Jumaat, 22 Januari 2016

Saat Islam nak menang


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Teringat sewaktu Islam nak menang;

1. Di zaman Saidina Umar.ra. diperhatikan lurusnya Saff Solat dan amalan Bersugi (Bersiwak),

2. Di zaman Sultan Muhammad Alfateh diperhatikan Solat berjemaah dan Solat Malam,

Nampak tak.

Walaupun zahir macam tiada kaitan. Apa kaitan perang (beradu kekuatan Zahir) dengan Lurus saff, bersugi, bangun malam dan solat berjemaah.

Lebih pening. Kenapa tengah sibuk perang pun kena solat? Dinamakan Solat Syiddatul Khouf.

Kalau difikir sejengkal. Kita akan mudah kritik Ahli Ibadah, Jemaat Tabligh dan Ahbab Sufi.

Namun jika dilanjutkan lagi sehasta. Kita pasti kagum dengan mereka, akal mereka telah jauh mendahului kita.

Saya fikir. Inilah antara penyebab kenapa Islam di Turki mampu bangkit sebegitu hebat hari ini, selepas jatuh teruk di era Kamal Attartuk.

Kalendar berdasar Tawarikh Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Kalendar berdasar Tawarikh Islam;

Setiap kali nak masuk tahun baru masihi. Kalendar pasti diedar. Dari tauke-tauke kedai.

Tak pasal-pasal, kita ter-hafaz. Tahun ni tahun KAMBING, tahun depan tahun KERA.

Hari-hari kita tengok kalendar.

Kan cantik. Jika orang Islam boleh buat Kalendar sendiri. Setiap hari dicatat peristiwa-peristiwa dalam Islam.

Catat dari sekecil-kecil peristiwa, sehingga yang besar-besar. Lahir dan wafat Anbiya serta ulama. Berita sejarah manis dan pahit umat Islam. Tragedi-tragedi.

Namun masih tetap meraikan keperluan asas bagi kelendar, seperti maklumat cuti sekolah, cuti umum dan perayaan-perayaan utama di Malaysia.

Boleh refresh Pengetahuan Umat.


Rahsia dalam Rahsia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Rahsia dalam Rahsia; ]

Bila terlihat video yang menyentuh Habib Ali Aljufri.ha. (mungkin editor itu tiada niat mulanya). Hati rasa sayu. Banyak gambar tiba-tiba datang melayang;

1. Aku terbayang kalam-kalam Syeikh Ali Jum'ah.ha. Ketika itu kami berkumpul di Humaisarah. Maqam Imam Syazuli. Habib Ali Aljufri.ha turut ada ketika itu. Selepas rampasan kuasa.
2. Teringat tulisan Habib Ali Aljufri.ha ketika ambang perang di Yaman. Berkait Syiah Houthi.

3. Teringat tulisan Syeikh Abul Huda Al-Ya'qubi. Ketika mula nak perang di Syria. Tulisan hormat terhadap Syeikh Said Ramadhan Albuti walaupun tidak bersetuju.

4. Detik ketika Syeikh Said Ramadhan Albuti dibunuh. Ketika itu kami di sebuah Surau di H10. Habib Ahmad sedang mensyarahkan Matan Risalah Jamiah. Kelas terhenti. Habib jawab telefon. Kemudian riak Habib mula berubah. Aku tak boleh lupa peristiwa ini. Laju aku salin point-point berlian yang keluar dari mulut Habib ketika itu.

5. Aku tak boleh lupa kata-kata spontan dari Syeikh Rohimuddin.ha ketika nak pilihanraya Mesir. Kemudiannya Dr.Mursi.ha menang dan Syafiq kalah.

6. Aku teringat perbualan ringkasku melalui komen. Dengan Almarhum Ustaz Lutfi.ra. Jawapannya ringkas. Tapi amat-amat berguna buat dijadikan panduanku.

7. Aku teringat kalam-kalam mutiara dari Habib Abu Bakar Almasyhur.ha. Sebelum meletus perang di Yaman. Melalui satu klip video yang viral.

Semuanya seolah-olah nak memberitahu. Banyak lagi Rahsia dalam Rahsia yang tersembunyi. Tidak cukup dengan sekadar gambaran kasar dan sekelumit kecil maklumat yang sampai kepada kita, kita terus melenting mengamuk. Banyak lagi yang kita tak tahu.

