Rabu, 4 Julai 2018

Mohon UMNO Perhebatkan serangan

UMNO perlukan lebih ramai master mind. Kini UMNO dilihat tiada strategi. Macam lemah sangat. Walhal baru lepas ditampar kuat dek kekalahan PRU14. Sepatutnya, walaupun mungkinlah tak tersusun. Tapi yang kita harap, reaksi yang macam lipas kudung dan agresif. Namun kita sangat kecewa. Tindak balas UMNO sangat lemah. Cuma harapkan Cybertrooper yang hebat di laman sosial. Namun dari sudut lead isu, timbulkan isu yang boleh tarik perhatian rakyat, prank yang menjadi, provokasi yang bijak, propaganda yang membekas. Semua tak kelihatan.

Suara nak melawan tu acapkali juga terdengar laungannya. Tapi sambutannya hambar. Strategi, gerak kerja dan percaturan perlu disusun.

Sejak dari kerajaan hingga sekarang. UMNO kurang kelihatan menjuarai lakonan 'HERO RAKYAT'. Walhal jika nak ikutkan, sumbangan UMNO punyalah banyak. Hatta semua jasa jabatan-jabatan kerajaan, penjawat awam, badan berkanun. Jika pandai, semua UMNO boleh dapat kredit. Tapi kenapa lemah sangat? Sehingga kemuncaknya, UMNO kalah teruk dalam perang persepsi. Semuanya kerana MASTERMIND.

Dalam bola. Walau player kamu semua hebat. Tapi kalau Manager tidak pandai melakar strategi. Team tersebut antara calon utama untuk balik awal. Dalam filem. Walau semua pelakon hebat-hebat. Penghayatan wataknya memang superb. Tapi kalau pengarah tak bagus, tidak pandai membina suasana, tidak mampu membaca timing atau momentum yang sesuai untuk plot. Filem itu akan spoil. Manager atau Mastermind sangat-sangat penting.

Dalam politik. Mastermind perlu baca segenap aspek. Waktu bila timing sesuai serang, dan serangan itu berjaya. Isu apa sesuai dibangkit waktu ini, lalu emosi rakyat pasti terpengaruh habis. Timingnya bila? Bagaimana bentuk propaganda yang susuai dan akan kelihatan neutral, tidak nampak kekok. Bagaimana cara nak nampakkan imej UMNO dan pimpinannya sampai rakyat jadi sayang sungguh. Setiap orang ada kelebihan masing-masing, bagaimana cara penonjolan itu nak dibuat.

Jika dizaman Almarhum Dato Fuad Hassan. Ada PERKASA. Strateginya sangat menjadi. PERKASA akan bertindak sebagai pihak ketiga (third force) Untuk touch hal ehwal yang UMNO sukar nak touch secara langsung. Nah sekarang sebagai pembangkang bagaimana? Kena faham. Menjadi pembangkang, silatnya perlu lebih berdikari. Sebab dah tak boleh harapkan jentera.kerajaan.

Disamping third force dikalangan kaki gaduh (yang agak sinonim dengan UMNO). Mungkin boleh pelbagaikan lagi. Third force dari kalangan cendekiawan geopolitik untuk serang dari sudut geopolitiknya. Third Force peguam muslim. Untuk serang dalam bab undang-undang. Zaman Siti Kasim pula ni. Lagi banyak isu boleh UMNO jual. Third Force di bidang kebajikan juga UMNO perlu ada. Kebajikan bukanlah satu bab yang PH kuasai. Kalau pandai, sampai satu tahap UMNO boleh buatkan rakyat rasa sangat menyesal undi PH. Itupun kalau strategi propagandanya kena.

Third force cantiknya dibuat gerila. Buat banyak-banyak. Setiap satu sudut tempatkan saru third force.  Baru  PH akan sukar tangkis. Namun yang beratnya, ramai tenaga perlu diguna. Sebenarnya ada cara. Gabungkan setiap cabang third force itu dengan ngo atau parti lain yang sama pandangan dalam isu tersebut. Kerja sudah jadi ringan. Namun, dalam masa yang sama. Satu plan perlu dilakar. Supaya penghujung nanti, UMNO juga yang akan peroleh untung.

Nah kerana itu. Mastermind juga perlu dicungkil sebanyak-banyaknya dari kalangan UMNO dan luar. Latih mastermind ini untuk menjiwai lapangannya. Seterusnya menguasai pertempuran.

Pengaruhi rakyat. Pengaruhi minda ahli UMNO. Pengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Hatta sehingga PH sendiri ter-follow rentak tarian MASTERMIND UMNO. Barulah puas hati.

Ahli Kelab UMNO luar negara bersepah. Agihkan sahaja tugas propaganda ini kepada mereka. Merekakan bijak pandai.

Ingat. Cuma inilah masa yang ada. Kalau PRU15 UMNO masih kalah. Ada pemerhati beritahu. UMNO pasti akan berkubur i'Allah. Jadi, cepat-cepat susun tentera propaganda. Koordinatkan Mastermind sebanyak mungkin. Dan agresifkan lagi jentera serangan UMNO.

#UMNOBANGKIT
#ISLAMMELAYUTANAHAIR.