Ahad, 1 Oktober 2017

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 3


Perjalanan kami ke Mekah mengambil masa kira-kira 6-7 jam. Kami berkumpul di dalam bas, siap berpakaian ihram. Kami juga dibekal makanan ringan, buat bekalan perjalanan. Kemudian taklimat diberi oleh petugas. Perjalanan kami ke Mekah tiada pengiring (Mutowwif). Cuma di check point-check point nanti, petugas Tabung Haji ada mengunggu di sana. Cuma, ada jemaah yang diminta ambil no-fon petugas TH lebuh raya, kerana jika berlaku apa-apa nanti seperti kerosakan bas. Kami boleh maklum terus ke pihak TH.

Bas bertolak ke Check point pertama iaitu Masjid Bir Ali atau Zulhulaifah, untuk solat sunat dan berniat ihram. Tempat parking bas agak lenggang, mungkin kerana masih lagi di awal musim haji. Petugas TH agak ramai, berpakaian kuning. Tugas mereka memastikan bas sampai dan 'marking' kawasan. Jadi senang, bas boleh berkumpul di satu kawasan.

Selesai solat. Kami bertolak ke Mekah. Jemaah mula bertalbiah. Kemudian tidur...hehehe

Di pertengahan jalan. Dalam 3 jam dari Madinah. Kami berhenti di sebuah RnR. Untuk solat, makan dan ke tandas. Petugas TH ada menanti dan 'marking' kawasan kami.

Kami ke restoran nasi arab untuk makan. Rasanya jika ada SR50 dalam tangan, sudah cukup untuk makan. Itupun berlebih banyak. Kecualilah jika anda jenis kuat berbelanja. Sebab di situ ada jual madu Yaman, kacang-kacang, buah-buahan, burger-burger dan kedai runcit.

Seterusnya kami bertolak ke Mekah. Perjalanan ke Mekah hanya tinggal dalam dua jam lebih kurang.

Sebelum tiba di Mekah. Bas kami berhenti di Jumum. Untuk pemeriksaan. Kami diberi air zamzam 250ml (lebih kurang) oleh pihak Arab Saudi. Petugas TH yang menjaga check point naik ke bas dan memberikan taklimat. Kami diberitahu. Dalam 15 minit lagi kami akn bertemu Masjid Saidah Aishah di sebelah kiri. Menandakan had sempadan bagi Tanah Haram Mekah. Iaitu Tanaim.

Sebaik bas bergerak. Mata kami melilau mencari Masjid Saidah Aisyah. Sebaik terpandang sign-board Permulaan Tanah Haram. Kami lantas membaca doa masuk tanah haram. Berguna juga buku doa itu sentiasa berada di samping kami.

Sebaik tiba di tempat tujuan. Bas berlabuh di Hotel Wafideen. Sekitar 1000meter dari kaabah. Hotel kami bersebelahan jambatan. Nama tempat kami Misfalah. Maktab kami 82.

Untu kativiti seterusnya. Kita bersambung lagi ya...