Ahad, 31 Januari 2016

Dunia rujuk Kitab


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Sembang Pagi ]

Pagi ni teringat suasana di Ardul Kinanah. Jika talaqqi satu-satu kitab, Habaib dan Masyaikh akan minta rujuk juga beberapa kitab lain;

1. Teringat pengajian Kitab Nailur Raja yang juga Syarah kepada Safinatun Naja. Ketika nak masuk satu-satu topik. Habib Ahmad wajibkan dahulu pelajar-pelajarnya baca Kitab Kasyifatus Saja, Hasyiah Albaijuri, Aliqna' dan Manarul huda sebelum pengajian. Jika tidak, Habib Ahmad akan marah.

2. Isi setiap kitab ini saling menampung. Adakala satu-satu masail tiada dalam kitab A. Maka kitab B ada sebut. Dan begitulah sebaliknya. Yang pasti, rujuk kitab muktabar.

3. Malah Habib Ahmad sendiri. Sebelum mula mengajar. Pernah ambil masa 6 jam untuk tahdir topik dari kitab-kitab berbeza.

4. Dikisahkan. Seorang pelajar telah tahdir dalam 20 kitab berbeza. Namun ketika pengajian, Syeikh datangkan lagi masail yang dia tak pernah baca. Maksudnya, syeikh baca lagi banyak kitab darinya.

5. Malah jika di Pondok Pasir Tumboh juga begitu. Nas dalam kitab Albahrul Wafi dan Matla'ul Badrain sedikit je. Tapi bila kepala mutollaah mula hurai. Macam-macam masail dari luar yang dia duk bawa mari. Tak cukup tempat nak dhobit.

6. Tapi sayang. Budaya dalam Dunia Ilmu Talaqqi ini tidak mengalir keluar. Di luar, kita sudah terbiasa dengan budaya berpegang hanya pada satu kitab yang kita baca. Jadi bila ada satu-satu maklumat 'baru' yang diterima. Kita terus anggap salah.

7. Kita juga tidak mahir atau terdidik untuk mengenali. Mana kitab muktabar dalam satu-satu cabang ilmu. Akhirnya KITAB TERJEMAHAN pula kita jadikan sebagai kitab rujukan utama. Rasanya kalau dalam dunia talaqqi, awal-awal dah tertolak. Siap kena perli lagi. Ambillah dari induk.

8. Walaupun lebih kepada niat dan uslub dakwah sebenarnya. Cara sampaikan ilmu, supaya ianya mudah diterima.

9. Tapi bila 6 tahun dulu ada seorang dari asatizah bagitahu, ia 'surrender' untuk baca kitab depan masyarakat, setelah ditolak. Walhal yang ia baca itu kitab muktabar.

Rasanya.... kita semakin boleh faham sekarang.

Aku dilamun Rindu


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


22:03pm - [26 Jan 2016] ;

Malam ini hatiku rindu. Teramat rindu. Aku rindukan lombong-lombong tersebut,

Fikiranku mula melayang. Mengarah ke Lombong Terusan Limbat, Khazandarah, Ruwaq Darrasah, mudoyyafah, Zawiyah hujung Asyir, Markaz Dar Hasani, Rumah kuning Abbas Aqqad, Hayyu Asyir, Hayyu Sabi'....

Tapi. Semua lombong itu sudah tinggal kenangan.
Teringin aku habiskan sisa umurku di situ. Menghadap hidangan dengan tenang.

Tapi itulah resmi kehidupan.

"Yang lalu telah berlalu. Yang akan datang belum tentu bertemu. Yang sekarang, itulah yang pasti "...

Sidi pernah ungkapkan kalam sepersis ini.

Pejamkan mata. Tenangkan fikiran. Tidurlah. Mungkin esok bila kau buka mata. Kau telah berada di tengah lombong.

Mungkin.... insha Allah.

22:21- [26 Jan 2016]

Rasional Berlaku Percanggahan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Percanggahan ] ;

Hidup ni penuh dengan percanggahan. Cuma tinggal ianya kecil atau besar.

Hal nak cat warna dinding. Pilih pili paip. Nak pilih laluan dari Kuantan ke Pekan pun boleh bercanggah. Inikan pula bab-bab lagi besar dan penting dalam hidup.

Rasional-nya. Percanggahan memang tak dapat dielak.
Dunia tanpa percanggahan. Mungkinlah hanya fatamorgana yang wujud di Padang Sahara,

Kalau nak suruh juga orang ikut pilihan kita. Memang sakit. Sebab diapun rasa pilihannya terbaik.

