Selasa, 17 April 2018

[ Bila dah masuk Bulan Khilaf Yang Pening; ]



Berkawan rapat dengan Sahabat Salafi Wahhabi.

.
Otak mereka logik, realistik dan berfakta. Nahu mahir. Kitab-kitab rujukan kita Mazhab Syafie depa tahu, siap boleh petik naqol lagi. Walaupun kuat pertikai. Tapi jika tiba part mereka tak tahu, mereka diam.
.
Kita dah kenal Salafi hebat. Jadi yang jenis kuat menganjing. Tak tahu jawab pegi putar ke topik lain yang tak bersabit. Kita sebut nama kitab masyhur Mazhab kita, dia tak tahu, boleh pula tanya siapa pengarang. Nahu Saraf ke laut. Dibuat contoh pula dari pengikut Mazhab Syafie yang jahil. Lalu dikata itulah rupa Mazhab Syafie yang sebenar.
.
Entah apa-apalah.
.
Nak bersuara rasa malas. Bila senyap, makin diperli.
.
Pening nak menempuh Rejab, Syaban, Ramadhan dan Syawal. Bulan sarat khilaf.

[ Sambung Bidang Agama; ]



Seorang pelajar lepas SPM ditanya. Full juga A-nya. "So, nak ambil bidang apa lepas ni?". Katanya bidang agama... "Di Universiti ****.". Full stop. 

.
Ok, kita koreksi sedikit ya.
.
Bidang agama ni unik sedikit. Jika berminat nak sambung. Tanyakan dulu pada diri. Kamu nak apply u ni;
.
A). Sebab nakkan sijilnya ke? Yang dengannya kamu mudah dapat kerja, bina karier, jadi mufti, qodi, penguatkuasa agama, imam, penceramah, pakar rujuk, pensyarah.
.
B). Atau kerana kamu memang nak mahir sungguh Ilmu Agama? Kamu nak faham hukum-hakam, nak boleh baca kitab arab tanpa baris, boleh baca Alquran dengan lidah fasih. Boleh tahu dalil. Boleh hafaz Alquran, Hadith dan matan-matan? Nak reti sumber ambilan yang soheh? Faham tafsiran Ulama terhadap Alquran dan Hadith?
.
C). Kerana Allah.
.
Jika pilihan kamu A. Tiada masalah. Tapi jika pilihan kamu B. Untuk bidang agama. Terus-terang cakap. Sistem Universiti takkan berjaya menjadikan kamu alim. Ijazah Sarjana Muda, Sarjana mahupun PhD bukanlah sistem yang sesuai untuk jadikan seorang itu alim.
.
Untuk jadi alim. Kamu perlu follow sistem Talaqqi. Yang sijil degree tu takpelah, teruskan sahaja. Sebab tak ramai mak ayah, family mahupun orang lain yang tahu hal ini. Justeru jika ingin mahir Ilmu Agama. Carilah Universiti yang mudah untuk anda keluar bertalaqqi. Ulang lagi sekali, bertalaqqi ye. Bukan ceramah Forum Perdana Ehwal Islam.
.
Sekarang dah banyak. Di Malaysia sudah ada. Di luar negara apatah lagi.
.
Jika pilih C? Erm.. Kamu orang Tasawwuf ye?
.
Selamat menempuh dunia baru. Dunia Berdikari ;)

[ Tahu apa benda yang kita buat; ]



Teringat cerita Ustaz Razak Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Ada pelajar Universiti yang extend pengajian semata-mata nak mari duduk Sri Petaling. Nak buat syahadah Alquran (Perdengarkan 30 juz hafalan dalam tempoh tiga hari). Jadi untuk persediaan, ia perlukan berbulan malah mungkin setahun-dua latihan.

