Sabtu, 27 Ogos 2016

Sukan Olimpik dan Jurulatih



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Sukan Olimpik dan Jurulatih: ]

1. Teringat satu Filem Animasi. Monster University tak silap. Satu hantu yang tak berbakat jadi hantu. Tapi dia tahu 'cara' nak jadikan hantu lain bagus (menakutkan). Dan dia sangat berjaya sebagai jurulatih.

2. Berbual dengan teman yang bukan sahaja pandai main bola. Tapi juga sangat berminat bab taktikal. Kini orang tidak hanya kaji hebatnya skill Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi. Tapi juga keberkesanan corak permainan satu-satu pasukan. Baik Counter Attack, tika-taka, samba atau total football. Dan sudah pasti, Kebolehan jurulatih.

3. Bila ada yang kritik atlet. Sebab tidak menang gold medal. Lalu ada marah. Backup kata atlet dah main bermati-matian. Sebenarnya kita patut bina satu 'budaya'.

4. Kita berterima kasih pada atlet yang pastinya dah berusaha 100%. Tapi kita juga perlu budayakan sifat 'mengkaji'.

5. Sementara masih panas. Seronok kalau akhbar dapat hidupkan budaya mengkaji. Apa Negara Cina buat, sampai boleh fight dengan negara omputeh. Apa cara Keluarga Sidek buat, sampai Misbun, Razif, Jalani, Rasyid boleh jadi jaguh badminton dunia. Jemput panelis yang 'ahli' untuk berkomentar.

6. Zaman sekarang bukan macam zaman kita sekolah rendah. 20 tahun dahulu. Jika dapat nombor 1-7 dalam kelas. Maka kitalah saja yang layak menjadi pengawas, ketua pengakap, terpilih wakil sekolah main bola dan pengganti guru nak jaga kelas junior. Jika guru bermesyuarat.

7. Kita kini di zaman 'menilai' bakat dan kemampuan. Jika orang itu pandai bidang A. Tapi lemah bidang B. Maka koordinat orang itu di A. Dan koordinat B tempatkan orang lain.

8. Kata kawan (ku ubah sedikit analoginya), kita kini hidup zaman LEVERAGE. Zaman 
agihan tugas mengikut kepakaran. Zaman dulu budaya RAMBO. Semua benda hero nak kena buat.

9. Tulisan ini bukan bermakna penulis menyokong sukan renang. Atau seumpamanya yang mendedah aurat. Cuma nak 'highlight-kan' budaya yang patut kita semarakkan. Budaya mengkaji dan meletakkan seseorang tepat pada koordinatnya.

Bila suratan itu tiba



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Bila suratan itu tiba; ]

1. Sedang terperangkap di jem baru ini. Ku hitung-hitung. Ada 9 orang juga temanku telah pergi. Teman yang jarak umur tidak jauh dariku. Dari kecil hingga sekarang. Tidak termasuk saudara dan adik beradik.

2. Ada antaranya sangat rapat. 2-3 hari sebelumnya sangat rancak berbual. Kemudian beberapa hari ia tidak datang kelas. Tiba-tiba dapat tahu baru meninggal.

3. Ada yang diuji dengan sakit. Sebelum bertemu ajal. Tidak lama nanti mungkin kita pula. Bila tiba waktu giliran.

4. Jarang semua dapat bersama sehingga umur 80. Sehingga umur 50 juga tidak logik. Umur sekarang juga telah ramai yang pergi.

5. Jika tibalah saat itu. Mungkin antara yang paling kita tagih. Kemaafan dari teman-teman. Mungkin dahulunya 'kata-kata' kita di belakang hanyalah suka-suka. Kerana dia juga teman rapat kita. Teman marah boleh reda.

6. Namun mungkinkah di 'sana' nanti. Kita juga rapat sebegitu. Atau dengan penuh ammarah. Kita ibarat musuh 1000 tahun. Betegang urat leher. Saling mengungkit kesalahan lampau. Dek takut dari azabnya.

7. Jika tulisan ini hinggap di matamu. Ku pohon maaf atas segala silapku. Ku ampunkan juga segala silapmu. Ku harap ketika di akhirat nanti. Kita bisa bersama dalam naungan Rahmat Ilahi. Menikmati bahagia tiada tepi. Tidak dihisab tidak diadili.


Uwies Alqarni Abdul Rahman
6:27pm.    16 Ogos 2016

Group Telegram Talaqqi Majlis Ilmu sekitar Kuantan dan Pahang



[ Kita tubuh Grup bagi Pencinta Ilmu secara Talaqqi sekitar Pahang. Jemput sertai: ]

1. Grup sebelum ini sengaja kita batal. Sebab takut ada guru tak setuju pengajian mereka dirakam dan dipublikkan. Alhamdulillah, lampu hijau dah dapat.