Bak kata guru:

" Ikutlah, awak ada maroji' awak. Saya ada maroji' saya.... "

Salahkah aku memuji Akhlak Ulama?



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Bila kita selalu petik nama Habaib, Masyaikh, Tok Ayah, Baba-baba. Bukan bermakna kita fanatik membuta tuli, tidak waras atau rasional.

2. Tetapi sebab kita dah selalu tertengok depan mata. Akhlak dan Adab mereka yang sangat cantik. Yang amat-amat sukar nak jumpa di tempat lain. Kecuali di Ribath, ruwaq dan pondok-pondok.

3. Jadi bila kita petik cerita ini kepada khalayak. Mudah-mudahan kita boleh sama-sama muhasabah dan meniru apa yang baik.

4. Kalau ada masa. Cuba perhati akhlak Syeikh Usamah Said Alazhari, Syeikh Ahmad Hajin, Syeikh Yusri terhadap Syeikh Ali Jum'ah.

5. Perhatikan Akhlak Habib Ali Aljufri terhadap Assyahid Syeikh Said Ramadhan Albuti.

6. Perhatikan akhlah Sidi Dr.Lokman Alazhari dan Sidi Rohimuddin Albantani terhadap Syeikh Yusuf Bakhour Alhasani.

7. Akhlak Ustaz Muhadir Haji Jol, Syeikh Ibrahim Masran terhadap.Syeikh Nuruddin.

8. Akhlak anak-anak murid Habib Omar bin Mohd bin Salim bin Hafiz terhadap Alhabib.

Salahkah kita menceritakan, menggambar dan memuji kecantikan bunga. Lantas sama-sama memuji kehebatan Pencipta Bunga...

Seruan terhadap Penganut Kristian, Hindu, Budha, Yahudi Atheis dan non-muslim lain. Untuk memeluk Agama Islam.


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Saya Uwies Alqarni. Saya tinggal di Sungai Isap Jaya Kuantan, Pahang, Malaysia. Ketika menulis ini, umur saya 27 tahun (Saya lahir 24 May 1988m).

1. Saya ingin mengajak kepada semua Penganut Agama Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis (Yang tiada agama) dan juga selainnya. Untuk memeluk Agama Islam.

2. Saya terlintas untuk menulis ini. Kerana sebentar tadi, saya terfikir. Jika andaikan saya dan kamu semua mati nanti. Mungkin saya akan ditanya, kenapa tidak menarik non-muslim untuk peluk Islam? Lidah saya pasti klu untuk menjawab. Jadi mudah-mudahan, tulisan ini boleh menjadi hujjah pembela buat saya. Sekurang-kurangnya, saya telah berusaha.

3. Saya tidak mahu berselindung. Saya tidak mahu menjaga hati siapa-siapa sekarang. Straight to the point. Jika anda (Penganut Agama Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis, non-muslim) tidak memeluk Agama Islam. Sebaik anda mati, anda akan diazab dan diseksa di alam akhirat.

4. Kerana tujuan Allah (tuhan anda semua) menjadikan anda di muka bumi ini adalah bagi menyembah Allah.swat. Dengan memeluk Agama Islam. Kemudian mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Agama Islam. Jika anda berjaya mengamalkan segala yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Anda semua dikira berjaya dan Allah akan hadiahkan anda dengan Nikmat Syurga. Jika gagal, anda akan diseksa di dalam neraka yang panasnya 70 kali ganda dari panas api yang paling panas di dunia. Anda boleh baca melalui buku-buku berkenaan Azab dan Nikmat yang Tuhan telah janjikan.

5. Tidak kira anda Melayu, Kadazan, Bidayuh, Murut, Cina, India, Arab, Inggeris atau apa bangsa sekalipun. Semuanya sama. Yang membezakan kita adalah hubungan kita dengan Allah.

6. Cara untuk masuk Islam amat mudah. Anda hanya perlu ucap sekarang (Ya! Sekaramg !):

"Aku mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah. Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah."

Anda kini telah masuk Islam. Untuk mengetahui apa tuntutan Agama Islam. Dari sudut Solat, Puasa, Zakat, Haji dan sebagaimya. Anda boleh ke PERKIM, Pejabat Agama Islam atau Majlis Agama Islam atau berjumpa dengan mana-mana Guru Agama Islam.

