Isnin, 15 Mei 2017

Jiwa kacau reput

1. Ada sebahagian waktu. Aku berada di suatu kondisi. Mulutku akan cakap lepas, mulut pantas bahan orang, hatiku kering, aku habiskan waktuku dengan tonton cerita. Jiwaku tak tenang.

2. Lalu tindakan pertamaku. Untuk elakkan api dari merebak. Dengan tutup mulut, larikan diri dari manusia, tenangkan fikiran, tarik nafas, beristighfar. Lalu aku cari ceramah-ceramah santai Ustaz Kazim. Yang sarat hikmah dan seni. Aku pasangkan. Biasanya dari simpanan.

3. Perkara sebegini berlaku biasanya bila aku jauh dari 'seni'. Seni yang mampu membasahkan jiwa. Seni yang terhias pada kalam, pada qolam, pada alam.

4. Halaqah tasawwuf. Tutur kata yang indah, ibarat awan putih. Diselaputi langit biru. Pohon hijau beralun. Dibuai angin petang. Rumput luas terbentang. Nyaman berbau alam.

5. Jiwa juga dapat didamaikan, dengan lantunan zikir qasidah. Munsyid mengalun irama. Membuai jiwa mengajak muhasabah. Basah tanah dengan limpahan kasih dan kedamaian. Hanya sayang dan suasana redup semua terasa.

6. Jika jiwa kacau ibarat tanah yang panas kering kontang. Maka jiwa tenang ibarat cuaca yang nyaman dan sejuk.

7. Selagi hayat ada. Selagi itulah ujian perlu ditempuh. Adakala kita panjat. Adakala kita renang, pening, pepah, sentak. Adakala berbentuk kek strawberry keju yang berkalori tinggi. Adakala berbentuk kayu reput.

8. Redho dan bersyukurlah. Kerana yang baik dan buruk. Semuanya datang dari Allah jua. Asbab diri kita yang lemah dan jahil.

Terimbau SPM dulu-dulu



1. Aku sedang jaga exam. Tingkatan 4. Pelajar sains. Bila tengok soalan budak-budak ini.
"Ya Allah.. mudahnyaaa..."

2. Teringat masa aku SPM dulu. Terdetik  juga rasa nyesal sebab tak perform.

3. Tapi bila makin direnung. Ketentuan Allah lebih hebat. Jika tidak, tidaklah aku berada ditempatku berada hari ini. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan takdir Allah.

4. Bila fikir saat aku struggle masa PMR dulu. bestnya. Kita akan rasa sangat puas bila dah berusaha bersungguh-sungguh. Walau result biasa-biasa. Tapi kalau kita acuh tak acuh. Memang perasaan menyesal akan menyelubungi diri. Walau result gempak.

Sabtu, 13 Mei 2017

Nekadkan azam

1. Petang itu di gymnasium. Perasaanku dihambat rasa ada benda tak settle (sila baca coretan sebelum ini). Nak habaq malas, nak teruskan membisu rasa tak kena.

2. Malam itu. Sebaik selesai Solat Mahgrib aku buat pengumuman.

3. Beritau pasal yang berlaku Zohor tadi, aku tersilap. Bila aku tertambah rakaat, maka makmum betulkan, aku akurlah salah. Lalu aku turun. Cuma aku tersilap sebab tak buat sujud sahwi. Aku cerita asbab sujud sahwi. Ada juga dengar soksek-soksek di belakang.

4. Aku beritahu. Jika nak rujuk boleh buka Kitab Albahru Alwafi, yang merupakan alih bahasa dari I'anah Tolibin susunan Sayyid Bakri, I'anah pula adalah hasyiah bagi Fathul muin susunan Syeikh Mulaibari. Syeikh Mulaibari adalah anak murid Imam Ibn Hajar. Imam Ibn Hajar dan Syeikh Ramli adalah dua Mujtahid Tarjih dalam mazhab kita. Jadi Syeikh Mulaibari adalah anak murid kepada Imam Ibn Hajar.

5. Makmum mula diam. Saje nak kuatkan yakin diorang. Apa yang kita habaq ni, sumber ambilannya dari mana.

6. Kemudian aku ulang lagi. Konklusinya kena sujud sahwi (sunat). Aku tinggalkan mereka. Lepas solat sunat, aku cepat-cepat keluar, langsung tak hirau, siapa yang akan bawa tahlil. Kebetulan malam nisfu Sya'ban.

7. Sampai rumah. Aku contact Anep, ajak lepak. Saje nak lari dari dunia aku kejap. Malas nak fikir.

8. Sampai sekarang. Fikiranku duk ulang tayang peristiwa tu. Aku tak kisah. Cuma setiap kali lepas ceramah yang aku buat sepenuh hati atau cincai-cincai. Inilah yang kerap berlaku. Perkara itu menghantui aku.

