Ahad, 2 Julai 2017

Selok belok Majlis Perkahwinan


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله


Sebelum mula. Saje nak beritahu. Aku baru dapat adik perempuan... hehe . Adik Ipar. Namanya Nik Norazlin. Teringat masa kecil dulu. Mak aku selalu tanya. Nak adik tak? Katanya nak ambil anak Bosnia. hehe... Tapi takpelah. Sekarang aku dah dapat adik. Boleh teman-teman mak aku pergi shopping-shopping.

Baik. Kita pergi kepada apa yang aku nak share.

Aku bahagikan kepada tiga fasa penting;
1.Waktu akad nikah, 
2.Waktu makan malam keluarga, 
3.Waktu Kenduri besar.

Sebelum apa-apa. Mohon bantuan dari Allah. supaya bantu kita jayakan majlis.

Waktu akad nikah;
Tiada apa sangat aku perlu buat waktu ini. Sebab event dikemudi oleh tok kadi. Cuma sekadar tukang hidup suasana je lah. Tak perlu bersuara sangat. Sekadar gelak atau layan lawak dan gurauan tok kadi. Supaya suasana tak jadi hambar. Kemudian di luar. Sekadar berbual dengan kawan yang hadir. Aku ingat, kalau kita jenis kurang peramah. Cantik kalau bawa teman yang rapat, baik saudara atau kawan. Sebab nanti boleh kita berbual. Dan suasana tidaklah hambar, sebab tetamu akan lihat kita berbual. Ada kesempatan, tegur-tegurlah tetamu. cuma waktu ini, perhatikan juga apa yang kurang. Keperluan pengantin, contohnya nak panggil sapa-sapa untuk bergambar. Sebab waktu ini. Pergerakan Pengantin agak terbatas.


Waktu makan malam keluarga;
Solat aku buat di masjid. Kemudian barulah tahlil ringkas di rumah. Aku lead terus dari awal sampai doa. Kemudian ajak tetamu makan. Cuma waktu makan. Oleh kerana hanya btempoat disediakan oleh pihak katering. Maka kita kena banyak ambil tahu mana lauk terkurang, mana sudu lauk atau kuih tak cukup. Air mineral jika tidak cukup. Tisu jika tiada. Pinggan kena pastikan ada. lokasi pinggan  atau kuih juga kena cakna, supaya mudahkan tetamu.

Jika ada dua tempat lauk. Kemudian lauk semakin nak habis. Satukan di satu tempat. Supaya tetamu tengok lauk masih banyak. Mana sudu yang jatuh dalam lauk, angkat dan kesat guna tisu. Duit dalam poket kena ada paling kurang seratus ringgit. Untuk prepare air mineral, kalau tak cukup. Tak banyak nak pakai, cuma perlu ada, sebab sebahagian orang, dia tak boleh minum air manis.

Perlu sapa tetamu. Ucap terima kasih sebab datang. Cuma sebab aku kurang kenal sangat keluarga belah mak dan ayah. Aku sekadar sapa cuit-cuit.

Kena faham satu perkara. Malam ini katering tiada. Jadi kita kena decide semua perkara. Paling penting. Kena kemas dan susun semula barang-barang majlis. Kemudian, baru fikir keperluan untuk esok. Penunjuk arah, bunga manggar. Untuk tetamu jauh, kami sediakan dua homestay. Bagiku sepatutnya tambah lagi satu. Sebab tak cukup untuk keluarga besarku. Ralat juga. Tapi takpelah, sebab diorang dah decide nak duduk rumah anak. Dan lagi satu, setelkan mana yang patut setel cepat. Kalau yang perlu setel esok, setel esok. Sebab pastikan kita dapat tidur dan rehat yang cukup. Sebab esok kerja lebih berat menunggu.


Waktu Kenduri besar;
Ikutkan. Kad beredar sekitar 300 keping. Jemput mulut dalam 300 lebih kurang. Jadi prepare lauk untuk 800 orang. Tapi untuk langkah selamat. Daging opor, ayahku anjak kepada 1000 orang. Kalau berlebih lauk tiada masalah. Cuma kalau tak cukup, itu yang ralat.

Alhamdulillah. Lauk cukup, malah berlebih. Jadi keluarga, DJ, pekerja katering boleh tapau bawa balik.

Untuk makanan, kita dah kurang fikir siang ni. Sebab katering dah urus. Cuma kita perlu alert dengan air mineral dan tisu.  Kena beli cepat kalau katering tak sedia. Sebab air mineral katering biasanya tak banyak. Kena sentiasa berhubung dengan pekerja katering, baik bahagian dapur atau pelayan. Untuk tahu jika ada apa-apa yang bermasalah.