2. Insha Allah. Kita sama-sama share baik hebahan, poster, rakaman, haflah, tausiah, maulid, houl sekitar Pahang.

3. Kita pilih telegram berbanding WhatsApp kerana faktor kapasiti perkongsian lebih besar.

4. Grup ini Tauhidnya tidak lari dari AlAsyairah/AlMaturidi. Fiqhnya atas jalan Assyafie.

5. Pohon. Kita tidak sebarangan share pengajian. Hanya pengajian dari guru yang diyakini. Punyai sanad, mutqin dan terpercaya. Baik dari aliran Ribat Hadramaut, Ruwaq Mesir, Pondok Patani dan Malaysia mahupun lain-lain tempat talaqqi.

6. Kita berdoa. Moga Allah rahmati dan berkati usaha kita ini.

Mamat pilih 1001 Jalan



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Mamat pilih 1001 Jalan: ]

Bila Mamat dah cuba 1001 cara untuk tolong orang. Puas kerah otak. Tapi yang temu hanya jalan buntu. Puas pusing macam-macam cara. Tak lepas juga. Mamat kena ingat satu kata-kata;
'Mungkin Allah dah tentukan takdir lain buat orang itu..'

Jadi fikiran Mamat pun kembali tenang. Tenang dalam berikhtiar.

~Jiran kepada Mamat.

Dah cantik PAS-UMNO bekerjasama



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Apa kejadahnya? Ntah ape-ape ko ni; ]

1. Analoginya. Kamu nak Solat, Puasa, pergi haji, taknak makan khinzir. Tiba-tiba ada sorang ni tak bagi. Padahal itu hak beragama kamu. Tiada 'langsung' kaitan dengan dia.

2. Samalah. Kamu nak Mahkamah Syariah diperkasa. Demi nak jaga dan baiki masalah masyarakat 'Islam'. Itu hak orang kamu. Tak usik pun dia. Dia tetap berkeras tak benarkan. Siap nak tentang.

3. Dah cantik Tg.Haji Hadi (PAS)nak bentang di Parlimen. Ds.Jamil Khir (UMNO) pula bersungguh tolong terang.

4. Kalau gini gayanya. Satu hari nanti.Insya Allah Sekolah agama pun kena tutup. Masjid tak
 boleh bina. Orang Tabligh, Aman Palestin, Hidayah Centre dah tak boleh buat dakwah. Sebab 'orang lain' tak suka.

Ntah apa kebendalah ko ni...

Sabtu, 6 Ogos 2016

Kompang dipalu


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kompang dipalu; ]

1. Kan bila dah 3-4 kenduri. Jaraknya saling setengah ke satu jam juga perjalanan. Terpaksa berpecah satu keluarga. Untunglah keluarga besar. Boleh grouping. Tak nampak sangat lopongnya.

"Ayah dan Ibu ke kenduri Mak Khaulah dan Ayah Ammu. Kamu pula ke kenduri Syamsu, Qomaru, Qusuf dan Khusuf ye..."

2. Suasana Kampung Lengkor dulu-dulu. Seawal petang Jumaat trektar dah start masuk ladang. Cari kayu api. Budak-budak pun berebut duk menyempil naik belakang trailer. Malam ke pagi orang tua nolong masak. Budak-budak pula main polis sentri. Satu kampung macam pesta.... Wuih Meriah.

3. Sempat masa Alattas. Orang kampung suka minta khidmat pelajar. Tolong 'angkat hidang'. Dulu-dulukan makan berhidang. Lauk pauk diletak dalam pinggan. Diatur satu sudut. Untuk 4-5 orang makan. Pukul 8-9 pagi tuan rumah dah jemput. Dijamu sampai kenyang. Diberi tuala mini satu sorang. Bila tetamu datang je. Bermulalah kerja melayan. Lauk pauk yang masih elok akan di 'recycle'. Tapi ada pantang larangnya. Jangan buat 'depan' orang ramai.... Wuih bahaya.

4. Budaya sebahagian orang kita. Kalau ada rezeki lebih. Tengah tak sengkek. Masa salam dengan bapa pengantin. Mereka selit duit sumbangan. Belah sini panggil salam kokoit (betul ke ni ejanya?). Ada juga yang bawa hadiah. Cuba bantu dalam diam. Mungkin kasihankan keluarga pengantin. Kos kenduri semua tahu bukan sedikit. Ribu-riban juga. Puluh ribu itu biasa. Teringat awal tahun dulu. Seorang sahabat baik lagi kacip. Yang terdesak nak cekaw duit. Untuk buat walimah. Sampai pergi ke bank nak usya loan... Touching mendengar.

