Ahad, 20 November 2016

[ Asbab Futuhat. Jangan pandang enteng: ]


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Teringat berbual dengan teman.

1. Adakala Asbab Futuhat (Detik dibuka kefahaman) terhadap satu ilmu itu. Kita dapat dari kitab biasa-biasa sahaja. Bukanlah dari kitab-kitab besar. Tapi asbabnya-lah kita faham.

2. Begitu juga bila berdepan satu mas'alah (persoalan). Adakala kita tak berjaya rungkai. Tapi kebetulan satu malam. Kita duk dengar satu tazkirah ringkas. Tapi tak sangka. Kawan kita itu 'TER'-beri satu kaedah. Ibarat dibukakan pintu. Segala mas'alah dahulu, terus kita faham.

3. Bila dengar satu info. Kita berjaya tasawwur (bayangkan) topik itu dengan sangat jelas. Walau sepatutnya rumit. Sebabnya mudah amat. Satu ketika dulu. Kita pernah terlihat satu peta minda yang dilakar seseorang di whiteboard. Tentang topik itu. Menariknya. Kita pun tak kenal siapa yang lakarnya dulu.

4. Kata guru. Beliau petik kata-kata Syeikh Mutawalli Sya'rowi.ra. Adakala masa mengajar. Terpacul dari mulut guru, satu ilmu (kaedah atau buah pelepas) yang guru itu sendiri pun tak sangka. Ketahuilah. Sebenarnya, itu adalah 'rezeki' Allah buat murid itu.