Sabtu, 19 September 2015

Suka betul buat camni





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Suka betul buat camni:
Teringat dulu.
1. Masa naik Oman Air boleh bawa bagasi dalam 30kg. Tapi bila naik domestik MAS ke Kuantan, boleh bawa 20 kg je. Puas merayu kepada pekerja MAS, punyalah lama baru lepas. Walhal lebih dalam 3-4 kg je.
Balik rumah terus tulis email ke MAS. Alhamdulillah, masa nak balik semula ke KLIA, berat bagasi domestik MAS dah dibenarkan sampai 30 kg.
2. Tahun lepas. Masa nak departure rasanya. Tengok keadaan KLIA yang bersepah dengan plastik dan botol sampah. Terus buka hanset dan buat aduan kepada KLIA. Ugut nak lapor pada Akhbar Harakah. Alhamdulillah, tak lama kemudian, pihak pengurusan berikan respon balas. Meminta maaf dan berjanji akan membersihkan.
Kita selalu terlepas pandang. Perlukan orang lain untuk bantu mengingatkan kita. Apa salah sekali-sekala, kita memainkan peranan sebagai 'Pengingat' pula ?

Kitakan Sayang Malaysia

Sabtu, 5 September 2015

BENARKAH KISAH ALQAMAH ADALAH PALSU ?

Penjelasan daripada Ustaz Raja Ahmad Mukhlis :

Point Pertama: Bukan semua hadith yang tidak sahih itu dihukum palsu. Bahkan, sangat sukar untuk menghukum sesuatu hadith itu palsu, apatah lagi dengan perawi yang sekadar dhaif.

Al-Imam Ali al-Qari menukilkan dalam muqoddimah kitab al-Masnu', bahawa al-Imam al-Zarkasyi berkata:

بَيْنَ قَوْلِنَا : لَمْ يَصِحَّ ، وَقَوْلِنَا : مَوْضُوعٌ ، بَوْنٌ وَاضِحٌ. فَإِنَّ الْوَضْعَ إِثْبَاتُ الْكَذِبِ ، وَقَوْلُنَا : لَمْ يَصِحَّ ، إِنَّمَا هُوَ إِخْبَارٌ عَنْ عَدَمِ الثُّبُوتِ ، وَلا يَلْزَمُ مِنْهُ إِثْبَاتُ الْعَدَمِ "

Maksudnya:

Antara perkataan kami "tidak sahih" (sesuatu hadith tersebut) dengan perkataan kami "maudhu' (direka-reka)" (sesuatu hadith tersebut), ada perbezaan yang sangat ketara. Maka sesungguhnya al-wadh'u (rekaan) itu bermaksud menetapkan (hukum) pendustaan, sedangkan perkataan kami "tidak sahih" ialah (sekadar) menjelaskan tentang tidak thubut (tidak sabit daripada Rasulullah shollalalhu 'alaihi wasallam), tetapi tidak melazimkan daripadanya itu, menetapkan ketiadaan (iaitu: menetapkan ianya memang bukan hadis NAbi shollallahu 'alaihi wasallam).

Al-Imam Ibn Sholah berkata dalam kitab Ulum al-Hadith:

وكذلك إذا قالوا في حديث : " إنه غير صحيح " فليس ذلك قطعا بأنه كذب في نفس الأمر ، إذ قد يكون صدقا في نفس الأمر ، وإنما المراد به أنه لم يصح إسناده على الشرط المذكور ، والله أعلم .

Maksudnya: Begitu juga jika mereka (para nuqqod/penilai hadith) tentang sesuatu hadith: "Ia tidak sahih", maka bukanlah demikian itu suatu hukum secara muktamad bahawa ia suatu pendustaan pada perkara itu sendiri (dari sudut ianya memang hadith Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam) Bahkan, boleh jadi ianya benar dari sudut sebenarnya perkara itu (boleh jadi benar ianya suatu hadith) cuma sanad-sanadnya sahaja tidak sahih mengikut syarat yang disebutkan (syarat hadith sahih).

Point Kedua: Kisah-kisah ini diriwayatkan oleh: al-IMam al-Baihaqi juga dalam kitab Syu'ab al-Iman:

أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ الله الْحَافِظُ ، نا أَبُو عُمَرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ الزَّاهِدُ صَاحِبُ ثَعْلَبٍ بِبَغْدَادَ ، نا مُوسَى بْنُ سَهْلٍ الْمُوسِيُّ ، نا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، أنا فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَبْدَ الله بْنَ أَبِي أَوْفَى ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : " يَا رَسُولَ الله ، إِنَّ هَاهُنَا غُلامًا قَدِ احْتُضِرَ يُقَالُ لَهُ قُلْ : لا إِلَهَ إِلا الله فَلا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَقُولَهَا ، قَالَ : أَلَيْسَ قَدْ كَانَ يَقُولُهَا فِي حَيَاتِهِ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : فَمَا مَنَعَهُ مِنْهَا عِنْدَ مَوْتِهِ ؟ قَالَ : فَنَهَضَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَهَضْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى الْغُلامَ ، فَقَالَ : يَا غُلامُ قُلْ : لا إِلَهَ إِلا الله ، قَالَ : لا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقُولَهَا ، قَالَ : وَلِمَ ؟ قَالَ : لِعُقُوقِ وَالِدَتِي ، قَالَ : أَحَيَّةٌ هِيَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : أَرْسِلُوا إِلَيْهَا ، فَأَرْسَلُوا إِلَيْهَا فَجَاءَتْ ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ابْنُكِ هُوَ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ ، قَالَ : أَرَأَيْتِ لَوْ أَنَّ نَارًا أُجِّجَتْ فَقِيلَ لَكَ : إِنْ لَمْ تَشْفَعِي لَهُ قَذَفْنَاهُ فِي هَذِهِ النَّارِ ، قَالَتْ : إِذًا كُنْتُ أَشْفَعُ لَهُ ، قَالَ : فَأَشْهِدِي الله ، وَأَشْهِدِينَا مَعَكِ بِأَنَّكَ قَدْ رَضِيتِ ، قَالَتْ : قَدْ رَضِيتُ عَنِ ابْنِي ، قَالَ : يَا غُلامُ ، قُلْ : لا إِلَهَ إِلا الله ، فَقَالَ : لا إِلَهَ إِلا الله ، فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ " ، تَفَرَّدَ بِهِ فَائِدٌ أَبُو الْوَرْقَاءِ ، وَلَيْسَ بِالْقَوِيِّ ، وَالله أَعْلَمُ

al-Imam al-Baihaqi sendiri gunakan lafaz "Wallahu a'lam.." adabnya para ulama' yang sungguh berilmu, berbanding para penilai segera masa kini yang merasai bahawa seolah2 ilmu mereka adalah dalil qat'ie dalam masalah penilaian hadith.

Point Ketiga: Siapa Fa'id yang dinilai dan dikritik dalam hadith ini?

Dalam Tahzib al-Kamal menyebut:

قال عَبْد الله بْن أَحْمَد بْن حنبل ، عَنْ أبيه : متروك الحديث.

# وقال عَبَّاس الدوري ، عَنْ يَحْيَى بْن معين : ضعيف ، ليس بثقة ، وليس بشيء.

# وقال عَبْد الرَّحْمَنِ بْن أبي حاتم : سمعت أبي وأبا زرعة ، يقولان : لا يشتغل بِهِ.

# وقال أيضا : سمعت أبي ، يقول : فائد ذاهب الحديث ، لا يكتب حديثه ، وكان عند مسلم بْن إِبْرَاهِيم عنه ، وكان لا يحدث عنه.

وكنا لا نسأله عنه ، وأحاديثه عَنِ ابْن أبي أوفى بواطيل لا تكاد ترى لها أصلا ، كأنه لا يشبه حديث ابن أبي أوفى ، ولو أن رجلا حلف أن عامة حديثه كذب لم يحنث.

# وقال البخاري : منكر الحديث .

# وقال أَبُو دَاوُد : ليس بشيء.

# وقال الترمذي : يضعف في الحديث.

# وقال النسائي : ليس بثقة.

# وقال في موضع آخر : متروك الحديث.

# وقال ابْن حبان : لا يجوز الاحتجاج بِهِ.

++ روى له : الترمذي ، وابن ماجه.

Dalam al-Dhu'afa' al-Kabir pula disebutkan:

عَنِ ابْنِ أَبِي أَوْفَى.

ذَكَرَ الْبُخَارِيُّ أَنَّهُ كُوفِيٌّ ، وَقَالَ غَيْرُهُ : بَصْرِيٌّ.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ الْخُرَاشِيُّ ، حَدَّثَنِي أَبُو الْفَتْحِ الْمُغِيرَةُ مِنْ أَهْلِ الْبَصْرَةِ ، قَالَ : كُنَّا عِنْدَ عِيسَى بْنِ يُونُسَ بِمَكَّةَ ، حَدَّثَنَا حَدِيثًا عَنْ فَائِدٍ الْعَطَّارِ أَبِي الْوَرْقَاءِ ، فَقَالَ الْمُسْتَمْلِيُّ أَوْ رَجُلٌ : هَذَا شَيْخٌ ضَعِيفٌ يَا أَبَا عَمْرٍو ، فَقَامَ وَقَالَ : نُهِينَا عَنْ مُجَالَسَةِ السُّفَهَاءِ.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الله بْنُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ ، قَالَ : سُئِلَ أَبِي عَنْ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبِي الْوَرْقَاءِ ، فَقَالَ : مَتْرُوكُ الْحَدِيثِ.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ ، حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَحْيَى ، قَالَ : فَائِدٌ أَبُو الْوَرْقَاءِ ضَعِيفٌ.