5. Kata Jiran. Plan kendurinya nak buat kat rumah. Sebab saudara mara jauh nak kenal rumah. Tapi kata kawan kanopi pula. Buat kat dewan jimat. Kanopi dah tak perlu sewa. Kerusi banyak. Tetamu nak ke tandas pun mudah. Namun lain pula kata teman hanset. Dia senang je. Buat kat masjid malam Jumaat. Habis je semua aturcara. Jamu jemaah makan bubur kacang. Mudah lagi jimat.... huish tak terfikir.

6. Baru ni perasan. Ada sorang pakcik ramah betul. Bila difikir. Baru teringat. Sebelumnya ada penuhi jemputan haflah di rumahnya.

Adakala. Orang suka bila pemberian dan jemputannya kita hargai dan penuhi. Walaupun dia mungkin telah berhabis tenaga, duit dan kita pula tiada rugi apa-apa. Ukhwah semakin rapat dan cinta semakin mekar.... wuih ayat.

7. Asam garam hidup bermasyarakat. Dulu peranannya dimainkan ibu bapa kita sahaja. Kini kita perlu juga jenguk-jenguk.

Isnin, 1 Ogos 2016

Gelaran Ustaz: Lain tempat. lain Budaya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Lain tempat. lain Budaya ]

Bila ada orang pondok berbunyi. Sebab terlalu mudah gelar orang 'ustaz'. Tersenyum sendirian. Memang logik la ada berbunyi. Dari pemerhatian (Tak tahulah jika memang ada pentakrifan khusus) :

1. Di pondok. Jika orang baru masuk. Orang itu digelar Budak Pondok. Di Fatoni digelar Tok Faqir (Faqir kepada Ilmu Allah). Dan perempuan dipanggil Munirah. Jika orang itu sudah lama belajar. Biasanya 6-7 tahun. Banyak kitab dan matan sudah dia khatam, hafaz dan kuasai. Makna belajar sungguh. Sudah boleh mengajar kitab kuning (turath). Maka orang itu baru diperingkat Kepala Mutollaah. Biasanya hanya dipanggil abang. Belum lagi level Ustaz. Jauh lagi Tok Guru.

2. Bila Kepala Mutollaah itu sudah boleh mengajar Kitab Tinggi. Khususnya kitab arab peringkat mutawassit. Mahir ilmu alat dan pelbagai matan dalam kepala. Biasanya belasan ke puluhan tahun belajar dan mengajar. Maka baru orang itu diakui sebagai Ustaz.

3. Untuk gelaran Tok guru pula. Maka lebih tinggi dan meluas lagi cabang ilmu yang dikuasainya. Mungkin ambil masa lebih lama untuk mengaji. Sebab itu tak ramai yang digelar Tok Guru sekarang. Menurut guru. Istilah untuk membolehkan seseorang dipanggil Tok Guru pada zaman dahulu. Lagi sukar berbanding sekarang. Sebab tu ramai yang bersedih bila Tok Guru Haji Hashim Pondok Pasir Tumboh dan Tok Guru Abdul Rahman Pondok Lubuk Tapah meningal dulu. Sebab nak cari pengganti dah sangat-sangat sukar.

4. Di Malaysia. Masyarakat kita biasa meletakkan gelaran 'ustaz' kepada siapa sahaja yang mengajar Agama Islam. Dari mengajar Iqra Alif Ba Ta sehinggalah kepada Pensyarah Universiti.

5. Di Timur tengah. Istilah ustaz biasanya merujuk 'tuan' di tempat kita. Seorang yang berpangkat di dalam jawatannya. Bukan mesti seorang yang berpendidikan agama. Di samping gelaran khusus yang masyhur. Orang juga biasa memanggil pegawai Jawwazat (Imigresen), Pegawai Polis. Pendaftar Universiti dengan gelaran Ustaz.

6. Teringat satu ketika. Syeikh Ali Jum'ah. bekas Mufti Mesir juga pernah menjelaskan istilah 'Syeikh'. Yang berbeza penggunaannya mengikut situasi.

7. Teringat orang tua kita dulu. Kalau jumpa polis dipanggil tok. Hantu pokok dipanggil tok. Dapat cucu dipanggil tok. tok empat, tok ketua, tok penghulu, tok imam, tok kadi, tok batin, tok bidan. tok bomoh. Semua dipanggil tok.