Jumaat, 8 April 2016

Khidmat Masyarakat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Alhamdulillah. Jumaat tadi, aku selesai menjalankan tanggungjawab membaca khutbah. Tidak pasti bagaimana penerimaan jemaah. Tapi dari sudut hati aku. Macam biasa. Setelah buat dengan beria. Aku berpuas hati. Abi kata okey sebab tiada yang tidur. Kira Alhamdulillah lah yek.

2. Tadi sebaik selesai bersalam. Ada seorang pakcik menahanku. Katanya nak memgaji Alquran dengan aku. Aku suka. Cuma berkira-kira juga waktu bila aku sebetulnya free.

ISNIN-JUMAAT 
1. 8-10pagi : Maahad
2. 10-12tengah hari: Qoilulah
3. Zohor : Free
4. 5-6.30 : Gymnasium
5. Maghrib-9.30 (Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa) : Pondok
6. Maghrib-11 (Isnin, Rabu) : Masjid Negeri

SABTU-AHAD
1. Subuh : Free
2. Zohor : Kursus Haji
3. Asar : Gymnasium (Sabtu), Joging (Ahad)
4. Maghrib-9.30 : Pondok.

3. Jika boleh. Cuti hari sabtu dan ahad aku tidak mahu usik. Sebab nak sediakan untuk masa bertenang.

4. Memang aku dah hajat untuk buka kelas percuma. Khidmat buat masyarakat. Nak dakwah, amar makruf, nahi munkar aku tiada kekuatan. Jadi aku rasa cara begini sesuai dengan naluri aku.

5. Aku juga berhasrat nak buka kelas Fiqh dan Nahu. Nantilah tunggu ilmu aku masak dahulu Insha Allah.

6. Adapun hajat aku untuk belajar Perubatan Assyifa, Kelas Bahasa Arab, Master. Perlu tunggu waktu yang sesuai dari Allah. Mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik buatku.

7. Alhamdulillah. Aku ada banyak hajat. Namun aku tidak terlalu memikir cara nak dapatkannya. Allah-lah yang tunaikan banyak hajatku itu. Alhamdulillah. Jika nanti Allah tanya, nikmat apa lagi yang Dia tak berikan padaku. Aku sangat segan nak jawab. Sebab inipun dah lebih dari cukup. Tapi still nak lagi... hihihi

Khamis, 7 April 2016

Kena baca khutbah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Malam semakin gelap;

1. Uuuiii.... Tingginya standard yang Ustaz Abdullah Khairi dah letak.

2. Antara perkara yang paling payah nak buat. Baca teks.



3. Kalau spontan. Senang. Kita bebas reka nada berdasar isi kita nak sampai. Bayang sahaja dan lontar.
4. Tapi kalau baca teks. Kita terpaksa cari nada sesuai. Sebahagian petikan pula. Kita jarang guna. Jadi agak mencabar.

5. Tapi bak mafhum dari kata Dato' Faizul. Lebih kurang 7-10 tahun dulu. Masa bercerita bab corak persembahan untuk qasidah.

" Kita bukan nak buat gempak-gempak. Cukuplah sampai orang tak keji... "

Rabu, 6 April 2016

Hidup dan Cabaran



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hidup kita perlu sentiasa bergerak. Maka semestinya kita perlu berubah dan fleksibel. Alhamdulillah, hari-hari Allah berikan kehidupan yang best buat aku. Sentiasa ada cabaran. Sesuatu yang aku suka.

1. Jika dahulu aku agak sukar untuk punctual dengan waktu solat. Kini dengan jawatan imam. Aku terdidik untuk lebih sharp.

2. Jika dahulu agak sukar untuk aku mengulang. Kini dengan jawatan guru tasmik dan imam. Aku lebih kerap mengulang.

3. Jika dahulu agak sukar aku istiqamah untuk bersukan. Kini dengan join gym. Hamoir hari-hari aku bersukan. Berpeluh dan seronok.

4. Jika dahulu. Aku ada juga mengintai calon muslimah untuk dibuat isteri. Takut-takut dikebas dicop orang dulu. Khususnya muslimah talaqi. Kini dengan simpulan tunang. Aku sudah tidak perlu berfikir lagi.

5. Jika dahulu aku pening juga nak mengendalikan kewangan. Kini dengan bekerja. Duit bukanlah masalah besar sangat buat diriku.

Alhamdulillah. Walaupun setiap situasi dan tempat ini ada cabaran tersendiri. Tapi Allah Maha Kuasa. Boleh juga aku aku lalui dengan rasa seronok. Okey-lah. Sudah 7:02. Aku nak bersiap masuk kerja. Wassalam

Isnin, 4 April 2016

Ibrah dari Filem Hitam Putih


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Menonton filem hitam putih. Filem zaman dahulu. Membuatkan kita termenung;

1. Perhatikan kepada wajah para pelakon. Selami raut mereka. Tidak ubah seperti kita. Muda bergetah. Segar. Cuma dalam warna hitam putih sahaja.

2. Lihat baju melayu, kain pelikat dan kopiah bapa mertua P. Ramlee dalam Filem Madu Tiga. Sama seperti pakaian kita sekarang. Baju kot bertie P.Ramlee, juga sama seperti kita.

3. Hidup ini tidak lama. Lagi lebih kurang 20-30 tahun matilah kita Insha Allah. Itupun jika umur panjang. Melihat kepada kesegaran pelakon-pelakon itu. Namun mungkin sekarang, majoriti mereka telah kembali ke Barzakh.

