Khamis, 1 Januari 2015

Menyorot lima tahun sebagai blogger




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Selalu setelah tulis status atau nota yang panjang di Facebook. Saya akan tunggu beberapa hari untuk disalin kedalam blog. Kerana kadangkala satu hari sampai dua tiga status. Adakala hampir setengah tahun baru disalin. Kerana itu, mungkinlah artikel di blog ini kadangakala nampak janggal.

Seronok menyalin tadi. Tak perasan ianya telah dimasukkan ke tahun 2015. Seperti adik yang menerima kejutan tadi dengan ada penjaga kedai yang menggelarnya pakcik. Saya juga terkejut dengan cepatnya masa yang berlalu. Hampir lima tahun juga saya mencoret di blog ya. Bermula tahun 2010.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak blog dan coretan-coetan yang lalu dapat menyumbang kepada kesejahteraan dunia ini. Selaku Khalifah yang dilantik oleh Allah. Allahumma Ameen.

Bagi yang terbaca coretan saya kali ini. Terima kasih kerana sudi bertandang. Doakan kerja saya menyiapkan novel sulung berjaya. Moga Allah hadirkan hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelitkan nilai-nilai murni dengan disampaikan melalui jalan cerita yang menarik. Allahumma Ameen.

Tahun lepas hampir 59 nurkilan juga berjaya dimuat naik di Galeripakwan.blogspot ini. Menjadikan tahun terbanyak keluarnya nurkilan.

Ayuh teman. Kita fighting dengan kehidupan !!









Malam Cinta Rasul Merapatkan Malaysia



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Gambar Hiasan

Maha Suci bagi Allah.. Allahumma Solli 'ala Muhammad,

Untuk mencari suatu program dakwah yang berkesan memang sukar. Sepandai mana seorang konsultan atau master mind merancang. Belum tentu ianya berjaya menjinakkan hati.

Majlis yang berjaya tarik orang muda, rapatkan jurang politik, terhimpun di situ ulama dan umara, menghindari sengketa ummah, mendidik hati menjadi lembut, menanam sayang akan Rasulullah.saw, menanam harap kepada Allah, menyedarkan diri akan dosa.

Bila tiba-tiba muncul suatu cara yang berkesan. Kenapa mesti meruntuhkannya? Apa kurangnya Majlis Zikir berbanding Konsert Nasyid atau deklamasi sajak?

Runtuhkanlah Konsert artis Taiwan, KPOP, sarang maksiat, pusat judi. Kenapa usaha baik juga yang diusik...

Ohh Malaysiaku...

Malam Cinta Rasul Mendidik Hati



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Pentingnya Usaha Mendakwah Hati;

Disebalik doa yang sayu dan menginsafkan telah dibaca oleh Habib Ali Zainal Abidin Alhamid tadi. Memohon rahmat Allah berlindung dari segenap bencana. Majlis Cinta Rasul diambang tahun 2015 tadi mengingatkan saya beberapa cerita;

1. Dalam tahun 2004/5 dahulu, pernah seorang aktivis dakwah bercerita kepada kami Pelajar Alihsan. Bagaimana setiap 9 bulan setelah konsert-konsert dan pesta besar berakhir. Maka ramai bayi terbuang yang berjaya direkodkan. Menandakan betapa kroniknya Iman dan Akhlak penduduk kita.

2. Iman yang kuat dapat melawan nafsu. Cara mendidik Iman bukanlah dengan diberitahu mana benar mana salah. Malah mungkin mereka lebih pandai dari pendakwah.

3. Kerana itu setiap kali pengajian Fardhu Ain atau waktu tertentu. Baik di Negara Mesir atau Yaman. Para Habaib dan Masyaikh akan menyertakan sekali Ilmu Akhlak dan mengajak hadirin untuk sama-sama berzikir pada Allah. Demi memelihara hati. Hati atau Iman yang sihat sangat takut untuk berbuat maksiat, walaupun dia tinggal seorang di dalam hutan.

4. Pernah seorang tokoh dakwah bertanya kepada pekerja syarikat televisyen di Indonesia (lebih kurang);

Kenapa di bulan Ramadhan rancangan agamanya banyak sekali? Dijawab mereka. Permintaan terhadap program agama ketika Ramadhan tinggi.

Jadi itulah puncanya. Bila majoriti hati di bawah sudah bertaut dengan Allah. Maka automatik yang di atas akan turut mengikut. 

5. Perhatikan antara isu terbaru di Malaysia. Asbab bantahan dari kumpulan penduduk di Bangi. Usaha meluluskan lesen baharu terhadap penjualan arak berjaya digagalkan. Yang menariknya, Bukankah Bangi antara tempat yang paling subur dengan majlis-majlis talaqqi dan ilmunya?

6. Sebagai akhirnya. Teringat kata-kata seorang sahabat baik semasa di DPIM (lebih kurang);

"Hati kita ini ibarat seperti kolam, sekali kita guna cebok kecil untuk buangkan air. Maka kuantiti air itu sedang berkurang walau kita tidak nampak..

Begitulah jua hati. Walaupun sekadar lafaznya istighfar, setitik tompok hitam pasti akan hilang, bayangkan jika banyak istighfarnya.."

Sama-sama bersyukur dengan segala nikmat dan istighfar atas segala kesilapan... Sollu 'ala Rasulillah.