Ahad, 17 April 2016

Join Team Superset


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Kelihatan: Abang Mus tengah bimbing Abg Adi. Aku pula hanya perhati dari jauh. (Hai tu rasanya banyak dah ambil gambar. Tapi cari punya cari kat internet. Berapa gambar je jumpa). Apapun tq guys !

Hampir 4 bulan juga aku join geng superset. Asalnya sebagai cara untuk push aku senaman. Tapi makin lama masuk, best juga. Sepertinya tangan aku, shoulder dan chest aku semakin terbentuk. Cuma bellyfat aku yang payah sikit. Mungkin bab nak jaga makn payah sikit. Sebab tinggal di syurga makanan.

Insha Allah kita cuba buat mana boleh dulu. Mudah-mudahan nusrah Allah bersama.


Jumaat, 15 April 2016

Ikhlas dan Gaji


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Baru balik dari jalan-jalan bersama Ikram dan Abrar. Tiada apa-apapun. Sekadar lepak dan relax-relax hujung minggu. Okey juga. Aku bawa kereta. Ikram dan Abrar berbual. Sesekali aku menyampuk.

1. Kesian juga kepada Ikram. Dari sudut gajilah. Adapun dari sudut kesungguhan dan usaha keras. Ikram mungkin lebih perform buat masa ini.

2. Gajinya dalam RM1k lebih sikit kot. Sedangkan Nak dibanding dengan kami. Mungkin 2-3 kali ganda lagi.

3. Insha Allah aku cuba juga untuk bantu. Carikannya lubang. Kereta, rumah, bini, anak-anak, pendidikan. Semua ini bakal dia tanggung suatu hari nanti. Jika gajinya masih kekal di takuk ini. Agak berat pada pandangan umum.

4. Tapi rezeki itu Allah yang beri. Semuanya telah ditetapkan. Adakala peluang dah terbuka luas di depan mata. Tapi sebab bukan rezeki kita. Terlepas juga. Sukar juga kita nak dapat walaupun nampak mudah.

5. Adakala walaupun nampak kompleks dan sukar. Tapi sebab dah ditaqdirkan itu rezeki kita. Mudah sahaja kita dapat. Walau tidak beria berusaha.

6. Apapun. Paling penting buat peringatan. Bidang kita ini bidang berisiko tinggi. Untuk dipersoal di akhirat. Untuk ditimbang. Keikhlasan, kesungguhan dan amanah. Semunya ditagih 100%. Jadi tidak boleh cincai dan main-main.

7. Namun alhamdulillah. Bila perhati kepada teman-teman di bidang ini. Memang nampak kesungguhan mereka mendidik.

8. Mudah-mudahan rezeki kita berkat. Allah redoi dan selamat dunia akhirat.

9. Aku sendiri. teringin nak ceburi bisnes. Dengan harapan boleh buka Yayasan. Boleh bantu biaya maahad-maahad dan guru-guru. Supaya mereka dah tak perlu fikir dunia. Gaji dah tersedia, keperluan hidup dah terjaga.

10. Walaupun kita semakin menghampiri Hari Kiamat. Logiknya kehidupan kita semakin teruk insha Allah. Amanah, tanggungjawab dan keikhlasan semakin terhakis. Tapi kita masih boleh tanam harapan. Ini sutu usaha kecil. tidak mampu ubah dunia. Ubah tempat kita berada pun sudah cukup baik.

11. Sekian. Wassalam

Khamis, 14 April 2016

Big Problem


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sepetutnya aku perlu tidur. Esok pagi nak mengajar. Tapi ada satu perkara aku kena juga tulis. Sebab sedang membelengu aku.

1. Aku sukar nak ulangkaji Fiqh dan ilmu-ilmu yang aku dah belajar. Walaupun aku ada banyak juga masa.

2. Okey. Katalah pagi dari pukul 10.30-12.30 untuk qoilulah. Petang lepas zohor masih boleh kan?

3. Malam aku sampai rumah dalam jam 10 malam. Katakan sejam untuk bersosial dengan keluarga. Pukul 11-12 malam masih boleh kan?

4. Jadi apa masalah aku?

5. Mungkinkah kerana aku tidak menjaga adab? Menyebabkan 'dosa' ini menghalang aku dari murajaah. Walhal untuk isi penting. Kitab berada di depan mata. Dhobitnya bersinar-sinar boleh membantu.