4. Saat di dalam sana. Kita mungkin mengimbau perilaku kita ketika hidup. Mampukah kita tersenyum, atau sebaliknya? Kerana kita rasa malu dengan pilihan perjalanan hidup kita.

5. Untung hanya jika kita pilih jalan yang Allah redoi. Tinggal maksiat. Bersungguh berbuat taat.

6. Hidup ini hanya pentas sementara. Menagih kita membuat pilihan yang tepat. Untuk kelangsungan di Akhirat kelak.

Jumaat, 1 April 2016

Taknak jadi kaya raya?


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Tidak dinafi. Jika sepuluh ke 15 tahun dahulu orang bertanya. Aku akan jawab: Ya ! dan bla..bla..bla (Aku akan bentang plan perancanganku). Tapi jika ditanya sekarang. Aku akan terdiam...

KAYA

Bagiku sekarang. Kaya bukanlah matlamat utama. Yang penting Bahagia dan Selamat.

1. Allah telah tetapkan rezeki buat kita. sejak di dalam rahim ibu kita lagi. Lantas perlu apa lagi kita bimbang dengan masa depan? Semua dah termaktub.

2. Yang penting sekarang. Dimana sahaja Allah tempatkan kita. Kita kena kerja keras.

3. Aku yakin Allah sentiasa bersamaku. Jadi aku tidak bimbang dengan masa depan. Cuma aku rasa Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepadaku. Jadi aku malu dan segan dengan Allah. Aku pelu kerja keras dan tabah, sebagai tanda bersyukur aku kepada Allah.

4. Bimbang juga. Jika ada harta banyak. Makin panjang masa hisabku di akhirat kelak. Sebab itu, harapanku hanya semata-mata kepada redo dan kemaafan dari Allah. Agar aku dilepaskan dari hisab.

5. Aku dah nak mati. Cuma tak tahu bila. Separuh badanku telah berada di alam akhirat. Sepatutnya kehidupanku hanya untuk ini.

Mudah-mudahan Allah ampunkan dosaku dan kami semua.

Kerja imam pula

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bermula Jumaat semalam. Aku mula bekerja sebagai Imam di satu masjid. Alhamdulillah. Nak kata teruja gila, tidak juga. Cuma tenang dan bahagia. Aku suka. Sebab boleh memperluruskan sikap dan disiplin aku. 

1. Bila kita menjadi imam. Kita perlu datang awal. Sebelum azan lagi. Jadi boleh Sola Sunat Tahyatul Masjid. Boleh mengulang hafalan Alquran. Boleh Solat qabliah.

2. Aku juga dapat membantu penduduk sekitar. Untuk berani solat berjemaah. Sebab mereka dah tak perlu bimbang suasana krik krik. Sebab nak tolak siapa untuk imam.

3. Jadi dalam fikiranku. Aku sebenarmya cuma jalani kehidupan biasa. Cuma lebih berhati-hati bab masa. Dan jika biasanya aku menjadi makmum. Kali ini aku menjadi imam.

4. Dari aspek protokol tidaklah sepayah mana. Sebab sudah biasa. Cuma bab muamalah tu. Aku sebenarnya dah lama tinggalkan dunia 'peramah'. Jadi bila nak mula semula. Jadi malas.

5. Apapun Alhamdulillah. Aku memang segan dengan Allah. Sebab mcam-macam nikmat Dia dah beri. Macam-macam hajat aku Dia dah kobulkan. 

Tak tahu nak cakap apa dengan Allah...... Selain Alhamdulillah.
 

Bergaul dengan masyarakat



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

[ Sembang Petang Khamis: ]

Sembang ini semata-mata imaginasi. Suatu metafora. Jangan gunakan akal. Takut nanti melencong. Juz layan..

1. Antara perkara paling malas. Nak bergaul dengan masyarakat. Arghh malasnya. Bila kita makin tua. Kita lebih seronok buat hal sendiri. Rasa malas dah nak ceburi dunia grifter. Lebih seronok gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang. Tapi nanti digelarnya gila.

2. Kan best jadi macam penembak tepat. Dari jauh tembak. Orang tak perasan. Kita boleh beredar lepas tugas selesai. Buat macam tiada apa-apa. Tapi jika disedari orang. Kita dituduhnya kejam.

3. Atau jadi macam burung.Terbang ke sana ke mari. Bebas. Tiada kaitan dengan pakcik makcik di bawah. Hanya tolong beritahu jika ada pencuri masuk. Benteng nak pecah. Ular nak makan budak. Mereka nak gosip atau bergomo. Kita tak kisah.

4. Duduk bawah pokok hijau rendang. Waktu panas. Angin sepoi, udara segar pun best. Duduk atas batu, tepi lata atau air terjun. Air jernih mengalir. Bunyi yang segar. Itu juga best.

5. Hehe.. Namun bukan semua yang best itu senang-senang boleh wujud. Untuk best perlukan kerja keras, pengorbanan dan kesabaran yang tak best.

6. Sudah resmi masyarakat. Jika ada sedikit beri sedikit. Jika banyak berilah mana boleh. Best bukan dibina atas prinsip berapa aku dapat? Tapi bagaimana aku boleh tolong? Rasa seronok bila dapat tolong.

7. Esok 1 April 2016. Episod penting. Episod mula bermasyarakat. Menjadi Pemberi official.

8. Hari esok juga terkenal dengan hari April Fool. Walau bukan budaya kita. Tapi esok Haji Jumaat. Hari yang sangat sarat dengan peluang best jika direbut. Ini baru budaya kita.

9. Antara beri dan minta. Aku lebih memilih beri. Sebab tak terikat.

10. Anda bagaimana?

Takpe, kita memang selalu berbeza..