وَقَالَ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ : لَيْسَ بِشَيْءٍ.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَحْيَى ، قَالَ : فَائِدٌ أَبُو الْوَرْقَاءِ لَيْسَ بِثِقَةٍ.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَيُّوبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ مُسْلِمَ بْنَ إِبْرَاهِيمَ ، وَسَأَلْتُهُ عَنْ حَدِيثٍ لِفَائِدٍ أَبِي الْوَرْقَاءِ ، فَقَالَ : دَخَلْتُ عَلَيْهِ ، وَجَارِيَتُهُ تَضْرِبُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِالْعُودِ ، قُلْتُ لِيَحْيَى : فَلِمَ كَتَبْتَ عَنْهُ ؟ قَالَ : لَمَّا كَتَبَ عَنْهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ.

حَدَّثَنِي آدَمُ ، قَالَ : سَمِعْتُ الْبُخَارِيَّ ، قَالَ : فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَطَّارُ أَبُو الْوَرْقَاءِ ، مُنْكَرُ الْحَدِيثِ

Namun begitu, al-Imam al-Tirmizi masih meriwayatkan satu hadith dalam al-Jami'e, daripada riwayat beliau lalu berkata:

وَفِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو الْوَرْقَاءِ

Tidak ada dalam kritikan (Jarh) para nuqqad terhadap Fa'id ini sehingga ke tahap pendusta, apatah lagi pemalsu hadith, sehingga melayakkan riwayat beliau dituduh sebagai palsu.

Bahkan, al-Imam al-Tirmizi dan al-Imam Ibn Majah meriwayatkan daripadanya, walaupun dengan ke'dha'ifannya.

Al-Imam al-MUbarakfuri menukilkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Sunan al-Tirmizi tentang Fa'id bin Abd al-Rahman tadi dengan berkata:

قَالَ الْحَافِظُ الْمُنْذِرِيُّ : وَفَائِدٌ مَتْرُوكٌ رَوَى عَنْهُ الثِّقَاتُ ، وَقَالَ ابْنُ عَدِيٍّ مَعَ ضَعْفِهِ يكْتبُ حَدِيثُه .

Al-Hafiz al-MUnziri berkata: Dan Fa'id ini ditinggalkan, (namun) para ulama' thiqah meriwayatkan daripadanya. Ibn 'ADiy berkata: "walaupun dengan kedha'ifan beliau, hadith beliau masih ditulis.

Maka, beliau bukanlah dikritik sehingga tahap pemalsu hadith, apatah menjadikannya sebagai sebab kisah ini dinilai palsu. Ini kerana, tidak ada pengakuan daripadanya bahawa dia memalsukan kisah ini.

Sebagaimana dinukilkan dalam Tahzib al-Tahzib bahawa beliau meriwayatkan daripada Abi Aufa hadith-hadith palsu. KIta mahu lihat contohnya dan adakah kisah ini, sebagaimana ianya dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan sebagainya, adalah termasuk daripada hadith palsu yang dimaksudkan.

Bahkan, adakah daripada perkataan al-Hakim sendiri bahawa, riwayat Fa'id daripada Abi Aufa ini palsu, ianya secara mutlak dan umum ataupun masih banyak pengecualiannya. INi kerana, di sisi al-Hakim sendiri, sebagaimana dalam hadith tentang solat Hajat, beliau memberi penilaian positif terhadap riwayat Fa'id daripada Abi Aufa ini.

فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو الْوَرْقَاءِ كُوفِيٌّ عِدَادُهُ فِي التَّابِعِينَ ، وَقَدْ رَأَيْتُ جَمَاعَةً مِنْ أَعْقَابِهِ ، وَهُوَ مُسْتَقِيمُ الْحَدِيثِ إِلَّا أَنَّ الشَّيْخَيْنِ لَمْ يُخَرِّجَا عَنْهُ ، وَإِنَّمَا جَعَلْتُ حَدِيثَهُ هَذَا شَاهِدًا لِمَا تَقَدَّمَ .

Rujuk al-Mustadrak. Maka, ini menunjukkan hatta di sisi al-Hakim sendiri, ianya tidak muktamad.