Tiba-tiba gambaran ke-8 melayang. Sebuah cerita yang juga viral. Tapi pengajarannya bagus.

8. Satu hari ketika berburu. Seorang Ketua berhenti rehat di satu tempat. Dia dahaga. Terjumpa titisan air. Dia tadah dan kumpulkan untuk minum. Namun burung peliharaannya mengganggu. Sehingga beberapa kali. Dia marah.

Dibunuhnya burung tersebut............. Kemudian terdetik baginya untuk naik ke atas. Melihat sumber air tersebut. Namun dia ternyata sangat terkejut. Ada bangkai haiwan berbisa berhubung dengan sumber air itu..

Kan... Banyak Rahsia dalam Rahsia. Bukan semua kita berjaya stalk

P/s: Ini pandangan saya seorang je. Saya minat menulis. Tapi langsung tak berminat nak minta orang ikut.

Kisah Adab Ustaz Muhadir.ha terhadap Syeikh Nuruddin.ha


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kisah Adab Ustaz Muhadir.ha terhadap Syeikh Nuruddin.ha ] ;
"........Dan haritu, Syeikh datang ke Maahad An Nur untuk majlis penutup daurah Rejab kami. Malam tu, Ustaz Muhadir dah bagitahu siap-siap. Kalau Syeikh datang, Ustaz tidak akan bercakap dan meneruskan pengajian. Ianya atas dasar hormat dan menjaga adab dengan tuan guru. Syeikh sangat mementingkan adab dan Ustaz sebagai anak murid sangat ingin menjaga adab seperti yang diajarkan oleh gurunya.
Waktu Syeikh datang, Ustaz dan para asatizah yang lain duduk bersama Syeikh di rumah Syeikh. Kami di atas musolla, berqasidah ramai-ramai. Team qasidah UIA yang lead sebab memang mostly peserta daurah ialah pelajar UIA. Dan kemudian Ustaz Muhadir naik. Nampak ketara raut wajah Ustaz sangat kurang selesa dan bingung. Rupanya Syeikh memberi isyarat kepada Ustaz untuk meneruskan pengajian sehingga khatam.
Antara taat dan adab. Ustaz sedang dalam dilema. Sebelum memulakan majlis, Ustaz hanya berdiri. Cuba mencari kekuatan mungkin. Ustaz mengatakan bahawa kalau boleh Ustaz tak nak bercakap apabila guru beliau sudah ada di maahad tersebut. Apabila datangnya air, maka terbatallah tayamum. Tidak berkata-kata yang kecil di hadapan yang besar. Allah.
Ada kalanya Ustaz meraup muka. Seketika kemudian Ustaz membaca doa-doa dan selawat. Kemudian Ustaz seakan menahan tangis. Riddak Ustaz disapu ke muka mengusap air mata dari mengalir. Kami yang menanti sekadar memerhati. Siapa sangka, Allah bakal mengajarkan kami tentang praktikal adab seorang murid kepada gurunya betul-betul di hadapan mata kami pada hari itu.
Apabila Ustaz sudah mula tenang, Ustaz duduk dan bersedia untuk memulakan pengajian. Tapi masih belum bermula, seorang muslimin dipanggil untuk memperlahankan bunyi mikrofon Ustaz. Perlahan dan perlahan lagi. Kemudian, Ustaz meminta Abang Azri ke bawah untuk berdiri di kolam di hadapan rumah Syeikh, untuk menguji apakah kedengaran bunyi mikrofon daripada situ. Setelah Ustaz betul-betul berpuas hati, Ustaz memulakan majlis. Saya terus teringat, malam sebelumnya Ustaz sangat menginginkan supaya suara mikrofon itu dikuatkan supaya sedap kedengaran dan tidak terlalu perlahan. Ustaz memang sukakan bunyi mike yang sedap dan kuat. Tapi, hari ini, adab Ustaz jauh mengalahkan preferences peribadi Ustaz. Ustaz memulakan majlis dan mensayarahkan seperti biasa.
