1. Tahun ini tahun kedua aku berada dalam majlis sambutan hari guru sebagai guru.
2. Cuma satu aku nak beritahu. Student sekarang memang lain macam kekuatannya. Persembahan memang buat aku tercengang. Sebijik macam pelakon tv, Malah mungkin lebih hebat lagi.
3. Entah kenapa. Lagu Guru Malaysia sentiasa buat aku sebak. mungkin iramanya dibuat menggunakan perasaan.
4. Teringat aku kepada Habaib, Masyaikh, Tok-tok ayah dan tenaga pengajar pondok. Tiada pun sambutan beria begini. Tapi pondok pasir tumboh dulu ada tak silap aku. Tok Guru Abu Bakar dapat anugerah tokoh guru. Antara info yang aku ingat, selepas Tok Ayah Sin, Tok Guru Abu Bakarlah yang sambung baca Kitab Tafsir Jalalain. Tapi itulah, Kalau difikir secara rinci, Tidak penting sangat pun hari guru ini. Better kita ikut cara alim ulama kita. Kemaisan berkat lebih kita rasa.
5. Tapi itulah. Udah berada di lain padang. maka lain lah belalangnya. Ikut hang lah labu...