Sekarang kita pergi ke aturcara. Disebabkan kami tak buat upacara merenjis dan sebagainya. Jadi bimbang juga jika nampak kosong. Jadi orang terbaik untuk aku rujuk adalah DJ, sebab biasanya depa ni berpengalaman. Kemudian DJ pun cadang satu cara. Dari lokasi pengantin nak mula gerak, pergi ke pelamin untuk salam restu, kemudian ke tempat makan, persembahan dari pasukan kompang dan akhirnya sesi makan. Untuk sesi gambar, kita cerita kemudian. Jadi majlis teratur. Selesai satu perkara.

Speaker tidak kuat, sekadar bunyi biasa. Waktu solat kita rehat 15 minit. Lagu juga dihiasi nasyid, qosidah dan lirik elok-elok. DJ juga berikan peluang kepada Ustaz Rosli untuk berucap. Aku suka je, cuma bimbang juga sahabat UMNO terasa. Alhamdulillah Geng UMNO datang lepas Zohor. Geng PAS pula sebelum Zohor. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik yang mengatur.

Cuma satu benda penting yang jangan terlepas pandang. DJ mungkin ada idea, pasukan kompang dah faham arahan, pengantin dah bersedia. Nah, sekarang peranan kita untuk hubungkan semua idea. Ada satu-satu waktu, masing-masing tak bergerak. Semua seperti tengah menunggu arahan. Nah, sebab itu kita kena jadi runner.

Panggil dan aturkan kedudukan saff rombongan. Gerakkan rombongan pengantin, tetapkan laluan ke pelamin ikut mana (cukup sekadar isyarat kepada rombongan yang di depan). Beri isyarat kepada DJ (Disini DJ sangat berperanan besar. Sebab nak beri semua tetamu fokus kepada perjalanan majlis), DJ akan berselawat dan meraikan rombongan. Maklumkan kepada ibu bapa kedua-dua mempelai untuk bersedia di pelamin untuk salam restu (penting untuk capture gambar). Untuk salam restu, pastikan camera-man akan take-over. Sebab dia paling berpengalaman, dari sudut cara dan siapa dulu.

Ketika di meja makan. Kita aturkan, yang duduk hanya keluarga pengantin perempuan. Mak ayah kita boleh teruskan melayan tetamu.  Jadi perlu pantau, kedudukan duduk di meja makan pengantin dan juga siapa nak duduk, berdasarkan senioriti. Yang lain boleh ambil tempat di meja makan tetamu. Tunggu DJ baca doa makan dan pengantin boleh makan, bukakan plastik lauk mana tak buka.

Untuk seterusnya adalah sesi bergambar. Boleh serah pada camera-man. Dia tahulah apa yang terbaik. Penting kita kena faham. Bukan semua kita perlu 'run'. Sedapatnya sub-kan kerja kepada yang pakar, khususnya jika melibatkan aspek teknikal dan pengalaman. Kita cuma perlu pantau dan tampung kelopongan.

Kemudian bermulalah babak tak menang tangan. Sambut tetamu. Mulut kena sentiasa senyum dan ceria. Tangan mesti lembut dan menghargai ketika bersalam. Mana kita boleh usik, peluk dan berbual. Kita buat. Mana kita tak biasa. Cukup sekadar salam, senyum dan ucap terima kasih. Mulut mesti sentiasa ucap terima kasih, pada semua tetamu, pekerja katering, penjaga aiskrim dan pelayan. Hargai penat lelah depa menjayakan majlis kita.

Aku jenis terima je kalau orang salam kokoit. Malas nak panjang cerita, kalau tolak depa nak bagi juga. Jadi terima ajelah. Cuma kena sedia bekas khas dalam rumah. Sebab nak harapkan poket, nanti penuh. Kumpulkan satu tempat, jadi duit dari mak dan ayah kita juga dikumpul disitu. Kami serah kepada pengantin semuanya. Maklumlah, majlis 2 Julai. Lagi sebulan lebih kurang nak dapat gaji. Jadi kena fikir juga makan pakai mempelai.

Kemudian bila nak habis. Pastikan lauk lebih diberikan kepada tetamu. Jangan lupa pekerja katering. Kemas mana patut. Asingkan barang kita dan katering. Ucap terima kasih kepada DJ, pekerja katering, pelayan, tukang beri goodies dan semua yang jayakan majlis.

Petangnya memang agak letih. Memang kita akan jumpa banyak kelopongan, itu biasa. Walau apapun. Kita akan rasa puas, sebab dah all-out. Bersyukurlah pada Allah sebab dah bantu kita.

Okey. Tak sabar nak tunggu lagi sembilan bulan. Mudah-mudahan dapatlah anak buah. Allahumma Ameen.