Seketika kemudian, Ustaz Abdullah naik. Ustaz Abdullah merupakan rakan karib Ustaz Muhadir dan mereka sangat rapat dan keduanya adalah merupakan anak murid rapat dengan Syeikh. Ustaz Abdullah yang bertanggungjawab menguruskan daurah dan merupakan mudir Maahad An Nur. Ustaz Lah naik dan kelihatan pelik kerana bunyi mike yang sangat perlahan. Ustaz memberi isyarat menanyakan kepada muslimat di belakang apakah kami mendengar bicara Ustaz Muhadir. Saya menangguk tanda dapat mendengar dengan baik.
Kemudian, Ustaz Lah pergi ke arah sound system dan menguatkan bunyi mike. Ustaz Muhadir meneruskan pengajian tetapi pandangannya jelas memerhatikan tingkah Ustaz Lah. Risau bunyi mike akan dikuatkan dan kedengaran sehingga ke rumah Syeikh. Muka Ustaz Muhadir kelihatan bingung dan takut. Comel. Huhu. Ustaz Lah seperti seorang abang yang tegas dan Ustaz Muhadir seperti adik yang taat. Hehe. Selepas itu, Ustaz Lah turun dan Ustaz Muhadir meneruskan pengajian. Seketika Ustaz Muhadir akan memandang ke arah tangga, barangkali bimbang sekiranya Syeikh naik tanpa diberitahu terlebih dahulu.
Ustaz Lah naik lagi sekali dan menyampaikan sesuatu kepada Ustaz Muhadir. Kata Ustaz Muhadir, Syeikh akan naik untuk menyampaikan tausiyah penutup dalam masa 15 minit lagi. Dalam beberapa minit seterusnya kami mengkhatamkan kitab dan mengemaskan ruang musolla untuk menyambut kedatangan Syeikh. Ustaz Muhadir memberikan taklimat ringkas agar semua menjaga adab dan kemudian sejadah dirapikan, sampah disapu. Menariknya, tempat yang bakal diduduki oleh Syeikh disapu oleh Ustaz sendiri.
Kemudian, Syeikh naik. Ustaz Muhadir sebagai pengacara majlis dan terus sahaja beliau menyerahkan majlis kepada Syeikh tanpa berkata-kata panjang. Sewaktu Syeikh menyampaikan tausiyah, Ustaz Muhadir duduk di sisi kiri Syeikh dan tekun penuh adab mendengar tausiyah Syeikh. Apabila ada keperluan, ustaz harus bangun dan bergerak turun, Ustaz bangun dengan penuh adab, tidak membelakangi Syeikh dan selepas beberapa langkah baru Ustaz melangkah turun. Allah. Tingkah laku yang penuh beradab.
Tamat tausiyah daripada Syeikh, Ustaz cuba mengulas apa yang disampaikan oleh Syeikh. Ustaz berdiri di sebelah kiri Syeikh dan sewaktu Ustaz ingin menceritakan sesuatu, Syeikh memalingkan badan dan muka ke arah Ustaz, memang itulah akhlak Syeikh Nuruddin apabila berkata-kata dengan seseorang, beliau akan memalingkan seluruh badannya menghadap orang tersebut. Syeikh mencontohi akhlak nabawiyyah. Nabi Muhammad SAW juga berbuat sedemikian.
Sebaik sahaja Syeikh memalingkan badannya ke arah Ustaz, Ustaz terdiam. Speechless. Untuk beberapa saat. Ustaz kehilangan kata-kata. Bimbang menyalahi adab berbicara di depan gurunya, barangklai juga risau akan tersalah kata di hadapan seorang alim ulama. Syeikh mengerti dan berpaling menghadap kami di hadapan. Kedengaran esakan daripada Ustaz Muhadir. Allah, Allah. Lembutnya hati Ustaz. Sebegitu sekali adab Ustaz di hadapan gurunya....."
P/s: Biasa kita di Arus Perdana. Mana nak adabnya. Kepala guru pun semua orang nak tunjal-tunjal. Inilah keindahan Adab Dunia Talaqqi. Boleh Jumpa di Pondok (Malaysia, Pattani), Ruwaq (Mesir), Rubath (Yaman).