.
Ada seorang teman. Sudah agak lama kerja guru KPM. Akhirnya berhenti. Tinggalkan kerja kerajaan yang berpencen dengan pelbagai insentif menarik. Bertukar ke Guru Tasmik Sambilan pagi, petangnya guru Alquran sambilan, malamnya Imam sambilan. Tiada gaji tetap. Tiada jaminan pencen. Sukar buat loan. Semata-mata nak menjaga hafalan Alquran, hidup dalam dunia Alquran.
.
Ada seorang kepala mentelaah di Pondok Pasir Tumboh. Awalnya dulu balik belajar dari UK. Ditawar gaji berbelas ribu. Tapi ditolaknya untuk belajar pondok. Kerana penguasaan Ilmu Agamanya yang terlalu lemah Dia ditempatkan di kelas paling bawah. Belajar kenal huruf jawi. Sekarang, semua kenal dia. Bukan sahaja berada di kelas paling tinggi. Dia juga mengajar kitab-kitab tinggi (rumit) pondok.
.
Ada seorang kenalan. Dengan pantasnya menolak tawaran kerja tetap dari sebuah syarikat. Kerana sewaktu temuduga. Penyoal memberitahu, syarikat agak berat melepaskan pekerjanya Solat Jumaat.
.
Terbaca kisah seorang doktor. Walaupun mampu, tapi hanya berkereta usang sahaja. Walau dipandang lekeh. Dia tak peduli. Sebab dia fokus pada pelaburan aset. Sudah beberapa rumah dibelinya.
.
Ada seorang teman rapat juga begitu. Walaupun laki-bini bergaji sedap. Tapi dia hanya berkapcai ke kolej. Isterinya pula memandu kereta bermodel lama. Dalam diam, juga melabur kepada aset. Di usia muda, sudah punyai dua rumah yang disewakan.
.
Ada kenal seorang pakcik. Sewaktu kawannya yang lain berebut-rebut membeli kereta. Dia hanya relax. Orang lain membeli rumah. Dia hanya relax. Akhirnya, tahu-tahu. Dia sudah membeli sebuah rumah secara cash dan kereta dengan ansuran bulanan yang sangat rendah.
.
Ada seorang pelajar. Sewaktu rakan sebaya berpusu nak masuk u. Berhijrah ke dunia kampus di bandaraya besar. Dia hanya mohon PJJ, belajar hanya dihujung minggu. Hari Isnin hingga Jumaat pula dia bekerja. Walau tidak berada di dunia kampus 100%. Namun, dia sudah punyai dua kelebihan berbanding rakan sebaya yang belajar Full Time. Dia ada pengalaman kerja dan tidak terikat dengan hutang PTPTN.
.
Setiap orang mungkin berbeza target hidup. Namun. Tahukah kita,

" Apa benda yang kita sedang buat ni?..."

[ Menunduk ke bumi; ]

Kerap kali perhati. Insan yang Allah kurniakan izzah ilmu padanya. Seperti Syeikh Rohimuddin , Ustaz Khairul A, Ustaz Azri Pondok Pasir Tumboh. Antara ciri persamaan mereka. Ialah adab terhadap Guru sangat mereka jaga.

.
Lagak mereka ketika berada di dalam majlis yang dibimbing Tok Guru. Walaupun Tok Guru sekadar membaca kitab kecil. Atau sampaikan tausiah umum. Dan mereka sendiri pula ajarkan kitab-kitab yang besar lagi rumit.
.
Tapi bila di dalam majlis Tok Guru. Mereka kelihatan macam orang bodoh. Dungu. Cara mereka tadah ilmu, macam orang baru belajar.
.
Pernah ketika guru sedang menerang satu topik. Tiba-tiba Tok Guru masuk. Guru dengan pantas, terus bertanya pendapat Tok Guru berkaitan bab itu. Soalannya tidaklah rumit. Guru itupun mampu jawab sendiri.
.
Fokus kelas mula beralih kepada Tok Guru.
.
Sebaik Tok Guru beredar. Guru lantas memberitahu, dia sengaja buat begitu supaya kami belajar. Bila ada yang lebih alim datang. Jangan ajar dia. Sebaliknya ambillah manfaat dari dia.
.
Guru itu manusia biasa juga. Bila kamu diam, pandai cungkil bila waktu, pandai ambil hati. Maka banyaklah buah pelepas dia akan beri. Tapi kalau kamu pula yang ulas. Dia akan senyap. Rugilah kamu.