6. Allahu Rabbi. Itulah, banyak sangat complain, mencari salah dan komen ini payah juga. Sebab takut banyak tersilap. Kesannya pada aku juga.

7. Okey. Aku perlu lebih menjaga adab. Kesimpulannya begini.

8. Teringat mafhum kalam Syeikh Rohimuddin;

"Bila tidak mampu untuk bangun malam. Ianya sebab dosa kita"

9. Jadi aku fikir. Dan disokong banyak lagi kisah-kisah yang aku belajar. Sukar untuk murajaah dan beramal dengan ilmu. Kerana tidak memelihara adab.

Isnin, 11 April 2016

Rindu Pakcik Makcik Masjid Taqwa


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Masa tengah mengajar tadi. tiba-tiba hatiku teringat makcik-makcik, anak muridku di Majid Taqwa. Terkenang ragam mereka yang mencuit hati. Teringat Tok Selamah, Makcik Maznah, Makcik Normala, Makcik Wan, Pakcik Mohd Nor dan lain-lain. Tanpa sedar. Rupanya aku tersenyum. Cepat-cepat aku cover dengan ikut bacaan muridku.

Jauh dilubuk hati. Aku rasa sayu. rasa nak menangis. Rindu. rindu dengan suasana ketika itu.

Tapi nak buat macam mana. Inilah yang dinama kehidupan. Kenangan itu memang indah. Tapi tidak boleh diundur. Kita cuma boleh bina kenangan baru.

Teringat Makcik Zainab. Meninggal dah dia. Teringat Makcik Zainab selalu datang awal. Sebab nak memgaji awal coz nek balik aawal. Sebab tak tahan sejuk dan nak kencing. Makcik Zainab selalu silap bab dengung. Katanya tahu, sebab ustaz-ustaz sebelum ini ada tegur.

Masa lawat dengan Farid dulu. Ketika di HTAA. Aku bawa Air zam-zam. Dia ambil dan minum sedikit, mungkin nak ambil hati. Sebab dia tidak boleh minum ketika itu rasanya.

Entahlah. Aku tiba-tiba rasa sangat rindu pada mereka. Mereka pun rindu aku ke? Kata orang, jika kita rindu seseorang, maknanya diapun ingat kita.

Mudah-mudahan Allah temukan kami di Syurga nanti. Ya Allah selamatkan semua anak muridku di Dunia dan Akhirat. Jadikanlah pertemuan kami, pertemuan yang diberkati dan dirahmati.

Alfatihah buat Makcik Zainab dan seluruh Umat Islam.

Sabtu, 9 April 2016

Motivasi perlukan Tasawwuf


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Sebentar tadi aku terpaku. Mengamati ngiang-ngiang nasihat Tok Ayah. Ketika kelas. Supaya tidak ujub, sum'ah dan riya'.

" Adakah aku dihinggapi penyakit-penyakit tersebut? "

Sebenarnya persoalan ini telah lama bermain di benakku.

2. Aku dibesarkan dengan buku-buku motivasi. Aku amat terkesan dengan program-program motivasi yang pernah aku sertai. Aku suka movie motivasi. Aku suka lagu-lagu motivasi. Aku suka memotivasikan diri ketika down. Aku selalu memotivasikan orang. Pendeknya. Hidup aku memang sentiasa bergelumang dengan motivasi.

3. Adakala. Aku rasa terlalu-lalu-lalu yakin, gembira dan puas hati dengan diri yang Allah dah beri ini. Walaupun aku tahu aku ada kelemahan. Tapi aku tidak kisah itu semua. Sebab aku betul-betul puas hati dengan diriku. Aku rasa sangat best. Estim dan rasa yakin diri aku amat-amat tinggi. Adakah ini dipanggil ujub?

4. Aku suka bercerita nikmat-nikmat yang aku perolehi. Juga detik-detik bagaimana aku survival, berusaha, merebut dan memanfaatkan peluang, juga kejayaan-kejayaanku. Aku suka bercerita kepada teman-teman dan orang sekelilingku yang 'pandai mendengar'. Biasanya mereka kelihatan akan terinspirasi. Adakah ini dipanggil Sum'ah?