9. Mudah-mudahan ianya hilang. Aku malas nak ambil port mikir. Tapi hanya Allah yang tahu mana terbaik. Wallahua'lam.

Khamis, 11 Mei 2017

Tergamam diantara sujud atau salam

1. Tadi Zohor aku tersilap. Terbangun rakaat kelima. Mujur jemaah reti. Mereka tasbih. Aku duduk. Cuma aku lupa, dalam bab ini kena sujud sahwi atau tak. Aku ambil jalan selamat, aku tak sujud.

2. Balik aku semak balik Albahru Alwafi. Aku sempat ngaji bab ni dengan Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh.

3. Tajuk ni antara tajuk paling aku tunggu-tunggu sejak remaja. Sebab teknikalnya tak ramai berjaya tuntas dengan baik. Tapi Alhamdulillah, kitab ini memang best, detail. Memang serasi dengan otakku yang jenis sukakan ilmu pengurasan ni.

4. Jadi bila aku belek semula teks kitab. Aku sebenarnya perlu sujud sahwi. Sebab telah lakukan satu dari empat asbab yang disunatkan sujud sahwi. Aku semak pula Attaqrirat Assadidah, muafaqat.

5. Tadi aku nak habaq kat jemaah masa Asar tadi. Jadi malas pula. Tengoklah dulu, samaada nak habaq maghrib nanti atau berdiam diri sahaja. ermm...

Rabu, 3 Mei 2017

[ Banyak pula benda libatkan Wasap pagi ni ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Dulu sebelum zaman Wasap. Komplen mudah di ambil perhatian. Bila kena gaya saluran. Orang pun jenis komplen bisik-bisik, yang nak ketengah tak ramai...

2. Sekarang zaman Wasap dalam henfon. Komplen boleh direct ke Manager atau Menteri. Semua orang pun boleh komplen. Tak perlu lalu Setpol atau PA dah. Biar menteri tengah bercuti atau tengah mandi pun. Mesej tetap masuk semacam.

3. Tapi masalah bila dah semua nak komplen. Makin kuranglah komplen nak dilayan. Penguasa dah tepu.

4. Apatah zaman sekarang, orang jenis cakap direct. Bagi depan-depan. Ayat tak bersulam tapis. Sekali baca nampak macam marah, tapi sebab letak smiley, boleh jadi juga tengah melawak...

5. Bila dah berlunggun. Orang yang baik sikit akan baca lebih kurang. Yang nakal buat tak hirau. Yang menghantar mesej pula panas punggung. Mesej dah hantar, masalah tak selesai-selesai.

6. Orang sekarang bijak, cerdik lagi genius. Tapi seni tiada. Itu pasal nak minta pasang plug heater pun sampai ke sudah tak lepas-lepas. Padahal bilik maintenance sebelah je dengan biliknya.

7. Entahlah. Mungkin kementerian pendidikan perlu wujudkan mata pelajaran baru. Mata Pelajaran Cara Nak Bercakap dan Cara Nak  Faham Orang. Sebagai tambahan kepada beratus-ratus mata pelajaran yang dah ada, dan jadi subjek elektif untuk SPM.

" Biar bulan jatuh je riba. Tetap ku nanti bintang di langit. Biar berlawan arus muara. Katalah yang betul walaupun pahit..

Jangan menimbang buah kelapa. Takut bengkak semakin membesar. Diberi pilihan untuk bersuara. Fikirkan uslub barulah mentitip..

Jangan bertumbuk dengan durian. Ambillah parang untuk mengupas. Dunia ini banyak dugaan. Sambutlah pilihan dengan beralas..."

Sabtu, 29 April 2017

Nasihat buat Geng Talaqqi - Siri April 2017


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله


 " Adakala situasinya tidaklah serumit mana. Bagi geng talaqqi mungkin 'nasihat' itu memang solid nasihat, bukan terlindung niat nak meruntuh persatuan. Geng talaqqi lihat geng persatuan abaikan tanggungjawab talaqqi. Hal ini sangat bahaya buat ummat dan diri mereka sendiri. Lalu geng talaqqi tegur.

Bertambah tegang. Bila geng persatuan 'panas' telinga dan tidak dapat terima teguran itu. Lalu geng persatuan jadikan alasan 'perjuangan' sebagai tembok perisai. Jika geng talaqqi hentam mereka, bererti menyerang 'Perjuangan Islam'. Walhal kawan itu bukan nak serang perjuangan, mereka hanya nak nasihat tabiat buruk geng persatuan..."

2. Apa yang kalian nampak. Dari situasi di atas?

3. Jika kita amati isu ini secara tenang dan mendalam, kita boleh nampak. Betapa lemahnya geng talaqqi bermain politik. Serta betapa tidak rasionalnya geng persatuan.

4. Secara pukul rata. Ramai yang menghentam geng persatuan.  Sebenarnya bekas anak didik yang lahir dari persatuan juga. Namun semacam lumrah. Selang beberapa lama selepas tidak lagi aktif. Mereka pula yang mengetuai serangan demi serangan terhadap persatuan.

5. Bila kita berada di luar kotak. Penglihatan kita lebih luas. Kita bukan sekadar faham persekitaran di dalam kotak. Malah kita nampak juga situasi di luar kotak. Maka sudah pastinya, cara kita fikir sudah berbeza.