Adapun komen2 yang saya berikan ini sedikitpun tidak termasuk dalam menilai hadith ini atau memberi sebarang penilaian hukum tertentu terhadap kisah ini. Namun, ianya sekadar menilai komen-komen yang menilainya sebagai palsu, dengan beberapa ta'liqat. Ala kulli hal, saya bukanlah seorang naqid atau penilai sanad hadith sehingga layak memasuki gelanggang atau medan ini. Tetapi, selagimana tiada para nuqqad mutaqoddimin menilai kisah ini sebagai palsu, maka saya masih berpendirian ianya tidak sampai ke tahap palsu. Apatah lagi ianya diriwayatkan oleh beberapa imam hadith seperti al-Baihaqi, Ibn Abi al-Dunya dan sebagainya. Wallahu a'lam..

Hadith ini boleh dikatakan tidak menyalahi nas-nas syarak terutamanya dalam bab 'Uquq al-Walidain. Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh al-Hakim, alBaihaqi (Syu'ab), al-Bazzar dan sebagainya, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda:


كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ الله مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، إِلا عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ ، فَإِنَّ الله تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Setiap dosa itu boleh ditunda (seksanya) oleh Allah sebagaimana yang Dia kehendaki sehingga hari Kiamat, melainkan derhaka kepada kedua ibu bapa, maka Allah ta'ala akan mempercepatkan (seksanya) di dunia sebelum kematian.

Komen akhir berkenaan kisah Alqamah ini. Saya nukilkan kisah ini daripada al-Hafiz al-Imam al-Zahabi dalam kitab beliau al-Kaba'ir, walaupun dengan menggunakan lafaz tamridh, tetapi masih beliau meriwayatkannya. Maka, untuk mentohmah kisah ini sebagai palsu dan tidak boleh dikisahkan, apatah lagi menganggap perawinya dibelit oleh Iblis dan sebagainya, adalah tidak wajar. Wallahu a'lam.


حكي أنه كان في زمن النبي صلى الله عليه وسلم شاب يسمى علقمة وكان كثير الاجتهاد في طاعة الله في الصلاة والصوم والصدقة فمرض واشتد مرضه فأرسلت امرأته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم إن زوجي علقمة في النزع فأردت أن أعلمك يا رسول الله بحاله فأرسل النبي صلى الله عليه وسلم عماراً وصهيباً وبلالاً وقال امضوا إليه ولقنوه الشهادة فمضوا إليه ودخلوا عليه فوجدوه في النزع فجعلوا يلقنونه " لا إله إلا الله " ولسانه لا ينطق بها فأرسلوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يخبرونه أنه لا ينطق لسانه بالشهادة فقال النبي صلى الله عليه وسلم: هل من أبويه أحد حي؟ قيل: يا رسول الله أم كبيرة السن فأرسل إليها رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال للرسول قل لها إن قدرت على المسير إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وإلا فقري في المنزل حتى يأتيك قال: فجاء إليها الرسول فأخبرها بقول رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت: نفسي لنفسه فداء أنا أحق بإتيانه فتوكأت وقامت على عصا وأتت رسول الله صلى الله عليه وسلم فسلمت فرد عليها السلام وقال لها يا أم علقمة أصدقيني وإن كذبتي جاء الوحي من الله تعالى كيف كان حال ولدك علقمة قالت يا رسول الله كثير الصلاة كثير الصيام كثير الصدقة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فما حالك؟ قالت يا رسول الله أنا عليه ساخطة. قال ولم؟ قالت: يا رسول كان يؤثر علي زوجته ويعصيني فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إن سخط أم علقمة حجب لسان علقمة عن الشهادة. ثم قال يا بلال انطلق واجمع لي حطباً كثيراً. قالت يا رسول الله وما تصنع قال: " أحرقه بالنار بين يديك " قالت: يا رسول الله ولدي لا يحتمل قلبي أن تحرقه بالنار بين يدي قال: يا أم علقمة عذاب الله أشد وأبقى فإن سرك أن يغفر الله له فارضي عنه فوالذي نفسي بيده لا ينتفع علقمة بصلاته ولا بصيامه ولا بصدقته ما دمت عليه ساخطة. فقالت: يا رسول الله إني أشهد الله تعالى وملائكته ومن حضرني من المسلمين أني قد رضيت عن ولدي علقمة. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: انطلق يا بلال إليه وانظر هل يستطيع أن يقول لا إله إلا الله أم لا؟ فلعل أم علقمة تكلمت بما ليس في قلبها حياء مني. فانطلق فسمع علقمة من داخل الدار يقول " لا إله إلا الله " فدخل بلال فقال: يا هؤلاء إن سخط أم علقمة حجب لسانه عن الشهادة وأن رضاها أطلق لسانه. ثم مات علقمة من يومه فحضره رسول الله صلى الله عليه وسلم فأمر بغسله وكفنه ثم صلى عليه وحضر دفنه ثم قام على شفير قبره وقال يا معشر المهاجرين والأنصار من فضل زوجته على أمه فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه صرفاً ولا عدلاً إلا أن يتوب إلى الله عز وجل ويحسن إليها ويطلب رضاها فرضى الله في رضاها وسخط الله في سخطها فنسأل الله أن يوفقنا لرضاه وأن يجنبنا سخطه إنه جواد كريم رؤوف رحيم