5. Aku suka menghidupkan suasana. Aku suka berada di pentas. Suka bertanya ketika program. Suka buat status facebook. Suka tulis blog. Suka upload nikmat-nikmat dan kejayaanku. Adakah ini dipanggil riya'.

6. Fuhh... Jika Ya. Aku kini dalam bahaya !!

7. Antara perkara yang aku fikir perlu secara doruri bagi diriku sekarang. Kelas Tasawwuf. Sebelum ini ada Hari Rabu. Tapi sebaik terima tugas mengajar di masjid negeri. Aku stop dulu. Aku harap dapat ikuti kembali. Atau ada cara lain untuk aku kembali ikuti Kelas Tasawwuf.

Aku tahu diri aku sedang tenat kini... Aku perlukan bantuan.

" Ya Allah... bantulah aku"

8. Aku dapati. Cara fikir aku sangat kuat dipengaruhi Ilmu Motivasi. Jadi aku perlukan ilmu Tasawwuf untuk luruskannya kembali.

Alahu Rabbi... Mudah-mudahan aku sembuh dan menjadi Muslim yang baik.

Jumaat, 8 April 2016

Catatan Spontan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Baru balik dari teman Farid, Abrar dan Taufiq memancing. Tapi diorang yang memancing. Aku sekadar merasa pegang joran bila ikan makan dan tidur. NGantuk. Sebab dah terbiasa tidur awal.

2. Tadi pekena kopi di Akar. Okeylah. Bawa diorang jalan-jalan. Lepas hantar Abrar tadi, singgah 7e kejap. Beli kopi segera. Saja nak tahu prosedur beli macam mana. Tertengok pula oven dan makanan berat segera. Insha Allah boleh cuba lain kali.

3. Relax kejap sebelum tidur. Ter-On laptop. Rasa nak menulis. Jadilah seperti sekarang.

4. Okey, bye-bye. Wassalam.

Khidmat Masyarakat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Alhamdulillah. Jumaat tadi, aku selesai menjalankan tanggungjawab membaca khutbah. Tidak pasti bagaimana penerimaan jemaah. Tapi dari sudut hati aku. Macam biasa. Setelah buat dengan beria. Aku berpuas hati. Abi kata okey sebab tiada yang tidur. Kira Alhamdulillah lah yek.

2. Tadi sebaik selesai bersalam. Ada seorang pakcik menahanku. Katanya nak memgaji Alquran dengan aku. Aku suka. Cuma berkira-kira juga waktu bila aku sebetulnya free.

ISNIN-JUMAAT 
1. 8-10pagi : Maahad
2. 10-12tengah hari: Qoilulah
3. Zohor : Free
4. 5-6.30 : Gymnasium
5. Maghrib-9.30 (Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa) : Pondok
6. Maghrib-11 (Isnin, Rabu) : Masjid Negeri

SABTU-AHAD
1. Subuh : Free
2. Zohor : Kursus Haji
3. Asar : Gymnasium (Sabtu), Joging (Ahad)
4. Maghrib-9.30 : Pondok.

3. Jika boleh. Cuti hari sabtu dan ahad aku tidak mahu usik. Sebab nak sediakan untuk masa bertenang.

4. Memang aku dah hajat untuk buka kelas percuma. Khidmat buat masyarakat. Nak dakwah, amar makruf, nahi munkar aku tiada kekuatan. Jadi aku rasa cara begini sesuai dengan naluri aku.

5. Aku juga berhasrat nak buka kelas Fiqh dan Nahu. Nantilah tunggu ilmu aku masak dahulu Insha Allah.

6. Adapun hajat aku untuk belajar Perubatan Assyifa, Kelas Bahasa Arab, Master. Perlu tunggu waktu yang sesuai dari Allah. Mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik buatku.

7. Alhamdulillah. Aku ada banyak hajat. Namun aku tidak terlalu memikir cara nak dapatkannya. Allah-lah yang tunaikan banyak hajatku itu. Alhamdulillah. Jika nanti Allah tanya, nikmat apa lagi yang Dia tak berikan padaku. Aku sangat segan nak jawab. Sebab inipun dah lebih dari cukup. Tapi still nak lagi... hihihi