Tak Perasan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



[ Tak Perasan; ]
Alhamdulillah. Baru ni saje-saje nyembang dengan makcik-makcik ni.
Cerita suasana pondok. Dunia semata-mata belajar. Tiada sijil tapi ilmu hebat. Malah pelajar-pelajar (Kalau di Patani dipanggil Tok Fakir/Munirah) tekun. Ada yang pukul 3 pagi baru tidur. Pagi esok nak subuh berjemaah pula.
Sembang suasana pondok yang dhoif. Sampai ada pondok yang hanya buka lampu surau ketika nak solat dan pengajian. Ketika lain tutup. Juz bergantung lampu luar.
Tup-tup. Mereka jadi semangat nak bantu. Eh.. gitu pula feedback-nya.
Terus cadangkan kat mereka Pondok Darus Salam Jaya Gading (Tok Ayah Wan).
Alhamdulillah, Abang Zahini (Murid Tok Ayah Wan) sudi carikan no akaun bank madarasah. Malah ada makcik yang kirim duit by-hand untuk sedekah kepada pondok;
[ Tujuan :
Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membina beberapa bangunan wakaf dan kegunaan kebajikan Madrasah.
Semua sumbangan boleh disalurkan melalui,
Bank Simpanan Nasional
No. Akaun:
06112- 29-84491087-1
Atas Nama: Wan Mohd. Zukir Bin Wan Ismail.
No. K/P: 620804-11-5055 ]
P/s:
1. Adakala kita nak nyumbang tenaga, duit dan ilmu tak mampu. Dapat nyembang borak pun jadilah. Mana tau kot-kot mengena.
2. Unit Trust ni dijamin Secure i'Allah. Tapi tunggu Bursa Akhirat baru boleh hitung Unit Pahala.
3. Tapi kat dunia pun insha Allah dah boleh rasa sikit-sikit.
4. Kelas Tok Ayah Wan malam ini seperti biasa. Kitab Bughyah Tullab susunan Syeikh Daud Fatoni. Insha Allah.
5. 11 Januari ni dengarnya Baba Ismail Sepanjang nak datang insha Allah. Kalau ikut maklumat awal. Baba dijadual beri kulliah maghrib. Kemudian jamuan. Insha Allah.

Isyarat perlu lebih ramai Third Force


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Isyarat perlu lebih ramai Third Force;
Teringat masa belajar dulu. Satu hari ada seorang ammu datang jumpa. Katanya nak sedekah. Sempena Ramadhan. Ammu itu minta aku cari pelajar yang miskin.
Ambil masa juga nak teliti. Puas juga stalk. Akhirnya aku dapat kumpul satu senarai pendek. Itupun juz Anak Pahang je aku sempat.
Tak sangka. Terjumpa kes kita jarang perasan. Terlepas pandang dan ianya touching.
Rupanya terdapat sahabat belajar yang terpaksa ikat perut. Dua hari sekali makan. Itupun makan Indomee (Maggie). Mujur ada kawan perihatin. Cuba juga tolong, ajak join sekali bila masak.
Perkembangan di Malaysia. Seronok tengok sekarang. Kalau jalan-jalan ke Masjid Hidayah Permatang Badak. Ada satu peti ais, siapa-siapa berminat nak 'tabarru' kepada musafir yang kelaparan. Boleh sumbang. Alhamdulillah, selalu juga tengok peti itu penuh.
Budaya bersedekah. Bantu orang susah. Kita kena budaya dan semarakkan. Mudah-mudahan mentaliti kita rakyat Malaysia bertambah baik.

Emosi Meninggal dunia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




[ Emosi Meninggal dunia ] ;
Kehilangan orang tersayang. Juga penting. Memang mencabar emosi dan kesabaran. Apatah lagi melibatkan ibu ayah. Bisikan jahat akan mula menghantui. Paling teruk, hati mula menyalahkan Takdir Ilahi.
Ketika inilah baik rodong atau keluarga terdekat yang 'memahami' perlu bertindak. Perlu bantu neutralkan perasaan. Pantau keadaannya.
Tekniknya pelbagai. Yang penting matlamatnya, untuk elakkan mangsa jatuh ke lembah syirik. Juga takut-takut mengambil tindakan yang merosakkan diri sendiri.
Bukan besarpun. Adakala ia hanya perlukan telinga dan bahu kita. Untuk meluah bebanan. Perlukan kalam 'mutiara' untuk neutral perasaan.
Semua orang mungkin bebeza. Tapi hak itu-itulah juga...