7. Jangan bertangguh untuk mengucap kalimah di atas. Kerana jika anda tiba-tiba mati sebentar lagi. Dan anda belum mengucapkan kalimah tersebut. Anda akan masuk ke dalam neraka. Cepat-cepatlah mengucapkan kalimah tersebut.

8. Saya bukan Terroris yang akan mengebom anda. Anda bebas mengamalkan ajaran agama anda. Saya cuma melaksanakan tanggungjawab saya. Untuk beritahu. Agama Islam adalah yang Benar. Agama anda salah !

9.

"...Ya Allah. Aku telah menyampaikan. Aku lemah untuk berdakwah dengan lebih baik. Ampunilah aku dan redhoilah aku. Allahumma Ameen...."













Jumaat, 29 Januari 2016

Alasan aku


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



1. Alhamdulillah. Pagi ini jadualnya aku perlu sambung tidur. Sebab malam tadi lewat juga aku balik. Borak-borak dengan Anep. Petang nanti dalam pukul 2:00pm aku perlu ke Masjid Negeri pula. Untuk Kursus Haji. Mudah-mudahan kami sekeluarga dipilih oleh Allah, bagi menunaikan Ibadah Haji tahun ini.

2. Insha Allah dalam 19 Febuari nanti. Aku bakal berpindah tempat kerja ke Kuantan pula. Aku pun tengah runsing sekarang ini. Apalah nak bagi alasan kepada pakcik-makcik di Pekan. Mungkin aku gunakan alasan sambung belajar dan dalam masa yang sama buat part-time job.

3. Sebetulnya. Alasan aku berpindah hanya satu. Sebab ibuku. Banyak keputusan dalam hidupku, yang nampak berlawan dengan keinginan dan minat aku. Namun aku memilihnya. Sebenarnya semata-mata kerana memenuhi kehendak ibuku. Kerana itu tanggungjawab aku selaku anak. Mudah-mudahan Allah berkati.

4. Tapi takkanlah aku nak bagi alasan ini. Tidak pasal-pasal ibuku menjadi sasaran tembakan. Kerana itu, alasan sambung belajar mungkin paling sesuai buat diriku.

5. Payah nak buat keputusan. Sebab harapan orang. Bayangan kegigihan pakcik-makcik ini mengaji, kebaikan mereka melayanku, keramahan dan keceriaan mereka. Semuanya membuatkan aku termenung panjang. Sukarnya untuk mengambil keputusan ini.

6. Namun mujurlah aku ada sebab yang malar. Kehendak ibuku. Ini sudah cukup kukuh sebagai asas aku membuat keputusan. Hatta jika terpaksa membuat keputusan bekerja sebagai pengutip sampah MPK atau Pencuci Alam Flora juga, aku akan memilihnya insha Allah, jika itulah kehendak ibuku.

7. Memenuhi kehendak ibu adalah suatu kewajipan. Selagi tidak melanggar batas syariat.

8. Dunia baru aku mungkin lagi mencabar insha Allah. Perlukan aku lebih reaktif dengan persekitaran. Perlu mainkan watak 'grifter' dengan lebih baik. Tapi bila difikir-fikir, itulah aku. Perkara-perkara sebegini sentiasa berlegar sekeliling aku sejak dahulu lagi. Mudah-mudahan aku dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan dunia baru nanti.

9. Sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak buat. Target aku untuk tahun 2016 ini. Tapi nantilah aku list-kan. Sebab jam dah menunjukkan pukul 7.30am. Masa semakin suntuk untuk aku tidur.

Sabtu, 23 Januari 2016

Catatan Perjalanan Kurus Pakwan Siri ke-2


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Alhamdulillah. Lagi seminggu bulan Febuari akan masuk. Kiranya hampir sebulan jugalah aku berjinak-jinak dengan dunia gym. (25 Disember 2015 - 24 Januari 2016).

1. Bermula selepas asar. Aku akan ke Gym berdekatan KIPSAS.  Dalam 6.45 petang, baru aku balik ke rumah. PUAS. Itu kalimah paling tepat untuk aku gambarkan lifestyle baru aku sekarang. Badan terasa semakin cergas, lebih yakin diri (sebelum inipun sudah sangat yakin), boleh duduk tawarruk (tahiyyat akhir) dengan baik (walaupun rasanya boleh buat lebih baik suatu hari nanti, insha Allah). Boleh duduk bersila dengan kedua kaki dapat diselitkan di bawah peha. Tangan, bahu, sekitar dada semakin pejal. Setakat ini, Alhamdulillah. Aku sangat berpuas hati dengan perkembangan diriku.