Rujuk : https://www.facebook.com/raja.ahmadmukhlis/posts/930474023684292?pnref=story

Bacaan Tambahan :

1.  HATI-HATI DALAM MENILAI HADITH PALSU - Ustaz Umar Muhammad Noor

2. Hadith Dhoief - Ijmak Ulamak Membenarkan Beramal Dengannya  - Ustaz Danang Kuncoro Wicaksono

3. Penjelasan Hadith Dhoief  - Maulana Husin bn. Abdul Kadir

4. Penjelasan Hadith Maudhuk - Maulana Husin bn. Abdul Kadir 


Copy Paste: http://jomfaham.blogspot.my/2015/09/benarkah-kisah-alqamah-adalah-palsu.html

Ahad, 30 Ogos 2015

Semangat Patriotisma

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Tahun ini semakin ketara. Roh semangat patriotik semakin menipis. Tiada lagi kibaran semangat Jalur Gemilang di kenderaan dan rumah-rumah.

Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika aku kecil. Bukan setakat memasang bendera di rumah. Malah di motor juga kami lekatkan bendera. Perasaan cintakan negara membuak-buak.

Aku mula perasan beberapa minggu sebelum ini. Suasana patriotik khususnya di Televisyen seoalah-olah sepi. Hanya RTM yang letakkan widget bendera Malaysia. Disamping lagu patriotik yang kurang zupnya. Stesen Televisyen lain, seperti TV Alhijrah memang sunyi terus ketika itu. Belum cerita di luar lagi.

Namun  Alhamdulillah. Dalam mingu ini, seolah-olah satu gerakan menyemarakkan Hari Kebangsaan kembali aktif. Di Televisyen dan di bandar-bandar. Tokoh-tokoh yang 'ahli' seperti Tan Sri Rais Yatim juga dipanggil ke sesi bual bicara. Lagu yang bersemangat juga telah wujud, Sehati Sejiwa nyanyian Alif Satar (Muziknya seolah-olah sama dengan sebuah lagu nasyid awal tahun 2000 dahulu, wallahua'lam).

Semangat patriotik ini sebenarnya hanya kecil. Ia melambangkan banyak perkara;

1. Seorang yang tidak bersemangat menerapkan patriotisme, sepatutnya tidak layak diberikan undi untuk menjadi pemimpin di Malaysia.
2. Memberikan kita gambaran. Samaada rakyat Malaysia kini lebih banyak 'nak beri' atau 'nak minta' dengan negara.
3. Adakah cengkaman Umat Islam terhadap Tanah Melayu ini masih kuat atau semakin longgar. Kalah dengan pemikiran liberalisme. Yang menyamaratakan semua agama. (Tak nampak kaitannya bukan? Cuba fikir dalam sedalam dalamnya. Insha Allah anda akan faham kaitannya).
4. Sikap Rakyat Malaysia kini. Adakah cenderung kepada memperbaiki (lalu terkorban diri) atau meruntuhkan (namun merisikokan negara).
5. Adakah wujud sikap cintakan negara dan sanggup bermandi darah untuknya. Atau sekadar inginkan kuasa. Patriotisme tak penting pun. Jika peperangan berlaku, boleh lari ke Tembok Besar Cina. Adakah begitu DAP?
6. Betapa di saat ini. Semangat patriotisme sangat membantu mengukuhkan cengkaman Islam di Malaysia.
7. Semangat Patriotisme sebenarnya ubat kuat. Buat rakyat negara ini berani menongkah arus, untuk berjaya dan mengharumkan nama negara. Kita rindukan semangat 'MALAYSIA BOLEH !!!'.

Malaysia adalah Tanah Melayu. Melayu kukuh kerana Islam-nya.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kenapa Pelajar Universiti lemah dari Pelajar Pondok?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Persepsi.

Dari apa yang aku nampak sekarang. Persepsi orang awam terhadap pondok amat berbeza dengan Universiti. Orang awam lebih memandang tinggi graduan Universiti berbanding pondok. walhal dalam kalangan cerdik pandai agama, rata-rata memandang pondok lebih tinggi.

