بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
2. Setiapkali aku bermimpi bertemu Habib Ahmad. Setiap kali itulah aku pasti menangis, semahu-mahunya. Seolah-olah rasa bersalah yang amat sangat menyelebungi aku, kerana meninggalkan Habib, ketika di Mesir dahulu. Walhal ketika itu, jika ada program-program dan kelas khususi yang libatkan Habib. Akulah antara yang biasa khidmat menguruskan.
3. Aku hanya sempat khatam kitab Safinatun Naja, Risalatul Jamiah dan Ta'lim muta'allim di Mesir. Adapun kitab yang lain hanya separuh jalan. Kerana faktor masa yang semakin suntuk dan terbatas. Aku memilih untuk dahulukan Ilmu Alquran dan Qiraat. Senyap tanpa tinggalkan sebarang mesej, Aku perlahan-lahan tinggalkan Habib Ahmad. Aku memilih untuk menghadiri kelas-kelas talaqqi di Syoubro dan tidak hadir kelas Habib Ahmad.
4. Tadi di dalam mimpi. Ketika duduk berhampiran Habib. Aku katakan. Aku sekarang dah habis belajar di Mesir. Lalu Habib buat muka mengejek. Aku terlupa, biasa Habib akan ejek orang yang kata dah habis belajar. Sebab mana ada orang 'mampu habis', kerana jika habis, itu tanda dia telah alim. Lalu aku betulkan semula kata-kataku. Aku kini belajar dengan Orang Alim di tempatku.
5. Habib Ahmad beritahu. 'Dia tahu itu'.
6. Aku sebenarnya tidak ingat. Sudah berapa kali aku bermimpi jumpa Habib Ahmad Almaqdi. Dan setiap kali itulah, aku akan menangis semahu-mahunya di dalam mimpi.
7. Sehingga saat aku menaip ini. Hatiku masih bergenang dengan air mata. Aku ini sangat lemah. Hanya mampu berdoa, semoga Allah merahmati guru-guruku. Aku memohon ampun dari Allah sebab selalu buruk akhlak dengan mereka.
8. Ya Allah. Hanya engaulah tempat aku mengadu...