6. Namun silap geng talaqqi. Mereka hanya lontarkan idea dan kritikan. Namun tidak sulamkan dengan seni politik. Geng talaqqi hanya fokuskan akal tidak hati. Jadi mad'u payah nak terima malah semakin menjauh. Akhirnya mad'u sudah jadi musuh.

7. Teringat sebahagian ustaz-ustaz terdahulu. Dialah yang bermatian menolong di dapur sewaktu program. Dia  jugalah insan yang paling istiqamah duduk bertalaqqi didepan syeikh. Jadi orang senang dengan mereka. Dia tak banyak berbunyi, tapi dia contohkan dengan suri tauladan. Orang talaqqi respect dengannya. Orang persatuan sayang dekatnya. Ada waktu dia buka pengajian, ada waktu dia mengacau kuali.

8. Kita selalu fikir teori tak patut. Lalu kita letakkan diri kita di situ. Walhal situasi itu tidak wujudpun. Menyebabkan perasaan sendiri terganggu. 'Jika bertembung kepentingan jemaah dan kepentingan diri. Maka dahulukan jemaah'. Maka kitapun mengelamun:

"Bila kita diminta jadi Ad-hoc program, namun bertembung dengan kelas talaqqi..."

Walhal benda boleh adjust. Mesyuarat boleh anjak, kerja boleh wakilkan.

9.  Sumbangan geng persatuan diakui sangat banyak. Namun, bila kebaikan mereka tidak dihirau. Sebaliknya kekurangan mereka juga yang ternampak dan beria-ria dikorek. Jadilah geng persatuan seolah-olah sangat jijik di mata geng talaqqi.

10. Justeru kita berharap. Kedua-dua geng nantinya akan dipimpin siswa mahir seni politik. Yang bukan sekadar rasional. Tapi juga faham jiwa manusia.

11. Isu sebenar bukanlah Geng Talaqqi-Geng Persatuan. Tapi RAJIN-PEMALAS. Malas belajar, malas nak tolong orang.

Khamis, 6 April 2017

Daurah As-Saifiyah 2017 di Yaman

Daurah As-Saifiyah adalah pengajian kelas musim cuti panas di negara Arab yang dianjurkan oleh Dar Al-Mustafa (DM) & Dar Al-Zahra (DZ) pada setiap tahun, selama 40 hari.

Pada tahun ini daurah akan bermula pada 10 Syawal 1438H yakni bersamaan 4  Julai 2017 dan akan berakhir pada 22 Zulkaedah 1438H bersamaan 14 Ogos 2017.

Daurah akan dipenuhi dengan program ilmiyah, tadarus al-quran, zikir harian, solat berjamaah bersama Habib Umar, ziarah para mashaikh dan habaib, ziarah maqam auliya dan solihin.

Antara tenaga pengajar sewaktu daurah ialah:-

1. Habib Umar bin Muhammad ben Hafidz ('Amid Dar Mustofa)
2. Habib Ali Masyhur bin Muhammad ben Hafidz (Mufti Tarim)
3. Habib Kazim bin Jaafar AlSaggaf
4. Habib Ali bin Abd Rahman AlJufri
5. Sheikh Umar bin Husin AlKhatib
6. Habib Zaid bin Abd Rahman ben Yahya
7. Habib Muhammad bin Sumait

Antra madah yg akan dipelajari : Fiqh Shafii (Matan Abi Syujak), , Tasawwuf (Qutul Qulub), Tauhid*, Tafsir*, Hadis*, Fiqh Dakwah*, Dars Sirah Nabawi, Tadarus Al-Quran, Hafalan surah pilihan*, Hafalan hadis pilihan*.

*akan diberitahu kemudian kerana silibus daurah belum keluar lagi.

Pengajian umum bersama Habib Umar disediakan terjemahannya secara langsung ke bahasa melayu dan english.

Mengenai yuran daurah 40 hari tersebut, pihak DM dan DZ mengenakan bayaran sebanyak 10,000 Riyal Yemeni bersamaan RM 200@220.

Yuran tersebut termasuk penginapan, makan+minum, letrik, air dll aktiviti yang di anjurkan oleh pihak DM & DZ.

Cuma sedikit wang untuk kitab yang dipelajari didalam daurah harus ditanggung oleh peserta sendiri.

Keistimewaan Daurah kali ini :-
- Disediakan juga daras dalam bahasa melayu oleh ustaz-ustaz yang lama disana.
- Dapat melihat kesungguhan ulama beribadah.
- Dapat belajar cara mengimarahkan waktu dgn baik.
- Dapat duduk lebih rapat dan bersilaturahim dgn ulama.

Hubungi untk sebarang pertanyaan & pendaftaran:-

Mohamad bin Alwy ben Hafidz.
Tel/Whatsapp:- +60193316617
Email:- bin_hafidz@yahoo.com

⏩ Tarikh tutup pendaftaran sebelum 27 Mei 2017

⏩ Cadangan tarikh berangkat pada 27 Jun 2017

CnP