Maksud pondok yang saya maksudkan, semua sistem pendidikan yang berteraskan beberapa elemen. Kriterianya sama:

1. Belajar kitab dari kulit ke kulit.
2. Peringkat pengajian diukur dari sudut khatam kitab. Bukan mengikut semester atau tahun.
3. Punyai sanad. Belajar mesti melalui guru.
4. Kitab pengajian mestilah Kitab Muktabar. Kitab rujukan juga sama.
5. Jika dirujuk pada hari ini. Pastinya, silibus mereka ini hampir sama. Baik di Hadramaut Yaman, Ruwaq Alazhar di Mesir, Pattani dan Pondok di Malaysia. Jika ditelusuri silsilah ilmu mereka ke atas. Nescaya, kita pasti jumpa titik pertemuan Insha Allah. ( Tok guru kepada tok guru kepada tok guru mereka adalah orang yang sama ). Inilah pentingnya sanad.

Aku pernah berada di alam universiti. Aku pernah mengikuti aliran pondok di Kelantan, pernah berguru dengan Habaib Yaman dan masyaikh Alazhar. Jadi aku tulis ini berdasarkan pemerhatian aku.

Kenapa Ilmu siswa universiti lemah?

Aku tak nafikan. Pelajar yang dapat masuk universiti adalah pelajar pintar. Namun silapnya, expectation kita terhadap mereka terlalu tinggi. Kita anggap mereka sudah di level tinggi. Lalu, kita sumbatkan mereka dengan ilmu yang 'tak jejak bumi'. Walhal mereka belum layak untuk itu. Menyebabkan hari demi hari, kelopongan ilmu mereka semakin parah.


Sebab itu. Tidak menghairankan;

1. Jika graduan Master atau PhD menjadikan buku penulis biasa-biasa sebagai bahan rujukan mereka. Hanya kerana buku itu menyediakan 'bahan' baginya.
2. Jika graduan Master dan PhD tidak mampu membaca kitab arab. Kerana penguasaan Ilmu Alat khususnya Nahu Saraf yang sangat lemah.
3. Hidup seperti lalang. Mudah terpengaruh dengan hujjah orang. Kerana agen menilai mereka bukanlah Ilmu tetapi semata-mata akal.

Minta maaf kalau ayat aku seperti terlalu menghina. Namun pandanganku, kita perlu perbaiki situasi ini. Jadi kita perlu berterus terang.

Namun. Perkara ini seperti tidak berlaku kepada pelajar perubatan dan cabang ilmu yang lain. Mungkin kerana dunia dapat menjiwai dan nampak betapa 'pentingnya' ilmu-ilmu ini dalam hidup. Kalau tak dipelihara, bermasalah kita. Jadi, mereka memeliharanya dengan bersungguh-sungguh. Namun Ilmu Agama kadangkala, bukan semua orang hargai. Kerana ruang lingkup lebih bersifat ghaib dan tersembunyi. Kewujudan Allah, Syurga, Neraka, pahala, dosa dan lain-lain.

Daripada mungkin ratusan pelajar Master dan PhD. Berapa ramai yang setaraf seperti Ustaz Azhar Idrus dari sudut penguasaannya dalam ilmu Fiqh? Kenapa tidak ada?

Jawapannya satu. Kerana pelajar Universiti dilambakkan dengan 'Ilmu tak jejak bumi', namun Ilmu 'hidup' tidak dimantapkan.

Bayangkan,

1. Mereka diajar cara istinbat hukum dari Alquran dan Hadith. Sedangkan Kitab Fiqh yang disusun oleh ulama Mujtahid pun mereka tak habis belajar.
2. Walaupun tidak semua hadith mereka tahu. Namun mereka diajar untuk mengkritik pandangan ulama.

Bagiku. Ini satu musibah yang sangat besar kepada Negara Malaysia kita. Kita rasa, kita sedang membentuk ilmuan masa hadapan. Walhal sebenarnya, kita sedang mengumpul semua anak-anak kita yang cerdik pandai di universiti, dan kita musnahkan mereka. Itulah yang kita buat sekarang.

Untuk membaikinya. Aku rasa, cara yang digunakan Syeikh Ali Jum'ah dan ulama Alazhar amat praktikal.

1. Wujud dan semarakkan Kelas Talaqqi di Universiti !
2. Rangka mustawa yang tersusun bagi setiap student. Pastikan kitab-kitab mubtadien mesti diajar sampai habis terlebih dahulu sebelum boleh melangkah ke mustawa mutawassitin dan muntahin.
3. Belajar dari manhaj dan silibus pondok.

Alazhar sendiri. Walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi lubuk segala macam ilmu, tempat ulama-ulama besar dunia berkumpul dan sarat dengan makhtutat (manuskrip) yang hebat-hebat. Juga tidak dapat lari dari masalah kesuraman suasana ilmu ini.

Teringat satu petikan kata-kata Habib Ali Aljufri yang pernah diviralkan (lebih kurang) (ditukar uslub kepada cerita).