[ Pegawai Agama FELDA dan FELCRA; ]

Ada parti politik yang berhasrat letakkan pegawai agama di setiap tanah rancangan FELDA. Bagus idea ni. Malah patut diletakkan juga di FELCRA.

.
Siapa yang tinggal di kejiranan peneroka pasti maklum. Betapa dahsyatnya masalah moral di sini. Baik dadah, jenayah rompak dan curi, pergaduhan dan rempit. Yang dah lahirkan anak luar nikah juga ramai. Pengetahuan asas Fardhu Ain juga sangat lemah. Masjid tak hidup.
.
Berbual dengan Abi. Dulu skop tugas pegawai agama hanyalah terhad sekadar mengajar ngaji dan fardhu ain. Itupun dia yang buat sendiri. Kini mungkin kita boleh lainkan.
.
Letakkan pegawai agama sebagai penyelaras, penggerak dan pemantau biah islamiah di setiap gugusan. Pastikan kelas-kelas Fardhu Ain (Tauhid, Fiqh dan Akhlak), juga Kelas Talaqqi Iqra Alquran berjalan konsisten setiap minggu. Majlis sambutan Maulidur rasul, Isra' Mikraj dihidupkan. Adakan program dakwah seperti Malam Kesenian Islam, Camping, kem-kem sunnah dan forum kesedaran.
.
Jika dulu. Semua ini secara ad-hoc. Jadi main tangkap muat. Pakai tala kepada mana-mana staf. Pandai-pandailah dia nak organize. Jadi program dibuat pun sekadar nak isi aktiviti. Lalu matlamat jangka panjang kabur.
.
Tapi jika diwujudkan betul jawatan Pegawai Agama. Semua masalah ini insha Allah kita dapat bendung. Walaupun berdikit-dikit.
.
.
.
#SukaManifestoBernas

Rabu, 11 April 2018

Skala 3 dari 5

Malam ni ok sedikit. Jika ada 5 skala dalam ketegangan otak. Hari ini duduknya di tangga 3. Sebelum-sebelum ini ditangga 4. Satu lagi anak tangga nak cecah 5. 5 bermakna? Entahlah.
.
Aku letih. Ya. Aku letih.
.
Sejak dari bangun pagi hingga kembali nak tidur malam. Otakku penat.
.
Setiap waktu aku perlu berfikir, merancang, mentelaah, menakkul, mengulang. Rasa seperti sudah lama otakku tidak berehat.
.
Sepanjang waktu aku sentiasa perlu bekerja.
.
Ya. Memang puas hati. Alhamdulillah. Sebab aku berjaya harung kesemuanya dengan lancar, walau mungkin ada 1-2 kekurangan yang perlu aku baiki. Apatah lagi, nusrah Allah bersama.
.
Tapi bila melibatkan perkara rally begini. Otak memang sentiasa tegang. Walaupun tidak sesakit sewaktu membaca artikel fitnah dan umpat. Tapi tetap agak tegang juga.
.
Kawan borak terbaikku juga berhijrah ke KL. Jika tidak, ada juga seorang yang boleh jadi tempat aku luah. Sampaikan idea, bercerita dan berkongsi. Sekarang. Tiadalah tempat luah begitu. Sekadar saat berceramah dan mengajarlah. Nak berbual dengan yang disekeliling. Macam tak berapa masuk. Payah juga nak jumpa pendengar yang baik ye.
.
Inipun tergerak hati nak menulis. Ada juga rasa macam kendur sikit otakku.
.
Banyak juga benda nak dicoret. Sapa nak baca lagi mohon angkat tangan ! Takpun hantar mesej ke nombor saya 01115996053.. Taip SAYA NAK BACA CORETAN TUAN hehe. Ada ke yang minat? Saje je... Entah apalah aku melalut ni.
.
Oklah. Wassalam.