Isnin, 12 November 2018

Firdaus Wong: Pengedaran Bible Di Pulau Pinang

Isu Pengedaran Bible Di Pulau Pinang, berikut adalah komen saya;
.
1. Ini bukan isu yang baru kerana pada tahun 2013, perkara yang sama telah berlaku juga di Pulau Pinang. Ini cuma pengulangan.
.
2. Semua maklum bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada penganut agama Islam. Ini adalah undang-undang di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua yang berada di Malaysia.
.
3. Islam tidak menghalang agama lain untuk disebarkan hatta kepada orang Islam sendiri tetapi semua pihak perlu menghormati perlembagaan persekutuan dan undang-undang negara.
.
4. Saya melihat ini sebagai suatu yang menarik kerana apabila NGO kami iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengedarkan Al-Quran terjemahan secara percuma kepada orang ramai, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) lantang mengkritik usaha kami yang merupakan hak termaktub dalam perlembagaan orang Islam di Malaysia tetapi sehingga kini pihak MCCBCHST masih berdiam diri akan tindakan ini.
.
5. Apakah MCCBCHST ini double standard hanya mengkritik Islam dan apabila terdapat pihak yang melanggar perlembagaan persekutuan mereka berdiam diri?
.
6. Saya sebagai Muslim tidak risau akan pengedaran Bible kerana sebagai Muslim saya yakin Al-Quran adalah wahyu terakhir Allah yang dipelihara dan bukannya Bible yang diyakini telah diseleweng. Maka menurut ajaran Islam, apabila yang haq bertembung dengan yang batil, yang batil pasti akan lenyap.
.
7. Adakah ini juga salah satu taktik 'test water' untuk melihat sejauh mana keseriusan kerajaan baru dalam membuka lebih banyak ruang untuk perlembagaan persekutuan dicabuli?
.
8. Diamnya Menteri Perpaduan dalam isu ini juga tidaklah mengejutkan saya kerana dahulu semasa belum menjadi Menteri, beliau & HINDRAF lebih banyak menumpukan masa dan serangannya kepada Islam & Muslim tetapi apabila Islam & Muslim yang menjadi mangsa, didiamkan olehnya.
.
9. Kenyataan Menteri Agama yang mengatakan PENGEDAR KITAB BIBLE TERSALAH BAGI seolah-olah mencarikan alasan bagi individu tersebut sedangkan sebagaimana dulu isu P Ramasamy yang dikaitkan dengan LTEE beliau lebih awal mensucikan Ramasamy sebagai tiada kaitan sedangkan perjumpaan belum diadakan.
.
10. Saya menyeru kepada Muslim untuk sama-sama mempergiatkan usaha dakwah dengan berkongsikan mesej Islam serta mengedarkan terjemahan Al-Quran kepada mereka yang berminat dan bukannya sekadar mengadu. Mereka akan terus dengan usaha mereka maka kita juga perlu mengandakan lagi usaha kita.
.
Wallahualam.
.
#islam #muslim #quran #bible #dawah #dakwah #cinamuslim #chinesemuslim #firdauswong

Sabtu, 10 November 2018

Download Kitab Kuning PDF (Kitab Jawi PDF)

Himpunan Kitab² Jawi & Kitab² Kuning (lebih 100 buah kitab)

Link Kitab² :
https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1hHefiAfgtMB1CDrVgvIOpQWqbOPUOyGC

Sila Share 🤗

Kredit : Institute of Tradisional Islamic Studies

Khamis, 8 November 2018

SIAPA KUMPULAN B40, M40 dan T20?



Takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi , pertengahan 40%  dan terendah 40% .
Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, kumpulan tersebut ditakrifkan seperti berikut ;

a)   Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merujuk kepada isi rumah yang                berpendapatan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas.

b)   Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00

c)   Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.00.  Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK).  Nilai PGK nasional adalah RM950.00 sebulan.

CnP: Dr.Asyraf Wajdi Dusuki

Isnin, 5 November 2018

Syazwan. Koi ada benda nak cerita ni.



Syazwan. Koi ada benda nak cerita ni. Hari ni 6hb Nov...

Lebih kurang 6 hari lepas. Ada sorang kawan koi kena buang kerja. Bukan MTNP yek, dia kerja tempat lain.

Jawatan dia dah kontrak. Makna atas satu level dari sambilan dan kurang satu level dari permanent. Gaji pun dah tinggi.. Dalam 3k ke atas.

Kawan koi ni orang Kelantan. Dia pula jenis straight to the point...

Waktu tu Bulan Julai. Dia dimaklumkan diberi tempoh 3 bulan. Dan lepas tu kontrak dia tak disambung. Dia frust. Jadi dia bersemuka dengan orang atas. Tanya alasan kenapa dia dibuang. Pegawai cakap. Sebab dia tak beri kerjasama.

Kawan koi ni. Jenis semua kerja dia siapkan on time. Cuma satu perkara je yang mungkin jadi penyebab... Dia ni jenis cakap lepas .. takde simpan dalam hati..

Entahlah Wan.. Masa kita select pelajar untuk masuk madrasah. Kita nakkan seorang yang petah, pandai bercakap dan berhujah...