" Sebelum ini Habib Ali Aljufri pernah mengadu kepada seorang Syeikh. Tentang Alazhar yang tiada suasana ilmu (Sistem Universiti semata-mata) (Walahal dahulu, Alazhar adalah lubuk ilmu). Tak silapnya, Syeikh itu minta tunggu dahulu. Akhirnya bebrapa lama kemudian, bila kembali semula ke Alazhar. Habib Ali Aljufri mula dapati, majlis ilmu di Alazhar sangat meriah. Dan insan yang mempelopori usaha ini adalah Syeikh Ali Jumah.."

Belajar. Bagaimana Syeikh Ali Jum'ah dan Ulama'm Alazhar meminta ulama-ulama hebat dari Hadramaut, Tunisia, Mali untuk mengajar di Kelas Talaqqi di Alazhar.

Sejak dari kewafatan Rasulullah.saw. Pelbagai revolusi ilmu agama telah berlaku silih berganti. Kita baru tak sampai 100 tahun merdeka. Jadi munasabahlah jika kita nak gerakkan lagi revolusi. Kerana yang lebih penting, budaya ilmu di Tanah Melayu khususnya di Universiti-universiti terjaga.

Khamis, 27 Ogos 2015

Tok Guru.. Ambil PhD juga Strategi Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Aku tak boleh betul tengok rancangan agama di TV. Rasa takut-takut je. Bila terbuka je rancangan agama. Kalau depan keluarga, aku cuba alih chanel lain. Tapi kalau sorang-sorang, aku ikuti dulu sedikit. Kalau rasa payah nak terima, terus ubah chanel.

Banyak sungguh yang aku tak setuju. Method penyampaian ilmu asatizah juga banyak yang lain dari aku belajar. Padahal masa di Mesir, lepastu Pondok. Aku rasa dah ikut banyak method ulama dari pelbagai latar belakang. Aliran Alazhar, Hadramaut Yaman, Syria, Indonesia, Patani dan Pondok.

Sebab tu aku rasa. Cara dan method ilmu Asatizah Selebriti di TV, majoritinya bukanlah datang dari aliran di atas. Aku rasalah Insha Allah (rasa semata-mata, bukan base kepada kaji selidik);

1. Ilmu mereka banyak datang dari buku. Buku berbahasa melayu di kedai yang topiknya sesuai dengan apa yang mereka nak ceramahkan.
2. Terjumpa video di Youtube. Tambahan hujjah pula bernas.
3. Hasil analogi akal sendiri.

Sebab tu aku setuju dengan kata guru. Mereka ini setepatnya tak sesuai dipanggil Wahhabi. Sebab mereka bukan leader-nya. Mereka sekadar pengikut kepada hujjah yang bernas. Lebih sesuai digelar aliran modenis. Mudah ditemui dalam kalangan siswazah dan graduan universiti.

Justeru. Penting bagi Ulama untuk perhatikan aliran modenis ini. Ancaman mereka, walaupun tidaklah sekuat Wahhabi. Namun, kumpulan mereka ramai. Kalau semuanya di akseskan dengan sumber Wahhabi dan terpengaruh. Teruk juga nak memulihkan itu. Paling bahaya, jika mereka pula menjadi tentera yang menyebarkan fahaman Wahhabi.

Bagi aku. Ulama dan Tuan-tuan guru sekarang. Cantik kalau terjun ke medan universiti. Ambillah Master PhD. Kuasai IPT-IPT. Mungkin ramai yang kurang memandang laman Universiti di Malaysia, kerana faktor kualiti ilmunya. Namun, aku lebih memandang dari sudut dakwah dan bimbingan.

Bak kata guru. Nak ubah masyarakat di Malaysia. Tempat terbaik nak mula adalah di universiti. Sebab nanti, golongan yang akan terjun dan membimboing masyarakat dan institusi pendidikan Malaysia datangnya dari kumpulan ini.

Dengan corak pemikiran orang awam Malaysia sekarang. Yang lebih menghormati dan menurut kata seorang Dr.PhD. Berbanding seorang Tok Guru yang punyai rantaian sanad yang tinggi lagi banyak, malah mutqin dalam semua bidang agama. Maka bagiku, mengambil Master dan PhD juga suatu strategi dakwah yang sangat berkesan.

Aku tahu. isu ini amat sensitif khususnya bagi warga pondok. Anggaplah, ianya sekadar pandanganku hasil dari pemerhatian aku yang lemah. Yang banyak lagi perlu belajar.

Mudah-mudahan Allah.swt sayang dan memelihara Malaysia..

Ahad, 23 Ogos 2015

Terima Kasih Tok Fakir Pondok

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Alhamdulillah.. Aku fikir hal aku di Pondok Pasir Tumboh dah setel.

