Rabu, 27 Disember 2017

Rahmat Allah mengatasi

Sehingga saat aku menulis ini. Aku masih lagi diselubungi rasa bahagia. Rasa syahdu dan terharu dengan kebaikan Allah. Sampaikan rasa bahagia ini menenggelamkan terus rasa diuji. Diujikah ini? Kenapa yang rasa ialah bahagia yang teramat sangat.
.
Beberapa minggu lepas. Sewaktu buat keputusan ingin ke Kelantan. Agak cuak juga aku sebenarnya, sebab belanja hampir 100% terpikul atas bahuku. Bukan niat nak lari dari tugasan. Cuma nak kena imbang sungguhlah budget. Belanja ke Kelantan bukan murah, kemudian bila balik nanti, nak guna lagi duit untuk belanja rumah harian. Tapi Maha Hebat, tiba-tiba dalam RM1k lebih kurang di bank-in ke dalam akaun CIMB Abi oleh FELCRA. Alhamdulillah, dapat tampung belanja ke Kelantan, siap taja ongkos duit minyak adik lagi dari Mentakab ke Kuantan.
.
Sebelum itu lagi. Takdir Allah, 1 Disember dari pinggang ke kaki Abi tidak boleh bergerak. Allah Maha Bijaksana, bulan ini jugalah kelas-kelas mengajar aku beransur kurang. Kelas Maahad dan Masjid Negeri juga beransur tiada memasuki tengah bulan. Kelas belajar malamku pula juga tiada, hanya bermula 1 Januari nanti lantaran Tok Ayah Wan ke Mekah.
.
Tambah rasa terharunya aku pada Allah. Bulan ini banyak rezeki tak disangka-sangka berlumba-lumba masuk. Dari claim maahadku RM1.4k lebih kurang dan elaun yang lain. Jadi walaupun zohirnya kami diuji, namun ajaibnya rezeki pula bertambah. Tanda hebatnya Allah maha kuasa.
.
Terdekatnya hari ini. Pertama, sebaik diberitahu Abi dimasukkan ke wad. Terdahulunya aku sempat berpesan pada Mi agar berjimat, sebab duit kami semakin kering. Namun sesuatu yang ajaib berlaku. Sebaik aku online akaun bank ayahku, terdapat Rm700 lebih kurang. Dari puluh-puluh ringgit sahaja ada sebelum ini. Allah-lah Maha Pemberi Rezeki.
.
Keduanya. Sebaik khabar Abi perlu bermalam di wad. Aku mesej Tuan Imam 1, untuk mohon bercuti sehari esok. Namun sebaliknya berlaku, aku diberitahu cuti tahun 2017 aku ada lagi tujuh hari. Terus aku mohon cuti empat hari, sehingga Ahad menghabiskan terus tahun 2017.
.
Aku amat yakin dan percaya insha Allah.  Allah tidakkan mengabaikan kami. Bahkan terus melimpahkan kami dengan rezeki dan rahmat yang tidak tersangka-sangka. Sesungguhnya, takdir atau ketentuan Allah itulah yang terbaik. Wassalam.
.
.
.
.
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Khamis 01:16 minit pagi.