Rabu, 8 Julai 2015

Ambang Kepupusan Ilmu Alquran

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Awas ! Tulisan panjang berjela ]

Teringat kisah yang diceritakan TG Ridoudin, mudir Pondok Ihya' Ulumiddin, Mengkuang Titi, Pulau Pinang dalam sebulan lepas.

"Ketika ditanya oleh gurunya di Syria, akan dimana beliau pelajari ilmu-ilmu seperti Wadh'i, isytiqaq, albahsi walmunazoroh, maqulat al-asyaarah... Ilmu-ilmu ini sudah hampir tiada di negara arab,

Maka TG Ridoudin pun balas. Bagitahu beliau belajar di Siam (Thailand),

Maka jawab gurunya. Ilmu ini telah berpindah ke negeri kamu..

TG Ridoudin tambah. Bahkan. Sebenarnya Ilmu itu telah berpindah ke negara orang Kafir (pemerintahnya).."

[ TG Ridoudin adalah Anak kepada TG Abd Wahab dan cucu kepada Syeikh Othman Jalaluddin, pengasas Pondok Penanti, Pulau Pinang. ]

Sebenarnya,

Perkara yang sama juga yang berlaku kepada Ilmu Alquran. Baik Qiraat, Fawasil, Rasm, Dobt dan lain-lain lagi.

Sudah kurang yang mahir. Jumlah yang belajarnya juga semakin mengecil dan terus mengecil, saban tahun.
Matan Syatibi dan Durrah yang membentuk Asyarah Sughra, Matan Toyyibah yang digelar Asyarah Kubra,
Khilaf antara Abu Dawud dan Abu Amru Addani di dalam Ilmu Rasm.

Oh Nooo.... Apa solusinya?

1. Buka seluas-luasnya cabang pengambilan untuk ke Maahad Qiraat Shoubro. Sehingga, usahakan semua yang berjaya khatam Alquran di maahad tahfiz masing-masing boleh terus ke sana. Tanpa melalui JAKIM atau Pulai Condong Kelantan. Sistem peperiksaan seperti STAM juga cantik dipraktik.

2. Pendedahan tentang 'wujudnya' Ilmu Qiraat ini dibuat dari awal. Untuk secara tafsili mungkin sukar. Namun sekurang-kurang, gambaran umum telah diselit di dalam Subjek SPM, STAM dan IPT. Cerita Alquran diturun dalam tujuh huruf juga cukup. Tanpa perbahasan detail.

3. Penerbitan Rancangan TV dan Radio yang mengetengahkan Ilmu Qiraat, Fawasil, Rasm dan Ilmu Alquran yang lain perlu dirancakkan. Program AQ (Akademi Alquran di Astro) sebelum ini contohnya, berjaya membuka minda masyarakat tentang Ilmu Tarannum dan Qiraat.

4. Hidupkan kelas Talaqqi Qiraat seperti di Masjid Khazandarah, Shoubro, Mesir. Dan sudah pasti, usaha dan kempen perlu diperancak. Untuk menarik masyarakat kepada belajar.

5. Para Imam menjadikan bacaan Qiraat sebagai 'mainan mulut' dalam solat. Satu hari ada tiga solat jahar (dibaca kuat), sudah boleh tiga rawi. Sebelum solat, diterang dahulu bezanya dengan qiraat Hafs 'an 'asim. Cara ini sangat bagus untuk buat makmum terbiasa dan tertarik.

Begitulah...

Saya tak rasa idea-idea ini bernas, juga mudah dan sesuai dilaksana.
Namun, sekurang-kurangnya, kita perlu memelihara Ilmu Alquran agar tidak pupus.

-Jabatan Pencadangan Negeri Pahang.