2. Mulanya dalam seminggu dua awal. Abang Trainer meminta kami biasakan dahulu dengan alatan gym. Berbasikal dahulu. Kemudian berlatih main bisep, trisep, chest, kaki dan beberapa lagi rutin asas.

3. Walaupun dengan membayar RM5.00 sekali masuk (walk-in), aku sudah boleh main semua peralatan. Tapi aku lebih berminat menjadi ahli. Dengan pendaftaran RM50 dan bulanan RM60. Jadi setiap hari, kami (ahli) akan bermain sekitar 4-5 rutin bebeza. Dengan 3-4 pusingan (set). Kemudian main lagi 4-5 rutin berbeza, juga dengan 3-4 pusingan (set). Kiranya dalam 45 minit jugalah lebih kurang jumlah masa untuk tamat. Kami dilatih lebih kepada untuk membina otot trisep, bisep, chest dan sebagainya. Dan yang sangat bermanafaat buatku, aku akan ditunjuk ajar oleh senior dan Abang Trainer sendiri, berkenaan cara menggunakan peralatan dengan betul.

4. Sebenarnya. Malas juga aku nak ceritakan perkara ini kepada kawan-kawan aku. Aku rasa, mesti ada yang jeling lain macam Insha Allah. Sebab, jika nak dibanding dengan biah di maahad tahfiz dan Universiti Alazhar. Tempat ini memang agak sosial. Bertepuk tampar tu biasa (aku tak buat k). Memang dah nama bersenam, banyaklah benda yang nak kena pejam-pejam mata, khususnya jika bercampur lelaki perempuan.

5. Alhamdulillah. Jika dahulu, ketika banyak makan, beratku sekitar 105kg, kemudian 102kg. Sekarang sudah main 100kg. Jika kurang makan, pernah cecah 99kg. Alhamdulillah. Mudah-mudahan boleh cecah ke berat ideal.

6. Alhamdulillah, aku sebenarnya tidaklah suka sangat makan sekarang. Cuma adakala, aku perlu menjaga hati Mie dan Abi yang penat lelah memasak. Jadi makan jugalah. Namun setelah follow Blog Kevin Zahari dan mengadakan pertemuan dengan Pegawai Dietetik Klinik Kurnia. Aku lebih memerhati pada makanan aku. Aku perhati kalori, dan jenis makanan yang aku ambil. Korang boleh search di internet dan download e-book percuma Kevin. Kevin Zahari popular dengan projek JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia). Aku paling suka baca topik Success Stories dalam blog Kevin. Sangat-sangat memberikan aku inspirasi. Kevin banyak sematkan di fikiranku supaya mengira-ngira kalori makanan (sekadar main agak-agak. Tidaklah terlalu beria).

7. Teringin juga rasanya nak join JK1M. Mungkin banyak info-info berguna boleh aku belajar insha Allah. Aku juga teringin nak join Senam Robik, Zomba dan seumpamanya. Tapi itulah, aku perlu juga perhatikan pada fitnah yang bakal muncul. Mudah-mudahan Allah pelihara aku dan berikan aku cara terbaik untuk kurus dan sihat.

8. Aku tak berminat sangat dengan supplement, ubat kurus, fat-burner dan seumpamanya. Aku lebih suka badanku sihat semula jadi dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

9. Seperti selalu. Aku pentingkan ambil mood. Jika untuk pengurusan dan kerja luar, aku ambil mood dari Drama Leverage. Untuk Ilmu, aku ambil mood dari kisah ulama. Maka untuk Perjalanan Sihat ini. Aku banyak baca Success Stories dari Blog Kevin Zahri:Success Stories.

 10. Bagiku semua orang berbadan besar boleh tampan dan anggun. Baik lelaki mahupun perempuan. Semua boleh cantik. Dengan syarat, kita berusaha menjaga pemakanan dan bersenam. Penampilan segak dan anggun penting buat kita. Untuk lebih yakin diri berada di tengan masyarakat. Semua mata suka melihat kecantikan. Jadi sepatutnyalah kita juga perlu cantik. Baik luaran mahupun rohani. Tubuh badan mahupun pakaian. Seni pergaulan mahupun minda positif.

11. Okey. Sekadar tu coretan Perjalanan Kurus Pakwan Siri ke-2. Mudah-mudahan aku dapat perbaiki lagi pencapaianku. Mudah-mudahan Allah berkati laluanku ini. Wassalam.


Baca juga: Catatan Perjalanan Kurus PAkwan Siri 1