Budak-budak ni kata nak tolong post-kan beg dan kitab-kitab aku yang baru jumpa tu. Isu tong gas pun dah setel, bila Epah kata, mereka dah niat wakaf. Kiranya, tak perlulah aku ke sana untuk bayar gas, yang aku dah guna hampir tiap-tiap hari selama lebih kurang enam bulan.

Rasa terharu pula... Cheewah,

Rasa bersyukur pada Allah.swt, sebab kurniakan kawan-kawan yang sangat baik kepadaku. Huzaifah, Din, Nik, Azim dan kawan-kawan yang lain. Dalam kepalaku, yang best pasal Pondok Pasir Tumboh pastinya pengajian-pengajian di sana. Namun, wajah-wajah korang menyebabkan ada jugalah terselit rasa gembira, ketika bergaul dengan Tok Fakir Pondok (Gelaran budak pondok di Pattani).

Mereka adalah kawan-kawan rapatku di Pondok. Walaupun aku ni jenis suka Lone Ranger (hidup sendiri). Tapi adakalanya, selalu juga kami duduk bersembang.

Mereka datang dari pelbagai dunia. Din sebelum ini kerja pasaraya, kedai makan. Azim sebelum ini belajar di Kolej Shahputra. Huzaifah malas nak sambung belajar di Sekolah Menengah, jadi bapa saudaranya terus hantar pondok. Nik sebelum ini belajar di Kolej Masakan.

Semuanya, aku pernah borak. Memang best bila dapat mengetahui sejarah hidup seseorang.

Mungkin rezeki aku tidak lama di sana.

Aku berdoa pada Allah.swt. Semoga Allah.swt mengurniakan aku semakin banyak Ilmu Agama. Masyi dalam Alquran, Fiqh, Tajwid, Qiraat, Nahu dan Ilmu-ilmu Agama dan dunia yang lain.

Insha Allah kalau masuk Syurga. Aku cadang nak buat majlis ta'lim dalam Syurga. Minta Allah berikanku tenaga pengajar yang 'alim dan hebat. Lalu kami dapat berguru dengan best-nya.

Seronoknya Majlis Ilmu...

Aku rindu sangat suasana Majlis Ilmu baik di Mesir mahupun Pondok Pasir Tumboh. Allah.swt Maha Pemberi Nikmat.....

Rabu, 19 Ogos 2015

Hari Campur Aduk

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Badan rasa letih. Tapi dah pukul 4:17am. Perlu tunggu Subuh dahulu, sebelum boleh tidur nyenyak. Pantang jika berbual dan minum-minum lewat malam dengan kawan, biasanya Anep. Maka hari esoknya pasti payah nak tidur. Terpaksa tunggu berapa hari kemudian, sebelum boleh kembali tidur awal.

Hari ini perasaanku bercampur aduk. Antara serius dan gembira.

Malam ini Mi sempat masakkan aku bubur. Lalu ketika Mi masuk tidur. Aku terus potong bawang dan buat kuah. Cuba-cuba tiru macam kuah nasi air. Bila aku naik atas sahaja, mengadap laptop. Aku dengar bunyi pinggan kat bawah. Mi tengah cuba resepi aku. Katanya sedap. hehe..

Tadi Huzaifah Pondok Pasir Tumboh call aku. Katanya dah jumpa beg hijau aku yang hilang dahulu. Di tingkat atas masjid. Alhamdulillah. Mengingatkan punyalah banyak dhobit yang aku tanda di kitab-kitab. Terutamanya Kitab Matla'ul Badrain dan Nota Matan Ajurumiah, aku sangat bersyukur. Aku adan bagitahu Abi tadi, aku nak ke Kelantan untuk ambil kitab tu. Kitab-kitab itu amat bermakna dan penting buat diriku. Mungkin ini ganjaran Allah buatku, kerana turut kehendak Mi. Namun aku juga berharap, Allah masih memberikan aku rezeki yang melimpah ruah dalam menuntut Ilmu.

Boleh juga aku selesaikan bayaran tong gas kepada Mat dan Aiman di Pasir Tumboh. Dah lama aku nak setelkan. Aku guna tong gas mereka hampir setengah tahun.

Cuma aku dah lupa. Seingat aku, hari itu aku ada nak buat nazar, kalau jumpa beg dan kitab-kitab itu. Aku berhajat nak nazar. Adakah aku dah lafaz nazar itu atau belum. Kalau dah, Apa dia? Alamak..

Banyak juga nak pakai duit. Tambang, tong gas, minyak kereta ke pondok, nbelanja nak kerja pekan lagi, baju, seluar.... Allahu Rabbi. Allah sebaik-baik pemberi rezeki.