Tapi bila di alam pekerjaan... Rupanya majikan lebih sayangkan pekerja yang pandai ambil hati, pandai layan dan sentiasa berikan feed-back yang positif.

Tapi betul juga. Semua orangpun selesa dengan orang camtu yek... Pandai nak hidup..

Koi rasa Wan... Subjek bodek perlu diajar kepada semua student. Baru pelajar kita jadi pandai.

DI MANA SUARA PEJUANG-PEJUANG PELAJAR DAN PENGKRITIK DASAR PENDIDIKAN DAHULU?

DI MANA SUARA PEJUANG-PEJUANG PELAJAR DAN PENGKRITIK DASAR PENDIDIKAN DAHULU?




Maaf, jangan guna perkataan "meneruskan".

Bawah Bajet 2018, Kerajaan BN sediakan

a) RM2.5 bilion untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan MARA (Kini RM2 bilion sahaja)

b) RM2.2 bilion untuk biasiswa JPA, KPT dan MOH (Kini RM1.8 bilion)

Ini belum dikira faktor inflasi di mana kos pengajian setiap pelajar akan meningkat.

Maknanya apa? Berkemungkinan penerima biasiswa tahun depan akan berkurangan.

Malah kini para peminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama kini tidak lagi secara langsung bertukar kepada biasiswa atau dikecualikan daripada bayaran balik.

Nampak seolah-olah Kerajaan PH hari ini tidak mempedulikan masa depan pelajar dan pembangunan modal insan.

Di mana suara pejuang-pejuang pelajar dan pengkritik dasar pendidikan dahulu?

Dah hilang suara?

Khamis, 1 November 2018

Pemimpin DAP watak penjajah, bukan pemerintah

BALIK PULAU: Pemimpin DAP kini lebih mirip terserlah berpewatakan seperti penjajah, bukannya menjadi peneraju pemerintah, demikian bidas Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Menurutnya, setelah DAP menang banyak kerusi pilihan raya dan para pemimpinnya membarisi kerajaan, mereka akhirnya menunjukkan taring dan belang sebenar hingga ramai mulai kenal serta menilai watak disembunyikan selama ini.

"Tapi kami kebanyakan pemimpin dan ahli PAS di Pulau Pinang khususnya telah lama kenal siapa Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin DAP lain. Kami telah lama berdepan langsung dengan sikap keras kepala dan angkuh mereka.

"Hari ini, saat mereka ada kuasa dan punya kedudukan dalam kerajaan, mereka menunjukkan sifat diri yang sebenar. Saling tak tumpah macam penjajah zaman dulu-dulu. Berwatak besar diri, elit dan merendah-rendahkan pihak lain.

"Sesuka hati saja mereka mahu ambil tindakan pada siapa. Mengata dan menuduh pada sesiapa. Hingga tahap melampau dan kurang ajar, mereka berani bertindak memperlekeh, menghina dan mencabar perkara-perkara sensitif.

"Raja-raja Melayu, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, hatta agama Islam boleh dipermain, digugat dan disinggung. Mereka tanpa rasa bersalah," kemukanya ketika ditemui di Pondok Upih, di sini semalam.

Jelas beliau, semua perlakuan sedang dibuat dan ditunjukkan para pemimpin DAP kini mengesahkan kecurigaan dan kewaspadaan PAS terhadap mereka selama ini yang semata-mata punya agenda politik dan kepentingan tersirat.

Tambah Ustaz Fauzi, dengan jawatan serta kedudukan kerajaan dan kuasa ketika ini juga DAP sebenarnya menyuntik dendam ke atas lawan politiknya, termasuk melakukan penindasan secara tidak langsung terhadap hak rakyat.

"Sebab itu mereka selayaknya dipanggil penjajah, bukan pemerintah. Lihat, sedikit demi sedikit misalnya projek pembangunan ke negeri-negeri majoriti Melayu Islam dibatalkan. Pembinaan masjid-masjid dibatalkan.

"Projek ECRL mahu dihentikan. Sepatutnya PTMP itu yang kena 'stop'! Jelas sudah insiden dari projek PTMP merosakkan muka bumi Pulau Pinang dan ada nyawa terbunuh. Ada bukti implikasi negatif.

"Tetapi kenapa ECRL mahu dibatalkan? Sebab akan beri manfaat ke negeri Pantai Timur yang ramai orang Melayu Islam. Tapi peruntukan untuk mereka, program-program mereka dibesarkan," kemuka beliau.

Ustaz Fauzi memberi contoh pesta arak Oktoberfest yang dianjurkan untuk menunjuk-nunjuk kejayaan penjajahan mereka serta mencabar umat Islam khususnya dengan dakyah kekejian dan kejahatan.

Tempelak beliau, mereka memuja-muja pesta dan acara yang tidak sewajarnya itu, sedangkan di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang kedai arak dan premis maksiat lainnya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. - HARAKAHDAILY 2/11/2018

Rabu, 31 Oktober 2018

MEMAHAMI ISU ICERD DALAM 3 MINIT



Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

• Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

• Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

• Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat.

• Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

• Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

• Sejak Merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi  kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

• Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya.  Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

• ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

• Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

• Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

• Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

• Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

• Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.
Wassalam

- Fb:Yazid Zul