kadangkala Nikmat itu membuatkan kita leka
dan terlupa akan Si Pemberi Nikmat ( Allah)..."


-Kurang lebih petikan dari Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,

Berjuang Perangi Nafsu

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Berjuang perangi Nafsu; 

"Apabila berjuang menentang musuh. Bila sahaja kita menang atau tewas dan mati syahid maka peperangan turut selesai... 

Namun bila ianya Nafsu, 
Peperangannya tiada penghujung, 

Bila sudah menang, maka kita perlu menang dan menang lagi sehinggalah nyawa diambil Allah. Kerana jika Mengaku kalah... Maka  binasalah kita di Padang Makhsyar nanti... "

Diedit dari petikan Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,
 
 
Berjuang perangi Nafsu;
"Apabila berjuang menentang musuh. 
Bila sahaja kita menang atau tewas dan mati syahid 
maka peperangan turut selesai...

Namun bila ianya Nafsu,
Peperangannya tiada penghujung,

Bila sudah menang, maka kita perlu menang dan menang lagi
sehinggalah nyawa diambil Allah.
Kerana jika Mengaku kalah...
Maka binasalah kita di Padang Makhsyar nanti... "


Diedit dari petikan Dars Sidi Dr.Lokman Alazhari,